Artikel "Utama" Terkini
Islam Iktiraf Seni, Asal Tidak Leka - Presiden PAS
Oleh: Aziz HambaliKUALA TERENGGANU, 26 Januari – Agama Islam mengiktiraf kesenian daripada semua kaum, dengan syarat ianya tidak melekakan dan mampu memberi manfaat kepada manusia.Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pada asasnya perkataan seni mempunyai makna yang sangat luas dengan syarat ia digunakan untuk kemuliaan agama Islam itu sendiri. Seni kelakar juga diberi pengiktirafan dalam islam iaitu kelakar yang tidak berbohong, tetapi mendidik jiwa.Jelasnya, PAS sebagai gerakan Islam yang mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk memurnikan kefahaman rakyat mengenai seni dan hiburan.“Di Terengganu sendiri, ada gaya keseniannya yang tersendiri seperti rodat yang merupakan syair selawat. Penyanyinya adalah lelaki tetapi apabila datangnya penjajah, mereka ubah gaya kesenian itu bercampur lelaki dan perempuan. Jadi lalai dan leka."Seni dan budaya tidak salah, yang salahnya ialah apabila ada yang berhibur tetapi bercampur antara lelaki dan perempuan,”katanya.Beliau berkata demikian dalam ucaptama dan perasmian Simposium Seni Peringkat Negeri Terengganu, di Dewan Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, di sini, pagi tadi.Program Simposium Seni & Hiburan Menurut Islam yang dianjurkan oleh Pasca PRU 14, Jawatankuasa Lujnah Seni Dan Budaya PAS Pusat (LESTARI) diadakan bagi merungkai pelbagai soalan berkaitan dengan seni dan hiburan menurut perspektif Islam.Sementara itu, Pengerusi LESTARI, Ustaz Dr. Riduan Mohd Nor, berkata simposium ini berjaya dilaksanakan dengan penglibatan beberapa pemikir yang membentangkan kertas kerja berkaitan seni dan budaya menurut perspektif Islam.“Ucaptama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga sangat berkesan dengan memberi gambaran bahawa gerakan Islam atau harakatul ummah ini juga berperanan memposisikan Islam ini sebagai agama yang lengkap termasuk fitrah manusia, manusia berkehendak kepada hiburan.“Dalam sirah Nabi SAW, ada penghibur Islam iaitu Hassan Tsabit dan Abdullah Abi Rawahah. Mereka ini menggunakan seni sebagai medium mempertahankan agama ALLAH Taala,”ujarnya.
27 Jan 19
34
Ijtima’ Siber Himpun Pengamal Media Baru
KUALA TERENGGANU, 27 Januari- Kerajaan negeri menerusi Portfolio Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri bakal menganjurkan Program Ijtima’ Siber 2019 bagi mengumpulkan pengamal media baru seluruh Malaysia untuk mendedahkan kepentingan dalam melaporkan berita yang benar berlandaskan fakta dan sumber sahih.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, dua ahli panel akan dijemput menyampaikan kertas kerja pada ijtima’ tersebut yang akan diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman pada 16 Februari ini.“Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Supyan Hussin akan membentangkan tajuk ‘Fungsi Media Baru Melestari Kesedaran dan Kebangkitan Rakyat Malaysia’ manakala Pendakwah dan Motivator yang juga Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Darul Ulum, Negeri Sembilan, Ustazah Asma’ Harun pula akan menyampaikan tajuk ‘Tanggungjawab Menangani Kekeliruan Maklumat dan Menangkis Fitnah di Media Baru,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Program Ijtima’ Siber 2019 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Turut hadir, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.Menurut Mohd Nor, program yang akan dikelolakan oleh UPDI dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu itu menyasarkan seramai 3,000 peserta dengan membuka penyertaan untuk pengamal media baru seluruh negara.Katanya, antara tujuan penganjuran program tersebut adalah untuk memberikan kesedaran asas kepada seluruh pengamal media baru supaya mereka menggunakan saluran media baru berasaskan agama Allah SWT dan tidak melanggar syariatNya.“Kita juga mengharapkan dengan ijtima’ sebegini, pengamal media akan menggunakan media baru mereka sebagai platform ke arah menyampaikan agama dan kebenaran berita yang tepat kepada seluruh rakyat termasuk netizen dan peminat-peminat media baru,” ujarnya.Katanya, beliau turut mengharapkan kerajaan negeri akan menjadi pencetus dan penggerak utama bagi menyatukan pengamal media ke arah kesatuan Islam serta kemurnian syariat Allah SWT dalam menyampaikan dakwah Islamiah kepada seluruh ummah.
