lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Madinah Ramadan Semarak Program Keislaman Di Terengganu
Madinah Ramadan Semarak Program Keislaman Di Terengganu
Oleh : Fatimah Din MARANG, 17 Mac - Program Madinah Ramadan yang dianjurkan kerajaan Negeri Terengganu telah menyemarakkan lagi bulan yang penuh barakah itu.  Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah Dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, secara tidak langsung, program - program agenda pelaksanaan syariat Islam negeri telah berjaya menjadi tarikan pelancong.  "Kita laksana bukan nak tunjuk pada orang tapi kerana itu adalah suatu tanggungjawab dan mendapat respon yang begitu baik daripada masyarakat," ujarnya  Beliau yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Madinah Ramadan peringkat Daerah Marang di Masjid Sultanah Nur Zahirah Bandar Marang di sini, baru-baru ini.  Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri telah mengeluarkan perancangan untuk sepanjang tahun menjadikan Terengganu terus subur dengan pelbagai program keagamaan.
17 Mar 25
148
400 Asnaf Terima Bakul Makanan Sumbangan Ahli Parlimen Marang
400 Asnaf Terima Bakul Makanan Sumbangan Ahli Parlimen Marang
MARANG, 17 Mac - Seramai 400 asnaf fakir dan miskin di sini menerima sumbangan bakul makanan sempena Program Sentuhan Kasih Ramadhan Ahli Parlimen Marang. Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Harun Yusof berkata, penyerahan bakul makanan berkenaan bertujuan membantu meringankan beban golongan yang memerlukan pada bulan yang penuh keberkatan ini. Beliau menyatakan bahawa sumbangan yang diberikan mungkin tidaklah sebesar mana, tetapi ia sedikit sebanyak dapat membantu golongan asnaf dalam memenuhi keperluan harian mereka. “Ini adalah keprihatinan Ahli Parlimen Marang terhadap rakyat yang memerlukan. "Meskipun jumlahnya tidak banyak, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban mereka pada bulan Ramadan yang penuh berkah ini,” ujarnya. Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berwajib yang memberi sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. "Semoga segala amal kebajikan kita diterima oleh Allah SWT, dan memberi manfaat kepada mereka yang benar-benar memerlukan. "Program ini mencerminkan komitmen dan kesungguhan pihak Ahli Parlimen Marang dalam memastikan kesejahteraan rakyat di kawasannya, terutama dalam tempoh yang penuh cabaran ini, " ujarnya. 
17 Mar 25
212
Majlis Berbuka Bersama Perantau Meriah, Eratkan Pemimpin dan Rakyat
Majlis Berbuka Bersama Perantau Meriah, Eratkan Pemimpin dan Rakyat
SERDANG, 16 Mac - Majlis berbuka puasa bersama anak-anak Terengganu di perantauan berlangsung dengan penuh kemeriahan dan bermakna, sekali gus menjadi platform untuk kepimpinan negeri mendekati rakyat walau di mana mereka berada. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program itu telah menjadi acara tahunan setiap kali Ramadan bagi merapatkan hubungan antara kerajaan negeri dan perantau. "Ia memberi ruang kepada kita untuk berinteraksi secara langsung dengan anak-anak Terengganu yang berada di luar negeri, bertanya khabar serta mengeratkan hubungan silaturahim. "Selain itu, mereka juga berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan kepimpinan kerajaan negeri, sekali gus memperkukuhkan jalinan ukhuwah," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Majlis Berbuka Puasa Anak Terengganu di Perantauan Bersama Kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu, yang diadakan di Dewan D, MAEPS Serdang, semalam. Dalam pada itu, Dr. Ahmad Samsuri turut berpesan kepada para perantau yang bakal pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri supaya berhati-hati ketika memandu. "Pastikan perjalanan pulang disertai dengan kegembiraan dan kembali semula ke ibu kota dengan penuh semangat," ujarnya.  
