lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Singgah Sahur Santuni 'Frontliners'
Singgah Sahur Santuni 'Frontliners'
SETIU, 8 Mei - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri bersama NGO Permaisuri Care dan Iman Care menyantuni petugas barisan hadapan di daerah ini sempena program singgah sahur. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Ustaz Zul Bhari A Rahman berkata, program itu bermula pada pukul 2.30 pagi di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu. "Kemudian kita bergerak ke Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu, Pusat Kuarantin Agro Resort, Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan hospital Setiu. "Ini adalah untuk menghargai segala usaha penat lelah pasukan barisan hadapan yang bekerja dalam memerangi pandemik COVID-19 ketika ini. "Kita berikan sedikit sumbangan juadah bersahur bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini semasa program berkenaan. Dalam program tersebut, sebanyak 180 bungkusan makanan diserahkan kepada 'frontliners' terbabit.
08 May 20
154
Ahli Parlimen Kemaman Jelajah Serah Bantuan
Ahli Parlimen Kemaman Jelajah Serah Bantuan
KEMAMAN, 8 Mei - Seramai 470 orang masyarakat di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal menerima bantuan sempena Jelajah Ziarah Kasih Ramadan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid di sini semalam. Pegawai Khas Ahli Parlimen Kemaman, Mohd Khairuddin Ahmad ketika ditemui berkata, jelajah tersebut merupakan siri jelajah yang kedua selepas DUN Chukai kelmarin. "DUN Kijal adalah siri jelajah yang kedua Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kemaman selepas DUN Chukai kelmarin dengan seramai 400 orang penerima bantuan. "Kami turun ke setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di setiap DUN dalam Parlimen Kemaman dalam siri jelajah ini yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan semua MPKK di samping mengurangkan sedikit beban perbelanjaan penerima di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini," katanya. Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh mengucapkan terima kasih dan bersyukur dengan sumbangan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Kemaman. "Alhamdulillah, kami ucapkan jutaan terima kasih kepada YB (Yang Berhormat) Che Alias Hamid kerana kepekaan beliau terhadap masalah rakyat di kawasan beliau. "Mudah-mudahan apa yang dilakukan ini dapat melegakan sedikit kegusaran penerima dalam menjalankan ibadah puasa seterusnya mendapat keberkatan dari Allah," ujar beliau. Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kijal, Wahab Ahmad dan Setiausaha Majlis Tindakan DUN (MTD) Kijal, Adnan Mohamad. Siri Jelajah Ziarah Kasih Ramadhan itu akan diteruskan ke dua DUN lagi yang berbaki di Parlimen Kemaman iaitu DUN Kemasik dan Air Putih dalam masa terdekat.
08 May 20
161
4,000 Barangan Keperluan Dapur Diagihkan Kepada Penduduk Alur Limbat
4,000 Barangan Keperluan Dapur Diagihkan Kepada Penduduk Alur Limbat
KUALA TERENNGGANU,  7 Mei -  Kira- kira 4,000 barangan keperluan dapur diagihkan secara berperingkat- peringkat kepada penduduk berpendapatan rendah di Dewan Undangan Negeri Alor Limbat sepanjang bulan Ramadan tahun ini.. Agihan itu termasuk kepada  golongan terjejas yang tinggal di Kampung Pusu 3 dan Kg Bukit Cendana. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman, berkata apa yang dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sememangnya dapat membantu meringankan beban terutama mereka yang berpendapatan tidak tetap. Katanya, pihak itu juga ada mengagihkan barangan basah seperti ayam dan daging. "Pada masa sama turut mengagihkan kira- kira 9, 000 kotak kurma kepada hampir seluruh penduduk di Alor Limbat, " katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman,  selepas turut serta dalam Program Pengagihan Barangan Keperluan, petang semalam. Kerjasama antara sememangnya cemerlang dalam usaha menjayakan program. Setakat ini sebanyak hampir 4000 barang bantuan sempena Ramadhan berbentuk barangan dapur seperti minyak masak, tepung, gula dan sebagainya diagihkan kepada masyarakat. "Kami tak pilih kasih tanda kami prihatin kepada semua yang layak menerima bantuan tersebut" "Kita telah mencadangkan kepada MPKK supaya membantu rakyat seperti membeli ikan, ayam atau daging lembu untuk diagihkan kepada rakyat kerana MPKK merupakan agensi kerajaan yang paling dekat dengan rakyat dan berperanan dalam mengenal pasti siapa yang sepatutnya layak menerima bantuan ini".
