Artikel "Utama" Terkini
Ubah Kurikulum, Tumpuan Ajaran Islam - Tun M
KUALA NERUS, 7 Januari- Kerajaan Pusat akan melakukan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan termasuk memberi penekanan kepada tiga aspek, iaitu penguasaan agama Islam, bahasa Inggeris serta sains dan teknologi.Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, dalam usaha memulihkan dan memajukan negara selepas pertukaran kerajaan yang baharu, tiada peranan lain yang lebih utama melainkan memperkasakan bidang pendidikan.Katanya, pendidikan akan menentukan jenis manusia yang akan menjadi warga negara pada masa akan datang dan berharap sistem yang bakal diperkenalkan itu akan dapat membentuk rakyat yang lebih berwibawa serta mampu memajukan negara dengan lebih pesat berbanding sebelum ini."Tumpuan terhadap ajaran agama amat penting terutama nilai-nilai hidup yang patut dipegang oleh orang Islam."Saya harap semua warga pendidikan akan ambil perhatian perkara ini, kita akan mengubah kurikulum dalam sekolah-sekolah supaya tumpuan diberi kepada penguasaan ajaran Islam sebenar, penguasaan bahasa Inggeris dan penguasaan sains dan teknologi."Dengan ini kita fikir kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain di dunia," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ambil Cakna bersama Warga Pendidik Terengganu di Tabung Haji (TH) Hotel & Convention Centre, di sini, hari ini.Turut hadir, isteri Perdana Menteri,Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat; Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Datuk Razali Idris.Majlis berkenaan turut disertai kira-kira 1,000 warga pendidik seluruh Terengganu.Tambah Tun Mahathir lagi, kerajaan perlu memainkan peranan bagi menentukan penguasaan pelbagai cabang ilmu di kalangan rakyat untuk kehidupan mereka dan juga kemajuan negara.
06 Jan 19
72
MB Terengganu Sambut Ketibaan PM
Tun Dr. Mahathir Mohamad (tengah) disambut mesra Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA NERUS, 7 Januari - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali mengadakan lawatan kerja sehari ke negeri ini, hari ini.Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Sultan Mahmud kira-kira 9 pagi ini disambut oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya serta barisan kepimpinan negeri yang lain.Beliau kemudiannya mengadakan perjumpaan dengan warga pendidik di Hotel Tabung Haji Kuala Nerus sebelum menghadiri program ramah mesra dengan kanak-kanak di Taman Sinar Harapan, Bukit Besar, Kuala Terengganu.Beliau mengakhiri lawatan kerja dengan menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Penternak Dan Nelayan Terengganu di Dewan Utama Majlis Daerah Marang yang dijadualkan pada 3 petang.Kunjungan Dr. Mahathir ke Terengganu adalah yang pertama sejak kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia.
06 Jan 19
62
Selamat Datang Tun M Ke Terengganu
KUALA TERENGGANU, 7 Januari - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali ke Terengganu hari ini."Mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat (YAB) Tun Dr Mahathir Mohamad ke Terengganu Darul Iman."Diharapkan lawatan rasmi ini dapat mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan demi kepentingan rakyat negeri Terengganu," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya semalam.Menurut jadual, pada jam 8.50 pagi ini Dr Samsuri bersama isteri, Tuan Faizah Ab Rahman menyambut ketibaan Perdana Menteri bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus.Pada jam 9.15 pagi, Menteri Besar serta isteri mengiringi Tun Dr Mahathir dan isteri bagi mengadakan perjumpaan dengan para pendidik Negeri Terengganu di sebuah hotel di Kuala Nerus.Sementara itu, pada jam 2.30 petang Dr SAM dan Tuan Faizah menyambut ketibaan Perdana Menteri dan isteri di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, Marang bagi menyertai Majlis Ramah Mesra Bersama Para Penternak dan Nelayan Terengganu di tempat yang sama.Majlis itu berlangsung pada jam 3.00 petang.Kemudian pada jam 4.30 petang pula, mereka dijangka mengiringi Perdana Menteri dan isteri ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus mengakhiri lawatan itu.
