Artikel "Utama" Terkini
Liga Super 2019 : Malik Penyelamat Skuad Penyu
Malik meraikan jaringan penyamaan TFC.KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Penyerang gantian, Abdul Malik Mat Arif muncul sebagai penyelamat Terengganu Football Club (TFC) dalam perlawanan pembukaan Unifi Liga Super 2019 menentang pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), semalam.Malik yang masuk menggantikan Mohd Shahrul Aizad Zukufli menjaringkan gol pada minit ke-89 untuk mengikat kedudukan 1-1 sehingga tamat perlawanan.Turun tanpa tonggak import, Lee Andrew Tuck, TFC kelihatan ampuh apabila mendominasi perlawanan yang berakhir 0-0 pada separuh masa pertama.Bagaimanapun, tandukan pertahanan PKNS, Nicholas Ryan Swirad pada minit ke-65 nyata mengejutkan tuan rumah.Pasukan kendalian Irfan Bakti itu mula terumbang-ambing dengan penguasaan bola pasukan lawan selepas ketinggalan gol.Perlawanan turut dicemari insiden pergaduhan antara penyerang lawan, Chan Vathanaka dan Muhammad Khairu Azrin Khazali menyaksikan Chan serta Igor Zonjic dilayangkan kad kuning.TFC kembali menguatkan serangan pada penghujung perlawanan yang membuahkan gol penyamaan.Pergaduhan cemari aksi pembukaan di SSINS.Tuan rumah turut mendapat peluang merampas tiga mata, namun rembatan kencang penyerang baharu Skuad Penyu, Sanjar Shaakhmedov sekadar melewati palang.Perlawanan dimeriahkan dengan kehadiran seramai 8,300 penyokong hitam putih yang tidak henti melaungkan sokongan.Turut hadir, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim.Kesebelasan utama TFC.
01 Feb 19
80
Terengganu FC Lancar Kempen Tiga Zero
KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Terengganu FC (TFC) bersama pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyeru rakyat Terengganu supaya menjadikan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) sebagai 'tiga zero'.Ianya dalam erti kata lain adalah bebas daripada sampah (zero sampah), asap rokok (zero asap rokok) dan kuaci (zero kuaci)."Kita masuk ke stadium tanpa sampah dan tinggalkan stadium tanpa sebarang sampah."Stadium adalah kawasan larangan merokok, jadi sama-sama kita menjaga keselesaan bersama untuk tidak merokok di dalam stadium."Butir kuaci adalah dilarang dibawa masuk ke stadium atas faktor sampah kulit makanan ini yang akan ditinggalkan di serata stadium," jelas TFC di laman Facebook rasminya hari ini.Katanya, budaya baharu itu perlu dimulakan di SSINS yang merupakan 'rumah kedua' penyokong pasukan bola sepak Terengganu."Kita perlu menjaga kebersihan dan hubungan antara sesama penyokong."Bersempena dengan musim baru Liga Malaysia 2019, marilah kita sama-sama melangkah ke hadapan dengan menjadi individu yang lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan dan hubungan antara satu sama lain."Kepada semua penyokong, ayuh bermula tahun 2019, kita sama-sama tampilkan sikap positif di samping memberikan sokongan yang utuh buat pasukan kesayangan kita," ujarnya.
01 Feb 19
93
MB Mahu Penyokong Terengganu FC Ambil Peluang Berhenti Rokok
Dr. Samsuri mahu penyokong bina sikap positif.KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Menjelang perlawanan pembukaan Liga Super 2019 hari ini, penyokong pasukan Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) diingatkan untuk tidak merokok di dalam Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) ketika menonton perlawanan.Bertepatan dengan pewartaan kawasan larangan merokok yang dikuatkuasakan bermula Januari tahun ini, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mahu penyokong pasukan negeri itu mengambil peluang itu untuk berhenti merokok."Inilah masanya rakyat negeri ini mengambil peluang mengurangkan penggunaan rokok lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang menekan semua pihak," katanya ketika ditemui pemberita pada pelancaran jersi pasukan TFC di Kompleks Sukan Gong Badak, baru-baru ini.Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berkata, kerajaan negeri menyokong penuh usaha ini dan berharap para penyokong dapat bersikap positif."Kita ingin memastikan persekitaran yang sihat dinikmati oleh semua kalangan masyarakat dalam negeri Terengganu terutamanya komuniti sukan," katanya.Sementara itu, Timbalan Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim turut memaklumkan, persatuan itu dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) melaksanakan kempen kebersihan dengan menyediakan plastik sampah di tempat duduk penonton."Kami amat berharap penyokong dapat bersama-sama menjaga kebersihan stadium dalam usaha kita mewujudkan budaya positif di kalangan peminat TFC," katanya.
