lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Terengganu Buka Tirai
KEMAMAN, 29 Januari - Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat negeri Terengganu membuka tirainya hari ini dengan acara menghafaz al-Quran seawal jam sembilan pagi tadi.Manakala, acara tilawah al-Quran pula akan dirasmikan pembukaannya oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, malam ini.Majlis yang berlangsung di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman itu disertai 26 huffaz al-Quran dan 16 Qari dan Qariah daripada seluruh daerah.Johan Qari dan Qariah tahun lalu, Mohd Zaky Ismail dan Nor Hidayah Abd. Rahman turut menyertai pertandingan tersebut.Majlis itu akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini sehingga Khamis (31 Januari).Penduduk di sekitar Kemaman yang berkelapangan dijemput hadir mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran daripada peserta yang bertanding.
28 Jan 19
37
Empty Image
768 Pemohon Terima Rumah Mampu Milik Terengganu Tahun Ini
Dr. Alias jangka sebahagian pemohon bakal terima kediaman hujung tahun ini.KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Seramai 768 pemohon Rumah Mampu Milik (RMM) yang dibina Kerajaan Terengganu dijangka akan mula menerima rumah bermula penghujung tahun ini.Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak memaklumkan, sebahagian projek perumahan di beberapa kawasan telah hampir siap."Sekiranya segala proses berjalan lancar, sebahagian pemohon akan mula mendapat kediaman hujung tahun ini," katanya ketika ditemui pemberita di Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) semalam.Beliau yang hadir sebagai panel wawancara khas segmen 'Kabbo Royak' siri kelima turut memberitahu, sebanyak 976 unit RMM dibina bagi tahun 2019."Sebanyak 768 unit rumah dijangka siap tahun ini iaitu di kawasan Pulau Redang (160 unit), Seri Bandi (220 unit), Mak Kemas (50 unit), Taman Sri Gemilang, Kerteh (104 unit) dan projek pembaikan rumah terbengkalai Padang Setengge (234 unit)."Manakala, sejumlah 976 unit lagi akan mula dibina bermula Mac menjadikan keseluruhan 1,744 unit RMM Terengganu dibina tahun ini," katanya.Segmen Kabbo Royak salah satu medium sebaran maklumat kerajaan negeri.Menurut Dr. Alias lagi, sebanyak 1,848 RMM di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah dipohon oleh kerajaan negeri."Jika diluluskan, ia akan meningkatkan jumlah kediaman yang dibina bagi negeri ini kepada 3,592 unit," katanya.RMM merupakan skim perumahan untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang berpendapatan purata bulan di bawah RM3,860.RMM djual pada harga RM68,000 iaitu kadar harga di bawah pasaran bagi membantu golongan tersebut.
28 Jan 19
63
Empty Image
"Jom Pakai Batik Terap Terengganu," Ajak MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Negeri Terengganu Darul Iman kaya dengan budaya dan kesenian masyarakat Melayunya sejak turun temurun. Antara lain pakaian batik dan songket menjadi sinonim budaya hidup masyarakat sejak dahulu sehingga hari ini.Penggunaan batik sebagai pakaian dalam tugasan harian menjadi ketetapan prosedur berpakaian Kerajaan Terengganu di hujung minggu hari bekerja (Khamis) bertujuan untuk memajukan industri batik bukan sahaja di Terengganu bahkan di seluruh Malaysia agar ia tidak lekang dek perubahan zaman.Untuk tujuan itu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengajak rakyat Terengganu supaya menjadikan batik sebagai pakaian tugasan harian mereka agar industri itu di negeri Terengganu dapat disuburkan sepanjang masa.(Gambar) Dr Ahmad Samsuri memperagakan baju batik terap dengan corak moden dimuat naik di laman Facebooknya semalam."Jom pakai batik terap Terengganu. Awesome!," ajak beliau kepada seluruh rakyat supaya memakai baju batik terap Terengganu yang popular di seluruh negara dan antarabangsa.Batik terap adalah perusahan batik tradisional rakyat Terengganu sejak sekian lama.Dipercayai kerajaan negeri akan memberi perhatian serius terhadap perusahaan tradisi tersebut agar ia tidak terkebelakang ditelan zaman.
