Artikel "Utama" Terkini
Jangan Sebarkan Fitnah - Dr Supyan
Dr Supyan menyampaikan syarahan di Ijtimak Siber.KEMAMAN, 16 Februari - Berita atau laporan daripada mana-mana portal hendaklah diteliti terlebih dahulu sebelum disebarkan.Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Supyan Hussin berkata bahan-bahan yang diperolehi daripada sumber yang diragui dibimbangi mempunyai unsur-unsur fitnah.Jelasnya, olahan berita yang berunsur fitnah diolah dengan saluran dan kaedah yang salah tidak akan memberi sebarang manfaat pada Islam."Jangan memanjangkan bahan-bahan daripada portal yang berunsur fitnah, tiada manfaat untuk islam."Ia bukan beerti kita berhenti menyampaikan kebenaran, tapi olahlah dengan saluran dan kaedah yang betul," katanya.Beliau berkata demikian pada program Ijtimak ketika membentangkan kertas kerja Fungsi Media Baru Melestari Kesedaran dan Kebangkitan Rakyat Malaysia di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, KemamanPeserta-peserta ijtimak siber tekun mendengar syarahan.Hadir sama dalam program itu ialah Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab. Razak Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim serta Pendakwah dan Motivator terkenal, Asma' Harun.Terdahulu program itu dimulakan dengan ucaptama daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Terengganu membahaskan tajuk Jaringan Siber Membina Kehebatan Ummah.Program yang julung-julung kalinya diadakan itu turut menampilkan Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang yang akan berucap pada kemuncak program petang ini.Ijtimak Siber mengumpulkan semua pengiat-pengiat media sosial daripada seluruh Malaysia.
15 Feb 19
113
Terengganu FC Seri 2-2 Dengan JDT
Satu rembatan dibuat oleh pemain TFCI di kotak penalti gawang JDT semalam. TFCI seri 2-2 dengan JDT.KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Terengganu Football Club I (TFCI) bangkit seri 2-2 dengan Johor Darul Takzim (JDT) setelah seri dan kecundang dalam dua perlawanan sebelum ini dalam aksi Liga Super Malaysia (LS3) ketiga. Bermain di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah di sini semalam, TFCI menjaring gol pertama ke gawang JDT melalui tendangan Khairul Azuan di minit ke 7 separuh masa pertama. Jaringan gol pendahulu itu kekal sehingga separuh masa pertama tamat. JDT mula menyekat di separuh masa kedua apabila penyerang kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid menundukkan penjaga gol TFCI, Suffian Rahman melalui sepakan penalti di minit 63.Penyerang baharu JDT, Diogo Luis Santo pula meledak gol kedua JDT menerusi tandukan yang menerjah pintu gawang skuad Penyu pada minit ke-69. Begitu pun, pemain pertahanan TFCI, Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri menyelamatkan maruah tuan rumah apabila menolak masuk gol penyamaan pada minit ke-90. Skuad Penyu hampir mencatat kemenangan namun jaringan pemain pertahanan, Nasrullah Haniff Johan pada masa kecederaan dibatalkan pengadil, Muhammad Nazmi Nasaruddin kerana didapati offside. Irfan Bakti Abu SalimKetika ditemui pemberita selepas perlawanan tamat, Ketua Jurulatih TFCI, Irfan Bakti Abu Salim berpuas hati dengan permainan anak buahnya dan menyifatkan mereka bangkit semula setelah seri dan kalah dalam dua perlawanan sebelum ini. “Fantastic Display daripada pemain-pemain saya pada malam ini (malam semalam)” ringkas jawapannya.Irfan berpuas hati dengan kesungguhan semua pemainnya untuk bangkit dalam perlawanan ini dimana disiplin yang ditampilkan oleh setiap pemain TFCI malam semalam adalah sangat baik.
