Artikel "Utama" Terkini
MB Terengganu Cadang Lantik Pengerusi Bersama MTNg
.Dr Ahmad Samsuri menyerahkan geran hakmilik kepada salah seorang peserta hari iniKEMAMAN, 17 Februari - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mencadangkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya melantik pengerusi bersama dalam Majlis Tindakan Negeri (MTNg) bagi negeri-negeri yang tidak berada di bawah Pakatan Harapan (PH).Menurutnya, cadangan itu bagi memudahkan penyelarasan antara Kerajaan Pusat daengan kerajaan negeri terutama dalam pengurusan projek yang berada di bawah pentadbiran Pusat termasuk Wang Tunai Petroleum (WTP)."Dalam pertemuan baru-baru ini, saya telah mengusulkan kepada PM supaya menerima cadangan untuk melantik Menteri Besar dan seorang menteri di peringkat Pusat bagi negeri yang tidak berada di bawah PH sebagai pengerusi bersama dalam MTNg."Tidak ada masalah peribadi tetapi ini untuk memudahkan penyelarasan antara negeri dan Pusat dan PM akan bawa cadangan ini ke mesyuarat kabinet untuk buat pertimbangan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Hakmilik Tanah Projek Felcra Kawasan Bukit Keladi(PLBP) Sungai Pergam, Mukim Hulu Jabur, Projek Felda Seberang Tayor Peringkat 3 Mukim Tebak Dan Felcra Seri Bandi Peringkat 3 & 4 Mukim Hulu Chukai, Daerah Kemaman, di Dewan Seri Amar, di sini, hari ini.Menurut Ahmad Samsuri, pembentukan MTNg itu adalah melalui arahan PM yang menyebut bahawa mana-mana negeri yang tidak berada di bawah pentadbiran PH akan dipengerusikan oleh seorang menteri kabinet manakala negeri-negeri yang berada di bawah PH akan dipengerusikan oleh MB masing-masing.Beliau mengulas mengenai perjumpaan bersama Tun Mahathir di pejabatnya di Yayasan al-Bukhari, Kuala Lumpur yang turut dihadiri, Presiden PAS, Dato' Seri Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan.Menurutnya, kunjungan itu bagi berbincang mengenai pengurusan dan pentadbiran serta hubungan antara Pusat dan negeri, termasuk kaedah penyelesaian pembayaran WTP pada 2019.Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata pihak kerajaan negeri telah menerima pembayaran sepenuhnya WTP sebanyak RM193 juta baru-baru daripada Kerajaan Pusat."Hasil pembayaran itu, Terengganu menerima RM643 juta untuk royalti bagi 2018 dan saya ucapkan terima kasih kepada PM kerana mendengar rayuan kami,"katanya.
16 Feb 19
96
Golden Pharos Terengganu Kaji Pertingkat Hasil Karas
Dato' Tengku Hassan (dua dari kanan) menandatangani MoU dengan seorang pelabur di Wisma Darul Iman baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 18 Februari - Golden Pharos Berhad (GPB) sedang mengkaji untuk menggunakan kaedah teknologi baharu bagi memastikan industri gaharu menuai hasil lebih cepat berbanding sebelum ini.GPB sebuah anak syarikat kerajaan negeri menanam kira-kira 1,000 pokok gaharu (karas) beberapa tahun lalu sebagai percubaan untuk melihat potensi industri gaharu (bahan untuk membuat minyak wangi) yang mampu menghasilkan pendapatan lumayan kepada kerajaan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, kaedah teknologi sebelum ini (secara konvensional) dengan menyuntik batang pokok gaharu supaya sakit tetapi dengan teknologi baharu walaupun ditebang, pokok berkenaan dapat mengeluarkan tunas baru seperti pokok pisang."Sekarang ini ada teknologi baharu, selepas dipotong dia akan tumbuh seperti pokok pisang, pokok itu tidak mati (hidup) berterusan. Itu satu perkara baharu kita dengar."Mengikut teknologi lama selepas dua tahun pokok berkenaan baru boleh ditebang namun teknologi baharu dikatakan hanya lapan bulan sahaja gaharu boleh dihasilkan dan dituai," jelasnya.Antara pelabur antarabangsa dan tempatan yang hadir mengadakan MoU dengan kerajaan negeri baru-baru ini. