lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

I-MiTS Bukit Besi Santuni Ibu Bersalin
I-MiTS Bukit Besi Santuni Ibu Bersalin
DUNGUN, 29 September- Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi mengadakan ziarah kepada ibu bersalin di DUN berkenaan. Penolong Penyelia i-MiTS DUN berkenaan, Zakiah Alias berkata, setiap kali menerima perkhabaran mengenai kelahiran cahaya mata, pihaknya akan menziarahi keluarga terbabit. "Kita akan terus ke rumah mereka bersama dengan Hal Ehwal Wanita i-MiTS, beliawanis dan juga Muslimat PAS. Dimana kita melihat program ziarah ini dapat menyentuh atau mengembirakan para ibu dan ianya menjadi salah satu kebajikan yang kita lakukan. "Bagi memastikan lebih memaknai pertemuan dan sebagai tanda ingatan, sedikit hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, sejurus mengadakan ziarah ibu bersalin di sini, hari ini. Zakiah berkata, maklumat berkenaan ibu bersalin didapati melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh DUN Bukit Besi. "Program ziarah dilakukan dengan menyasarkan 10 orang setiap hari, dimana merangkumi bukan sahaja ibu bersalin malah turut menziarahi warga emas. "Juga mereka yang diuji dengan kesakitan, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan sebagainya yang telah kita tetapkan sebagai wajib untuk kita ziarahi. "Semoga program kebajikan yang kita lakukan ini menepati dengan kehendak kerajaan negeri didalam memastikan setiap rakyat berada didalam keadaan sejahtera," ujarnya.
29 Sep 20
443
Pajak Tanah Bina Kilang Pemprosesan Bijih Besi
Pajak Tanah Bina Kilang Pemprosesan Bijih Besi
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan Terengganu Metal Ex-Trade Sdn. Bhd. (TMEX) bersetuju menandatangani perjanjian pajakan tanah industri di Jalan Bukit Anak Dara, Kawasan Perindustrian Teluk Kalung, Kemaman.
29 Sep 20
830
Strategi Dakwah Perlu Dipelbagaikan
Strategi Dakwah Perlu Dipelbagaikan
DUNGUN, 29 September- Strategi berdakwah kepada golongan bukan Islam perlu dipelbagaikan supaya ianya dapat diterima baik oleh mereka. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, pendekatan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah perlu dicontohi. "Kerana itu sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah berdakwah melalui kata-kata dan juga akhlak, dimana kita ini sebagai orang muslim kena tunjukkan kepada mereka dahulu agar dilihat seiring dengan prinsip agama itu sendiri yang membentuk jati diri serta keperibadian yang unggul. "Ziarah menziarahi, mengambil cakna serta melakukan kebajikan kepada mereka amat perlu agar mereka tersentuh hati melihat Islam itu sangat menganjurkan umatnya agar melakukan kebaikan bukan hanya sesama sendiri tetapi kepada seluruh umat manusia, kerana Islam tidak mengajar akan umatnya bersikap perkauman," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada program menziarahi kaum Tioung Hua di Kampung Jerangau, semalam. Katanya, sebagai umat Islam menyampaikan mesej mengenai Islam menjadi tanggungjawab setiap muslim namun samada ianya berjaya atau tidak itu Allah yang tentukan. "Tugas kita cuma menyampaikan, yang mengurniakan hidayah adalah Allah SWT. Kerana itu perlunya kepada strategi dengan cara berhikmah dan perlu menyampaikan tanggungjawab berkenaan dengan penuh kasih sayang sesama umat," ujarnya. Hasil daripada ziarah berkenaan katanya, hampir keseluruhan kaum Tionghua yang diziarahi didalam DUN Bukit Besi mengatakan selesa tinggal bersama muslim. "Malah telah membentuk kejiranan yang baik, mereka juga tersentuh hati dengan masyarakat kampung yang baik, serta ada diantara ahli keluarga mereka telahpun memeluk Islam cuma yang mereka perlukan adalah sedikit masa, kita sebagai pendakwah perlulah memberikan mereka penerangan sedikit demi sedikit, serta meleraikan kekusutan yang mereka hadapi serta salah faham mereka terhadap agama Islam," ujarnya.
