Artikel "Utama" Terkini
Bazaar Kahwin Akan Dijadikan Acara Tahunan Terengganu
Mohd Nurkhuzaini (dua dari kiri) bersama isteri.KUALA TERENGGANU, 23 Februari - Kerajaan Terengganu akan berusaha untuk memastikan bazaar perkahwinan dijadikan sebagai acara tahunan di negeri tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, bazaar yang dijalankan itu merupakan kali yang kedua diadakan selepas yang pertama pada tahun lepas.Jelasnya, bazaar yang diadakan itu membuka banyak peluang kepada usahawan dan juga bakal-bakal pengantin untuk mencari dan memilih pakej perkahwinan yang terbaik.“InsyaAllah saya melalui jawatankuasa keusahawanan akan memberi kerjasama agar bazaar kahwin seperti ini diadakan setiap tahun.“Bazaar ini juga membuka peluang kepada usahawan-usahawan yang bergiat dalam arena perkahwinan untuk sama-sama menawarkan pakej-pakej yang terbaik untuk memudahkan orang ramai untuk mencari (memilih),” ujarnya.Beliau berkata bazaar itu sesuai dijadikan 'one stop centre'.Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Bazaar Kahwin Volume 2 Extravaganza 2019 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu, di sini semalam.Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengurus Pembangunan Perniagaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Engku Mohd Hairulnizam, Ketua Pegawai Eksekutif CAKNA, Mohd Radhi Kamarudin serta isteri-isteri Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Terengganu.Mohd Nurkhuzaini melawat gerai-gerai yang menawarkan pakej terbaik.Nurkhuzaini berkata, bazaar tersebut sangat sesuai untuk dijadikan sebagai ‘one-stop centre’ kepada seluruh rakyat negeri Terengganu.Rakyat Terengganu yang bakal melangsungkan perkahwinan digalakkan hadir untuk memilih pakej-pakej pengantin yang ditawarkan kerana bazaar itu melengkapi semua elemen.“Memang kita boleh jadikan ianya ‘one stop centre’ dan kita rasa berbanggalah kerana ada pihak yang sudi menganjurkan bazaar ini.“Saya ada tengok (di sini) memang ‘complete’ dari segi perkahwinan, bermula daripada pejabat agama sehingga ‘goodies’, makan, semuanya ada,” tambahnya.
22 Feb 19
118
Dua Lokasi Baharu Rumah Rakyat Pecah Tanah Mac Ini
KUALA TERENGGANU, 22 Februari – Kerajaan negeri sedaya upaya melunaskan janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu untuk membina rumah untuk rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, walaupun terdapat halangan dari segi kewangan namun kerajaan berjaya melaksanakan dan sedang melakukan beberapa projek ke arah merealisasikan janji itu.“Kita telah berusaha sedaya upaya kita dengan kemampuan yang kita ada dengan halangan-halangan kita terima khususnya dari segi kewangan negeri yang sangat terhad.“Dan komitmen hutang kerajaan dulu yang terpaksa kita selesaikan serta projek dahulu yang sedang berjalan dan belum siap juga memerlukan peruntukan yang besar untuk disiapkan,” jelasnya. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 17 di Pejabat Khairunisa, Batu Buruk, di sini, semalam.Oleh itu beliau berkata, bagi merealisasikan seluruh pembangunan perumahan, kerajaan negeri memerlukan kewangan yang besar kerana selain daripada membina rumah yang baharu, projek lama yang belum disiapkan juga perlu diteruskan.“InsyaAllah pada tahun ini, sebenarnya (sejak) tahun lepas lagi (telah) bermula proses untuk membina rumah baharu untuk rakyat dan tahun ini kita akan melakukan dua (lokasi) pecah tanah (iaitu) satu projek di Tok Jembal (iaitu) rumah flat dan yang kedua di Tajin, Hulu Terengganu (iaitu) rumah teres.“Dalam jadual kita (juga) perasmian pecah tanah akan dibuat setelah siap kita melantik kontraktor, kita ‘target’ minggu ke tiga Mac akan dapat dirasmikan oleh Menteri Besar di kedua-dua tempat (pada) hari berlainan tapi dalam minggu yang sama,” ujarnya. Namun begitu, kata Dr Alias, ada beberapa lagi projek lain yang dibiayai Kerajaaan Persekutuan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.“Saya telah pergi sendiri bersama para pegawai saya dan berjumpa dengan Timbalan Menteri berkenaan di Putrajaya (dan) berbincang dengan pegawai mereka bagaimana (mungkin) Kerajaan Pusat boleh meletakkan sasaran membina satu juta rumah untuk tempoh empat tahun.“Sudah tentu pembinaan itu akan dilakukan di negeri - negeri dan tidak terkecuali di Terengganu akan terlibat, sebab (urusan) tanah ini di bawah kuasa (kerajaan) negeri,”katanya.Justeru itu, Kerajaan Pusat bersetuju memberi peruntukan untuk membangunkan tiga tapak lagi bagi pembinaan rumah baharu.“Kita cadangkan enam tapak untuk pembinaan rumah di Negeri Terengganu (namun) dalam perbincangan itu, insyaAllah diberi kelulusan (dana) untuk tiga tapak.“ Malah, kita juga amat mengharapkan (kelulusan) permohonan dapat disegerakan iaitu (terutamanya) di Besut kerana permintaan tinggi untuk rumah mampu milik dan di Marang sebab di (kampung) Jambu Bongkok (akan dibangunkan) Lembah Silika (di mana) kita akan bina kilang untuk proses silika,” jelasnya lagi.Sudah tentunya, tambah beliau ia akan menjadi keperluan bagi pembangunan perumahan untuk menampung keperluan para pekerja bagi projek mega Lembah Silika itu.
