lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
SSM Sedia RM600 Ribu Untuk Usahawan Terengganu
YB Mohd Nurkhuzaini  bersama penerima geran bantuan SSM. Foto Solahuddin Al IdrusKUALA TERENGGANU, 28 Februari - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Cawangan Terengganu  memperuntukkan RM600,000 dalam bentuk geran bantuan di bawah program Bizgrant bagi membantu usahawan memulakan perniagaan sepanjang tahun ini.Peruntukan itu sebahagian daripada RM10 juta yang disalurkan Kerajaan Pusat kepada usahawan yang layak di seluruh negara, termasuk 200 usahawan terpilih di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, setiap peserta layak menerima geran bantuan RM3,000 seorang.Katanya, agihan peruntukan dalam bentuk barangan atau kelengkapan berniaga itu disalurkan kepada mereka yang melepasi sesi temuduga khas.“Kebayakan mereka adalah usahawan Industri Kecil dan Sederhana yang mengusahakan produk karipap, pau, roti canai dan sebagainya,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Program Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil  serta Penyerahan SSM Bizgrant di Yayasan Islam Terengganu (YIT), di sini, hari ini.Nurkhuzaini berkata, sesi temuduga dianggap penting  bagi memastikan mereka yang benar-benar minat berniaga, selain berupaya mengubah ekonomi  keluarga kepada tahap lebih selesa.“SSM dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan memantau dalam tempoh enam bulan awal bagi memastikan penerima betul-betul menjalankan perniagaan," katanya.
27 Feb 19
863
Empty Image
Nyummy..Apam Balik Tangkap Leleh, Ada 60 Perisa
KUALA NERUS, 27 Februari- Bukan satu, dua atau tiga perisa apam balik tetapi terdapat 60 pilihan untuk pelanggan nikmati apabila berkunjung ke warung McNor My Best Recipe Apam Balik yang terletak di tepi pagar Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kuala Nerus.Pengusaha kuih itu, Norizan Awang @Said, 43, tidak menyangka idea untuk memperkenalkan apam balik dengan tambahan pelbagai perisa yang mempunyai tekstur luar biasa itu mendapat sambutan hangat di kalangan peminat makanan segera yang menginginkan kelainan rasa dan pelbagai selera.Ibu kepada enam orang anak ini berkata, idea menjual apam balik versi baharu timbul apabila melihatkan trend masyarakat yang gemarkan kelainan dalam menghasilkan resepi makanan untuk menarik perhatian pelanggan.Kelebihan menghasilkan menu unik itu membolehkan Norizan menjual 500 apam balik sehari dengan harga antara RM1 hingga RM5 sebiji dengan bantuan tiga pekerja.Kini kuih yang lazimnya menjadi makanan kudapan itu menjadi sumber rezeki utama selepas nekad berhenti kerja sebagai Pegawai Teknologi Maklumat ( EIO ) di sebuah pusat teknologi maklumat pada 2014 kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarga termasuk menjaga bapa mertuanya yang sakit ketika itu.Apam balik jagung dengan keju leleh antara menu yang laris dan menjadi pilihan pelanggan terutama pelajar sekolah. Perisa lain termasuk keju dan butterscotch, strawberi, bijian coklat, sosej, nutella, pisang dan banyak lagi yang cukup menyelerakan apabila terhidu aromanya ketika proses memasak.Dengan menggunakan keju mozzarella, apam balik ini diakui oleh pelanggan tetapnya antara yang terbaik dan menyelerakan, apatah lagi jagung yang menjadi ramuan utama kuih itu dihasilkannya sendiri.