lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Pemilik Rumah Di Kampung Batu Sawar Bakal Miliki Alamat Lengkap
Pemilik Rumah Di Kampung Batu Sawar Bakal Miliki Alamat Lengkap
Oleh: Adli Mohamad DUNGUN, 17 Mei - Pemilik Rumah di Kampung Batu Sawar/Lentang disini bakal memiliki alamat lengkap menerusi usaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berkenaan dengan kerjasama pihak berkaitan. Pengerusi MPKK berkenaan, Khaziman Khalik berkata, pihaknya telah mencari insiatif bagi memastikan setiap rumah di kampung itu yang sebelum ini tidak dilengkapi alamat supaya lebih tersusun menerusi projek penetapan nombor alamat kediaman sekali gus untuk kemudahan pelbagai pihak. “Kita bersama-sama memikirkan cara bagi memastikan setiap rumah distruktur kembali alamat, bagi memudahkan setiap rumah di kampung ini dicari serta urusan surat menyurat. “Insya-Allah, selepas pada ini 135 buah rumah disini akan dilengkapi alamat lengkap, selain orang ramai boleh merujuk pelan lokasi kampung yang telah diletakkan di kampung ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada program melengkapkan alamat di setiap rumah di Kampung Batu Sawar/ Lentang, baru-baru ini. Gimik perasmian program berkenaan telah disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman. Sementara itu, Ghazali berkata, program yang diadakan MPKK berkenaan selaras dengan kehendak beliau, dimana setiap kampung di Hulu Dungun perlu dilengkapi alamat agar memudahkan pelbagai urusan sebagaimana dilakukan MPKK Tepus sebelum ini.
02 Jul 20
189
Tunai Janji Kembalikan Tanah RTB
Tunai Janji Kembalikan Tanah RTB
Oleh : Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 25 Jun- Kerajaan negeri bersungguh menunaikan janji manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila mengembalikan tanah peserta 'terkilan' Rancangan Tanah Berkelompok (RTB). Pegawai Penyelidik, Pejabat Menteri Besar Terengganu, Azman Shafawi Abdul Rani berkata, selepas berjaya mengambil alih kerajaan pada 2018 kerja-kerja mengenal pasti peserta yang tersisih sebelum ini segera dilakukan. "Kita tidak berlepas tangan dengan bekerja keras menyelesaikan masalah mereka yang tersisih akibat bertukar kerajaan, kita gantikan yang baharu, walaupun bukan tanah di tempat asal tetapi mereka dapat hak mereka," jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Penyerahan Jadual 5A Bagi Tanah Rancangan Berkelompok Tapak Rumah Dan Tanah Pertanian, DUN Rantau Abang di Dewan Darul Ansor, Kampung Alor Mak Bah di sini, baru-baru ini. Seramai 119 orang penerima termasuk mereka yang membuat permohonan baharu telah menerima hak masing-masing pada majlis yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun itu. Turut hadir, ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik dan Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang. Sementara itu, Alias berharap penerima memanfaatkan sebaiknya tanah yang diberikan. "Kita tidak mahu ianya menjadi tanah terbiar atau dijual kepada orang lain," ujarnya.
02 Jul 20
114
Penantian 10 Tahun Penduduk SPKA Bakal Berakhir
Penantian 10 Tahun Penduduk SPKA Bakal Berakhir
MARANG,  24 Jun - Gangguan bekalan air yang membelenggu kira-kira 300 penduduk di Tanah Lot Skim Penempatan Kemudahan Awam (SPKA), Wakaf Tapai, di sini bakal berakhir selepas Syarikat Air Terengganu (SATU) bersetuju membina tangki simpanan dalam tempoh terdekat. Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ir Atemin Sulong berkata, pihaknya bersetuju membina tangki simpanan bernilai RM100,000 itu menggunakan peruntukan di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR). Katanya, kawasan yang bersesuaian untuk tujuan tersebut sudah dikenalpasti dan proses pembinaan dijangka akan bermula dalam tempoh terdekat. “Sekiranya tiada sebarang masalah teknikal terutama daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), penduduk di kawasan ini boleh mendapatkan bekalan air bersih sebelum Aidiladha ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada  Program bual bicara SATU bersama penduduk SPKA Wakaf Tapai di Dewan Sivik Wakaf Tapai di sini hari ini. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong. Menurut Ir Atemin, apa yang dialami penduduk di kawasan itu terutama membabitkan 20 keluarga adalah disebabkan kawasan berbukit-bukit, selain tinggal di tempat yang tinggi. “Paip utama yang sedia ada tidak dapat membekalkan air di kawasan itu lebih-lebih lagi ketika di waktu puncak. “Pihak kami berharap penduduk terbabit  bersabar kerana pembinaan tangki simpanan air itu memerlukan penelitian, penggunaan alat ganti ditempah khas dan bukan boleh dibeli mana-mana kedai,” katanya. Beliau turut memberitahu, Marang antara daerah yang turut disenaraikan bakal menerima loji air bernilai RM500 juta bagi menampung keseluruhan penduduk. “Daerah itu sebelum ini mendapatkan bekalan air dari loji air Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu. “Pihak kami tidak dapat membina loji di Marang kerana pelbagai faktor antara sungai yang ada tidak dapat membekalkan air secukupnya, selain berdepan masalah kawasan berbukit,” katanya.  
