lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Semarak Hubungan Antara Pelbagai Kaum
Semarak Hubungan Antara Pelbagai Kaum
DUNGUN, 12 Oktober - Amalan berbuat baik terhadap bangsa lain yang terdapat di negara kita seharusnya dijadikan sebagai satu budaya yang perlu dipraktikkan agar hubungan antara kaum lebih erat. Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, kepelbagaian agama, etnik dan budaya di Malaysia yang unik menuntut rakyatnya agar sentiasa berbuat baik dikalangan satu sama lain bagi menjamin keharmonian negara ini selain dapat mencerminkan keperibadian Islam terhadap penganut agama lain. "Berbuat baik adalah satu daripada dasar Islam dalam hubungan etnik. Islam mengajar kita untuk berbuat baik sesama manusia kerana semuanya berasal daripada manusia pertama iaitu Nabi Adam. "Islam juga memerintahkan manusia untuk berbuat baik dan adil kerana ia menjadi dasar utama dalam berinteraksi antara seorang muslim dengan orang bukan Islam yang lain," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi warga Tionghua di sekitar Kuala Dungun. Program ziarah yang diatur oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Penaga itu turut disertakan dengan sumbangan kewangan selain beramah mesra bertanyakan status kesihatan para penduduk Cina yang diziarah. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa keunikan masyarakat majmuk yang ada di negara kita turut menyebabkan kita tidak terkecuali daripada menjadi tarikan para pelancong untuk mempelajari budaya rakyat di sini. " Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa perpaduan antara kaum adalah satu faktor yang amat penting untuk Malaysia bagi mencapai status negara maju selain memacu kepada kepesatan pembangunan dan ekonomi negara," ujarnya lagi.
12 Oct 20
405
PPS Banjir Bakal Perkemas SOP Baharu
PPS Banjir Bakal Perkemas SOP Baharu
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bakal diperkemaskan dengan prosedur operasi standard (SOP) terkini selaras norma baharu yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, ketika ini.
12 Oct 20
96
Kek Untuk Warga Pos
Kek Untuk Warga Pos
Foto oleh: Muhammad Azizi Zakaria KEMAMAN, 12 Oktober - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat memberikan hadiah berupa kek kepada kakitangan Pejabat Pos di DUN berkenaan sempena Hari Pos Sedunia 2020, semalam.  "Tidak terlambat lagi rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Pos Sedunia 2020 kepada mereka dan menyampaikan kek sebagai tanda menghargai jasa-jasa warga pos, kourier dan penghantaran. Segala dokumen dan keperluan penting harian kita bergantung kepada mereka. Apatah lagi ketika musim wabak COVID-19 yang melanda kini, sudah tentu sedikit sebanyak tugasnya makin sukar dan mencabar," ujarnya.  Katanya lagi, tanpa mereka, kita tidak mungkin boleh meneruskan kehidupan seharian dengan lancar. "Mereka bermandi peluh, meredah hujan dan menghadapi segala risiko demi urusan kita," ujarnya kepada pemberita ketika dihubungi. Serahan kek tersebut disampaikan oleh isterinya, Zahiyah Rahman mewakili Hanafiah yang hadir bersama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Cukai. Tiga tempat yang menerima kek tersebut iaitu Pejabat Pos Cawangan Chukai, Pejabat Pos Laju Chukai dan Pejabat Pos Cawangan Serahan Chukai. Hari Pos Sedunia disambut 9 Oktober di seluruh dunia sejak 1969, sebagai peristiwa penting bagi perkhidmatan pos di seluruh dunia untuk mengetengahkan kepentingan dan sumbangan perkhidmatan itu kepada masyarakat global selain mengiktiraf tenaga kerja pos sedunia.
12 Oct 20
835
23 Jemaah Masjid Ulul Albab Disahkan Negatif COVID-19
23 Jemaah Masjid Ulul Albab Disahkan Negatif COVID-19
  BESUT, 12 Oktober - Seramai 23 jemaah Masjid Ulul Albab, Kampung Seberang Jerteh disahkan negatif COVID-19 melalui hasil dua ujian pengesanan yang dilakukan terhadap mereka. Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Jerteh, Mohd Hanis Abas berkata, mereka sebelum ini telah menjalani kuarantin di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai di Marang sejak Selasa lalu. "Kesemua 23 jemaah telah menjalani kuarantin dan sepanjang tempoh saringan tidak ada satu orang pun yang menunjukkan tanda-tanda positif. "Mereka telah pun dibenarkan pulang dan selamat sampai ke rumah masing-masing," ujarnya kepada pemberita di Kampung Seberang Jerteh, semalam. Mohd Hanis berkata, para jemaah tersebut diarahkan menjalani kuarantin setelah masjid itu baru-baru ini dilawati Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato' Seri Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri yang disahkan positif COVID-19.  Katanya, Masjid Ulul Albab juga ditutup sementara selama tiga hari bagi melancarkan kerja-kerja proses nyahkuman.
