lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Segelintir Masyarakat Masih Ingkar PKPB
Segelintir Masyarakat Masih Ingkar PKPB
KUALA TERENGGANU, 13 Mei - Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan bermula 4 Mei lalu, rakyat khususnya masyarakat di negeri ini semakin faham dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan ketika di luar rumah. Namun, masih terdapat segelintir individu mengabaikan aspek keselamatan dan kawalan kendiri dengan berkumpul di tempat-tempat umum dan mengingkari panduan ditetapkan kerajaan berikutan penularan pandemik Covid-19. Berdasarkan aduan orang ramai, tinjauan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) malam tadi mendapati sebilangan masyarakat kembali memenuhi kawasan rekreasi Taman Awam Pantai Batu Buruk, hanya sehari selepas pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu meletakkan hadangan (barrier) di kawasan tersebut. Masih ramai mengambil peluang bersantai di Taman Awam Batu Buruk. Bagaimanapun, jumlah individu yang bersantai di situ nyata tidak seramai sebelum ini, menunjukkan penguatkuasaan yang dilakukan pihak berkuasa tempatan bersama pasukan keselamatan mendatangkan kesan positif. Tinjauan di muara utara Jambatan Angkat (Drawbridge) turut memperlihatkan beberapa kelompok anak muda berkumpul dalam jumlah agak ramai. Bagaimanapun, kawasan-kawasan lain di sekitar bandar Kuala Terengganu sepi dan kedai-kedai makan turut mematuhi larangan yang ditetapkan kerajaan negeri supaya tidak membenarkan pelanggan makan di dalam premis sebaliknya melakukan jual beli secara 'take away' sahaja.
30 Jun 20
128
Pesakit Terakhir COVID-19 Tinggalkan Hospital Hulu Terengganu
Pesakit Terakhir COVID-19 Tinggalkan Hospital Hulu Terengganu
HULU TERENGGANU, 11 Mei - Menerima rawatan selama 53 hari dan terpaksa mendapatkan rawatan di dua buah hospital di Terengganu dek penangan virus COVID-19 cukup meninggalkan kesan amat mendalam kepada seorang pesakit yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz. Lebih-lebih lagi apabila melihat seorang demi seorang rakan rapat beliau yang turut dirawat di Hospital Hulu Terengganu (HHT) dibenarkan pulang minggu lalu selepas pulih daripada jangkitan wabak tersebut sekali gus menjadikan dirinya pesakit terakhir COVID-19 yang masih menerima rawatan di hospital itu.  Namun tiada apa yang lebih menggembirakan bagi pemuda berusia 25 tahun dan berasal dari Betong, Sarawak itu apabila dibenarkan pulang hari ini selepas sembuh daripada penyakit tersebut dan beliau menyifatkannya sebagai ‘kurniaan istimewa’ daripada Ilahi menjelang sambutan Aidilfitri dua minggu lagi. "Sepanjang tempoh menerima rawatan di sini, saya sentiasa berhubung dengan keluarga di Betong, Sarawak melalui panggilan video dan mereka lega apabila dimaklumkan saya menerima layanan terbaik daripada petugas kesihatan di HHT serta Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). “Hubungan kami bagaikan sebuah keluarga, begitu juga hubungan dengan kawan-kawan (pesakit COVID-19 lain) juga sangat erat, cuma saya agak terkesan apabila beberapa kawan rapat dibenarkan keluar pada minggu lepas,” katanya ketika ditemui pemberita di HHT di sini hari ini. Hafiz, yang sudah tidak sabar mahu pulang ke Sarawak untuk berpuasa dan merayakan Aidilfitri tidak lama lagi, berharap orang ramai tidak mengambil mudah mengenai ancaman jangkitan COVID-19 dengan sentiasa mengamalkan saranan kebersihan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Harapan saya agar wabak ini segera berakhir supaya kita semua dapat hidup seperti biasa secepat mungkin," katanya. Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata Hafiz merupakan pesakit terakhir positif CIVID-19 yang menerima rawatan di HHT. "Beliau telah menghadiri ijtimak tabligh di Sri Petaling pada 24 Feb hingga 4 Mac lalu dan selepas itu datang ke Terengganu untuk melakukan kerja-kerja dakwah. Bagaimanapun, beliau dimasukkan ke HHT pada 17 Mac sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) setelah mengalami batuk dan sakit tekak. "Dua hari selepas itu, pesakit ini dimasukkan ke HSNZ setelah didapati positif COVID-19 dan telah dipindahkan semula ke HHT pada 5 April apabila keadaannya semakin stabil untuk meneruskan rawatan sebelum dibenarkan keluar hari ini," katanya. HHT mula diwartakan sebagai hospital yang merawat kes berkaitan COVID-19 sepenuhnya di Terengganu pada 14 Mac dan sejak itu, semua pesakit lain dipindahkan ke HSNZ serta Hospital Setiu untuk menerima rawatan. Dr Nor Azimi juga berkata kesemua lapan daerah di Terengganu kini dikategorikan sebagai zon hijau kerana telah merekodkan sifar kes positif COVID-19 bagi tempoh 14 hari dengan kes terakhir dikesan pada 23 April di Besut dan kesemua 13 pusat kuarantin juga sudah ditutup kecuali satu di Kemaman. - BERNAMA
30 Jun 20
175
Perkeso Bantu Bekas Pemain Bola Sepak Terengganu
Perkeso Bantu Bekas Pemain Bola Sepak Terengganu
Oleh: Wan Luqman Hakim KUALA TERENGGANU, 1 Jun - Nasib bekas pemain bola sepak Terengganu era 90-an,  Mohd Fadli Jalil Sulong, 53 yang kini terlantar akibat kencing manis kronik dibantu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Dalam kunjungan Skuad Prihatin Perkeso itu, Mohd Fadli didapati layak menerima alatan pemulihan berupa Reclining Wheelchair, Commode Wheelchair, Pampers dan Ripple Mattress. Pada masa sama akan turut dibekalkan katil perubatan yang akan dihantar terus ke rumah oleh pembekal. Pengarah Perkeso Terengganu, Farihah Che Husin berkata, hasil semakan mendapati Mohd Fadli pernah membuat caruman ketika bersama pasukan bola sepak Terengganu. Katanya, keadaan itu membolehkan dia menerima pencen ilat sebanyak RM500 sebulan dan alatan pemulihan serta Elaun Layanan Khas untuk penjaga. “Kelengkapan dan bantuan itu diluluskan tanpa permohonan kerana hasil semakan mendapati  pesakit ini  mempunyai caruman semasa bermain dengan pasukan bola sepak Terengganu pada era 90an dahulu,”katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media di rumah pesakit di Jalan Ibrahim, Bukit Besar Kuala Terengganu, semalam Hadir menyampaikan sumbangan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah Sementara itu Mohd Fadli yang mesra dipanggil Weck di kalangan rakan dan peminat bola sepak Terengganu ketika kegemilangannya, berkata dia juga sukar untuk bergerak dan segala urusan dibantu isterinya, Norhayati Alias, 35. "Saya mengakui rindu untuk turun ke padang, namun terpaksa melupakan keinginan itu disebabkan masalah kesihatan. "Selepas bersara dari sukan bola sepak pada 1997, saya bersama rakan seperjuangan menubuhkan pasukan futsal. "Kami sering bersama bermain dan setahun lalu saya kurang aktif kerana menghidap penyakit kencing manis," katanya Mengimbau saat mula diserang masalah saraf, Weck berkata, ketika kejadian dia bersama isteri sedang menonton televisyen di ruang tamu pada 1 tengah hari, Januari lalu. "Secara tiba-tiba kedua-dua bahu saya berdenyut dan terlalu sakit serta tidak boleh bergerak. Semalaman saya menahan sakit sehingga tidak dapat tidur," jelasnya.
30 Jun 20
116
Jangan Berkumpul Di Taman Awam! - MBKT
Jangan Berkumpul Di Taman Awam! - MBKT
KUALA TERENGGANU, 11 Mei - Seluruh rakyat Terengganu diseru agar tidak berkumpul di taman-taman awam bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) berkata, aktiviti berkenaan boleh menyebabkan berlaku kesesakan dan memudahkan wabak pandemik merebak. "Pihak MBKT menyeru kepada orang awam agar tidak berkumpul dan bersesak-sesak di taman-taman awam seperti di Taman Awam Batu Buruk di sini. "Aktiviti sebegini boleh menyebabkan penularan wabak COVID-19, yang boleh menjadikan Kuala Terengganu kembali ke zon merah (zon aktif)," tegas MBKT dalam satu hantaran di facebook rasmi mereka. Ketegasan itu disuarakan selepas pihaknya mendapati orang ramai berkumpul dalam kumpulan yang ramai. Susulan itu juga, difahamkan pihak MBKT telah meletakkan penghadang bagi menghalang orang ramai memasuki Taman Awam Batu Buruk. Hasil tinjauan pihak kami beberapa hari lalu mendapati, terdapat ramai keluarga yang berbuka puasa di Taman Awam Batu Buruk. Kanak-kanak dan bayi juga dikesan dibawa bersama-sama dalam aktiviti tersebut. Tindakan tersebut pastinya menimbulkan keresahan pihak lain pada saat wabak COVID-19 belum reda sepenuhnya.
