lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

15 Tan Sampah Berjaya Dikumpulkan
15 Tan Sampah Berjaya Dikumpulkan
KUALA NERUS, 4 Januari - Sebanyak 15 tan sampah berjaya dikumpulkan dalam Program Bersih Pantai Monsun Terengganu yang dianjurkan oleh kerajaan negeri membabitkan Pantai Batu Buruk dan Pantai Seberang Takir. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, usaha melalui program yang dijalankan itu bermatlamat bagi mengembalikan keindahan pesisir pantai terbabit. "Ini bagi memastikan ia menjadi petunjuk kepada masyarakat bahawa menjaga kebersihan pantai ini sangat penting kerana ia merupakan produk pelancongan negeri Terengganu. "Kita akan perluaskan lagi program ini di seluruh daerah, dan usaha pembersiahan pantai ini akan diteruskan lagi melalui program 'Terengganu Bersih' yang akan dilaksanakan pada April," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa hadir ke program berkenaan, yang diadakan di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut mengenai program yang diadakan itu, katanya ia melibatkan 1,000 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk anak syarikat kerajaan negeri, agensi swasta serta komuniti setempat. Juga mendapat kerjasama antaranya dari Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Selain itu turut terlibat Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. , Petronas Pantai Timur dan NGO Geng Plastik Ija. Sementara itu Razali berkata pihaknya kerajaan negeri bercadang untuk menjadikan program Bersih Sampah Monsun itu sebagai aktiviti tahunan.  "Usaha ini adalah bukti komitmen kerajaan negeri terhadap pemeliharaan alam sekitar serta menyokong pembangunan yang lestari. "Ia bukan sahaja menjadi platform kebersihan tetapi juga simbol kerjasama komuniti dalam menjaga warisan semula jadi negeri,"katanya.
04 Jan 25
177
MBKT Cadang Wujudkan Lampu Isyarat Pintar Atasi Kesesakan Lalu Lintas
MBKT Cadang Wujudkan Lampu Isyarat Pintar Atasi Kesesakan Lalu Lintas
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bercadang untuk mewujudkan Lampu Isyarat pintar bagi mengawal kesesakan lalu lintas yang makin kerap berlaku pada akhir-akhir ini apabila Terengganu menjadi tumpuan ramai pelancong.
01 Jan 25
128
Peniaga Santan Terharu Terima Sumbangan
Peniaga Santan Terharu Terima Sumbangan
KUALA TERENGGANU, 31 Disember – Seorang peniaga santan, Rozimah Abdullah, 47 tahun, dari Kg Gong Kekabu, Bukit Payung, tidak dapat menahan perasaan sebak apabila menerima sumbangan berharga melalui Program Komuniti Usahawan hari ini.  Bantuan yang diterima dalam bentuk mesin proses santan, kereta tolak dan beberapa peralatan perniagaan lain diharapkan dapat memberikan dorongan baru untuk memperkasa perniagaannya yang dimulakan pada Mac 2024. Rozimah, yang memulakan perniagaannya tanpa pengalaman, berkongsi rasa syukur dan terima kasih atas bantuan yang diterima.  “Saya sangat terharu dengan kehadiran Yang Berhormat (YB)  Ariffin dan pegawai Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) pada hari ini.  “Saya tidak menyangka akan menerima bantuan ini, apatah lagi dalam keadaan yang baru memulakan perniagaan,” ujarnya dengan nada penuh emosi. Beliau juga meluahkan rasa terima kasih yang mendalam kepada kerajaan negeri atas keprihatinan yang diberikan kepada peniaga kecil sepertinya.  “Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada YB  dan kerajaan negeri.  “Semoga mereka dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dan dipermudahkan segala urusan,” katanya. Ibu kepada tiga orang anak itu memulakan perniagaan santan di Bukit Payung sebelum berpindah ke halaman rumahnya pada Mei 2024.  Walaupun tanpa pengalaman dan menghadapi pelbagai cabaran, dia tetap bersemangat untuk terus menjalankan perniagaan demi masa depan keluarganya.  Bantuan yang diterimanya hari ini diharap dapat meringankan beban dan memberi impak positif dalam memperkembangkan lagi perniagaannya.