12 Oct 20
2164
Pesakit Kanser Terima Bantuan Katil
Pesakit Kanser Terima Bantuan Katil
HULU TERENGGANU, 12 Oktober– Kelegaan jelas terpancar di wajah seorang pesakit kanser, Mustafa Ismail, 70, dari Kampung Pasir Dula apabila menerima bantuan set katil boleh laras yang disumbangkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, baru-baru ini. Sumbangan hasil kerjasama antara PKM DUN Telemong dan Majlis Tindakan DUN Telemong itu untuk membantu mengurangkan bebanan dan kesusahan pesakit kronik di sekitar DUN ini. Mustafa yang tidak mampu bergerak dari aras pinggang ke bahagian kaki selepas didapati menghidap kanser tulang pada awal tahun ini menyifatkan, bantuan katil itu memberi sedikit kelegaan buatnya.  Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu berkata, selain sumbangan katil, pihaknya juga berusaha agar pesakit dapat menerima bantuan dari Tabung Darul Iman, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ataupun MAIDAM bagi meringankan bebanan pesakit.  “Besar harapan kita agar sumbangan hari ini akan mengembirakan mereka sekeluarga dan kami akan terus komited untuk terus membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan,” katanya kepada pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika menyerahkan katil di kediamannya di Kampung Pasir Dula, di sini khamis lalu.
11 Oct 20
770
COVID-19 : Terus Berdisiplin, Patuhi SOP
COVID-19 : Terus Berdisiplin, Patuhi SOP
SETIU, 11 Oktober - Masyarakat diingatkan untuk terus berdisiplin dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bhari A Rahman berkata, pada ketika ini semua pihak harus memainkan peranan semaksima mungkin kerana negara dilanda gelombang ketiga COVID-19.  "Saya sangat berharap masyarakat semua patuh pada arahan dan perkembangan semasa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. "Amalkan pemakaian pelitup muka, sentiasa basuh tangan atau penggunaan 'hand sanitizer' dan kepada pengguna telefon pintar untuk muat turun aplikasi My Sejahtera," tambahnya ketika ditemui oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). Untuk rekod sehingga semalam daerah Setiu kekal dengan 8 kes dan tiada kes baru dilaporkan. Sehingga kini di negeri Terengganu mempunyai sebanyak 154 kes dan satu kematian.
11 Oct 20
212
Ziarah Kebajikan Medium Dekati Rakyat
Ziarah Kebajikan Medium Dekati Rakyat
BESUT, 11 Oktober - Aktiviti ziarah kebajikan dengan mengunjungi dan memberi sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan berupaya menjadi medium untuk mendekati rakyat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, disebabkan itu aktiviti ziarah tetap menjadi rutin mingguan kepada Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kota Putera dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) walaupun dalam norma baharu. “Tiap-tiap minggu, kita akan pergi ke satu kampung dimana kita akan menziarahi pesakit-pesakit yang memang sakit uzur, warga emas, sakit ditimpa bencana atau lain-lain dengan mematuhi SOP untuk mengekang penularan COVID-19. “Selalunya kita ambil lima atau enam buah rumah sehari melalui nama yang diberikan oleh ketua kampung. “Sekiranya kita dapati ada rumah yang terlalu uzur dalam lawatan tersebut juga, kita akan usahakan untuk membantu,” ujarnya kepada pemberita. Katanya, kerja-kerja turun padang menyantuni masyarakat sampai ke akar umbi amat penting bagi mengetahui sendiri masalah mereka yang sudah lama ditanggung tetapi tiada penyelesaianya.
11 Oct 20
256
Pupuk Minat Generasi Muda Bersukan
Pupuk Minat Generasi Muda Bersukan
BESUT,11 Oktober- Usaha bagi mengembalikan minat anak muda kepada aktiviti sukan menjadi salah satu mekanisme pemuda Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, beliau menyokong penuh usaha berkenaan kerana disamping dapat menyuntik semangat anak muda bekerjasama dalam menjayakan setiap program yang diadakan ianya juga dapat merapatkan ukhwah sesama sendiri . "Sebagai contoh, kejohanan sepak takraw yang julung kalinnya dianjurkan pemuda cawangan Kubang Ikan untuk tahun ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim malah sebagai persediaan Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Pemuda DUN Kota Putera yang dijangka akan berlangsung akhir bulan ini sekiranya tiada arahan penangguhan untuk sebarang aktiviti," ujarnya kepada pemberita selepas kejohanan tersebut. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat yang terlibat termasuk sembilan pasukan berentap pada kejohanan sepak takraw yang diadakan di Kampung Kubang Ikan itu. "Tahniah Pemuda PAS cawangan Kubang Ikan kerana telah berjaya menganjurkan program yang dapat menarik masyarakat terutamanya golongan pemuda mengikuti aktivit yang berfaedah ini dan syabas juga kepada pasukan yang berjaya ke peringkat akhir sekaligus menjuarai kejohanan ini. "Semoga dengan ada kejohanan seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan anak-anak muda dan masyarakat di dalam DUN Kota Putera," ujarnya.  