28 Jan 19
1988
Empty Image
Adil Jual Roti Canai Gedik
Roti canai gedik Adil mendapat sambutan luar biasa. Foto: Tg Syamim Tg Ismail KUALA TERENGGANU, 29 Januari-  Keunikan nama menu dan resipi berbeza yang ditampilkan peniaga roti canai, Adil Abdul Rahman, 37, terletak di Kampung Losong, di sini, membuahkan hasil apabila makanan itu mendapat sambutan luar biasa.Selain roti canai goyang gedik,  menu lain seperti syawarma, roti canai kebab, roti canai gulung, roti canai kambing bakar, roti ayam bakar, air pulau kapas dan air pulau redang antara yang paling mendapat sambutan.Adil berkata, sambutan yang diterima pelanggan  sangat positif, terutama roti  goyang gedik yang boleh dijual lebih 100 biji  sehari.“Saya tidak sangka tranformasi yang dibuat terhadap hidangan roti canai itu mendapat sambutan yang luar biasa,”katanya yang berniaga sejak  2015.Katanya, sepanjang tempoh empat tahun berniaga,  dia menyediakan sebanyak 40 hidangan termasuk lebih 20 hidangan berasaskan roti canai yang diperbaharui mengikut citarasa terkini.Air pulau kapas dan air pulau redang  “Semua hidangan roti canai yang dijual itu datang daripada idea saya sendiri bagi memastikan ia memenuhi citarasa pelanggan.“Saya mempelbagaikan citarasa berasaskan roti canai kerana menyedari trend makanan hari ini memerlukan hidangan yang unik dan lain daripada lain,”katanya. Menurutnya, pada awal perniagaan, dia juga menjual roti canai kosong, telur dan sardin sahaja dan kurang mendapat sambutan. "Skop pelanggan terhadap hidangan itu terhad hanya di kalangan penduduk sekitar tetapi apabila memperkenalkan menu yang unik, pelanggan dari jauh juga sanggup datang ke kedai," katanya. Menurutnya, apabila hidangan yang diciptanya itu mendapat sambutan yang menggalakkan ia memberi kepuasan kepada dirinya. "Saya sentiasa teruja untuk mencipta dan memperkenalkan hidangan terbaru kepada pelanggan. "Harapan saya supaya pelanggan tidak jemu dengan hanya satu hidangan roti canai sahaja, biar mereka mempunyai banyak pilihan," katanya yang tinggal di Taman Desa Jaya, Gong Pak Damat, Kuala Nerus.Pelanggan, Abdul Karim Hasan, 25, dari Kampung Simpang Tok Ku berkata, keunikan hidangan yang disediakan di gerai Adil Roti mendorongnya datang ke kedai itu pada setiap minggu."Dalam seminggu saya akan kedai gerai itu untuk menikmati hidangan roti canai yang digemari kerana menu itu tiada di tempat lain. "Paling saya gemari ialah roti goyang gedik, ia kelihatan seperti roti banjir kerana kuah diletakan sekali namun rasanya berbeza kerana ia disertakan dengan sambal dan telur mata," katanya. Menurutnya, selain kepelbagaian hidangan roti canai, air yang pelbagai jenis termasuk nescafe lassy dan manggo lassy juga memberi kelainan dan menepati citarasa pelanggan.
28 Jan 19
964
Empty Image
Pusat Keselamatan Bertaraf Dunia Pertama Di Pantai Timur
Dr Mamad Puteh (tengah) sedang mendengar taklimat sistem penerbangan.KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Pusat mencari dan menyelamat bertaraf dunia atau dikenali sebagai Aeronautical Rescue Sub Centre di Lapangan Terbang Sultan Mahmud dijangka siap dan dapat beroperasi Februari ini.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, pusat yang baru dibina oleh Kerajaan Persekutuan itu merupakan satu-satunya pusat bertaraf dunia yang ada di Pantai Timur.Jelasnya lagi, pusat tersebut akan berfungsi untuk mencari dan menyelamat sekiranya berlaku sebarang kemalangan laut dan udara di negeri sekitarnya seperti Pahang dan Kelantan.“Aeronautical rescue yang baru ditubuhkan, yang mana kita adalah satu-satunya lokasi (pejabat) yang ada di sini (Terengganu).“Yang memberi respon awal berkaitan dengan aeronautical rescue sekiranya ada apa-apa kemalangan di sekitar sini, sama ada dari Kelantan ataupun di Pahang dengan secepat mungkin,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang berkata demikian pada sidang media selepas Lawatan Kerja ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terenganu semalam.Turut hadir dalam lawatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, pegawai-pegawai kastam dan imegresen serta wakil syarikat penerbangan.Dr Mamad Puteh dibawa melawat kawasan sekitar lapangan terbang.Pusat yang terletak bersebelahan Lapangan Terbang Sultan Mahmud itu akan lengkap dan mula beroperasi pada bulan depan.Dengan adanya pusat mencari dan menyelamat bertaraf dunia tersebut, sudah tentu ia akan merancakkan lagi pembangunan dan industri pelancongan di negeri Terengganu.Terdahulu beliau diberi taklimat dan dibawa melawat sekitar kawasan utama di Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang dahulunya dikenali sebagai Lapangan Terbang Telaga Batin.Dr Mamad Puteh bergambar kenangan dengan pengurusan tertinggi lapangan terbang Sultan Mahmud.Untuk rekod, lapangan terbang yang berkeluasan 25,000 meter persegi ini mula beroperasi pada tahun 1948.
