lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Isu Peruntukan SMPC : Rakyat Tuntut Keadilan
Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir.KUALA TERENGGANU, 10 Januari -Peruntukan RM25 juta yang disalurkan kepada 228 sekolah pondok dan sekolah agama rakyat yang berdaftar seperti diumumkan dalam Belanjawan 2019 oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilihat cuba mengalih perhatian rakyat kepada pengagihan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang diberikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching sehari sebelum peruntukan ini.Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, berkata isu pemberian peruntukan kepada SMPC masih lagi menjadi tanda tanda kepada rakyat kerana pemberian berjumlah RM12 juta hanyalah bagi 61 buah sekolah SMPC di seluruh negara sedangkan peruntukan RM25 juta diagihkan kepada 228 buah sekolah pondok berdaftar.“Purata bagi sebuah sekolah SMPC adalah berjumlah RM200,000 manakala purata bagi sebuah sekolah pondok berdaftar adalah sebanyak RM88,000 sahaja.“Ironinya, SMPC adalah sebuah sekolah persendirian yang mewah malah pernah berikrar tidak akan menerima apa-apa bantuan kewangan daripada kerajaan ekoran arahan kerajaan untuk menukar status sekolah tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini, hari ini.Shaharizukirnain berkata, peruntukan ini juga dilihat sebagai salah satu komitmen kerajaan bagi mengiktiraf lulusan atau graduan dari SMPC yang ingin mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang merupakan Sijil Sekolah Swasta di bawah  Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong).“Sijil ini langsung tidak ada kaitan dengan guru-guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Memberikan wang kepada sekolah yang menggunakan sistem UEC sebagai sijil peperiksaan adalah salah satu sokongan kerajaan terhadap perkara tersebut,” katanya lagi.Menurutnya, sebelum ini Menteri Pendidikan menyatakan bahawa peruntukan kerajaan kepada SMPC akan dimasukkan ke pelan kewangan holistik kebangsaan dalam bentuk perbelanjaan pembangunan dan ianya bergantung kepada prestasi ekonomi negara.“Ironinya, peruntukan bagi pembinaan sekolah-sekolah tahfiz ditangguhkan seperti projek menaik taraf bangunan tambahan Sekolah Agama Rakyat Saadatul Darain dan juga projek pembinaan kelas kafa Masjid Kampung Sekolah Juru dengan memberi alasan kewangan ekonomi yang tidak stabil menyebabkan projek-projek yang telah diluluskan peruntukannya oleh kerajaan lama ditangguhkan.“Justeru itu, rakyat tertanya-tanya di mana keadilan kerajaan dalam memberi bantuan pendidikan kepada rakyat. Sekolah persendirian Cina dimajukan, walau bagaimanapun, sekolah-sekolah persendirian yang memartabatkan bahasa ibunda ditinggalkan. Kerajaan seakan-akan seperti ‘anak kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan,” kata beliau.
09 Jan 19
47
Empty Image
Sarang Judi Dimusnahkan
Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 10 Januari - Sarang perjudian yang berselindung di sebalik kawasan perkuburan berhampiran parkir di Jalan Banggol dan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di sini, `dibersihkan'  Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, semalam.Operasi memusnahkan kawasan perjudian yang dikatakan beroperasi pada waktu malam itu juga bertujuan untuk membersihkan sekitar perkuburan berkenaan dari semak samun dan sampah sarap yang mencacatkan pemandangan bandaraya.Kerja-kerja pembersihan bermula seawal jam 8.30 pagi disertai kira-kira 40 pegawai dan kakitangan MBKT dan JHEAT.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, kerajaan negeri amat memandang serius masalah yang dikatakan sudah berlaku sejak sekian lama sekali gus operasi berkenaan memberi kelegaan kepada komuniti setempat yang tidak selesa dan bimbang keselamatan mereka dengan kewujudan aktiviti jenayah seumpama itu."Rata-rata komuniti setempat yang hadir memberitahu mereka menunggu operasi ini sejak sekian lama dan alhamdulillah hari ini kerajaan baharu telah melunaskan hasrat membanteras gejala itu."Kita akan terus memantau lokasi yang menjadi `sarang ' aktiviti tidak bermoral yang jelas bercanggah dengan undang-undang agama dan negara kita ini dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui media Urusetia Penerangan Darul Iman di kawasan operasi, semalam.Turut serta dalam operasi itu, Ahli Majlis MBKT, Khairuddin MohamadKpp penguatkuasaan kita nik zulhaiza ketua operasi gotong royong semalam.Ahmad berkata, langkah membanteras aktiviti tidak bermoral itu sudah menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan negeri dan rakyat berada dalam keadaan aman, sejahtera serta patuh  kepada undang-undang mahupun syariat Allah SWT.