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) antara beberapa pelabur antarabangsa dengan kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, di sini, baru-baru ini.Beliau yang juga Pengerusi GPB berkata, kerajaan negeri melalui GPB akan mengambil tindakan lanjut berhubung teknologi berkenaan untuk kemungkinan manfaat teknologi tersebut di masa akan datang.GPB katanya, sudah melakukan percubaan menanam gaharu di ladang hutan dengan menebang pokok hutan dan menanam pokok gaharu.Untuk rekod, pokok karas adalah sejenis pokok dari spesies Aquilaria yang banyak terdapat dalam Hutan Hujan Tropika di Asia Tenggara.Pokok karas mendapat perhatian kerana penghasilan resin daripada kayu gaharu yang mempunyai nilai yang sangat tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa.Resin yang terdapat pada kayu gaharu digunakan dalam industri wangi-wangian (haruman dan setanggi) kerana berbau harum, campuran ubat dan kosmetik serta bagi tujuan keagamaan dan kebudayaan.Secara umumnya, pokok karas yang sihat tidak menghasilkan gaharu, hanya yang berpenyakit yang dijangkiti kulat atau bermasalah akan menghasilkan resin yang amat bernilai itu. Resin itu sebenarnya terhasil apabila pokok tersebut melawan penyakit.Di Malaysia, selain pokok karas liar yang tumbuh di hutan, kayu gaharu juga dihasilkan dari ladang pekebun serta syarikat persendirian secara kecil-kecilan.Biasanya pokok karas dari tanaman ladang akan disuntik atau istilah yang digunakan ialah inokulasi iaitu memasukkan sejenis cecair yang mengandungi kulat atau fungus ke dalam pokok secara suntikan apabila umur pokok mencapai antara tiga hingga lima tahun. Pokok karas liar menghasilkan resin secara semula jadi yang mengambil masa bertahun-tahun dan biasanya pokok karas ini akan ditakik, ditebuk atau ditebang sewenang-wenangnya untuk mendapatkan kayu gaharu.
16 Feb 19
52
Kerajaan Negeri Selesaikan RTB Golongan Terkilan 1999-2004
Dr.Ahmad Samsuri bersama sebahagian penerima geran hakmilik hari iniKEMAMAN, 17 Februari - Kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) melaksanakan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Golongan Terkilan bagi menyelesaikan semua lot RTB sepanjang 1999-2004 `yang dinafikan hak' bagi memastikan kebajikan rakyat terbela.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri akan bertanggungjawab dan menyelesaikan isu sejak 14 tahun lalu itu dengan kerjasama dari PTG dan juga Pejabat Tanah Daerah secara berperingkat di seluruh Terengganu."Saya difahamkan terdapat lebih 60 ribu penerima RTB ini yang tersenarai nama, ada yang sudah sampai ke peringkat pemilikan geran dan ada yang dalam proses."Apa yang malang, pada tahun 2004 berlaku perubahan pentadbiran yang menyebabkan mereka ini dinafikan hak dan mereka inilah golongan yang terkilan yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk selesaikan masalah ini,"katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Penyerahan Geran Hakmilik Tanah Projek Felcra Kawasan Bukit Keladi(PLBP) Sungai Pergam, Mukim Hulu Jabur, Projek Felda Seberang Tayor Peringkat 3 Mukim Tebak Dan Felcra Seri Bandi Peringkat 3 & 4 Mukim Hulu Chukai, Daerah Kemaman, di Dewan Seri Amar, di sini, hari ini.Seramai 80 peserta menerima geran hak milik masing-masing.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Negeri (DUN), Yahaya Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat dan Pegawai Daerah Kemaman, Osman Bakar.Dr Samsuri berkata, selepas 14 tahun berlalu, kawasan (RTB) berkenaan juga mungkin sudah mengalami perubahan dalam pelbagai aspek dan memerlukan penelitian semula dan memerlukan masa bagi menyelesaikan kes itu satu per satu."Ini menyukarkan kerajaan untuk menyelesaikannya dan tidak mudah untuk melaksanakan dalam masa yang singkat."Apa yang kita buat, cari kawasan lain dan InsyaAllah satu masa kawasan ini akan menjadi penempatan baharu dan berkembang,"ujarnya.
