Artikel "Komuniti" Terkini
292 Anak Yatim Rhu Rendang Terima Sumbangan Aidilfitri
Oleh : Hibatul Jihadi
MARANG, 31 Mac- Seramai 292 anak yatim di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang gembira apabila menerima sumbangan wang dan cenderahati daripada Isteri Menteri Besar Terengganu, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman.
Tuan Faizah berkata sumbangan berkenaan bertujuan bagi mengembirakan mereka menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
katanya, memuliakan anak yatim itu merupakan satu perkara yang sangat mulia selain mereka memiliki kedudukan istimewa dalam Islam sebagaiman yang tercatat dalam sejarah.
"Ramai tokoh-tokoh hebat dalam dunia Islam antara mereka merupakan anak yatim, namun mereka dikenali sehingga ke hari ini kerana keilmuan dan ketokohan mereka antaranya ialah Imam As-Syafei, Imam Ahmad Bin Hanbal, Imam Bukhari, Imam Ghazali dan jungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW sendiri merupakan anak yatim," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sumbangan Sinar Kasih Anak Yatim itu di Tok guru, Rusila, di sini, baru-baru ini.
Dalam pada itu Tuan Faizah berharap agar rakyat negeri ini mengambil kesempatan pada bulan penuh keberkatan ini dengan melakukan pelbagai perkara kebaikan termasuk meningkatkan keprihatinan terhadap anak yatim.
"Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, marilah kita semua berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kekuatan dan kejayaan kepada anak-anak yang ada bersama dengan kita pada hari ini.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada urus setia, pusat Khidmat DUN Rhu Rendang dan sudah tentu kepada tetamu yang kita raikan pada hari ini, anak yatim.
"Terima kasih atas kehadiran semua memeriahkan majlis kita pada hari ini," katanya.
31 Mar 24
199
Al Fateh Hidupkan Ramadan
Oleh : Nasuha
KUALA NERUS, 26 Mac- Akademi Kepimpinan Al- Fateh tidak melepakan peluang bagi menghidupkan sambutan Ramadan pada kali ini dengan mengagihkan 500 pek bubur lambuk kepada penduduk di daerah ini.
Pengurus Akademi Kepimpinan Al Fateh, Ahmad Mukrim Adnan berkata, melalui kerjasama Masjid Al-Ikhlas, Kampung Banggol Tuan Muda serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat telah berjaya melaksanakan program berkenaan.
"Tujuan kita adalah bagi menghidupkan bulan Ramadan dengan berkongsi rezeki kepada masyarat setempat dan program ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
"Dengan harapan agar ia dapat menghubungkan jalinan antara Akademi Kepimpinan Al-fateh, komuniti setempat dan alumni Program Kem Impak Belia Darul Iman (KIAM) agar Ramadan pada kali ini lebih bermakna," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di program agihan bubur lambuk berkenaan, di sini, semalam.
Mengulas lebih lanjut katanya, sejak dari pagi pihaknya bersama AJK masjid telah menyediakan bubur lambuk istimewa itu.
"Program ini dijalankan secara one off bermula pada pukul 8 pagi sehingga lima petang dari proses membeli, menyediakan bahan, memasak dan agihan.
"Seramai 30 orang yang terlibat secara langsung dalam program ini dan lebih bermakna Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading turut bersama, " ujarnya.
26 Mar 24
121
PERKESO Prihatin Terengganu Kesan Pencarum Meninggal Dunia
Oleh : Hibatul Jihadi
MARANG, 25 Mac - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak perlu menunggu waris atau majikan bagi mengesan maklumat pencarum sebaliknya melalui platform media sosial hasil perkosngsian orang ramai turut membantu bagi agensi itu untuk mengambil tindakan susulan.
Pegawai Skuad PERKESO Prihatin Terengganu, Farihah Che Husin berkata, ia sebagaimana hasil maklumat daripada perkongsian melalui laman media sosial facebook ‘ Rhu Rendang Sejahtera Official’ membabitkan kematian seorang lelaki di Rusila, Marang pada 17 Mac lalu membantu pihaknya mengambil tindakan proaktif.