“Saya beranikan diri memperkenalkan apam balik versi baru iaitu dengan menyediakan apam balik cheese bersama pelbagai jenis lapisan atas permintaan pelangan. Apam balik yang saya jual bukan sahaja dijual untuk sajian minum petang malahan saya juga bersedia menerima tempahan untuk majlis-majlis keraian tertentu."Saya dan anak-anak buah bersedia menerima tempahan seperti kenduri perkahwinan mahupun majlis hari jadi dengan tempahan mencecah 1,000 keping dalam sehari malah pernah menerima tempahan 2,800 keping untuk majlis hari raya pada tahun lepas ,"katanya ketika ditemui media Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) di warung jualannya.Beliau yang mendapat sokongan sepenuhnya daripada suaminya  Mohd Zarufini Mohd Sabri, 46, seorang guru sekolah rendah, berkata kelebihan apam baliknya ialah resepinya yang tersendiri, selain lembut dan tidak tebal.Malah, teksturnya juga lebih enak berbanding biasa dan masih menyelerakan jika dimakan ketika sejuk.Katanya, selain apam balik, mereka turut membuat aiskrim yang menggunakan enam resepi yang diolah mengikut citarasa tersendiri iaitu Strawberi, coklat, vanilla, mango, kelapa muda dan terbaharu perisa arang.Dia yang memulakan perniagaan bermodalkan RM1,000 hasil simpanan sendiri, kini mampu mengukir senyuman apabila usahanya berbaloi dengan meraih pendapatan yang mampu mencecah RM1,000 sehari."Alhamdulillah sambutan memberangsangkan. Daripada satu, kini sudah berkembang kepada dua cawangan dan insyaAllah saya akan buka lagi cawangan selepas ini," jelasnya.Apam Balik Mc Nor beroperasi dari Ahad hingga Khamis (Jumaat dan Sabtu tutup) bermula jam 12.30 tengahari hingga 6.30 petang di tepi pagar  Sekolah Kebangsaan Tok Jiring dan berhampiran warung Syakila, Gong Badak.Bagi yang ingin mencuba, boleh menaip `Apam Balik McNor’ di aplikasi peta Google dan Waze menerusi telefon anda. Selain itu, boleh melayari laman Facebook dan Instagram: Catering Apam Balik McNor atau hubungi 0103364029 (Abg Mie) atau  0103364039 (Kak Nor) jika ingin membuat tempahan dan jika ada sebarang pertanyaan.
26 Feb 19
1723
Empty Image
Hubungan Baik Kerajaan Negeri, Persekutuan Harus Dikekalkan - MB Terengganu
Dr. Samsuri perjelas hubungan baik mampu memberi manfaat besar kepada rakyat.MARANG, 27 Februari - Kerajaan negeri berharap hubungan baik bersama Kerajaan Persekutuan dapat dikekalkan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hubungan positif kedua-dua pihak mampu memberi manfaat yang besar kepada rakyat.“Jika kita boleh mengekalkan hubungan sebegini, kedua-dua pihak iaitu Persekutuan dan negeri akan mendapat manfaat secara bersama."Paling penting, ia memberi manfaat besar kepada rakyat Terengganu,” katanya ketika menjawab persoalan yang dikemukakan dalam program MB Maghi Kapung Kite di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM), di sini, baru-baru ini.Dr. Samsuri berkata, apa yang berlaku membuktikan terdapat cara lebih baik yang boleh dilakukan kedua-dua pihak berbanding puluhan tahun dahulu.“Jadi, saya meminta supaya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertimbangkan perkara tersebut dan beliau terima apa yang diminta,” katanya.Dr. Samsuri menegaskan, usaha secara berperingkat dilakukan dan setelah itu, Kerajaan Terengganu memperoleh apa yang diperlukan.Bagi tahun 2018, Terengganu menerima keseluruhan royalti berjumlah RM1.26 bilion selepas ditolak hutang negeri kepada Persekutuan berjumlah RM60 juta.Namun, Terengganu dijangkakan bakal menerima jumlah hampir sama bagi tahun ini. Dalam pada itu, beliau yang mengetuai pentadbiran negeri Terengganu nyata berpuas hati dengan prestasi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri yang dilantik (Exco) sepanjang 10 bulan pemerintahan kerajaan baharu itu.“Saya sangat berpuas hati dengan mereka. Masing-masing tahu tentang tugas dan tanggungjawab serta bekerja dengan begitu keras sekali.“Saya rasa bukan saya seorang yang menilai, rakyat boleh melihat bagaimana komitmen daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersungguh-sungguh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program berkenaan.MB Maghi Kapung Kite merupakan program siri jelajah penerangan berkaitan Bajet 2019. Siri kedua kali ini diadakan di daerah Marang selepas yang pertama untuk daerah Besut dan Setiu pada awal Februari lalu.Program kali ini dihadiri sekitar 1,000 penduduk setempat terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat.
