lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Pinjaman Yayasan Terengganu Dibuka Semula
Ustaz Satiful Bahri (kiri) berinteraksi dengan pelajar Madrasah Moden MAIDAM Besut semalam. Foto - Amirullah MansorBESUT, 9 Januari - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat memberitahu, Kerajaan Terengganu membuka semula peluang mendapatkan pinjaman Yayasan Terengganu (YT) untuk pelajar yang berhasrat melanjutkan pelajaran terutama ke luar negara termasuk dalam bidang perubatan."Pelajar-pelajar kita yang terhenti mengikuti pengajian perubatan di luar negara, sekarang kita buka balik untuk pinjaman yuran tanpa riba," katanya ketika bercakap kepada tenaga pengajar Madrasah Moden MAIDAM Besut dalam satu lawatan khas ke madrasah tersebut di sini semalam.Turut hadir dalam lawatan tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim, beberapa pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).Ustaz Satiful Bahri Mamat.Katanya, kerajaan negeri juga membuka peruntukan khas bagi pelajar-pelajar cemerlang untuk mendapatkan biasiswa dan sijil 'Association of Charted Certified Accountants' (ACCA) untuk bidang perakaunan termasuk kos yuran dan saraan bagi mereka yang sepenuh masa mengambil kursus tersebut.Kerajaan negeri juga bakal memasukkan mata pelajaran vokasional dalam pengajian di madrasah-madrasah tahfiz untuk menggalakkan kolaborasi antara pihak swasta, sekolah rakyat dan kerajaan negeri."Jika semua pihak bergabung tenaga, kita akan dapat mencapai matlamat untuk memperkasa dan meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan," jelasnya. Kerajaan negeri katanya, akan meneruskan program pendidikan yang baik sebelum ini termasuk melahirkan saintis Islam dan lain-lain."Kita perlu mempromosikan pendidikan Islam atau berintegrasikan pendidikan konvensional tanpa meninggalkan elemen-elemen Islam dengan menjaga keseimbangan dunia dan akhirat," katanya lagi.
08 Jan 19
355
Empty Image
Kurangkan `BerFacebook', Banyakkan Baca Al-Quran - Dr Azman
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 8 Januari- “Kita seharusnya menjadikan membaca al-Quran sebagai amalan harian berbanding dengan menghabiskan lebih banyak masa melayari media sosial,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.Menurutnya, sebagai muslim seseorang itu perlu mengurangkan aktiviti kurang bermanfaat seperti ‘berFacebook’ tanpa mengira waktu sebaliknya menjadikan al-Quran dan hadis sebagai rujukan dalam kehidupan."Kurangkanlah melayari laman sosial, perbanyakkan baca al-Quran yang penuh kemukjizatan ini paling kurang satu muka surat setiap hari."Sedangkan Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain boleh lihat berjam-jam, alangkah malangnya kita sekiranya tidak sempat membaca al-Quran,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Setiu,di Masjid Chalok Kedai, di sini, semalam. Turut hadir,  Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang, Pegawai Penyelaras Langkap, Azmi Maarof dan Pegawai Penyelaras Permaisuri, Ustaz Zul Bahri Abdul Rahman.Dr Azman, program sebegitu mampu meningkatkan lagi martabat tilawah al-Quran ke satu tahap yang membanggakan."Jadikanlah pusaka ini bukan setakat baca malah dijadikan petunjuk dan panduan hidup yang diberi jaminan tidak akan sesat selagi berpegang teguh kepada kedua-duanya," ujarnya.Katanya, dengan mengimbau kesusahan Zaid bin Thabit dalam usaha mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dari belulang-belulang, daun-daun, kayu, dinding suatu ketika dahulu untuk dijadikan satu mashaf, amatlah tidak patut berlaku kemalasan membaca dan memahami al-Quran di kalangan umat Islam.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jabi itu, mukjizat yang terkandung dalam al-Quran mengenai kadar jumlah air hujan turut dikaji oleh saintis dan diakui kebenarannya jelas menunjukkan kesosehan."Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) menjalankan kajian selama empat tahun (2002-2006) akhirnya mengakui bahawa hujan yang turun dengan kadar yang sama setiap tahun,” ujarnya.Beliau juga turut menjalankan kajian tentang mukjizat al-Quran dari perspektif Sains perubatan sehingga dapat menghasilkan sebuah buku 'Solat dari kajian Sains dan sebahagian kajian Sains berpandukan mukjizat yang ada dalam al-Quran'.