11 Oct 20
774
Kuih Bulan Tanda Persahabatan
Kuih Bulan Tanda Persahabatan
KUALA TERENGGANU, 11 Oktober – Kuih bulan menjadi simbolik ikatan persahabatan yang terjalin antara wanita bukan muslim dengan kerajaan negeri setiap kali tiba  'Moon Cake Festival 2019” yang disambut oleh masyarakat Tiongha di Terengganu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata walau pun jumlah kuih bulan yang diedarkan itu tidak besar tetapi memadai sebagai tanda ingatan dan tanda persahabatan bersempena dengan perayaan tradisional masyarakat Tionghua yang lazimnya disambut pada pertengahan September sehingga Oktober. Zuraida mengagihkan kuih bulan.   “Tidak banyak pun yang kita edar, tapi ada. Mudah-mudahan pemberian kecil ini, jadi pengikat keharmonian antara semua kaum di Negeri Terengganu. “Apa yang lebih mengujakan saya ialah sambutan baik daripada komuniti bukan muslim kepada Program Minum Petang bersama ADUN Wanita dan ini pertama kali sebenarnya, kita mengadakan program santai bersama komuniti wanita Cina dan India di sekitar Kuala Terengganu khusus bersama ADUN Wanita. “Alhamdulillah, saya menerima banyak maklum balas dan cadangan yang positif daripada wakil-wakil mereka yang melibatkan diri secara aktif semasa sesi dialog,"ujarnya. Cikgu Mala, wakil masyarakat India bercakap semasa sesi dialog. Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh wakil Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), baru-baru ini.   Antara yang hadir dalam program tersebut ialah wakil wanita India dan Cina Dewan Himpunan Penyokong, Dewan Perhimpunan Tionghua Terengganu, Persatuan Penjaja Pasar Pagi, Persatuan Penjaja Medan Selera, wakil masyarakat India dan Siam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar dan wakil masyarakat Kg. Cina atau Peranakan. Zuraida turut berjanji akan menyuarakan segala kebimbingan dan cadangan yang telah diusulkan oleh mereka ke peringkat seterusnya. Beliau juga berharap agar penganjuran program tersebut dapat mempereratkan tautan antara masyarakat di Terengganu tanpa mengira bangsa ataupun agama demi memastikan keamanan dan kedamaian pada tanah watan sentiasa terpelihara.  
10 Oct 20
993
Masalah Mental Tidak Semestinya Gila
Masalah Mental Tidak Semestinya Gila
KUALA TERENGGANU, 11 Oktober – Golongan yang menderita dengan masalah kesihatan mental tidak wajar dilabelkan sebagai ‘orang gila’ orang masyarakat sekeliling. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata kesihatan mental merupakan aspek yang jarang diambil perhatian dalam negara Malaysia. Menurutnya lagi, terlalu banyak salah faham dan salah sangka kepada orang yang menghadapi keuzuran daripada sudut kesihatan mental. “Lebih parah, apabila pesakit mental dikaitkan dengan iman yang tidak kuat di samping tidak diberi sokongan oleh masyarakat sekeliling lantaran menyebabkan masalah mentalnya menjadi lebih teruk. “Walau bagaimanpun belakangan ini, kita melihat ada perkembangan yang positif berkenaan kesedaran kesihatan mental di Malaysia. Semakin ramai orang persendirian mahupun persatuan yang tampil menghulurkan tangan bagi membantu pesakit. “Di pihak saya sendiri, isu ini juga menjadi fokus utama selaku ADUN Wanita dan sebenarnya ada saya selitkan mengenai kesihatan mental dalam Ucapan Perbahasan Titah Di-Raja dalam Sidang DUN yang lalu,’ujarnya. Zuraida berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), kelmarin. “Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015 (NHMS), sebanyak 29.2 peratus rakyat Malaysia mengalami tekanan atau pun masalah kesihatan mental. “Ada pesakit yang tidak menyedari mereka menghadapi simptom masalah kesihatan mental kerana kurangnya kesedaran sama ada individu atau pun masyarakat sekeliling. “Saya menyeru supaya lebih banyak banyak program kesedaran diadakan bagi mendidik masyrakat di samping mengikis stigma negatif terhadap pesakit,”ulasnya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia, kelmarin. Zuraida turut menegaskan isu ini wajar diberi perhatian kerana ia akan memberi kesan kepada kestabilan keluarga dan juga rumah tangga.
10 Oct 20
462