Artikel "Utama" Terkini
Ribut Tropika Pabuk: Hentikan Aktiviti Laut -Shaharizukirnain
Shaharizukirnain (kiri) meninjau keadaan pesisir pantai di Setiu. SETIU, 3 Januari - Kira-kira 6,000 nelayan negeri Terengganu dinasihatkan tidak melakukan aktiviti perkapalan dan persisiran pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri sehingga ribut Tropika Pabuk berakhir.Ahli Parlimen Setiu Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, rakyat Terengganu khususnya penduduk persisiran pantai juga diminta berhati-hati serta sentiasa 'update' dengan amaran-amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin."Sehingga kini, angin kencang yang dijangka melebihi 40 kilometer sejam telah mengakibatkan kerosakan pada bumbung rumah di beberapa kawasan di sekitar Setiu dan berkemungkinan berlaku bekalan elektrik, telekomunikasi terputus serta serpihan kaca, kayu dan besi berterbangan."Justeru, saya menggesa agar semua rakyat mengambil langkah berwaspada dan bersama-sama munajat meminta perlindungan Allah agar dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.Shaharizukirnsin (tengah) meninjau keadaan penduduk ketika menghadapi fenomena Ribut Tropika Pabuk. Menurut beliau angin kencang yang melanda perairan Terengganu, Kelantan dan Pahang dijangka akan berterusan sehingga 5 Januari ini.Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa angin ribut Tropika Pabuk itu dijangka bergerak 15 kilometer sejam.Keadaan ini membawa kepada hujan lebat, angin kencang berkelajuan 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ketinggian sehingga 4.6 meter di perairan Terengganu."Ia berbahaya kepada semua aktiviti laut dan orang ramai di nasihatkan menjauhi kawasan pantai dalam tempoh tersebut," ujarnya.
02 Jan 19
34
Tumpu Projek Gagal
Oleh :Nooreni Abu BakarKUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan memulihkan dan menghidupkan kembali projek-projek tinggalan kerajaan terdahulu yang tidak mencapai objektif dari segi pelaksanaannya.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim berkata projek-projek tersebut telah dibuat penilaian semula dan sebahagian besar daripadanya masih berdaya maju dan memberi manfaat kepada rakyat. "Maka kita akan teruskan, jadi bila kita nak teruskan projek yang sedia ada dengan makna infrastrukturnya sudah ada, strukturnya sudah ada, tempatnya sudah ada," jelasnya. Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Jabi itu, memberitahu demikian ketika bersiaran di TV UPDI menerusi rancangan 'Kabor Royak' di sini pada 2 Januari. " Sebab itu ianya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar, kita cuma susun balik, buat pemutihan, kaji balik dari segi perjalanan operasi. " Kalau perlu kita masukkan peserta-peserta baru dengan kaedah pengurusan baru, kita lakukan supaya projek-projek ini kita boleh manfaatkan kepada rakyat," katanya lagi. Menurutnya, diantaranya Projek Lembah Kaprima, Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Projek Kelapa Matap di Kumbang Puyu dan Langkap, Projek Ternakan Ikan di Sungai Comot Tasik Kenyir dan beberapa projek-projek mega lain. " Infrastrukturnya dibina menggunakan ratusan juta wang rakyat tetapi tidak dapat dimanfaatkan secara sebaiknya," ujar beliau.
