lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Ibu Tunggal Gigih Berniaga Dari Rumah Demi Jaga Anak Sakit
Ibu Tunggal Gigih Berniaga Dari Rumah Demi Jaga Anak Sakit
Oleh : Fatimah Din Foto : Mohd Hanafi Mohd Noor MARANG-23 September- Seorang pembantu bahagian sajian di sebuah taska nekad berhenti kerja dan gigih memulakan perniagaan demi menjaga anaknya yang sakit. Wan Noor Yusliana Wan Yusof, 39 berkata, dia  berniaga dari rumah dengan mengusahakan produk sejuk beku, mengambil tempahan pelbagai kuih muih , biskut raya, perkhidmatan katering , dan bouquet hari lahir.  "Saya berhenti kerja untuk jaga anak yang sakit.  Pada awalnya saya terjumpa satu iklan buat kuih yang mencari tenaga pengajar, jadi daripada situ saya mengajar dan belajar, kata Wan Noor Yusliana atau lebih dikenali dengan panggilan Along Yus berasal dari kampung Telaga Mengkudu, di sini. Katanya, dia juga manghadapai cabaran dalam berniaga seperti pelanggan tidak membayar cas penghantaran produk selain ejen tidak membayar harga jualan produk yang diambil. "Dalam meniaga di peringkat permulaan, saya bagi orang rasa produk saya, minta anak bawa ke sekolah, bagi kawan, guru yang rasa dulu, selain itu ada juga ambil ejen untuk luaskan jualan produk saya ni," jelasnya lagi. Katanya, dia memasang impian untuk memiliki sebuah kedai yang menyediakan produk lebih pelbagai, peralatan yang lebih banyak sekali gus dapat membantu ibu tunggal yang memerlukan pekerjaan. “Saya bersyukur kerana mendapat bantuan dan sokongan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) , Yayasan Pembangunan Usahawan dan turut mendapat perhatian Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri Alur Limbat dalam mengusahakan perniagaan ketika ini,” ujarnya.  
24 Sep 24
118
Rakyat Dijemput 'Rumbu' Dialog Exco
Rakyat Dijemput 'Rumbu' Dialog Exco
Penganjuran program Dialog Exco Kerajaan Negeri wajar dihadiri oleh penduduk setempat dalam usaha mewujudkan komunikasi lebih baik diantara rakyat dan barisan kepimpinan kerajaan Terengganu.
22 Sep 24
126
Hospital Dungun 'Sambut' Tiga Bayi Maulidur Rasul
Hospital Dungun 'Sambut' Tiga Bayi Maulidur Rasul
Oleh : Che Wan Muhammad Abdul Hanis Dungun,19 September- Kerajaan negeri melalui Pejabat Agama Daerah Dungun dengan kerjasama Hospital Dungun meraikan tiga bayi yang dilahirkan sempena Maulidur Rasul di hospital terbabit, baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, ketiga-tiga bayi terbabit menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai dan hamper. Menurutnya, sumbangan melalui program Permata Maulidur Rasul 2024 itu bertujuan menghargai pengorbanan golongan ibu dalam melahirkan zuriat mereka. "Program ini bukan sahaja untuk meraikan ibu-ibu yang melahirkan tetapi juga sebagai tanda kasih sayang kita terhadap sunnah Nabi Muhammad S.A.W.  "Kita berharap agar anak-anak yang lahir pada hari ini dapat menjadi generasi yang baik dan berakhlak mulia," ujarnya. Katanya, program tersebut juga mencerminkan keindahan nilai Islam dan mengukuhkan hubungan antara masyarakat, institusi kesihatan, serta pihak agama di daerah Dungun. “Terima kasih diatas penganjuran program yang begitu bermakna ini. Dapat juga kita raikan anak-anak yang baru lahir di hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W," ujarnya. 
19 Sep 24
1059
110 Kanak-Kanak Sertai Kem Anak Soleh 5.0
110 Kanak-Kanak Sertai Kem Anak Soleh 5.0
Oleh : Fatimah Din  Foto  : Muhamad Hibatul Jihadi Mad Daud MARANG, 18 September- Seramai 110 kanak-kanak sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang menyertai Kem Anak Soleh 5.0. Pengarah Program, Muhammad Syafiq Haikal Zakaria berkata, penganjuran kem oleh Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang dengan kerjasama Pertubuhan Belia Marang serta wakil Masjid Kampung Tertak Batu itu bertujuan membentuk anak-anak menjadi individu yang soleh dan solehah. “Ia dimuatkan dengan pelbagai pengisian menarik antaranya tentang Allah dan Rasul serta memperkukuh pemahaman para pelajar mengenai ibadah fardhu Ain secara praktikal.  "Alhamdulillah penyertaan peserta membuktikan komitmen ibu bapa dalam memastikan pendidikan agama yang berkualiti untuk anak-anak, ”ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Kem Anak Soleh 5.0 yang disempurnakan Penyelia i-mits DUN Rhu Rendang, Fakhruddin Zakaria di Majlis Kampung Tertak Batu. Dalam pada itu, Muhammad Syafiq turut merakamkan setinggi -tinggi penghargaan kepada ibu bapa atas kepercayaan yang diberikan dan berharap agar usaha tersebut terus mendapat sokongan masyarakat.
