Artikel "Utama" Terkini
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Bakal Bertukar Wajah
KUALA TERENGGANU, 4 Februari - Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) akan berubah wajah apabila kerja mengecat bahagian dalaman dimulakan tidak lama lagi.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, bagaimanapun, venue utama pasukan Terengganu Football Club (TFC) sebagai tuan rumah bagi saingan Liga Super 2019 perlu dibersihkan terlebih dahulu yang melibatkan seluruh tempat duduk."InsyaAllah kita mulakan proses pembersihan menggunakan pancaran air (waterjet) untuk membersihkan semua kekotoran terlebih dahulu."Sehubungan itu, PBSNT mahu penyokong bersama pihak berkuasa yang terlibat menyertai program gotong-royong ini yang akan ditetapkan tarikh yang bersesuaian nanti,"katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook rasmi beliau selepas melawat stadium itu, kelmarin.Sebelum itu, Hishamuddin berkata, cadangan mengecat semula SSINS itu sudah dibentangkan di peringkat PBSNT yang dimulakan pada 1 Disember lalu menerusi mesyuarat penyelarasan bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sebagai `tuan punya' stadium berkenaan bagi merangka pelan membaik pulih kemudahan sukan itu (termasuk cat).Menurut beliau lagi, keputusan mesyuarat juga bersetuju untuk berusaha mendapatkan sokongan pihak ketiga bagi membekalkan cat secara percuma."Pun begitu, usaha itu menemui jalan buntu. MBKT berusaha dengan memohon bajet sokongan dengan pihak SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu). Surat dipanjangkan pada 23 Januari 2019."Susulan itu juga, MBKT telah menjalankan gotong-royong membersihkan SSINS pada 23 dan 24 Januari 2019,"katanyaTambah beliau, usaha gotong-royong itu tidak digerakkan secara melulu berikutan faktor cuaca dan usaha untuk meminimakan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan kerajaan negeri.Katanya lagi, MBKT dijangka akan memanggil mesyuarat bersama pada 4 Februari ini untuk melaksanakan tindakan seterusnya supaya hasrat menukar wajah keseluruhan SSINS direalisasi.
03 Feb 19
1867
Selamat Tahun Baru Cina : Bersama Membina Terengganu Maju Berkat Sejahtera
Perutusan Menteri Besar Terengganu Darul ImanPerayaan Tahun Baharu Cina merupakan satu perayaan penting bagi masyarakat Tionghua. Ia menandakan permulaan tahun baharu bagi kalendar masyarakat Cina dan tahun ini merupakan tahun khinzir. Masyarakat Tionghua percaya tahun ini bakal membawa banyak keuntungan dan kekayaan kepada mereka.Di Terengganu, masyarakat Tionghua memberi sumbangan besar khususnya terhadap aktiviti pelancongan dan ekonomi. Mereka juga hidup aman dan harmoni dikelilingi oleh orang Melayu dan bangsa lain. Perbezaan agama, bangsa dan fahaman politik tidak menghalang mereka menjalankan aktiviti harian. Malahan, mereka saling bekerjasama apabila diperlukan.Diharapkan keharmonian yang dirasai ini terus dinikmati oleh generasi akan datang. Semoga masyarakat Tionghua di Terengganu sentiasa bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan program pembangunan kepada seluruh rakyat Terengganu. Bersama kita membangunkan dan membina Negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Akhir kata, mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua di Malaysia khususnya Negeri Terengganu. Gong Xi Fa Chai! Xin Nian Kuai Le!"Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera""Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera"Dr Ahmad Samsuri bin MokhtarMenteri Besar Terengganu4 Februari 2019登嘉楼州务大臣新年献词华人农历新年是华人社会的重要传统节日。华人农历新年也是农历一年来的始端,一个美好的开始。今年是生肖猪的一年。华人社会相信今年将会为他们带来许多好运和财富。在登嘉楼州,华裔社会为当地的旅游业和经济活动做了相当大的貢献。这里的华人也能够与当地的马来人以及其它族群和睦相处地生活。虽然有宗教,种族和政治理念的差异,但并不妨碍他们的日常活动。相反的,他们还会在需要时一起合作完成事项。但愿各族和睦共处的风气能够一直延续到下一代。同时希望登嘉楼的华人社会能够经常与州政府合作,为所有登嘉楼人民实施发展计划。让我们一起发展和建设一个进步的,幸福和繁荣的登嘉楼州。最后,我谨代表登嘉楼州政府,祝贺马来西亚和登嘉楼州的华裔同胞: 恭喜发财!新年快乐!"进步的,幸福的和繁荣的登嘉楼州''州繁荣,人民幸福"阿末三苏里博士登嘉楼州务大臣2019年2月4日