02 Jul 20
71
Berita Peniaga Durian Positif COVID-19 Palsu
Berita Peniaga Durian Positif COVID-19 Palsu
KUALA TERENGGANU, 24 Jun - Berita yang tular di media sosial mengenai seorang peniaga durian di Wakaf Tembesu positif COVID-19 dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) adalah palsu. Menurut JKNT, setakat ini tiada pesakit wabak tersebut yang dirawat di HSNZ sebaliknya hospital itu hanya menerima seorang pesakit lelaki yang mengalami gejala ‘Severe Acute Respiratory Infection’ pada 20 Jun lalu. Keputusan ujian PCR Covid-19 bertarikh 21 Jun juga menunjukkan pesakit tersebut negatif  COVID-19.
02 Jul 20
65
Rebut Peluang Menangi Motosikal Yamaha Y15ZR, Honda Beat Atau iPhone XR
Rebut Peluang Menangi Motosikal Yamaha Y15ZR, Honda Beat Atau iPhone XR
KUALA TERENGGANU, 24 Jun - Rakyat Terengganu kini berpeluang memenangi sebuah motosikal Yamaha Y15ZR, motosikal Honda Beat atau iPhone XR melalui cabutan bertuah bagi penguna sistem Masuk.la. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pihak urusetia sistem Masuk.la menyediakan hadiah istimewa bagi pengguna sistem ini di mana penilaian akan bermula pada 20 Jun 2020 hingga 20 Julai 2020. "Ia melibatkan kategori pengguna bertuah (pemenang ditentukan secara cabutan bertuah), premis dan pejabat kerajaan. Pengguna yang dipilih sebagai pemenang berpeluang memenangi sebuah motosikal Yamaha Y15ZR, motosikal Honda Beat atau iPhone XR. "Bagi premis yang merekodkan jumlah pendaftaran pelanggan tertinggi akan menerima hadiah motosikal Honda Beat, Samsung Galaxy A71 dan Huawei Nova 7i berserta sijil manakala bagi kategori Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula akan menerima hadiah wang tunai RM1,000 hingga RM4,000," ujarnya. Katanya, sistem Masuk.la merupakan sebuah aplikasi sesawang yang dibangunkan untuk memudahkan proses merekodkan kehadiran pelanggan khususnya rakyat Terengganu. "Sistem yang dibangunkan anak syarikat kerajaan negeri, Top IT Industries Sdn Bhd ini menggunakan teknologi Kod Respon Pantas atau 'Quick Response Code' (Kod QR)," katanya pada Majlis Pelancaran Sistem QR Code (Masuk.la) di KTCC Mall di sini baru-baru ini. Dalam perkembangan sama, Ariffin turut memberitahu, ketiga-tiga kategori cabutan bertuah dan pertandingan ini adalah bagi mengalakkan orang ramai mengunakan sistem Masuk.la sekali gus memastikan rakyat sentiasa patuh pada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Keputusan akan diumumkan pada 20 Julai 2020 dan pemenang akan dihubungi melalui pendaftaran nombor telefon di dalam aplikasi Masuk.la. Pemenang dan penguna yang bertuah juga akan diumumkan melalui media sosial rasmi Kerajaan Negeri Terengganu. Oleh itu, tambahnya, setiap penguna dan premis perlu mendaftar dengan maklumat yang tepat agar pihak urusetia dapat menghubungi penguna atau premis yang bertuah. Jika info yang diberikan tidak sahih, urusetia berhak untuk membuat pemilihan yang lain. Pengunjung pula hanya perlu imbas Kod QR bagi mengesahkan kehadiran mereka. Pendaftaran pengunjung dan pendaftaran premis perniagaan boleh dilakukan menerusi laman web https://masuk.la/.
