Artikel "Utama" Terkini
"Datang Dan Rasai Sendiri Keindahan Paya Bunga Hotel Terengganu" - Abdul Hadi
Abdul Hadi.KUALA TERENGGANU, 14 Januari - Pengunjung seluruh dunia, rakyat Malaysia dan Terengganu khususnya dipelawa merasai sendiri keindahan dan kelainan hotel patuh syariah milik kerajaan negeri, Paya Bunga (PB) Hotel Terengganu.Pemangku Pengurus Besar PB Hotel, Abdul Hadi Alias berkata, lokasi hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu itu menawarkan capaian ke banyak tempat menarik di kawasan sekitar. "Untuk ke Pasar Payang misalnya hanya memerlukan kita berjalan kaki tidak sampai lima minit."Selain itu, hentian bas yang terletak bersebelahan hotel memudahkan pengunjung untuk bergerak menggunakan kemudahan awam," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di hotel berkenaan, hari ini.Ditanya tentang konsep PB Hotel yang menjadi bualan netizen di media sosial baru-baru ini, beliau menyatakan rasa bangga dengan pelaksanaan patuh syariah yang diperkenalkan."Secara fizikal, pematuhan syariah yang dilaksanakan ialah menjaga aspek keperluan ibadah pengunjung Muslim seperti menyediakan sejadah, kain pelikat dan al-Quran di dalam bilik.Pematuhan syariah tidak membataskan keriangan bercuti."Paling menarik, telekung turut disediakan dan ini memudahkan pengunjung wanita selain buku-buku berkaitan agama untuk bacaan santai."Kita ada juga perdengarkan azan dan pengisian agama dari masa ke masa."Bagaimanapun, buat pengunjung bukan Muslim, tidak perlu bimbang."Pematuhan syariah Islam adalah penerapan etika, nilai dan disiplin dalam perkhidmatan menjadikan ia sesuai dengan semua golongan," katanya.Beliau menambah, pengunjung juga pasti tertarik dengan pelbagai jenis makanan yang disediakan."Kami memiliki chef yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang perhotelan untuk menjamu anda."Dari tingkat 11 di mana saya berdiri ini, kita boleh melihat panorama seluruh bandar dan pantai Kuala Terengganu yang indah."Saya sukacita menjemput pengunjung daripada seluruh dunia menikmati sendiri keindahan dan keunikan hotel kami," katanya.
13 Jan 19
1237
Kerajaan Terengganu Terbuka Terima Teguran
Wan Sukairi (tengah) beramah mesra dengan anak Terengganu di Melaka semalam.AYER KEROH, 14 Januari - Anak Terengganu di perantauan diminta menjadi penasihat kepada kerajaan negeri dan sentiasa mengikuti perkembangan pentadbirannya melalui saluran yang sah supaya maklumat sebenar sampai kepada mereka.Ini kerana Kerajaan Terengganu hari ini adalah kerajaan rakyat, semua pihak mempunyai hak memberi pandangan untuk memastikan kerajaan negeri berada di landasan yang betul.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, tidak ada halangan sesiapa yang mahu mengkritik kerajaan negeri tetapi ia perlu disusuli dengan cadangan yang membina demi kebaikan semua pihak sama ada rakyat ataupun kerajaan."Kritik membina tidak ada masalah (untuk dibuat oleh sesiapa pun) tetapi di samping kita kritik, kita beri cadangan yang membina."Ini kerana Kerajaan Terengganu adalah kerajaan rakyat, tidak ada masalah bagi kerajaan mendengar dan menerima semua pandangan yang membina bagi kebaikan kita bersama," katanya ketika menjawab soalan peserta sesi dialog di Majlis Ramah Mesra Bersama Exco di sebuah resort di sini semalam.Turut hadir, Presiden Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU), Prof Dr Kamaruzaman Yusoff dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.Sementara itu, Wan Sukairi ketika bercakap kepada pemberita menjelaskan bahawa majlis seumpama itu akan diadakan di seluruh negara termasuk di Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.Wan Sukairi (tengah) menjawab pertanyaan anak Terengganu di Ayer Keroh Melaka semalam.Ia katanya bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara kerajaan negeri dengan anak Terengganu di perantauan.Di samping itu, ia menjadi platform untuk menyebarluaskan segala maklumat mengenai tawaran dan kemudahan disediakan oleh kerajaan negeri kepada rakyat yang tinggal dalam negeri Terengganu sendiri dan di perantauan.Beliau mengharapkan rakyat Terengganu di perantauan sentiasa memberi cadangan dan pandangan membina kepada kerajaan negeri agar pentadbirannya lebih efisien.