26 Feb 19
81
Empty Image
Kad Sejahtera: Perbincangan Di Peringkat Akhir
KEMAMAN, 25 Disember- Kerajaan negeri sedang memperinci puluhan klinik di Terengganu untuk disenaraikan sebagai panel pemegang Kad Sejahtera.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, melalui kad sama, pemegang layak mendapat rawatan perubatan wad kelas ketiga hospital secara percuma."Perbincangan berkaitan  program itu sudah di peringkat akhir dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat" katanya.Menurutnya,  kemudahan itu bakal dinikmati oleh mereka yang disenaraikan dalam e-Kasih dan Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan peruntukan RM500 seorang."Berdasarkan rekod, seramai 6,000 penerima disenaraikan dalam kategori itu dan layak memiliki kad sejahtera, " katanya.Beliau berkata demikian pada Program Pemasaran Berkesan anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) di Pejabat Agama Daerah Kemaman, hari ini.Seramai 200 peserta yang juga peminjam Projek Jaya Diri hadir pada program itu.Hanafiah turut memberitahu, melalui program itu, mereka dilatih khas bagi memasarkan produk masing-masing secara atas talian dengan bayaran yang sangat berpatutan."Produk mereka bukan saja boleh dipasarkan ke serata negeri malah ke peringkat antarabangsa,"katanya
26 Feb 19
26
Empty Image
Gangguan Bekalan Air Di Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Syarikat Air Terengganu (SATU) Sdn. Bhd. melalui portal rasminya mengumumkan terdapat gangguan bekalan air tidak berjadual di beberapa kawasan di Kuala Terengganu, hari ini.Gangguan bermula daripada jam 6.30 pagi dikatakan akan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari.Kesulitan berkenaan berpunca daripada Paip DI 12” pecah di Jalan Tok Lam akibat kerja HDD kabel.Kawasan terlibat dengan gangguan itu, Jalan Sultan Ismail, Jalan Sultan Sulaiman, Jalan Sultan Mahmud, Jalan Sultan Zainal Abidin, Jalan Pejabat, Kampung Cina & Pusat Bandar Kuala Terengganu serta kawasan sekitarnya.Usaha baik pulih sedang dilakukan kontraktor paip lantikan kontraktor kabel serta dipantau staff SATU.Sebarang kesulitan amat dikesali dan pengguna akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
25 Feb 19
83
Empty Image
LED Untuk Halau Gajah
KUALA TERENGGANU, 25 Februari – Jabatan Perhilitan Terengganu akan menggunakan lampu LED (Light Emitting Diode) untuk menghalau gajah liar yang menimbulkan kebimbangan dan mengancam keselamatan penduduk di Kampung Syukor, Hulu Dungun.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, selain LED, tembakan untuk menakutkan mamalia tersebut akan turut diguna pakai."Antara perancangan untuk meminimakan kesan konflik dan gangguan gajah  kepada penduduk, Perhilitan mengambil langkah menembak dan menghalau.“Tembakan untuk menghalau gajah supaya  keluar  daripada kawasan  penempatan dan perkampungan penduduk supaya haiwan berkenaan masuk semula ke hutan simpan yang menjadi habitat mereka.“Kita juga bincang untuk pemasangan lampu  LED berwarna biru yang mana lampu LED ini dipasang pada jarak sekitar 20 meter bagi setiap tiang di beberapa lokasi antaranya di Pelung, Setiu didapati berkesan untuk kita nak meminimakan gangguan gajah,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat  Jabatan Perhilitan bersama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Turut hadir, Pengarah Jabatan Perhilitan, Rahmah Illias dan Timbalannya, Ahmad Kamsul Alias.Dr. Azman memberitahu, peruntukan RM15,000 akan diberikan kepada Jabatan Perhilitan bagi tujuan pemasangan lampu LED yang membabitkan jarak sekitar 20 kilometer (km).Menurutnya, gangguan gajah liar kerap berlaku dan dikatakan sudah enam kali dalam tempoh seminggu yang lalu.Katanya, situasi itu disebabkan Kampung Syukor yang terletak antara dua hutan simpan Pasir Raja dan Kuala Jengal.“Pemasangan pagar elektrik yang telah dipasang di beberapa lokasi antaranya di Pelung dan serangan gangguan gajah apabila dipasang pagar elektrik memang berkurangan malah hampir tiada. Kita rasakan pemasangan pagar adalah satu kaedah paling efektif  tapi oleh kerana pemasangannya memerlukan kos yang agak besar, sepanjang 20km memerlukan sekitar RM600,000 (kos pemasangan) tidak termasuk lagi kos penyelenggaraan. “Maka kita segerakan dulu dari segi pemasangan lampu yang insyaAllah bajet akan ditanggung oleh pihak kerajaan negeri," ujarnya.Kata beliau lagi, sekiranya langkah tersebut tidak berkesan, tindakan terakhir adalah dengan menangkap dan memindahkannya ke kawasan yang jauh daripada penempatan penduduk.
