Artikel "Utama" Terkini
Jersi Terengganu FC Dilancarkan Esok
KUALA TERENGGANU, 25 Januari - Pelancaran dan jualan jersi Terengganu FC (TFC) akan berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak sempena Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain TFC malam esok.Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, pasukan TFC mendapat suntikan baharu menjelang aksi Liga Malaysia (Liga-M) musim ini apabila mendapat tajaan daripada Football Republic milik penuh Al-Ikhsan Sports sehingga 2020."Al-Ikhsan Sports merupakan penaja pakaian buat TFC (TFC I-IV). Jersi TFC 2019 menggunakan jenama Al-Ikhsan."Kejayaan bisnes Al-Ikhsan diharap menjadi dorongan anak muda Terengganu untuk mencontohi kesungguhan pemiliknya."Diharap model ini akan diambil secara positif dalam cabaran berbisnes di zaman penuh cabaran ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Pembukaan Football Republic Cawangan Kuala Terengganu di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu hari ini.Kedai konsep premium bola sepak pertama di Malaysia itu akan terus melebarkan pasaran mereka di seluruh negeri di Malaysia selepas membuka cawangan kelimanya di Kuala Terengganu.Dalam tumpuan sama, katanya, saingan liga 2019 amat mencabar. Pasukan lain tidak kurang hebatnya."Insya-Allah TFC diharap menjadi pasukan pencabar yang mantap," ujarnya.Hadir sama dalam majlis itu, pemain-pemain TFC, Kipre Tchetche, Igor Zonjic dan Lee Tuck serta penjaga gol Muhamad Ilham Amirullah Razali serta Ahmad Shamim Yahya.
25 Jan 19
1019
MB Terengganu Sempurnakan Pelepasan RTES Endurance Ride January
SETIU, 25 Januari - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyempurnakan Majlis Pelepasan (Flag Off) Championship Endurance National (CEN) 40 Kilometer (KM) sempena Kejohanan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) Endurance Ride January 2019 di Lembah Bidong, hari ini.Kejohanan yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park (TIEP) itu menampilkan dua kategori perlumbaan iaitu CEN 40KM dan CEN 80KM.Seramai 40 peserta bersaing dalam kedua-dua kategori terdiri daripada penunggang Malaysia dan Korea.TIEP buka tirai kejohanan bagi tahun 2019. Perlumbaan itu berlangsung selama dua hari dan menjadi pembuka tirai perlumbaan di TIEP bagi kalendar acara tahun 2019.Turut hadir dalam majlis tersebut, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Wan Sukairi Wan Abdullah, Exco-exco Kerajaan Negeri serta pegawai kanan negeri.Perlumbaan itu akan berakhir awal pagi esok.Kejohanan turut menarik penyertaan beberapa peserta luar negara.
25 Jan 19
161
MB Terengganu Rafak Sembah Tahniah Al-Sultan Abdullah Dilantik Agong
PERUTUSAN SEMBAH TAKZIM PEMASYHURAN KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG KE-16Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pemilihan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sebagai Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke- 16 mulai tarikh 31 Januari 2019. Patik mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Negeri Terengganu mendoakan KDYMM Tuanku agar sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah hendaknya serta terus teguh memayungi negara ini dengan panduan Islam. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTARMenteri Besar Terengganu Darul Iman25 Januari 2019
24 Jan 19
798
PUSPANITA Disaran Kuasai Ilmu Dan Maklumat