27 Jan 19
41
Rakyat Suarakan Kebangkitan Di PRK Cameron Highland
Dr. Samsuri bersama Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim (kiri) ketika ditemui pemberita dalam Majlis Memperkenalkan Jersi dan Pemain TFC 2019. KUALA NERUS, 27 Januari - Kemenangan pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highland menunjukkan kebangkitan suara rakyat dalam menolak kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang menerajui pemerintahan negara kini.Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat merangkap Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, secara umumnya kemenangan itu memberi tanda amaran kepada PH tentang pemerintahan mereka selama lapan bulan menjadi Kerajaan Persekutuan.“Itu yang kita nampak dalam PRK kali ini. Ini juga adalah masa PH untuk membuat penilaian kembali di pihak mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Memperkenalkan Jersi dan Pemain Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, semalam.Beliau turut berpendapat, kemenangan itu juga merupakan isyarat positif penerimaan rakyat kepada pembangkang.“Ketika turun berkempen di sana baru-baru ini saya dapat merasai penerimaan positif masyarakat Cameron Highland kepada kerjasama Barisan Nasional (BN) dan PAS yang sama-sama berkempen kali ini,” katanya. PRK Cameron Highland semalam menyaksikan calon BN, Ramli Mohd Noor mengekalkan kerusi Parlimen kawasan tersebut apabila meraih 12,038 undi menewaskan caloh PH, M Manogaran (8,800 undi) serta dua calon bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada November mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivaraajh pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu terbatal kerana didapati berlaku amalan rasuah dan mempengaruhi pengundi kawasan itu.
26 Jan 19
46
MB Isytihar Jersi No.12 Khas Buat Penyokong Terengganu FC
Para pemain TFC mempamerkan jersi Home dan Away kepada penyokong yang hadir.KUALA NERUS, 27 Januari - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) merangkap Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan jersi nombor 12 akan dikhaskan buat para penyokong Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC).Ini sebagai menghargai sokongan berterusan peminat bola sepak negeri itu kepada pasukan.Keputusan tersebut diumumkan beliau ketika berucap dalam Majlis Memperkenalkan Jersi dan Pemain TFC 2019 di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak semalam.Jersi baharu pasukan TFC dihasilkan secara eksklusif oleh kedai sukan terbesar di negara ini iaitu Al-Ikhsan Sdn. Bhd.Rekaan tersebut menampilkan dua warna iaitu putih bagi jersi utama dan hitam sebagai jersi kedua.Kelainan turut dipamerkan jenama itu melalui getah jalur emas dan hitam di bahagian lengan serta kolar eksklusif bagi jersi utama.Jersi tersebut dijual bermula malam tadi pada harga RM99.90.Dr. Samsuri harap pengurusan PBSNT berjaya realisasi kejayaan bagi musim 2019.Dr. Samsuri dalam ucapannya menyifatkan tahun 2018 merupakan kebangkitan bagi bola sepak negeri Terengganu apabila kesemua pasukan negeri cemerlang dalam kejohanan yang disertai."Semua penyokong dan rakyat negeri Terengganu cukup berbangga dengan pencapaian pasukan sepanjang 2018 lalu walaupun tidak semua kejayaan berjaya dicapai."Apa yang penting adalah kesungguhan, usaha dan kerja keras yang telah ditunjukkan oleh semua pihak."Inilah yang sebenarnya memberi erti kepada pencapaian kita, kemenangan bagi diri kita untuk melakukan yang terbaik tahun ini," katanya.Beliau turut menyatakan, musim ini sangat mencabar dan berharap pengurusan TFC akan mencuba yang terbaik untuk merealisasikan kemenangan."Apabila kita bermula di atas berdasarkan pencapaian musim lalu, maka tentulah kita berdepan tugas sukar mempertahankan kedudukan," katanya sekali gus meletakkan sasaran TFC untuk berada di kelompok tiga terbaik dalam saingan Liga Super.Beliau turut mensasarkan pasukan untuk ke perlawanan akhir bagi saingan Piala FA dan Piala Malaysia.Dalam majlis tersebut, para pemain TFC 1 sehingga TFC 4 diperkenalkan selain penyampaian salam penghargaan kepada bekas-bekas pemain Terengganu yang hadir.Turut hadir, Timbalannya, Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta ahli-ahli majlis dan pegawai kanan negeri.Peminat mula mendapatkan jersi pasukan sejurus tamat majlis pelancaran.