03 Feb 19
1455
6,000 Saman Dikeluarkan Sepanjang Ops Selamat
Yahaya (kanan) memakaikan topi keledar kepada seorang pengguna jalan raya.KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Sebanyak 6,000 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Ops Selamat yang dilancarkan sejak 29 Januari lalu sehingga malam tadi.Ketua Polis Negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, daripada jumlah itu, 2,437 melibatkan enam kesalahan utama iaitu pandu laju, melanggar lampu isyarat, menggunakan lorong kecemasan, potong Q, garisan berkembar dan penggunaan telefon bimbit.“Pelaksanaan operasi itu memberi tumpuan kepada konsep ronda dan statik di kawasan yang kerap berlaku kemalangan,” katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Terengganu 2019 berdekatan Bazar Padang Negara di Jalan Sultan Mahmud, di sini petang ini.Program itu disempurnakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali.Sebanyak 1,500 'goodies', termasuk 150 topi keledar diedarkan kepada pengguna jalan raya.Datuk Aidi turut memberitahu, pihaknya menjangkakan berlakunya peningkatan tiga kali ganda sehingga mencecah 150,000 buah kenderaan menggunakan laluan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.“Pertambahan di laluan itu akan menyebabkan berlaku kesesakan. Oleh itu pihak kami mengingatkan pengguna agar lebih berhati-hati dengan mematuhi peraturan bagi mengelak jumlah kemalangan daripada turut mencanak,” katanya.Katanya, keadaan sama dijangka turut berlaku di jalan-jalan lain, oleh itu pihaknya menempatkan 200 anggota serta 38 pegawai polis di lokasi- lokasi yang telah dikenal pasti akan berdepan dengan masalah kelancaran aliran trafik."Kita menjangkakan dalam beberapa hari menjelang dan ketika perayaan tidak lama lagi, jumlah kenderaan akan meningkat kepada 40,000 buah setiap hari," katanya.
03 Feb 19
44
Kerajaan Negeri Berhasrat Majukan Kem PLKN Cador
Mohd Nor melawat sekitar Kem PLKN Cenderawasih sempena lawatan kerja hari iniMARANG, 3 Februari- Kerajaan negeri berhasrat menjadikan Kem PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) Cenderawasih, Cador sebagai pusat latihan dan perkaderan untuk agensi kerajaan terutama bagi tujuan pembangunan insan termasuk pusat pemulihan dadah holistik.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, kem tersebut menjadi pilihan selepas melihat lokasinya yang strategik serta kesesuaian dari segi prasarana dan perkhidmatan asas yang tersedia di situ.Katanya, kerajaan negeri akan menimbang pelbagai faktor termasuk aspek kos berkaitan untuk memanfaatkan kemudahan di situ tanpa membiarkannya rosak begitu sahaja.“Saya rasa kita boleh guna tempat ini untuk agensi-agensi kerajaan khususnya di bawah pembangunan insan, latihan-latihan yang sesuai untuk guna sama tempat ini sebelum kita tentukan dan tetapkan untuk menjadikannya sebagai pusat pemulihan penagih dadah atau tidak.“Tapi pada peringkat awal ini, saya amat menyarankan untuk pusat latihan dan InsyaAllah saya akan berbincang dengan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) termasuk beberapa agensi yang berperanan memberi latihan dan perkaderan pada pegawai, kakitangan kerajaan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan sebagainya,” katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika melakukan lawatan ke kem PLKN Cenderawasih Cador, di Sungai Temala, Marang, di sini, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong; Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri, Mat Azmi Arshad dan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Strategic & Intergrity Institute (TSIS), Dr Wan Mat Sulaiman dan Pengarah AADK negeri, Wan Jalani Wan Ismail.Mohd Nor juga berkata, beliau akan menilai kesesuaian lokasi itu untuk dimajukan sebagai pusat pemulihan penagih dadah yang akan dilaksanakan pada 2020.Jelasnya, beliau akan mengadakan perbincangan mengenai perkara ini dengan jabatan-jabatan yang berkaitan sebelum membawanya kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.