02 Jul 20
266
Sukarelawan Wanita Bantu Permudah Solat Jumaat
Sukarelawan Wanita Bantu Permudah Solat Jumaat
Oleh : Adli Mohamad DUNGUN, 23 Jun- Sukarelawan Khas Wanita telah dibentuk bagi memudahkan pelaksanaan Solat Jumaat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, disini. Ketuanya, Zakiah Alias berkata ianya bagi membantu kefarduan Solat Jumaat secara berjemaah itu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) telah ditetapkan. "Seramai lapan sukarelawan wanita ditugaskan untuk mengambil bacaan suhu serta menulis maklumat diri jemaah yang hadir. "Serta memastikan mereka yang hadir membawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka serta mengawasi para jemaah agar mengamalkan penjarakan sosial," ujarnya ketika dihubungi pemberita. Zakiah yang  juga Penolong Penyelia Institut Modal Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi berkata, semua petugas bersemangat memulakan tugas berkenaan tepat pada jam 12 tengahari dan berakhir jam 1.45 petang. "Alhamdululillah kita telah meringankan pelaksanaan solat berkenaan disamping turut memberikan penerangan yang betul kepada setiap jemaah yang hadir. "Kita turut teruja sebagaimana 652 jemaah yang hadir pada solat jemaah berkenaan apabila ianya mula dibenarkan pada dua minggu yang lalu," katanya. Tambah beliau, sukarelawan berkenaan ketika ditubuhkan pada minggu pertama seramai lima orang sebelum ianya bertambah pada minggu kedua seramai lapan orang. "InsyaAllah minggu hadapan akan bertambah 10 orang, agar pematuhan SOP berkenaan akan dapat dipatuhi sepenuhnya," katanya lagi.
02 Jul 20
127
Juadah Berbuka Diagih Rai Penduduk, Petugas DUN Ladang
Juadah Berbuka Diagih Rai Penduduk, Petugas DUN Ladang
KUALA TERENGGANU, 16 Mei - Sebanyak 70 bekas lauk diagihkan kepada penduduk di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang sebagai juadah berbuka puasa, baru-baru ini. Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zaim Azfar berkata, sumbangan daripada Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan juga PAS Kuala Terengganu menunjukkan rasa prihatin kepimpinan Kuala Terengganu terhadap masyarakat setempat. Menurut beliau lagi, sumbangan diwakili oleh Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan diagihkan kepada penduduk di kampung masing-masing. "Selain itu, juadah berbuka puasa juga telah diagihkan petang semalam kepada petugas-petugas MPKK DUN Ladang yang banyak menabur bakti menghulurkan bantuan kepada masyarakat setempat sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. "Hari ini kita raikan sedikit semua petugas supaya mereka lebih bersemangat dalam menyantuni masyarakat," katanya.
02 Jul 20
456
Tingkatkan Kesabaran Dalam Menjaga ‘Anak Syurga’
Tingkatkan Kesabaran Dalam Menjaga ‘Anak Syurga’
Oleh : Adli Mohamad DUNGUN, 23 Jun - Pasangan yang mempunyai anak kelainan upaya (OKU) atau anak syurga perlu banyak bersabar dalam mendidik dan membesarkan anak masing-masing. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Ghazali Sulaiman berkata, menjaga anak syurga menuntut kesabaran serta ketabahan yang agak tinggi. “Allah menjanjikan pahala berlipat kali ganda kepada penjaga anak syurga yang mendidik serta membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang. "Jangan merasa rendah diri ataupun merasa kekurangan apabila menjaga anak OKU ini,” ujarnya ketika dihubungi pemberita selepas menyantuni 150 OKU di bawah umur 17 tahun, di DUN tersebut, baru-baru ini. Katanya, program berkenaan telah digerakkan bersama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi dimana sumbangan duit raya, pek makanan beserta kad ucapan kepada penjaga telah disampaikan kepada setiap penjaga-penjaga anak istimewa berkenaan ketika diziarahi. "Dimana ziarah berkenaan telah kita adakan secara serentak. Sebagai tanda kecaknaan dan keprihatinan daripada pihak kita. "Dimana kita komited mengetahui perkembangan mereka, walaupun dilahirkan sedemikian (kelainan upaya) namun kita yakin, Allah telah anugerahkan kepada mereka kebolehan serta keistimewaan yang tersendiri," katanya. Dimana ujarnya lagi, kebolehan itu akan dapat dikesan apabila mereka mengikuti latihan atau kursus-kursus tertentu. "Yang membolehkan mereka untuk berdikari. Mereka perlu diberi galakkan serta sokongan agar dapat menyelusuri kehidupan dengan baik. "Kepada penjaga pula kita suntikkan semangat kepada mereka agar menjaga anak syurga berkenaan dengan sebaik-baiknya, kerana ianya amanah daripada Allah," katanya.  
