Artikel "Utama" Terkini
OKU Teruja Mohon LMTS
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 7 Februari - Syed Ezhan Syed Hussin, 24 yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana lemah dalam pembelajaran teruja untuk mendapatkan Lesen Memandu Terengganu Sejahtera (LMTS).Tuan Liana Syed Husin, 39, berkata, LMTS sangat membantu golongan seperti adiknya untuk menikmati dan merasai manfaat dari kerajaan negeri."Kerana adik saya ini (Syed Izhan) mana mampu untuk biayai yuran lesen memandu kerana tiada pendapatan. Dia (Syed Izhan) tiada pekerjaan."Namun sering menggunakan motor, untuk ke mana-mana. Kerana itu saya merasakan sangat bertanggungjawab untuk memastikan adik bongsu saya ini mendapat lesen percuma,” katanya.Tuan Liana berkata demikian kepada pemberita pada Program Kaunter Bergerak Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi hari ini.Menurutnya, program seumpama ini harus diteruskan dan akan dirasai oleh semua golongan serta tiada yang akan dipinggirkan.Sehubungan itu, Pembantu IT i-MiTS, Hanif Safwan Mansor berkata, OKU seperti Syed Ezhan itu menepati syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu."Kerana sebagaimana yang ditaklimatkan, kecacatan dan kurang upaya ini ada dalam pelbagai keadaan. Jika cacat dari segi fizikal memang tertolak, dalam keadaan adik Ezhan ini, dia mengalami OKU dari sudut kelemahan pembelajaran, fizikalnya sama seperti orang biasa jadi layak untuk menikmati LMTS," ujarnya.Dalam pada itu, Che Wan Mohd Fikri Che Wan Abdul Mubin berkata, bagi memastikan seluruh penduduk tidak tercicir dari merasai manifesto kerajaan negeri itu, satu kaunter bergerak telah turun ke lapangan dan akan masuk ke seluruh kampung di DUN Bukit Besi."Hari ini merupakan hari pertama di mana Kuala Jengai telah digabungkan dengan penduduk Rantau Panjang, bertempat di Dewan Sivik Kuala Jengai," ujarnya.
06 Feb 19
77
YPU Terengganu Bantu Pengusaha Denim RDH Kembangkan Bisnes
Mohd Nurkhuzaini mendengar penerangan dan taklimat yang disampaikan oleh Safuan mengenai RDH.BESUT, 7 Februari - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) bersedia membantu pemilik Raw Denim House (RDH) untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih komersial dalam masa terdekat.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman berkata, pihaknya akan membantu RDH kerana pemiliknya, Ahmad Safuan Nizam Kamaruddin, 30, merupakan ikon usahawan muda yang mempunyai hala tuju dari segi perniagaannya di masa depan.Katanya, pihak YPU melihat RDH sebagai produk yang boleh dikomersialkan lagi dan menjadi salah satu hasrat pihaknya untuk membantu melonjakkan usahawan denim tempatan ke peringkat yang lebih tinggi."Hari ini kita datang sendiri ke RDH di Besut yang menjadi viral atas kejayaannya menembusi pasaran antarabangsa dan cuba mendapatkan maklumat daripada pemiliknya tentang keperluan-keperluan yang diperlukan."Apa yang YPU ada, mungkin kita boleh sediakan tempat yang lebih luas atau buat cawangan untuk pemiliknya, Safuan merealisasikan hasrat dan cita-citanya untuk besarkan RDH," katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) selepas melawat RDH di Jertih, semalam.Beliau yang juga Pengerusi YPU berkata, Safuan merupakan kebanggaan anak muda Besut yang berpegang teguh kepada prinsip berniaga tanpa melibatkan sumber kewangan berasaskan riba."Safuan ini mempunyai 'wow factor' kerana mempunyai prinsip yang jelas yang tidak pernah digadaikan walaupun sudah lapan tahun berada dalam bidang