lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Hampir Setiap Hari Terengganu Terima Kunjungan Pelabur
KUALA TERENGGANU, 30 Januari- Kehadiran seramai 40 pelabur ke negeri ini menunjukkan keyakinan tinggi diberikan terhadap potensi pelaburan di Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, sejak menggalas portfolio itu, beliau menerima kunjungan pelabur hampir setiap hari. “Saya menerima banyak kunjungan daripada rakan-rakan pelabur yang menyatakan bersetuju untuk melabur di Terengganu. Ada yang datang berkunjung berkali-kali ke sini (Terengganu)."Bagaimanapun, kerajaan negeri sedang meneliti permohonan dan cadangan daripada pelabur yang menyatakan persetujuan untuk melabur di negeri ini," katanya ketika ditemu bual menerusi Sinar Live bagi membicarakan topik ‘Terengganu kurang pelabur?’hari ini.Tengku Hassan berkata, penelitian perlu dibuat supaya pelaburan yang dijalankan akan memberi kesan positif kepada rakyat.“Kita perlu berhati-hati dalam meneliti setiap permohonan dan cadangan supaya ia memberi impak yang maksimum kepada rakyat Terengganu.“Kita juga perlu menjadi fasilitator kepada pelabur ini bagi membantu mempercepatkan pelaburan setelah permohonan diluluskan kerajaan negeri,” katanya.Ditanya mengenai industri yang menjadi tumpuan pelabur, katanya, industri pasir silika kini mendapat tumpuan pelabur asing.“Industri pasir silika mendapat perhatian pelabur sama ada di peringkat upstream atau downstream selain sektor minyak dan gas serta bioteknologi,” katanya.Mengulas mengenai perkembangan terkini industri itu, katanya, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) yang dilantik sebagai pemaju induk Lembah Silika Terengganu telah menyiapkan pelan Pembangunan Lembah Silika Terengganu.“Pelan utama ini akan dibentangkan untuk penerimaan dan persetujuan kerajaan negeri sebelum akhir Mac 2019.“Dalam masa yang sama, Petronas sedang membuat kajian terperinci berhubung teknikal dan komersial pembinaan talian paip gas ke tapak Lembah Silika ini dan kita sedang menyusun program-program bagi mempromosikan Lembah Silika ini,” katanya.Mengulas lanjut mengenai industri itu, Tengku Hassan berkata, keutamaan diberikan ialah aktiviti pemprosesan akhir daripada silika dan bukan pasir silika.“Pemprosesan akhir produk ini akan menawarkan peluang pekerjaan yang lebih ramai dan meningkatkan rantaian ekonomi di Terengganu.“Saya harap ia dapat membantu kita menyediakan sebanyak 20,000 peluang pekerjaan sebagaimana yang disasarkan kerajaan negeri,” katanya- Sinar Harian
30 Jan 19
199
Empty Image
Peruntukan RM5 Juta Bagi Bangunkan Industri Asas Tani
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 29 Januari – Kerajaan negeri memperuntukkan  sebanyak RM5 juta dalam Skim Bantuan Modal Tani untuk dinikmati oleh seluruh rakyat Terengganu sebagai salah satu usaha membangunkan industri asas tani.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata skim ini cukup istimewa kepada mereka yang berminat  kerana ia berbentuk pinjaman tanpa faedah."Memang betul-betul tanpa faedah… pinjam RM2000, bayar RM2000. Tiada cas tersembunyi walaupun pada asasnya kita akan bagi dalam bentuk kelengkapan barangan asas yang diperlukan untuk memerlukan kerja tetapi akan dipertimbangkan sekiranya diperlukan dalam bentuk wang.“Selain itu, kadar pinjaman tersedia sehingga RM50,000 dan tempoh bayaran bergantung kepada jenis projek yang dilaksanakan."Contoh projek tanaman timun cina, dalam tempoh tiga bulan dah boleh kutip hasil. Mungkin tempoh tiga bulan dah boleh kutip hasil dan kemungkinan tempoh bayaran balik selepas tiga atau empat bulan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Skim Bantuan Modal Tani di Dewan Sivik Jabi, di sini petang semalam.