13 Jan 19
38
Terengganu Kembang Hab Pasaran Lembu Sado
Dr. Azman harap pengusaha gunakan peluang sebaik mungkin.KUALA TERENGGANU, 13 Januari - Kerajaan Terengganu bakal melaksanakan program penggandaan induk bagi mengembangkan industri daging Lembu Sado dengan slogan 'Mu Buat Kami Bantu'.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, kerajaan mensasarkan 80 pengusaha negeri itu bakal dibantu bagi meningkatkan produktiviti pasaran ternakan itu."Bagi tahun 2019, Kerajaan Terengganu mensasarkan program peringkat pertama melibatkan 10 penternak setiap daerah."Dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), kita akan mengeluarkan separuh modal mendapatkan induk (benih) lembu dan separuh lagi iaitu kos penternakan dibiayai penternak, sesuai dengan slogan tersebut.Tan Sri Halim tawar penerokaan pasaran luar negara untuk industri Lembu Sado."Ini bertujuan mengembangkan industri ini. Pembangunan industri Lembu Sado dilihat mampu memenuhi pasaran daging tempatan."Kapasiti penternakan yang ada hari ini hanya mampu memenuhi 30 peratus permintaan daging."Berdasarkan data yang ada, kita melihat potensi 70 peratus pasaran yang boleh diterokai oleh pengusaha-pengusaha negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis 'Business Matching' Hab Lembu Sado Terengganu di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, hari ini.Dalam majlis itu, kerajaan negeri memeterai usaha sama bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dengan bantuan tokoh perniagaan, Pengerusi Halim Mazmin Berhad, Tan Sri (Dr.) Halim Mohammad untuk memajukan industri daging Lembu Sado ke tahap lebih tinggi.Dr. Azman turut berharap pengusaha negeri itu menggunakan peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya."Hari ini kita mempunyai persetujuan bersama untuk meneroka usaha sama bersama JPV yang boleh menjana pendapatan untuk rakyat kita."Tan Sri yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menawarkan kesediaan untuk mencari pasaran luar bagi meningkatkan permintaan daging Lembu Sado," katanya.Perkhidmatan Veterinar bersedia hadapi peningkatan produk ternakan Lembu Sado. Dalam pada itu, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia, Dato' Dr. Quaza Nizamuddin Hassan Nizam memaklumkan, kini terdapat sebanyak 22,000 ekor Lembu Sado di seluruh negara."Dengan pengeluaran 3,700 metrik tan daging lembu ini tahun lalu, kita mensasarkan untuk meningkatkan sasaran 40,000 ekor lembu pada masa akan datang," katanya.
13 Jan 19
203
Sultan Mizan Solat Jumaat Di Masjid Ar-Ridha
Sultan Mizan (tengah) mencemar duli bersalaman dengan Ustaz Mohd Nor selepas selesai solat Jumaat di Masjid Ar-Ridha Manir kelmarin.HULU TERENGGANU, 13 Januari - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billahi Shah mencemar duli mengerjakan solat Jumaat di Masjid Ar-Ridha Manir di sini kelmarin.Turut mengiringi baginda, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji A Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Haji Hilmi Harun dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri. Khutbah Jumaat dari mimbar masjid itu menyentuh kewajipan menutup aurat dan batas-batasnya yang wajib dipatuhi oleh umat Islam sama ada muslimin atau muslimat. Kira-kira 800 orang ahli qaryah mengerjakan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Mizan.