28 Jan 19
73
Empty Image
PCCM Minta Tubuh Pusat Latihan Cendawan Terengganu
HULU TERENGGANU,  28 Januari- Persatuan Penyelidikan Cendawan Malaysia (PCCM) Zon Timur   berharap  kerajaan negeri membuka  Pusat Latihan Cendawan Terengganu (PLCT) bertujuan melahirkan lebih ramai pengusaha cendawan profesional.Pengerusi persatuan itu, Hasmi Hassan, berkata pada masa sama mampu  menjalankan Penyelidikan Teknologi dan Pembangunan (R&D) dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan dan universiti.Katanya, masyarakat setempat boleh mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan PLCT termasuk berkaitan industri huluan, hiliran dan tanaman.“Industri huluan memberi fokus berkaitan bagaimana menghasilkan dan memproses bahan utama untuk tanaman cendawan.“Sebelum ini kebanyakan pengusaha cendawan hanya bergantung harap kepada habuk kayu getah. Dengan R & D yang dijalankan, mereka boleh menggunakan jerami padi sebagai ganti. Langkah itu dilihat lebih murah dan menguntungkan,”katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pengusaha Kulat Terengganu di Kompleks Ajil, di sini, hari ini.Majlis itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim Hasmi turut memberitahu, dengan adanya PLCT, pihaknya boleh menekankan industri hiliran secara serius bagi membolehkan pelbagai produk berasaskan cendawan dipasarkan ke serata negeri.“Antara produk terbaru yang dihasilkan pengusaha, cendawan celup tepung sejuk beku, murtabak, sos, bebola, burger dan perencah masakan.“PLCT  dianggap penting kerana mampu melahirkan pengusaha cendawan yang lebih komited, berilmu dan berdaya saing yang mampu memperoleh pendapatan RM1,000 sehingga RM5,000 sebulan,”katanya
27 Jan 19
149
Empty Image
Malaysia Perlu Acuan Pendidikan Islam - Abdul Hadi
Dr Ahmad Samsuri (kiri) dan Dato' Seri Abdul Hadi di Majlis Pecah Tanah SRI DQ di Marang semalam.MARANG, 28 Januari - Malaysia perlu mempunyai acuan pendidikan sendiri mengikut iklim masyarakat berbilang kaum dan umat Islam seharusnya menjadi teras (dominan) dalam masyarakat tersebut.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata, negara ini perlu kerajaan yang berdaulat untuk memayungi acuan ilmu itu.Dengan ruang yang ada, acuan Islam diperkenalkan melalui pendidikan di sekolah-sekolah dan pusat pendidikan yang dibina sendiri oleh PAS."Dalam masa yang sama kita masuk ke universiti dan pusat-pusat pengajian, melalui ahli-ahli kita yang bergerak dalam jentera kerajaan untuk memasukkan roh itu ke dalam diri umat Islam. Itu kadar yang mampu kita buat," jelasnya.Dato' Seri Abdul Hadi (dua dari kiri) menerima 'Mock Cheque' sebagai gimik derma untuk SRI DQ di Marang semalam.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Rendah Islam Darul Quran (SRI DQ) di Kampung Cempedak, Jalan Batangan di sini semalam.Turut hadir, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali dan Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Razak.Abdul Hadi berkata, pembinaan SRI DQ adalah sebagai asas pendidikan ilmu fardhu ain di kalangan rakyat yang berkait dengan mengenal Tuhan, akhlak baik dan buruk, halal dan haram yang wajib dipelajari oleh setiap umat Islam."Setelah kita bina jati diri dengan ilmu fardhu ain kita boleh masuk mana-mana pusat pengajian mengikut bidang masing-masing untuk menunaikan tanggungjawab fardhu kifayah, ilmu yang diwajibkan kepada umat Islam," jelasnya.Sementara