perniagaan dan ianya selari dengan prinsip kerajaan negeri yang mahukan usahawan yang berprinsip begitu dalam perniagaan."Dan kerajaan negeri sendiri telah mengeluarkan pinjaman tanpa riba atau faedah bagi mengelakkan usahawan terjebak dalam kancah pinjaman yang mengenakan faedah dan boleh menjejaskan mereka," ujarnya lagi.Ahmad Safuan Nizam Kamaruddin.Sementara itu, bagi Safuan, kedatangan Mohd Nurkhuzaini memberi cahaya dan ruang kepadanya untuk terus melangkah mencapai cita-citanya mengembangkan RDH sebagai satu empayar denim tempatan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa."Walaupun RDH sudah mencapai satu tahap dalam perniagaan namun tetap hadapi kekangan untuk kembangkan bisnes seperti faktor kekangan masa, wang, tempat, bakat dan sebagainya."Rasa bersyukur bila pihak kerajaan negeri bersama YPU turun ke tempat saya dan membuat perbincangan yang menghasilkan beberapa alternatif dan jalan penyelesaian untuk memberi premis RDH bantuan yang sepatutnya,"ujarnya lagi.Safuan bersama orang-orang yang menjadikan tulang belakang RDH sehingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa.Safuan juga berkata, dengan bantuan dan jalan penyelesaian yang diberi, RDH akan ditambah baik termasuk menyediakan stok-stok denim untuk jualan terus berbanding sebelum ini melalui tempahan.Menurut anak muda cekal ini, beliau ingin menjadikan RDH sebagai label dan jenama kepada Terengganu khususnya di Besut dan melahirkan lebih ramai bakat anak muda dalam bidang ini yang mampu berkolaborasi dalam perniagaan ini.
06 Feb 19
73
Tajaan Futsal Popularkan Keropok Lekor Terengganu
Pasukan KLK 008 menjuarai kejohanan besar di Pulau Pinang.Oleh: Amiirullah MansorDUNGUN, 7 Februari - Kejayaan yang dicapai oleh pasukan Keropok Lekor Kelulut 008 (KLK 008) dalam kejohanan futsal di luar negeri Terengganu berjaya mempromosikan industri keropok Terengganu ke seluruh Malaysia. Ketua pasukan KLK 008, Mohd Syukri Baharudin mengucapkan terima kasih kepada pengusaha KLK 008 kerana telah menaja pasukan futsal mereka sehingga mencapai kejayaan.Jelasnya, kejayaan yang dicapai hingga ke hari ini bukan semata-mata hanya kerana mereka yang berada gelanggang, tetapi mereka di luar gelanggang turut menyumbang ke arah itu. "Saya bersyukur kerana ada orang yang sudi menaja pasukan KLK 008 untuk memudahkan pengurusan pasukan kami," ucapnya ketika ditemui pemberita di Restoran Gong Pasir semalam. Tambah beliau, sebelum mendapat tajaan, pasukan itu terpaksa mengeluarkan modal sendiri bagi menyertai mana-mana kejohanan di luar negeri itu. Sementara itu, pengusaha KLK 008, Rohani Husin menerima pelawaan daripada ketua pasukan itu untuk menaja pasukan di samping mempromosikan industri keropok lekor seluruh Terengganu. "Saya berasa bangga dengan kejayaan pasukan ini kerana di samping mereka bergiat dalam dunia futsal, secara tidak langsung mereka memperluaskan nama keropok lekor Terengganu," jelasnya.Untuk rekod, pasukan itu bergiat aktif dalam sukan futsal sejak 2016 dan mula menyertai pelbagai kejohanan yang diadakan sehingga berjaya merangkul gelaran juara dalam beberapa kejohanan. Antara kejayaan terbesar yang berjaya dicapai oleh pasukan itu adalah juara Kejohanan ‘Redbull’ Bawah 18 Tahun di Pulau Pinang dan Arena Futsal League (AFL) 2018.Menjadi juara kejohanan sempena Tahun Baru Cina.Yang terbaru mereka menjuarai dua kejohanan besar iaitu pertandingan sempena Chinese New Year Bawah 22 Tahun di Senawang dan Pertandingan Kaki Futsal di Pulau Pinang.