09 Jan 19
25
Empty Image
MB Terengganu Santuni Pengunjung 'Basteng' MBKT
Dr Samsuri menemui pengunjung Tionghua di 'Basteng' MBKT.KUALA TERENGGANU, 10 Januari - Kehidupan menjelang malam di Perhentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MBKT) tidaklah semeriah perhentian bas di kota raya Kuala Lumpur kerana sehingga jam 12 malam ia menjadi lengang.Ini kerana kebanyakan bas ekspres sudah berlepas ke destinasi masing-masing.Ia menjadi sibuk dengan penumpang dan kenderaan termasuk bas dan kereta sewa serta kereta persendirian setiap hari bermula siang hari sehingga jam 11 malam ketika operasi bas mengangkut penumpang ke destinasi masing-masing.Difahamkan, bangunan hentian bas yang dikenali dengan dialek Terengganu sebagai 'basteng' itu dibina oleh kerajaan negeri dengan peruntukan tidak kurang dari RM14 juta, lebih 10 tahun lalu.Dr Samsuri (dua dari kiri) santuni peniaga roti canai 'Basteng' MBKT.Ia beroperasi menggantikan Stesen Bas Tanjung (tidak jauh dari situ) untuk kegunaan bas ekspres dan bas henti-henti yang mengambil dan menghantar penumpang di sini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Abd Rahman mengadakan lawatan secara mengejut malam semalam di sekitar 'basteng' itu bagi meninjau permasalahan dan keperluan mendatang untuk penambahbaikannya bagi kegunaan orang ramai.Beliau diiringi oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed.Dr Samsuri (empat dari kanan) dan Tuan Faizah (empat dari kiri) bertanya khabar kepada pengunjung wanita di 'Basteng' MBKT.Dr Samsuri turut beramah mesra dengan pengunjung 'basteng' bertanya khabar sambil mendengar aduan secara langsung rakyat kepada beliau sebagai Menteri Besar Terengganu.Amalan mulia ini amat disukai oleh seluruh rakyat Terengganu yang kebanyakannya beragama Islam dan berbangsa Melayu serta rakyat bangsa lain yang turut dilayani sama rata oleh Kerajaan Terengganu.Memang menjadi kegemarannya bertemu rakyat secara langsung tanpa protokol, meninjau kehidupan rakyat termasuk pengunjung 'basteng' tersebut. Dr Samsuri (kiri)  mendengar keluhan pengunjung 'Basteng' MBKT diperhatikan oleh Ahmad Shah (tengah).Ada di kalangan mereka yang berniaga sehingga larut malam demi memenuhi keperluan pelanggan dan pengunjung 'basteng' berkenaan.Dr Samsuri tidak segan silu menyantuni mereka dan merasai kesusahan berniaga dan bertanya khabar mengenai perkembangan perniagaan mereka di situ.
