lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Terengganu Jadi Negeri Pertama Miliki Pejabat Satelit MyIPO
Terengganu Jadi Negeri Pertama Miliki Pejabat Satelit MyIPO
KUALA TERENGGANU, 11 November - Terengganu menjadi negeri pertama memiliki Pejabat Satelit Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang beroperasi di Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU). Pengerusi MyIPO, Ts Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, pembukaan pejabat satelit pertama itu akan memudahkan rakyat Terengganu khusunya kalangan usahawan untuk berurusan dengan MyIPO bagi urusan harta intelek. Katanya, dengan adanya kemudahan itu, pemilik harta intelek di negeri ini tidak lagi perlu ke pejabat MyIPO di Kuantan, Pahang bagi membuat pemfailan. "Kita akan buka pejabat di setiap negeri dan kita akan mengorak langkah pertama di Terengganu sebelum disusuli negeri-negeri lain. "Untuk Terengganu, kita bekerjasama dengan YPU di bawah kerajaan negeri bagi menjalankan operasi pejabat satelit dan kita jangka pendaftaran ini akan meningkat berbanding sebelum ini," ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Perasmian Pejabat Satelit MyIPO Kuala Terengganu dan penyampaian sumbangan zakat di sini, semalam. Dalam pada itu katanya, didapati masih banyak hak cipta dan hasil karya dari Terengganu yang selama ini belum didaftarkan. "Dengan adanya kemudahan ini, ia sekali gus boleh dimanfaatkan oleh lebih 14,000 usahawan yang bernaung di bawah YPU. "Sejak 2019 hingga Oktober 2024, sebanyak 1418 permohonan harta intelek dari negeri Terengganu diterima dan ia sebenarnya mencerminkan kesedaran yang semakin meningkat terhadap kepentingan perlindungan harta intelek sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri,"ujarnya.
11 Nov 24
864
Hanafiah Terima Pangkat Timbalan Pesuruhjaya Kehormat APM
Hanafiah Terima Pangkat Timbalan Pesuruhjaya Kehormat APM
KEMAMAN, 8 November - Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Hanafiah Mat menerima pangkat Timbalan Pesuruhjaya Kehormat (Pertahanan Awam), semalam. Beliau berkata, pelantikan ini bukanlah suatu anugerah, sebaliknya tanggungjawab dan amanah besar bagi memartabatkan peranan agensi ini dalam menguruskan keperluan rakyat terutamanya apabila berlaku bencana dan sebagainya. "Terima kasih Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang telah memberikan kepercayaan ini kepada saya," katanya kepada pemberita. Hanafiah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Cukai turut mengharapkan mampu menggalas dan melaksanakan tugas ini dengan sebaiknya. Sesi Penyerahan Vest dan Watikah Pelantikan Pegawai kehormat itu telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Majlis itu berlangsung di Hotel Park Royal A'Famosa Melaka Resort, Alor Gajah, Melaka sempena Mesyuarat Penyelarasan Antara YAB Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dengan EXCO-EXCO Luar Bandar (MEXCLUB).  