KUALA TERENGGANU, 24 Januari - Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) disarankan supaya melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu baharu terutama teknologi terkini dan mempunyai minda yang terbuka bagi mendepani gelombang perubahan.Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Ab.Rahman berkata, dalam era ledakan informasi dan ilmu pengetahuan pada ketika ini, PUSPANITA perlu mempunyai minda serta sikap yang terbuka, mampu memahami dan menangani perubahan selain sanggup menyesuaikan diri mengikut keadaan persekitaran.Menurutnya, dunia kini menyaksikan ilmu dan maklumat menjadi sumber kuasa yang merangkumi hampir semua hal dan mereka yang menguasai ilmu dan maklumat pastinya akan mendahului. “Kita sebagai ahli perlu pendedahan kepada pelbagai perkara seperti yang berlaku dalam sektor ekonomi, sosial serta politik kerana kita adalah isteri kepada anggota pentadbiran serta eksekutif politik.“Misalnya kita menghadapi masalah, kita dapat memahami masalah tersebut dengan lebih tepat dan tahu cara mengatasinya. Begitu juga jika berjaya mencapai sesuatu kejayaan atau kemenangan kita mampu untuk mengekalkannya malah kita mampu menambah nilai kepada kejayaan dan kecemerlangan tersebut supaya lebih terserlah,”kata beliau.Tuan Faizah yang juga penaung kepada PUSPANITA Cawangan Terengganu berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Puspanita Cawangan negeri Terengganu kali ke 35 di Dewan Besar Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Turut hadir, Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Terengganu, To' Puan Kamsiah Dollah.Dalam majlis yang sama , seramai 71 pelajar yang merupakan anak-anak PUSPANITA yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat sumbangan insentif sebagai tanda penghargaan yang diterima oleh Pengerusi PUSPANITA daerah masing-masing.Tambahnya lagi, sumbangan wanita sama ada sebagai isteri, ibu serta pekerja dalam pembangunan bangsa dan negara adalah amat penting. Mereka bukan sahaja memainkan peranan utama dalam pembentukan generasi akan datang malah penyumbang ekonomi yang penting.“Kaum hawa berada di mana-mana, menduduki pelbagai jawatan pelbagai, bak kata pepatah ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan kaum adam.‘Ini menunjukkan wanita mempunyai peranan yang sangat besar bahkan dalam Islam telah meletakkan wanita dan lelaki saling berkait antara satu sama lain dalam menjalnnkan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi ini,”katanya.
23 Jan 19
919
Terengganu Wujudkan Skim Bantuan Modal Tani Tanpa Faedah RM5 Juta
KUALA TERENGGANU, 24 Januari - Terengganu memperuntukkan sejumlah RM5 juta sebagai kemudahan pinjaman Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) tanpa faedah kepada mereka yang menceburi sektor pertanian, penternakan dan perikanan di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, skim bantuan dalam bentuk barangan, perkakas, enjin, anak benih, peralatan dan bantuan kewangan itu akan diuruskan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Terengganu.“Setiap individu layak membuat pemohonan SBMT tidak melebihi RM50,000 atau nilaian kelulusannya bergantung kepada jenis sektor yang diceburi. Tempoh bayaran pinjaman bergantung kepada jenis perusahaan.“Mereka yang mahu membuat pinjaman perlu berumur 18 tahun hingga 65 tahun, menyediakan lokasi sebagai bukti benar-benar mahu menceburi bidang yang mahu diusahakan,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di pejabat beliau, di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.Beliau berkata, buat permulaan, kerajaan negeri bersetuju meluluskan SBMT berjumlah RM5 juta dengan kadar pinjaman tidak melebihi RM50,000 bagi setiap pemohon dan akan menambah peruntukan jika terdapat banyak permintaan.“Mereka yang berminat untuk berbuat demikian boleh menghubungi LPP berdekatan mulai 29 Januari ini untuk urusan pengambilan borang, khidmat nasihat dan tunjuk ajar.“Bagi tujuan itu, kerajaan bersetuju melancarkan SBMT pada tarikh sama iaitu 29 Januari yang akan dirasmikan saya sendiri di Dewan Sivik Jabi,” katanya.