06 Jan 19
1310
Terengganu Jadi Hab Lokasi Sukan Ekstrem
Terengganu sokong penganjuran suka ekstrem.KEMAMAN, 6 Januari - Penganjuran Monsoon Motocross Kerteh 2019 bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk memajukan sukan ekstrem ke peringkat antarabangsa dan menjadikan Terengganu sebagai hab acara itu di negara ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia selaras dengan pembentangan Bajet 2019 oleh Menteri Besar, Dr. Ahmmad Samsuri Mokhtar yang mahu setiap kawasan mempunyai sukan ekstrem sendiri seperti di Kemaman, acara Motocross berkenaan.“Kami berharap sukan ini akan diadakan secara tahunan dengan penganjuran yang menarik dan hadiah yang lebih lumayan,” katanya ketika merasmikan Monsoon Motocross Kerteh 2019 di Pantai Kuala Kerteh, di sini, semalam.Pertandingan disertai 250 peserta dari seluruh negara melibatkan enam kategori yang dipertandingkan iaitu Mx Veteran, Cubcross, Mx Novice, CKD Open dan acara utama Mx Open.Penganjuran edisi kelima itu dianjurkan oleh Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik dengan kerjasama Kerteh Motocross (KTHMX), turut menampilkan pelumba negara, Mohd Khairul Afif Ghazali dari Icon Motosports yang mengungguli tempat kedua MX Open di belakang pelumba Rezeki MX, Mohd Fadzil Bachok.Wan Sukairi turut memberitahu, Terengganu akan terus mempelopori sukan ekstrem seperti itu dan menambah baik penganjuran sedia ada sebagai sokongan kepada . “Difahamkan ini merupakan penganjuran kali pertama di trek pasir pantai seperti ini dalam negara. "Saya mewakili kerajaan negeri, suka untuk mengucapkan tahniah kepada penganjur dan penyertaan orang-orang lama dalam kategori veteran kerana memberi satu galakan kepada anak-anak muda yang menggemari sukan ini,” katanya. Turut hadir sepanjang pertandingan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaimi.
06 Jan 19
780
Banggol Tok Ku FC Rangkul Juara
Pasukan Banggol Tok Ku FC (BTK FC) meraian kemenangan selepas menewaskan Majlis Daerah Besut (MDB) dalam perlawanan akhir Piala Liga Amatur Terengganu 2018, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.Oleh : Ahmad FadhilahKUALA TERENGGANU, 5 Januari – Pasukan Banggol Tok Ku FC (BTK FC) melunaskan dendam apabila berjaya mempamerkan semangat juang luar biasa untuk menewaskan Majlis Daerah Besut (MDB) dalam perlawanan akhir Piala Liga Amatur Terengganu 2018, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam tadi.Pun begitu, pasukan BTK FC menerima tekanan awal apabila terpaksa bermain dengan 10 orang pemain seawal minit ke-25 berikutan Sukri Faiz menerima layangan kad merah.Namun begitu MDB gagal untuk menggunakan kelebihan bermain dengan 11 orang pemain apabila dikejutkan dengan jaringan pertama Muhammad Firdaus pada minit ke-34 pada separuh masa pertama menerusi tendangan sudut dari Ibrahim Rasid.MDB kembali bangkit dengan gol penyamaan awal selepas babak kedua bersambung pada minit ke-50 hasil tandukan Akid Wahab yang berjaya menghukum kelonggaran kubu BTK FC apabila menerjah jaring.Penjaring terbanyak perlawanan pula disandang oleh pemain BTK FC, Shaiful Rahimie.Perlawanan kekal terikat 1-1 sehingga separuh masa pada masa tambahan.Pada minit ke-115 MDB berjaya mendapat jaringan pendahuluan menerusi Syarul Fadzlie, sebelum keriangan untuk bergelar juara berganda dinafikan BTK FC yang menghasilkan jaringan dramatik Ibrahim Rasid pada minit ke-119 untuk mengikat kedudukam 2-2.Perlawanan yang berlanjutan ke penentuan sepakan penalti memihak kepada BTK FC apabila pasukan itu pulang dengan kemenangan 5-3.Jurulatih pasukan BTK FC, Mohd Nezeri berkata, pasukan beliau bermain dengan strategi bertahan kerana kekurangan seorang pemain selepas dilayangkan kad merah dan diminta keluar padang.“walaupun kita tidak dapat mengawal bola 100 peratus namun kita masih lagi boleh bertahan.“Alhamdulillah dengan semangat juang yang tinggi di antara pemain, BTK FC dapat menyamai kedudukan pada akhir perlawanan seterusnya sepakan penalti diadakan dan kemenangan berpihak pada kita."Saya rasa sangat teruja dan bersyukur setelah dinobatkan sebagai Juara TAL’18 kali ini. Ini adalah kejuaraan semua pihak sama ada pengurusan, pemain dan juga penyokong,"katanya ketika ditemui wartawan.Sementara itu, dua pemain BTK FC, Ibrahim Rasid dinobatkan pemain terbaik perlawanan dan penjaring terbanyak pula disandang oleh Shaiful Rahimie.Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ustaz Ariffin Deraman.Ibrahim Rasid dinobatkan pemain terbaik perlawanan menerima hadiah daripada Ustaz Ariffin sejurus perlawanan.
