lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

DITC Rai Kakitangannya
DITC Rai Kakitangannya
Oleh: Alfian Mamad KEMAMAN, 23 Mei - Darul Iman Training Centre (DITC) kelmarin meraikan kakitangannya seramai 45 orang sempena hari lebaran yang bakal menjelang. Penyerahan sumbangan berbentuk wang tunai dan kuih raya telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah (ALP) DITC, Hazri Jusoh di Dewan Abdul Rahman Limbong, DITC, Teluk Kalong. Beliau yang juga Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal ketika berucap merakamkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan yang selama ini bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan yang terbaik. "Saya mewakili ALP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pekerja yang memberi komitmen dalam menjalankan tugas masing-masing bagi memenuhi kehendak pelanggan kita," katanya. Hazri turut memberitahu, pihaknya akur dengan keadaan penularan pandemik COVID-19 di mana DITC terpaksa membatalkan banyak tempahan daripada pelanggan. "Kita terpaksa membatalkan semua tempahan pelanggan disebabkan penularan COVID-19 yang sedang melanda negara kita sekarang. "Bukan DITC sahaja yang terjejas disebabkan perkara tersebut, malah semua perniagaan yang melibatkan sektor pelancongan di negara kita turut terjejas setidak-tidaknya sehingga akhir tahun ini," ujarnya. Hadir sama dalam majlis ringkas tersebut, Ketua Eksekutif Jualan dan Pemasaran, Mohd Ezani Yahya, Ketua Eksekutif Syariah, Muhammad Al Amin Salleh dan beberapa orang pegawai. DITC merupakan salah satu anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu yang menyediakan perkhidmatan kemudahan untuk latihan bagi syarikat kerajaan, badan berkanun dan swasta yang beroperasi di Teluk Kalong.
05 Jul 20
441
ADUN Kota Putera Agih 10,000 Bekas Kuih Raya
ADUN Kota Putera Agih 10,000 Bekas Kuih Raya
Oleh: Mustaqim Afandi BESUT, 21 Mei - Sebanyak 10,000 bekas kuih raya diagihkan kepada penduduk di sekitar DUN Kota Putera dan agensi kerajaan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pemberian itu adalah tanda ingatan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. "Agihan akan dibuat oleh setiap Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kota Putera. "Walaupun sumbangan tidak seberapa, sekurang-kurangnya semua dapat merasa," jelasnya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika dihubungi semalam. Menurutnya, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Putera juga sedaya upaya menyantuni penduduk yang dilanda musibah seperti kematian, bencana alam dan sebagainya walaupun berdepan dengan sedikit keterbatasan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Nurkhuzaini menambah, bilangan agihan tersebut merangkumi  100 peratus jumlah ketua isi rumah (KIR) dalam DUN Kota Putera. "Terima kasih diucapkan kepada  petugas DUN Kota Putera yang sangat komited dalam memberi sumbangan tenaga dan kerjasama sepanjang bulan Ramadan ini. "Diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang," tambah Nurkhuzaini.
05 Jul 20
376
Warga Emas Mengesot 100 Meter Cari Keperluan Diri
Warga Emas Mengesot 100 Meter Cari Keperluan Diri
Oleh: Hidayah Azlin SETIU, 21 Mei - Seorang warga emas, Jusoh Abas atau Pak Jusoh, 70, nekad mengesot sejauh 100 meter untuk membeli keperluan dirinya kelmarin. Derita bapa kepada seorang anak itu bermula apabila dia mengalami demam selama seminggu di awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini dijaga oleh adik dan saudara terdekat kerana anaknya bekerja di Kuala Lumpur. Kata Jusoh, kaki yang kurang sempurna dan berkudis turut menyukarkannya untuk memakai selipar semasa ke luar rumah. "Saya keluar untuk mencari keperluan diri tanpa pengetahuan adik, pada awalnya adik saya dah pergi, tetapi saya mahu melihat sendiri barang yang saya pesan itu di kedai. "Itu kali pertama saya keluar rumah selepas tidak mampu berjalan dengan sempurna," katanya semasa menerima kerusi roda semalam. Walau bagaimanapun, tindakan warga emas Bukit Jeruk itu disedari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim yang menyapa Pak Jusoh semasa menziarahi penduduk di kampung terbabit. "Saya pergi kedai depan rumah sahaja. Dalam perjalanan balik, kebetulan pula terserempak dengan Dr Azman Ibrahim sewaktu dia ziarah orang kampung sebelah," jelasnya. Menyedari beban yang ditanggung Pak Jusoh, Dr Azman segera menyumbang kerusi roda semalam bagi memudahkan bekas peserta Felda Kerteh 6 terbabit melakukan aktiviti harian. "Kerusi roda memang sepanjang masa ada stok di Pejabat ADUN. Ada yang memerlukan kita terus hantar tanpa apa-apa kerenah birokrasi. "Semalam dapat kerusi roda. Hari ini Penghulu Kampung hantar sumbangan lain, tak perlu isi apa-apa borang pun untuk mohon bantuan ini kerana semua tahu dia layak," jelasnya. Tambah Dr Azman, Pak Jusoh sangat teruja apabila menerima bantuan tersebut dan kita akan terus membantu orang-orang yang kurang berkemampuan. "Sebelum ini dia terpaksa mengesot untuk melakukan apa-apa aktiviti, dia sedikit bebas dan mudah bergerak, segala keperluan dia juga kita bantu" jelasnya.