31 Dec 24
243
MBKT Cadang Wujudkan Lampu Isyarat Pintar Atasi Kesesakan Lalu Lintas
MBKT Cadang Wujudkan Lampu Isyarat Pintar Atasi Kesesakan Lalu Lintas
KUALA TERENGGANU, 31 Disember - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bercadang untuk mewujudkan Lampu Isyarat pintar bagi mengawal kesesakan lalu lintas yang makin kerap berlaku pada akhir-akhir ini apabila Terengganu menjadi tumpuan ramai pelancong. Datuk Bandar, Dato' Rosli Latif berkata, untuk peringkat permulaan pihaknya bercadang untuk mewujudkan enam lampu isyarat dahulu. Ujarnya, lampu isyarat itu merupakan salah satu elemen dalam pelan tindakan menjadikan Kuala Terengganu sebagai 'Smart City'. "Perkara ini telah dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah semasa melancarkan pelan tindakan 'Smart City Negeri Terengganu' dan akan dibuat mengikut keutamaan rakyat. "Sekarang ini kita berhadapan isu trafik, jadi kita akan mulakan dengan 'smart traffic light' yang telah disiapkan dokumen ,tunggu iklan untuk pengambilan tender sahaja,"ujarnya. Beliau berkata demikian semasa sidang medianya selepas menghadiri Masli pelancaran Program Cabutan Bertuah Cukai Taksiran 2025 dan Penyampaian Hadiah Pemenang Cabutan Taksiran, di Menara MBKT, Tingkat 6, baru-baru ini. Mengulas lebih lanjut, Rosli berkata, lampu isyarat pintar itu akan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dengan aliran trafik itu akan dikawal dari menara MBKT. "Bagi mengatasi kesesakan lalu lintas yang berlaku sekarang kita tidak berniat untuk ubah laluan untuk menjadikan laluan di Jambatan Angkat satu hala. "Kerana untuk melakukan perkara tersebut perlu juga mengambil kira parameter perniagaan supaya ia tidak akan mendatangkan kesan kepada peniaga-peniaga yang merupakan rakyat negeri Terengganu sendiri,"ujarnya.  
31 Dec 24
1781
Lumba Perahu Panjang Gamit Nostalgia, Hidup Semula Warisan
Lumba Perahu Panjang Gamit Nostalgia, Hidup Semula Warisan
Penganjuran Festival Cabaran Monsun Perahu Panjang Tanjung Sabtu 2024 mampu menghidupkan kembali tradisi yang menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat pesisir Sungai Nerus.
30 Dec 24
150
Kerajaan Ajak Rakyat Bermunajat Sempena Tahun Baharu
Kerajaan Ajak Rakyat Bermunajat Sempena Tahun Baharu
KUALA TERENGGANU, 25 Disember - Kerajaan Terengganu mengajak seluruh rakyat negeri ini menyambut tahun baharu 2025 dengan bermunajat serta mengangkat tema Indahnya Hidup Bersyariat bagi mengundang kehidupan yang lebih berkat ke arah menjadi sebuah negeri Maju, Berkat dan Sejahtera. "Ayuh seluruh rakyat negeri Terengganu dan sekitarnya! sertai Malam Munajat Terengganu, sebuah program penuh keberkatan yang mengajak kita semua mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa," ujar kerajaan negeri melalui suatu kenyataan. Program yang bakal diadakan pada 31 Disember itu akan diadakan selepas Maghrib hingga jam 12.00 malam bertempat di Dewan Arena, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Antara pengisian program yang akan diadakan nanti selain Solat Maghrib dan Isyak berjemaah akan ada Bicara Murabbi bersama Pendakwah Terkenal, Ustaz Azhar Idrus. Selain itu akan ada Zikir Munajat dan Selawat Perdana serta Bacaan Doa Untuk Ummah. "Keistimewaan Malam Munajat adalah menyucikan hati dengan zikir dan doa, memohon keberkatan dan kesejahteraan untuk diri, keluarga dan negara. "Bersama-sama menghidupkan malam dengan cahaya keimanan maka jangan lepaskan peluang. "Mari kita bersatu dalam doa, memohon keredaan Allah SWT untuk kehidupan yang lebih tenang, diberkati dan dirahmati,"ujar kenyataan itu lagi.