06 Feb 19
375
Kejohanan Bola Sepak Serlah Kemampuan Anak Muda Mengurus
Alias Harun (dua dari kanan) bergambar dengan pasukan bertanding.Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 7 Februari - Kejohanan bola sepak telah membuktikan bahawa orang muda berkemampuan mengurus satu kejohanan sukan yang besar dan berkonsepkan patuh syariah. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun memuji sikap saling bekerjasama mereka sehingga berjaya mengendalikan kejohanan yang disertai oleh 34 pasukan dari seluruh Terengganu. Ujarnya, beliau juga berpuas hati dengan semua pemain dan juga penganjur yang menyahut seruan Kerajaan Terengganu untuk membudayakan amalan menutup aurat ketika bersukan."Alhamdulillah semua pemain berpakaian menutup aurat dalam pertandingan ini, pemain-pemain menjadikan Islam sebagai panduan. "Mereka juga menyahut seruan kerajaan Terengganu dan melaksanakan patuh syariah dalam bersukan," ujarnya.Alias Harun merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah.Beliau yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan DUN berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Bola Sepak Tujuh Sebelah anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Burung Baru di sini semalam. Menurut Pengerusi MPKK Burung Baru, Mat Zaik Mahmood, kejohanan tersebut disertai dan dikendalikan sepenuhnya oleh anak muda termasuk urusan promosi. Beliau turut berharap agar penganjur menjadikan kejohanan itu sebagai acara tahunan bagi MPKK Burung Baru."Kita yang berumur ini hanya memantau dan memberi pandangan jika diperlukan.“Semoga acara yang dianjurkan ini berterusan, menjadi acara tahunan buat kita di sini,” ujarnya.Pasukan D'Spex merangkul gelaran juara.Kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu bermula pada 5 Februari dan berakhir pada 6 Februari menyaksikan pasukan D'Spex bergelar juara, manakala Restu Bonda yang mewakili Kampung Burung Baru di tempat kedua dan Seri Bangun di tempat ketiga.
06 Feb 19
84
Masalah Saliran Alor Damat Akan Selesai
Shaharizukirnain Abd Kadir (dua dari kiri) menyampaikan bantuan kepada yang memerlukan.Oleh: Dzakaria Mohd SallehSETIU, 7 Februari - Masalah saliran yang berlaku di Kampung Alor Damat berdekatan Batu Rakit akan diselesaikan secepat mungkin.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, beliau akan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang menghantui dan membimbangkan penduduk kawasan itu.Ujarnya, beliau akan menyelesaikan masalah ini bersama-sama Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta satu lawatan rasmi akan diadakan dalam masa terdekat bagi mencari punca dan jalan penyelesaian.Shaharizukirnain Abd Kadir ketika menjawab soalan yang dibangkitkan masyarakat di sini."Insya-Allah saya akan buat satu lawatan ke kawasan berkenaan dalam masa terdekat."Saya akan hadir bersama-sama dengan pihak terlibat, pegawai penyelaras DUN dan MPKK minggu hadapan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan oleh orang ramai pada segmen 'Aduan Rakyat' selepas merasmikan Majlis Pelancaran Badan Khairat Kematian Masjid Al-Ukhuwwah, Mengabang Telong pada petang kelmarin.Turut hadir, Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail, AJK MPKK Pengkalan Maras, Mengabang Telong, Alor Damat dan Taman Perumahan Wakaf Tengah.Masalah saliran yang berlaku itu sangat menjejaskan penduduk kampung itu untuk melakukan aktiviti harian dengan lancar.Masyarakat sekitar tidak melepaskan peluang untuk bersoal jawab.Masalah itu bertambah teruk apabila tiba musim hujan terutama di penghujung tahun.Kos yang sangat besar untuk membaiki saliran itu menjadi punca masalah itu berlarutan dari tahun ke tahun.Terdahulu, dalam ucapan perasmian program itu, beliau memuji langkah yang diambil oleh pihak masjid dan empat MPKK yang terbabit dalam usaha menubuhkan badan khairat kematian bagi membantu pengurusan jenazah penduduk kampung dan musibah yang berlaku.