09 Jan 19
114
Empty Image
Tanah RTB Akan Dipulangkan Sebelum Ogos Ini
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 10 Januari - Pemulangan semula tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) akan direalisasikan selewat-lewatnya hujung tahun ini, sebagaimana janji dalam manifesto PAS Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, janji yang dibuat dalam manifesto lalu bukan sekadar 'omong kosong' yang hanya menarik pengundi semata-mata, sebaliknya satu perkara yang akan dilunaskan demi kepentingan rakyat terutama melibatkan tanah RTB di DUN itu."Sasaran kita sebelum Ogos 2019 kita akan memulangkan tanah RTB kepada tuan tanah pemilik asal zaman 1999 hingga 2004 sebagaimana janji dalam manifesto PAS Terengganu. Ianya mampu dilaksanakan dan bukan omong kosong."Walaupun agak susah dan rumit untuk menyelesaikan isu tanah ini, ada kalanya kita perlu bekerja dengan rileks dan santai," jelasnya lagi.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri berkata demikian ketika ditemui selepas perbincangan bersama Pegawai-pegawai Pejabat Tanah dan beberapa orang Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang terlibat di Kedai Sate Jabi, di sini, petang semalam.Menurut beliau lagi, pihaknya akan bekerja keras demi menjayakan sasaran itu dengan sokongan daripada semua jawatankuasa MPKK yang komited.Beliau juga menegaskan, gerak kerja dan pengurusan pentadbiran di DUN Jabi mempunyai cara tersendiri yang pastinya akan berusaha untuk membangunkan kawasan setempat sepertimana sudah dirancang tanpa meminggirkan kepentingan mana-mana pihak.
09 Jan 19
46
Empty Image
Yayasan Terengganu Taja Pelajar Darul Huffaz TATI Skill
KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu akan menaja anak Terengganu yang melanjutkan pelajaran di Darul Huffaz TATI Skill (DHTS) bertempat  di TATI Skill Sdn. Bhd., Jalan Panchor, Teluk Kalong, Kemaman.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah,  Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri,  Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, DHTS yang ditubuhkan pada Oktober tahun lalu menawarkan mata pelajaran sama seperti aliran sekolah arus perdana selain memfokuskan bidang sains teknikal (tujuh subjek) dan pengurusan dan perniagaan (enam subjek). DHTS telah memulakan sesi pembelajaran pertama pada 1 Januari lalu dengan pengambilan 40 pelajar.“Walau bagaimanapun, jumlah pelajar di kalangan anak Terengganu masih tidak sampai separuh daripada yang mendaftar sedangkan kita tawarkan tempat minima untuk 100 pelajar tahun ini.“Justeru, saya mengharapkan anak-anak Terengganu di luar sana ambil peluang ini, malah pihak Yayasan Terengganu juga bersetuju untuk memberi penajaan kepada pelajar yang layak,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) di Wisma Darul Iman, hari ini. Satiful berkata, pendaftaran untuk kemasukan ke DHTS dilanjutkan sehingga 31 Januari khusus buat pelajar dari madrasah dan pondok di seluruh Terengganu.Kerajaan negeri berhasrat menjadikan DHTS sebagai pusat persediaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) utama di Terengganu khususnya kepada pelajar tahfiz dan pondok dengan menawarkan kaedah pembelajaran akademik yang sistematik.Pelajar yang berminat boleh hubungi pejabat DHTS di talian 09-860 1103 atau 010-921 1245.
09 Jan 19
362
Empty Image
Permohonan U-GATES Kini Dibuka
KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Golongan graduan kini boleh memohon untuk menyertai Program Usahawan Graduan Terengganu Sejahtera (U-GATES) merangkumi latihan keusahawanan, modal perniagaan dan pemantauan prestasi peserta, bagi pengambilan pertama yang akan bermula Februari ini.U-GATES menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu (YPUT) menyediakan peruntukan RM1 juta sepertimana yang diumumkan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika mengumumkan bajet negeri 2019, pada Disember lalu bertujuan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Pengerusi Jawatankuasa, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, rakyat Terengganu yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (tamat pengajian 2015-2018) boleh merebut peluang keemasan itu.“Syarat lain adalah peserta perlu menjalani latihan keusahawanan selama enam bulan serta berminat menjadi usahawan secara sepenuh masa."Golongan yang berminat menjadi usahawan secara sepenuh masa disarankan merebut peluang itu,"katanya kepada media Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.Nurkhuzaini berkata, program itu bertujuan menyediakan peluang pekerjaan melalui keusahawanan sekali gus mampu mengurangkan kadar pengangguran.Tambahnya, U-GATES juga menjadi persediaan dan platform kepada usahawan graduan sebelum menceburi alam niaga yang realistik dan meningkatkan pembangunan ekonom dan negeri dan negara.Oleh yang demikian, sesiapa yang berminat bolehlah melayari laman Facebook : YPUTerengganu untuk mendapatkan borang permohonan menyertai program itu yang akan ditutup pada 13 Januari ini.Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi YPUT di talian 096242424.