15 Feb 19
30
Tangani Kekeliruan Maklumat Dan Fitnah Di Media Baharu
Asma' HarunKEMAMAN, 16 Februari-Media baharu kini dianggap sebagai kuasa besar kerana kekuatannya dalam menyampaikan mesej merentasi sempadan masa dan tempat dengan kapasiti yang besar dan pantas.Penceramah Bebas dan Motivator, Asma’ Harun berkata, melalui media baharu, pelbagai transaksi, perkembangan ekonomi, politik, pendidikan, keagamaan dan sosial boleh dilakukan selama 24 jam tanpa batas.Katanya, telah menjadi realiti, kebanjiran maklumat merentasi pelbagai aspek akan menimbulkan rasa tidak senang serta sukar memilih maklumat yang tepat."Ada beberapa asas mengenai kredibiliti maklumat atas talian, antaranya ialah penulisan itu mesti berasaskan kejujuran, kandungannya tidak berat sebelah, mementingkan aspek akhlak (moral), ada unsur keaslian bagi penulisan Islam, kandungannya bermaklumat dan maklumat yang ada boleh disahkan."Disamping itu juga, pentingnya pemantauan berterusan oleh para ilmuan dan pihak berwajib terhadap kesahihan maklumat yang disalurkan kepada masyarakat melalui media baru,"ujarnya.Beliau berkata ketika membentangkan kertas kerja yang bertajuk Tanggungjawab Menangani Kekeliruan Maklumatdan Menangkis Fitnah di Media Baru di Program Ijtimak Siber Malaysia di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, di sini hari ini.Asma' yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Akademi Darul Ulum, Negeri Sembilan berkata masyarakat juga perlulah diberi pendedahan bagaimana untuk membezakan maklumat yang betul atau salah dan sekiranya tiada jawapan, maka pendekatan diam itu adalah lebih baik dan terhindar dari dosa.Justeru itu katanya, sudah tiba masanya kerajaan memandang serius hal ini. Undang-undang yang sedia ada perlu diperkasakan atau dipinda kerana penggunaan alam siber media baru ini semakin meluas dan tidak terkawal."Selain usaha mendidik masyarakat, penguatkuasaan undang-undang oleh kerajaan pastinya akan dapat memastikan rakyat terhindar dari penyakit ini dan keharmonian serta keamanan negara dapat dijaga, kata Asma'.Tambahnya, sebagai umat Islam, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membasmi segala bentuk perpecahan yang boleh membawa kepada kemunduruan umat Islam."Oleh itu, setiap individu bergelar muslim perlulah mempunyai kesedaran untuk mendidik masyarakat dari budaya fitnah memfitnah ini,"ujarnya.
15 Feb 19
111
Jadilah Pembina Dan Bukannya Peruntuh Ummah
KEMAMAN, 16 Februari - Ummah hari ini mesti dibina dengan kehebatan dan kemuliaan Islam bagi mengelakkan keruntuhan dan kehancurannya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ianya boleh dirawat dengan kefahaman Islam yang syumul dan tarbiyah yang sempurna.Katanya, ummah perlu dibina agar memiliki ciri-ciri kehebatan dan kemulian melalui jaringan siber yang merupakan salah satu wasilah ke arah membina ciri-ciri tersebut."Ciri-ciri hanya mampu dibina dengan kepelbagaian wasilah dan jaringan siber sangat besar peranan dan kesannya kepada pemikiran dan tindakan ummah."Mujahid Islam mesti terus mara menggunakan jaringan siber untuk kembalikan ummah dengan Islam dan berhadapan dengan musuh yang berusaha meruntuhkan kemuliaan dan kehebatan ummah Islam," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Ijtimak Siber Malaysia 2019"Jaringan Siber : Membina Kehebatan Ummah di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, di sini hari ini.Hampir 2,000 hadir dari seluruh negeri termasuk Sabah ke program anjuran Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) dengan Kerjasama Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI).Menurut Mohd Nor, ummah hari perlu menjadi pembina dan bukannya peruntuh melalui jaringan siber yang hebat."Jadilah labah-labah yang membina dan memberi perlindungan dan bukannya menjadi anai-anai yang meruntuh dan memusnah perlindungan yang dibina,"katanya.
