Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Mahu Wujud Hubungan Dua Hala Dengan Batam
Oleh: Ahmad FadhilahPulau Batam, Indonesia, 19 Februari - Kerajaan Terengganu berhasrat mewujudkan hubungan dua hala dengan Batam dan penggerak industri pelancongan di negeri ini, dalam usahanya untuk melonjakkan sektor pelancongan negeri di wilayah itu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata sempena itu beliau bersama Jabatan Pelancongan telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Pulau Batam, Indonesia bagi mempromosikan Terengganu.Katanya, kekuatan dan kelebihan yang ada pada Terengganu dan Batam bukan sahaja akan melonjakkan industri pelancongan masing-masing, malah hubungan keduanya akan menyemarakkan lagi industri pelancongan negara dan mengeratkan semangat perpaduan."Dengan cara ini saya yakin kerjasama erat akan berlaku antara kita (Terengganu) dan Batam."Saya berdoa agar pelancongan di negeri Terengganu terus berkembang pesat hasil daripada lawatan ini,”” ujar beliau di sidang media selepas majlis taklimat pelancongan Negeri Terengganu kepada pengusaha pelancongan di Batam, baru-baru ini.Taklimat berkenaaan disampaikan oleh Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan dan Kebudayaan), Wan Mohd Firdaus Wan Sembak di Dewan Seminar Hotel Allium, Nagoya, Pulau Batam Indonesia.Turut hadir, Edi Suryawan dari Assosiasi Perusahaan Perjalanan Wisata Indonesia, Dewan Pengurus Daerah Kepri dan wakil-wakil agensi pelancongan kepulauan Batam Indonesia.Ariffin Deraman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, turut mengalukan kedatangan warga Batam ke Terengganu untuk berkongsi persamaan yang ada dalam kekayaan khazanah budaya dan alam semula jadi dimiliki dua negeri ini.Justeru itu katanya, pihak pelancongan negeri akan mengadakan satu pertemuan pada bulan Mac ini dengan agensi pelancongan Batam di Terengganu bagi membincangkan dan memperkenalkan pakej-pakej percutian Terengganu disamping memperkenalkan tempat-tempat kepada mereka untuk dilawati.
19 Feb 19
60
'Siapa Lagi Nellang', - MB Terengganu
Aksi Dr Ahmad Samsuri (kiri) dan Syed Saddiq ketika membuat tendangan penalti di padang sintetik Mak Cili kelmarin.KEMAMAN,19 Februari - "Siapa lagi `Nellang'," kata Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika memaparkan gambar aksi tendangan penalti beliau bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Padang Sintetik Stadium Mini Mak Cili, Chukai dalam status Facebooknya, semalam. Kedua-duanya menjaringkan gol seolah-olah seri satu sama apabila berjaya mengelirukan penjaga gol pinjaman, satu aksi sepakan penalti yang menggembirakan semua.Aksi tendangan penalti sebagai gimik perasmian itu disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukari Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, kakitangan kerajaan dan orang ramai yang hadir di padang tersebut.Kedua-dua kepimpinan kerajaan negeri dan Pusat itu menghadiri Majlis Penyerahan Padang Sintetik tersebut oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia kepada Majlis Perbandaran Kemaman, di sini, kelmarin.Ketika ditanya pemberita, Syed Saddiq melalui kementeriannya berjanji akan berusaha mengadakan lampu limpah di stadium berkenaan agar belia dan masyarakat sekitar dapat menggunakan padang berkenaan di waktu malam bagi mengelak mereka melibatkan diri dengan kegiatan tidak bermoral.Katanya, waktu malam lebih relevan digunakan untuk aktiviti sukan bagi mereka yang bekerja di siang hari.