“InsyaAllah, penelitian dan kesesuaian ciri-ciri untuk kita penuhi sebagai pusat pemulihan dadah akan kita dapatkan dari semua pihak jawatankuasa termasuk AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan), Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), beberapa pensyarah UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) termasuk UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri) sendiri mengenai perbelanjaan di sini.“Susulan ini, kita akan penuhi beberapa lawatan lagi dan sekarang kita tengah siapkan modul, cadangan dan saranan untuk semua pihak termasuk UPEN sendiri tentang kos perbelanjaan akan datang …dan bagi AADK, apakah keperluan yang kita perlu ada dan perlu penuhi untuk kita jadikan ia pusat pemulihan dadah kemudian mengenai kakitangan yang akan diwujudkan …semua perlu diperkemaskan,”ujarnya lagi.Katanya, jika mendapat persetujuan dan saranan daripada agensi berkaitan dengan kos yang sesuai, kem itu akan dimajukan sebagai pusat latihan atau pusat pemulihan dadah sebagaimana yang terkandung dalam Manisfesto Kerajaan PAS baru-baru ini.
03 Feb 19
628
Terengganu Akan Tambah Taman Negeri
Dr Ahmad Samsuri (kanan) ditemu bual wartawan selepas merasmikan Karnival Sambutan Tahun Baru Cina 2019 di Kampung Cina kelmarin.KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Kerajaan negeri akan mengenal pasti kawasan hutan yang sesuai untuk diisytiharkan sebagai Taman Negeri dengan objektif mempertahankan Terengganu sebagai penyumbang keperluan oksigen penting di Malaysia.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Taman Negeri Kenyir antara yang menepati objektif berkenaan dan kerajaan akan memperluaskan keperluan itu ke daerah lain termasuk Setiu dan sebagainya."Kita (kerajaan) bergerak selari dengan kempen di peringkat antarabangsa. Kita tidak mahu terkebelakang dalam soal ini," jelas beliau ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Sambutan Tahun Baru Cina 2019 di Pentas Sementara Kampung Cina, di sini, kelmarin.Dr Samsuri berkata, aset yang ada di Terengganu termasuk hutan, sungai dan sebagainya adalah anugerah tuhan dimanfaatkan untuk semua orang."Sebab itu kalau warga media rakyat negeri Terengganu dan Malaysia pergi ke sungai-sungai di Negeri Terengganu dan cuba bandingkan dengan negeri-negeri lain, saya rasa suasana lebih baik keadaan alam sekitar itu berbanding negeri-negeri berkenaan."(Kebaikan) ini yang akan kita pertahankan sekali gus kita akan menambah kawasan berkenaan untuk menyumbang lebih lagi (untuk negeri dan negara)," ujarnya.Di samping itu, katanya kerajaan negeri akan mengawal pembangunan di sekitar kawasan berkenaan agar tidak menjejaskan taman negeri tersebut.Sebelum itu, kerajaan negeri telah memperluaskan Taman Negeri Kenyir sehingga 30,000 hektar sekali gus Terengganu menjadi negeri pertama di Malaysia yang mewartakan Rangkaian Utama 7 sebagai kawasan perlindungan.Menteri Besar berkata, penambahan kawasan hutan kepada Taman Negeri Kenyir ini meliputi sebahagian kawasan Hutan Simpan Tembat di mana terletaknya Rangkaian Utama 7 (Primary Linkage 7 – PL7) daripada Central Forest Spine (CFS)."Rangkaian Utama 7 (PL7) ialah nama rasmi bagi Koridor Hidupan Liar Kenyir (Kenyir Wildlife Corridor). Terdapat sebanyak 17 Rangkaian Utama sepanjang CFS di Semenanjung Malaysia. PL7 menjadi sambungan untuk landskap hutan bersebelahan Taman Negara," jelasnya.