15 Feb 19
42
Abdul Hadi Jumpa PM Buat Kali Kedua
Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberitahu ada mengadakan kunjungan hormat terhadap pimpinan negara Dr Mahathir Mohamad di pejabat perdana menteri itu di Yayasan Al-Bukhari, Kuala Lumpur, hari ini.Katanya, pertemuan itu bagi membincangkan perihal kerjasama antara Kerajaan Terengganu dan Kerajaan Pusat."Alhamdullilah pemimpin nombor satu negara itu boleh menerima apa yang dicadangkan."Melihat keadaan ini, saya menyarankan rakyat perlu mengamalkan sikap terbuka dan konsep hormat menghormati. Terima juga apa yang dipilih rakyat," katanyaBeliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Choong Hwa, Wakaf Tapai, Marang, petang ni.Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman yang mewakili Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokthar.Kunjungan kali kedua itu berlangsung ekoran permohonan daripada Abdul Hadi.Pertemuan pertama berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.Ketika itu Abdul Hadi bersama-sama Ahmad Samsuri Mokhtar dan veteran PAS, Mustafa Ali.
15 Feb 19
185
Kekurangan Bukan Penghalang Hadir Ijtimak Siber
Thoyibuddin Marjuni, 31 Hadir berkerusi roda.KEMAMAN, 16 Februari- Walaupun berkerusi roda, ia tidak menghalang Thoyibuddin Marjuni, 31, untuk hadir ke Ijtimak Siber yang berlangsung di Dewan Berlian, Kemaman.Beliau tidak menjadikan kekurangan diri sebagai halangan untuk hadir menimba dan meneroka ilmu baru di Ijtimak Siber.Jelasnya, walaupun datang dari jauh beliau tetap bersemangat untuk berkumpul bersama rakan-rakan pengamal media yang lain."Saya datang dari Hulu Langat, Selangor bersama kawan saya untuk berkumpul dengan rakan-rakan media yang lain."Mendengar info dan berbincang maklumat serta idea yang baru bersama pengamal media yang lain dari seluruh Malaysia," katanya.Beliau hadir ke Ijtimak Siber bersama rakannya, Azhar Shahril Azhar, 24 sejak semalam.Beliau juga berkata, kehadirannya ke Ijtimak Siber juga adalah untuk meningkatkan lagi semangatnya untuk terus bekerja di media sosial."Di Ijtimak siber saya juga boleh mendengar ucapan dan taujihat daripada pimpinan untuk terus semangat bekerja," tambahnya.Program Ijtimak Siber yang julung-julung kalinya diadakan itu bakal menampilkan panel-panel yang hebat seperti Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Supyan Hussin.Program yang akan berlangsung selama satu hari itu turut menampilkan Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang yang akan berucap pada perasmian penutup petang ini.Ijtimak Siber mengumpulkan semua pengiat-pengiat media sosial daripada seluruh Malaysia.