06 Feb 19
204
Jangan Ambil Kesempatan SBMT Untuk Kepentingan Lain
KUALA TERENGGANU, 5 Februari - Orang ramai yang ingin memohon Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) diingatkan supaya tidak menggunakannya sebagai kaedah untuk mendapatkan bantuan wang tunai mudah tanpa sebarang komitmen.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, bagi menggelakkannya daripada berlaku, sebelum sesuatu pinjaman hendak diluluskan, satu panel penilai akan turun padang bagi menilai potensi sesuatu projek yang dicadangkan.Tambahnya, jawatankuasa induk SBMT yang dipengerusikan oleh Exco Pertanian akan menilai semua maklumat yang berkaitan dengan seadilnya supaya matlamat dari SBMT ini mencapai objektif pelaksanaannya.Justeru itu, selepas lebih kurang seminggu SBMT dilancarkan, beliau telah mengumpulkan beberapa respon dan komen dari rakyat untuk dianalisa dan diberi perhatian."Saya akan terus bekerja keras untuk mengubah cara berfikir rakyat kita. Yang nak maju kita akan bantu, yang masih kaku kita akan gerakkan supaya keluar dari kepompong."Yang nak berusaha, kita perlu permudahkan, yang malas kita perlu gilap biar rajin lagipun semua rakyat kita belaka," ujar beliau dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosialnya, baru-baru ini.Katanya, ini merupakan cabaran untuk membentuk cara rakyat berfikir yang menganggap bahawa SBMT adalah duit kerajaan, maka perlu beri kepada rakyat dan terpulang kepada mereka bagaimana hendak menggunakannya."Ramai lagi yang fikir bahawa skim pinjaman mudah seperti SBMT ini, tak bayar pun tak apa, tak buat apa-apa projek pun ok je, duit kerajaan kan duit rakyat juga."Sedangkan kita nak bagi pancing dan umpan supaya rakyat boleh mengail dan dapat nikmati hasil tangkapan. Tapi ramai lagi rakyat yang mengharap nak terima ikan siap masak dari kerajaan," ujarnya lagi.Menurut Dr. Azman, terdapat sebilangan rakyat yang mempertikaikan pemberian bantuan berbentuk barangan, kelengkapan, input, anak benih, peralatan dan sebagainya tetapi bukan dalam bentuk wang tunai."Ada yang komen suruh bagi pinjaman dalam bentuk tunai dan terpulang kepada peminjam nak buat apa. Kalau berjaya boleh bayar, kalau tak berjaya kerajaan perlu hapus kira hutang tersebut, takkan dengan rakyat sendiri pun nak berkira."Dengan sikap ini kita tak akan maju. Tak mula lagi dah fikir hal gagal dan tak nak bayar pinjaman," ujar beliau.Tambahnya, apabila sesuatu projek dinilai berdaya maju dan berpotensi, ianya akan diluluskan dan ia merupakan matlamat kerajaan untuk membantu rakyat tanpa sebarang maksud tersembunyi."Kalau pemohon memohon untuk nak buat kolam ikan, tapi bila panel penilai nak tengok tapak cadangan nak kolam ikan, pemohon gagal nak tunjuk tapak, tentunya kita tak akan luluskan."Bagi yang berjaya dapat SBMT, jika mereka dah berusaha sebaiknya tetapi berlaku bencana alam, wabak dan sebagainya yang di luar daya dan upaya kita, tentunya kita sebagai manusia yang ada hati dan perasaan."Ada pertimbangan sebaiknya akan dibuat dan kita bukannya robot untuk memaksa peminjam bayar balik pinjaman, sedangkan usaha mereka pada masa itu ditimpa musibah," katanya bagi mengulas sebahagian komen tentang SBMT.
