lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Geng Plastik Ija, MBKT Gotong Royong 'Bersihkan' Pantai Pandak
Geng Plastik Ija, MBKT Gotong Royong 'Bersihkan' Pantai Pandak
Oleh: Pok Abbas KUALA TERENGGANU, 17 Mei- Sebanyak 350 kilogram sisa sampah dan plastik berjaya dikutip Geng Plastik Ija (GPI) Kuala Terengganu menerusi aktiviti gotong royong pembersihan pantai 'plogging' di Pantai Pandak (belakang Sekolah Kebangsaan Chendering), hari ini. Ketua GPI Kuala Terengganu, Zalina Zakaria berkata, program itu dijayakan oleh seramai 25 ahli badan bukan kerajaan (NGO) terbabit dan turut mendapat kerjasama pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.  "Pantai pandak adalah antara pantai yang cantik kerana ianya landai dan pasirnya memutih, merupakan lokasi perkelahan penduduk tempatan. "Matlamat utama program kita hari ini adalah untuk membersihkan kawasan pesisir pantai serta menghapuskan semua kawasan pengumpulan dan pembakaran sampah haram di sekitar tempat ini," ujarnya. Katanya, program sebegini akan sentiasa diadakan dari semasa ke semasa supaya kawasan pesisir pantai sentiasa terjaga.
17 May 24
879
130 Pelajar UniSZA Didedahkan Dengan Ilmu Penyembelihan Ayam
130 Pelajar UniSZA Didedahkan Dengan Ilmu Penyembelihan Ayam
KUALA TERENGGANU, 13 Mei- Seramai 130 peserta termasuk pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) didedahkan dengan ilmu penyembelihan ayam mengikut syariat Islam menerusi program ‘Mahasiswa Rahmah, Komuniti Barakah’ yang diadakan di Maahad Tahfiz Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring di sini, baru-baru ini. Pengarah programnya, Abdul Halim Harraz Mohamad Fauzi berkata, selain mendidik pelajar dan komuniti tentang tatacara penyembelihan ayam yang halal, secara tidak langsung program tersebut merapatkan hubungan silaturahim mahasiswa dan mahasiswi dengan masyarakat setempat. Katanya, program anjuran UniSZA yang turut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) itu juga bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti tentang manfaat penyembelihan ayam yang halal dan berkualiti. “Peserta turut diberi pendedahan secara amali yang secara tidak langsung memberi pengalaman sebenar cara melakukan penyembelihan ayam dengan tertib dan sempurna,” ujarnya. Mengulas lanjut katanya, program yang bertemakan ‘Prihatin, Ukhuwah, Kasih Sayang’ itu bukan sahaja dapat melatih pelajar dalam melaksanakan kerja secara berkumpulan, dalam masa yang sama menerapkan konsep kesukarelawan dalam diri mereka melalui aktiviti kemasyarakatan.  
13 May 24
277
8,000 Pengunjung Meriahkan Sambutan Aidilfitri Hulu Besut
8,000 Pengunjung Meriahkan Sambutan Aidilfitri Hulu Besut
BESUT, 8 Mei - Sambutan hari raya aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut disambut penuh meriah dengan kehadiran lebih 8000 pengunjung, pada kemarin. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut Mohd Husaimi Hussin menzahirkan rasa syukur serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung terutamanya masyarakat di DUN ini yang telah menjadikan majlis hari raya yang diadakan itu penuh meriah. "Terima kasih diucapkan kepada masyarakat setempat yang hadir memeriahkan lagi sambutan hari raya dan selalu memberikan sokongan setiap program yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (ADUN) Hulu Besut. "Terima kasih juga diucapakan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi menjayakan majlis sambutan yang amat bermakna ini. "Semoga dengan program seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim diantara kita semua," katanya ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman di majlis berkenaan yang diadakan di Dewan Terbuka Dato'Seri Hj Idris Jusoh, Kampung Darau, di sini. Majlis yang diadakan di Dewan Terbuka Dato Seri Hj Idris Jusoh Kampung Darau berlangsung dalam keadaan lancar bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.