15 Feb 19
43
Pasangan Bermadu Tarik Perhatian Di Ijtimak Siber
Rosilawati (kanan)bersama madunya Soleha(tengah) bersama anak-anak merekaKEMAMAN, 16 Februari- Satu keluarga sanggup datang dari utara ke pantai timur semata-mata untuk mendengar sendiri apakah yang dimaksudkan Ijtimak Siber yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, hari ini.Yang lebih menarik, mereka merupakan pasangan bermadu yang tidak pernah berenggang untuk menemani suami dalam setiap program dan majlis ilmu.Soleha Aziz, 48, datang bersama suaminya, Mansor Che Den dan juga madunya, Rosilawati Abd Rahim turut membawa anak-anak bersama sejak semalam.Mereka yang berasal dari Permatang Pauh sememangnya gemar mengikuti majlis serta program ilmiah menganggap tiada halangan untuk mendapatkan ilmu jika minat dan keinginan mengatasi segalanya.Soleha berkata, dia dan madunya, Rosilawati sentiasa mengikuti suami mereka pergi ke merata tempat sejak dahulu lagi apabila ada masa terluang."Program ni, madu saya yang tengok dalam media sosial, lepas tu kami sepakat nak datang lebih-lebih lagi suami pun nak pergi sekali."Kami seronok dapat jalan bersama, satu keluarga mencari ilmu walaupun jauh beribu batu...tetap kami redah,"ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di Majlis Ijtimak Siber, di sini hari iniBagi Rosilawati pula, dia tertarik dengan penggunaan nama iaitu Ijtimak Siber yang belum pernah digunakan malah diadakan sebelum ini."Bila dengan tajuk je, saya tertarik dan memasang niat nak hadir sama. Rasa teruja sangat dapat hadir kat sini lebih-lebih lagi banyak ilmu siber yang kami dapat kat sini,"ujarnya lagi.Baginya, program sebegini harus diteruskan kerana media memainkan peranan penting dalam menyampaikan informasi tentang semua perkara malah netizen perlu tahu membezakan yang betul dan sebaliknya.
15 Feb 19
153
Ribuan Peserta Ijtimak Siber Mula Membanjiri Dewan Berlian
Sesi pendaftaran penuh sesak.KEMAMAN, 16 Februari - Ribuan peserta Ijtimak Siber 2019 mula membanjiri Dewan Berlian di Majlis Perbandaran Kemaman.Perserta-peserta kelihatan mula memenuhi segenap ruang di Dewan Berlian untuk sesi pendaftaran yang bermula sekitar jam 8.30 pagi tadi.Program Ijtimak Siber yang julung-julung kalinya diadakan itu bakal menampilkan panel-panel yang hebat seperti Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Supyan Hussin.Program yang akan berlangsung selama satu hari itu turut menampilkan Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang yang akan berucap pada perasmian penutup petang ini.Ijtimak Siber mengumpulkan semua pengiat-pengiat media sosial daripada seluruh Malaysia.Program itu dianjurkan oleh Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Media Indipenden (K.A.M.I).
15 Feb 19
50
SATU Sedia Dua Ribu Kit Pengurusan Jenazah Seluruh Terengganu
Haji Atemin Sulong berucap di Wisma Darul Iman semalam.KUALA TERENGGANU, 15 Februari - Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) telah mengedarkan Kit Pengurusan Jenazah berjumlah 2,000 unit mulai kelmarin dengan kos hampir RM600,000.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SATU, Haji Atemin Sulong berkata, kit berkenaan bernilai RM300 setiap satu merupakan usaha SATU memanfaatkan dana tanggungjawab korporat sosialnya(Corporate Social Responsibility-CSR) berjumlah RM13.5 juta tahun lalu.Katanya, kit tersebut yang diedarkan mulai semalam dan hari ini ke 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lapan kawasan parlimen merupakan sebahagian daripada dana CSR tersebut serta 10 peratus daripada hasil kutipan tahun lalu.Menurut beliau, setiap kawasan DUN dan Parlimen menerima 50 kit tersebut bagi kemudahan orang ramai untuk pengurusan jenazah.Haji Atemin menunjukkan kit pengurusan jenazah yang diedarkan SATU ke seluruh negeri Terengganu mulai semalam."Saya berharap dengan limpah kurnia Ilahi pada tahun ini, kita (SATU) akan tambah lagi sumbangan berbentuk CSR ini bagi membantu kerajaan negeri dalam membantu rakyat (yang