05 Jul 20
150
Ramadan, PKPB Tak Halang 'Jupo' Rakyat
Ramadan, PKPB Tak Halang 'Jupo' Rakyat
SETIU, 21 Mei - Walaupun dalam bulan Ramadan dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ia tidak menghalang pemimpin untuk bertemu serta membantu rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, aktiviti turun padang bukan hanya dapat memantau sendiri permasalahan yang ada tetapi ia dapat membina hubungan yang dekat antara mereka. "Di mana sahaja kita boleh turun meninjau kehidupan rakyat, sama ada kebun, ladang, laut, pantai, sawah, bukit dan sebagainya. Mudah sebut, di mana ada rakyat di situ kita perlu sampai. "Semoga kita terus kuat untuk membantu rakyat kerana ketikanya dalam melaksanakan tugasan lain, kita terlalai dari kerja asasi seorang kuli rakyat di lapangan," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyantuni rakyat dalam Program Temu Mata ‘Orang Lama’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi di sini semalam. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi sangat menghargai jasa serta pengorbanan orang-orang terdahulu dalam membangunkan masyarakat dan negeri. "Jasamu dikenang. Kerana merekalah antara penyebab kita mampu sampai ke tahap ini pada hari ini. Inilah antara orang-orang lama kita yang pernah berkhidmat. Tambah beliau lagi, ‘pejabat bergerak’ yang diamalkan sejak dahulu kala berjaya memudahkan urusan dan memberi keselesaan kepada rakyat. "Rakyat yang sudi panjat tangga pejabat untuk jumpa kita tak sampai pun satu peratus  walaupun kita buka pejabat untuk dikunjungi tanpa protokol," jelasnya.
05 Jul 20
63
KHSB Serah Zakat Perniagaan RM721,815.15 Kepada MAIDAM
KHSB Serah Zakat Perniagaan RM721,815.15 Kepada MAIDAM
KUALA TERENGGANU, 21 Mei - Kumpulan Syarikat Ketengah Holding Sdn. Bhd (KHSB) membayar zakat perniagaan sebanyak RM721, 815.15 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), di Pejabat KETENGAH, hari ini. Pada majlis ringkas itu,Kumpulan Syarikat KHSB yang diwakili Pengerusi KETENGAH, Senator Datuk Razali Idris menyerahkan replika cek kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIDAM, M Rozi Bidin. Kumpulan Syarikat KHSB dalam satu kenyataan memberitahu, zakat yang dikeluarkan itu berdasarkan keuntungan yang diperoleh pada tahun lalu. Katanya, zakat tersebut diperoleh melalui sembilan buah anak syarikatnya iaitu Ketengah Holding Sdn Bhd (RM144,949), Ketengah Perwira Sdn Bhd (RM275,999.40), Yayasan Islam Terengganu-Ketengah Perwira Sdn Bhd (RM27,460.80), Kebunika Sdn Bhd (RM3,491.28),Ketengah Jaya Sdn Bhd (RM136,866.18), Ladang Ternak Tani Sdn Bhd (RM7,389.63), Kilang Sawit Panji Alam Sdn Bhd (RM99,645.95), Kuari Trengganu Tengah Sdn Bhd (RM12,525.13) dan Kolej Ketengah Sdn Bhd (RM13,487.80).  "Peningkatan pengeluaran buah tandan bersih merupakan faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan keuntungan yang diperolehi di samping kecekapan dalam pengurusan syarikat. "KETENGAH bersyukur kerana mampu membayar zakat seperti yang disasarkan," ujar kenyataan tersebut.
