lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

100 'Penebuk Buah' Ditembak Mati
100 'Penebuk Buah' Ditembak Mati
SETIU, 21 Ogos – 100 ekor tupai ditembak mati dalam program Mengurangkan Musuh Tanaman Tupai di sekitar kebun durian Kampung Kuala Kubang, Jabi hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, aktiviti itu merupakan program komuniti untuk mengurangkan makhluk perosak yang memusnahkan kualiti durian dan buah-buahan lain.  "Di sini adalah antara kawasan kebun durian tersohor di Jabi. Durian Kuala Kubang ada jenama dan kualiti tersendiri. Sayangnya banyak yang ditebuk tupai.  "Saya sedar pencinta haiwan tidak akan bersetuju dengan langkah ini. Peminat lagu 'Anak Tupai' Halim Yazid pun akan marah. Tapi operasi ini dah jadi satu keperluan disebabkan banyaknya buah yang rosak angkara tupai. "Apabila berlaku konflik, akan ada pihak yang terpaksa menjadi mangsa. Kita memahami sesama makhluk Allah, tetapi manusia menjadi keutamaan kita," katanya selepas program terbabit. Katanya lagi, program seumpama itu akan dibuat secara berterusan kerana ia merupakan isu utama yang dibangkitkan oleh orang kampung. Sementara itu jelasnya, Jabatan Pertanian juga akan menekankan sistem pengairan serta pembajaan yang teratur di kebun-kebun durian bagi menghasilkan buah yang berkualiti. "Persetujuan telah dibuat bersama Perhilitan. Insya-Allah, program selepas ini mensasarkan khinzir dan kera. "Mudah-mudahan langkah yang diambil di samping banyak lagi program di bawah Jabatan Pertanian, kita boleh tingkatkan lagi hasil untuk orang kampung kita khususnya dalam musim buah," tambah beliau.
21 Aug 20
10200
Dedahkan Dunia Politik Kepada Anak Muda - Zuraida
Dedahkan Dunia Politik Kepada Anak Muda - Zuraida
​Oleh: Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU, 23 Ogos - Anak muda harus didedahkan dengan dunia pendidikan politik kerana mereka adalah pemimpin pada masa hadapan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Mohd Noor berkata, mereka seharusnya dididik dengan ilmu pengetahuan bagi mendepani cabaran dunia masa kini. "Mereka wajar didedahkan dengan hal-hal yang kritikal seperti skil kepimpinan. "Dan juga diberi kesedaran kepentingan pendidikan politik dalam diri masing-masing," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjung hormat bersama Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Terengganu (HANEES) ke Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini baru-baru ini. Menurutnya, lawatan itu adalah satu alternatif yang baik kepada wanita muda yang mahu menceburi bidang tersebut. "Selain itu, ia juga bagi memastikan ahli HANEES mendapat gambaran yang jelas tentang peranan DUN dalam sesebuah negeri," tambah beliau.