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, cetusan idea ini merupakan hasil inisiatif selepas turun padang memberi penerangan tentang peluang yang ada di Terengganu selepas peralihan kerajaan ini.Jelasnya, selepas program turun padang, pihaknya dapat mengesan  bahawa mereka yang terlibat dalam industri asas tani  terhalang untuk membangunkan usaha mereka kerana ketiadaan modal."Dengan berbekalkan semangat dan tenaga tanpa modal membuatkan rakyat termenung jadi tugas kita (kerajaan) kena selesaikan sehingga rakyat kembali senyum."Sekatan ini perlu dirungkaikan dengan cara  yang paling mudah, tidak membebankan dengan syarat-syarat minima terutama diperingkat kampung kebiasaannya tidak lepas untuk membuat pinjaman bank kerana terikat dengan akta dan peraturan perbankan,”katanya lagi.Beliau turut menyeru agar rakyat Terengganu mengambil peluang terhadap kemudahan yang disediakan sebaiknya sedangkan ada yang mengintai peluang untuk direbut kerana pelbagai projek boleh dijalankan samada dalam sektor pertanian, penternakan atau perikanan yang merupakan skop kerja yang begitu luas untuk diceburi."Tanamlah apa yang nak ditanam, asal tanaman tidak menyalahi undang-undang. Kepada orang muda, jangan tanam anggur,” ujar beliau dengan nada bergurau .Tambahnya lagi,  peningkatan ilmu kemahiran akan terus ditingkatkan dengan menghadiri kursus yang disediakan melalui Jabatan Pertanian seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Veterinar dan lain-lain lagi.
30 Jan 19
55
Empty Image
TUGAS Terengganu : Pinjam RM10,000, Bayar RM10,000
KUALA TERENGGANU, 30 Januari - Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Terengganu semalam merupakan tabung patuh syariah.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman berkata, TUGAS yang dikelolakan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu akan memberi pinjaman kepada usahawan tanpa mengenakan sebarang caj dan faedah.Jelasnya, pinjaman yang diberikan kepada semua peringkat usahawan yang layak itu bermula daripada usahawan kecil sehinggalah usahawan skala besar tidak akan membebankan peminjam seperti pinjaman lain yang mempunyai caj atau kadar faedah.“Kita memberi pinjaman (kepada usahawan) yang berbentuk patuh syariah.“Kita tidak mengenakan sebarang kadar faedah kepada mereka ini (usahawan), pinjam RM10,000, bayar RM10,000, pinjam RM30,000, bayar RM30,000,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tabung Usahawan Sejahtera di Dewan Konvensyen Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran, Kuala Terengganu semalam.Mohd Nurkhuzaini  Ab. Rahman (tengah) menyampaikan replika cek kepada usahawan.Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Hilmi Harun, serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Anuar Awang.Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah YPU turut menyampaikan replika cek kepada usahawan-usahawan yang berjaya memohon Skim Pinjaman Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T) dan Skim Pinjaman Bisnes Online (SPBOL).Inisiatif di bawah kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu itu akan memberi manfaat kepada usahawan-usahawan dengan bantuan pinjaman bermula RM1,000 sehingga RM30,000.Dana daripada kerajaan negeri sebanyak RM 15 juta itu merupakan yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya yang dianggarkan sekitar RM5 juta diberikan kepada YPU.Golongan OKU juga turut menerima manfaat daripada TUGAS.Penubuhan sebanyak 32 cawangan YPU di setiap Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula akan memudahkan para usahawan supaya tidak ketinggalan untuk mendapatkan maklumat terus berkaitan perniagaan.TUGAS merupakan salah satu daripada 20 manifesto yang dijanjikan oleh PAS Terengganu pada Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu, dalam usaha  merealisasikan hasrat untuk mencapai negeri Maju, Berkat dan Sejahtera.