31 Jan 19
271
Sultan Mizan Titah Rakyat Jadikan Al-Quran Sahabat Akrab
Tuanku Mizan mahu rakyat akrab dengan al-Quran.KEMAMAN, 1 Februari - Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah supaya rakyat negeri itu menjadikan al-Quran sebagai amalan harian dan panduan kehidupan.Baginda turut memetik hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Bacalah al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang sebagai syafaat kepada pembacanya."Oleh itu, setiap Muslim wajib menjadikan al-Quran sebagai sahabat di dunia untuk kekal menjadi sahabatnya di akhirat," titah Baginda ketika merasmikan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, semalam.Tuanku Mizan yang berkenan hadir bersama Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah turut menyeru masyarakat supaya meningkatkan kefahaman dalam membaca al-Quran."Apa yang lebih penting adalah menghayati dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan," titah Baginda.Dalam majlis tersebut, qari dari Kuala Terengganu iaitu Abdul Hadi Che Abdul Halim serta Qariah Setiu, Nor Hidayah Ab Rahman menggondol gelaran johan pertandingan.Mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.Johan qari dan qariah negeri Terengganu 2019.Kedua-dua mereka akan mewakili negeri Terengganu di peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Seremban, Negeri Sembilan. Turut hadir mengiringi tuanku ialah Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan isteri; Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama isteri, Tuan Faizah Ab Rahman serta exco-exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.
31 Jan 19
923
'Ayah Lie' Mengaku Khalwat Dengan Pelajar Sendiri
Wan Abd. Malik menjawab persoalan daripada wartawan.KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Seorang guru al-Quran persendirian dijatuhkan hukuman denda RM2,600 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu kelmarin kerana berkhalwat dengan pelajarnya, di dalam kereta di Taman Pulau Warisan, di sini.Pengajar persendirian yang terkenal dengan panggilan ‘Ayah Lie’ di kalangan pelajarnya itu turut dikenakan hukuman penjara selama tiga minggu sekiranya gagal membayar denda dalam tempoh yang ditetapkan.Ketua Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, Wan Abd. Malik Wan Sidek berkata, tertuduh yang bekerja sendiri sebagai guru al-Quran mengaku bersalah atas tuduhan khalwat.Jelasnya lagi, kesalahan yang dilakukan oleh ‘Ayah Lie’ merupakan kesalahan yang tidak boleh tangkap berada di bawah Mahkamah Rendah Syariah yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM 3,000 atau penjara maksimum 2 tahun atau kedua-duanya sekali.“Mengikut fakta kes, dia mengajar mengaji dan aktif mengajar di kampungnya.“Kesalahan yang dilakukan ini merupakan kesalahan tidak boleh tangkap dengan hukumannya ialah denda maksimum RM 3,000 atau penjara maksimum 2 tahun atau kedua-duanya sekali,"katanya.Beliau berkata demikian semasa ditemuramah oleh wartawan di pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, hari ini.Kes jenayah syariah lesbian dan khalwat adalah dua kes yang berbeza.Tambah beliau, kes ‘Ayah Lie’ itu berbeza dengan kes jenayah syariah lain yang dijatuhkan hukuman sebatan seperti kes pasangan lesbian tempoh hari berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah yang membawa hukuman berbeza.Sebatan yang melibatkan pasangan lesbian itu berada di bawah Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang boleh membawa kepada hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. Berbeza dengan kes ‘Ayah Lie’ yang disabitkan dengan kes khalwat yang berada di bawah seksyen 31(a), kesalahan di bawah seksyen ini boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.“Berbeza dengan kes lain sebelum ini yang melibatkan sebatan."Yang melibatkan sebatan itu ialah kesalahan yang melibatkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau enam kali sebatan, itu hanya melibatkan tujuh kes sahaja yang ada dalam undang-undang kita, kes khalwat tak termasuk,” katanya.