29 Sep 20
1162
Martabatkan Ilmu Al-Quran
Martabatkan Ilmu Al-Quran
BESUT, 28 September- Penyelaras Parlimen Besut, Dr. Riduan Mohamad Nor menyeru masyarakat Islam di daerah tersebut khususnya bersama-sama memartabatkan ilmu al-Quran. Katanya, al-Quran adalah sebaik-baik petunjuk dan umat Islam perlu beramal dengan kalam Allah itu. "Saya berharap agar anak-anak kita yang belajar di universiti, apabila mereka pulang suruhlah mereka pergi mengaji al-Quran.  "Dalam al-Quran banyak mukjizat yang kita tidak tahu, contonya surah Al-Fatihah mempunyai banyak kelebihannya, jadi belajarlah sebelum terlambat",ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Program Road Tour Al-Quran Bersiri Bersama Da'ie 2020 yang berlangsung di Dewan Seminar Masjid Hadhari Jerteh. Program anjuran Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) itu telah dihadiri 150 peserta.  
28 Sep 20
206
Ahli Majlis Wanita Sebagai Semak Dan Imbang Kerajaan Tempatan
Ahli Majlis Wanita Sebagai Semak Dan Imbang Kerajaan Tempatan
Kerajaan Terengganu mengiktiraf peranan ahli majlis wanita sebagai semak dan imbang kepada setiap majlis perbandaran agar setiap dasar dan perancangan kerajaan dapat dicapai dengan jayanya.
28 Sep 20
340
160 Penghuni PUSPEN Besut Sertai Program Motivasi
160 Penghuni PUSPEN Besut Sertai Program Motivasi
BESUT, 28 September - Seramai 160 penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Besut menyertai program motivasi yang dianjurkan PUSPEN dengan kerjasama Pejabat Penyelaras Parlimen Besut di pusat berkenaan, baru-baru ini. Selain tazkirah dan motivasi yang disampaikan oleh Penyelaras Parlimen Besut, Dr. Riduan Mohamad Nor, program berkenaan turut menampilkan Azuar Mat Tasi (Zuar XPDC) bagi berkongsi pengalaman dan memberi kata-kata semangat kepada tahanan. Riduan berkata, para tahanan seharusnya tidak berasa tersisih, sebaliknya perlu manfaatkan sebaiknya masa di pusat itu untuk memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang. "Tuan-tuan adalah insan yang terpilih oleh Allah untuk berada disini. Saya berharap agar tuan-tuan dapat menjalani ujian ini sebaik mungkin. "Masa depan negara di tangan tuan-tuan, pilihlah jalan yang baik untuk menguruskannya," ujarnya kepada pemberita selepas majlis berkenaan. Katanya, beliau turut berharap penghuni PUSPEN Besut tidak merasa tersisih berikutan kisah silam mereka dan masyarakat di luar sana perlu bersama-sama membantu untuk proses pemulihan. Program yang berlangsung selama sejam itu penuh dengan kata-kata semangat dan motivasi oleh kedua tetamu jemputan, malah kehadiran Zuar XPDC juga tambah menceriakan lagi majlis bersama lagu-lagu nasihat dibawanya.  
27 Sep 20
879
50 Penduduk Kampung Alor Belanga Sertai Program Sehari Bersama Komuniti
50 Penduduk Kampung Alor Belanga Sertai Program Sehari Bersama Komuniti
BESUT, 28 September- Seramai 50 orang masyarakat Kampung Alor Belanga menyertai program Sehari Bersama Komuniti yang bertempat di perkarangan Kompleks Tahfiz Annur, di sini semalam. Program anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Besut itu turut menjemput 20 sukarelawan paramedik dari badan bukan kerajaan (NGO) Muslimcare Malaysia Society. Program yang bermula dengan pemeriksaan kesihatan pada sebelah pagi diteruskan dengan gotong-royong baik pulih jalan kampung yang menghubungkan ke tahfiz dan menziarahi asnaf-asnaf pada sebelah petangnya. Penyelaras Parlimen Besut, Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, pihaknya akan terus mengangjurkan program berkenaan untuk kepentingan rakyat. "Insya-Allah kita akan memastikan program cakna rakyat seperti ini akan diteruskan buat seluruh penduduk Besut khususnya. "Kita juga akan masuk ke kampung cari asnaf-asnaf untuk menghantar sumbangan buat mereka tanpa mengira latar belakang agar kita dapat melahirkan masyarakat yang harmoni. Sebagai pemimpin, kita kena peka dengan keadaan sekeliling," ujarnya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.  