16 Mar 25
415
180 Asnaf Hulu Besut Gembira Terima Pakaian Raya
180 Asnaf Hulu Besut Gembira Terima Pakaian Raya
HULU BESUT, 15 Mac – Seramai 180 asnaf di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut rata-ratanya gembira menerima sumbangan pakaian raya menerusi Program Sinar Aidilfitri yang berlangsung selama dua hari.   Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin, berkata inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu persiapan Aidilfitri melalui pemberian baucar bernilai RM150 bagi setiap satu, membolehkan penerima memilih pakaian yang sesuai untuk anak-anak mereka di Pasaraya Econjaya dan Pusat Pakaian Hari-Hari. “Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha saya sendiri untuk memastikan keperluan mereka dapat dipenuhi dengan lebih sempurna dan sesuai bagi menyambut Aidilfitri,” katanya ketika ditemui dalam majlis tersebut, di sini, semalam. Beliau turut berharap sumbangan kecil ini dapat membawa kegembiraan kepada penerima serta menjadi simbol kasih sayang dan keprihatinan terhadap komuniti setempat. “Saya mendoakan agar semua diberikan keberkatan, kesihatan, dan kebahagiaan dalam menyambut bulan Syawal yang bakal tiba,” tambahnya. Program ini mendapat sambutan baik daripada penerima yang berterima kasih atas keprihatinan dan bantuan yang diberikan bagi meringankan beban mereka menjelang Hari Raya.
16 Mar 25
129
'YB Bersamamu Di Aidilfitri' Rai 163 Anak Yatim
'YB Bersamamu Di Aidilfitri' Rai 163 Anak Yatim
KUALA TERENGGANU, 15 Mac – Seramai 163 anak yatim dan golongan asnaf menerima kelengkapan aidilfitri sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah menerusi program tahunan 'YB Bersamamu Di Aidilfitri' yang diadakan di Mydin Mall, di sini. Program berkenaan diadakan setiap kali Ramadan bagi membantu golongan yang memerlukan agar mereka dapat menyambut Syawal dengan lebih ceria. Bagi memastikan kelancaran program, tiga buah bas telah disediakan untuk membawa para penerima ke pusat membeli-belah tersebut. Wan Sukairi berkata, beliau dan isteri, To’ Puan Dr. Fadzilah Ismail turut menaiki bas bersama para peserta yang berkumpul di KP Perdana bagi merasai sendiri pengalaman serta kegembiraan bersama anak-anak tersebut. “Program ini bukan sekadar memberikan bantuan kewangan dalam bentuk kelengkapan pakaian raya, tetapi juga memberi kegembiraan kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam membuat persiapan menyambut hari raya,” katanya kepada pemberita selepas program tersebut, semalam. Beliau turut menyatakan bahawa program ini merupakan tradisi tahunan dalam usaha menggembirakan para penerima agar mereka turut merasai kemeriahan Syawal dengan kelengkapan pakaian baharu. “Tergambar kegembiraan di wajah para penerima serta ibu bapa mereka. Ada dalam kalangan ibu bapa yang hadir juga disini untuk menemani dan membantu anak-anak mereka membuat pilihan pakaian,” tambahnya. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu berkata, program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan penerima tetapi juga mencerminkan keprihatinan pemimpin terhadap rakyat serta menyuburkan semangat kasih sayang dan kebersamaan dalam menyambut Syawal. Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang dalam menjayakan inisiatif ini, termasuk pasukan Kebajikan DUN Wakaf Mempelam yang mengelolakan program berkenaan. Salah seorang ibu penerima, Siti Nurhidayati Addnan, 33, dari Kampung Merbau Patah, menyatakan rasa syukur dan terima kasih atas bantuan yang diberikan kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaannya untuk persiapan hari raya. “Saya mempunyai empat orang anak, sekurang-kurangnya seorang daripada mereka sudah mendapat baju raya. Saya tidak perlu terlalu risau untuk belanja keperluan anak yang lain. Anak saya pun sangat teruja kerana dapat datang ke sini dan menerima pakaian raya. Terima kasih kepada YB kerana membantu,” katanya. Sementara itu, rata-rata penerima memilih pakaian seperti baju Melayu, baju kurung, tudung, kurta, sampin, jubah, kasut, dan kemeja bagi melengkapkan persiapan hari raya mereka.