29 Jan 19
559
Empty Image
Landskap Pembangunan Bandar Baru Kijal Terengganu Bakal Berubah
Ustaz Hazri Jusoh.Oleh: Alfian MamadKEMAMAN, 30 Januari - Landskap pembangunan Bandar Baru Kijal bakal berubah apabila beberapa cadangan projek pembangunan daripada Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) itu didirikan di sini.Ini termasuk masing-masing sebuah universiti, kolej petroleum, Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan beberapa ratus buah Rumah Mampu Milik (RMM).Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh berkata, cadangan itu dibuat memandangkan Kemaman adalah daerah pengeluar minyak maka amat sesuai projek berkenaan dilaksanakan di sini.Beliau berkata demikian ketika berucap di Pentas Bicara Kerajaan Sejahtera sempena Karnival Kijal Sejahtera, di Bandar Baru Kijal di sini baru-baru ini.Katanya, beliau terkilan kerana bangunan yang tersergam indah dan dibina kerajaan dahulu tidak dimanfaatkan."Kerajaan baharu yang dipimpin oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan memikirkan bagaimana cara untuk menghidupkan Bandar Baru Kijal," katanya.Karnival yang diadakan selama tiga hari tiga malam itu padat dengan berbagai aktiviti termasuk acara berbasikal 31 kilometer (Fun Ride), Konvoi ARC, cabaran kenderaan pacuan empat roda, futsal, booth pameran, bicara murabbi, Motor Show dan malam kesenian dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat dan masyarakat luar daripada DUN berkenaan.
29 Jan 19
338
Empty Image
Hanya Bongkar Jersi Baru Terengganu FC Selepas Empat Bulan
Jersi baru TFC cantik dan menarik.KUALA TERENGGANU, 30 Januari - Penciptaan jersi baharu Kelab Bolasepak Terengganu (TFC) hanya dibongkar setelah disimpan selama empat bulan oleh empat individu.Penyimpan rahsia itu termasuk Timbalan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim dan tiga individu lain yang tidak ingin didedahkan namanya. "Semasa saya dibentangkan beberapa 'sample design' (contoh reka bentuk) cadangan untuk jersi TFC, hanya empat orang sahaja yang melihat dan mengetahui reka bentuk tersebut. "Lama rahsia ini tersimpan. Tidak bocor dan tidak dapat dikesan. Memang jaga sungguh maklumat ini. Tahniah buat anak buah kami yang bekerja dengan bersungguh-sungguh. Saya percaya, empat bulan yang cukup terseksa untuk simpan rahsia jersi ini," jelas Hishamuddin. Beliau berkata demikian ketika memuat naik kenyataan itu di status Facebooknya semalam. Katanya, reka bentuk jersi itu dari sudut pandangnya sangat subjektif. "Lawa di mata kita, belum tentu lawa di mata orang lain. Hodoh di mata kita, belum tentu hodoh di mata orang lain," ujarnya, mengulas lanjut reka bentuk jersi tersebut. Bagaimanapun katanya, sebaik mungkin ia dilakar reka bentuk yang lebih sesuai, berbeza dengan tahun sebelumnya dan membawa identiti sendiri. Kini ia telah dijual di pasaran. "Kami minta jasa baik sebuah syarikat perniagaan pakaian sukan (yang menjual jersi tersebut) agar harganya ditetapkan jangan lebih dari RM100, supaya ia mampu dibeli semua pihak," katanya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata, berbaki hanya dua hari sahaja lagi (sehari lagi) untuk sepak mula Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menentang PKNS FC.Justeru katanya, beliau mengharapkan TFC bersaing dengan sengit dan mencapai kemenangan. Dijangkakan semua pasukan Liga Super 2019 mantap dan sangat berkualiti."Banyak pasukan memiliki pemain naturalisasi yang menambah resepi kekuatan jumlah pemain import masing-masing. "TFC mempertaruhkan anak tempatan sepenuhnya. Hanya berbekalkan lima tonggak pemain import. Tiada pemain naturalisasi," jelasnya lagi. Katanya, semangat dan jati diri mereka semua dalam perlawanan menentang Vietnam tempoh hari perlu dicontohi. "Beraksi dengan titik peluh anak tempatan yang gigih. Good luck! Jangan wat barrang awok kiter. "Saya sudah beli jersi 'home' dan 'away'. Kali ini dua versi ada belaka. 'Support' (sokong) pasukan yang disayangi. Anda sudah (beli)?" soalnya menyudahi kenyataannya di media sosial itu.