16 Feb 19
99
Impian Sejak 37 Tahun Lalu Jadi Kenyataan
Ali bersama isterinya kelihatan gembira bersama geran hakmilikKEMAMAN, 17 Februari - Akhirnya impian saya menjadi kenyataan setelah menunggu hampir 37 tahun untuk menerima geran hak milik tanah di Felda Seberang Tayor hari ini," kata Ali Zakaria, 65, generasi pertama peneroka di tanah rancangan itu.Jelasnya, segala penat lelah selama ini hilang dengan pengiktirafan yang diberikan dan kini mendapat hak milik tanah untuk diwarisi untuk anak-anaknya."Alhamdulillah, ia merupakan rezeki untuk anak cucu saya. Sudah terlalu lama menunggu saat ini untuk menerima hak milik setelah bertungkus lumus mengusahakan tanah rancangan sejak tahun 1982 setelah berhijrah dari Besut."Saya pernah terfikir sama ada saya masih sempat menerima geran tersebut apabila seorang demi seorang kawan-kawan meninggal dunia, memang saya teringin sangat untuk menerimanya sebelum menutup mata,"katanya.Ali berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas Majlis Penyerahan Geran Hakmilik Tanah Projek Felcra Kawasan Bukit Keladi(PLBP) Sungai Pergam, Mukim Hulu Jabur, Projek Felda Seberang Tayor Peringkat 3 Mukim Tebak Dan Felcra Seri Bandi Peringkat 3 & 4 Mukim Hulu Chukai, Daerah Kemaman, di sini, hari ini.Seramai 80 peserta menerima geran hakmilik daripada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Dewan Seri Amar, Kemaman.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Negeri (DUN), Yahaya Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat,; ADUN Air Putih, Ab Razak Ibrahim dan Pegawai Daerah Kemaman, Osman Bakar.Noriah Abdul HamidSementara itu, bagi Noriah Abdul Hamid, 53, yang menetap di Felcra Seri Bandi sejak 1987, berkata dia merasa gembira dan terharu setelah bertahun-tahun, akhirnya pengorbanan mereka dihargai.Tambah ibu kepada tujuh orang anak ini lagi, penantian selama 32 tahun berakhir pada hari ini apabila mendapat geran hak milik untuk diwarisi oleh anak-anak mereka pula nanti.
16 Feb 19
59
YB Khuz Hadir Sesi Dialog KUB Terengganu
Haji Nurkhuzaini (dua dari kiri) cuba memahat kayu dalam satu demonstrasi kesenian ukiran kayu di TTC. KUALA TERENGGANU, 17 Februari - Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman menghadiri sesi dialog Terengganu di Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera (KUB) di Dewan Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran, di sini, semalam.Menurut Menteri Pembangunan Usahawan (MED), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, KUB Negeri Terengganu merupakan siri ke-11, sebagai inisiatif dan komitmen MED untuk mendapat pandangan, idea serta maklumat pelbagai isu dan cadangan penambahbaikan bagi memperkasakan pembangunan usahawan tempatan.Program yang dirasmikan oleh beliau itu dihadiri 500 orang usahawan daripada pelbagai sektor termasuk dari Terengganu dan Kelantan.Haji Nurkhuzaini (dua dari kiri) diberi taklimat mengenai perusahaan cenderahati dari kayu di TTC.Beliau turut melancarkan Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Zon Timur, merupakan penganjuran pameran yang menghimpunkan produk atau perkhidmatan SDSI yang berkualiti dari seluruh negeri di Pantai Timur terutama Terengganu."Ini merupakan kali kedua MED telah menganjurkan program SDSI selepas Lumut, Perak pada bulan Januari