26 Jan 19
805
Solat Hajat Buka Tirai Pelancaran Jersi Terengganu FC 2019
Oleh: Dzakaria Mohd SallehKUALA NERUS, 27 Januari - Pasukan Terengganu FC (TFC) memulakan Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain TFC 2019 dengan solat hajat secara berjemaah di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, malam tadi.Program solat hajat itu dihadiri para pemain dan pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan para penyokong tegar Skuad Penyu itu.Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim yang mengimamkan solat hajat tersebut sempat menasihati para pemain supaya dapat menjadi ejen dan model dakwah di dalam padang."Bagi tahun 2019, kita sarankan para pemain menutup aurat. Kita tidak memaksa, tetapi ia boleh menjadi medan dakwah kita kepada masyarakat."Para pemain merupakan idola bagi anak-anak muda Terengganu. "Apabila pemain menutup aurat dan berjaya mencipta kejayaan dalam liga atau piala, anak-anak Terengganu akan mencontohi cara dan gaya kita," katanya sejurus sebelum melaksanakan solat hajat.Majlis itu turut dimeriahkan dengan pameran gerai serta pertandingan e-sukan, futsal dan berbasikal yang diadakan di sekitar stadium seawal jam lapan pagi lagi.
26 Jan 19
116
Berita Gembira Untuk Generasi Felda Terengganu
Oleh: Rohayati RipinKEMAMAN, 26 Januari - Seramai 105 orang generasi baru Felda Neram 1, bakal menerima rumah masing-masing apabila proses akhir penyerahan dilakukan oleh Felda Properties kepada kerajaan negeri.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Cikgu Razak Ibrahim berkata, rumah yang telah lama disiapkan akan diserahkan dalam tempoh yang terdekat setelah menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengannya.“Isu rumah generasi kedua (yang sudah) lama siap, sekarang ini dalam proses sebanyak 105 unit dan di peringkat DUN kita dah selesai nama-nama dan kita beri kepada Felda Properties melalui Exco Perumahan. “Cuma tunggu sahaja proses Felda sebab di bawah GSA (Akta Penempatan Berkelompok), ianya dalam proses menyerah balik kepada kerajaan dan bila selesai nanti, insya-Allah dalam masa tak berapa lama lagi akan diberi kepada rakyat,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih berkata demikian kepada pemberita di sidang media ketika diminta mengulas berkenaan perkembangan tujuh bulan pemerintahan PAS Terengganu selepas Majlis Makan Malam Media Parlimen kemaman di Resindence Inn, Cherating, di sini baru-baru ini.Sebahagian media yang hadir pada Majlis Makan Malam Media Parlimen Kemaman di Resindence Inn, Cherating.Sementara itu, ADUN Kemasik, IR Saiful Azmi Suhaili berkata, seramai 44 orang peserta Felda Kerteh 5 juga akan menerima hak milik tanah masing-masing.“Untuk Felda Kerteh 5 kita kenal pasti ada beberapa orang lagi, lebih kurang 44 peserta yang masih belum dapat geran dan ada yang berapa puluh tahun duduk di situ. “Alhamdulillah, kita dah lulus dalam mesyuarat tanah yang terbaru untuk 44 orang peserta itu. Dalam masa terdekat setelah selesai semua urusan berkenaan kita akan buat penyerahan,” ujarnya.Sementara itu, ADUN Chukai, Hanafiah Mat turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kerana berusaha membantu sembilan orang peserta di Felcra Seri Bandi mendapatkan kembali tanah masing-masing.