02 Jan 19
66
KPK Pemacu Pelabuhan Kemaman
Haji Ahmad Amzad (duduk) ketika berada dalam Kapal Tunda Harmoni 1.KEMAMAN, 3 Januari - Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd (KPK) dijangka melaksanakan penambahbaikan untuk kemudahan dermaga termasuk meningkatkan pembangunan industri besi dan lain lain dalam tempoh tiga tahun akan datang.Pengerusi KPK, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, berasaskan situasi semasa, KPK perlu melaksanakan penambahbaikan kemudahan dermaga dalam tempoh tersebut untuk peningkatan pembangunan dalam industri besi dan lain lain.Katanya, adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk melihat Pelabuhan Kemaman menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi negeri.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita hari ini.Haji Ahmad Amzad (kanan) ketika diberi taklimat di Pelabuhan Kemaman.Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah melakukan lawatan bersama semua ahli lembaga Pengarah KPK pada 31 Disember lalu untuk meninjau kemajuan pelabuhan tersebut.KPK adalah anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) yang memiliki konsesi 60 tahun dari Kerajaan Malaysia untuk mengurus Pelabuhan Kemaman termasuk Dermaga Timur dan Liquid Chemical Berth selain khidmat sokongan untuk Kemudahan Terminal Gas milik PETRONAS dilokasi yang sama. Selain itu EPIC melalui anak syarikatnya, Sukma Samudra Sdn Bhd (SS) memiliki dan mengendalikan operasi Dermaga Barat.Haji Ahmad Amzad adalah Ahli Lembaga Pengarah EPIC yang diamanahkan menjadi Pengerusi KPK dan SS.Beliau berkata, tujuan lawatan adalah untuk bertemu dengan Pengurusan KPK dan SS serta menyampaikan matlamat yang ditetapkan oleh kumpulan EPIC, mengeratkan hubungan kerja Lembaga Pengarah dan Pengurusan dan meninjau sendiri secara fizikal operasi dan fasiliti di Pelabuhan dan apa apa rancangan pembangunan dan perniagaan."Saya sempat melihat perjalanan operasi di menara kawalan dan berpuas hati dengan tahap persiapan, kemahiran pasukan yang sentiasa dipantau Jabatan Laut Semenanjung Malaysia," jelas beliau. Haji Ahmad Amzad (kiri) ketika melawat Pelabuhan Kemaman baru-baru ini.Katanya, tinjauan dibuat berkait dengan kemudahan di darat dan juga sekitar basin (lembangan) pelabuhan dengan menaiki kapal tunda Harmoni 1."Kami akan merumuskan hasil lawatan dan membawa apa apa rancangan pembangunan yang boleh memacu pertumbuhan di peringkat KPK, SS dan EPIC," jelas beliau lagi.Pelabuhan Kemaman, yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, merupakan salah satu pelabuhan laut yang paling dalam di Malaysia dan pelabuhan yang pantas untuk muncul sebagai pintu masuk baru ke rantau Asia Pasifik.Sebagai pelabuhan laut dalam, ia beroperasi sepanjang tahun tanpa mengira keadaan cuaca, sekaligus mampu mengendalikan khidmat untuk semua jenis kapal sehingga 150,000 'Deadweight Tonnage' (DWT) dan pelbagai jenis kargo dari kargo umum, curah kering hingga pukal cecair.KPK mengendalikan terminal pelabuhan Kemaman iaitu Terminal Dermaga Timur dan Terminal Liquid Chemical Berth (LCB).LCB adalah terminal khusus untuk mengendalikan kargo kimia cecair. Ia beroperasi sepenuhnya untuk menampung keperluan industri berkaitan kimia. Pelabuhan Kemaman dilihat dari Laut China Selatan.Dermaga ini panjangnya 289 meter dan mampu menampung keperluan melabuh, kapal sehingga 150,000 DWT.Ia juga mempunyai ruang yang tersedia untuk 50 saluran paip dan enam 'loading arms' dan dilengkapi dengan ciri keselamatan.KPK juga menyediakan perkhidmatan marin seperti kapal tunda, kawalan lalu lintas, bot perintis, perkhidmatan pengendalian kargo (stevedorage, crainage, forklift), sewa gudang, halaman terbuka, bekalan air tawar, bunkering, pembaikan kecil dan perkhidmatan sokongan lain.
02 Jan 19
1380
Peniaga Pasar Jerteh Diharap Bersabar
Mohd Norkhuzaini.BESUT, 2 Januari - Para peniaga yang mengusahakan perniagaan di Pasar Jerteh (Jerteh Souq) diharap dapat bersabar sehingga keseluruhan kompleks itu dapat disiapkan sepenuhnya.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, kerajaan negeri mendengar dan prihatin tentang masalah serta rungutan para usahawan terbabit.Katanya, antara punca masalah adalah kerana jumlah peniaga melebihi premis yang disediakan kerana fasa dua dan tiga pembinaan kompleks itu belum dapat disiapkan.“Dia ada lagi fasa dua dan tiga yang akan siap nanti dan insya-Allah selepas daripada ini semua akan dapat. “Cuma itulah apabila kita nak buat pembangunan dia ada sedikit pengorbanan. Kita mengharapkan pengorbanan itulah dapat jadi asas kepada peniaga kita untuk sabar sedikit dan insya-Allah pihak Majlis Daerah Besut (MDB) khususnya akan menangani isu ini dengan baik.“Saya mendapat khabar bahawa selepas daripada ini pun untuk fasa dua sepatutnya siap bulan Februari tetapi telah hampir siap bulan Disember baru-baru ini," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika mengulas isu yang dihadapi oleh peniaga selepas merasmikan Majlis pelancaran Jom Singgah @ Beautiful Besut di Stesen Teksi Jerteh semalam.Oleh itu, beliau berpesan kepada peniaga supaya dapat melunaskan bayaran sewa premis kepada pihak MDB agar pihak berkuasa tempatan dapat menggunakan kewangan tersebut untuk pembangunan yang lain.“Begitu juga saya nak pesan kepada peniaga ini tentang bayaran sewa kepada pihak Majlis. Ini jangan duk kata ni hak kerajaan kita tak payah bayar.“Kerana dengan kadar sewaan inilah pihak Majlis dapat buat lagi pembangunan yang seperti mana kita boleh tengok Jerteh sekarang ini tengah membangun,” katanya.Justeru, beliau berikrar akan mengubah 'wajah' bandar Jerteh menjadi suatu lokasi perniagaan yang berdaya saing dan dapat menyediakan ruang perniagaan yang secukupnya kepada para usahawan.