lalu," jelasnya.Dalam satu kenyataan media, beliau berkata, terdapat pelbagai aktiviti dilaksanakan termasuk 96 pameran jualan yang melibatkan usahawan dari Terengganu, Pahang dan Kelantan.Selain itu, turut diadakan slot perkongsian ilmu seperti pocket talks, success story dan slot Selebriti Usahawan bersama Faizal Tahir dan Heliza Helmi.Katanya, aktiviti 'business matching' sepanjang SDSI kali ini melibatkan padanan perniagaan di antara para usahawan dengan syarikat hypermarket berskala tinggi.Haji Nurkhuzaini (tengah) diperjelaskan tentang perusahaan pakaian batik di TTC. "Program kali ini turut dimuatkan dengan aktiviti demonsterasi kesenian termasuk ukiran kayu, tenunan songket dan mencanting batik."Sementara segmen Malaysian Kitchen pula mempromosikan juadah makanan tempatan dari negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan," ujarnya.Menurut beliau lagi, siri jelajah KUB akan diteruskan di Seremban, Negeri Sembilan pada 23 Februari ini manakala SDSI seterusnya akan berlangsung di negeri Sabah pada bulan Ogos ini.
16 Feb 19
462
TSG Shimano Yellowride 2019 Bakal Jadi Acara Tahunan Terengganu
Penyertaan dari seluruh negara meriahkan Yellowride 2019.KUALA TERENGGANU, 17 Februari - Acara berbasikal TSG Shimano Yellowride 2019 bakal dijadikan acara tahunan bagi negeri Terengganu dalam usaha membudayakan cara hidup sihat dalam masyarakat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penganjuran aktiviti santai berbasikal (fun ride) secara besar-besaran anjuran Terengganu Cycling Team (TSG) dan Shimano Singapore Pt. Limited itu turut bertujuan memperkenalkan TSG kepada masyarakat luar."Acara ini dianjurkan sempena kejayaan bersejarah TSG memenangi jersi kuning (juara keseluruhan) dalam Le Tour de Langkawi 2018 lalu."Selain itu, aktiviti ini juga dapat mencungkil bakat-bakat baharu dengan penyertaan remaja dan belia dalam penganjuran kali ini," katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Flag Off acara tersebut di Pantai Batu Burok semalam.Para peserta berkayuh merentasi empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Hulu Terengganu dengan laluan sepanjang 100 km.Seramai 2019 peserta menyertai penganjuran kali ini terdiri daripada penunggang basikal seluruh negara.Paling menarik, acara tersebut diserikan dengan kehadiran ikon komuniti berbasikal negara iaitu Dato' Bakar Nordin, Sulaiman Abd Lah atau lebih dikenali 'Man Gerek' dan Sofian Mohd.Wan Sukairi juga memaklumkan, acara itu mempromosikan sukan berbasikal sebagai produk pelancongan negeri itu kepada masyarakat luar."Kita memperoleh penajaan lebih RM200,000 dalam pelbagai bentuk daripada banyak pihak dan tidak mustahil ia mampu diadakan secara tahunan serta mampu menarik ramai peserta dan pengunjung."Bahkan, penganjuran kali ini juga telah disertai beberapa penunggang basikal daripada negara Singapura, Thailand dan Indonesia," katanya.Acara tersebut turut dihadiri Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato' Tengku Farouk Hussain Tengku Abdul Jalil, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Farhan Abdul Wahab, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Mohd Shamsol Bahrin Mohd Kamil serta wakil Shimano Singapore Pt.Limited.Hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah kereta Perodua Axia tajaan EPIC.