22 Feb 19
80
MB Bersama Rakyat Ikuti Kuliah Dhuha Di Masjid Rusila
MARANG, 22 Februari - Menepati pengumuman kerajaan negeri, 'Jumaat Hari Ilmu, Sabtu Hari Keluarga', Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menggunakan kesempatan masa yang ada untuk mengikuti kuliah Dhuha di Masjid Rusila, di sini, pagi tadi.Beliau ditemani isteri, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman."Kuliah Dhuha disampaikan oleh Tuan Guru Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diadakan setiap Jumaat sejak puluhan tahun dulu itu sentiasa dipenuhi ramai pengunjung dari seluruh Terengganu yang cintakan ilmu," kata kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau, hari ini.Menurutnya lagi, lokasi tumpuan ribuan rakyat itu turut menjadi pusat aktiviti ekonomi penduduk setempat.Sejurus selesai majlis ilmu itu, Dr. Samsuri bersama isteri kemudiannya meninjau pasar pagi di sekitar Masjid Rusila yang menawarkan pelbagai keperluan termasuk barang mentah, pakaian dan kuih-muih.Beliau turut berbual mesra dan sempat melayani permintaan orang ramai yang mahu mengabadikan foto kenangan bersama.Dr. Samsuri juga sempat singgah untuk menikmati juadah pagi di warong berhampiran sebelum pulang.
22 Feb 19
1077
Sultan Mizan Berangkat Solat Jumaat Di Masjid Al-Abrar
KUALA NERUS, 22 Februari - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mencemar duli mengerjakan solat Jumaat di Masjid al-Abrar, Bukit Tok Beng, Kuala Nerus, di sini hari ini.Turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.
22 Feb 19
672
Khairunnisa' Terengganu Aktif Tangani Masalah Rakyat
KUALA TERENGGANU, 22 Februari - Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa') bergerak cergas untuk mengatasi masalah kehidupan rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, persatuan tersebut dapat bertahan dalam situasi politik negara yang sentiasa berubah-ubah.“Saya ucap tahniah kepada Khairunnisa' kerana telah berjaya bertahan dalam situasi politik negara pada hari ini yang berubah-ubah, yang ditubuhkan semasa menjadi kerajaan (dahulu pada tahun 1999) kemudian tidak menjadi kerajaan pada tahun 2004 dan (kini) menjadi kerajaan semula. “Walaupun (pemerintahan dahulu) tidak menjadi kerajaan, Khairunnisa' masih lagi bergiat cergas membantu para suami mereka yang merupakan Yang Berhormat (YB) ataupun mantan YB dalam menguruskan kerja-kerja masyarakat sama ada berkaitan politik ataupun kebajikan,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-17 Khairunnisa' di pejabatnya di Batu Buruk semalam.Menurutnya, walaupun selepas menjadi kerajaan semula, persatuan tersebut masih lagi bergiat aktif dalam program yang berkaitan dengan kebajikan dan kemasyarakatan.“Ini adalah antara peranan penting NGO dalam membantu kerajaan dan parti untuk menangani masalah kehidupan yang dihadapi oleh rakyat.“Dengan kos hidup yang tinggi, masih ramai lagi rakyat kita yang tidak ada pekerjaan terutama golongan berpendapatan rendah yang memang memerlukan bantuan kerajaan ataupun NGO seperti Khairunnisa',” ujarnya.Justeru, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak NGO yang mengambil cakna tentang rakyat Terenggau. “Saya ucap tahniah banyak pihak mengambil cakna tentang rakyat negeri Terengganu khususnya dalam soal ini yang merupakan antara elemen penting kita hidup bermasyarakat,” katanya.