05 Feb 19
43
Suasana Harmoni Antara Kaum Hiasi Sambutan Tahun Baharu Cina Di Terengganu
Hanafiah Mat (empat dari kiri) bersama-sama penganjur selepas merasmikan majlis penutup pesta karnival.KUALA TERENGGANU, 5 Februari - Kerajaan Negeri Terengganu akan memastikan suasana aman dan harmoni yang dinikmati di negeri itu akan terus dipertahankan meskipun berbeza agama, kaum dan fahaman politik.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri bersyukur dengan nikmat keharmonian antara kaum yang dikurniakan di Terengganu.Ujarnya, kerajaan berjanji untuk memberikan kerjasama yang penuh kepada seluruh masyarakat sama ada Melayu, Cina ataupun India untuk terus mempertahankan keharmonian yang ada.Hanafiah Mat berkata kerajaan akan terus berkhidmat pada rakyat tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan politik."Kami akan memberi kerjasama kepada seluruh masyarakat tanpa mengira bangsa, agama apatah lagi fahaman politik."Kami akan jadikan seluruh rakyat Terengganu sama ada Melayu, Cina mahupun India adalah rakyat negeri Terengganu bersama (tanpa ada dikriminasi kaum), ini falsafah perjuangan kami," katanya sambil disambut sorakan dan tepukan gemuruh oleh hadirin. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Perayaan Pesta Karnival sempena sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Cina, Kuala Terengganu semalam.Antara pengunjung yang hadir memeriahkan majlis.Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandran G Krishnan, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Cina, Jefri Chua serta Pengerusi Dewan Perhimpunan Tiong Hua Terengganu, Tan Beng San.Terdahulu, Hanafiah Mat yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai dipersembahkan dengan persembahan seruling dan mercun oleh komuniti Cina di kampung itu.Pesta karnival yang berlangsung selama empat hari tersebut bertujuan untuk menghangatkan dan memeriahkan lagi suasana sambutan Tahun Baharu Cina di sini.Pesta karnival yang dianjurkan oleh Dewan Perhimpunan Tiong Hua Terengganu turut dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan tarian singa serta nyanyian dan tarian kebudayaan oleh warga emas dan kanak-kanak.Suasana harmoni antara masyarakat berbeza kaum di Terengganu ini boleh dilihat dengan kehadiran masyarakat Melayu dan India semasa pesta karnival ini berlangsung.
05 Feb 19
408
Sasar 100 Sekolah Pondok Berdaftar
KUALA TERENGGANU, 4 Februari- Kerajaan negeri menyasarkan kira-kira 100 sekolah pondok milik persendirian dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Terengganu berdaftar menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sepanjang tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, *Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, berdasarkan rekod, sebanyak 60 sekolah pondok membabitkan hampir 10,000 pelajar dan 900 tenaga pengajar beroperasi secara sah.“Selebihnya iaitu hampir 40 sekolah itu akan membuat pendaftaran sebaik memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan JHEAT.“Oleh itu, dia menyokong penuh penubuhan Persatuan Kebajikan Rabitah Institusi Pendidikan Islam Terengganu (Rabitah) pada Disember tahun lalu yang bertujuan memudahkan urusan sama,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Himpunan Sekolah-Sekolah Pondok Negeri Terengganu, di Dewan Terbuka JHEAT, di sini, hari ini.Mohd Nor turut memberitahu, wujudnya Rabitah mampu menaikkan martabat, imej, menguatkan kepercayaan masyarakat dan mendorong lebih banyak NGO membuka sekolah seumpama itu pada masa akan datang.Katanya, fungsi Rabitah cukup penting bukan saja sebagai suara kepada kerajaan negeri dan pusat untuk pelbagai kemudahan, malah dapat membela kebajikan pelajar, tenaga pengajar dan ahli.“Pada masa sama dapat menyatukan institusi pengajian islam dalam pelbagai aliran sama ada agama dan integrasi, selain mengadakan pelbagai program keagamaan.“Sebagai contoh, kejayaan terbesar persatuan itu mampu mengadakan kerjasama menganjurkan Program Ijtimak Pondok Dan Pusat Pengajian Islam Terengganu yang menghimpunkan seluruh pondok dan sekolah agama rakyat di negeri ini,” katanya.