05 Jul 20
362
Pelajar Miskin Teruja Terima Sumbangan
Pelajar Miskin Teruja Terima Sumbangan
Oleh: Azhar Yusof HULU TERENGGANU, 21 Mei - Dalam beberapa hari sahaja lagi umat Islam di seluruh negara akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, pastinya, mereka yang kurang bernasib baik terus mendapat perhatian pelbagai pihak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim yang juga YDP PIBG SEBUDI bersama isteri Ustazah Paizah Ghazali turut meyantuni dan meyampaikan sumbangan kepada pelajar yang terpilih dalam program ini. Seramai enam pelajar miskin dan anak yatim menerima sumbangan Aidilfitri daripada guru-guru (SMK) Bukit Diman . Bagi pelajar Tingkatan 5, Mashitah Marzuki, 17, sumbangan sempena Aidilfitri itu menggembirakan dia dan rakan-rakan lain yang senasib dengannya. Dia juga bersyukur kerana pemberian itu dapat membantu meringankan beban ibunya yang hanya menjual kuih setelah kematian suami. “Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dillaksanakan, ibu hilang punca pendapatan "Adik- beradik saya enam orang dan salah seorang adik menghidapi masalah kegagalan buah pinggang yang merupakan anak kelima dalam keluarga. Persiapan kami menyambut Aidilfitri memerlukan perbelanjaan tambahan. Jadi sumbangan ini boleh tampung pendapatan ibu," katanya. Raja Shamira Raja Sukri ,13, pula berkata, sumbangan tersebut bernilai buat dirinya untuk membeli keperluan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dia bersyukur kerana pemberian itu membantu meringankan beban bapanya yang hanya bekerja kampung dengan jumlah pendapatan tidak seberapa. "Saya pun tidak pernah meminta ayah  menyediakan kelengkapan raya kerana sedar ada perkara lebih penting untuk ayah gunakan wang, termasuk perbelanjaan harian kami," katanya di sini, hari ini. Sementara itu, Maliaman berkata sumbangan berkenaan membuktikan keprihatinan guru guru terhadap kebajikan pelajar selain memuliakan Ramadan dengan meraikan golongan yang memerlukan.  “Paling utama ialah kita berkongsi kegembiraan dengan mereka dan membantu menceriakan serta memeriahkan sambutan Aidilfitri pelajar berkenaan. ”Pelajar-pelajar ini perlu diberikan perhatian dan sumbangan agar mereka juga berpeluang merasai kemeriahan hari raya. "Kita mahu mereka merasai yang pihak sekolah sentiasa mengambil berat perihal mereka dan keluarga. Meskipun sumbangan yang diberikan tidak sebesar mana, diharapkan penerima mampu merasai sedikit kelegaan," katanya.
05 Jul 20
126
Impian 69 Penduduk Miliki Tanah Sendiri Tercapai
Impian 69 Penduduk Miliki Tanah Sendiri Tercapai
Penantian 69 penduduk daerah Kuala Nerus untuk memiliki tanah sendiri yang dipohon sejak lebih 20 tahun lalu berakhir apabila masing-masing menerima surat hak milik tanah hari ini.
05 Jul 20
35
Sektor Perkhidmatan Penyediaan Makanan Antara Terjejas Teruk
Sektor Perkhidmatan Penyediaan Makanan Antara Terjejas Teruk
KUALA TERENGGANU, 2 Julai -  Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac), Dato' Wira Mas Ermieyati Shamsudin mendedahkan sektor perkhidmatan penyediaan makanan antara yang paling terjejas teruk akibat penularan COVID-19 di seluruh dunia. Katanya, sektor berkenaan mewakili 55.74 peratus daripada keseluruhan sektor yang terjejas. "Ia diikuti sektor peruncitan (26.08 peratus); pembuatan (8.25 peratus); kontraktor kecil (5.91 peratus) serta pertanian dan perusahaan tani (4. 03 peratus). "Bagaimanapun, setakat ini pihak kami tidak menerima aduan tentang usahawan yang terpaksa gulung tikar susulan wabak berkenaan. "Saya percaya mereka tidak tutup kedai, tetapi berhenti sementara untuk stabilkan kembali perniagaan,"katanya pada sidang media selepas Program Turun Padang Bertemu Usahawan di Dataran Parkir Pmint di sini hari ini. Menurut beliau, Medac melalui Tekun Nasional menyalurkan RM200 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Tambahan (Prihatin Tambahan) kepada usahawan mikro yang terjejas dengan harapan dapat membantu menaikkan kembali perniagaan masing-masing. Tambahnya lagi, dibawah skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro (CBRM) ini disalurkan pembiayaan dengan nilai maksimum sehingga RM10,000 serta tanpa faedah dikenakan. "Sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat Prihatin PKS bagi melaksanakan skim itu untuk syarikat mikro. "Kita telah menerima 27,803 permohonan sejak skim CBRM dilancarkan pada 8 April lalu dengan anggaran nilai sebanyak RM 222.4 juta. "Daripada jumlah itu, sehingga 29 Jun lalu, sebanyak 24,207 permohonan diluluskan dengan nilai RM181.4 juta," ujar beliau. Sementara itu, di Terengganu, sebanyak 1,192 permohonan telah diluluskan dengan nilai RM9.2 juta.