21 Feb 19
293
Mangsa Bencana MTL Di Terengganu Menurun
Dr. Ahmad Samsuri (tengah) bersama Dr. Wan Azizah (tiga dari kiri).KUALA TERENGGANU, 21 Februari - Jumlah mangsa sepanjang bencana Monsun Timur Laut (MTL) di negeri Terengganu pada 2018/2019 menurun berbanding 2017/2018.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, Terengganu merupakan antara negeri pantai timur yang terjejas akibat bencana MTL yang terjadi pada hujung dan awal tahun.Jelasnya, berdasarkan maklumat yang diperolehi, berlaku penurunan yang ketara antara jumlah mangsa pada kali ini berbanding yang lalu .“Saya sukacita diberitahu bahawa tahun ini (2018/2019) berbanding tahun lepas (2017/2018), insiden bencana memang menurun.“Terengganu merupakan kawasan terkesan melibatkan 3,219 mangsa dan 47 pusat pemindahan (pada kali ini), berbanding pada 2017/2018, 7,483 mangsa terkesan, jadi ada penurunan,” ujarnya. Penyampaian replika cek bantuan wang ihsan. Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menghadiri Taklimat Khas Pasca Bencana MTL 2018/2019 dan Penyampaian Wang Ihsan Bencana Kepada Kerajaan Negeri Terengganu di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Hadir sama dalam taklimat itu ialah Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah, Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat turut berkata, kerajaan pusat telah menyalurkan wang ihsan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABN) kepada semua mangsa yang terjejas.Bantuan yang berjumlah RM 525,500 akan diberikan kepada 1,051 Ketua Isi Rumah (KIR) menerusi Kerajaan Negeri Terengganu.Antara mangsa bencana yang menerima bantuan.“Kita bagi RM 525,500 kepada kerajaan negeri.“Kita bagi sebagai pemberian bantuan wang ihsan kepada seluruh 1,051 keluarga, ini adalah mengikut kemampuan dan insiden bencana,” tambahnya.Setiap penerima mendapat bantuan RM500 dengan penerima tertinggi dari daerah Hulu Terengganu (485 penerima), diikuti Kemaman (170 penerima), Marang (144 penerima), Kuala Nerus (104 penerima), Kuala Terengganu (90 penerima), Setiu (32 penerima) dan Dungun (26 penerima).MTL yang berlaku sejak November 2018 dan berakhir sekitar Januari 2019 itu mengakibatkan kebanyakan daerah di Terengganu terjejas.
21 Feb 19
123
Kerajaan Negeri Dengar Keluhan Penarik Beca Terengganu
Hanafiah melihat salah satu beca yang diubah suai supaya lebih menarik.KUALA TERENGGANU, 21 Februari - Keperitan hidup dan keluhan penarik-penarik beca Terengganu berikutan kekurangan hasil pendapatan sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri akan berbincang untuk mencari penyelesaian bagi memastikan mereka mendapat bantuan.Beliau yang turun bertemu sekumpulan penarik beca di Pasar Kedai Payang, baru-baru ini memaklumkan akan memastikan golongan itu turut mendapat perhatian dan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).“Saya juga difahamkan bahawa Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri telah memberikan peruntukan berjumlah RM200 sebulan untuk membantu meringankan beban mereka.Abdul Wahab Abdul Rahman, 74, sifatkan pelanggan semakin kurang berminat naiki beca.“Di bawah portfolio pelancongan, para penarik beca juga dibantu dengan promosi pelancongan sebagai salah satu elemen keunikan negeri,” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu menyampaikan sumbangan kepada sekitar 20 penarik beca di kawasan tersebut.Ditanya tentang pelan untuk membangunkan industri beca negeri itu, Hanafiah menyatakan kebanyakan penarik beca yang ada kini dianggap sebagai generasi terakhir bagi kerjaya berkenaan.“Agak sukar merencana pelan untuk industri ini kerana kebanyakan mereka sudah melepasi 60 tahun. Jadi, saya merasakan kerajaan perlu memberikan sumbangan tetap kepada mereka,” katanya sambil menyifatkan amat kurang pengendali beca di kalangan orang muda yang akan meneruskan industri itu.Hal ini turut diakui oleh salah seorang pelanggan tetap beca di kawasan Pasar Payang. Zubaidah Endut, 57, yang merupakan peniaga di situ berkata, selain kurangnya penarik beca di kalangan orang muda, kebanyakan pelanggan beca juga hanya terdiri daripada ‘orang-orang lama’.Zubaidah yakin beca masih relevan."Orang muda kurang berminat menaiki beca sedangkan ia amat berguna untuk bergerak di dalam kawasan bandar.“Saya selalu juga naik beca untuk urusan dalam bandar kerana sukar untuk mendapatkan parkir kereta, jadi dengan menggunakannya urusan menjadi lebih mudah,” katanya.Dia turut beranggapan pelancong yang berkunjung ke Kuala Terengganu lebih suka menaiki beca untuk bersiar-siar.“Saya rasa beca sangat penting dan masih relevan digunakan. Saya dapat lihat setiap hari, pelancong yang datang ke sini lebih cenderung menaiki beca berbanding kenderaan awam lain kerana mereka dapat lihat suasana di sini dengan lebih dekat,” katanya.