18 Sep 24
222
RXZ Member 6.0 - Rezeki Anak Seberang Takir
RXZ Member 6.0 - Rezeki Anak Seberang Takir
KUALA NERUS, 15 Sept - Seorang lelaki tidak menyangka memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu motosikal jenama Ducati sempena program RXZ Member 6.0 yang berlangsung selama dua hari berakhir semalam di Litar Permotoran Negeri Gong Badak. Pemilik Kedai Iklan, Adnan Abu Bakar, 55, berkata, dia tidak menyangka berjaya membawa pulang motosikal itu kerana penyertaan puluhan ribu dari pelusuk Malaysia. Menurutnya, dia mencuba nasib sepanjang empat kali cabutan dilakukan dan sanggup menunggu kesemua sesi cabutan tidak seperti tahun-tahun sebelumnya “Memang tak jangka sebab saya pun daftar satu sahaja,  rezekilah Allah S.W.T beri jadi saya terima seadanya. Alhamdulillah. "Perasaan sangat gembira dan tak sangka tambahan pula setakat program tahun-tahun lepas dimenangi oleh orang luar dari Terengganu," ujarnya. Menurut Adnan, dia mahu menggunakan kerana semua sedia maklum bahawa jenama motosikal ini menjadi kegilaan ramai, tidak berniat untuk menjual atau sebaliknya. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Khazan Che Mat mengucapkan tahniah atas rezeki yang dikurniakan tambahan pula Adnan berasal dari Seberang Takir. Terdahulu, sebuah kereta Toyota Vellfire juga menjadi rezeki orang Terengganu. 
15 Sep 24
3927
Menelusuri Ibrah Qurani Galak Penghayatan Terhadap Al-Quran
Menelusuri Ibrah Qurani Galak Penghayatan Terhadap Al-Quran
Oleh: Che Wan Muhammad Abdul Hanis Dungun, 12 September –  Program Menelusuri Ibrah Qurani Siri 8.0 yang dianjurkan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) berupaya menggalakkan penghayatan yang lebih mendalam terhadap ajaran al-Quran. Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, ia merupakan inisiatif berharga yang diharap dapat memberi manfaat besar kepada masyarakat. “Sekiranya kalam Allah itu dibakar atau dihapuskan, maka kita akan mengumpulkan penghafaz-penghafaz al-Quran untuk mencetaknya semula kerana dengan jaminan Allah S.W.T ia pasti terus terpelihara.  “Kejayaan acara ini membuktikan komitmen semua pihak dalam mempromosikan kefahaman dan pengamalan ajaran Islam di kalangan masyarakat,” ujarnya ketika berucap merasmikan program tersebut di Masjid Jamek Paka, di sini, baru-baru ini. Majlis tersebut dihadiri masyarakat setempat, penggiat agama, para asatizah dan anak-anak tahfiz dari seluruh daerah Dungun. Hadirin berpeluang mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dengan penuh penghayatan dari dua pentilawah terkenal iaitu Abdul Hadi Che Abdul Halim dan Syeikh Bilal Al-Hossyany yang memperdengarkan bacaan daripada Surah Al-Ankabut.  Sementara itu, Wan Hassan turut mengajak mengajak umat Islam meletakkan lima asas dalam kehidupan seharian. “Allah adalah matlamat kehidupan, Rasulullah S.A.W ikutan dan pemimpin kita, al-Quran adalah pedoman hidup, jihad jalan hidup dan yang terakhir mati dijalan Allah adalah cita-cita tertinggi umat Islam,” ujarnya.
12 Sep 24
130
Pelajar Cemerlang STPM Terima Sumbangan ADUN Sura
Pelajar Cemerlang STPM Terima Sumbangan ADUN Sura
Oleh: Syahida Nur Izzah Ariffin DUNGUN, 10 September– Seramai lapan pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di DUN Sura telah menerima sumbangan penghargaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin. Pelajar-pelajar tersebut merupakan mereka yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 3.5 ke atas, dan sumbangan tersebut telah diagihkan melalui kunjungan ke rumah masing-masing. Menurut Dr. Tengku Muhammad Fakhruddin, sumbangan terbabit sebagai tanda penghargaan terhadap usaha gigih para pelajar yang telah berjaya mengharumkan nama kawasan DUN Sura dengan pencapaian akademik yang cemerlang. Beliau turut menyatakan hasrat agar sumbangan tersebut dapat dijadikan motivasi kepada para pelajar untuk terus berusaha dalam bidang pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. "Saya berharap kejayaan ini akan menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus gigih berusaha mencapai kecemerlangan. Pendidikan adalah kunci untuk masa depan yang cerah, dan saya ingin melihat lebih ramai pelajar dari DUN Sura berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan. Menurut beliau, pihaknya akan sentiasa komited dalam memberikan sokongan kepada pelajar-pelajar tempatan yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pendidikan.  "Saya ingin melihat anak-anak muda di kawasan ini menjadi pemimpin masa depan yang berilmu dan berakhlak. Kita akan terus menyokong apa jua keperluan mereka bagi memastikan pendidikan mereka tidak terjejas," ujarnya.