31 Jan 19
1298
Sokong Hari Hijab Sedunia - Cikgu Alias
Oleh :Nooreni Abu Bakar DUNGUN - Hari Hijab Sedunia yang mula disambut sejak 2013 setiap 1 Februari di seluruh dunia turut mendapat maklum balas positif daripada orang ramai serta pemimpin negeri ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Perpaduan Nasional negeri, Cikgu Alias Harun turut memuji inisiatif mengadakan hari istimewa dan membawa mesej yang jelas demi memartabatkan kaum hawa beragama Islam itu."Saya sokong dengan usaha murni penganjuran acara sebagai memurnikan lagi hari hijab di kalangan rakyat kita,"kata beliau ketika dihubungi wakil media Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang itu juga menyokong acara yang bakal diadakan di tiga tempat berasingan iaitu di Pantai Batu Buruk, Arena Square, Dungun dan Pantai Kemasik, Kerteh."Jadi tiga kawasan ini untuk langkah pertama memang baguslah dimulakan dan berharap di masa akan datang diteruskan di kawasan-kawasan lain."Ia bertepatan dan mampu mencapai objektif untuk menarik ramai di kalangan rakyat tempatan kerana memilih kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai,"katanya.Menurut beliau, ibu bapa terutama yang bergelar ketua keluarga mesti berperanan untuk menegur anak dan isteri supaya menjaga aurat dengan sempurna.Alias seterusnya mengajak masyarakat mengambil cakna kewajipan umatnya menutup aurat seperti yang disebut di dalam al-Quran kerana kehidupan di dunia akan dinilai oleh Allah SWT di akhirat kelak."Saya juga mengingati diri saya yang juga seorang ayah dan suami yang mempunyai isteri dan anak-anak semoga kita tidak akan menyesal tak sudah di akhirat nanti."Jadi kita tidak tertipu dengan menggayakan fesyen-fesyen yang menjadi asbab kita dihumban ke neraka jahanam," katanya lagi.Tambahnya, dengan tema, 'Sempurnakan AuratMu', ianya adalah sesuatu yang sepatutnya diperkasakan sesuai dengan prinsip yang sedang ditekankan Kerajaan Terengganu yang mementingkan patuh syariah dalam semua aspek kehidupan.
31 Jan 19
162
Dua Beradik Johan Majlis Menghafaz Al-Quran Terengganu 2019
Zulhilmi menerima piala kemenangan daripada Satiful Bahri sambil diperhatikan Mohd Nor.KEMAMAN, 31Januari - Pasangan adik-beradik, Muhammad Zulhilmi Ab Rahman, 20, dan Radhiah Ab Rahman, 24, mendominasi Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 2019 apabila kedua-duanya dinobatkan sebagai johan kategori 1 hingga 30 juzuk.Majlis berkenaan berlangsung di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman selama tiga hari dan menampilkan 26 peserta dalam tiga kategori iaitu 1 hingga 10 juzuk, 1 hingga 20 juzuk dan 1 hingga 30 juzuk.Kemenangan tersebut menyaksikan Zulhilmi dan Radhiah masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM8,000, piala beserta sijil yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat.Dididik mencintai al-Quran, Zulhilmi merakamkan terima kasih kepada kedua ibu bapa dan sahabat-sahabat yang mendoakan dan menyokongnya.Radhiah turut raih gelaran johan seperti adiknya."Saya tidak sangka menjadi johan kerana mengalami masalah ketika menjawab soalan tafsir," katanya ketika ditemubual TV Darul Iman, hari ini.Sementara itu, Radhiah turut menyampaikan pesan kepada anak-anak muda yang ingin menghafaz al-Quran."Usaha semampunya dan serahkan hasilnya kepada Allah SWT."Manfaatkan masa belajar dengan berusaha bersungguh-sungguh. Akan ada suatu masa nanti kita tidak berkesempatan untuk belajar, jadi manfaatkan masa ini," katanya.Bapa mereka, Ab Rahman Ab Jalil, 65, yang turut hadir menyaksikan kemenangan tersebut berkata, amalan mengajar setiap pagi menarik minat anak-anaknya mendalami al-Quran.Pengasas Madrasah ad-Diniah Jaliliah yang terletak di Kampung Bemban, Dungun itu mempunyai 24 orang anak dan hampir kesemuanya menghafaz al-Quran."Saya hanya berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT. Saya berharap anak-anak saya dapat terus berdakwah dengan kelebihan yang dikurniakan kepada mereka," katanya.Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.Kedua-dua johan bersama ibu bapa mereka.