29 Jan 19
819
Empty Image
Tilawah Al-Quran Medium Martabat Syiar Islam - MB Terengganu
Kerajaan negeri berusaha mendidik masyarakat mencintai al-Quran. Foto - Solahuddin Al-IdrusKEMAMAN, 29 Januari - Penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran merupakan salah satu usaha serius Kerajaan Terengganu dalam memartabatkan syiar Islam dan mendaulatkan al-Quran dalam kehidupan rakyatnya.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri berkata, selain sebagai pendekatan dakwah, program tersebut dapat membantu meningkatkan cara tarannum di samping membantu penguasaan tajwid dalam masyarakat."Sebagai pihak yang memerintah, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai pemimpin untuk mendidik masyarakat agar mencintai al-Quran."Kerajaan sangat komited memupuk minat rakyat beragama Islam dalam membudayakan al-Quran sebagai rujukan utama kehidupan," katanya ketika merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, hari ini.Program berkenaan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini melibatkan 16 peserta dari seluruh daerah.Dr. Samsuri dalam ucapannya turut memaklumkan, kerajaan negeri melalui Bajet 2019 yang dibentangkan November lalu meneruskan program Skim Hafaz Al-Quran bagi peringkat sekolah dan terbuka dewasa dalam usaha memupuk minat masyarakat kepada kitab suci itu."Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan RM5 juta dalam program Mus'ab Umair untuk mendidik masyarakat tentang kefahaman al-Quran."Sebanyak RM3 juta juga dilaburkan dalam Program Pengajian Braille untuk membantu orang kurang upaya (OKU) mengenali al-Quran," katanya.
29 Jan 19
316
Empty Image
Terengganu Lancar RM15 Juta Tabung Usahawan Sejahtera
Haji Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman (kiri) menyampaikan replika cek TUGAS kepada Anuar Awang (kanan).KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Kerajaan Terengganu secara rasminya melancarkan Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) hari ini menyaksikan satu lagi manifesto PAS berjaya ditunaikan.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, manifesto tersebut secara rasminya telah dilaksanakan sebagaimana yang dijanjikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.Ujarnya lagi, pelancaran TUGAS adalah siri menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan janji yang telah ditawarkan kepada rakyat sehingga diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah negeri Terengganu.“Kita nak laksanakan janji kita kepada rakyat. Antara lain yang sedang berjalan dalam seminggu dua ini mengenai lesen (bantuan) sebanyak RM300."Insya-Allah akan berjalan melibatkan 25,000 peserta, dan itu bukanlah permulaan kepada pelaksanaan manifesto, itu adalah siri-siri menunaikan tanggungjawab (janji) yang telah kita janjikan pada rakyat,” jelasnya.Haji Mohd NurKhuzaini Ab.Rahman berucap ketika merasmikan TUGAS di hadapan usahawan-usahawan.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Tabung Usahawan Sejahtera di Dewan Konvensyen Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran, Kuala Terengganu hari ini.Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Hilmi Harun dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Anuar Awang.Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah YPU turut menyampaikan replika cek kepada usahawan-usahawan yang berjaya memohon Skim Pinjaman Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T) dan Skim Pinjaman Bisnes Online (SPBOL).Inisiatif di bawah kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu itu akan memberi manfaat kepada usahawan-usahawan dengan bantuan pinjaman sehingga RM30,000.Golongan OKU tidak ketinggalan untuk menerima manfaat TUGAS.TUGAS yang berjumlah RM15 juta akan meringankan beban buat para usahawan di Terengganu untuk memulakan perniagaan baharu atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada.Pelaksanaan manifesto yang terbaru itu menjadikan Terengganu antara negeri yang terawal telah melaksanakan separuh manifestonya ke arah menjadikan negeri itu Maju, Berkat dan Sejahtera.