30 Jun 20
124
Pelanggan Bertambah, Pasar Raya Terus Kekal SOP
Pelanggan Bertambah, Pasar Raya Terus Kekal SOP
KUALA NERUS, 11 Mei - Beberapa pasar raya terkemuka seperti Mydin akan terus memastikan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan berjalan lancar walaupun berlaku peningkatan pelanggan susulan keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pada 4 Mei. Penolong Pengurus Mydin Gong Badak, Suzana Romeli berkata, pengurusan pasar raya telah menetapkan penjarakan sosial dan mengehadkan jumlah pelanggan. “Dalam satu-satu masa, hanya sekitar 100 pelanggan dibenarkan berada di kawasan membeli iaitu tidak lebih dua orang untuk satu keluarga walaupun ada yang datang lebih dua orang. “Setakat ini apa yang dilaksanakan berjaya dipatuhi semua rakyat Terengganu, tiada berlaku ketidakpuasan hati mana-mana pihak. “Kami juga akan terus mengikuti saranan daripada pihak kerajaan dalam memastikan semua pihak mendapat kebaikan dan COVID-19 ini berjaya dihapuskan,” katanya ketika ditemui media semalam. Dalam pada itu, menurut peniaga pakaian wanita, Farah Azullia Jusoh, 35, dia bersyukur kerana kerajaan membenarkan peniaga sepertinya untuk berniaga seperti biasa. “Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya memang tiada pendapatan untuk diri, keluarga dan anak-anak. “Jadi setelah kerajaan membenarkan saya berniaga sedikit sebanyak ia mengembirakan saya lebih-lebih lagi untuk menyambut kelahiran anak keempat bulan Ogos nanti,” ujarnya. Sementara itu, bagi pasangan adik beradik, Nur Zahidah Zakaria, 21, dan Nur Aishah Zakaria, 24, kelonggaran pergerakan yang diberikan kerajaan digunakan sebaik mungkin untuk melunaskan tanggungjawab membeli barangan keperluan untuk keluarga. “Namun, kami masih berhati-hati, keluar rumah dengan jaga jarak dengan orang lain, gunakan ‘hand sanitizer’ serta pakai penutup mulut dan hidung,” tambah mereka. Dalam tinjauan kami pada pagi semalam juga mendapati, masih terdapat segelintir orang ramai yang tidak mematuhi SOP PKPB terutamanya membabitkan pembeli di pasar awam.
30 Jun 20
77
Pasar Minggu, Pasar Malam Dan Pasar Tani Terengganu Dibenar Beroperasi 10 Jun
Pasar Minggu, Pasar Malam Dan Pasar Tani Terengganu Dibenar Beroperasi 10 Jun
Bermula 10 Jun, Kerajaan Terengganu akan membenarkan pasar minggu, pasar tani, pasar pagi dan pasar malam beroperasi dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
10 Jun 20
270
Terengganu Laksana Pasar Malam Percubaan
Terengganu Laksana Pasar Malam Percubaan
Kerajaan Terengganu melaksanakan pembukaan pasar malam pertama dengan pengendalian prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai percubaan menggerakkan semula ekonomi rakyat.
07 Jun 20
44
Kerajaan Negeri Iktiraf Petugas Media
Kerajaan Negeri Iktiraf Petugas Media
Kerajaan negeri meraikan enam agensi media di Terengganu bersempena dengan Hari Wartawan Nasional yang disambut pada 29 Mei lalu di seluruh negara.
01 Jun 20
40
INSPIRASI ADUN WANITA - Episod 3
INSPIRASI ADUN WANITA - Episod 3
INSPIRASI ADUN WANITA - WANITA DAN SOSIAL Jom masak bersama ADUN Wanita. Menu berbuka hari ini ialah "Ikan Patin" Bersama : YB HAJAH ZURAIDA BINTI MD. NOOR Adun Wanita
25 May 20
176
Skuad Belia Cakna Alumni SMASID Bantu Golongan Memerlukan
Skuad Belia Cakna Alumni SMASID Bantu Golongan Memerlukan
DUNGUN, 10 Mei - Skuad Belia Cakna (SBC) terdiri daripada bekas pelajar (Alumni) Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun (SMASID) terus komited membantu golongan yang memerlukan. Pengerusi Skuad Belia Cakna, Ahmad Zulkamal Hakim Kamaruddin berkata, fokus skuad berkenaan dibahagikan kepada dua kumpulan sasar bagi memudahkan gerak kerja dijalankan. "Pertama kita sumbangkan kepada keluarga asnaf dari SMASID yang mana, data dan maklumat diperolehi daripada kaunselor sekolah. "Kumpulan seterusnya kita fokuskan kepada penduduk kampung memerlukan yang tinggal berhampiran sekitar rumah ahli SBC kami," katanya ketika dihubungi pemberita. Menurut beliau, hasil dana didapati daripada derma ahli - ahli kelab dan juga sumbangan luar. "Awal - awal sekali kita buka tabung dana program ini kepada ahli kelab terlebih dahulu dan baru diminta daripada syarikat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setempat dan orang ramai." "Alhamdulillah, kita mendapat sumbangan yang lebih daripada ahli kelab ini sendiri," katanya. Katanya, penubuhan kelab berkenaan juga secara tidak langsung dapat merapatkan lagi ukhuwah disamping program- program kebajikan yang dijalankan. "Kita tahu selepas peperiksaan SPM, masing-masing (Alumni) membuat haluan mereka." "Dengan penubuhan kelab kita dapat eratkan balik ukhuwah yang telah renggang dengan mengadakan program seperti ini," ujarnya. Pada pertengahan tahun lepas, SBC telah mengadakan program bersama anak-anak yatim di Gong Balai, Merchang, Terengganu. "Alhamdulillah, ini adalah kesinambungan atas kejayaan SBC mengadakan program anak yatim tahun lepas untuk meneruskan program tahun ini kerana pihak kami mendapat sambutan daripada orang ramai," katanya lagi.
10 May 20
759