21 Feb 19
990
MB Ajak Penggerak Pendidikan Negeri Jayakan PITAS 2030
Haji Sharifuddin (11 dari kiri) bersama pegawai-pegawai tinggi jabatan itu mengadakan perjumpaan dengan Dr Ahmad Samsuri (12 dari kanan) di Wisma Darul Iman semalam.KUALA TERENGGANU, 21 Februari - Kerajaan negeri menjadikan pendidikan antara bidang utama Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) bagi melahirkan insan berkualiti dan bermoral tinggi demi kesejahteraan negeri dan rakyat.Justeru, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berharap supaya semua pihak bekerjasama bagi menjayakan Pelan Induk Terengganu tersebut.Beliau menaruh harapan demikian ketika menulis di status Facebooknya semalam.Foto hasil perjumpaan dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Haji Sharifuddin Haji Ali Hussin dan Pegawai Pengurusan Tertinggi Jabatan itu di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman, turut dimuat naik dalam laman berkenaan.Cenderahati dari Dr Ahmad Samsuri (tengah) kepada Haji Sharifuddin (kanan).Katanya, pendidikan merupakan antara satu bidang utama PITAS 2030 yang menjadi aspek terpenting sebagai usaha kerajaan negeri dalam melahirkan insan berkualiti dan bermoral tinggi demi kesejahteraan negeri serta rakyat."Kerjasama semua pihak penting bagi mencapai matlamat ini," jelasnya.Dalam Teras Utama (Maju) PITAS 2030 dinyatakan bahawa pembangunan modal insan berteraskan kepada prinsip Islam yang menjadi tujuan utama kerajaan bagi melahirkan masyarakat berintelek dan berdaya saing. Sementara dalam Bajet 2019 yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu akhir tahun lalu, Dr Samsuri menyatakan bahawa sejumlah RM5 Juta diperuntukkan di bawah Skim Mus'aib bin Umair untuk menggalakkan rakyat mencintai al-Quran.Katanya, kefahaman dan pengamalan terhadap ajaran al-Quran perlu diperkukuhkan demi melahirkan modal insan yang berkualiti.
20 Feb 19
190
Kongsi Keberkatan Demi 'Sesuap Kasih'
KUALA TERENGGANU, 20 Februari - Kerajaan negeri menghargai usaha Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu yang menganjurkan 'Program Sesuap Kasih' sebagai platform membantu golongan asnaf fakir dan miskin.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia adalah satu inisiatif yang sangat murni bagi mendekati golongan yang kurang berkemampuan. Malah ia sangat dianjurkan dalam Islam.Beliau berkata, ia bersesuaian dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu semua pihak mengambil tanggungjawab dan peluang untuk membuat kebajikan bagi membantu rakyat. “Kami nak bawa satu konsep dalam sebuah masyarakat yang berkat iaitu tanggungjawab untuk membantu golongan yang lemah dan miskin bukan sahaja tanggungjawab kepada kerajaan. “Tapi ia juga menjadi tanggungjawab sosial kepada orang yang senang dan berpendapatan tinggi serta kaya (yang) sepatutnya mereka juga ambil saham untuk menunaikan tanggungjawab sosial bagi memberi dan membantu golongan yang susah,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Program Sesuap Kasih di parkir orang awam, di hadapan Kompleks Seri Iman Jalan Sultan Muhamad, di sini, hari ini.Mohd Nor berkata, program tersebut akan menanam perasaan rasa sayang kepada golongan yang kurang berkemampuan dengan mengambil cakna kebajikan mereka.“Kita nak tanam dalam jiwa masyarakat kita (agar) ada rasa sayang kepada golongan miskin supaya jangan berfikir ini (ia) tanggungjawab kerajaan (sahaja)..Jabatan Kebajikan Masyarakat... ini tanggungjawab Tabung Darul Iman (tetapi ia juga adalah) tanggungjawab masyarakat khususnya mereka (orang berkemampuan). “Dan hari ini kita berikan satu 'platform' untuk memudahkan mereka salurkan makanan dan bantuan serta duit ke Pejabat Agama atau mana-mana institusi yang nak membuat program seumpama ini. Kita galakkan dan memudahkan (lagi) kerja mereka,” ujarnya.Justeru itu, beliau menegaskan, ia merupakan satu konsep yang penuh keberkatan, dilaksanakan dalam sebuah masyarakat dengan memberi sumbangan kepada golongan yang lemah.