23 Jan 19
242
Dua Kumpulan Veteran Tentera Kunjungi MB
MB (tengah) bersama AJK PVATM di pejabat beliau semalam.KUALA TERENGGANU, 23 Januari - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Ahmad menerima beberapa kunjungan hormat termasuk dari Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Terengganu dan Kelab Bekas Komando Terengganu (EDCDOT) di pejabatnya di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.Kepimpinan EDCDOT mengunjungi pejabat menteri besar pada sebelah pagi sebelum disusuli PVATM beberapa jam kemudian.Serentak itu, Dr Samsuri mengucapkan terima kasih untuk jasa dan sumbangan mereka dalam mempertahankan tanah air dari anasir yang tidak diingini.MB (kiri) mendengar pendapat dan luahan rasa seorang veteran tentera dari PVATM di pejabatnya semalam."Selepas menerima beberapa kunjungan hormat pada sebelah pagi tadi, petang ini saya menerima kunjungan hormat daripada Pegawai dan ahli jawatankuasa PVATM Negeri Terengganu pula."Terima kasih untuk jasa dan sumbangan mereka yang tidak dapat dinafikan lagi dalam menjaga dan mempertahankan tanah air," jelas Dr Ahmad Samsuri di status facebook beliau semalam.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang turut berterima kasih kepada EDCDOT atas kunjungan itu sambil berkata jasa dan pengorbanan para pahlawan negara dalam mempertahankan ibu pertiwi tidak terbalas dengan nilai harta benda."Terima kasih kepada Ahli Jawatankusa EDCDOT yang berkunjung ke pejabat saya tengah hari tadi. Jasa dan pengorbanan para pahlawan negara dalam mempertahankan ibu pertiwi ini tidak terbalas dengan nilaian harta.MB (kanan) menerima kunjungan dari anggota EDCDOT di pejabatnya semalam."Renungi sejarah dan hargailah nikmat keamanan yang dikecapi. Jadilah pewaris yang mengekalkan keharmonian kerana ia adalah tanggungjawab kita bersama. Sayangi negara kita!" tulis Dr Ahmad Samsuri.dalam kunjungan itu, seramai 20 orang ahli jawatankuasa kedua-dua kumpulan veteran tentera berkenaan beramah mesra dengan pemimpin utama negeri selepas lapan bulan Kerajaan Terengganu bertukar tampuk pemerintahan dari Barisan Nasional (BN) kepada PAS.Kerajaan Terengganu di bawah Dr. Samsuri sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan dan nasihat serta bersedia menerima sebarang kunjungan daripada mana-mana pihak untuk kepentingan rakyat serta negeri tersebut.
22 Jan 19
82
MB Bermotosikal Temui Rakyat
Dr Ahmad Samsuri menunggang motosikal untuk menemui rakyat di DUN Rhu Rendang kelmarin.MARANG, 23 Januari- Kesederhanaan sebagai pemimpin negeri terserlah apabila Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sanggup bermotosikal untuk menemui rakyat bawahan termasuk pemimpin peringkat akar umbi di kawasannya, Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, kelmarin.Program turun padang menemui kepimpinan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN antara tugas yang tidak boleh diabaikan oleh ADUN seperti beliau.Ia bertujuan untuk mengenal pasti perjalanan dan permasalah pengurusan di peringkat bawah sekal igus menanganinya dengan baik.Beliau turut mengadakan sesi dialog dengan kepimpinan DUN Rhu Rendang untuk mendapatkan tindak balas bagi melaksanakan sistem penyampaian yang berkesan kepada pihak terbabit.Reaksi MB (tiga dari kanan) ketika selesai menunggang motosikal menemui rakyat di DUN Rhu Rendang kelmarin.Dengan itu, Dr Samsuri berupaya menyelami sendiri bagaimana perjalanan pentadbiran akar umbi itu dilaksanakan mengikut dasar dan polisi negeri yang ditetapkan dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030).Dengan bermotosikal, beliau kelihatan seperti seorang pemimpin rakyat yang turut merasai susah senang mereka dan diterapkan inspirasi ini dalam pentadbirannya."Petang semalam (kelmarin), bermotosikal ke Rhu Rendang untuk berjumpa kakitangan i-MiTS dan MPKK DUN Rhu Rendang."Sekali-sekala naik motor, seronok juga. Menikmati udara segar sambil melihat keadaan sekeliling," jelas beliau dalam status facebooknya, semalam.Dr Ahmad Samsuri (tiga dari kanan) menemui kepimpinan perinngkat akar umbi di DUN Rhu Rendang kelmarin.Walaupun tidak boleh dibandingkan dengan sifat kerakyatan yang ada pada Khalifah Saidina Umar Ibnul Khattab, namun kesederhanaan yang diserapkan pemimpin negeri dalam apa jua keadaan menunjukkan bahawa kerajaan baru di bawah Dr Samsuri sentiasa bersama merasai denyut nadi rakyat Terengganu.