memerlukan bantuan)," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Kit Pengurusan Jenazah kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Tingkat U2 Wisma Darul Iman di sini semalam.Turut hadir, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, semua Ahli Parlimen dan ADUN Terengganu, pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri dan ketua-ketua penyelaras DUN.Dr Ahmad Samsuri merasmikan majlis penyerahan tersebut dengan mengadakan gimik pelancaran dan menyerahkan kit berkenaan kepada Ahli Parlimen, ADUN dan Ketua Penyelaras DUN. Haji Atemin seterusnya berkata, SATU adalah syarikat pengurusan air negeri untuk rakyat seluruh negeri Terengganu. Sumbangan CSR dikembang kepada seluruh rakyat melalui tanggungjawab korporat sosial dan subsidi air termasuk untuk kegunaan bayi yang baru lahir sehingga ke pengurusan jenazah.Wakil rakyat yang hadir di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu semalam."Bantuan yang diberikan SATU, begitu menyeluruh termasuk bayi baru lahir, majlis berkhatan, dan perkahwinan menggunakan air bersubsidi daripada SATU," ujarnya.Menurut beliau, SATU turut memberi sumbangan sebanyak RM5 juta kepada Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) bagi urusan pelbagai pembiayaan untuk ibu tunggal."Ibu tunggal pun SATU bagi sumbangan hampir RM5 juta pada 2018. Dan sekarang ini untuk warga Terengganu yang sihat tubuh badan yang gemar menjalankan aktiviti sukan berkuda, main bola pun SATU bagi bantuan (melalui saluran-saluran tertentu)."Manakala yang sakit SATU bagi bantuan dalam bentuk perubatan dan hari ini (semalam) SATU bagi kit untuk pengurusan jenazah," ujarnya lagi.Sementara itu katanya, pada 2019, SATU akan memperbesarkan lagi bantuan CSR dengan izin Tuhan dan rezeki yang diperolehi.
14 Feb 19
1341
49 Penduduk Terima Geran Tanah Felcra
Dr Mamad menyampaikan geran hak milik tanah kepada pemohon.Oleh: Shahril AswadHULU TERENGGANU, 13 Februari - Hajat memiliki tanah sendiri selepas sekian lama memohon akhirnya menjadi kenyataan apabila seramai 49 pemohon berjaya mendapat geran hak milik tanah di Tanah Rancangan Felcra Banggol Gajah Mati Fasa 2,3,4 dan Felcra Kampung Tapah, Mukim Jenagor, di sini, semalam.Semua pemohon berkenaan menerima geran hak milik tanah yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam,Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh, di Dewan Sivik Kampung Kuala Pueh, di sini, semalam.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, Mohd Safari Abu berkata, kegembiraan dan kelegaan jelas terpancar pada wajah penerima geran tersebut dan berharap mereka mampu menguruskan tanah itu dengan baik demi generasi akan datang.Katanya, penyerahan geran hak milik tanah berkenaan membuktikan kerajaan negeri berjaya menyelesaikan satu lagi masalah rakyat."Ia adalah hadiah kepada penerima setelah hampir 20 tahun menunggu saat ini. Mereka berhak memohon dan baru sekarang ia dapat direalisasikan dengan penyerahan rasmi geran hak milik ini."Kerajaan negeri terus komited penyelesaikan isu tanah rakyat seperti yang dijanjikan dalam Manifesto PAS," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah Felcra Banggol Gajah Mati fasa 2,3,4 dan Felcra Kampung Tapah, di sini, semalam.Turut hadir, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Ustaz Kamaruzaman Abdullah, Pengurus Besar Wilayah Timur Felcra Berhad, Haji Zulkifli Sidek dan Ketua Penolong Pegawai Tadbir Tanah Hulu Terengganu, Mohd Rasydan Muda.Sementara itu, seorang penerima, Rafiah Musa 65, dari Kampung Tanjung Baru berkata, dia sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memudahkan urusan pembahagian tanah ini."Syukur Alhamdulillah. Setelah sekian lama makcik memohon geran hak milik tanah akhirnya jadi kenyataan. Mungkin sudah rezeki kami, akhirnya hasrat itu tercapai tahun ini dan ia saat yang amat menggembirakan."Terima kasih kepada kerajaan negeri yang baru kerana memudahkan urusan pembahagian tanah ini," ujarnya
14 Feb 19
405