16 Feb 19
162
Jalan Raya Kampung Tembila Terengganu Akan Dibaik Pulih
Menteri besar Terengganu.BESUT, 17 Februari - Kerajaan Terengganu memperuntukkan bajet sebanyak RM200,000 untuk projek membaik pulih jalan raya di Kampung Tembila.Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri sudah meluluskan permohonan daripada pejabat daerah untuk proses pembaikan jalan tersebut.Jelasnya, kerajaan negeri telah meneliti permohonan itu dan telah meluluskannya untuk kemudahan penduduk di kawasan terbabit.“Saya ada terima permohonan daripada pejabat daerah.“Permohonan untuk membaik pulih jalan di kampung Tembila, kita luluskan dengan kos sebanyak RM 200,000,” jelasnya.Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bertanya soalan.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program 'MB Mari Kampung Kite' dalam siri jelajah penerangan Bajet 2019, di dewan Kota Putera Square, Besut.Turut hadir dalam majlis ini ialah Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Khuzaini Ab. Rahman serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.Program yang julung-julung kali diadakan itu memilih Besut sebagai lokasi pertama sebagai permulaan kepada siri jelajah penerangan bajet 2019.Program dihadiri sekitar 600 orang itu dianjurkan oleh Terengganu Strategic Integrity Institute (TSIS) Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dan .Orang ramai tekun mendengar penjelasan menteri besar.Siri jelajah penerangan Bajet 2019 akan diadakan di setiap daerah seluruh Terengganu dengan Marang akan menjadi lokasi seterusnya.
16 Feb 19
260
Produk Terengganu Selangkah Ke Arah Persijilan Halal
Nurkhuzaini melihat produk T-Mart sambil diperhatikan Anuar.KUALA LUMPUR, 17 Februari - Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) merancang untuk memperluaskan pemasaran produk usahawan-usahawan negeri itu dengan memenuhi piawaian sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, YPU bakal menggalakkan para usahawan di Terengganu untuk mendapatkan sijil halal sebagai salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk menyertai 'showcase' anjuran yayasan berkenaan di seluruh negara pada masa akan datang."Sebenarnya, Terengganu agak ketinggalan dalam aspek penjenamaan sijil halal kerana kita berada dalam zon selesa dikelilingi majoriti usahawan Muslim."Berbeza dengan situasi di kawasan Pantai Barat, sesuatu produk perlu mendapatkan logo halal untuk diterima dalam masyarakat.Produk makanan Terengganu dijangka mempunyai potensi pasaran yang luas dengan penarafan sijil halal."Pelaksanaan untuk mendapatkan persijilan halal ini bakal bermula dan pihak YPU akan menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) serta menyelaras permohonan bagi usahawan di bawahnya," katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini.Beliau berkata demikian ketika menghadiri program 'Walkabout' Showcase Teganu Kite 2019 di Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang.Program tersebut merupakan penganjuran kali ketiga YPU setelah diadakan di Putrajaya dan Johor sebelum ini.Showcase itu menjadi medan sekitar 20 usahawan terpilih terdiri daripada perusahaan kraf, batik dan makanan untuk memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat di luar negeri di samping membina jaringan pemasaran.Pengunjung dari Korea Selatan turut terpikat dengan batik Terengganu yang dipamerkan.Dalam kunjungan berkenaan, Nurkhuzaini turut memaklumkan, penarafan sijil halal kepada produk mampu membawa produk Terengganu ke luar negara."Ini untuk masa depan mereka supaya dapat pergi lebih jauh lagi."Eksport juga, salah satu syaratnya ialah sijil halal. Pada masa itu, tidak adalah usahawan kita terkial-kial mendapatkan sijil halal sekiranya produk merek terpilih untuk dieksport," katanya.Kunjungan tersebut turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Anuar Awang, wakil pengurusan Sungei Wang Plaza serta kakitangan YPU.Showcase tersebut berlangsung selama empat hari dan berakhir Khamis lalu.Showcase Teganu Kite antara usaha YPU membawa produk Terengganu ke peringkat lebih tinggi.