07 Jan 19
144
Empty Image
Kerjasama Pendidikan Terengganu-Negeri Sembilan Langkaui Tembok Politik
Delegasi kerajaan Terengganu bersama exco pendidikan NS dan pentadbiran KoKoJel.JELEBU, 8 Januari- Terengganu dengan Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif untuk menjalin kerjasama pendidikan demi kebaikan generasi muda di kedua-dua negeri itu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri,  Maliaman Kassim berkata, kerjasama dalam membangunkan pendidikan tidak menjadi halangan walaupun kedua-dua negeri mempunyai fahaman politik berbeza."Dalam bidang pendidikan, kita perlu buat kerjasama dalam semua pihak dan kunjungan ini  mengharapkan satu kerjasama yang baik dapat dilaksanakan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melakukan lawatan kerja sehari ke Kolej Komuniti Jelebu (KoKoJel), di sini, semalam. Lawatan kerja itu turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Strategic & Intergrity Institute (TSIS), Dr. Wan Mat Sulaiman; Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said; Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Kamaruzzaman Abdullah dan pegawai khas Exco Pendidikan negeri, Abdullah Suhaimi.Meninjau rumah 'interlocking brick system' (IBS) yang dibina oleh pelajar KoKoJel.Pandangan tersebut turut dipersetujui Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Dr. Mohamad Rafie Ab. Malek yang turut menyertai kunjungan berkenaan."Kami mengalu-alukan kedatangan rombongan Kerajaan Terengganu ke negeri ini, khususnya di KoKoJel untuk kerjasama pendidikan."Kita sangat menggalakkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bukan sahaja bertindak sebagai pusat pembelajaran tetapi juga penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta menghasilkan produk  yang boleh dikomersialkan. Saya berkeyakinan dengan R&D KoKoJel seperti penghasilan rumah yang kondusif dengan kos rendah, jika dilaksanakan ia dapat membantu rakyat yang berpendapatan rendah," katanya.Sementara itu, Pengarah KoKoJel, Lt. Kol. Bersekutu (PA), Muhammad Aznor Abdul Aziz menyambut baik hasrat Kerajaan Terengganu.Muhammad Aznor menerangkan tentang inovasi yang berjaya mendapat pengiktirafan pelbagai peringkat dan berpotensi dikomersialkan.Menurut beliau lagi, program julung kali itu mampu berkongsi pengalaman dan memanfaatkan infra yang ada untuk pelajar di seluruh negara, khususnya di kedua-dua negeri ini.Muhammad Aznor memberitahu, kolej itu berjaya menghasilkan pelbagai inovasi dan melihat kerjasama berkenaan sebagai ruang untuk mengetengahkan produk baharu serta inovasi itu secara komersial."Sekiranya ada kolaborasi mungkin  kita dapat komersialkan inovasi ini dan mendapat pulangan bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada kerajaan sendiri," katanya.Kemudahan lengkap bantu pelajar lebih cemerlang.Maliaman melihat kunjungan tersebut dapat dimanfaatkan untuk membangun potensi anak-anak Terengganu dalam kepakaran-kepakaran tertentu."Terima kasih di atas bingkisan kerjasama yang diperolehi hari ini."Berdasarkan lawatan ini terdapat dua perkara yang boleh ditingkatkan iaitu kemungkinan untuk  menempatkan pelajar Terengganu di sini bagi mempelajari bidang yang ditawarkan."Keduanya ialah membawa pulang teknologi yang ada dalam bentuk teknologi itu sendiri atau bahan yang diberikan (diproses) teknologi  itu ke Terengganu untuk ambil manfaat kerajaan Terengganu," katanya.Delegasi kerajaan Terengganu bersama tulang belakang KoKoJel.