25 Feb 19
539
Empty Image
Fasa Pertama Projek Perumahan PMINT Di Bukit Bayas Bermula Mac Ini
KUALA TERENGGANU, 25 Februari- Kerajaan negeri melalui Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)akan membina 55 buah rumah bagi fasa pertama di bawah projek kediaman komersial bermula Mac ini.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata,  projek perumahan melibatkan pembinaan rumah teres dua tingkat itu akan dibangunkan di Kampung Bukit Bayas yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun.Menurut beliau, projek yang dijalankan dalam dua fasa diatas tanah yang berkeluasan 11 ekar di kawasan terbabit secara keseluruhannya kelak bakal menyediakan penempatan yang memuatkan 130 unit rumah komersial.Dr. Alias berkata, unit kediaman tersebut akan dijual pada harga antara RM350,000 hingga RM370,000 seunit dengan keluasan 1,500 kaki persegi kepada orang ramai.“Dengan harga tanah yang kita beli lebih kurang RM800,000 untuk satu ekar, jadi kos tanah itu pun sudah mahal namun rumah yang kita jual masih pada harga yang berpatutan. “Semoga dengan siapnya projek perumahan ini memberi satu lagi peluang khususnya kepada penduduk tempatan untuk memiliki rumah sendiri,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek perumahan PMINT di Kampung Bukit Bayas, di sini, hari ini.Turut hadir,  Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed dan Ketua Pegawai Eksekutif PMINT, Samiun Salleh.Sementara itu Dr. Alias berkata, pihaknya juga mempunyai cadangan untuk membina rumah mampu milik di tanah kosong sekitar projek kediaman komersial PMINT itu.“Permohonan rumah mampu milik di Kuala Terengganu sangat tinggi dan ini adalah antara tapak yang boleh dicadangkan untuk pembinaan rumah mampu milik demi untuk kesejahteraan rakyat bersama,” ujarnya.
24 Feb 19
1381
Empty Image
Ahli Baharu PPK, Boleh Isi Borang SBMT
Dr.Azman IbrahimKUALA TERENGGANU, 25 Februari - Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang baharu mendaftar boleh memohon Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) tanpa dikenakan sebarang syarat.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, SBMT merupakan pinjaman dengan dana dari kerajaan negeri yang dikecualikan dari syarat ini kepada ahli PPK.“Saya ada menerima maklum balas rakyat yang memaklumkan bahawa selepas daftar ahli PPK, mereka perlu menunggu selama enam bulan barulah boleh isi permohonan SBMT sebagaimana yang termaktub dalam peraturan pinjaman sebelum ini.“Namun pagi ini saya sudah sahkan dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang merupakan  urusetia SBMT tentang isu ini. Sebenarnya syarat daftar enam bulan sebagai ahli baharu boleh buat pinjaman ialah merujuk kepada pinjaman biasa dengan dana dari Lembaga Pertubuhan Peladang dan ianya tidak berkait dengan SBMT,” katanya dalam satu kenyataan kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.Tambah Dr.Azman, selepas mendaftar dan disahkan menjadi ahli PPK, mereka boleh mengisi borang SBMT tanpa bergantung kepada syarat menunggu enam bulan yang dikenakan ke atas pinjaman-pinjaman lain sebelum ini.Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas kesungguhan Pengarah dan seluruh warga staf LPP yang bekerja keras dalam menjayakan Program Jelajah Penerangan dan Dialog SBMT ke seluruh negeri.Untuk rekod, Terengganu memperuntukkan sejumlah RM5 juta sebagai kemudahan pinjaman SBMT patuh syariah tanpa faedah kepada mereka yang menceburi sektor pertanian, penternakan dan perikanan  di negeri ini yang mana skim bantuan dalam bentuk barangan, perkakas, enjin, anak benih, peralatan dan bantuan kewangan  itu akan diuruskan LPP Terengganu sebagai urusetia.Setiap individu  layak membuat pemohonan SBMT tidak melebihi RM50,000 atau nilaian kelulusannya bergantung kepada jenis sektor yang diceburi dan tempoh bayaran pinjaman bergantung kepada jenis perusahaan.