19 Aug 20
228
Tiga MPKK Terima Sumbangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
Tiga MPKK Terima Sumbangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
Oleh: Ahmad Sabri Yusof KUALA TERENGGANU, 19 Ogos - Tiga Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk dan DUN Bandar telah menerima agihan peruntukan perbekalan di bawah Parlimen Kuala Terengganu. Pegawai Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu, Tuan Ngah Tuan Ahmad berkata, agihan perbekalan kepada semua MPKK dalam DUN Batu Buruk ini sedang dilaksanakan. “Antara barangan yang diserahkan itu termasuk set kanopi, satu unit Epson Projektor, Vosch Solid Tripod Screen, 100 buah kerusi dan meja,” ujarnya mewakili Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim bagi menyerahkan sejumlah barangan perbekalan itu kepada Pengerusi MPKK Kampung Tok Adis, Mazlam Abdullah di Balai Raya Kampung Tok Adis, Kuala Ibai di sini baru-baru ini. Manakala MPKK Kampung Tiong dan MPKK Pejabat Bandaran pula menerima penyerahan Projek Perbekalan Parlimen Kuala Terengganu bernilai RM10,000 bagi setiap MPKK yang disampaikan Pembantu Khas Parlimen Kuala Terengganu bagi DUN Bandar, Syed Mohammad Suhaimi Syed Mohamad. Mewakili Ahmad Amzad, Syed turut berpesan agar sumbangan yang diterima dapat dimanfaatkan dengan baik. “Saya harap mana-mana MPKK yang terima sumbangan (kerajaan) ini dapat jaga dan guna dengan baik, kerana ini hak rakyat. Kita hanyalah pemegang amanah sahaja. “Semoga dengan sumbangan berupa kelengkapan dan peralatan pejabat pengurusan MPKK ini dapat melancarkan lagi gerak kerja kemasyarakatan serta kemudahan kepada rakyat di kawasan ini,” jelasnya. Sumbangan itu diterima oleh Pengerusi MPKK Kampung Tiong, Mohammed Yusop dan Pengerusi MPKK Pejabat Bandaran, Puan Maliha Mohd Esoff dalam satu majlis di Pejabat MPKK Kampung Tiong, Kuala Terengganu.  
19 Aug 20
810
Berita Gembira Untuk Nelayan Terengganu, 800 Permohonan Diluluskan
Berita Gembira Untuk Nelayan Terengganu, 800 Permohonan Diluluskan
Kerajaan Terengganu mengumumkan berita gembira untuk golongan nelayan di negeri ini apabila sebanyak kira-kira 800 Lesen Nelayan Sampan Zon A (kategori pesisir pantai) telah diluluskan permohonan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perikanan Malaysia.
18 Aug 20
160
30 Unjam Dilabuhkan Di Pesisiran Pantai Kijal
30 Unjam Dilabuhkan Di Pesisiran Pantai Kijal
KEMAMAN, 18 Ogos - Sebanyak 30 unit unjam telah dilabuhkan bersama pemberat di pesisiran Pantai Kijal bagi memperkayakan sumber laut di kawasan zon tangkapan nelayan pantai dan zon larangan pukat tunda tersebut. Hasil tangkapan nelayan yang agak berkurangan sejak kebelakangan ini terutama bagi nelayan di Kampung Penunjuk Kijal mencetuskan usaha kerajaan negeri melabuhkan unjam di kawasan yang dikenal pasti. Ianya dapat berjalan lancar dengan usaha sama di antara Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Parlimen Kemaman, Persatuan Nelayan Kijal dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kemaman. Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh mengharapkan usaha itu dapat membantu meningkatkan hasil tangkapan para nelayan. "Dengan usaha yang dilakukan ini kita mengharapkan ianya dapat membantu meningkatkan hasil tangkapan para nelayan di Kijal ini. "Seterusnya menambah pendapatan harian mereka dan mengembangkan sosial ekonomi masyarakat di tepi pantai ini," ujarnya kepada pemberita pada sesi gimik penyerahan unjam dan doa selamat program tersebut di Pantai Penunjuk Kijal, baru-baru ini. Hadir sama dalam majlis itu, Penyelia PKM Parlimen Kemaman, Mohd Hafiz Adam mewakili Ahli Parlimen Kemaman, Pengurus Persatuan Nelayan Kijal, Mohd Suhardi Jusoh dan Ahli Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Zabidin Awang. Sebanyak lapan buah bot fiber dan tiga buah bot kayu kelas A digunakan bagi melabuhkan unjam sejauh tiga batu nautika dari Pantai Penunjuk Kijal.