14 Mar 25
155
Iftar di Sawah Padi Diteruskan, Pukau Perhatian Ramai
Iftar di Sawah Padi Diteruskan, Pukau Perhatian Ramai
BESUT, 13 Mac - Suasana berbuka puasa dikelilingi kehijauan sawah padi terus menjadi daya tarikan di daerah ini apabila mencipta memori terindah kepada mereka yang hadir  di Majlis Iftar Perdana yang diadakan petang kemarin di Kampung Padang Baloh. Majlis yang diadakan itu telah diadakan selama tiga tahun berturut-turut menjelangnya Ramadan telah dihadiri lebih 600 penduduk kampung Padang Baloh serta mereka yang berada di sekitarnya rata-ratanya merupakan golongan petani dengan lebih 100 hidangan disediakan.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin berkata pihaknya sangat bersyukur kerana acara itu dapat diteruskan serta telah dijadikan acara tradisi sekali gus majlis itu dapat mengeratkan hubungan antara penduduk setempat serta menghidupkan semangat kebersamaan.   "Majlis seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada kita untuk menikmati juadah berbuka puasa bersama, tetapi juga menjadi wadah mempekukuh ukhwah dalam komuniti. "Saya berharap tradisi ini dapat diteruskan dan menjadi inspirasi kepada penduduk di kampung lain untuk mengadakan program yang menggalakkan perpaduan seumpama ini,"ujarnya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman, ketika hadir ke majis ini semalam.   Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu, Dr. Azman Ibrahim. Sementara itu, Ketua Tani Kumpulan Pengguna Air (KPA)TPBA, Wan Abdullah Wan Abdul Kadir turut berkongsi rasa bangga dengan sambutan luar biasa yang diterima. "Sebagai petani, kami sangat terharu melihat sokongan yang diberikan oleh masyarakat terhadap majlis ini. "Sawah padi bukan sekadar sumber rezeki, tetapi juga menjadi tempat yang menyatukan kami semua antara petani dan masyarakat akan terus erat,"ujarnya. Dalam pada itu ,Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus bagi menyakannya majlis itu. "Kita berharap agar tradisi tahunan ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang,"ujarnya.  
13 Mar 25
3605
Majlis Berbuka Puasa Mukim Bukit Puteri Bersama ADUN Kuala Besut Meriah
Majlis Berbuka Puasa Mukim Bukit Puteri Bersama ADUN Kuala Besut Meriah
  BESUT, 12 Mac  – Seramai 500 orang telah hadir memeriahkan majlis berbuka puasa bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh yang diadakan di dewan terbuka Kampung Tok Has, Mukim Bukit Puteri, semalam. Menurut Azbi,majlis yang diadakan itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat bagi memastikan kemeriahan Ramadan pada kali ini diraikan bersama "Memperbanyakkan amalan di bulan Ramadan adalah sangat penting saya mengajak semua yang hadir untuk mengambil peluang ini bagi meningkatkan ibadah dan melakukan segala amalan kebaikan. "Serta jangan lupa untuk membantu mereka yang memerlukan kerana Bulan Ramadan adalah waktu yang tepat untuk kita memperbanyakkan amal ibadah dan memperkukuhkan hubungan sesama kita," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut,. Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, Ahmad Nazwawi Harun, Ketua Balai Polis Kuala Besut, Mohd Nazi Che Ismail dan Penolong Pegawai Kebajikan Daerah Besut, Mohd Latpi Yusoff. Menurut Azbi majlis berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh kegembiraan dengan para penduduk saling bertukar-tukar cerita dan penglaman. "Adalah diharapkan Majlis berbuka puasa ini dapat menjadi platform untuk memperkukuhkan hubungan antara penduduk serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya amalan kebajikan di bulan Ramadan,"ucap beliau.
12 Mar 25
150
'Mimpi' Sambut Aidilfitri di Rumah Baharu Tercapai
'Mimpi' Sambut Aidilfitri di Rumah Baharu Tercapai
Sambutan Ramadan dan Aidilfitri kali ini pasti lebih bermakna buat dua beranak selepas mereka menerima rumah baharu melalui Program Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS).