02 Feb 19
130
Kerajaan Terengganu Bayar Kos Ujian Lesen Motosikal
Wan Sukairi Wan Abdullah.KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Kerajaan negeri membayar semua kos membuat Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) 2019 termasuk perlindungan Insurans Takaful. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, bagaimanapun semua kos itu tidak termasuk makan minum, pengangkutan pergi dan balik dari rumah peserta ke Institut Memandu (IM) serta kos ujian ulangan jika peserta gagal dalam satu-satu ujian. Serentak itu, beliau menafikan dakwaan kononnya kerajaan negeri hanya membayar harga lesen motosikal sahaja sebanyak RM20 sebagaimana tular di media sosial baru-baru ini. Justeru beliau menasihatkan supaya orang ramai tidak percaya kepada tuduhan tersebut kerana ia sama sekali tidak benar. "Janganlah percaya kepada fitnah orang yang sentiasa cemburu kepada kesungguhan Kerajaan Terengganu untuk memenuhi janji manifesto kepada rakyat," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam status facebook beliau hari ini. Menurut Wan Sukairi, peruntukan yang diumumkan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk program LMTS 2019 berjumlah RM7,000,000. "Jika RM20 sahaja setiap orang maka kerajaan boleh memperuntukkan kepada 350,000 orang, tetapi program LMTS 2019 ini memperuntukkan untuk 25,000 orang. "Harga siling Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada IM untuk lesen motosikal B2 ini ialah RM350, tetapi Alhamdulillah kerajaan berjaya mendapatkan harga yang lebih rendah dengan persetujuan semua IM tanpa mengurangkan apa apa perkara pun dalam proses mendapatkan lesen tersebut," jelasnya.
02 Feb 19
59
Diskusi Fatwa Didik Masyarakat Tentang Hukuman Sebat Menurut Islam
Dato' Dr Zulkifly Muda (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali (kanan). Foto - Aziz HambaliMARANG, 3 Februari - Bagi mendidik dan memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai pelaksanaan hukuman sebat menurut Islam, satu diskusi fatwa mengenainya telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Terengganu di Dewan Syarahan, Masjid Sultanah Nur Zahirah hari ini.Program Diskusi Fatwa Pelaksanaan Hukum Sebat Menurut Islam yang terbuka kepada umum itu menampilkan Mufti Negeri Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda membentangkan kertas kerja berkaitan ‘Pelaksanaan Hukuman Sebat Berdasarkan Versi Fiqh Islam’.Perasmian program tersebut yang turut mendapat kerjasama Pejabat Agama Daerah Marang dan Pejabat Daerah Marang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali.Program yang diisi dengan sesi penjelasan dan dialog itu turut membincangkan tajuk mengenai ‘Hukum Sebat Pro Dan Kontra Pada Pandangan Islam dan Sivil’ yang dikendali Timbalan Mufti Negeri Terengganu, Ahadi Othman selaku moderator dan ahli panel terdiri daripada Pensyarah Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Mohd Badrol Awang dan Pengarah Penjara Negeri Terengganu, Ahmad Saidi Hamzah.Sementara itu, Yahaya berkata, program yang diadakan lebih kepada memberi kefahaman kepada masyarakat termasuk perbincangan secara lebih mendalam mengenai cara sebatan menurut Islam.“Diskusi sebegini sangat penting, kerana kita mahu apabila dibuat sesuatu keputusan berkait dengan fatwa ianya adalah hasil daripada satu perbincangan yang mantap dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.