25 Dec 24
594
Nelayan Seberang Takir Terima Bantuan Musim Tengkujuh
Nelayan Seberang Takir Terima Bantuan Musim Tengkujuh
KUALA NERUS, 17 Disember - Lebih 372 orang nelayan di sekitar Seberang Takir menerima bantuan kewangan dan barangan dapur. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Khazan Che Mat berkata, bantuan berkenaan tanda keprihatinan pentadbiran Terengganu terhadap golongan nelayan yang terkesan pendapatannya di musim tengkujuh. “Seperti kebiasaan, dekat kita ni, Pantai Timur akan mengalami tengkujuh pada akhir tahun dan dijangka ke awal tahun hadapan. “Memang lah, waktu ni sukar sedikit, mereka tidak dapat keluar menangkap ikan dan tiada sumber pendapatan lain dan bergantung sepenuhnya dengan sumber laut. “Situasi sebegitu mengakibatkan ketiadaan sumber kewangan untuk menyara kos seharian,” katanya ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan berkenaan. Seorang penerima, Danial Afif Haiqal Rumizan, 17, yang mewakili ayahnya menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Nerus dan Seberang Takir serta TDM atas sumbangan tersebut. “Sekurang-kurangnya dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan barangan harian sepanjang musim tengkujuh ni. “Alhamudulillah, dengan pemberian bantuan barangan dapur, para penerima khususnya para nelayan mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian pimpinan di sini beri bantuan ini,” katanya Sementara itu, Mohamad Mohd Noor, 65, melahirkan rasa syukur dan terharu atas bantuan tersebut. “Terima kasih lah pilih saya menerima bantuan ini.  “Bantuan berupa wang tunai dan barang keperluan ini cukup bermakna buat kami yang tidak dapat ke laut menangkap ikan dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” ujarnya Terdahulu, Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, melalui program tersebut, TDM menyumbang sebanyak RM20,000 untuk belian barangan asas seperti beras, minyak masak, makanan kering, gula, dan keperluan harian lain. Selain itu katanya,Ahli Parlimen Kuala Nerus merangkap Pengerusi Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. Dato’ Dr. Alias Razak turut sama bekerjasama dengan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir menyumbangkan barang keperluan bagi meringankan beban dan sebagai langkah untuk memastikan kelangsungan kehidupan harian golongan terjejas khasnya komuniti Seberang Takir.
17 Dec 24
123
Terengganu Salur Bekalan Air Bersih ke Pahang
Terengganu Salur Bekalan Air Bersih ke Pahang
Terengganu kini memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan ekonomi Pantai Timur apabila menyalurkan bekalan air bersih ke Pahang menerusi Projek Paip Pengagihan Air Kemaman-Gebeng. 
15 Dec 24
573
RUU Komunikasi Dan Multimedia Buka Ruang Salah Guna Kuasa
RUU Komunikasi Dan Multimedia Buka Ruang Salah Guna Kuasa
KUALA TERENGGANU, 10 Disember - Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional semalam telah menentang Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan 2024) kerana dikhuatiri akan disalah guna dan dimanipulasi. Ahli Parlimen Kuala Terengganu , Dato' Ahmad Amzad Hashim berkata, perkara itu sangat jelas memberikan kuasa terlalu luas kepada menteri untuk menentukan pelbagai perkara berkaitan media. "Kerajaan sekarang dilihat mundur ke belakang dalam menegakkan prinsip penting demokrasi iaitulah hak kebebasan bersuara. "Perkara ini dibangkitkan masyarakat awam termasuklah mereka yang sebelum ini dilihat sangat pekat dalam sokongannya kepada Pakatan Harapan misalnya BERSIH, kartunis Fahmi Reza, Ahli Parlimen Pasir Gudang dan ramai lagi," ujarnya. Beliau berkata demikian melalui suatu kenyataan di facebooknya, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut katanya, sekalipun RUU itu tetap diluluskan kerana ahli-ahli Parlimen Kerajaan dari Pakatan Harapan dan lain-lain parti yang bersama kerajaan memilih telah mengundi menyokong pindaan akta terbabit. "Semua Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional yang hadir telah mengundi membantah RUU ini," tegasnya.
10 Dec 24
112
Khidmat Malaysia Anjur Dapur Rakyat Ringankan Beban Mangsa Banjir
Khidmat Malaysia Anjur Dapur Rakyat Ringankan Beban Mangsa Banjir
Badan Bukan Kerajaan Khidmat Malaysia Kuala Terengganu (KMKT) menganjurkan inisiatif Dapur Rakyat bagi membantu meringankan beban mangsa banjir.
09 Dec 24
84