Katanya, perkara itu membantu PERKESO bagi menyemak kelayakan dan mengesan waris kepada si mati.
"Hasil daripada semakan dan siasatan oleh PERKESO, arwah Muhammad Sufian Fazlillah Mat Lazim, 32, merupakan pencarum aktif semenjak tahun 2010 sehingga Februari 2024 dan pekerjaan terakhir beliau adalah di sebuah syarikat kontraktor Telekom Malasyia, Berjasa Murni Trading.
"Daripada bayaran caruman tersebut, ianya melayakkan waris kepada arwah menuntut Faedah Pencen Penakat dari PERKESO," ujarnya ketika PERKESO hadir ke rumah pewaris, di sini, semalam.
Turut hadir, Pegawai Khas Adun Rhu Rendang, Najmuddin Rani
Mengulas lebih lanjut katanya,Sufian yang berasal dari Taman Kalongan Mas, Kampung Rusila telah disahkan meninggal meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan kecemasan di Pusat Kesihatan Daerah Marang akibat serangan jantung.
"Dia telah meninggalkan seorang balu, Nur Amirah Syafiqah Mohamad Isa, 25 tahun yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 dan pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata sehingga sekarang.
"Dalam kes ini (kematian Muhammad Sufian Fazlillah ), pihak kami terus menyalurkan Faedah Pengurusan Mayat (Khairat Kematian) berjumlah Rm2000.00," ujarnya.
25 Mar 24
221
ADUN Batu Rakit Santuni Petugas Barisan Hadapan
KUALA NERUS, 24 Mac - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit bersama NGO Sahabat Cakna menyantuni petugas barisan hadapan di daerah ini sempena program singgah sahur.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, program itu bermula pukul 3 pagi di Balai Polis Batu Rakit.
"Kemudian kita bergerak menemui pengawal keselamatan di sekolah, Klinik, jurujual Kedai Serbaneka Seven E serta penjual burger.
"Ini adalah untuk menghargai segala usaha penat lelah pasukan barisan hadapan yang bekerja siang dan malam.
"Kita berikan sedikit sumbangan juadah bersahur bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini semasa program berkenaan.
Dalam program tersebut, sebanyak 100 bungkusan makanan diserahkan kepada 'frontliners' terbabit.
23 Mar 24
141
Zuraida Cipta Kelainan, Iftar di Rumah Rakyat
KUALA TERENGGANU, 22 Mac - Bulan Ramadan kali ini turut dimanfaatkan dengan aktiviti menyantuni masyarakat melalui Program Iftar Insani atau berbuka puasa di rumah penduduk.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor berkata Iftar Insani adalah salah program di bawah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Ladang bagi memenuhi taqwim Ihya' Ramadan DUN Ladang kali ini.
"Iftar Insani adalah program anjuran PKM ADUN Ladang, di mana kami berbuka puasa di rumah penduduk yang terpilih, mereka ini terdiri daripada kalangan asnaf.
"Kami bawakan juadah berbuka puasa dan berkongsi rezeki bersama-sama, pada masa yang sama kami turut menyampaikan sumbangan kepada asnaf tersebut", ujarnya.
Zuraida menyampaikan cenderahati kepada tuan rumah.
Zuraida berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), kelmarin.
"Kami sudah masuk ke siri kedua Program Iftar Insani ini, sebelum ini kami berbuka puasa di Bukit Besar dan kali ini di Ladang Titian
"Insya-Allah kami akan teruskan lagi program ini, menyantuni lebih ramai asnaf dalam DUN Ladang," tambahnya lagi.
DUN Ladang telah merencana beberapa program di bawah program induk Ihya' Ramadan DUN Ladang 1445H, antaranya termasuklah Iftar Insani, Ladang Bertadarus, Zikir Munajat dan lain-lain.
Zuraida ketika berbuka puasa bersama-sama keluarga tuan rumah.
22 Mar 24
435
Masjid Perlu Berfungsi Sebagai Pusat Sehenti
KUALA TERENGGANU, 21 Mac - Masjid perlu berfungsi sebagai pusat sehenti (one-stop centre) kepada masyarakat, bukan hanya bertindak sebagai pusat keagamaan semata-mata.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor berkata bahawa fungsi masjid perlu diperluas, tidak hanya dihadkan hanya untuk aktiviti keagamaan tetapi harus juga mencakupi aspek-aspek lain.