08 May 20
276
186 Pekerja Pembersihan Terima Sumbangan
186 Pekerja Pembersihan Terima Sumbangan
DUNGUN, 7 Mei - Seramai 186 pekerja pembersihan dalam Dewan Undangan Negeri   (DUN) Paka menerima sumbangan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu berupa beras dan penutup hidung baru-baru ini. Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Mohd Wirdan Shahidan berkata,  kesemua penerima merupakan pekerja barisan hadapan kerana mereka tetap mengerahkan keringat walaupun negara dalam keadaan perintah kawalan pergerakan (PKP). "Sumbangan daripada ADUN Paka ini, sedikit sebanyak dapat membantu serta menghargai penat lelah mereka bekerja membersih dan menceriakan kawasan. "Agihan dibuat terdiri daripada lima zon kontraktor pembersihan awam DUN Paka dan juga agihan kepada lori sampah perumahan," ujarnya. Sementara itu, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Paka turut menerima sumbangan daripada syarikat CJ Bio Malaysia, Kerteh sebanyak 328 paket makanan. Wirdan menjelaskan, hasil sumbangan itu bernilai RM16, 400 dan diagihkan kepada golongan yang memerlukan di DUN Paka sempena Ramadhan ini melalui MPKK setempat. "Pihak PKM ADUN Paka amat menghargai sumbangan yang dihulurkan demi kelangsungan hidup kepada mereka yang terjejas serta mengucapkan jutaan terima kasih kepada syarikat tersebut," jelasnya.
08 May 20
106
230 Penduduk Pulau Terima Bantuan
230 Penduduk Pulau Terima Bantuan
BESUT, 6 Mei- Seramai 230 orang penduduk di Pulau Perhentian menerima bantuan yang disumbangkan oleh Pemaju Wanlan Metro Sdn Bhd. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, bantuan ini bertujuan bagi meringankan beban penduduk tersebut yang terjejas teruk akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac yang lalu. "Sebahagian besar penduduk di sini bekerja dalam sektor pelancongan yang di mana ianya tidak dapat berjalan sejak bermulanya PKP. "Bantuan yang diberikan ini adalah  bagi membantu penduduk Pulau Perhentian yang terputus sumber pendapatan ketika PKP dijalankan," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas mengagihkan sumbangan, di sini, pada 3 Mei. Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan (SUK) Perumahan Terengganu, Puan Sofia. Menurutnya, barangan yang diagihkan ini adalah sumbangan daripada Pengarah Projek Wanlan Metro dan antara bantuan yang diberikan ialah seperti beras, ayam, gandum dan bihun. “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pemaju Wanlan Metro, Hairiezan Rasli yang bermurah hati menyalurkan sumbangan ini. “In shaa Allah kami juga akan menyampaikan bantuan sebelum menjelang hari raya," tambah beliau.
08 May 20
225
'Hor Toh YB' ADUN Tepoh
'Hor Toh YB' ADUN Tepoh
Hor toh kali ini kita bawakan kepada anda rutin harian ADUN Tepoh iaitu YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim. Sila like & Share ye.
06 May 20
877
Membina Hati Masyarakat, Mengajak Mendekati Rumah Allah - Ustaz Mohd Nor
Membina Hati Masyarakat, Mengajak Mendekati Rumah Allah - Ustaz Mohd Nor
"Pemimpin-pemimpin masyarakat lah yang sewajarnya datang awal ke masjid"
06 May 20
52
Ops Kesan : 51 Kompaun dikeluarkan PERKESO Terengganu.
Ops Kesan : 51 Kompaun dikeluarkan PERKESO Terengganu.
Sebanyak 51 kompoun bernilai RM 56,000 dikeluarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu dalam Ops Kesan Kebangsaan peringkat negeri ini pada hari pertama operasi ini dijalankan.