27 Sep 20
430
Arnab Pedaging Kian Dapat Tempat
Arnab Pedaging Kian Dapat Tempat
KEMAMAN, 28 September - Penternakan arnab pedaging kian mendapat tempat bagi bakal penternak yang mendapat pendedahan dalam Kursus Asas Penternakan Arnab Siri-2 Peringkat Daerah Kemaman di Dewan PASTI Adam, Kampung Mak Chili, baru-baru ini. Sekitar 70 orang peserta yang baru berjinak-jinak untuk menceburi bidang penternakan arnab pedaging telah mengambil bahagian di dalam kursus ini. Program ini turut menarik minat peserta dari negeri Perak dan Kelantan yang hadir bagi mendapatkan sedikit sebanyak ilmu asas berkaitan penternakan arnab pedaging ini. Antara fokus utama yang diajar di dalam kursus ini adalah kaedah pengurusan dan pemeliharaan arnab. Selain itu, para peserta turut didedahkan tentang probation period, kesihatan dan kaedah pemasaran ternakan arnab pedaging. YB Hj Ab Razak selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Air Putih turut meluangkan masa hadir ke program ini. “Dengan adanya bidang penternakan arnab pedaging ini, sedikit sebanyak dapat membantu golongan muda menjana pendapatan” ucap beliau sewaktu merasmikan kursus ini. “Selain itu, saya juga berharap agar para peserta yang hadir ke kursus ini dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi dengan sebaiknya” ujar beliau lagi. Kursus ini merupakan anjuran bersama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu, Persatuan Penternak Arnab Pedaging Terengganu (APT) dan Arnab Pedaging Kemaman-Dungun.
27 Sep 20
697
Kursus Membaiki Mesin Basuh Peluang Tambah Ilmu Dan Sumber Pendapatan
Kursus Membaiki Mesin Basuh Peluang Tambah Ilmu Dan Sumber Pendapatan
DUNGUN, 27 September - Dalam usaha meningkatkan tenaga kemahiran khususnya dalam sektor pembaikian, Parlimen Dungun dengan kerjasama PADAT Dungun telah menganjurkan Kursus Asas Membaiki Mesin Basuh. Diadakan selama sehari di Kampung Pinang Merah, program tersebut disertai seramai 29 orang peserta yang terdiri daripada para pemuda serta penduduk kawasan sekitar. Paling menarik ianya diadakan secara percuma dan para peserta turut diberikan sijil penyertaan, t-shirt serta makan dan minum. Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, kursus tersebut bertujuan untuk melatih serta menambah ilmu para peserta disamping memberi peluang kepada para peserta untuk menambah sumber pendapatan. Katanya, objektif utama pihak kami menganjurkan kursus seperti ini adalah bagi membantu masyarakat Dungun secara khususnya bagi menambah pendapatan kerana kita juga faham, masih ramai diluar sana yang tidak stabil dari segi ekonominya semenjak COVID-19 melanda dunia," ujarnya. Beliau yang ditemui pemberita selepas selesai majlis penutup kursus tersebut turut menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak Abam's Crew yang diketuai oleh Khairul Fazil kerana sudi memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berkesan kepada para peserta. Salah seorang peserta kursus, Abu Bakar, 51, menyatakan rasa syukur kerana dapat turut serta dalam kursus berkenaan.  "Saya amat berterima kasih kepada pihak penganjur kerana mengadakan program yang amat berguna seperti ini. "Sebelum ini saya hanya bekerja sebagai 'freelance', sejak pandemik COVID-19 merebak, secara jujurnya pendapatan saya juga turut terjejas,"katanya. Abu Bakar yang juga salah seorang penduduk sekitar kawasan berkenaan turut menyatakan hasratnya untuk menggunakan ilmu yang diperoleh sepanjang kursus berkenaan bagi membantu penduduk kampungnya selain menambah pendapatan.
27 Sep 20
873
Rakyat Terengganu Diseru Isi PRT20
Rakyat Terengganu Diseru Isi PRT20
Semua warga Terengganu diseru untuk mengisi dan melengkapkan data Profil Rakyat Terengganu (PRT20) bagi mengelakkan sebarang keciciran dalam pelbagai sektor di masa depan.
27 Sep 20
1216