“Selari dengan hasrat kerajaan sendiri supaya sesuatu pelaksanaan bermula daripada keputusan termasuk hal sebatan ini hendaklah dilakukan secara tertib.“Kita tidak mahu apa yang kita lakukan dalam sesuatu perkara dilihat secara tergopoh-gapah dan tidak difahami secara baik oleh masyarakat yang boleh mengundang spekulasi dan persepsi negatif,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan program tersebut.Program diskusi yang diadakan itu adalah rentetan daripada peristiwa dua orang wanita berumur 32 dan 22 tahun dijatuhi hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu selepas didapati bersalah melakukan hubungan sejenis di tempat letak kereta Arena Merdeka, Dungun, Terengganu.Kedua-dua mereka didakwa menurut Seksyen 30 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu kesalahan musahaqah atau persetubuhan di antara perempuan dengan perempuan.
02 Feb 19
218
Kerajaan Negeri Peruntuk RM200 Ribu Kepada Masyarakat Cina Terengganu
KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM200,000 termasuk untuk sambutan Tahun Baru Cina dan pelbagai bantuan lain kepada masyarakat Cina di seluruh negeri Terengganu pada tahun ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sumbangan untuk sambutan Tahun Baru Cina disediakan kerajaan setelah diluluskan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Katanya, peruntukan itu berdasarkan kepada keperluan mereka kerana bilangan masyarakat Cina di negeri Terengganu tidak seramai di tempat lain. Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan negeri tidak meminggirkan kaum Tionghua kerana mereka adalah rakyat negeri Terengganu yang turut membayar cukai. Katanya, kaum itu bukan sekadar membayar cukai di peringkat persekutuan tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi Terengganu termasuk membayar cukai perniagaan. "Premis-premis mereka pula berada di negeri Terengganu dan mereka memang menyumbang kepada ekonomi negeri. "Justeru mengapa tidak (kerajaan membantu mereka). Oleh kerana mereka menyumbang kepada pembangunan ekonomi, kedudukan mereka juga sebagai rakyat negeri Terengganu yang wajar dibela, " jelas beliau. Dr Ahmad Samsuri berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Sambutan Tahun Baru 2019 di Pentas Sementara Kampung Cina di sini kelmarin. Dr Ahmad Samsuri berharap kaum Tionghua yang berada di seluruh negeri Terengganu bergembira bersempena sambutan Tahun Baru Cina 2019. "Kita (kerajaan) mengharapkan tahun ini memberi kesejahteraan lebih baik berbanding tahun yang lalu. "Banyak prasarana sudah ada, cuma kita perlu duduk dan berbincang dengan komuniti serta badan bukan kerajaan (NGO) daripada masyarakat Kampung Cina tentang apa lagi yang boleh dibuat dan dipertimbangkan kerajaan negeri untuk menaik taraf tempat ini (Kampung Cina) supaya menjadi tarikan pelancong," ujarnya lagi.Sementara itu katanya, pengagihan peruntukan tersebut dikendalikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berkaitan.Hanafiah memberitahu, peruntukan tersebut akan dibahagikan mengikut daerah berdasarkan komposisi masyarakat Cina di kawasan setempat.Sebelum itu, Dr Ahmad Samsuri melancarkan sambutan karnival itu dengan memukul gong sebanyak tiga kali.Turut hadir, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim dan ADUN Bandar, Ahmad Shah Mohamed.