06 May 20
65
PKPB : ‘Syukur, Boleh Bersalin Di Negeri Kelahiran’ – Suri Rumah
PKPB : ‘Syukur, Boleh Bersalin Di Negeri Kelahiran’ – Suri Rumah
KEMAMAN, 5 Mei  - Suri rumah, Munah Mubin terharu dan bersyukur dengan keputusan kerajaan yang membenarkan perjalanan merentas negeri dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa semalam.  Munah, 29, yang menetap di Jaya Gading, Kuantan berkata, dia bukan pulang ke kampung di Kijal di sini bukan untuk bercuti ataupun berhari raya tetapi untuk melahirkan anak ketiganya tanpa kehadiran suami, Sahruddin Yunus, 38, yang kini ‘terkandas’ di Bahau, Negeri Sembilan.  Munah berkata suaminya berpindah ke Bahau setelah mendapat kerja di sebuah ladang kelapa sawit di sana beberapa minggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, manakala dia bersama dua anak perempuan berusia lima dan dua tahun terus berada Jaya Gading.   “Mahu tak mahu, saya terpaksa berdikari. Bawa dua anak yang masih kecil menaiki teksi ke klinik untuk rutin pemeriksaan bulanan walaupun ditegur jururawat tapi anak saya terlalu kecil untuk ditinggalkan di rumah tanpa pengawasan,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama, semalam.  Dia juga berterima kasih kepada anggota polis dan orang awam yang membantu memudahkan urusannya untuk pulang ke kampung halaman.  Keputusan pulang ke rumah keluarga terpaksa dibuat selepas memikirkan pelbagai risiko. “Kebimbangan paling besar suami ialah jika saya bersalin awal dengan keadaan anak-anak yang masih kecil. Jika di Kijal, keluarga saya ada untuk menjaga mereka dan menguruskan saya di hospital,” katanya.  Munah berkata mereka juga masih belum membuat persiapan barangan bayi kerana kesukaran untuk dia ke pasar raya selain berdepan dengan masalah kewangan apabila suaminya tidak bekerja tempoh hari.  Sehubungan itu, dia mengakui mereka suami isteri amat lega apabila suaminya sudah kembali bekerja membolehkan dirinya mencari barang keperluan bayi yang penting dahulu di Terengganu.  “Suami gembira betul apabila diberitahu saya dapat surat kebenaran. Saya juga sudah berjanji dengan pemandu teksi untuk menghantar saya dan anak pulang ke Terengganu. Harap semuanya baik-baik dan urusan kelahiran bayi baru kami dimudahkan,” katanya. – BERNAMA.  
06 May 20
67
Hanafiah Santuni 318 Anak Yatim
Hanafiah Santuni 318 Anak Yatim
KEMAMAN, 4 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat menyantuni seramai 318 orang anak yatim di sekitar kawasan Chukai dalam beberapa pertemuan yang telah dijalankan secara ringkas dan berperingkat. Beliau ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada pihak Cakna Anak Yatim Kemaman dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh DUN Cukai yang telah terbabit secara langsung atau tidak dalam menjayakan program pada kali ini. "Menyantuni anak yatim sememangnya menjadi program tahunan buat kami di sini setiap kali tibanya bulan Ramadan. "Alhamdulillah, tahun ini kita berjaya juga menyantuni anak-anak yatim di sini walaupun dalam majlis yang begitu ringkas tidak seperti tahun-tahun lepas. "Kebiasaannya kita turut mengadakan majlis berbuka puasa dan sebagainya," katanya lagi. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis yang berlangsung di Dewan Balairaya Taman Fikri 2, baru-baru ini. Ianya selaras dengan situasi negara yang kini yang dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Mohd Nur Syamil, 17, mengucapkan terima kasih kepada Hanafiah yang telah memberikan sumbangan kepadanya. "Insya-Allah, kami akan menggunakan duit sumbangan yang diberikan ini sebaik yang mungkin dalam menghadapi Ramadan pada tahun ini," ujarnya.
06 May 20
98