31 Jan 19
178
Taman Negeri Kenyir Diperluas 30 Ribu Hektar - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Kerajaan negeri kini memperluaskan Taman Negeri Kenyir sehingga 30,000 hektar sekali gus Terengganu menjadi negeri pertama di Malaysia yang mewartakan Rangkaian Utama sebagai kawasan perlindungan.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penambahan kawasan hutan kepada Taman Negeri Kenyir ini meliputi sebahagian kawasan Hutan Simpan Tembat di mana terletaknya Rangkaian Utama 7 (Primary Linkage 7 – PL7) daripada Central Forest Spine (CFS)."Rangkaian Utama 7 (PL7) ialah nama rasmi bagi Koridor Hidupan Liar Kenyir (Kenyir Wildlife Corridor). Terdapat sebanyak 17 Rangkaian Utama sepanjang CFS di Semenanjung Malaysia. PL7 menjadi sambungan untuk lanskap hutan bersebelahan Taman Negara," jelasnya. Menurutnya, pada 22 November 2018, Kerajaan Terengganu mengumumkan penambahan hutan seluas 19,614 hektar untuk diwartakan sebagai Taman Negeri Kenyir."Langkah ini menjadikan keluasan kawasan asal Taman Negeri Kenyir bertambah lebih dua kali ganda (10,386 diwartakan pada Mei 2018 dan dikenali sebagai “Taman Negeri Lawit Cenana”)."Ini seterusnya meluaskan jaringan kawasan darat terlindung di Terengganu. Taman Negeri Kenyir yang terletak di sekitar kawasan tadahan air Kenyir kini berkeluasan 30,000 hektar," jelasnya dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebooknya hari ini.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, langkah Kerajaan Negeri Terengganu untuk melindungi lebih banyak hutan akan membantu menurunkan pengeluaran karbon selaras dengan Paris Agreement. Kerajaan negeri katanya, bersemangat mengambil langkah-langkah untuk melawan perubahan iklim."Kawasan hutan merupakan ekosistem yang memberi faedah kepada rakyat Terengganu seperti air minuman yang bersih, kawalan hakisan, air bersih tanpa sedimen untuk menjana hidroelektrik dan kelangsungan sumber ikan. "Salah satu peranan penting hutan di negeri Pantai Timur ini adalah untuk mengurangkan kesan buruk kepada banjir," jelas beliau lagi.Menurut beliau, kewujudan Taman Negeri Kenyir akan menggalakkan pergerakan haiwan dan sebaran tumbuhan. "Kewujudan spesis tumbuhan ikonik seperti Rafflesia, sekurang-kurangnya 43 spesis mamalia dan sekitar 290 spesis burung termasuk sembilan spesis burung enggang, menjanjikan tarikan utama kepada para pelancong yang meminati alam sekitar dan aktiviti luar. "Ini juga akan menarik perhatian penyelidik yang ingin melakukan kajian saintifik," jelasnya lagi.Beliau berkata, fasa seterusnya dalam pengurusan Taman Negeri Kenyir ini melibatkan pembangunan skim bio-kewangan (bio-financing) untuk menjana pendapatan daripada penjagaan hutan yang sihat secara lestari. "Pendapatan juga akan diuruskan melalui Tabung Amanah Taman Negeri untuk memastikan sumber jangka panjang untuk kerja-kerja penguatkuasaan, eko-pelancongan, dan aktiviti penduduk komuniti di sekitar taman tersebut."Pemeliharaan alam sekitar adalah sangat penting untuk melawan perubahan iklim. Pada masa yang sama, ini akan menjadikan Terengganu sebagai destinasi eko-pelancongan yang unggul," ujarnya.