02 Jan 19
506
Rumput Napier Kukuh Industri Ternakan Terengganu
Dr. Azman melakukan lawatan kerja ke ladang rumput napier yang terletak di Kampung Kuala Ping, hari ini.HULU TERENGGANU, 2 Januari - Kerajaan negeri melalui Terengganu Agrotech Development Corp Sdn.Bhd (TADC) kini dalam perangkaan untuk meningkatkan hasil pengeluaran rumput napier bagi memenuhi permintaan industri makanan ternakan yang semakin berkembang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, pihaknya sedang merangka bagaimana untuk memanfaatkan secara optimum sumber yang ada berdasarkan keluasan dengan permintaan daripada pelanggan."Kita dapat lihat bagaimana industri bekalan makanan ternakan berasaskan napier boleh pergi jauh cuma memerlukan sedikit penambahbaikan supaya ianya mampu berkembang."Kalau tengok apa yang berlaku sekarang, penggunaan manual untuk memotong rumput dan meracik menyebabkan pengeluaran terhad sehinggakan ada kawasan ladang terbiar sehingga rumput menjadi tua dan tidak bermanfaat," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah TADC berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan lawatan kerja ke Ladang Rumput Napier di Kampung Kuala Ping, di sini hari ini.Dr. Azman mendengar taklimat daripada Penyelia Ladang, Ab Rahman Munap tentang pemprosesan secara manual yang mereka lakukan untuk menghasilkan silaj.Turut hadir, ahli-ahli lembaga pengarah TADC dan Pengarah UPDI, Mohd Soud Said.Menurutnya lagi, TADC kini dalam perancangan menggunakan teknologi yang lebih moden iaitu menggunakan mesin menuai (harvester) yang mampu memotong rumput di kawasan yang lebih luas dalam satu hari termasuk meracik."Permint sebagai syarikat induk kepada TADC akan menyediakan peruntukan dalam masa terdekat untuk membeli mesin ini supaya kita dapat hasil yang lebih banyak."Jika kita lihat pengeluaran sekarang mampu menghasilkan 30 tan rumput napier dalam sebulan dengan tenaga manual tetapi dengan adanya mesin ini, ia akan meningkat kepada 80 tan sebulan," ujarnya.Projek di Kuala Ping ini dimulakan pada tahun 2016 dengan memfokuskan pembangunan ladang napier seluas 22 hektar bagi menampung keperluan makanan ternakan di dalam negeri.Secara keseluruhannya, projek ini akan mengukuhkan sumber kewangan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) melalui pembangunan bekalan tanaman ternakan dan dalam masa yang sama menjadi pemain dalam industri ini.