08 Nov 24
632
800 Peserta Sertai Funwalk D'baroh
800 Peserta Sertai Funwalk D'baroh
BESUT, 2 November - Seramai 800 orang peserta telah menyertai acara monsoon Funwalk D'baroh, sejauh lima kilometer (KM) dengan mengeliling sawah padi di sekitar Kampung Padang Baloh. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin berkata, dengan kejayaan program itu beliau sangat berterima kasih kepada semua yang hadir  menjayakannya serta menunjukkan komitmen dan sokongan padu dalam usaha mempromosikan gaya hidup sihat. "Aktiviti seperti ini bukan sahaja memberi peluang untuk menjaga kesihatan fizikal malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim diantara pelbagai lapisan masyarakat terutamanya  golongan belia, keluarga serta komuniti tempatan". "Setinggi penghargaan kepada pihak penganjur Persatuan Beliau Sahabat Sejahtera Daerah Besut,sukarelawan, dan semua pihak yang telah berusaha keras memastikan acara ini  berjalan lancar dan tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada semua para penaja yang memberikan sumbangan untuk menjayakan funwalk ini","ujarnya.   Beliau berkata demikian kepada pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menghadiri acara Monsoon Funwalk D'Baroh, yang diadakan di Taman Kohafas Agro Darau, di sini, baru-baru ini. Dalam pada itu, Husaimi menasihatkan agar aktiviti senaman itu dapat dijadikan sebagai rutin harin yang akan dapat memberikan inspirasi kepada anggota komuniti lain supaya kesihatan dan kesejahteraan dalam hidup akan menjadi keutamaan. Acara funwalk ini turut dimeriahkan dengan diadakan tiga "check point" disediakan makanan dan minuman antaranya kuih tradisional, ubi kayu, buah-buahan, air tuak dan aiskrim malaysia, sambil menikmati pemandangan yang indah dikelilingi sawah padi serta bukit.  
02 Nov 24
214
RPMM Tok Jembal Siap 95 Peratus, Bakal Diserah Kepada Penerima
RPMM Tok Jembal Siap 95 Peratus, Bakal Diserah Kepada Penerima
Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Tok Jembal kini telah mencapai tahap kemajuan 95 peratus dan bakal diagihkan kepada penerima terpilih dalam tempoh dua bulan ini.
07 Oct 24
420
Dialog EXCO Platform Terbaik Rakyat Terima Maklumat Tepat
Dialog EXCO Platform Terbaik Rakyat Terima Maklumat Tepat
Program Dialog EXCO yang kini sedang giat dilaksanakan secara berperingkat melibatkan lapan daerah di negeri ini disifatkan sebagai landasan terbaik untuk rakyat mendapat maklumat tepat daripada kerajaan.
06 Oct 24
46
Dialog EXCO Platform Terbaik Rakyat Terima Maklumat Tepat
Dialog EXCO Platform Terbaik Rakyat Terima Maklumat Tepat
KUALA NERUS, 3 Oktober - Program Dialog EXCO yang kini sedang giat dilaksanakan secara berperingkat melibatkan lapan daerah di negeri ini disifatkan sebagai landasan terbaik untuk rakyat mendapat maklumat tepat daripada kerajaan. Salah seorang Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung bagi DUN Batu Rakit, Mohd Fadhil Ismail berkata, program bersemuka itu juga membolehkan rakyat bertanyakan soalan secara langsung kepada EXCO sekali gus menjawab segala persoalan yang berlegar dalam kalangan masyarakat. "Alhamdulillah melalui program ini kerajaan negeri dapat sampaikan apa jua maklumat kepada rakyat mengenai apa usaha, matlamat dan hulu tuju kerajaan negeri serta perjalanan kerajaan negeri dalam keadaan terhimpit. "Sepanjang program ini berlangsung, kita telah melihat banyak soalan-soalan yang berkisar tentang kesan ekonomi selepas kerajaan negeri tidak lagi diberikan royalti petroleum seperti biasa. "Jadi telah diberikan penerangan apa solusi untuk masa hadapan dengan wujudnya usaha bagi menambah pendapatan baharu yang boleh menyakinan penduduk dan Pengerusi JPKK mendapat maklumat yang tepat dalam melaksanakan dasar kerajaan terutama bagi memastikan kebajikan kepada rakyat dapat diteruskan," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menghadiri Program Dialog EXCO yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bandar Baru, Kuala Nerus, di sini, kelmarin. Dalam pada itu, Fadhil berkata program yang dianjurkan oleh UPDI itu perlu diperluaskan lagi dan diadakan secara berterusan agar rakyat faham mengenai apa yang terjadi serta dapat mengetahui info-info terbaharu mengenai setiap perancangan dan agenda yang dijalankan. "Terima kasih kepada pihak kerajaan negeri serta penganjur yang telah mengadakan program ini sekali gus mendekatkan pimpinan kerajaan negeri bersama rakyat," katanya.  