08 May 24
325
ADUN Ladang Saran Kerajaan Laksana Pelan Kontingensi Banjir
ADUN Ladang Saran Kerajaan Laksana Pelan Kontingensi Banjir
KUALA TERENGGANU, 29 April - Kerajaan Terengganu perlu menyediakan Rancangan Sokongan (Backup Plan) sebelum Pelan Kontingensi Banjir dilaksanakan di daerah ini, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang bagi mengatasi masalah banjir kilat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor mencadangkan agar agensi-agensi dan pihak-pihak yang berkaitan mengadakan rancangan sokongan itu bagi membantu mengurangkan kesulitan rakyat ketika menghadapi bencana tersebut. Ini kerana katanya Pelan Mitigasi Banjir (Flood Mitigation Plan) bertujuan mengatasi masalah  banjir kilat di kawasan tersebut bagaimanapun  pelan itu masih dalam perancangan pelaksanaan kerajaan. "Seperti mana yang kita tahu dalam Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2030 dan 2035 (Pengubahan 1) sudah ada perancangan mitigasi banjir bagi menangani banjir kilat sekitar Kuala Terengganu. "Tetapi memandangkan pelan ini masih dalam perancangan dan tempoh masa pelaksanaan pelan tersebut yang agak lama, kita seharusnya mengambil satu langkah proaktif dengan menyediakan rancangan sokongan atau ‘backup plan’ yang mampu mengurangkan beban kepada rakyat yang terpaksa menghadapi banjir kilat ini hampir saban tahun," katanya ketika membahas Usul Menjujung Kasih Titah Ucapan Diraja di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini baru-baru ini. Beliau berkata bencana banjir kilat berlaku di DUN Ladang sebelum ini berlaku sebanyak dua kali dalam tempoh masa terlalu hampir iaitu pada penghujung tahun lepas dan awal tahun ini. "Jumlah taburan hujan yang agak tinggi telah menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan perumahan sekitar Jalan Sultan Omar dan Jalan Kamaruddin. "Bencana banjir kilat ini bukan sahaja memberi kesan emosi kepada rakyat tetapi juga melibatkan implikasi kewangan yang tinggi kepada semua pihak, rakyat dan juga kerajaan," ujarnya. Untuk rekod, kira-kira lebih 450 keluarga terlibat dengan bencana banjir itu termasuk mereka yang tinggal berdekatan dengan perparitan menghala ke arah Sungai Ibai.
29 Apr 24
206
Penubuhan JPKKP Persenda Rakyat
Penubuhan JPKKP Persenda Rakyat
 Idea-idea yang dikeluarkan oleh wakil Kerajaan Persekutuan hari ini mengenai penubuhan jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) telah menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk serta dianggap mempersendakan gaya hidup rakyat.
28 Apr 24
161
Zuraida Gesa Pembaikan Cerun Flat Bukit Kecil Disegerakan
Zuraida Gesa Pembaikan Cerun Flat Bukit Kecil Disegerakan
KUALA TERENGGANU, 25 Mac - Pembaikan runtuhan cerun berhampiran Flat Bukit Kecil perlu diambil langkah yang segera oleh pihak kerajaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor memohon pembaikan cerun dilaksanakan secepatnya oleh pihak berwajib, bukan sekadar siri lawatan dan tinjauan sahaja. "Beberapa siri lawatan yang lain juga telah dilakukan oleh pelbagai pihak termasuklah lawatan dari pihak universiti awam untuk melakukan kajian berkaitan pembaikan cerun atau ‘slope repair research’," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja Sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Menurut Zuraida lagi, satu insiden runtuhan cerun telah berlaku pada malam 15 Disember 2022 di sekitar BLOK A, B dan E Flat Bukit Kecil. "Kejadian yang telah berlaku hampir dua tahun lalu ini melibatkan 87 unit rumah kediaman dengan anggaran jumlah penduduk seramai 348 orang. "Pada 16 Disember 2022 runtuhan kedua telah berlaku di lokasi yang sama. Runtuhan cerun ini berlaku adalah lanjutan daripada jumlah taburan hujan yang agak tinggi pada masa tersebut. "Pelbagai agensi telah melawat tempat kejadian bermula pada tarikh 16 Disember 2022 iaitu Pejabat Daerah Kuala Terengganu, Jabatan Kerja Raya (JKR) , Bomba dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)," ulasnya lagi.  