02 Jul 20
406
Mahu Perkenal Pes Rempah Kepada Pelancong
Mahu Perkenal Pes Rempah Kepada Pelancong
Oleh : Aziz Hambali MARANG, 30 Jun - Pusat Khidmat Parlimen Marang (PKPM)  mahu menjadikan pes rempah Resipi Dapur Mok Bonda menjadi  projek perintis di daerah ini bagi menarik pelancong tempatan dan luar Terengganu merasai keenakan resipi itu. Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof berkata, apa yang dilaksanakan itu adalah  langkah pertama sebelum memilih beberapa produk lain milik usahawan  Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) di daerah ini.   “Pendekatan itu bukan sahaja dapat membantu usahawan malah mampu menambah peluang pekerjaan kepada golongan belia sekiranya satu-satu produk yang diperkenalkan mendapat sambutan,” katanya. Sementara itu, menurut pemilik produk itu, Mariah Johari berkata, dia berasa bertuah kerana ada pihak yang sudi menjadikan produk miliknya sebagai projek perintis. Katanya, dengan pendekatan itu menguatkan lagi azamnya untuk terus berjaya dan mengukuhkan perniagaannya walaupun baru 2 bulan bertapak. “Selain pes nasi dagang keluarannya. Dia turut menyediakan pes gulai ikan, ayam dan daging. Pembeli akan dapat memasak dengan mudah dan cepat dengan kemudahan yang disediakan,” ujarnya Kata Mariah lagi, dia menulis cara penyediaannya rempah tersebut dengan lengkap supaya pembeli dapat memasaknya dengan baik. “Penjual lain jarang untuk menulisnya, tapi saya tulis siap-siap di setiap bungkusan langkah demi langkah. “Ramai pelanggan yang memberi respon positif terhadap rempah yang telah terjual. "Saya banyak mempromosikan produk saya ini di media sosial seperti aplikasi Whatsapps, Facebook dan Instagram, mungkin selepas ini saya akan pasarkan di pasar raya,” tambahnya.
02 Jul 20
121
Pusat Aduan Sosial Mudahkan Penduduk
Pusat Aduan Sosial Mudahkan Penduduk
Oleh : Adli Mohamad DUNGUN, 2 Julai -  Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi mewujudkan pelbagai cara dan insiatif untuk mendekati masyarakat termasuk memperkenalkan Pusat Aduan Sosial (PAS). Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman, berkata pihaknya sentiasa memikirkan alternatif terbaik bagi memastikan penduduk Bukit Besi mampu mendapat maklumat serta mengetahui pelbagai saluran bantuan disediakan kerajaan negeri. “Menyedari perkara berkenaan maka kita tidak hanya menunggu kehadiran penduduk ke pejabat semata-mata, malah turut turun ke lapangan bagi memastikan rakyat tahu tentang insiatif disediakan kerajaan termasuk bantuan didalam bidang perniagaan, pertanian, bantuan kepada ibu tunggal, juga mereka yang menghidap penyakit kronik, miskin tegar dan lain-lain. “Kita sedar ada diantara mereka yang menghadapi kesulitan didalam hidup, namun kerana faktor tertentu serta berada jauh di pedalaman menyebabkan mereka tidak mampu datang ke pusat khidmat ini. Justeru kita telah mewujudkan PAS dimana kita telah turun ke semua 23 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK),” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis perjumpaan dengan beberapa MPKK di Balairaya Jongok Batu, semalam. Katanya, program berkenaan telah diadakan bermula minggu lalu pada setiap Isnin dan Rabu, dijangka akan selesai diadakan di semua cawangan MPKK dalam masa tiga minggu. “Ianya merupakan alternatif dan kesinambungan daripada Hari Khidmat Pelanggan yang diadakan pada setiap selasa, bagi mengetahui secara menyeluruh segala masalah dan apa yang rakyat disini perlukan,” ujarnya. Jelasnya, program berkenaan telah digerakkan secara bersama dengan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) bersama dengan MPKK setempat. "Walau bagaimanapun kita akan sentiasa memikirkan cara dan kaedah lain lagi bagi memastikan seluruh penduduk Bukit Besi mendapat manfaat. Menerusi PAS, pelbagai borang bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM), borang bantuan Tabung Darul Iman (TDI), Yayasan Pembagunan Usahawan (YPU), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pertanian dan sebagainya yang berkaitan diedarkan kepada rakyat.
02 Jul 20
57