29 Jan 19
80
Empty Image
Terengganu Sedia Dana Pendidikan Untuk Mahasiswa
Kerajaan negeri prihatin akan permasalahan kewangan pendidikan tinggi.Oleh: Amiirullah MansorDUNGUN, 29 Januari - Kerajaan Negeri Terengganu menyediakan biasiswa dan pinjaman kepada mahasiswa anak negeri tersebut untuk menyambung pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, kerajaan juga membuka kembali pinjaman yuran kepada pelajar yang telah mendapat tawaran daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT) sekiranya memenuhi syarat-syarat pemohonan. "Walaupun ada pelajar yang kurang cemerlang tetapi mendapat tawaran daripada universiti untuk menyambung pengajian, maka mereka berhak mendapat pinjaman.“Bagi golongan asnaf pula, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) turut menyediakan sumber kewangan Bahagian Pendidikan dalam bentuk biasiswa yang boleh dipohon daripada masa ke masa.Satiful Bahri giat wujudkan mekanisma membantu kewangan pendidikan tinggi."Manakala, peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) yang tidak cukup pinjaman kerana kos yurannya yang tinggi, mereka boleh buat pemohonan pinjaman dengan Yayasan Terengganu," katanya ketika berucap pada Majlis Dialog Mahasiswa Mahasiswi Dungun Bersama Exco Pengajian Tinggi dan Ahli Parlimen Dungun di Dewan Sivik Batu 48, semalam.Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka memaklumkan, sebahagian hasil perolehan negeri akan dibahagikan untuk kepentingan pendidikan mahasiswa. "Kita telah merancang bajet-bajet kewangan untuk pendidikan setelah selesai membentangkan Bajet 2019 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.“Sebahagian pendapatan kerajaan negeri akan digunakan untuk keselesaan mahasiswa belajar tanpa dibelenggu masalah kewangan dan sebagainya,” katanya.Satiful Bahri turut berharap mahasiswa yang mendapat peluang tersebut menggunakan sumber pinjaman itu dengan perkara berfaedah dan seterusnya dapat menjadi pemimpin masa depan negara yang lebih baik.Turut hadir, ADUN Rantau Abang, Alias Harun, ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik dan Pegawai Penyelidik Menteri Besar Terengganu, Azman Shapawi Abd Rani.
29 Jan 19
46
Empty Image
Buku Orang Terengganu Jadi Sumber Rujukan Sejarah
Oleh: NajibKUALA TERENGGANU, 29 Januari - Buku 'Orang Terengganu' mampu menjadi panduan dan rujukan kepada mereka yang berhasrat mengenali negeri itu lebih mendalam, bukan sahaja warga tempatan bahkan di seluruh pelusuk dunia yang mahu mengenali negeri Terengganu.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali berkata, rakyat Terengganu seharusnya berbangga dengan keunikan negeri mereka yang cantik, berbudi bahasa yang baik serta kaya dengan sejarah dan peradaban Melayu yang diwarisi turun-temurun.“Sebagaimana kita maklum, Terengganu mempunyai sejarah yang panjang di wilayah Semenanjung yang membentuk identiti kebudayaan dan bahasa pertuturan yang unik berbanding negeri-negeri di Malaysia.“Kerajaan negeri juga sentiasa komited dalam penghasilan dan penerbitan buku berkaitan negeri Terengganu kerana ia bukan sahaja bahan pembacaan dan penyelidikan malah sumber warisan intelek yang tiada galang gantinya,” katanya.Beliau yang mewakili Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata demikian ketika merasmikan pelancaran buku “Orang Terengganu” di Dewan Serbaguna Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), di sini, hari ini.Turut hadir, Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed, Penyunting Buku Orang Terengganu, Prof. Dato’ Muhammad Abu Bakar dan Presiden Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU), Prof. Kamaruzaman Yusof.Tambahnya, melalui buku ini, generasi baharu akan lebih mengenali asal usul jurai keturunan Melayu Terengganu sekali gus mampu menjadi cerminan dan membentuk jati diri.Sementara itu, Pengerusi PPAT, Ustaz Ridzuan Hashim mencadangkan agar buku ini menjadi cenderahati kerajaan negeri dalam program-program  agar ia menjadi ikon sejarah hidup orang Terengganu.Katanya, ianya secara tidak langsung akan membantu mempromosikan keunikan yang terdapat di Terengganu untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa.