05 Jan 19
167
Aeronautik Ibnu Firnas Mengujakan Isteri MB
Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman teruja dan gembira dengan wujudnya Galeri Aeronautik Ibnu Firnas di Sekolah Kebangsaan Gong Nangka, Marang, baru-baru ini.i sini, Add captionOleh : Aziz Hambali MARANG, 5 Januari - Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman teruja dan gembira dengan wujudnya Galeri Aeronautik Ibnu Firnas di Sekolah Kebangsaan Gong Nangka, di sini, ketika mengikuti program lawatan mahabbah, baru-baru ini.Guru penyelarasnya, Syed Hasan Syukri Tuan Hadi berkata, dengan wujudnya program aeronautik ini, guru boleh memotivasikan anak yang belajar di situ bagaimana untuk menjadi seorang juruterbang.“Usaha ini adalah sebagai strategi serampang dua mata kepada pembelajaran Bahasa Inggeris dengan aplikasi strategi pengajaran 'content-based learning' di samping pengajaran asas Sains Fizik dan Matematik menggunakan tema dunia penerbangan,” katanya.Syed Hasan berkata, bagi memastikan aktiviti kelab itu dapat berjalan dengan lancar, pihak sekolah mendapat khidmat nasihat teknikal daripada seorang juruterbang dan seorang jurutera dari sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.Menurutnya, semua ahli kelab dipanggil kadet itu akan memakai uniform juruterbang pada sesi aktiviti kelab setiap Selasa, selain mengikuti program di luar dan berpeluang untuk "naik pangkat" berdasarkan ujian teori penerbangan yang diadakan serta ujian simulator.“Kita mendapat khidmat nasihat teknikal daripada tiga orang profesional dalam bidang penerbangan, iaitu seorang juruterbang berpangkat kapten dan seorang jurutera simulator penerbangan dari syarikat penerbangan Qatar Airways,” katanya.Sehubungan dengan itu, seorang jurutera simulator akan menasihati ahli kadet dari aspek kejuruteraan dan teknologi simulasi serta seorang krew kabin daripada syarikat penerbangan MAS airline's juga turut menasihati dalam aspek perkhidmatan kabin.Malah katanya, ahli kelab diberikan ujian berkala merangkumi teori penerbangan, prinsip sains berkaitan penerbangan, matematik bertema penerbangan, pengetahuan asas komponen pesawat dan pengetahuan am dengan sebahagian soalan dalam bahasa Inggeris.Syed Hasan berkata, ketika ini seramai 18 orang terdiri daripada murid Tahun Empat dan Enam dipilih khusus berdasarkan merit yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan minat yang mendalam.Sebelum itu, Guru Besar, Sukni Hisham sangat berbesar hati dan teruja jika Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dapat hadir serta melihat sendiri Galeri Aeronautik Ibnu Firnas di sekolah berkenaan.