09 Jan 19
221
Empty Image
Harap Terima Baki Royalti Bulan Ini - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Kerajaan negeri berharap bayaran baki jumlah royalti minyak yang masih tertunggak dapat diselesaikan kerajaan pusat sebelum akhir bulan ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun ianya adalah jumlah royalti tahun lalu namun bayarannya masih boleh dibuat tahun ini."Kita harap pembayaran itu dapat diselesaikan dalam Januari ini."Harapan kita sangat tinggi bukan sahaja di pihak kerajaan negeri malah rakyat Terengganu sendiri," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) di Wisma Darul Iman, hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir baru-baru ini yang mengatakan baki royalti minyak untuk Terengganu hanya akan disalurkan apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mempunyai sumber kewangan secukupnya.Malah Tun M turut berkata, kerajaan juga tidak mensasarkan tempoh bagi pembayaran untuk baki royalti yang masih tertunggak itu.Ditanya butiran pertemuan bersama Perdana Menteri di Putrajaya baru-baru ini, katanya isu mengenai bayaran royalti Terengganu ada dibincangkan bersama.“Dalam pertemuan tersebut, perkara itu (baki royalti) sudah dibincangkan namun kerajaan negeri masih menunggu butiran lanjut berkenaan mengenainya,” ujarnya.
08 Jan 19
58
Empty Image
Permohonan Lesen Motosikal Percuma Dibuka Mulai Februari Ini
Wan Sukairi menunjukkan poster hebahan untuk memohon lesen motosikal.KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Kerajaan negeri akan merealisasikan pemberian lesen motosikal secara percuma kepada golongan belia bermula Februari ini sepertimana Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah mensasarkan 25,000 belia dan beliawanis yang berumur antara 16 hingga 40 tahun akan mendapat manfaat daripada Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) yang digerakkan bagi meringankan bebanan keluarga.Katanya,  permohonan melalui dalam talian dan secara manual akan mula dibuka 1 Februari hingga 1 Mac depan bagi membolehkan proses seterusnya berjalan lancar.“Mulai1 Februari 2019, kita akan mulakan proses pendaftaran semua mereka yang layak untuk menyertai program lesen percuma ini di mana pendaftaran dibuka selama sebulan.“Pada bulan ini juga kita akan mengadakan mesyuarat akhir dengan semua agensi yang terlibat di dalam pelaksanaan program ini dan mengiklankan melalui web, online dan juga mengedarkan borang secara manual kepada seluruh Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan masing-masing.“Semua peserta boleh hantar borang yang diisi secara manual dan online kepada MPKK, Pejabat DUN dan i-MiTS berdekatan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN), di Wisma Darul Iman, hari ini.Wan Sukairi berkata, setelah selesai urusan permohonanan, pendaftaran dan lain-lain, pihaknya menjangkakan peserta yang layak akan diberikan baucer pada 15 April ini untuk dibawa ke Institut Memandu yang akan mendaftarkan mereka sebagai pelatih bagi menduduki peperiksaan dan menjalani latihan sehinggalah mereka lulus dan mendapat lesen motosikal B2.Katanya, peserta LMTS juga akan dilindungi takaful selama setahun setelah berjaya memiliki lesen motosikal masing-masing.Menurut beliau, menerusi pembentangan Bajet 2019, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM7 juta bagi bantuan mendapatkan lesen motosikal untuk golongan belia.