24 Feb 19
294
Empty Image
ADUN Terengganu Lafaz, Tandatangani Ikrar Bebas Rasuah
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri, mengetuai lafaz ikrar.KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Wakil rakyat Terengganu melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai komitmen untuk meningkatkan tahap integriti dalam pentadbiran negeri.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, intergriti dalam pentadbiran adalah sesuatu yang sangat penting dalam usaha untuk membendung permasalahan rasuah di Terengganu.Jelasnya, kerajaan negeri sangat serius untuk menangani sebarang isu yang melibatkan integriti bermula daripada bawah hingga ke peringkat atas.“Integriti merupakan aspek yang sangat penting dalam kita menjalani kehidupan seharian. Isu integriti bukan hanya terfokus kepada isu-isu rasuah sahaja, ia satu konsep yang besar.“Pelaksanaan program ini yang melibatkan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan negeri bagi melibatkan semua pihak dalam mencapai ketelusan,” katanya.Adun-adun terengganu turut berikrar.Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani IBR Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) , Haji Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato' A. Rahman Yahya, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Sri Mohd Shukri Abdull, Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan,  semua ADUN Terengganu serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.Terdahulu, majlis ikrar yang melibatkan semua ADUN Terengganu itu diketuai oleh Dr. Ahmad Samsuri sambil disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato' Sri Mohd Shukri Abdull.Dr. Ahmad Samsuri menyerahkan dokumen ikrar kepada KP SPRM. Untuk rekod, Terengganu merupakan negeri kedua yang melaksanakan Majlis Menandatangani IBR selepas Sarawak.IBR merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh SPRM hasil cetusan idea oleh mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.IBR memberi penekanan kepada setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut agar lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan.
24 Feb 19
89
Empty Image
Kerajaan Terengganu Adalah Kerajaan Rakyat- Dr. Ahmad Samsuri
Program bual bicara MB Maghi Kapung Kite dikendalikan ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong. MARANG, 24 Februari - Rakyat Terengganu disaran berkongsi pendapat dan komentar bersama kepimpinan setempat dalam usaha membangunkan negeri.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan bahawa tanggungjawab membina Terengganu menjadi tanggungjawab semua.“Kalau tiada daripada perkara sekecil-kecilnya, maka tiadalah kita yang dinamakan sebagai sebuah negeri. Oleh kerana itu, tentulah tuan-tuan dan puan-puan boleh memberikan pandangan serta cadangan. "Silakan, mana yang dapat akan kita catat. Soal boleh buat sekarang atau esok lusa, itu kita akan aturkan kerana kami semua di barisan kepimpinan ini adalah pemegang amanah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT nanti,” katanya ketika berucap dalam program ‘MB Maghi Kapung Kite’ di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM), di sini, hari ini.Program tersebut merupakan siri kedua Jelajah Penerangan Bajet 2019 yang menjadi medium pemimpin negeri menerangkan pelaksanaan pembangunan oleh kerajaan kepada rakyat.MB Terengganu dan exco-exco tiba dengan menunggang motosikal ke Dewan MDM.Sesi bual bicara berkenaan dihadiri sekitar 1,000 penduduk tempatan terdiri daripada pelbagai golongan.Dr. Samsuri dalam ucapannya, membentangkan pelbagai perancangan kerajaan negeri kepada masyarakat selain mendengar pandangan dan komentar penduduk yang hadir.Dalam pada itu, beliau turut mengakui pemimpin yang telah dipilih pada pilihan raya umum lalu, memegang amanah besar daripada rakyat. Abu Bakar Long gembira dengan kunjungan MB Terengganu. “Bukan kerana saya yang diamanahkan dengan tugas berat ini pandai buat kerja. Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri antara yang hadir hari ini, kami bukan orang pandai-pandai juga. Cuma, dalam satu kapal yang besar tentulah akan ada juragannya.“Begitulah kita dalam kerajaan, perlu ada satu kumpulan yang dipilih oleh rakyat selepas Pilihan Raya Umum (PRU -14) baru-baru ini untuk memimpin kerajaan dengan matlamat memperoleh kebaikan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari seksa Neraka (Surah al-Baqarah: 201)”,” ulas beliau lagi.Dalam program berkenaan, Menteri Besar turut menziarahi Lim See Sing dan Abu Bakar Long, dua warga emas yang sedang uzur di Kampung Bukit Gasing.Dr. Samsuri dan isteri, Tuan Faizah Ab Rahman beramah mesra bersama Sing dan isteri, Owi Seyu Hwa dalam kunjungannya.
24 Feb 19
137