04 Jan 19
573
Lagi Pertemuan Dr SAM -Tun M Di Putrajaya
"Terima kasih atas kesempatan bertemu dan berbincang selama 45 minit dengan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pagi tadi di Putrajaya, " tulis Dr SAM di status Facebooknya semalam. Perbezaan parti pemerintah tidak menjadi penghalang kedua-dua pemimpin ini (Gambar) untuk berbincang mengenai masalah rakyat dan keperluan negeri Terengganu. Royalti Petroleum dan Gas Terengganu adalah hak rakyat dan negeri itu yang mesti ditunaikan segera tanpa sebarang alasan untuk menghalangnya. Rakyat Terengganu dan pemimpinnya percaya semangat federalisme dan amalannya masih diteruskan dengan baik oleh Kerajaan Persekutuan tanpa memilih bulu berdasarkan kepada hak-hak negeri dalam Perjanjian Petroleum dan Gas 1974 yang ditandatangani oleh semua menteri besar termasuk dari negeri Terengganu. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dipercayai tetap dengan janjinya untuk melunaskan hak negeri Terengganu itu.Semoga pertemuan ini membuahkan hasil yang lebih positif. Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr SAM) sebagai ketua pentadbiran negeri sudah pasti akan terus berusaha supaya hak itu ditunaikan oleh kerajaan pusat.Dalam semua urusan negeri dan negara, kepimpinan yang sedia ada perlu sedar bahawa penyelesaian secara profesional amat didambakan rakyat supaya penyakit kepimpinan lama termasuk, tidak telus, bersikap hipokrit dan menindas negeri-negeri yang berkepentingan harus ditinggalkan. Rakyat sudah pandai menggunakan hak mereka dalam pilihan raya untuk menukar kerajaan apabila sikap sedemikian terus diamalkan oleh kepimpinan kerajaan. Justeru perbincangan dua hala antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Terengganu mesti membuahkan hasil positif bagi merealisasikan semangat federalisme itu.
04 Jan 19
219
'Pabuk' Hindari Terengganu
Pergerakan 'Pabuk' terkini. KUALA TERENGGANU, 4 Januari - Negeri Terengganu boleh dikatakan terselamat dari ancaman Ribut Tropika Pabuk apabila ia bergerak ke arah barat laut Telok Siam.Ribut ini dijangka bergerak merentasi Segenting Kra ke Laut Andaman dan keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat di negeri-negeri utara Semenanjung, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) hari ini.Cuaca bandar Kuala Terengganu cerah dan tiada hujan pagi tadi manakala suhu diukur pada kadar 29 Darjah Celsius.Dato' Haji A Rahman (tiga dari kanan) menunjukkan pergerakan Ribut Tropika Pabuk di Bilik Gerakan Bencana Negeri di Jalan Paya Keladi Kuala Terengganu petang semalam. Bagaimanapun petang semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji A Rahman Yahya ketika ditemui pemberita memperingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada menghadapi segala kemungkinan cuaca buruk akibat fenomena ribut tersebut.Kerajaan negeri sentiasa memantau kesan fenomena berkenaan dan akan menggerakkan asetnya bagi membantu penduduk yang ditimpa musibah.Katanya, kerajaan negeri menyediakan peruntukan khas untuk meringankan beban rakyat yang menghadapi bencana akibat tempias ribut berkenaan."Jumlah kerugian dan kerosakan keseluruhan bencana akan dinilai dan bantuan sewajarnya akan diberikan selepas selesai musim tengkujuh," katanya.Dato' Haji A Rahman Yahya (dua dari kiri).Manakala bantuan segera diberikan kepada penduduk yang rumah mereka rosak akibat tempias ribut berkenaan melalui saluran pejabat daerah di seluruh negeri.Beliau turut melawat Bilik Gerakan Bencana Negeri Terengganu, di Jalan Paya Keladi di sini bagi meninjau perkembangan terkini fenomena itu.Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman turut memberi taklimat perkembangan terkini bencana negeri berkenaan kepada Dato' Haji A Rahman.