04 Oct 24
120
RPMM Tok Jembal Siap 95 Peratus, Bakal Diserah Kepada Penerima
RPMM Tok Jembal Siap 95 Peratus, Bakal Diserah Kepada Penerima
KUALA NERUS, 3 Oktober - Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Tok Jembal kini telah mencapai tahap kemajuan 95 peratus dan bakal diagihkan kepada penerima terpilih dalam tempoh dua bulan ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, rata-rata mereka yang memohon rumah itu sudah tidak sabar mendiaminya kerana tertarik dengan reka bentuk serta keindahan warna. "Saya telah pun mengadakan lawatan ke RPMM Tok Jembal beberapa bulan lepas dan dimaklumkan oleh pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bahawa projek itu kini telah berada di fasa terakhir. "Sedikit masa sahaja lagi kerana ada beberapa isu (kecil) yang berlaku dalam pembinaan RPMM tersebut dan sekarang ia telah pun diserahkan kepada kontraktor penyelamat bagi membuat kerja-kerja akhir," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucapa di Program Dialog EXCO di Dewan Jubli Perak, Bandar Baru Kuala Nerus, di sini, semalam. Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim dan Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi, Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman. Mengulas lebih lanjut, Wan Sukairi berkata dengan melihat kepada kemajuan terkini RPMM Tok Jembal itu rumah berkenaan akan diserahkan segera kepada pemilik yang terpilih sebelum berakhir tahun ini. "Insya-Allah saya menjangkakan dalam tahun ini juga kita akan dapat membuat penyerahan kepada pemilik-pemilik yang telah pun dipilih dan berada dalam senarai penama-penama yang berjaya menduduki rumah tersebut. "Insya-Allah dalam tempoh sebulan dua ini kita akan membuah penyerahan rumah pangsa tersebut," ujarnya.  
03 Oct 24
3539
Buluh Gading Dewan FC Juara Piala Ahli Parlimen Kuala Nerus
Buluh Gading Dewan FC Juara Piala Ahli Parlimen Kuala Nerus
KUALA TERENGGANU, 2 Oktober - Jaringan minit akhir menobatkan Buluh Gading Dewan FC sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Piala Ahli Parlimen Kuala Nerus 2024. Dalam aksi akhir itu, Buluh Gading Dewan FC menewaskan Banggol Peradong FC dengan jaringan 1-0. ​​​Selaku juara, Buluh Gading Dewan FC membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000, piala serta medal. Pemain terbaik perlawanan, Ahmad Haffizi Mohd berkata, momentum beberapa siri perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan sebelum kejohanan ini menjadikan pasukannya lebih serasi serta mengenalpasti kelemahan. “Sebelum ini pasukan kami telah gagal di perlawanan peringkat akhir dalam kejohahan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN). Malam ini tak sangka dapat menjadi juara tambahan pula pihak lawan ada beberapa pemain yang sebelum ini mewakili Terengganu.  "Alhamdulillah, memang tak sangka menjadi juara, dapat membantu pasukan, memang sebelum ini kita sasarkan kita boleh ke separuh akhir sahaja tapi semangat juang semua pemain berjaya ke akhir seterusnya membawa pulang piala. Ditanya apa perancangan selepas ini beliau memberitahu belum lagi memikirkanya kerana mahu fokus kepada Karnival Sukan Setiausaha Kerajaan Negeri se-Malaysia (SUKSEM) yang akan berlangsung tidak lama lagi memandangkan beliau juga mewakili Terengganu dalam kejohanan ini. "Sementara ini saya mahu fokus SUKSEM, Segala persiapan dan perancangan buat masa ini serah kepada pengurus dahulu," ujarnya. Katanya, beliau sangat berpuas hati sepanjang perlawanan dan memuji kelancaran penganjuran walaupun ada sedikit ketegangan dan menggangap adab perlawanan. “Perlawanan kedua-dua pasukan sangat baik, kontroversi sikit-sikit tu biasa lah dan semua menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi,” ujarnya.