07 Jan 19
454
Empty Image
Sedia RM920,000 Jayakan Program Ilmu Agama Dan Kekeluargaan Di Setiap DUN
YB Hanafiah bersama penjawat awam cemerlang dan kakitangan JKM bergambar kenanganKUALA TERENGGANU, 8 Januari - Kerajaan negeri memperuntukkan RM920,000 dengan agihan RM30,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bertujuan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kekeluargaan di DUN masing-masing. Semua aktiviti yang dirancang seperti  hari keluarga, sukaneka, pelbagai kejohanan sukan patuh syariah dan  mengadakan  aktiviti keagamaan pada hari Jumaat akan diselia pihak berkaitan.Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan terlibat sepenuhnya bagi menjayakan program yang dirancang..Pendekatan itu sejajar dengan saranan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mengisytiharkan hari Jumaat sebagai hari ilmu dan Sabtu pula hari keluarga.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat, berkata penganjuran hari ilmu sudah lama dianjurkan PAS dengan mengadakan pelbagai aktiviti di masjid-masjid dan surau di negeri ini.Katanya, antaranya kuliah dhuha, ceramah agama, amanat Tok Guru dan perbincangan ilmu Tauhid, Usuluddin serta Fiqah.“Malah tidak keterlaluan untuk saya  katakan bahawa Kuliah Pagi Jumaat di Masjid Rusila adalah kuliah  yang paling berjaya di Terengganu dan berkemungkinan juga di Malaysia.“Aktiviti seumpama ini akan diperluaskan bertujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan, meningkatkan budaya cintakan ilmu dan merapatkan silaturahim antara masyarakat setempat,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2019 Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Wisma Darul Iman, hari ini
07 Jan 19
44
Empty Image
40 Pelajar Pertama Mula Sesi Pembelajaran Di Darul Huffaz TATI Skill
KUALA TERENGGANU, 8 Januari- Darul Huffaz TATI Skill (DHTS) yang bertempat  di TATI Skill Sdn. Bhd., Jalan Panchor, Teluk Kalong, Kemaman memulakan sesi pembelajaran pertama pada 1 Januari lalu dengan pengambilan 40 pelajar.DHTS yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu menawarkan mata pelajaran sama seperti aliran sekolah arus perdana selain memfokuskan bidang sains teknikal (tujuh subjek) dan pengurusan dan perniagaan (enam subjek).Pengurus Besar TATI Skill, En Zaidi Muda berkata, buat permulaan, pihaknya menerima 40 pelajar hasil  promosi  ke beberapa madrasah dan mahaad tahfiz.Katanya, tawaran belajar di DHTS akan diperluaskan melalui pelbagai saluran,  selain terus mendekati pelajar madrasah dan mahaad tahfiz di seluruh Terengganu.“Pendekatan itu dijangka mampu menarik minat lebih ramai pelajar daripada 40 pelajar di awal pembukaan madrasah berkemungkinan mampu mencapai sasaran sehingga 200 pelajar pada tahun seterusnya.“Seramai tujuh tenaga pengajar berpengalaman dan profesional sedang berkhidmat dan jumlah itu akan bertambah mengikut keperluan semasa dan jumlah pelajar,”katanya ketika dihubungi Teganukita.En Zaidi turut memberitahu, syarat  kelayakan  sekurang-kurangnya berumur 16 tahun ke atas, perlu menghafaz 10 juzuk al Quran, lulus ujian bertulis dan temuduga khas. Katanya, syarat lain terbuka kepada warganegara Malaysia lelaki dan perempuan dengan mengutamakan pelajar Terengganu.“DHTS menawarkan pelbagai keistimewaan antaranya bantuan pembiayaan pendidikan dari Yayasan Terengganu, berpeluang mendapat pendidikan asasi secara percuma di TATIUC bagi yang berkelayakan. “Urusan peperiksaan SPM diselia penuh oleh TATI Skill dan program tasmik berterusan yang dipantau oleh badan bertauliah,” katanya.Menurutnya, lebih menarik  kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu memberi tajaan penuh kepada anak Terengganu golongan asnaf dan B40 (pendapatan isi rumah RM3,860 kebawah.“Pihaknya berhasrat menjadikan DHTS sebagai pusat persediaan SPM utama di Terengganu khususnya kepada pelajar tahfiz dan pondok dengan menawarkan kaedah pembelajaran akademik yang sistematik,” katanya  Pendaftaran untuk kemasukan ke DHTS dilanjutkan sehingga 31 Januari khas buat pelajar dari madrasah madrasah dan pondok di seluruh Terengganu. Boleh hubungi pejabat DHTS di talian 09-860 1103 atau 010-921 1245
07 Jan 19
1380
Empty Image
Bayar Royalti Bila Sumber Kewangan Mencukupi-Tun M
MARANG, 7 Januari - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperakui kerajaan pimpinannya membuat keputusan untuk membayar royalti kepada Terengganu apabila mempunyai sumber kewangan mencukupi.Walau bagaimanapun, beliau tidak meletakkan sebarang sasaran tempoh bagi menyalurkan bayaran berkenaan sebaliknya bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan."Kita sudah buat keputusan kita akan bagi royalti sama ke Terengganu."Tak tahulah ada balance (baki) ke tak ada balance, yang nak bagi itu kita bagilah. Bila ada duit bayarlah,” ujarnya sambil tersenyum kepada wakil media sebelum meninggalkan majlis tersebut.Tun Dr. Mahathir menjawab secara ringkas kepada pemberita ketika ditanya bilakah tempoh masa baki bayaran royalti kepada Terengganu akan diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan.Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Warga Tani Negeri Terengganu, di Dewan Majlis Daerah Marang, di sini, hari ini.Hadir sama, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang akan mengiringinya pulang ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Kuala Terengganu.Untuk rekod, selepas PAS mengambil alih Terengganu, kerajaan negeri sudah menerima bayaran royalti sebanyak RM450 juta.Manakala baki bayaran royalti minyak dan gas yang dianggarkan berjumlah antara RM250 juta diharapkan dapat diterima dengan kadar segera daripada kerajaan pusat.