03 Jan 19
90
Jersi Terengganu FC Akan Dilancarkan 26 Januari Ini
Hishamuddin mahu TFC terus cemerlang.KUALA TERENGGANU, 3 Januari - Jersi baharu pasukan Terengganu Fooball Club (TFC) akan dilancarkan secara besar-besaran di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak pada 26 Januari nanti.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abd Karim memaklumkan, dalam majlis itu akan turut diadakan sesi memperkenalkan pemain TFC dan TFC2.“Jualan jersi juga akan bermula pada hari tersebut dan saya berharap penyokong pasukan akan memenuhi stadium pada hari tersebut.“Kita juga melihat kembali suka duka perjalanan pasukan kesayangan kita sepanjang musim 2018 lalu, selain menyediakan beberapa aktiviti pada majlis tersebut,” katanya dalam Program Sembang Santai yang bertajuk ‘Perkembangan Terkini Bola Sepak Terengganu FC musim 2019’ secara langsung di TV Darul Iman, hari ini.Dalam program tersebut, beliau turut mengetengahkan beberapa pembaharuan yang dilakukan pasukan termasuk harga tiket baharu bernilai RM15 untuk musim baru Liga Super itu.“Sebenarnya, harga RM15 ini pernah diperkenalkan dahulu sebelum TFC jatuh ke Liga Premier pada tahun 2017.“Saya akui fasiliti yang ada masih kurang dibandingkan stadium lain. Tetapi, kita terpaksa menaikkan harga tiket bertujuan untuk baik pulih dan situasi masa kini.“Kos kita meningkat, tetapi dengan kapasiti stadium yang kecil kita tidak dapat mengumpul satu jumlah yang cukup untuk menampung keperluan pasukan.“Ini adalah satu keputusan yang tidak popular namun, kita harapkan penyokong TFC akan bersama kita dalam hal ini,” katanya.Beliau turut berhasrat meneruskan budaya solat Maghrib di dalam stadium pada hari perlawanan.“Ia akan diteruskan dan PBSNT telah mendapat sokongan imam masjid negeri.Bagaimapun, kita akan tetapkan waktu supaya tidak menggangu pemain yang akan masuk ke padang selepas itu,” katanya yang ingin melaksanakan budaya kebersihan dalam stadium dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan penyokong.Hishamuddin dan Shahrizan ketika ditemu bual TV Daul Iman.Sementara itu, seorang lagi panel iaitu Setiausaha Eksekutif PBSNT, Shahrizan Mat Zin menegaskan, pengurusan akan berusaha memenuhi hasrat peminat berdasarkan kemampuan mereka.“Pihak Malaysia Football League (MFL) telah bersetuju untuk membaiki Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dan proses ke arah itu telah dilaksanakan.“Kita juga memberi ruang kepada peminat untuk cetuskan idea dan pandangan untuk kemajuan pasukan dan walaupun berdepan kekangan, kita berusaha untuk lakukan sebaik mungkin,” katanya.Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.) merupakan penaja utama TFC bagi musim 2019 akan turut diperkenalkan pada tarikh pelancaran nanti.Pasukan TFC yang baru menandatangani kontrak termasuk pemain Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov akan menjalani aksi pra musim menentang beberapa kelab dari Vietnam di sana pada pertengahan bulan ini.
03 Jan 19
81
17 Pengusaha Bot Terima Bantuan Insentif
Ustaz Ariffin menyerahkan bantuan kepada salah seorang penerimaKUALA TERENGGANU, 3 Januari - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM19,000 sebagai bantuan insentif kepada 17 pengusaha bot penambang di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, bantuan insentif secara ‘one-off’ itu bertujuan untuk membantu meringankan beban kehidupan yang ditanggung pengusaha bot penambang yang kebanyakannya terdiri daripada warga emas.“Selain meringankan beban sara hidup, secara tidak langsung dapat meneruskan kelangsungan perkhidmatan bot penambang tradisional di Terengganu.“Saguhati ini juga sebagai tanda penghargaan kepada golongan pengusaha bot penambang yang telah sekian laman mencurah bakti dalam menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat dan juga pelancong,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Insentif Kepada Pengusaha Bot Penambang Negeri Terengganu di Dewan Serbaguna Pengkalan Titian, Seberang Takir, hari ini.Dalam pada itu, Ariffin berkata, sudah tiba masanya generasi muda mengambil peluang menceburi bidang pekhidmatan bot penambang pelancongan yang menjanjikan pendapatan yang lumayan."Kita akan adakan pelbagai kursus seperti kursus keusahawanan, kursus bahasa Inggeris, sistem lalu lintas, kursus etika kepada anak muda yang berminat untuk jadikan ia sebagai sumber pendapatan sampingan."Saya percaya perkhidmatan bot penambang pelancongan yang akan menghidupkan Jejak Warisan Pesisir Air mampu menggamit pengunjung mengenali lebih dekat lagi produk-produk di sekitar pesisir air Sungai Terengganu seperti Pasar Payang, Kampung Cina, Pulau Warisan, Taman Tamadun Islam, Pulau Duyong, Kampung nelayan Seberang Takir serta Kampung Jeram,” ujarnya.
02 Jan 19
232