26 Jan 19
150
Masalah Tempat Solat Di Stesen Bas Kuala Besut Terengganu Selesai
Kerjasama pihak berkuasa tempatan dan pemimpin masyarakat bantu selesai masalah rakyat.Oleh: Saifullah JusohBESUT, 26 Januari - Masalah tempat solat bagi pengguna Stesen Kuala Besut yang menjadi rungutan selama ini selesai apabila Majlis Daerah Besut membina ruang solat bagi kegunaan orang ramai di stesen itu.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Azbi Salleh melahirkan rasa gembira dengan kerjasama antara Majlis Daerah dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pekan Baru yang dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.“Sebelum ini, Pusat Khidmat DUN telah menerima banyak aduan daripada orang ramai terutamanya pengguna Stesen Bas Kuala Besut yang tidak mempunyai tempat solat khusus dan selesa,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan ruang solat tersebut di Stesen Bas Kuala Besut baru-baru ini.Dua ruang solat yang dibina bagi mengasingkan di antara lelaki dan perempuan itu cukup selesa bagi kegunaan orang ramai dan mampu memuatkan kira-kira lapan orang dalam satu-satu masa.Azbi menampal tanda ruang solat simbolik perasmian.Struktur dari papan yang menelan kos RM15,000 itu turut menarik perhatian orang ramai di stesen tersebut.Azbi memaklumkan, kemudahan yang disediakan merupakan respon kerajaan terhadap keperluan rakyat."Saya berharap ruang solat yang dibina ini digunakan dan dijaga dengan sebaik mungkin agar keselesaan dan kemudahan ini dapat dirasai oleh orang ramai,” katanya. Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Kuala Besut, Zulkifli Kadir dan Pengerusi MPKK Kampung Pekan Baru, Azman Hussin.Ruang solat yang agagak kecil tetapi memberi keselesaan kepada pengguna stesen bas.
26 Jan 19
990
Projek ECRL Perlu Diteruskan - Haji Amzad
Haji Ahmad Amzad Hashim.KUALA TERENGGANU, 26 Januari - Kerajaan Persekutuan perlu meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana ia disifatkan sebagai pemacu pembangunan Wilayah Timur. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, pembatalan kontrak ECRL dengan China Communication Construction Group Ltd (CCCC) tidak patut dimansuhkan begitu sahaja kerana ia adalah pemangkin pembangunan Wilayah Timur. "Saya harap pembatalan kontrak ECRL dengan CCCC bukanlah bererti projek yang telah dirancang berkenaan dimansuhkan begitu sahaja. "Sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) lagi PAS berpandangan projek ECRL ini bagus untuk menjadi pemangkin pembangunan Wilayah Timur semenanjung tetapi PAS tidak dapat menerima kos projek yang terlalu tinggi jika dibanding kos projek yang serupa dilaksanakan di negara lain pada kos yang jauh lebih murah," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam satu status yang dimuat naik di laman Facebooknya, mengulas tentang kenyataan pembatalan projek berkenaan yang dibuat oleh Menteri Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali yang disiarkan oleh media di Kuala Lumpur hari ini. Menurut laporan itu, pembatalan projek ECRL yang diterajui CCCC diputuskan secara muktamad dalam mesyuarat Kabinet, Khamis lalu. Katanya, kerajaan memutuskan sedemikian kerana tidak mampu menanggung kadar faedah tahunan daripada projek berkenaan yang menjangkau hampir RM500 juta. Katanya, tanggungan faedah pada skala itu didapati tidak selari dengan kedudukan kewangan negara pada ketika ini. Justeru kerajaan terpaksa membatalkan kontrak CCCC walaupun perlu membayar pampasan.Mohamed Azmin memaklumkan, keputusan penamatan dibuat setelah CCCC tidak dapat menurunkan kos daripada RM81 bilion kepada RM40 bilion seperti diminta kerajaan manakala Kerajaan Pusat pula perlu menanggung kos faedah setengah bilion ringgit setiap tahun yang sangat besar kesannya kepada ekonomi negara. Haji Ahmad Amzad seterusnya berkata, atas kedua-dua alasan ini beliau mengira kerajaan telah mempamerkan usaha untuk mengekalkan perbincangan dengan CCCC sehingga tiada lagi titik persetujuan dicapai. "Saya berharap kenyataan Azmin dalam erti kata lain mengalu-ngalukan pelabur lain dalam melaksanakannya sekali gus membuka jalan kepada alternatif lain dalam menjayakan projek berimpak tinggi ini yang sangat penting untuk seluruh Wilayah Timur. "Kerajaan perlu 'transparent' mendedahkan berapa jumlah kos yang telah dibelanjakan setakat ini ke atas projek ECRL dan berapa jumlah pampasan yang perlu dibayar atas pembatalan kontrak dengan CCCC ini dan siapa penerima-penerima pampasan ini dan berapa jumlahnya setiap satu," tegasnya.