22 Jan 19
46
Kerajaan Negeri Sedia Bantu Perkasakan Bidang Keusahawanan
Oleh: Afiq M. ZaidHULU TERENGGANU, 22 Januari -Kerajaan negeri bersedia menyalurkan peruntukan di bawah tabung keusahawanan sekiranya usahawan dan bakal usahawan berkenaan berpotensi untuk maju lebih jauh dalan perniagaan.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata keusahawanan merupakan bidang yang luas dan merangkumi semua jenis perniagaan.Katanya, kerajaan negeri telah memperuntukan RM15 juta dalam Bajet 2019 sebagai tabung Keusahawanan bagi meningkatkan ekonomi usahawan dan ia merupakan bantuan dan peluang untuk individu yang mahu menceburi bidang keusahawanan serta usahawan yang mahu mengembangkan perniagaan mereka. "Usahawan ini bukan sekadar dalam Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) atau Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sahaja, saya melihat dalam bidang pertanian, bidang penternakan malah bidang pelancongan juga dikira sebagai usahawan, dan Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Teregganu (YPU) sebagai pelaksana keusahawanan (agensi pelaksana) bagi kerajaan negeri.“Berapa yang kita putuskan (dalam bajet) itulah yang akan dibelanjakan,” beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Program Bicara Bajet 2019 Terengganu di Dewan Serbaguna i-Mits Manir, semalam.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato' HarunMenurut Mohd Norkhuzaini yang juga ADUN Kota Putera, sesi dialog bersama usahawan antara usaha untuk mendekati golongan ini dari bawah."Jadi skop Exco usahawan ni kena tengok semua orang niaga, kita kena santuni mereka.Kalau pernah tengok sembang santai Exco bersama Usahawan, saya nak turun ke bawah sebab saya nak tanya lagi rakyat yang ada di bawah ni…apa lagi bentuk perniagaan yang pernah atau yang sedang mereka usahakan masih tidak ada dibawah Exco keusahawanan,’’ujarnya lagi.Katanya, usahawan pelancongan juga termasuk dalam skop keusahawanan dan sebarang bentuk bantuan perlulah melalui saluran exco keusahawanan."Saya buat 'townhall' ataupun sesi dialog dengan 'travel-travel agency' lebih kurang 15 agensi, kita tanya apa hasrat agensi pelancongan ini, apa masalah mereka dan apa mereka mahu dalam skop keusahawanan, jadi mereka kata mereka mahu kembangkan bisnes mereka."Pelancongan adalah bidang yang besar pada dasarnya dan dari segi plan infrastrukturnya… itulah di bawah Exco pelancongan, bukan peruntukan kecil-kecil untuk bantu 'travel-travel agency' ni. Usahawan dalam bidang perlancongan dan semua jenis usahawan sepatutnya kena mari kepada Exco usahawan ini dari segi pengertian dia (keusahawanan).Tambahnya lagi, bidang keusahawanan memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang mampan kerana ia berpotensi mendorong inovasi, mewujudkan pekerjaan, meningkatkan produktiviti dan daya saing juga dilihat sebagai jalan penyelesaian kepada masalah pengangguran di negeri ini."Berkenaan dengan dana usahawan, kita nak ketengahkan dan kita nak persembahkan untuk rakyat menceburi bidang usahawan, tak kiralah usahawan pertanian ke, usahawan pelancongan ke, penternakan dan apa juga bentuk usahawan, mari kita jadikan ia satu kerjaya.“Bidang usahawan ini diletakkan sebagai satu bidang utama untuk mengurangkan kadar pengangguran rakyat negeri Terengganu kerana kadar pengganguran kita agak tinggi iaitu 4.7 peratus jadi kita nak tarik anak muda atau orang yang tidak kerja ini dalam bidang usahawan bagi mengurangkan lagi kadar itu dan kita perlu tahu kerjaya usahawan merupakan bidang yang mempunyai potensi yang cukup luas sebenarnya,”ujarnya.