18 Feb 19
172
HEBAT Sasar Kumpul 10,000 Anak Muda
KUALA TERENGGANU, 18 Februari- Kerajaan negeri melalui Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) menyasarkan untuk menghimpunkan seramai 10,000 golongan muda pada Himpunan Belia & Beliawanis Terengganu (HEBAT) yang akan berlangsung selama dua hari di Stadium Negeri bermula 22 Februari ini.Pengarah i-MiTS, Kamaruzaman Abdullah berkata, program julung kali dianjurkan itu turut mendapat kerjasama Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Kelab Motosikal Alternative Riding Club (ARC), Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Pas dan Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera Terengganu (Hanees).Katanya, selain sebagai tanda penghargaan terhadap golongan belia, HEBAT diadakan untuk membentuk kepimpinan dalam diri anak muda supaya lebih aktif dan inovatif menerusi pelbagai program disediakan.“Elemen yang paling penting dalam sebuah komuniti atau masyarakat adalah tenaga anak muda yang disebut sebagai belia dan beliawanis.“Objektif HEBAT adalah untuk menghimpunkan seramai mungkin belia dimana kita sasarkan untuk mengumpulkan antara 7,000 hingga 10,000 orang sepanjang program berlangsung.“Malah HEBAT juga membuka ruang kepada anak muda untuk berinteraksi secara langsung bersama Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi slot bual bicara santai bersama menteri besar yang merupakan antara pengisian utama pada himpunan tersebut,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung dalam program Bicara Khas bersama TV Darul Iman di Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.Menurut Kamaruzaman, pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan sempena HEBAT termasuk pelancaran Terengganu Volunteer (T-Volt), sumbangan kepada penerima Anugerah Wira Darul Iman serta pelancaran HEBAT oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.“Selain pelbagai pertandingan yang dekat dengan hati anak muda seperti acara sukan, kesihatan, cabutan bertuah dan lain-lain lagi,” ujarnya.
18 Feb 19
173
Sama-Sama Meriahkan Program Saidatina Aisyah 2019 Sabtu Ini
KUALA TERENGGANU, 18 Februari - Orang ramai khususnya wanita dijemput hadir beramai-ramai ke Program Hari Saidatina Aisyah 2019 yang bertemakan `Wanita Inspirasi' sempena sambutan Hari Wanita di Peringkat Negeri Terengganu, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Sabtu ini ( 23 Februari). Pengarah programnya, Hajah Zuraida Md Noor berkata, ia adalah satu inisiatif kerajaan negeri sebagai mengiktiraf dan menghargai peranan serta sumbangan wanita khususnya di Terengganu dalam bidang pendidikan, kesejahteraan keluarga, pembangunan sosioekonomi, masyarakat dan negeri.“Hari Saidatina Aisyah ini dianjurkan untuk memberi nilai tambah dan menyuburkan elemen penting seiring dengan penerapan keilmuan, kepimpinan dan kemahiran yang harus dikuasai oleh seorang wanita.“Objektif program ialah untuk menjadi platform tetap dan berkala bagi membincangkan isu-isu pembangunan wanita dan hal ehwal permasalahan serta kepentingan ummah.“Menjadi forum bagi membincangkan usaha-usaha penting dalam pembangunan wanita dalam pendidikan, keluarga, masyarakat seterusnya membentuk masyarakat yang cintakan ilmu dan merapatkan hubungan silaturahim antara kaum wanita di Negeri Terengganu,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu berkata demikian ketika bersiaran langsung bersama Manisfm, di sini, hari ini.Zuraida berkata, antara tentatif dan pengisian menarik sepanjang program yang akan dirasmikan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar adalah anugerah khas kepada wanita Terengganu seperti Anugerah Wanita Inspirasi, Anugerah Utama ialah Anugerah Saidatina Aisyah, Anugerah Ilmuan, Anugerah Bakti, Anugerah Ikon Remaja dan Anugerah OKU Cemerlang.