25 Apr 24
213
Mangsa Tragedi Malam Syawal Terima Bantuan Segera
Mangsa Tragedi Malam Syawal Terima Bantuan Segera
BESUT, 16 April - Kegembiraan jelas terpancar diwajah Mohd Asrol Nizam Mat Hussin, 37 tahun, yang menerima bantuan segera setelah rumahnya hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah malam pertama syawal, Rabu lalu di Kampung Beris Pak Abu. Sumbangan wang tunai serta pakaian itu disampaikan oleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh, Pegawai Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Teregganu (MAIDAM), Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pegawai PPD dan Guru Besar Sekolah Kampung Bharu, semalam. Azbi salleh berkata, sumbangan berkenaan merupakan salah satu daripada tanggungjawab dan sebagai tanda prihatin kepada mangsa. “Hari ini (semalam), kita juga telah menyumbang bantuan kewangan dan baju sekolah baharu kepada anak mangsa dan berharap ia dapat meringankan sedikit beban mereka. Biarpun sedikit, sekurang-kurangnya sumbangan ini dapat memberikan semangat baharu kepada mereka sekeluarga” katanya selepas menyerahkan sumbangan itu. Dalam pada itu, beliau berharap agar musibah yang  dialami Mohd Asrol Nizam Mat Hussin dan berharap mereka sekeluarga tabah meneruskan kehidupan.
15 Apr 24
446
Majlis Hari Raya DUN Kuala Besut Disambut Meriah
Majlis Hari Raya DUN Kuala Besut Disambut Meriah
BESUT, 14 April - Keceriaan tujuh stesen makanan dan minuman dengan lebih daripada 15 menu disediakan telah berjaya menarik ribuan pengunjung untuk datang memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang bertempat di Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kuala Besut, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, kebiasaanya sebelum ini yang menjadi juadah istimewa sebelum ini adalah gulai kawah namun pada kali ini ditampilkan kelainan dengan  mempelbagaikan hidangan dan minuman. Katanya, majlis sambutan raya pada kali ini juga mendapat kerjasama erat antara DUN Kota Putera, DUN Jerteh, DUN Hulu Besut, Dewan Ulama, PAS Kawasan Besut, Muslimat PAS Kawasan Besut, Pemuda PAS Kawasan tersebut serta Ameerah Kawasan Besut, "Melalui kerjasama dengan mereka telah berjaya menyediakan pelbagai menu, antaranya gulai kawah, nasi dagang, kambing golek, nasi minyak, sate, locen, apam balik, 10 jenis air balang, kuih-muih dan tidak asing untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti rendang, ketupat dan biskut raya. "Kemeriahan majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu terhormat, antaranya ADUN Kota Putera Nurkhuzaini Ab. Rahman, ADUN Jerteh,Dr. Riduan Mohammad Nor, ADUN Jerteh,ADUN Hulu  Besut, Mohd Husaimi Hussin sertra turut dihadiri  Pesuruhjaya PAS Terengganu Senator Dato' Haji Husain Awang," ujarnya. Dalam pada itu katanya, bagi menceriakan kanak-kanak yang hadir  duit raya turut diberikan juga kepada kanak-kanak yang berusia  12 tahun ke bawah. "Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PKM Kuala Besut, yang diadakan bermula jam 9.30 pagi hingga jam 2.30 petang. "Alhamdulilla, saya lihat jumlah kehadiran yang sangat luar biasa daripada pelbagai lapisan masyarakat serta turut dihadiri tetamu dari jabatan-jabatan Kerajaan yang turut serta bagi memeriahkan majlis ini. "Terima kasih juga diucapkan kepada Pengarah dan AJK Penatia yang bertungkus-lumus bagi menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada Unit Amal berpanas terik menjalankan tugas bagi melancarkan aliran trafik,"ujarnya lagi.  