12 Mar 25
40
'Mimpi' Sambut Aidilfitri di Rumah Baharu Tercapai
'Mimpi' Sambut Aidilfitri di Rumah Baharu Tercapai
Oleh : Mohd Syauqi Harun KUALA TERENGGANU, 11 Mac – Sambutan Ramadan dan Aidilfitri kali ini pasti lebih bermakna buat dua beranak selepas mereka menerima rumah baharu melalui Program Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS), hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, objektif utama penyediaan kediaman baharu itu merupakan salah satu penyelesaian masalah miskin tegar di kawasan Batu Buruk. “Kerajaan negeri sentiasa komited menyediakan rumah sendiri kepada rakyat Terengganu di samping menepati syarat-syarat yang ditetap. "Semoga kediaman baharu ini menjadi tempat berteduh yang selesa dan penuh keberkatan buat beliau sekeluarga.  "Usaha ini melambangkan komitmen berterusan dalam memastikan kesejahteraan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan," katanya. Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkata sedemikian kepada pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas majlis penyerahan replika kunci rumah PPTS, sebentar tadi. Ibu tunggal kepada seorang anak, Sakirah Mat Yunus, 43, dari Kampung Kolam Kuala Ibai, Batu Buruk mengakui sebak dan terharu kerana hasrat untuk meraikan Aidilfitri di kediaman sendiri akhirnya tercapai. “Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada YB Dr. Khalil dan semua pihak yang terlibat atas usaha untuk mendapatkan saya sebuah rumah untuk kami sekeluarga berteduh.  “Sekian lama saya nantikan kerana sebelum ini hanya dengan menumpang rumah ibu saya,” tambahnya. Kata Sakirah lagi, pemberian itu juga amat bermakna baginya dalam menyediakan ruang yang lebih selesa untuk anaknya yang masih bersekolah. “Selepas ini anak saya dapat belajar dan berehat dengan lebih selesa berbanding sebelum ini, terima kasih kepada kerajaan,” ujarnya.
11 Mar 25
223
Penglibatan Aktif ADUN Belia Perkukuh Hubungan Dengan Masyarakat
Penglibatan Aktif ADUN Belia Perkukuh Hubungan Dengan Masyarakat
KUALA TERENGGANU, 11 Mac –Penglibatan aktif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dilihat berupaya memperkukuh hubungan dengan golongan belia dan masyarakat setempat. ADUN Wakaf Mempelam, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penglibatan ADUN Belia dalam program kemasyarakatan amat penting bagi memastikan potensi kepimpinan mereka dapat diketengahkan. “Keberadaan ADUN Belia ini adalah melalui pelantikan, justeru kita mahu melihat mereka memainkan peranan yang signifikan di peringkat DUN. Jika mereka tidak diberi ruang untuk terlibat dalam program, mungkin bakat dan potensi yang ada tidak dapat diserlahkan sepenuhnya. “Selain itu, mereka juga tidak mempunyai peruntukan khusus untuk menganjurkan program sendiri. Oleh itu, dengan adanya program yang kita laksanakan di DUN, mereka boleh turut serta dan menyumbang tenaga serta idea,” katanya. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan turut memaklumkan bahawa DUN Wakaf Mempelam telah merangka beberapa program sepanjang tahun 2025 yang akan melibatkan penyertaan ADUN Belia secara aktif. Sementara itu, ADUN Belia DUN Wakaf Mempelam, Mohd Lokman Hakim Mohd Zol menyatakan rasa teruja apabila diberi peluang menyertai program kemasyarakatan, terutamanya dalam bulan Ramadan. “Saya melihat mesej yang disampaikan melalui program ini sangat baik, khususnya dalam aktiviti penyediaan makanan kepada masyarakat yang memerlukan. “Selain memberi manfaat kepada penerima, ia turut memberi hikmah kepada diri saya sendiri untuk lebih bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat yang dikurniakan,” katanya. Beliau turut hadir bersama-sama ADUN Wakaf Mempelam bagi menyantuni 50 orang penduduk Kampung Seberang Baroh dan berbuka puasa di rumah rakyat, sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan serta mengeratkan hubungan antara pemimpin belia dan masyarakat setempat. Beliau yang aktif dalam program pembangunan belia juga berkongsi hasratnya untuk menjadikan DUN Wakaf Mempelam sebagai pusat pembudayaan ilmu dalam kalangan anak muda. “Saya sering melibatkan diri dalam aktiviti bersama golongan belia, termasuk program pembudayaan ilmu seperti mengajar mengaji di Masjid Merbau Patah, menyampaikan tazkirah dan menjadi imam. Tambahnya lagi, aspek kesukanan juga menjadi teras dalam usaha menarik minat belia untuk terlibat secara aktif dalam komuniti serta menggalakkan gaya hidup sihat. Menurutnya, sukan bukan sahaja menyatukan masyarakat tetapi juga mampu melahirkan pemimpin belia yang berdisiplin, berdaya saing dan berfikiran positif. "Saya percaya bahawa sukan adalah platform terbaik untuk mengeratkan ukhuwah sesama anak muda. Oleh itu, saya turut menyertai serta terlibat dalam penganjuran pelbagai aktiviti sukan di peringkat DUN seperti bola sepak bagi memastikan belia di DUN Wakaf Mempelam sentiasa aktif dan terarah ke arah perkara yang bermanfaat,” jelasnya.
10 Mar 25
200