12 Jan 19
391
Kebajikan Warga Emas Perlu Diambil Cakna
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 13 Januari - Kebajikan warga emas perlu diambil cakna oleh semua pihak bagi memastikan nasib golongan itu tidak terabai.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu memainkan peranan penting bagi memastikan kebajikan warga emas tidak terabai."Terdapat banyak bantuan kerajaan yang boleh dipohon oleh warga emas yang layak seperti bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) serta bantuan Tabung Darul Iman (TDI) bagi yang mempunyai penyakit kronik."Borang-borang permohonan boleh didapati dengan pihak MPKK kampung masing-masing," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Mahabbah Bersama Penghuni Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut di Balai Raya Kampung Teluk Bayu, di sini, semalam.Turut hadir, Penolong Penyelia i-MiTS DUN Kuala Besut, Napisah Ismail dan Pengerusi MPKK Kampung Teluk Bayu, Haji Rosli Yaakob.
12 Jan 19
98
Sagu Hati Untuk Kelahiran Anak Pasangan Poligami
Wan Sukairi (tiga dari kiri) bersama anak Terengganu di Pasir Gudang, Johor semalam.PASIR GUDANG, 13 Januari - Rakyat Terengganu termasuk yang berpoligami berhak mendapat sagu hati kelahiran anak pertama sehingga seramai mungkin pada kadar RM100 hingga RM500 bagi setiap kelahiran. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, bagi kelahiran anak pertama sehingga keenam sama ada dari isteri pertama atau kedua, mereka berhak mendapat sagu hati sebanyak RM100 seorang. Sementara anak ketujuh pula jelasnya, mendapat RM200, anak kelapan (RM300), anak kesembilan (RM400) dan anak ke-10 (RM500).Wan Sukairi (kanan) bersalaman dengan Haji Abdullah di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang malan semalam."Setiap kelahiran selebihnya diberikan sagu hati RM500 bagi menggalakkan rakyat Terengganu melahirkan ramai anak," katanya ketika menjawab soalan anak Terengganu di Johor di Majlis Ramah Mesra Bersama Exco di sebuah restoran di Bandar Seri Alam, di sini semalam.Kira-kira 500 orang anak perantau Terengganu di Johor hadir di majlis berkenaan. Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Haji Mohd Soud Said, Pesuruhjaya PAS Johor, Haji Abdullah Husain dan Ketua Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU), Haji Zulkifli Ibrahim. Ustaz Wan Sukairi berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak mengambil kira jumlah keseluruhan kelahiran anak baharu dari pasangan berpoligami itu untuk diberi sagu hati berkenaan.Wan Sukairi menyampaikan hadiah kepada seorang anak Terengganu di Pasir Gudang, malam semalam."Kita tidak mengira sekali gus jumlah anak yang lahir dari isteri pertama dan kedua tetapi kita mengambil kira jumlah kelahiran anak secara berasingan," ujarnya. Kerajaan negeri juga menerima beberapa cadangan termasuk sambungan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dari Kuantan ke Johor untuk kemudahan anak-anak Terengganu di negeri itu pulang ke kampung halaman mereka. Begitu juga dengan cadangan penerbangan sebuah syarikat penerbangan dari Terengganu ke Johor perlu disambung semula setelah dihentikan tahun ini.Wan Sukairi (tengah) bergambar bersama anak Terengganu di Pasir Gudang, Johor malam semalam."Saya baru menerima maklumat mengenainya dan saya akan rujuk kepada Exco Pelancongan mengenai perkara ini," jelas beliau. Dalam pada itu, rakyat Terengganu di perantauan turut mendapat hak untuk mendapat kemudahan yang hampir sama dengan anak negeri yang bermastautin dalam aspek mendapat lot tanah, peluang pekerjaan dan lain-lain. Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, anak negeri di perantauan juga berhak mendapat satu lot tanah untuk tapak rumah kediaman dari kerajaan negeri bagi mereka yang belum memiliki tanah berkenaan. Mereka juga berhak mendapat satu lot tanah pertanian bagi mereka yang bekerja sebagai petani. Di samping itu, katanya, anak perantau juga berpeluang mendapat pekerjaan di Terengganu dalam industri silika yang akan dibuka tidak lama lagi.