10 Sep 24
109
23 Kontinjen Sertai Perarakan Maulidur Rasul dan Hari Malaysia DUN Rantau Abang
23 Kontinjen Sertai Perarakan Maulidur Rasul dan Hari Malaysia DUN Rantau Abang
Oleh: Che Wan Muhammad Abdul Hanis DUNGUN, 10 September- Seramai 352 peserta daripada 23 kontinjen menyertai acara perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Malaysia peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang di perkarangan Masjid Balai Besar. Program anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rantau Abang itu turut mendapat kerjasama pihak pengurusan Masjid Balai Besar. Perarakan bermula di pekarangan dan mengelilingi kawasan taman berdekatan sebelum berakhir semula di masjid tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, dua sambutan tersebut merupakan simbol perpaduan dan kesuburan kita sebagai umat Islam dan sebagai rakyat Malaysia yang cintakan tanah air. “Maulidur rasul bukan sekadar hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W tetapi juga masa untuk kita merenung dan menghayati ajaran baginda yang menjadi rahmat seluruh alam.  “Sambutan Hari Malaysia 2024 pula adalah saat yang sangat bermakna dimana kita mengenang kembali perjuangan dan pengorbanan pejuang-pejuang tanah air yang telah berusaha dengan gigih untuk memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang merdeka, aman dan makmur,” ujarnya ketika berucap di majlis berkenaan, kelmarin. Katanya, diharapkan program tersebut terus menjadi acara tahunan di DUN berkenaan yang memupuk perpaduan serta memperkukuhkan jati diri masyarakat, terutamanya dalam mencontohi akhlak mulia Rasulullah S.A.W.  
10 Sep 24
226
ANMS Beri Impak Baik Buat Rakyat Terengganu
ANMS Beri Impak Baik Buat Rakyat Terengganu
Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dilihat memberi impak positif kepada rakyat negeri ini dalam membudayakan kehidupan sihat dan sejahtera.
09 Sep 24
80
Mengurus Generasi Muda Jadi Cabaran Bangunkan Negara
Mengurus Generasi Muda Jadi Cabaran Bangunkan Negara
KEMAMAN, 7 September - Mengurus generasi muda hari ini menjadi cabaran bagi memastikan negara terus meniti kemajuan di masa hadapan.  Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memberi tumpuan serta perhatian kepada golongan terbabit agar terpandu ke arah yang baik, memahami erti kemerdekaan sebenar dan tidak dipengaruhi anasir serta fahaman buruk. Ujarnya, masalah serta dilema yang dihadapi dalam menguruskan generasi muda hari ini tidak hanya berlaku dalam negara bahkan ia juga terjadi kepada negara maju yang lain seperti Eropah, Korea dan Jepun. "Saya pernah bercakap dengan para pimpinan masyarakat dari Korea, Jepun dan Eropah mereka bertanya bagaimana kita di Malaysia ini mengurus kalangan generasi baharu yang ada dalam negara kita. "Saya tanya kepada mereka kenapa persoalan mengenai 'young generation' yang dikemukakan?Mereka kata bahawa generasi muda hari ini tidak sama seperti dahulu dari sudut ketahanan jiwa, mental serta tafsiran kebebasan minda yang berbeza di mana generasi hari ini mahukan sebebas-bebasnya. "Sehingga mereka tidak mengerti tentang sejarah negara dan tidak ambil tahu tentang tatasusila," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penjawat Awam Daerah Kemaman, di Arena Square Chukai, di sini hari ini sempena Kembara Terengganu Sejahtera Kempen Kibar Jalur Gemilang, di sini, kelmarin. Mengulas lebih lanjut, Dr Ahmad Samsuri turut melontarkan persoalan untuk difikir serta direnungi bersama bagaimana nasib anak bangsa dengan cabaran yang akan bertambah hebat pada masa akan datang. "Sesuatu yang saya minta kita sama-sama fikir ialah kita kena sedar dengan apa yang sedang kita hadapi depan mata kita pada ketika ini memerlukan suatu cara dan kaedah untuk kita menanganinya. "Supaya generasi yang kita tinggalkan nanti mampu berhadapan dengan cabaran untuk mengangkat negeri dan negara jauh lebih baik dari apa yang ada sekarang dan menjadi unggul di mata dunia," ujarnya.  
07 Sep 24
107