22 Jan 19
78
Task Force Selesaikan Ancaman Ulat Bungkus - Dr Azman
Dr Azman melakukan gimik perasmian bulan penanaman tumbuhan berfaedah.KEMAMAN, 22 Januari - Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa komited untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi yang terlibat dalam komuniti sawit bagi membantu menyelesaikan masalah peladang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, satu mesyuarat penyelarasan yang diadakan baru-baru ini telah bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menyelesaikan ancaman Ulat Bungkus.Jelasnya lagi, pasukan itu akan memberi tumpuan kepada kawalan secara ‘chemical’ dan biologi bagi menyelesaikan masalah Ulat Bungkus yang juga dikenali sebagai Ulat Pemakan Daun (UPD)."Satu mesyuarat penyelarasan telah diadakan dan keputusannya kita menubuhkan satu 'task force' untuk mengambil satu langkah dan tindakan berkesan dalam rangka kita untuk menghadapi ancaman Ulat Bungkus."Kawalan kita ini tertumpu kepada kawalan secara ‘chemical’ dan juga kawalan secara biologi, kawalan chemical melalui suntikan batang dan semburan daun, dan kawalan secara biologi dengan tanaman bermanfaat", katanya.Dr Azman ketika menyampaikan taklimat ancaman ulat pemakan daun kepada 100 peladang.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Bulan Penanaman Tumbuhan Berfaedah untuk mengawal serangan UPD di Felda Kerteh 5 bersama komuniti Felda hari ini.Turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Hilmi Harun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi serta Pegawai Penyelidik (Tanah Persekutuan) Pejabat Menteri Besar Terengganu, Naraza Muda.Pasukan petugas khas itu dianggotai oleh FELDA, FELCRA, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Ladang Rakyat, TDM Berhad (TDM) serta peneroka dan pekebun kecil.Pasukan tersebut akan turun ke setiap kawasan bagi memberikan taklimat dan kempen berkenaan ancaman dan cara menghadapi UPD.Demontrasi oleh Dr Azman tentang kawalan secara 'Chemical' iaitu suntikan batang.Untuk rekod, UPD mula menyerang tanaman peladang dan pekebun kecil pada 2017 hingga menyebabkan kerugian yang besar dialami oleh peladang-peladang yang bergantung hidup pada industri sawit .Serangan UPD ini menyebabkan kerugian hasil dialami oleh peladang-peladang di antara 33 hingga 47 peratus sebulan.
22 Jan 19
220
500 Orang Sepetang Kunjungi Syukor Kampung Boy
Syukor menerima tajaan gunting rambut percuma selama setahun.KUALA TERENGGANU, 22 Januari - Nama Syukor Khamis, anak kelahiran Terengganu terus meniti di bibir masyarakat.Kisahnya bermula dengan sekeping gambar yang bukan sahaja mendapat pengiktirafan di peringkat negara bahkan juga di peringkat antarabangsa.Bapa Syukor, Khamis Jusoh berkata, kehidupan mereka sekeluarga berubah mendadak selepas gambar ‘Kampung Boy’ Terengganu menjadi tular, hampir setiap petang mereka dikunjungi oleh masyarakat dan dikatakan boleh mencecah 500 pengunjung pada satu-satu masa."Orang yang datang ni, datang tengok sekejap kemudian balik, anggaran dalam 500 hingga 600 orang juga sepetang."Kalau hari Jumaat pagi ramai sikitlah (dan hujung minggu), kalau waktu TV3 buat penggambaran tu memang ramai la, jalan pun sesak," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Syukor Khamis kelmarin.Turut diraikan dalam majlis ini ialah anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA).Majlis tersebut dianjurkan bersama oleh MSR Event Management, Duta Ayam, Kambing Guongzhou (KBGZ), TY Hotel, CONTIXPERT, CUCKOO, RIZQ ARGO FARM, FAFA Sweet House dan The Groomerz Barbershop.Syukor dan keluarganya mula menjadi tumpuan orang ramai selepas tular kemenangan jurugambar, Nazri Sulaiman.Salah satu daripada gambar tersebut, yang ditangkap oleh Nazri Sulaiman telah dinobatkan antara pemenang bagi Anugerah Istimewa dari Siena International Photo Awards bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik. Foto Nazri Sulaiman yang dinobatkan antara pemenang.Bahkan gambar itu juga dinobatkan antara pemenang bagi Asian Geographic: Imej Asia 2018 bagi kategori manusia atau jalanan (street/people).
22 Jan 19
112