"Seperti mana pada zaman Rasulullah SAW dahulu, kita lihat bahawa masjid tidak hanya bertindak semata-mata sebagai tempat sembahyang sahaja bahkan juga mencakupi aspek lain seperti pusat kemasyarakatan, pusat ekonomi dan lain-lain.
"Oleh sebab itu, saya sangat menyokong sebarang usaha untuk mendekatkan institusi masjid ini kepada seluruh lapisan masyarakat", ujarnya.
Suasana sekitar agihan juadah berbuka di hadapan Masjid Ladang.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Madinah Ramadan Peringkat Daerah Kuala Terengganu 2024 di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang), baru-baru ini.
Zuraida yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga, Wanita & Perpaduan Nasional Negeri Terengganu menyeru rakyat Terengganu untuk sama-sama memeriahkan Madinah Ramadan Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Masjid Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus.
"Saya menjemput rakyat Terengganu untuk hadir ke Madinah Ramadan Terengganu yang diadakan sepanjang Ramadan ini, insha-Allah pelbagai pengisian menarik menanti di sana," tambahnya lagi.
Zuraida mengagihkan juadah berbuka.
21 Mar 24
359
Program ‘Asnaf To Asnaf’ Bantu Pelajar UMT Jana Pendapatan Sampingan
KUALA TERENGGANU, 18 Mac- Pusat Islam Sultan Mahmud, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) memperkenalkan inisiatif dinamakan ‘Asnaf to Asnaf’ iaitu program tuisyen yang melibatkan sekumpulan mahasiswa asnaf UMT bertindak sebagai tenaga pengajar kepada asnaf pelajar sekolah yang berada di sekitar kampus.
Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata, program tuisyen itu memberi peluang kepada pelajar sekolah kategori asnaf untuk mendapatkan bimbingan tambahan dalam pelajaran secara percuma.
“Melalui bimbingan yang diberikan oleh mahasiswa yang lebih berpengalaman, pelajar sekolah dapat memahami konsep-konsep yang diajar dengan lebih mendalam.
“Ini membantu mereka untuk meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya memberi peluang untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Komunikasi Korporat UMT, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, inisiatif itu juga bagi membantu asnaf pelajar UMT yang kurang berkemampuan mendapatkan wang sampingan.
“Objektif program ini antara lain untuk membantu mahasiswa dari keluarga kurang berkemampuan menjadi pembantu guru dengan bayaran saguhati yang bakal diterima hasil daripada sumbangan zakat.
“Dalam masa yang sama membantu murid-murid sekolah rendah yang ketinggalan dari segi pembelajaran serta memberi suntikan motivasi untuk meningkatkan taraf hidup mereka dan keluarga,” ujarnya.
Katanya, program kebajikan itu melibatkan 300 pelajar terdiri daripada tiga buah sekolah di daerah Kuala Nerus iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, SK Tanjung Gelam dan SK Mengabang Telipot.
“Dengan adanya program ini, pelajar asnaf UMT menerima elaun sebanyak RM960 seorang yang menjadi guru tuisyen melalui sumbangan tajaan penuh daripada Etiqa Family Takaful Berhad berjumlah RM122,900.
Selain itu, Dr. Mazlan menyifatkan program seumpama itu sebagai platform terbaik dalam meningkatkan motivasi asnaf pelajar sekolah untuk berazam mengukuhkan pencapaian akdemik bagi menggapai kejayaan seterusnya mengubah nasib keluarga ke tahap lebih baik.
“Dengan melihat contoh teladan yang dipamerkan mahasiswa dalam mengejar ilmu, pelajar sekolah dapat menjadikannya sebagai idola dan inspirasi untuk belajar bersungguh-sungguh. Ini tidak hanya meningkatkan semangat belajar mereka tetapi juga membantu membina keyakinan diri yang penting untuk mencapai matlamat pendidikan mereka,” katanya
18 Mar 24
234
45 Kanak-Kanak Seberang Takir Sertai Khatan Percuma
KUALA NERUS, 28 Februari - Seramai 45 kanak-kanak menyertai Program Khatan Percuma anjuran Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Seberang Takir.