07 Jan 19
76
Empty Image
Golongan Petani Perlu Berani Berubah
MARANG, 7 Januari - Golongan petani dan nelayan perlu berani berubah sikap untuk keluar dari kehidupan lama yang sering dikaitkan dengan kemiskinan.Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, mereka perlu berani menggunakan pendekatan lebih moden sekali gus mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dan tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata."Bila sebut pertanian, ia menjadi satu bidang yang dikaitkan dengan kemiskinan dan semua bergantung kepada kerajaan terutamanya pada musim-musim tertentu. Bila berlaku sesuatu, mereka yang pertama menderita."Sudah tiba masanya mereka fikir apa sebabnya tidak dapat tambah pendapatan dengan menceburi bidang baharu seperti perniagaan dan industri berasaskan hasil produk tempatan yang ada di sekeliling mereka," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Warga Tani Terengganu melibatkan 600 orang petani, peladang, penternak dan nelayan di negeri ini yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM), di sini petang tadi.Turut hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sallehuddin Ayob.Tambah Tun Dr. Mahathir lagi, Kerajaan Pusat juga sedang mencari langkah serta cara terbaik untuk membantu meningkatkan taraf kehidupan golongan ini supaya tidak lagi hidup dalam kemiskinan."Jangan bergantung kepada wang percuma sahaja tetapi tambah hasil pengeluaran untuk tingkatkan pendapatan masing-masing ke arah perubahan skala yang lebih besar."Saya tidak percaya melalui bantuan kerajaan akan dapat membantu mengubah kehidupan mereka, sebaliknya apa yang lebih baik ialah melalui usaha mereka sendiri," katanya.
07 Jan 19
48
Empty Image
PM Berlepas Pulang
Tun Dr Mahathir (kiri)  dan Dr Ahmad Samsuri mengaminkan doa di Lapangan Terbang Sultan Mahmud,  Kuala Nerus,  petang tadi. KUALA NERUS,  7 Januari - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berlepas pulang ke Putrajaya dengan menaiki Pesawat Khas M48-02 dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini jam 5. 25 petang tadi diiringi isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.  Turut mengiringi beliu ke lapangan terbang itu,  Menteri Besar,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Abd Rahman dan beberapa pegawai tinggi kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Perdana Menteri sehari suntuk mengadakan lawatan yang pertama ke Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke-14 ( PRU14). Cenderahati dihadiahkan Dr Ahmad Samsuri kepada Tun Dr Mahathir. Beliau mengadakan perjumpaan dengan warga pendidik Terengganu di sebuah hotel di sini pagi tadi.  Kemudian Tun Dr Mahathir dan isteri mengadakan pertemuan dengan warga penternak dan nelayan di Marang.  Kedua-dua majlis berkenaan turut diiringi oleh Menteri Besar dan isteri.