17 Aug 20
1497
Turun Padang Rasai Denyut Nadi Pengusaha Resort- Ariffin
Turun Padang Rasai Denyut Nadi Pengusaha Resort- Ariffin
DUNGUN, 17 Ogos - “Kita sentiasa turun ke lapangan dan bertemu dengan pengusaha chalet dan resort untuk merasai denyut nadi mereka terutama yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman. Katanya, kebanyakkan pengusaha chalet dan resort di negeri ini terutama di pulau mengalami kerugian ketika pandemik COVID-19 melanda negara.  “Pelancong asing tidak dibenarkan masuk sehingga sekarang ke negara ini menyebabkan pendapatan mereka terjejas namun mereka akur dengan situasi sukar ketika ini," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa membuat lawatan kerja rasmi ke Pulau Tenggol.  Sementara itu katanya, kerajaan negeri sentiasa membantu mempromosikan produk pelancongan yang ada di Negeri Terengganu ini.  “Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita sentiasa giat membuat hebahan dan promosi berkaitan pelancongan supaya apabila sektor ini dibuka, kita bersiap sedia menerima pelanggan yang telah membuat tempahan awal,” katanya.  Dalam pada itu, ramai pengusaha yang memberitahu selepas kerajaan membenarkan sektor pelancongan beroperasi, sambutan orang ramai sangat positif.  “Kita mendapat maklum balas yang positif dari mereka ini apabila bilik-bilik hampir habis ditempah.  "Ada yang menempahnya untuk percutian seisi keluarga, hari keluarga syarikat dan seumpamanya,” tambah beliau. 
17 Aug 20
443
Pulau Tenggol Syurga Para Penyelam Skuba
Pulau Tenggol Syurga Para Penyelam Skuba
DUNGUN, 17 Ogos - Pulau Tenggol umpama 'syurga' kepada penyelam dasar laut di seluruh dunia.  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, di Terengganu terdapat 13 buah pulau dan Pulau Tenggol adalah yang terbaik untuk mereka yang inginkan ketenangan dan sangat sesuai kepada pencinta hidupan dasar laut. Katanya, Pulau Tenggol juga telah diiktiraf oleh dunia bahawa salah satu tempat yang wajib dikunjungi oleh para penyelam.  “Umum mengetahui di sini ada hampir 20 tempat yang menjadi tumpuan para penyelam sama ada dari luar negara mahupun dalam negara.  "Saya sendiri turun menyelam merasai keindahan warna-warni ‘coral’ yang menjadikan Pulau Tenggol ini unik dari pulau-pulau lain," ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke pulau tersebut. Katanya, bagi yang ingin ke Pulau Tenggol dari luar Terengganu boleh datang dengan penerbangan dan terus ke Dungun atau melalui jalan darat  yang mana perjalanan ke pulau memakan masa hampir 45 minit. 
17 Aug 20
1100
Kerajaan Negeri Perjelas Isu Rumah Mampu Milik Pulau Redang Tergendala
Kerajaan Negeri Perjelas Isu Rumah Mampu Milik Pulau Redang Tergendala
Berdasarkan komitmen pemaju, projek perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) Pulau Redang akhirnya dijangka siap sepenuhnya Oktober tahun ini setelah tergendala hampir lapan tahun.
12 Aug 20
310
Apakah benar MBKT akan menswastakan tempat letak kereta berbayar?
Apakah benar MBKT akan menswastakan tempat letak kereta berbayar?
Apakah benar MBKT akan menswastakan tempat letak kereta berbayar? Jawapan YB DR. HJ ALIAS RAZAK (ADUN BUKIT TUNGGAL) -MBKT telah menswastakan tempat letak kereta berbayar khususnya ‘street parking’ di bahu jalan bermula 1 julai 2020.
11 Aug 20
419
'Home Manager' Kurangkan Masalah Kebergantungan Kepada Pekerja Asing
'Home Manager' Kurangkan Masalah Kebergantungan Kepada Pekerja Asing
Kerajaan negeri akan terus memberi sokongan penuh kepada program Kakitangan Pengurus Kediaman (Home Manager) dalam meningkatkan taraf hidup dan pendapatan keluarga.
11 Aug 20
83