16 Feb 19
179
Tangkis Fitnah, Tanggungjawab Pejuang Siber
Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.KEMAMAN, 16 Februari - Pejuang Siber yang berkebolehan dan mahir dalam lapangan itu seharusnya menjadi benteng untuk menangkis sebarang fitnah terhadap islam.Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang berkata mereka yang berada dalam saf perjuangan islam mempunyai tanggungjawab untuk menjelaskan ajaran islam dengan sebaiknya.Jelasnya, dunia teknologi maklumat tanpa sempadan yang sangat berpengaruh pada zaman ini dimanipulasi oleh musuh islam dengan menjadikannya sebagai alat untuk mencalarkan imej islam dan penganutnya."Mereka yang berilmu dalam lapangan ini, yang ada kebolehan, mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan islam, mempertahankan islam dan menyerang musuh-musuh islam."Pertembungan di alam siber melalui teknologi maklumat, serangan ke atas islam, pemimpin dan pendokongnya dengan berbagai-bagai hujah dan fitnah untuk memberi gambaran negatif pada islam," katanya.Abdul Hadi Awang diiringi pegawainya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Siber di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, Kemaman.Turut hadir dalam program itu ialah Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah serta Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Supyan Hussin.Beliau yang juga Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) turut memberi peringatan kepada semua pengamal dan penggiat media baharu agar tidak menyebarkan fitnah.Ujarnya, setiap penyebar fitnah akan menerima balasan yang buruk serta dosa yang berterusan walaupun sudah meninggal dunia."Ayat Quran janjikan pahala kepada orang yang sebarkan kebaikan, walaupun dia telah meninggal dunia."Begitu juga mereka yang berkongsi berita jahat, menulis fitnah dan lain-lain, ia berterusan walaupun sudah meninggal dunia," tambah beliau.Melangkah ke dewan perasmian penutup.Program yang diadakan selama satu hari itu berjaya menarik kehadiran sekitar 2500 peserta dari seluruh pelusuk negara.Ijtimak Siber mengumpulkan semua penggiat dan pengamal media baharu daripada seluruh Malaysia.
16 Feb 19
58
Mujahid Siber Harus Bersedia Di Jaringan Siber- Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan membentangkan kertas kerja sebentar tadi.KEMAMAN, 16 Februari - Setiap pengguna media baharu yang memahami etika dalam mengendalikan lapangan itu mesti bersedia untuk berjuang.Pengerusi Jabatan Kajian Politik Nasional dan Antarabangsa Terengganu Strategic Integerity Institute (TSIS), Nasrudin Hassan berkata media sosial yang ada mesti dikuasai oleh orang yang memahami batas-batas dalam mengendali laman sosial.Jelasnya, sekiranya media tersebut dikuasai oleh musuh-musuh atau orang yang tiada etika, sesuatu maklumat akan mudah dimanipulasi oleh mereka."Kita mestilah pejuang yang sentiasa bersedia untuk duduk di mana saja posisi, kita mestilah mengambil posisi di dalam jaringan siber."Jangan sekadar kita berjuang dalam lapangan yang 'real', dengan meninggalkan ruang-ruang kosong di jaringan siber sehingga ianya dikuasai oleh musuh-musuh islam sehingga mereka menguasai keadaan, maklumat dan masyarakat, " katanya.Antara peserta yang hadir.Beliau berkata demikian pada program Ijtimak Siber ketika membentangkan kertas kerja Peranan Kita Menguasai Media Baharu di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, di sini hari ini.Turut hadir program itu ialah Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said, Yang Di-Pertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah serta Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Supyan Hussin.Beliau turut menambah, pengamal media sosial juga perlu memahami setiap isu yang perlu dijawab atau berbahas di ruangan sosial.Ini kerana, membahas atau mengadakan perbincangan sesuatu isu yang gagal difahmai dengan jelas boleh mengalihkan fokus utama yang patut dibahaskan.Pandangan atas sekitar ijtimak siber."Apabila timbul sesuatu isu kita tidak boleh begitu cepat dan pantas bertindak tanpa terlebih dahulu mengkaji apakah kepentingan isu tersebut."Isu tertentu sengaja dicipta untuk larikan isu (fokus) kita, supaya kita bincang isu dia(lain)," tambahnya.Ijtimak Siber mengumpulkan semua pengiat-pengiat media sosial daripada seluruh Malaysia.
16 Feb 19
190