Program yang diadakan bersempena musim cuti sekolah itu turut mendapat kerjasama Masjid Seberang Takir.
Majlis perasmian disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Khazan Che Mat.
Kanak-Kanak terbabit turut dimandikan dengan semburan air oleh pihak BOMBA bagi meredakan ketakutan di samping mengembirakan kanak-kanak yang terlibat dengan program tersebut.
Khazan berkata, sesi berkhatan percuma itu diadakan bagi membantu kanak-kanak dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi melaksanakan tuntutan agama.
"Dengan kos berkhatan pada masa kini semakin meningkat sehingga RM150 ternyata ia membebankan bagi segelintir ibu bapa. Alhamdulillah, dengan kerjasama Masjid Seberang Takir, ia berjaya dilaksanakan.
"Berkhatan adalah sesuatu yang sangat penting untuk kesihatan selain daripada suatu tuntutan agama, menunjukkan bahawa Islam itu agama fitrah yang memang sesuai dengan naluri dan keperluan manusia," katanya.
Sementara itu, bapa salah seorang peserta, Rashid Jusoh, 51, bersyukur dengan program berkenaan berikutan kos berkhatan pada masa kini agak mahal.
"Terima kasih kepada semua yang terlibat, saya sangat berpuas hati perjalanan program. Hajat awal memang nak berkhatan di klinik tetapi anak rasa takut, berkhatan ramai-ramai begini kurang rasa takut," ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Masjid Seberang Takir, Halim Che Ibrahim berkata, program julung kali diadakan di masjid itu mengambil kira permintaan para jemaah.
"Untuk makluman juga, kepada anak-anak yang terlepas program berkhatan beramai-ramai baru-baru ini, boleh berkhatan di klinik yang menyediakan perkhidmatan berkhatan, masjid akan bantu bayar sebanyak RM100 dan selebihnya adalah penjaga.
"Melihat sambutan yang menggalakkan, insya-Allah program berkhatan akan dimasukkan dalam program tahunan.
27 Feb 24
79
Pesta Main Selut Jadi Tarikan Pelancongan Terengganu
Pesta Main Selut Bukit Tanah berpotensi dijadikan tarikan agro pelancongan berikutan keunikan yang ditampilkan.
20 Feb 24
159
NGO Dianggotai Wanita Disaran Tubuh Koperasi
Oleh: Pok Abbas
KUALA TERENGGANU, 17 Februari - Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dianggotai kaum wanita di negeri ini disaran untuk menubuhkan koperasi bagi memastikan nasib mereka lebih terbela.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata, dengan inisiatif tersebut, golongan berkenaan dapat menerima faedah yang lebih menyeluruh berikutan sifat inklusiviti koperasi dalam memenuhi keperluan sosial dan ekonomi anggotanya.
"Selain sebagai usaha mencari dana untuk melaksanakan pelbagai aktiviti yang mendatangkan manfaat bersama, banyak kebaikan jika mereka semua dapat berada dalam satu koperasi.
"Di situ banyak aktiviti dapat dilaksanakan untuk mencari dana sekiranya mampu untuk menguruskan koperasi dengan baik" ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Hi-Tea Bersama YB Ustaz Ariffin Deraman dan YB Zuraida Md Noor di Dewan Komuniti Kampung Panji di sini, kelmarin.
Program anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Sepakat Usahawan Wanita Terengganu (SEMUT) itu, telah dihadiri seramai 100 orang peserta.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor dalam ucapannya berkata, memandangkan taraf sosio-ekonomi makin tinggi sangat wajar muslimat meneroka sesuatu yang baru.
"Dengan menceburi bidang yang mampu menghasil pendapatan tambahan dan melangkah setapak menubuhkan koperasi yang kebanyakannya di kuasai kaum lelaki, InsyaAllah, kaum hawa di Terengganu ini akan lebih ke hadapan ," katanya.
18 Feb 24
172