30 Jan 19
563
8 Pemohon Terima Rumah Mampu Milik Paya Lawas Terengganu
Pegawai penyelaras DUN Bukit Besi (dua dari kiri), Ghazali Sulaiman menyerahkan kunci RMM kepada pemohon yang berjaya.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 31 Januari - Hajat memiliki kediaman sendiri akhirnya menjadi kenyataan apabila seramai lapan pemohon berjaya menerima Rumah Mampu Milik (RMM) di Paya Lawas.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kegembiraan dan kelegaan jelas terpancar pada wajah pemohon yang berjaya mendapatkan rumah itu.Jelasnya, rumah kediamaan sememangnya menjadi impian dan keperluan yang sangat penting untuk setiap orang untuk bagi menjalani kehidupan seharian."Kita mengharapkan agar rumah yang akan didiami ini dapat menyempurnakan kehidupan mereka."Kita sedia maklum bahawa memiliki rumah kediaman adalah impian setiap mereka yang berkeluarga bagi menjadi tempat perlindungan serta menjalani kehidupan berkeluarga dengan selesa," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengundian Lot, Tandatangan Perjanjian, dan Penyerahan Kunci RMM di Pusat Khidmat DUN Bukit Besi semalam.Turut hadir dalam majlis itu ialah wakil Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT), Mohd Fauzi Taha.Pemohon yang berjaya mendapatkan RMM mengucapkan terima kasih kepada pegawai penyelaras DUN.Beliau menambah, mereka yang terpilih itu diharap dapat mengikuti segala syarat dan perjanjian yang telah dipersetujui semasa proses dan tapisan daripada PERMINT."Kita berharap agar segala perjanjian dan syarat yang ditetapkan dapat dipenuhi oleh kelapan-lapan mereka ini."Antara syaratnya adalah rumah berkenaan perlu benar-benar didiami, bukan duduk sekejap-sekejap serta hanya menjadi persinggahan," tambahnya.Menurutnya, majlis penyerahan RMM ini menjadi bukti bahawa Kerajaan Terengganu benar-benar memahami kesusahan dan keperitan yang dihadapi oleh rakyat.Pegawai penyelaras DUN, Ghazali Sulaiman bersama-sama pemohon yang berjaya mendapatkan RMM.Kerajaan negeri juga akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu memudahkan setiap urusan rakyat di negeri itu ke arah melahirkan negeri Maju, Berkat dan Sejahtera.
30 Jan 19
1842
Terengganu Inc Penaja Terbesar TSG
Ustaz Wan Sukairi (tengah) bersama syarikat-syarikat penaja Terengganu Inc TSG. KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memberi tajaan kepada Terengganu Cycling Team (TSG) sebanyak RM3 juta mendahului 22 penaja terkenal lain.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, TSG menerima sejumlah RM8.03 juta penajaan berbentuk wang, barangan dan perkhidmatan daripada 23 penaja terkemuka dunia dan peringkat nasional termasuk Terengganu Inc.Katanya, penajaan berbentuk kewangan berjumlah RM5.15 juta manakala penajaan berbentuk barangan berjumlah RM2.56 juta di samping perkhidmatan, berjumlah RM315,000."Dengan kesudian Terengganu Inc menaja pasukan Terengganu Cycling Team sebagai penaja terbesar, bermulanya musim 2019, pasukan ini akan mempunyai nama rasmi baharu iaitu Terengganu Inc. TSG," jelas beliau.Dr Ahmad Samsuri berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah pada Majlis Pelancaran dan Memperkenalkan Pelumba Serta Barisan Penaja Pasukan Terengganu Inc TSG di Dewan Gemilan Primula Beach Hotel di sini semalam.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Pengarah Eksekutif Pasukan Terengganu Inc TSG, Dato’ Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil, pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan jurulatih pasukan tersebut.Ustaz Wan Sukairi (berdiri tengah) bersama pelapis muda Terengganu Inc TSG..Menurut Dr Ahmad Samsuri, Terengganu Inc TSG diwakili oleh sembilan anak Terengganu dan enam pelumba import termasuk dari Rusia, Australia, Singapura, Eritrea, Mongolia dan Algeria."Pelumba-pelumba import yang diambil adalah bagi memperkuatkan pasukan di samping berfungsi sebagai 'marketing tools' bagi mempromosikan Terengganu Inc TSG di negara masing-masing," jelasnya.Katanya, kemuncak kecemerlangan Terengganu Inc TSG adalah pada musim 2018, apabila pasukan itu mula diiktiraf oleh penganjur-penganjur di Eropah dengan jemputan-jemputan perlumbaan 'Union Cycliste Internationale' (UCI), diterima dari Perancis, Hungary, Croatia dan Azerbaijan."Ini merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan apabila Terengganu Cycling Team yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan pada tahun 2011 bertujuan mempromosi negeri kepada dunia luar," katanya lagi.Menurut beliau, bermula musim 2019 Terengganu Inc TSG telah mula mendapat jemputan siri-siri perlumbaan di Asia Tour, Europe Tour dan Afrika Tour.
30 Jan 19
334