02 Feb 19
134
Pusat Al-Quran Braille Terengganu Akan Dibangunkan
KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Pusat Al-Quran Braille di setiap daerah, mengikut zon akan mula dibangunkan dalam tempoh beberapa bulan lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihaknya sedang mengenal pasti tapak yang sesuai dan organisasi yang akan melaksanakannya.“Pusat pembelajaran (al-Quran) braille di setiap daerah telah pun dibentangkan bajetnya dan akan dibangunkan di dua daerah.“Yang pertama di Besut dan kedua di Dungun. Di Besut adalah untuk penduduk Besut dan Setiu dan di Dungun adalah untuk penduduk Kemaman dan Dungun,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sesi ‘Engagement’ Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576) peringkat negeri Terengganu di Dewan Teater, Wisma Darul Iman kelmarin.Oleh itu menurut Wan Sukairi, kedua-dua pusat tersebut adalah tambahan premis seumpamanya yang telah beroperasi di Seberang Takir.“Jadi kita akan tambah lagi dua dan pelaksanaan program ini, sekarang (dengan) bantuan daripada Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),” ujarnya.“Insya-Allah kita jangkakan dalam masa beberapa bulan lagi mudah-mudahan kita dapat menyelesaikan apa-apa perkara berkait pembinaan dua pusat al-Quran braille,” ujarnya. Ketika melawat Pusat Al-Quran Braille di Seberang Takir pada 29 Mei tahun lalu, beliau berkata, pihak kerajaan akan mengambil cakna apa yang disuarakan oleh golongan istimewa yang cacat penglihatan.Katanya, kerajaan juga akan mencari ikhtiar untuk membantu golongan terbabit mencari sumber pendapatan sendiri.“Mereka akan dibantu mencari sumber pendapatan tanpa perlu bergantung sumbangan daripada pihak kerajaan ataupun Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM),” ujarnya.
01 Feb 19
235
Liga Super 2019 : Irfan Waspada Ancaman Pahang
Irfan harap aksi lebih baik bertemu Pahang.KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Pengendali Terengganu Football Club (TFC), Irfan Bakti Abu Salim mengakui bakal berdepan tugas sukar menjinakkan Pahang FA pada 9 Februari ini.Pada perlawanan pembukaan Unifi Liga Super 2019, TFC hanya mengutip satu mata apabila sekadar seri 1-1 menentang pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), semalam.Irfan ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berkata, aksi pertama Pahang yang menewaskan Kuala Lumpur semalam merupakan amaran kepada pasukannya."Pahang beraksi cemerlang hari ini. Mereka boleh dikatakan seakan memiliki tujuh pemain import jika turut dibarisi dua pemain naturalisasi iaitu Matthew Davies dan Mohamadou Sumareh."Dickson Nwakaeme walaupun tidak selaju dahulu tetapi masih berbahaya."Jadi tugas para pemain adalah jangan memberi ruang kepada pemain Pahang terutama Azam Azih untuk melakukan gerakan," katanya.Antara aksi ketika menentang PKNS semalam.Dalam perlawanan tersebut, TFC yang turun tanpa tonggak import, Lee Andrew Tuck jelas tumpul di hadapan pintu gol walaupun mempamerkan persembahan yang baik."Saya mengharapkan aksi lebih baik daripada Tchetche Kipre untuk perlawanan akan datang."Hari ini, ketiadaan Lee Tuck tidak terlalu menjejaskan bahagian tengah, cuma kita kurang laju dalam memberikan tekanan kepada pihak lawan ketika kehilangan bola," katanya sambil menjelaskan pemain tengah itu akan kembali beraksi menentang Pahang.Irfan bagaimanapun memuji aksi pertama penyerang dari Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov yang agak cemerlang."Saya juga memberi pujian atas sikap tidak menyerah kalah para pemain walaupun ketinggalan gol," tambahnya.Beliau yakin pasukannya akan beraksi lebih baik dalam perlawanan akan datang yang bakal berlangsung di Stadium Darul Makmur.
01 Feb 19
121