12 Jan 19
70
Syukor Khamis Kampung Boy Terengganu
Foto - Pok AbbasKUALA TERENGGANU, 12 Januari - Khamis Jusoh, 63, dan anaknya, Muhammad Syukor Khamis, 14, menjadi tumpuan orang ramai selepas tular kerana keakraban anak lelakinya bersama haiwan kesayangan mereka.Ditanya mengenai kesediaannya bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menaikkan nama Terengganu, beliau menyatakan keterbukaannya menerima kedatangan pelbagai pihak."Selagi saya ada, tidak menjadi masalah. Semua ini untuk mewarisi apa (keunikan) yang kita ada, saya tidak keberatan menerima kerjasama daripada kerajaan atau sesiapa pun."Cuma, jika betul berlaku kerjasama seperti dalam bidang pelancongan, sumbangan itu perlu ada bagi menyediakan tempat yang sesuai untuk pelancong yang datang," katanya dalam pertemuan di Kampung Kubang Bujuk itu.Bapa kepada lapan orang anak itu turut berharap dapat mewariskan perusahaan haiwan ternakan kepada anak-anaknya untuk diteruskan."Saya bermain dengan haiwan ini daripada kecil, sekitar umur 5 hingga 6 tahun sudah mengikut ayah ke kandang menguruskannya dan kerbau-kerbau ini sebahagiannya diwarisi daripada ayah saya."Anak-anak saya semua rapat dengan haiwan peliharaan ini."Bagaimanapun, harap kalau boleh mewarisi pun kepada Syukor lah kerana dia dilihat lebih berminat dalam bidang ini berbanding abang dan kakaknya yang lain," katanya.Khamis memiliki sekitar 115 ekor kerbau selain lembu, kambing dan ayam. Perusahaan tersebut dijalankan sepenuh masa dengan dibantu anak-anaknya.Keluarganya mula menjadi tumpuan selepas tular kemenangan jurugambar, Nazri Sulaiman yang memaparkan keakraban Syukor dan kerbau peliharaannya yang dipilih sebagai Imej Asia 2018 oleh Asia Geographic bagi kategori Jalanan atau Orang Terbaik.
12 Jan 19
1194
Imarahkan Masjid Tanggungjawab Bersama
Foto - HanifHULU TERENGGANU, 10 Januari - Kehebatan sesebuah masjid bukan sahaja bergantung kepada seni bina semata-mata tetapi sejauh mana tahap pengimarahannya dalam membina masyarakat cemerlang dari sudut akhlak dan pekertinya.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, masjid adalah antara tempat yang paling suci bagi umat Islam dan juga lambang kemajuan dan perpaduan umat Islam tanpa mengira kedudukan, warna kulit mahupun keturunan.“Masjid sebagai pusat penghayatan cara hidup Islam di peringkat masyarakat. Ia perlu diimarahkan sebagai tempat persepakatan komuniti untuk menjana kekuatan umat dari segi hubungan dengan Allah, intelektual, ukhuwah, ekonomi, jaringan sosial, kebajikan, gerakan sivil dan banyak lagi.“Kesemuanya itu bertujuan untuk menzahirkan cara hidup Islam yang syumul oleh komuniti setempat, dengan itu keindahan Islam itu bukan lagi berada di dalam hati Mukmin, tetapi dapat dilihat oleh masyarakat bukan Islam,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada Majlis Penyerahan Projek Merekabentuk, Membina Dan Menyiapkan Sebuah Masjid di Kampung Kuala Kejir dan Kampung Tanggol, Kuala Berang, di sini hari ini.Gimik penyerahan masjid daripada kontraktor kepada Jurutera Daerah sambil disaksikan oleh Dr Mamad Puteh dan Pegawai Agama Daerah.Tambahnya lagi, memakmurkan masjid bererti mengisi masjid dengan ibadah-ibadah yang bermanfaat bagi diri sendiri dan juga masyarakat, seperti solat berjama’ah, mengadakan majlis ilmu dan tazkirah, membaca al-Quran dan buku-buku yang bermanfaat dan sebagainya.“Masyarakat setempat boleh mengusahakan apa sahaja perkara yang boleh menjadikan masjid selesa untuk didatangi dan digunakan, sehingga pada akhirnya masjid merupakan tempat yang disukai untuk dikunjungi oleh umat Islam.“Dan saya penuh yakin dan percaya jika usaha-usaha untuk mengimarahkan rumah Allah ini dimulakan dengan niat tulus suci dan murni, saya percaya Allah akan melorongkan kepada jalan yang lebih luas dan mudah serta dilimpahkan rahmat-Nya kepada mereka kerana berjuang di jalan-Nya,” kata Dr. Mamad.