07 Jan 19
33
Empty Image
Terima Kasih Kerajaan Pusat Teruskan Lapan Projek JPS - MB Terengganu
KUALA NERUS, 7 Januari - Kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyediakan peruntukan untuk meneruskan beberapa projek di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang tertangguh sebelum ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini selari dengan ucapan pembentangan YAB Perdana Menteri ketika membentangkan tonggak ketiga dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) iaitu “agenda pembangunan wilayah yang seimbang sebagai keutamaan" apabila peruntukan pembangunan yang lebih saksama kepada Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.“Projek-projek berkenaan adalah Rancangan Tebatan Banjir Kemasik dengan anggaran RM60 juta, Rancangan Tebatan Banjir Guntong Luar (RM5 juta) serta Rancangan Tebatan Banjir Gong Kiat (RM7 juta).“Juga Rancangan Tebatan Banjir Kuala Terengganu Utara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan kawasan sekitar (RM10 juta), Pembangunan Sungai Bersepadu Kemaman (RM300 juta), Projek Muara Sungai Setiu (RM150 juta), Projek Muara Sungai Merchang (RM43 juta) dan Projek Menaik Taraf Pintu Air Taman Rakyat Dungun (RM1. 5 juta),” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ambil Cakna bersama Warga Pendidik Terengganu di Tabung Haji (TH) Hotel & Convention Centre, di sini, hari ini.Turut hadir Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah dan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin.Dr. Ahmad Samsuri berkata, penghargaan dan ucapan terima kasih juga terhadap komitmen dan keprihatinan Kerajaan Persekutuan yang meneruskan projek di bawah Rolling Plan Yang Ketiga (RP3) dalam RMK11."Ini termasuk memperkasakan inisiatif pembangunan wilayah ekonomi pantai timur menerusi entiti East Coast Economic Region Development (ECERD), termasuklah mempertimbangkan projek ECRL pada skala yang munasabah."Sesungguhnya, kunjungan YAB Perdana Menteri ke Negeri Terengganu adalah cerminan komitmen semangat hubungan proaktif antara negeri dan Persekutuan yang dihormati dan akan terus diperkukuhkan bagi mewajarkan pembangunan wilayah yang seimbang, untuk kepentingan rakyat di negeri ini secara khususnya," katanya.Tambahnya lagi, komitmen itu akan dapat membantu kerajaan negeri dalam meringankan beban rakyat terutamanya dari sudut ekonomi dan pembangunan infrastruktur yang diperlukan."Ini juga merupakan satu langkah permulaan ke arah permuafakatan dan kerjasama yang lebih erat di masa hadapan untuk kepentingan bersama serta menjadi pemangkin ke arah Terengganu yang lebih berdaya saing, bagi melengkapkan sasaran Malaysia sebagai pemain ekonomi global,"kata beliau lagi.
06 Jan 19
264
Empty Image
Penghuni Taman Sinar Harapan Sambut Tun M
Tun M menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penghuni Taman Sinar Harapan Bukit Besar, hari ini.KUALA TERENGGANU, 7 Januari - Kehadiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali membawa keriangan kepada 62 penghuni Taman Sinar Harapan di Bukit Besar.Keceriaan jelas terpancar di wajah para penghuni dengan kedatangan pemimpin nombor satu negara itu untuk meluangkan masa seketika bersama mereka, selain meninjau prasarana termasuk asrama di pusat penjagaan yang berusia lebih tiga dekad itu.Mohd Firdaus Mohd Azmi, 15, yang tinggal di pusat jagaan itu sejak dua tahun lalu berkata, dia dan penghuni yang lain sangat teruja untuk menerima kunjungan Tun M yang pertama kali melawat negeri ini sejak kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia.“Saya sangat seronok apabila dapat tahu Perdana Menteri akan datang ke tempat kami, pagi tadi saya bangun awal pukul 5 pagi kerana tidak sabar untuk jumpa beliau.“Saya sangat kagum dengan kepimpinan Tun M, sebelum ini cuma dapat lihat di televisyen, tidak sangka pula hari ini dapat bersalaman dengan tokoh yang saya kagumi sejak kecil lagi,” ujar pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin kepada pemberita di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Dengan kanak-Kanak Taman Sinar Harapan, sempena lawatan kerja sehari Tun M ke Terengganu, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Hannah Yeop, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Mohd Fazari Mohd Salleh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Dato’ A. Rahman Yahya.Sementara itu, Mohd Hadi,13, berkata lawatan Tun M menunjukkan keprihatinan beliau dan kerajaan terhadap penghuni Taman Sinar Harapan."Saya sangat gembira dan berterima kasih kerana banyak pihak yang membantu kami terutamanya perdana menteri yang turun padang melawat kami,” ujarnya yang menetap di pusat berkenaan sejak empat tahun lalu.Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 1984 bertujuan memberikan perkhidmatan penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) masalah pembelajaran sehingga berumur 14 tahun.Ianya mampu memuatkan sehingga 100 penghuni serta disokong kemudahan lain seperti bilik fisioterapi, hidroterapi, muzik terapi, jahitan, masakan, iqra, fardu ain serta akademik.
06 Jan 19
715