“Forum Saidatina Aisyah akan diadakan pada sebelah petang yang mana tersiri daripada ahli panel yang terkenal antaranya, Pendakwah terkenal, Ustaz Dasuki Ahmad Rani yang akan mengupas isu keagamaan, kerohanian dan isu wanita.“Tokoh politik YB Siti Zailah Mohd Yusof yang merupakan Ahli Parlimen Rantau panjang membincangkan isu semasa perkembangan politik tanah air dan tentang kerjaya wanita dalam pelbagai aspek dan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu, Prof Dato' Dr Nor Aieni Haji Mokhtar yang merupakan tokoh ilmuwan wanita yang pertama Naib Canselor di Terengganu yang akan mengupas isu pendidikan,” ujarnya.Tambah beliau, sepanjang program akan diadakan pameran daripada jabatan kerajaan antaranya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yayasan Pembangunan Keluarga, Yayasan Usahawan, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Tabung Darul Iman serta pemeriksaan kesihatan percuma.Penganjur program Saidatina Aisyah 2019 adalah Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Perpaduan Nasional negeri yang dipengerusikan oleh Haji Hanafiah Mat.Selain itu, agensi terlibat antaranya Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Yayasan Pembangunan Keluarga (YPKT), Syarikat Air Terengganu (SATU), Jabatan Kerjaraya (JKR), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), Jabatan Pertahanan AwaM (JPAM).“Lain-lain, i-MiTS, Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Tabung Darul Iman (TDI), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lembaga Tabung Haji (TH), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Mawaddah, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Tenaga Nasional Berhad,” tambahnya.
18 Feb 19
924
Perantau Jadi Duta Pelancongan Terengganu
Ariffin Deraman isytihar perantau Terengganu sebagai duta pelancongan.IPOH, 18 Februari - Anak Terengganu yang menetap di luar Terengganu akan dijadikan sebagai duta kecil pelancongan Negeri Terengganu sebagai usaha untuk mempromosikan Terengganu ke seluruh negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, perantau akan diiktiraf sebagai duta pelancongan di setiap negeri yang mereka diami bertindak sebagai ejen untuk memperkenalkan produk serta lokasi menarik di Terengganu .“Kita akan lantik duta pelancongan, hari ni nak isytihar (akan) saudara-saudari sebagai duta pelancongan.“Yang akan mempromosi dan meningkatkan industri pelancongan Negeri Terengganu. Kita akan adakan pertemuan dan taklimat macam mana nak promosikan Terengganu,” katanya. Jamuan tradisi Terengganu.Beliau berkata demikian dalam Majlis Ramah Mesra Perantau Terengganu Di Perak, di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini, semalam.Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Khuzaini Ab Rahman, Ketua Jabatan Pengurusan Korporat Terengganu Strategic Integrity Institute (TSIS), Wan Faizul Wan Abas, Timbalan Presiden Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU), Dr Zakri Othman serta Presiden PERANTAU Perak, Nuri Al-Amin.Beliau turut berkata, majlis mengumumkan perantau Terengganu menjadi duta pelancongan di setiap negeri akan diadakan semasa sambutan Aidilfitri bersama perantau pada Jun nanti.Ujarnya, mereka akan mewakili kerajaan negeri di setiap negeri yang mereka duduki.“KIta akan adakan satu majlis rasmi untuk mengisytiharkan mereka sebagai duta.“Majlis itu akan kita adakan bersama dengan majlis sambutan Aidilfitri bersama perantau,” tambahnya. Antara anak Terengganu di Perak yang hadir.Majlis Ramah Mesra Perantau Terengganu Di Perak yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) Perak itu dihadiri kira-kira 100 orang.