02 Jul 20
289
ADUN Belia Raih Pengalaman Bersama Masyarakat
ADUN Belia Raih Pengalaman Bersama Masyarakat
KUALA TERENGGANU, 16 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Ladang, Amirah Liyana mengambil peluang menyertai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang Ramadan sebagai suatu pembelajaran membina kemahiran dan kematangan diri. Secara peribadi, beliau berasa teruja apabila dapat turut serta dalam program agihan sumbangan untuk bersama dengan masyarakat setempat. "Saya sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk sama-sama menyantuni dan membantu insan-insan yang kurang bernasib baik. "Melaluinya, saya memperolehi pengalaman yang amat berguna dan dapat merasai kesusahan golongan tersebut," katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas Program Ziarah Mahabbah Ramadhan di MPKK Bukit Bayas, di sini semalam. Jelasnya, sekalipun berdepan pandemik Covid-19, pihak DUN terus menyusun program-program bantuan yang bersifat menyantuni masyarakat setempat. Dalam pada itu, Pengarah Majlis Tindakan DUN, Kamal Ali memaklumkan, pihak DUN memanfaatkan kewujudan ADUN Belia untuk membantu melaksanakan pelbagai program sepanjang Ramadan ini. "Hari ini, kita panggil ADUN Belia supaya mereka dapat dekat dengan masyarakat secara praktikal dan memahami situasi di lapangan. "Walaupun mereka tiada peruntukan, tetapi kita atur penglibatan mereka supaya perlu menjalankan tugas dan membiasakan diri dalam masyarakat," katanya. Tambahnya, antara program dirancang di peringkat DUN ialah bantuan Ramadhan dan sambutan Aidil Fitri. "Bantuan Ramadan ini, kita agihkan kurma kepada setiap rumah di DUN Ladang tanpa mengira latar belakang agama, kaum dan kecenderungan politik. "Bagi sambutan Aidil Fitri pula, setiap rumah dalam DUN ini akan mendapat satu balang kuih tanpa terkecuali," katanya. Menurutnya, bantuan juga diwakili oleh Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan diagihkan kepada penduduk di kampung masing-masing. Di samping itu, pihak DUN Ladang juga giat menjalankan aktiviti ziarah golongan yang benar-benar memerlukan bantuan di setiap MPKK dalam program Ziarah Mahabbah Ramadhan.
02 Jul 20
358
Sumbangan Katil Khas legakan Tun Faridah
Sumbangan Katil Khas legakan Tun Faridah
Oleh : Azhar Yusof HULU TERENGGANU, 19 Jun - Kerisauan seorang isteri memikirkan keperluan katil khas untuk suaminya yang terlantar koma berakhir apabila Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil menyumbangkan keperluan itu, semalam. Tun Faridah Tun Abdullah, 36, berkata, suaminya Mohd Nazri Wahab, 37, terlibat dalam kemalangan jalan raya sejak empat bulan lalu dan menyebabkan dia tidak dapat bergerak seperti biasa. “Pada pagi kejadian dia keluar pergi ke kebun seperti biasa sebelum orang kampung menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan dengan berlumuran darah pada jam 8 malam. “Saya pada waktu tersebut baru sampai ke tempat kerja di Hospital Sultanah Nur Zahirah  ( HSNZKT ) mendapat panggilan dari adik ipar mengatakan suami saya dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu akibat kemalangan. “Dalam tempoh dua bulan ni memang saya fikir bagaimana nak uruskannya selepas disyorkan oleh doktor untuk dibawa suami saya pulang ke rumah tanpa kemudahan katil khas sebab dia koma. Syukur dan terima kasih kepada ADUN Ajil atas sumbangan ini,” katanya ditemui ketika penyerahan sumbangan tersebut di Kampung Betong, di sini, hari ini. Tun Faridah yang bekerja sebagai Jururawat mempunyai empat anak dan pendapatan keluarga hanya bergantung kepadanya yang terpaksa mengambil cuti separuh gaji, selepas suami mengalami kemalangan. Sementara itu, Pegawai Khas ADUN Ajil, Ahmad Furqan Ismail, berkata dua hari lepas, Ustaz Maliaman sendiri turun padang menziarahi Mohd Nazri dan hari ini beliau mewakili ADUN Ajil itu untuk menyerahkan sumbangan berkenaan. Ujarnya, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Ajil sentiasa prihatin dalam memastikan kebajikan masyarakat yang memerlukan terjaga. “Kami akan meneliti keperluan untuk bantuan susulan keluarga ini dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya. Tambah beliau, semoga sumbangan hari ini akan mengembirakan mereka sekeluarga dan pihaknya terus komited untuk terus membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan.
02 Jul 20
192