10 Jan 19
92
16,000 Rakyat Terengganu Bakal Nikmati Pembangunan Setiu Wetlands
SETIU, 10 Januari - Sekitar 16,000 penduduk yang tinggal di dalam jajaran Taman Negeri Setiu Wetlands akan menerima manfaat pembangunan pengurusan dan pemeliharaan tanah bencah itu di masa akan datang.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, pelaksanaan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pemeliharaan dan Pengurusan Setiu Wetlands sangat penting supaya pembangunan yang dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan.“Kita akan memastikan bahawa apa-apa pembangunan termasuklah pertanian, perlombongan dan perumahan atau penternakan mesti mengikut garis panduan PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) barulah ia akan menjamin kelestarian di Setiu Wetlands.“Tanpa pelan perancangan, akhirnya akan menyebabkan kita hilang satu khazanah penting dalam negara,” katanya kepada pemberita ketika hadir merasmikan Program Publisiti dan Penyertaan Awam RKK tersebut di Sungai Tarom, hari ini.Setiu Wetlands miliki pelbagai khazanah unik dan penting.Majlis tersebut mengetengahkan perancangan kerajaan negeri untuk memelihara dan memulihara tanah bencah dengan sembilan ekosistem itu kepada umum untuk mendapatkan pandangan dan respon rakyat.RKK boleh disemak di empat lokasi utama iaitu Majlis Daerah Setiu, Pejabat Daerah dan Tanah Setiu, PLANMalaysia@Terengganu dan Pejabat PLANMalaysia Projek Zon Timur di Kuala Terengganu.Selain itu, lima lokasi semakan bergerak akan turut diadakan bertempat di lokasi tumpuan sekitar Setiu bermula 10 Januari hingga 30 Januari.Dr. Alias berharap RKK yang dipamerkan akan mendapat penyertaan masyarakat setempat.“Kita mengharapkan kerjasama masyarakat setempat untuk memberikan pandangan dan suara dalam usaha kerajaan negeri menjaga kelestarian Setiu Wetlands untuk generasi akan datang,” katanya.Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah dan Pemangku Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Rosdi Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia, Dato’ TPr. Mohd Anuar Maidin, Pemangku Pengarah PLANMalaysia Terengganu, Norhasnita Abd Samad dan Pengarah Taman Negeri, YM. Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.
10 Jan 19
253
Amil Zakat Perlu Proaktif Tangani Masalah Asnaf
KUALA TERENGGANU, 10 Januari - Amil zakat di Terengganu perlu proaktif dalam menangani aduan daripada setiap asnaf supaya masalah golongan tersebut akan sentiasa dapat dibantu.Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato' Osman Muda berkata, tugasan golongan itu bukan hanya mengutip zakat fitrah pada bulan Ramadhan sahaja, malah perlu menumpukan tanggungjawab itu sepanjang tahun.Katanya, paling penting adalah kerjasama dengan pemimpin setempat bagi mendapatkan maklumat secara terperinci tentang golongan mana yang perlu diutamakan."Setiap amil perlu memberi tumpuan kepada masyarakat yang tidak mampu bekerja, uzur, warga emas, pesakit terlantar atau mana-mana asnaf yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 dan mempunyai tanggungan ramai."Pendekatan itu penting bagi mengelak masyarakat di negeri ini terus dibelenggu kemiskinan," katanya.Beliau berkata demikian selepas Program Multaqa Amil Zakat Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, hari ini.Osman turut memberitahu, sehingga akhir tahun lalu hanya 5,000 daripada 30,000 penduduk di seluruh negeri masih tersenarai dalam sistem e-Kasih dan berada di bawah paras kemiskinan."Setiap tahun kami menerima lebih 40,000 permohonan untuk mendapatkan pelbagai jenis bantuan."Antaranya, bantuan bulanan, bina rumah, bencana alam, hemodialisis dan bantuan pendidikan," katanya.
10 Jan 19
98