itu, Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, pendidikan adalah suatu perkara yang sangat besar dan penting dalam pembangunan sesebuah negeri mahupun negara."Penubuhan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) dan kolej-kolej Islam adalah menjadi bukti bahawa pendidikan awal kanak-kanak sehingga pengajian tinggi telah diletakkan sebagai fokus utama."Bahkan bila kita mengurus tadbir sesebuah kerajaan pun kita telah meletakkan agenda pendidikan sebagai keutamaan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu khususnya," katanya ketika berucap di majlis yang sama.Hasilnya, kata beliau, pada tahun ini kerajaan telah menubuhkan SRIDI bahkan kerajaan juga telah menawarkan pelbagai biasiswa dan pinjaman pendidikan untuk anak negeri Terengganu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan profesional."Semua ini adalah usaha kita untuk membangunkan modal insan yang mempunyai kefahaman yang jelas terhadap Islam sebagai satu cara hidup di dunia ini. Usaha yang sebegini besar tentunya memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak kerana anggaran untuk menyiapkan SRI DQ tidak kurang dari RM5 juta. "Kita amat mengharapkan sumbangan para individu yang prihatin, syarikat-syarikat dan badan-badan tertentu untuk berkongsi hasrat yang sama melihat tertubuhnya sebuah sekolah rendah Islam di DUN Rhu Rendang," jelas beliau.Kira-kira RM7,000 disumbangkan oleh orang ramai untuk pembinaan SRI DQ di majlis berkenaan.
27 Jan 19
371
Empty Image
Masjid RTB Bujal Terengganu Bakal Dibina Semula
Masjid Bujal hampir menyembah bumi sepenuhnya setelah dirobohkan.KUALA TERENGGANU, 28 Januari - Kerajaan negeri sedang merancang untuk membina semula Masjid Bujal di Kijal, Kemaman selepas ia dirobohkan 14 tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan menyelesaikan masalah keperluan untuk membina masjid berkenaan.Katanya, sebelum ini tapak sedia ada dibiarkan begitu sahaja sekali gus tanah di situ masih tidak ditebus guna sehingga hari ini.Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas selesai diwawancara dalam segmen 'Kabbo Royak' Siri Kelima TV Darul Iman di Pejabat Urusetia Penerangan Daul Iman (UPDI) di sini hari ini.Kira-kira 14 tahun yang lalu, Masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal, Kijal itu telah dirobohkan dengan dibantu jentera jabatan kerajaan dan anggota polis.Masjid di RTB yang dinamakan dengan Desa Makmur hasil derma orang ramai akhirnya menyembah bumi dan kawasan masjid tersebut terbiar tanpa dimajukan.Masjid RTB Bujal dibina di atas Lot PT 3294 yang dikhususkan sebagai tapak surau dalam Pelan Susun Atur Perumahan Kampung Bujal sebagaimana diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 3 Ogos 2003. Satu lot lagi untuk pembinaan surau adalah di PT 3297.Pelan susun atur tersebut menyediakan 363 unit kediaman untuk diisi peserta dan ianya jauh dapat memuatkan lebih daripada 40 orang yang menjadi syarat untuk mendirikan solat Jumaat.Masjid Bujal ketika dalam pembinaan.Para peserta membina masjid tersebut dengan niat untuk dijadikan masjid bagi tujuan beriktikaf dengan adanya mihrab di bahagian hadapan dan kolah tempat mengambil wuduk manakala susun atur jubin lantainya berbentuk saf sembahyang.Selepas peristiwa perobohan masjid tersebut, rombongan demi rombongan dari seluruh negara datang melawat kesan perobohan masjid sehingga akhirnya kesan runtuhan itu telah dihapuskan sama sekali.