17 Feb 19
42
Perantau Terengganu Layak Terima Manfaat TUGAS
Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman.IPOH, 18 Februari - Anak Terengganu yang menetap ataupun bekerja di luar negeri layak untuk memohon pinjaman Tabung Usahawan Sejahtera Terengganu (TUGAS).Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, usahawan ataupun mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan yang berada di luar Terengganu layak untuk memohon pinjaman ini.Jelasnya, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) pada kali ini telah menyediakan pinjaman perniagaan tanpa faedah buat semua perantau yang layak."Alhamdulillah dalam Bajet 2019, kerajaan baharu telah memperuntukkan RM 15 juta."Sebelum ini usahawan (anak) Terengganu yang berada di perantauan tiada peruntukan, tiada bajet dari kerajaan negeri sebelum ini," ujarnya.Keropok lekor dan nasi dagang antara hidangan istimewa.Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Perantau Terengganu Di Perak, di Masjid Sultan Azlan Shah, di sini semalam.Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, Ketua Jabatan Pengurusan Korporat Terengganu Strategic Integrity Institute (TSIS), Wan Faizul Wan Abas, Timbalan Presiden Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU), Dr Zakri Othman serta presiden PERANTAU Perak, Nuri Al-Amin.Tambah beliau, sesiapa sahaja perantau yang lahir di Terengganu layak memohon, tetapi dengan syarat alamat tempat mengundi di Terengganu."Tetapi dengan syarat mesti daftar (alamat) mengundi di Terengganu."Siapa yang mengundi di Terengganu maknanya dia layak untuk memohon pinjaman ini," tambah beliau.Antara yang hadir dari jauh.Untuk rekod, Kerajaan Terengganu telah melancarkan TUGAS pada 29 Januari yang lalu di Dewan Konvensyen YPU Kuala Terengganu.TUGAS merupakan inisiatif yang dikelola oleh YPU untuk memberi pinjaman tanpa faedah kepada para usahawan anak Terengganu.
17 Feb 19
118
KBS Naik Taraf Kemudahan Sukan Untuk Aktiviti Malam
KEMAMAN, 17 Februari- Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) akan memastikan kemudahan tempat bersukan di semua negeri akan dipasang lampu limpah dan dilengkapi kemudahan lain bagi membolehkannya digunakan pada waktu malam.Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau memandang serius perkara itu bagi merealisasikan sukan untuk semua maka segala kemudahan untuk melakukan sukan selepas waktu bekerja akan diadakan segera.Jelasnya, beliau juga mahu menjadikan sukan sebagai satu inisiatif bagi mengawal masalah gejala sosial terutamanya di kalangan remaja di kawasan berisiko tinggi melalui aktiviti sukan pada waktu malam."Sebab utama saya tekan pada waktu malam kerana ramai anak muda yang mengguna pakai infrastruktur pada waktu malam selepas bekerja atau selepas balik ke sekolah."Untuk kita elakkan gejala sosial seperti saya tekankan tadi, pengagihan pembangunan sukan itu dilakukan secara adil dan saya fokus di luar bandar dan juga di kawasan berisiko tinggi,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyerahan Padang Sintetik Stadium Mini Mak Chili Kemaman, Terengganu oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia kepada Majlis Perbandaran Kemaman, di sini, semalam.Turut hadir, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah; Pegawai Daerah Kemaman, Osman Bakar dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.Hadir sama, Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat, ADUN Air Putih, Ab Razak Ibrahim dan ADUN Kemasik, Saiful Azmi Suhaili.Syed Saddiq berkata keputusan itu dibuat selepas melihat masalah yang dihadapi berkenaan padang sintetik di Kelantan dan terbaharu di Kemaman yang menghadapi masalah yang sama.Katanya, padang tersebut hanya boleh diguna pakai pada waktu pagi sehingga petang kerana sistem pencahayaan pada sebelah malam agak samar dan lemah menyebabkan aktiviti sukan tidak dapat dijalankan.Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, inisiatif itu serta peruntukan yang diberikan menjadi satu mercu tanda hubungan erat antara Kerajaan Pusat dengan negeri."Setelah berbincang, saya percaya akan ada lagi inisiatif yang sedang dirangka atau dibaik pulih untuk menaik taraf sukan di Terengganu dan di Malaysia khususnya."Satu inisiatif menyeluruh dari KBS dalam projek-projek baharu dalam memartabatkan sukan pada kali ini di Terengganu dan saya ucapkan terima kasih di atas peruntukan RM60 juta tersebut,"ujarnya.Menurutnya, peruntukan tersebut termasuk memulakan pembinaan tiga projek yang dicadangkan kerajaan sebelum ini iaitu velodrom di Dungun, sebuah Kompleks Sukan Mini di Jabi, Besut dan Telemong di Hulu Terengganu."Selain sukan berbasikal, KBS dengan kerjasama kerajaan negeri juga akan memberi tumpuan untuk pembangunan sukan air di sekitar Pulau Duyong dan kawasan pantai di Terengganu," katanya.