02 Jan 19
1433
Lukisan Mural 3D Perahu Tarikan Baharu Kuala Nerus
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Haji Ariffin Deraman (belakang, kiri) dan timbalannya, Haji Sulaiman Sulung (belakang, kanan) bersama Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil (belakang, tengah) dan duta pelancongan Terengganu, Mat Dan (depan) bergambar di atas lukisan mural perahu, baru-baru ini.KUALA NERUS, 2 Januari - Konsep mengembalikan nostalgia perahu lama diterapkan dalam lukisan mural tiga dimensi (3D) yang terbaharu dihasilkan di daerah ini, selepas lukisan mural 3D lintasan pejalan kaki menjadi tarikan di Pantai Tok Jembal, sejak pertengahan tahun lepas.Lukisan perahu yang mengambil masa seminggu disiapkan dan mula menjadi tarikan sejak Oktober lalu mampu mengembalikan nostalgia perahu lama Terengganu khususnya kepada generasi muda.Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus, Zuwislan Awang berkata, pengangkutan yang tidak lagi menjadi kenderaan utama masa kini, setidak-tidaknya mampu dikenang generasi terdahulu dan dihargai peranannya oleh generasi muda hari ini."Lukisan ini menjadi tarikan terbaharu pelancong dan pelawat ke daerah ini, seperti juga lintasan 3D di Dapo Pata, Tok Jembal yang dihasilkan pada Mei tahun lalu. Jika lintasan pejalan kaki mengambil masa sekitar dua hari untuk disiapkan, perahu ini pula mengambil masa hampir seminggu."Selain sebagai lokasi tumpuan pelawat yang mengabadikan gambar bersama lukisan ini, ia juga sebagai medium menghargai bakat pelukis tempatan seperti Hatta Hashim yang bertanggungjawab menyiapkan seni kreatif ini,"katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, semalam.Dalam pada itu, Zuwislan berkata, lukisan perahu itu juga akan menjadi antara tarikan sempena aktiviti riadah dan sihat, Kuala Nerus Car Free Hour (KNCFH) yang berlangsung di Dataran City Night game, Kompleks Gong Badak, di sini, pada 5 Januari ini (Sabtu).Program yang diadakan pada Sabtu pertama setiap bulan sejak Januari dua tahun lalu bermula jam 7 pagi itu menjemput kehadiran semua masyarakat sekitar untuk mengikuti pelbagai acara seperti senamrobik, berbasikal, berjalan kaki dan berkasut roda sebagai amalan gaya hidup sihat.Malah, beliau berkata, KNCFH yang menjadi acara mingguan itu juga turut menawarkan pelbagai cabutan bertuah yang pastinya memberi peluang kepada orang ramai pulang tanpa tangan kosong.
02 Jan 19
1561
Trek Basikal Dari Teluk Ketapang Ke Kuala Ibai Akan Dibina Segera
KUALA TERENGGANU, 2 Januari - Pembinaan trek basikal dari Teluk Ketapang ke Kuala Ibai akan dilaksanakan dalam masa terdekat setelah selesai kajian oleh beberapa pihak.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata,penstrukturan cadangan berkenaan pembinaan trek tersebut sedang dijalankan sebelum keputusan lanjut dibuat.“Kita jangkakan laluan trek basikal ini akan dibina seberapa segera selepas kajian daripada beberapa pihak termasuk Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) untuk melihat spesifikasi yang diperlukan dalam pembinaan trek terbabit.“Ini kerana, pembinaan trek basikal ini adalah untuk tujuan menggalakkan aktiviti riadah di mana pembinaannya nanti akan disertakan dengan tempat berehat, santai dan sebagainya,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sesi wawancara dalam Bicara Khas Pasca-Bajet Terengganu 2019 di konti Manis FM, semalam.Menurut beliau, menerusi pembentangan Bajet 2019 yang lalu, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM2.9 juta bagi pembinaan trek basikal bercirikan keselamatan di negeri ini dalam usaha membudayakan hidup sihat dalam kalangan masyarakat.Dalam perkembangan lain, katanya, Bajet 2019 juga memperuntukkan RM15 juta untuk dana pembangunan sukan dan pendedahan atlet Terengganu.“Untuk mengekalkan penguasaan kita dalam bidang sukan khusus untuk menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2020, kerajaan negeri merasakan perlu melakukan sesuatu untuk mengekalkan penguasaan ini.“Dalam Bajet 2019 baru-baru ini, Meteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengumumkan sebanyak RM15 juta diperuntukkan sebagai persiapan para atlet untuk mempersiapkan diri mereka dan pembangunan sukan di negeri ini.“Fokus kita kepada sukan-sukan yang tertentu contohnya basikal, bola sepak , hoki dan beberapa sukan yang kita jelas menguasai termasuk sukan kenu dan perahu layar,” ujarnya.