02 Oct 24
219
Sekolah Menengah Islam Darul Iman Dungun Johan Perarakan Maulidur Rasul
Sekolah Menengah Islam Darul Iman Dungun Johan Perarakan Maulidur Rasul
Oleh: Che Wan Muhammad Abdul Hanis DUNGUN, 26 September– Sekolah Menengah Islam Darul Iman Dungun muncul johan bagi perarakan Maulidur Rasul yang diadakan di Masjid Muhajirin, Felda Jerangau, di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kejayaan itu mencerminkan kecemerlangan dan semangat Islam yang ditunjukkan oleh para pelajar dan guru. "Sambutan seperti ini bukan sekadar perayaan tetapi simbol perpaduan masyarakat Islam yang erat. "Justeru, generasi muda diharap terus memupuk semangat kecintaan terhadap Rasulullah dan nilai-nilai Islam, sekaligus menjadi contoh kepada komuniti yang lebih luas," ujarnya. Katanya, selain bertujuan meraikan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar, penganjuran perarakan tersebut diharapkan dapat terus mengeratkan silaturahim. Pertandingan perarakan tersebut menyaksikan penyertaan 15 kontinjen dari pelbagai sekolah dan institusi di kawasan tersebut.  Tempat kedua dimenangi Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Felda Jerangau, manakala tempat ketiga disandang oleh Tadika Kemas Felda Jerangau.
29 Sep 24
351
Penganjur Jangan Anjur Aktiviti 'Tersembunyi'
Penganjur Jangan Anjur Aktiviti 'Tersembunyi'
SETIU, 25 September - Mana-mana penganjur sebarang program termasuk yang ingin mengadakan aktiviti membabitkan himpunan diingatkan agar tidak menyembunyikan acara tertentu daripada pengetahuan pihak kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan. Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, sikap penganjur menyembunyikan agenda program mengakibatkan berlakunya perkara yang tidak diingini sehingga orang ramai tidak senang dengan apa yang berlaku. Ujarnya, adalah penting untuk pihaknya mengetahui secara terperinci mengenai konsep dan aturcara setiap program yang ingin diadakan seperti konsert atau persembahan pentas. "Saya sebelum ini dah bercakap kepada mana-mana penganjur yang hendak buat apa-apa pun aktiviti di Terengganu, ia mesti melalui proses dan ia tidak akan ambil masa yang lama. "Contoh terbaik adalah bagaimana kita meluluskan program 'Jom Heboh' tengok macam mana dengan aktiviti persembahan ketika ia diadakan di Terengganu mengikut segala prosedur dan garis panduan hiburan yang telah ditetapkan setelah mengetahui dengan jelas segala penerangan yang kita berikan barulah ia diadakan serta dipromosikan secara besar-besara, "Kerana ada pihak penganjur yang belum datang berjumpa dan berbincang dengan pihak kita telah mengadakan promosi terlebih dahulu bahawa mereka akan mengadakan program di Terengganu, akibatnya netizen akan lihat promosi yang diadakan itu dia menyatakan bahawa kita dah lulus, sedangkan belum lulus dan tiada sebarang perbincangan," ujarnya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja di Pulau Redang, di sini semalam. Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato' Rosli Latif dan Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Ahmad Ridzwan Abdul Rahman. Mengulas lebih lanjut, Razali berkata pihak kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran garis panduan yang telah ditetapkan. "Kita juga tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras jika ada penganjuran program atau hiburan tanpa melalui kita sebagaimana kita pernah bertindak terhadap Parti Aloha sebelum ini, kita akan saman semaksima mungkin. "Namun ia bukan cara untuk menambahkan pendapatan kita tetapi ia merupakan peringatan agar mana-mana pihak dapat mengikuti SOP yang ada di negeri ini," ujarnya.
25 Sep 24
390