27 Jan 19
1985
Empty Image
Pembinaan SRIDQ Terengganu Perlu Peruntukan RM5 juta
Dato' Seri Abdul Hadi (kiri) bersama Dr Ahmad Samsuri (dua dari kiri) merasmikan Majlis Pecah Tanah SRI DQ di Marang semalam.MARANG, 28 Januari - Sekolah Rendah Islam Darul Quran (SRIDQ) akan dibangunkan atas tanah berkeluasan 4.3 ekar dengan anggaran peruntukan sebanyak RM5 juta, di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Marang.Ini menepati janji PAS dalam manifestonya bagi membina sebuah sekolah rendah Islam untuk setiap 32 kawasan DUN di seluruh negeri Terengganu.Sekolah rendah itu dirasmikan majlis pecah tanahnya oleh Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di tapak bangunan SRIDQ di Kampung Gong Cempedak Jalan Batangan, di sini, semalam.Menurut Pengarah Projek Pembangunan SRIDQ, Wan Nelam Abdul Rahman, sekolah rendah berkenaan akan beroperasi mulai tahun depan, dirancang untuk dibina dua fasa pembinaan termasuk fasa pertama yang mempunyai 24 bilik darjah.Katanya, di bawah fasa satu, akan dibangunkan tiga blok bangunan termasuk bangunan induk tiga tingkat berbentuk 'U', merangkumi bilik darjah, pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik mesyuarat, bilik tetamu, bilik kokurikulum dan bilik tayangan audio visual.Tuan Guru Abdul Hadi memimpin doa selepas solat hajat sempena Majlis Pecah Tanah SRI DQ di Marang semalam.Sementara dua blok berasingan lagi akan dibina masing-masing sebuah surau dan kantin."Sebelum bangunan siap sepenuhnya SRIDQ akan menyewa di premis-premis tertentu yang akan dikenal pasti," katanya ketika memberi taklimat pembangunan di majlis pecah tanah tersebut.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali dan Pengawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Menurut Wan Nelam, antara lain akan dibina dataran berbumbung, sesuai dengan cuaca Pantai Timur yang mengalami musim tengkujuh di hujung tahun."Kita akan menyediakan dataran berbumbung bagi mengadakan aktiviti-aktivi pelajar seperti ko-kurikulum, senaman, perhimpunan dan sebagainya," jelas beliau.Sementara itu katanya, di bawah fasa kedua akan dibina bangunan tambahan bilik darjah, asrama, bangunan stor dan utiliti, padang permainan bola sepak, sepak takraw serta kelengkapan sekolah lain yang diperlukan.Wan Nelam juga berkata, silibus yang akan diguna pakai adalah yang ditetapkan oleh Dewan Ulama PAS Negeri Terengganu.Terdahulu dari itu, solat hajat diadakan di tapak berkenaan secara berjemaah dan diimamkan oleh Abdul Hadi.
27 Jan 19
149
Empty Image
Kemelut TCFC, Perlu Rujuk FAM Segera
KUALA TERENGGANU, 27 Januari - Kerajaan negeri sedia membantu kemelut yang dihadapi oleh pasukan Terengganu City FC (TCFC), pun begitu pengurusan pasukan perlulah merujuk segera kepada badan induk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyelesaikan masalah yang makin berlarutan itu secepat mungkin.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penyelesaian melibatkan gaji pemain yang tertunggak perlu ditangani dari terus berlarutan.Katanya, TCFC pasukan di luar pengurusan kerajaan negeri itu juga perlu berhubung dengan FAM untuk mendapatkan wang hadiah kemenangan yang masih belum dituntut dan diagihkan kepada pemain."Saya difahamkan (wang hadiah) belum diserahkan oleh FAM kepada mereka dan (berharap) TCFC dapat segera membahagikan kepada pemain.“Ataupun berurusan langsung dengan FAM dengan menyenaraikan senarai nama bekas pemain dengan menyalurkan terus jumlah kepada mereka,” ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Hi Tea dan Pelancaran Gabunagn NGO Wanita di Permai Hotel, di sini, semalam.Dalam pada itu, Wan Sukairi berkata, kerajaan negeri membiayai pengurusan lima pasukan bola sepak negeri iaitu TFC I, TFC II, TFC III, TFC IV dan TFC V.“Kita di pihak kerajaan negeri mampu lakukan adalah memberikan mereka nasihat agar menyelesaikan masalah ini dengan seberapa segera.“Saya difahamkan juga bahawa isu yang paling utama dihadapi oleh bekas pemain TCFC ini adalah isu berkaitan dengan gajilah,” jelasnya.Menurut beliau, berdasarkan pengalaman lalu, tidak kurang RM20 juta diperlukan setahun untuk mentadbir lima pasukan bola sepak tersebut.“Jadi sudah tentulah bila ada pasukan yang  lain pula (TCFC) maka ia agak  membebankan kewangan kerajaan negeri,” jelasnya.Terdahulu, TCFC terpalit masalah tunggakan gaji apabila 11 pemain pasukan itu menuntut hak mereka membabitkan nilai tunggakan sebanyak RM321,700.Sebagai rekod, TCFC meraih kejuaraan Piala FAM musim lalu, selepas menundukkan Selangor United 2-0 pada final di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, September  2018.
27 Jan 19
35