29 Jan 19
816
Empty Image
Buku Orang Terengganu, Kisah Lalu, Kini Dan Masa Depan
KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Hampir 10 tahun mendambakan diri dalam menghasilkan sebuah karya yang memayungi landskap kehidupan orang Terengganu, akhirnya Buku Orang Terengganu, Asal Usul, Arus Hidup dan Arah Tuju siap sepenuhnya.Penulis dan penyuntingnya, Prof. Dato' Muhammad Abu Bakar berkata, naskhah itu mencakupi berbagai sudut  sejarah, sosiologi dan menyentuh masa lalu, masa kini dan masa depan bagi menyediakan satu warisan yang boleh dikongsi bersama generasi sekarang sekali gus mewujudkan rasa kekitaan yang sihat.“Saya ingin menjadikan buku ini sebagai mini ensiklopedia kepada rujukan untuk sejarah Terengganu termasuk berkongsi warisan yang boleh dikongsi bersama dengan generasi sekarang menerusi perbekalan kisah dan kenangan yang mampu memupuk nostalgia.“Penulisan ini juga bertujuan untuk merakam penghargaan kepada mereka yang telah menyumbang kepada pembangunan negeri ini…bukan sedikit daripada mereka yang telah dilupai atau dilenyapkan daripada ingatan atas pelbagai sebab,” ujarnyaBeliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran Buku Orang Terengganu, Asal Usul, Arus Hidup dan Arah Tuju di Dewan Serbaguna, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Padang Hiliran, di sini, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Haji Yahaya Ali, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Ustaz Ridzuan Hashim dan Pengarah PPAT, Marzialina Mohamed.Buku yang mempunyai 484 halaman ini dijual dengan harga RM80 setiap satu mempunyai hampir 60 entri yang disumbangkan oleh 25 pengarang yang berlainan.Mengulas masa yang terlalu lama diambil menyiapkan buku itu, Mohammad berkata persediaan yang mencukupi perlu dibuat dari aspek bagaimana mendekati soalan, bagaimana menggayakan isu yang dihadapi dan bagaimana untuk menghidupkan cerita yang dimaksudkan itu.“Oleh itu, kita perlu menstrukturkan tulisan berkenaan dan itu yang memakan masa. Kemudiannya untuk melebar luaskan sumbangan yang seharusnya diserap dalam buku berkenaan… untuk itu kita perlu mencari orangnya dengan kepakarannya, mencari tokoh yang wajar diserap sama ada yang telah mati atau masih hidup tetapi tidak lagi aktif atau sebaliknya.“Kita perlu memastikan tulisan yang belum ada diadakan, dari segi penterjemahannnya, penggarapan nilai-nilainya termasuk buku-buku lain dan sebagainya… itu yang memakan masa yang lama untuk menyiapkannya,” ujarnya lagi.Tambahnya lagi, beliau juga berdepan dengan cabaran getir untuk melengkapi buku ini dalam beberapa perkara termasuk mendapat persetujuan untuk  sama-sama berkongsi bahan dalam projek ini.“Setelah menerima sumbangan dalam bentuk pemikiran, sebahagian dari mereka tidak mempunyai artikel atau rencana yang sedia lengkap tetapi berselera dan masalahnya bagaimana hendak tangani bahan yang berselerak untuk diadunkan sebagai artikel mantap yang mampu dijadikan entri tersendiri.“Saya juga berdepan dengan realiti hak cipta, bagaimana nak menyaring tulisan orang lain tanpa mendapat hak ciptanya, dan apa yang kita lakukan…mengguna bahan dengan persetujuannya dan menzahirkan tulisan baru dari sudut yang berlainan dan bukan ciplak bahan orang lain,”katanya.
29 Jan 19
1604