08 Jan 19
45
Empty Image
RM3 Juta Untuk Mantapkan Pasukan Hoki Terengganu
Ustaz Wan Sukairi (dua dari kanan) mempamerkan jersi baru pasukan THT di Hotel Permai Kuala Terengganu malam kelmarin.KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Kerajaan negeri dengan kerjasama anak-anak syarikat kerajaan (GLC) dan swasta memberi komitmen menyediakan peruntukan kira-kira RM3 juta bagi pembangunan sukan hoki Terengganu pada tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pasukan hoki Terengganu memerlukan tidak kurang RM3 juta untuk menguruskan pasukan bagi mencapai kejayaan dalam pelbagai kejohanan musim ini.Katanya, pasukan hoki Terengganu mempunyai 10 pemain import, masing-masing lima orang untuk pasukan lelaki dan wanita.Ustaz Wan Sukairi (tengah) bersama pasukan THT di Hotel Permai Kuala Terengganu malam kelmarin.Menurut beliau, mereka terdiri daripada pemain profesional dari Korea Selatan, Khazakhstan, India, Wales dan Argentina yang membarisi kesebelasan pasukan hoki lelaki dan wanita Terengganu.Ustaz Wan Sukairi berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas  Majlis Pelancaran Jersi, Memperkenalkan Penaja dan Pemain Terengganu Hockey Team (THT) dan Terengganu Ladies Hockey Team (TLHT) untuk Kejohanan Hoki Malaysia TNB 2019 di Hotel Permai di sini malam kelmarin.Bagi memantapkan pasukan, THT mempertaruhkan dua pemain import dari Argentina dan Korea Selatan termasuk Pablo Javier Travisan, Gonzalo Merino, Jung Manjae dan Jang Jonghyun. Sementara pemain dari Wales ialah Ant Daniel Kyriakides.Tiga pemain import dari India dipertaruhkan untuk pasukan TLHT termasuk Man Meet Kaur, Jaswinder Kaur dan Jaspreet Kaur selain Domashneva Vera dari Wales dan Bakhavaddin Glizal dari Khazakhstan.Ustaz Wan Sukairi (tengah) bergambar bersama pasukan TLHT di Hotel Permai Kuala Terengganu malam  kelmarin.Pemain-pemain tersebut akan menambahkan lagi keupayaan pasukan menandingi pasukan lain di persada hoki Malaysia.THT menyenaraikan seramai 32 pemain manakala TLHT seramai 22 pemain. Kedua-dua pasukan berkenaan masing-masing dilatih oleh Vikneswaran Iswarapatham dan Iman Gobinathan.Cabaran pertama pasukan THT ialah Liga Hoki Malaysia dengan perlawanan Piala Sumbangsih bertemu UniKL di Stadium Batu Buruk, di sini 11 Januari ini.
08 Jan 19
244
Empty Image
Ustaz Satiful Bahri Melawat Besut
Ustaz Satiful Bahri (tengah) bersalaman dengan pelajar SRIDI di Sekolah Menengah Agama Maarif  Besut semalam.BESUT, 9 Januari - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat mengadakan lawatan khas bagi meninjau perkembangan tiga institusi kerajaan termasuk Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di sini semalam.Lawatan sehari suntuk itu disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim, beberapa pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) dan MAIDAM.Ustaz Satiful Bahri (tengah) melawat sebuah bilik penghuni PUSPEN Besut semalam.Kerajaan negeri mengenal pasti beberapa permasalahan kemudahan infrastruktur dan pentadbiran di madrasah moden dan akan mengatasi segera permasalahan tersebut tidak lama lagi.Turut dikenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh pengurusan PUSPEN dan dijangka pusat itu akan dibaik pulih bagi memastikan penghuninya mendapat kemudahan infrastruktur yang lebih selesa termasuk kemudahan di masjid dalam pusat berkenaan.Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka turut diberi taklimat mengenai perkembangan semua institusi berkenaan dan dinyatakan permasalahan yang dihadapi di semua institusi tersebut.Ustaz Satiful Bahri (tengah) berinteraksi dengan pelajar Madrasah Moden Besut semalam.Beliau turut melawat SRIDI di bangunan Sekolah menengah Agama Maarif di sini dan berinteraksi dengan pelajar di sekolah berkenaan.Katanya, Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) pertama bakal dibuka di Hulu Terengganu mulai tahun depan.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada para pendidik Madrasah Moden MAIDAM dalam sesi lawatan tersebut semalam.Haji Mohd Nurkhuzaini (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Ustaz Satiful Bahri (kanan) dalam lawatan khas di Sekolah Menengah Agama Maarif Besut semalam. "Kerajaan akan beransur-ansur membuka sekolah berkenaan di lapan kawasan parlimen di seluruh negeri Terengganu bermula di Hulu Terengganu," jelasnya.
08 Jan 19
430