02 Jan 19
227
Penantian Puluhan Tahun Bakal Berakhir
JABI, 2 Januari- Penantian puluhan tahun penduduk Kampung Jebak Puyoh, di sini untuk menikmati kemudahan jalan raya bakal berakhir berikutan kerja-kerja menyediakan kemudahan itu giat dijalankan oleh kontraktor terlatih.Ahli Dewan Undangan Negeri, Jabi, Dr Azaman Ibrahim, berkata dia berusaha menyediakan kemudahan itu kepada penduduk setempat kerana menyedari keadaan jalan asal yang becak apabila hujan, berdebu ketika musim panas dan berlubang.Katanya, keadaan itu bukan saja berasa tidak selesa kepada penduduk malah boleh mendatangkan pelbagai penyakit, termasuk asma, demam dan gatal-gatal.“Tidak mahu perkara itu berlarutan, saya berusaha bertemu pengawai Unit Perancagan Ekonomi Negeri Terengganu untuk menyelesaikan masalah itu sebaik diamanahkan menjaga kebajikan rakyat Jabi.“Saya ada dimaklumkan, masalah sama pernah diadukan kepada wakil rakyat sebelum ini, tetapi janji hanya tinggal janji,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim.Menurutnya, dia ada turun padang meninjau kerja-kerja membina jalan itu, selain bertemu penduduk setempat.“Nyata riak muka mereka sangat gembira, menyatakan ucapan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana sudi menyelesaikan masalah itu walaupun beberapa bulan mengambil alih tampuk kepimpinan, “katanya.“
01 Jan 19
28
Waspada Ribut Tropika Pabuk
MARANG, 2 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) memberi amaran Ribut Tropika Pabuk kini berada di kedudukan 5.9’U 108.6’T dan dijangka bergerak 15 kmsj ke arah barat.Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat dan angin kencang melebihi 50 kmsj dan laut bergelora dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang.Jarak ribut ini dari Bandar Kuala Terengganu adalah 612 km dan Kota Bharu adalah 697 km.Sehubungan itu, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman, berkata keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada aktiviti pantai dan perkapalan termasuk penangkapan ikan terutama di kawasan pinggir pantai laut terbuka di Laut Cina Selatan.Katanya, beliau yang berada di Sungai Kerak, disini, pagi ini memberitahu, cuaca mendung dengan ombak kuat serta pinggir sungai berangin."Orang ramai dan komuniti yang berada berhampiran pantai terutama di sebahagian Utara Terengganu dan Kelantan supaya meningkatkan waspada dan mengambil cakna dengan maklumat semasa mengenai perkembangan cuaca yang diuar-uarkan oleh pihak media serta keselamatan."Jika berlaku hujan lebat atau banjir, bolehlah segera berpindah ke kawasan selamat yang disediakan dan dikenalpasti oleh Sekretariat Bencana Banjir Negeri, daerah dan juga pejabat daerah masing-masing, "katanya.
01 Jan 19
196
Terengganu Terus Komited Tarik Pelancong
Oleh : AminjiKEMAMAN 2 Januari- Kerajaan negeri hari ini mencipta satu momentum positif kepada pengunjung dalam usaha membangunkan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama kepada ekonomi dan rakyat dengan memartabatkan Terengganu sebagai negeri contoh pelancongan yang Maju, Berkat dan Sejahtera, yang lebih progresif dan inovatif serta berlandaskan IslamTimbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ab. Razak Ibrahim berkata, dengan menonjolkan kesediaan penggiat-penggiat di dalam industri pelancongan, ianya dapat meraih kehadiran ramai pengunjung ke Terengganu, bukan sahaja pelancong luar malah semua rakyat.Jelasnya, sempena sambutan tahun baharu 2019, Terengganu menjadi salah satu negeri yang mempunyai rangkaian kemudahsampaian yang efisyen dari segi rangkaian perkhidmatan pengangkutan mesra pelancong, prasarana yang mencukupi dan merupakan negeri yang paling hebat sekali bahan-bahan serta unsur-unsur semulajadi yang menjadi tarikan kepada pelancong daripada seluruh Malaysia dan juga bahkan seluruh dunia“Kempen ini turut mendapat kerjasama dan koloborasi Pejabat Daerah Kuala Nerus, Kemaman dan juga Besut.“Dengan kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan, agensi-agensi pelancongan, syarikat-syarikat penerbangan dan badan-badan bukan kerajaan(NGO), pelancongan dapat memberi impak yang positif serta dapat dilaksanakan secara inovatif dan kreatif di negeri ini,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Meraikan Pelancong ke Negeri Terengganu sempena sambutan tahun baharu 2019 (Kempen Jom Singgoh Beautiful Terengganu 2019) di R&R Perasing Kemaman , semalam.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak. Sementara itu, Kempen Jom Singgoh Beautiful Terengganu 2019 turut diadakan di dua tempat lagi secara serentak selain di R&R Perasing, Kemaman, iaitu di Stesen Teksi Jerteh, Besut dan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus.Kempen ini juga turut diselitkan dengan persembahan Gamelan, Dikir Barat, Silat dan Busking bagi menarik pengunjung sempena sambutan tahun baharu 2019.
01 Jan 19
41