15 Apr 24
402
442 Penerima DUN Ajil Ceria Terima Duit Raya
442 Penerima DUN Ajil Ceria Terima Duit Raya
HULU TERENGGANU, 5 April - Seramai 442 asnaf di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil menerima bantuan berupa wang ringgit sempena program sumbangan Aidilfitri Asnaf DUN Ajil di sini semalam. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata sumbangan tersebut bertujuan bagi membantu persediaan mereka bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang berbaki kurang seminggu lagi. Beliau yang juga merupakan ADUN Ajil berkata, kerajaan memperuntukan sebanyak RM132,000 untuk diagihkan kepada masyarakat Ajil yang kurang bernasib baik pada kali ini. “Pada tahun ini sebanyak RM300 duit raya diberikan kepada setiap penerima daripada syarikat korporat serta daripada sahabat-sahabat yang sudi menghulurkan bantuan. "Memandangkan kewangan negeri terhad disebabkan royalti petroleum yang masih belum dilunaskan oleh persekutuan kepada negeri Terengganu menyebabkan banyak agenda bantuan dari pihak kerajaan negeri tertangguh," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika majlis berkenaan bertempat di Dewan Sivik Pekan Ajil di sini semalam. Salah seorang penerima, Wan Aduni Abdullah, 60 melahirkan rasa terharu dan bersyukur atas sumbangan Aidilfitri itu. "Bantuan itu akan dibelanjakan untuk membeli barangan dapur dan lain-lain kegunaan. "Bantuan itu juga saya gunakan untuk perbelanjaan bagi menyambut Aidilfitri nanti," katanya. Sementara itu, Wan Abdullah Dollah, 78, yang juga penerima terpilih berkata tidak ada apa yang mampu diluahkannya selain rasa syukur kepada Allah atas keprihatinan ADUN Ajil dalam membantu memudahkan urusan bantuan.  “Alhamdulilah, terima kasih kepada mereka yang terlibat atas sumbangan Aidilfitri ini. "Wang ini akan saya gunakan sebaiknya untuk membantu persediaan hari raya buat kami sekeluarga," ujarnya. Seorang lagi penerima, Ahmad Sufian Wahid, 43, menyifatkan bantuan RM300 yang diterima sangat tepat pada waktunya ditambah pula dengan keadaan harga barang yang meningkat sekarang. Baginya, ia jelas menunjukkan keprihatinan ADUN Ajil terhadap golongan asnaf yang tidak mempunyai pendapatan tetap. '"Terima kasih kepada ustaz kerana beri duit raya awal buat kami walaupun jumlahnya tidak seberapa, tapi dapatlah bantu ringankan beban saya buat persiapan Aidilfitri," ujarnya.  
04 Apr 24
1227
Masjid Buluh Gading Jadi Pilihan Tunai Solat Tarawih
Masjid Buluh Gading Jadi Pilihan Tunai Solat Tarawih
KUALA TERENGGANU, 31 Mac - Hanya 20 minit solat sunat tarawih lapan rakaat dan witir yang dilakukan di Masjid Buluh Gading menjadi tumpuan dan pilihan rakyat untuk menunaikan ibadat terbabit setiap kali Ramadan. Imam Masjid Buluh Gading, Muhammad Hafiz Abdul Halim berkata, 22, berkata sepanjang Ramadan tidak kurang dihadiri 500 jemah yang bersama-sama mengambil kesempatan untuk melakukan solat sunat tarawih dan witir yang dimulakan pada jam 8.45 malam dan berkahir jam 9.05 malam. "Solat tarawih yang ringkas ini antaranya bagi mengalakkan golongan yang uzur supaya sama-sama dapat menunaikan solat berjemaah sepanjang bulan Ramadan. "Dekat sini tiada tazkirah, dari segi bacaan pula kita baca surah pendek untuk memendekkan masa sebab tak nak bagi jemaah tunggu lama terutama jemaah uzur," katanya. Jemaah masjid tersebut, Mohd Shukri Salleh, 48, berkata kaedah yang dilaksanakan itu telah menarik ramai golongan muda dari kampung di sekitar untuk sama-sama menunaikan solat tarawih tersebut. "Solat tarawih kat sini cepat sebab imam akan baca surah pendek sahaja, dia tahu orang tua ramai di sini tak mahu penat, sebab itu dia (imam)baca surah pendek," ujarnya. Bagi Muhammad Shahir Shaari, 30. pula berkata dengan kaedah yang dilaksanakan itu menjadikan ramai yang memilih untuk melaksanakan solat tarawih di Masjid Buluh Gading. "Dengan sedikit ruang masa yang ada selepas tarawih itu membolehkan untuk mereka menyelesaikan pelbagai urusan lain bersama keluarga," katanya.
31 Mar 24
410