04 Feb 19
296
DUN Terengganu Bakal Guna Sistem Digital
Peningkatan infrastruktur mampu tingkat kualiti perkhidmatan.KUALA TERENGGANU, 4 Februari - Kerajaan Terengganu akan menaik taraf sistem pengurusan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 1 hingga 4 April ini menggunakan sistem digital.Yang Dipertua DUN, Haji Yahaya Ali berkata, penambahbaikan menggunakan teknologi baharu bagi tujuan meningkatkan kecekapan sepanjang persidangan itu akan melibatkan soalan dewan yang dihantar melalui portal khas, seterusnya kepada pengurusan soalan serta jawapan persidangan.“Setiap Ahli Dewan juga akan dibekalkan dengan komputer sepanjang persidangan supaya mereka lebih mahir dari segi pengurusan dewan,” katanya kepada pemberita ketika melakukan lawatan kerja ke Pejabat Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (BPTM) Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini.Yahaya AliBeliau menegaskan pemerkasaan sistem penyiaran sidang DUN itu bertujuan memastikan pengurusan dewan tersusun dan lebih terkehadapan.“Lawatan ini adalah proses melengkapkan pakej persiapan persidangan yang akan berlangsung nanti. “Lawatan ini juga akan dilakukan ke jabatan-jabatan yang berkait dengan Dewan Negeri di mana kita mengharapkan wujudnya satu kerjasama supaya kita boleh bergerak ke arah tuju yang sama,” katanya.Dalam lawatan tersebut, Yahaya juga sempat meninjau infrastruktur teknologi maklumat dan menyifatkan bahagian tersebut memiliki kemudahan asas yang baik. “Cuma, sistem yang menjadi pakej ini mesti melalui percubaan dan terbukti berfungsi dengan baik untuk digunakan. Kita juga merancang menaik taraf beberapa infrastruktur untuk meingkatkan perkhidmatan,” katanya.
04 Feb 19
146
14,000 Pohon Lesen Motosikal Percuma Dalam Masa Tiga Hari
Sharifah Mariani Mohd KhalidOleh:NajibMARANG, 4 Februari - Permohonan Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) yang mula dibuka melalui atas talian dan secara manual bermula 1 Februari lalu mendapat sambutan yang menggalakkan apabila merekodkan 14,000 jumlah permohonan dalam tempoh tiga hari.Statistik berkenaan diperolehi menerusi laman Facebook rasmi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah yang dimuatnaik, semalam.Sementara itu, tinjauan Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI), sejak awal pagi mendapati Pusat Khidmat Masyarakat mula dikunjungi oleh orang ramai yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut serta mendapatkan borang secara manual.Seorang penduduk setempat, Sharifah Mariani Mohd Khalid, 26, berkata dia sudah lama menunggu saat dan peluang keemasan untuk mendapatkan lesen secara percuma berikutan kekangan kewangan yang dihadapi sebelum ini.“Sebelum ini, saya ada rancang untuk membuat lesen motosikal dengan adik tetapi kekurangan duit terpaksa saya batalkan hasrat.“Lebih 10 tahun saya bawa motosikal tanpa lesen dan saya hanya boleh bawa terhad di kawasan kampung sahaja,” katanya ketika ditemui di Pejabat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Pengkalan Berangan, di sini, semalam.Dia turut meluahkan rasa terharunya kerana berpeluang untuk memohon lesen motosikal secara percuma yang digerakkan oleh kerajaan negeri bagi meringankan bebanan keluarga malah berharap lebih banyak program yang memberi keutamaan kepada rakyat diadakan dari semasa ke semasa.“Pada awal ura-ura program ini hendak dilaksanakan, saya rasa gembira tapi pada masa yang sama bimbang hanya sekadar khabar angin tetapi betul-betul buat bukan sekadar janji kosong…saya memang teruja, Terima kasih menteri besar dan kerajaan negeri," katanya lagi.Untuk rekod, seramai 25,000 golongan muda di negeri ini disasarkan menikmati manfaat mendapatkan lesen motosikal yang terkandung dalam Manifesto PAS Negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.Pemberian lesen motosikal secara percuma kepada warga Terengganu jelas antara usaha untuk membantu kehidupan rakyat. Ini kerana motosikal menjadi antara pengangkutan utama di Terengganu terutamanya untuk penduduk di kawasan luar bandar.Mereka yang berusia 16 hingga 40 tahun serta layak boleh membuat permohonan secara atas talian dengan serahan borang di mana-mana pejabat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN), i-MiTS atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di kawasan masing-masing
04 Feb 19
77