17 Feb 19
338
Zulfikri Bergantung Hidup Dengan Alat Bantuan Pernafasan
Zulfikri Zulkifli, 24.Oleh : Adli Mohamad DUNGUN, 17 Februari - Hidup Zulfikri Zulkifli, 24, sekarang tidak seceria dahulu apabila terpaksa bergantung dengan alat bantuan pernafasan untuk meneruskan hidup.Ibu kepada Zulfikri, Siti Zaleha berkata, dia amat berharap untuk melihat anaknya kembali gembira dan tidak terus murung setelah menderita penyakit sesak nafas sejak sebulan yang lalu."Walaupun sukar, saya reda menerima hakikat berkenaan. Bagi saya keadaannya tidak menyusahkan saya, sebaliknya dialah inspirasi dan juga kekuatan kepada saya menghadapi cabaran didalam kehidupan."Apa yang mengharukan saya, dia nak sangat solat dengan sempurna seperti orang lain, pada kebiasaanya dia tidak mampu (bertahan) untuk bersolat lama," ujar Siti Zaleha yang juga merupakan seorang ibu tunggal.Beliau berkata demikian kepada pemberita, ketika Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman hadir menziarahi anaknya, di rumahnya di Kampung Bukit Besi, Khamis lalu.Menurutnya, walaupun reda dengan keadaan demikian, terdapat kesulitan yang dihadapi olehnya apabila alat bantuan pernafasan perlu disewa dengan kadar bayaran melebihi RM300 sebulan."Walau bagaimanapun keadaannya, adalah menjadi tanggungjawab kepada saya untuk memberikan kehidupan yang sempurna kepadanya."Zulfikri selain mengalami masalah berkaitan kesihatan. Dia juga dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) kerana lembam didalam pelajaran," ujarnya.Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi akan mengusahakan bantuan untuk Zulfikri.Sehubungan dengan itu, Ghazali berkata, beliau akan cuba menghubungi pihak berkenaan bagi mendapatkan bantuan untuk mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh Zulfikri."Saya akan laporkan perkara ini dengan seberapa segera kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) Daerah Dungun bagi membantu beliau terus mendapatkan alat bantuan pernafasan."Dengan mendapat alat yang lebih baik kerana oksigen yang diterima sekarang tidak mencukupi."Dan selain itu perlunya ada alat untuk memeriksa dan mengukur dari semasa kandungan oksigen yang diterima adalah mencukupi," ujar Ghazali.Tambahnya lagi, Zulfikri perlu dibantu, dijaga dan diberi perhatian yang sewajarnya."Apa yang diharapkan adalah mengembalikan senyuman agar dapat memberi sinar harapan kepadanya untuk meneruskan kehidupan."Dalam menelusuri hari-hari seterusnya dengan penuh keceriaan," ujarnya.