20 Feb 19
31
'Sesuap Kasih' Beri Makan Untuk Asnaf, Fakir Miskin
KUALA TERENGGANU, 20 Februari - Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu menyeru kepada semua pihak termasuk mereka yang berkemampuan dan golongan korporat untuk menyumbang menerusi program 'Sesuap Kasih' bagi menyediakan keperluan makanan kepada asnaf, fakir dan miskin.Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu Ustaz Haji Azmi Tengah berkata, program tersebut memudahkan orang ramai untuk menyumbang kepada golongan sasar terbabit.“Program Sesuap Kasih yang kita anjur pada hari ini sebagai satu cara bagi memberi makan kepada orang susah dan golongan asnaf.“Lebih-lebih lagi kalau peruntukan itu kita guna daripada peruntukan fidyah yang mana asal kepada fidyah itu adalah beri makan kepada orang miskin,” jelasnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran program Sesuap Kasih di parkir awam, hadapan Kompleks Seri Iman Jalan Sultan Muhamad di sini, hari ini.Oleh itu menurutnya, program itu dijangka akan diadakan secara mingguan pada setiap Rabu bermula jam 12 tengahari.“Jadi konsepnya adalah ‘first come, first serve’ (siapa cepat dia dapat) yang datang awal dengan sekadar 100 bungkus makanan. Kita kira ini 'one-off'.“Itu konsep awal yang saya terfikir (untuk) laksanakan di Negeri Terengganu dan saya tengok pun belum ada lagi yang buat konsep begini,” ujarnya.Oleh itu, beliau juga berharap agar pihak pentadbiran negeri memberi sokongan kepada Pejabat Agama untuk menghebahkan lagi program tersebut kepada orang ramai.Beliau menyarankan program murni itu diperluaskan ke pusat pengajian tinggi bagi membantu pelajar yang kurang berkemampuan.“Kalau boleh dikembangkan lagi program ini ke universiti, UNisZA, UMT, UiTM (dan ini) bermakna kita boleh peruntukan contohnya 500 bungkus nasi untuk makan setiap hari kepada pelajar “(Para) pelajar itu akan dipilih oleh pusat Islam yang ada di universiti masing-masing. Itu konsep tabaruk dan kita rasa pahalanya lebih banyak (daripada) kita ratib di surau di masjid lagi,” tambahnya.Sehubungan dengan itu, Ketua Pejabat Bank Negara Malaysia cawangan Kuala Terengganu, Adlis Khairil Sazli Mohd Zaini mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur.Pihaknya yang turut menaja sumbangan pada hari ini berkata, mereka berharap program tersebut akan diteruskan dari semasa ke semasa. “Saya mengucapkan terima kasih kepada penganjur yang menganjurkan satu program yang unik untuk fakir miskin dan ia juga satu program yang elok serta memberi manfaat secara langsung kepada fakir miskin dan para asnaf,” katanya.Sementara itu, Sumai Hotel Apartment Kuala Terengganu yang turut menaja makanan tengahari bersyukur kerana program itu membantu pihaknya dalam mengerjakan kebajikan.Pengarah Eksekutifnya, Wan NurDiyana Wan Mahyuddin berkata, program yang diadakan itu memudahkan kerja pihaknya untuk memberi sumbangan. “Terima kasih kerana menjemput kami sebab pada asalnya kita nak cari rumah ke rumah fakir miskin tapi Alhamdulillah hari ini senangkan kerja dan kita harap (selepas ini) buat lagi,” tambahnya.
20 Feb 19
739