25 Jan 19
120
Kempen Cegah Jenayah Syariah Didik Rakyat Terengganu
KUALA TERENGGANU, 26 Januari - Kerajaan Negeri Terengganu komited untuk memastikan rakyat di negeri itu tidak meminggirkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, Kempen Pencegahan Jenayah Syariah adalah antara strategi yang diguna pakai untuk mencapai hasrat tersebut.Jelasnya lagi, kerajaan juga akan menjadikan didikan (kempen) tentang kesalahan jenayah syariah sebagai tumpuan utama berbanding aspek hukuman yang dianggap sebagai fasa terakhir."Kesedaran yang paling penting ialah mereka mesti hidup dengan agama walau di mana mereka berada."Kita tidak menjadikan hukuman satu penumpuan utama, tidak, penumpuan yang utama adalah didikan, didik untuk memberi kesedaran," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Kempen Pencegahan Kesalahan Jenayah Syariah di Payang Walk, Pesisir Payang semalam.Turut bersama dalam kempen itu, pegawai-pegawai penguatkuasa daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).Katanya, selepas ini kempen itu akan dilebarkan ke setiap daerah dalam negeri Terengganu dengan kerjasama daripada setiap pejabat agama daerah."Insya-Allah kita akan bincang dengan pegawai agama daerah masing-masing, untuk melihat kawasan mana yang menjadi tumpuan masyarakat, dan insya-Allah kita akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat," ujarnya.Kempen yang bermula jam 11.00 malam itu mendapat sambutan baik daripada pengunjung Payang Walk yang rata-ratanya terdiri daripada anak muda.Edaran risalah serta soal jawab bersama pengunjung merupakan aktiviti yang dijalankan dalam kempen tersebut.
25 Jan 19
196
25,000 Rakyat Terengganu Bakal Nikmati Lesen Motosikal Percuma
Untuk HEBAHAN kepada rakyat Terengganu.Program Lesen Motor Terengganu Sejahtera PERCUMA Rakyat Terengganu.1. Program Lesen Motosikal B2.2. Dibuka untuk 25,000 orang yang layak.3. Permohonan mesti diisi melalui atas talian atau 'online' atau menggunakan borang secara manual.4. Berumur dari 16 hingga 40 tahun.5. Bujang atau sudah berkahwin.6. Anak jati Terengganu atau bermastautin lebih 10 tahun. Pengesahan Penghulu atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) diperlukan.7. Permohonan pertama kali pertama sahaja.8. Pendapatan tidak lebih daripada RM2,000 sebulan.9. Pelajar sekolah, Institut Pengajian Tinggi (IPT), pusat kemahiran layak dan perlu disahkan masih belajar oleh pusat pengajian atau Penghulu Mukim atau MPKK.10. Latihan atau kursus dalam negeri Terengganu sahaja.11. Borang permohonan melalui i-Dana hendaklah dicetak dan disahkan oleh MPKK bersama dokumen diperlukan;* Kad Pengenalan* Slip gaji atau pengesahan tempat pengajian* Pemohon tanpa slip gaji, kemukakan Surat Pengakuan Pendapatan disahkan Penghulu atau MPKK* Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) bagi LESEN B2 ini perlu bersama salinan Kad OKU12. Bebas daripada saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jika ada, pemohon perlu lebih dahulu menjelaskan saman JPJ atau PDRM.13. Pendaftaran dibuka bermula 1 Februari hingga 1 Mac 2019.14. Pelaksanaan program bermula 15 April 2019.15. Kos ditanggung oleh kerajaan negeri adalah kos buat LESEN sahaja tidak termasuk kos lain-lain yang dikenakan oleh institut memandu.16. Pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia & semakan boleh dilayari di laman sesawang http://idana.terengganu.gov.my selepas 1 April 2019.
25 Jan 19
517