17 Feb 19
523
Forum Terengganu Sejahtera DUN Chukai Dapat Sambutan Hangat
ADUN Chukai, Hanafiah MatOleh: Abdul Hafiz GhazaliKEMAMAN, 17 Februari - Program Pimpinan Cakna Rakyat kawasan Chukai melalui Forum Terengganu Sejahtera mendapat sambutan yang hangat apabila diserbu pengunjung dari pasar tani dan pasar pagi di Padang Astaka baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, program itu merupakan kali yang kedua diadakan, selepas program kali pertama yang menampilkan penceramah bebas, ustaz Azhar Idrus.Jelasnya, Padang Astaka itu akan dijadikan sebagai dataran ilmu yang menghimpunkan semua masyarakat kampung itu."Saya mahu jadikan tempat ini sebagai dataran Ilmu."Kerana hari Jumaat hari ilmu dan hari Sabtu hari keluarga, seperti mana Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri Mokhtar, isytiharkan sebelum ini," ujarnya.Beliau berkata demikian semasa menghadiri Forum Terengganu Sejahtera di Padang Astaka, Kemaman.Turut hadir, penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Nik Muhammad Nasri Nik Malek, Johan Ismail, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Hazri Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Darul Iman Terengganu Centre (DITC), Mohd Suhaimi Embong, serta Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) DUN Chukai, Dr Megat Suhaimi Megat Idrus.Forum itu menampilkan penceramah selebriti, Syed Norhisyam Tuan Padang dan Kamaruzzaman Abdullah sebagai panel yang dikendalikan oleh Nakhaie Nafiah.Program itu mendapatkan sambutan yang hangat apabila dianggarkan disertai oleh pelbagai latar masyarakat di kawasan itu.Program itu turut diserikan dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak yang terdiri 3 kategori iaitu, kategori 'A' 4 tahun hingga 6 tahun, manakala kategori 'B' 7 tahun hingga 9 tahun dan kategori 'C' 10 hingga 12 tahun yang dianjurkan oleh Ameerah Care DUN Chukai.Seramai 300 orang fakir miskin turut diraikan dalam program itu, khususnya penduduk di kawasan DUN Chukai.
17 Feb 19
287
Kenyataan PAS Tidak Bantu UMNO Hanya Perang Psikologi - MB Terengganu
KEMAMAN, 17 Februari - Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan kenyataan bahawa PAS tidak akan membentuk kerjasama bersama UMNO bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menerusi satu pengakuan bertulis yang ditandatangani oleh parti tersebut hanya satu perang psikologi.Menteri Besar Terengganu itu menjelaskan, dakwaan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohammad itu tidak benar sebaliknya perjanjian bertulis itu adalah tanda sokongan PAS terhadap agenda PM dalam memelihara dan memperkasa umat Islam dan orang Melayu."Perjanjian itu tanda komitmen dan sokongan pada Perdana Menteri terutama dalam agenda memperkukuhkan orang Melayu dan Islam di Malaysia dalam aspek agama Islam, pendidikan dan ekonomi."Dakwaan bahawa PAS tidak menyokong UMNO disifatkan sebagai perang psikologi sebagaimana kebiasaan setiap kali tiba musim pilihan raya. Sekarang ini musim pilhan raya, ini ‘war game’. Tentu ada perang psikologi antara pihak-pihak yang bertanding,” jelasnyaBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Hakmilik Tanah Projek Felcra Kawasan Bukit Keladi(PLBP) Sungai Pergam, Mukim Hulu Jabur, Projek Felda Seberang Tayor Peringkat 3 Mukim Tebak Dan Felcra Seri Bandi Peringkat 3 dan 4 Mukim Hulu Chukai, Daerah Kemaman, di sini, hari ini.Ahmad Samsuri diminta mengulas mengenai kenyataan tergempar yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir semalam selepas pertemuan di Yayasan Al-Bukhary dua hari lalu.Selain Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, pertemuan di Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur itu turut disertai Dr. Ahmad Samsuri.Walaubagaimana pun beliau berkata satu sidang media akan diadakan oleh PAS Pusat pada petang ini di Kuala Lumpur bagi menjelaskan mengenai pertemuan itu."Buat masa ini kita masih lagi berpegang pada keputusan di mana PAS akan membantu jentera UMNO pada PRK Semenyih," katanya.
17 Feb 19
74