lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Asri Rangkul Juara Kejohanan Kuda Lasak Piala MB Terengganu
Asri bersama hadiah yang dimenangi pada Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar (MB) Terengganu.SETIU, 3 Mac - Penunggang Royal Terengganu Endurance Stable (RTES), Asri Abd Aziz, muncul juara kategori individu Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar (MB) Terengganu, yang berlangsung mulai petang semalam di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong.Asri, 35, menamatkan perlumbaan sejauh 80km itu dalam masa 3 jam 53 minit 40 saat dengan purata kelajuan 20.542km/j, sekali gus membawa pulang wang tunai RM3,500 beserta piala pusingan, piala iringan, sijil dan sebuah televisyen LED 32 inci.Gelaran naib juara yang memenangi RM3,000, piala iringan, sijil dan topi keledar menjadi milik Azizatul Asma Dato’ Abdullah, yang mencatat 3:53:41 dengan purata kelajuan 20.541km/j.Mohd Yusran Yusuf terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan masa 4:14:05 dan purata kelajuan 18.891km/j untuk memenangi RM2,500, piala iringan, sijil dan topi keledar.Kategori berpasukan turut menyaksikan penguasaan RTES yang dibarisi Asri Abd Aziz, Muhammad Irfan Iskandar Mohd Zaki, Muhammad Zulhaqim Zulkifli, Anfal Insyirah Abu Talib dan Mohd Yunus Abdullah untuk muncul juara.Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di TIEP, Lembah Bidong, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Kejohanan edisi ketiga itu disertai 90 peserta lelaki dan wanita dari dalam dan luar negara.Sementara itu, Asri ketika ditemui pemberita bersyukur bergelar juara memandangkan hanya mendapat naib johan dua tahun lalu.Pemuda yang telah berkecimpung dengan dunia kuda lasak kira-kira 10 tahun itu juga tidak menyangka dapat memenangi pertandingan tersebut kerana perbezaan masa dengan pemenang tempat kedua, Azizatul Asma terlalu tipis iaitu 0.01 saat.“Tidak sangka dapat menang kerana kuda kami sama-sama laju, beza pun sedikit sangat, mungkin ini rezeki saya.“Syukur juga kerana kuda, Moorea Font Noire memberi kerjasama yang bagus dan membantu saya menamatkan kejohanan ini dengan baik,” ujarnya.
02 Mar 19
552
Empty Image
Kerajaan Negeri Kaji 50 Syarikat Sakit - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 2 Mac - Kerajaan negeri ingin menyelamatkan beratus ribu ringgit wang rakyat dari menanggung syarikat tidak berfungsi dengan cara menutup atau menggabungkannya dengan syarikat lain. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, lebih daripada 50 anak syarikat milik Kerajaan Terengganu yang telah menghentikan operasi perniagaan dan tidak aktif akan menjejaskan perbelanjaan kerajaan. Beliau berkata, penggulungan itu dijangka menjimatkan beratus-ratus ribu ringgit setiap tahun yang sebelum ini digunakan untuk tadbir urus syarikat walaupun tidak menyumbang kepada ekonomi negara. "Jika kita tidak menutup syarikat-syarikat ini, kita perlu menanggung kos pentadbiran berjumlah ratusan ribu ringgit setiap tahun kerana mereka perlu membayar kepada setiausaha syarikat untuk melakukan pengauditan serta individu yang mentadbir syarikat tersebut. "Apabila syarikat itu ditutup, kerajaan negeri kemudiannya boleh memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat yang berfungsi dengan baik manakala beratus-ratus ribu ringgit boleh disalurkan kepada perkara-perkara penting," katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Ummah, di sini semalam. Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, berkata, kebanyakan syarikat adalah anak syarikat milik Terengganu Incorporation Sdn Bhd dan menjalankan perniagaan hampir sama antara satu sama lain yang mengakibatkan persaingan yang tidak sihat. Malah, katanya, beberapa syarikat terlibat dalam perniagaan bukan teras seperti menghasilkan barangan untuk kerajaan negeri. "Langkah seterusnya ialah kami akan menggabungkan beberapa syarikat di bawah segmen perniagaan yang kami miliki, seperti hotel, perladangan, minyak dan gas serta pembinaan. "Apabila kita menggabungkan syarikat-syarikat milik negeri, semua aset boleh dikongsi dan syarikat akan lebih besar dan lebih kuat, lebih mudah bersaing dengan syarikat lain di luar sana," katanya.
02 Mar 19
56
Empty Image
Cabaran Kuda Lasak Piala Menteri Besar Terengganu Bermula
Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar semasa pelepasan peserta.SETIU, 2 Mac - Cabaran Kejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong secara rasminya bermula hari ini.Majlis pelepasan (flag off) bagi semua kategori pertandingan itu telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Hadir sama dalam majlis pelepasan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Mohd Azhar, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.Kejohanan tersebut mempertandingkan tiga kategori utama iaitu 80 km Concours de Raid D' Endurance International (CEI) serta 80 km dan 40 km Concours de Raid D' Endurance National (CEN).Peserta-peserta bersaing untuk merebut kejuaraan.Menurut Ketua Sekretariat Kejohanan, Faridah Md Ali, acara tahunan yang bermula sejak 2017 ini menyediakan hadiah yang lumayan buat peserta.Jelasnya, peserta terbaik yang berjaya menamatkan acara akan menerima hadiah secara individu dan berkumpulan."Kejohanan ini merupakan acara tahunan yang bermula sejak 2017."Bagi acara CEI 80 km, setiap peserta yang menamatkan acara di tempat pertama hingga kelima akan menerima hadiah, manakala bagi kumpulan, 3 terbaik bakal menerima hadiah."Juara individu bagi kategori itu akan menerima RM 3,500, manakala juara untuk berkumpulan pula akan membawa pulang RM 5,000," katanya.Kejohanan yang melibatkan seramai 90 peserta dari dalam dan luar negara itu akan berlangsung selama dua hari.Kuda termuda kejohanan berumur 6 tahun.Acara penyampaian hadiah akan berlangsung esok sejurus selepas acara bagi ketiga-tiga kategori itu berakhir.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin akan berangkat mencemar duli untuk menyampaikan hadiah buat para pemenang esok.
02 Mar 19
717
Empty Image
THT Rampas Kembali Kejuaraan Piala Hoki TNB 2019
Foto ihsan - Malaysian Hockey ConfederationKUALA LUMPUR, 2 Mac - Pasukan Hoki Terengganu (THT) berjaya merampas kembali kejuaraan Piala TNB 2019 selepas menundukkan seteru mereka Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung hebat di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur, hari ini.Kali terakhir THT memenangi kejuaraan Piala TNB pada tahun 2017 ketika menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 5-4 selepas perlawanan terikat 4-4 dan kejayaan mereka merampas kembali kejuaraan itu bertambah manis apabila penjaga gol Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri diangkat selaku pemain terbaik perlawanan akhir dan pemain import mereka, Jang Jonghyun muncul selaku penjaring terbanyak TNB Liga Hoki Malaysia saingan Liga Perdana dan Piala TNB dengan 22 gol.Pengendali THT, I Vikneswaran yang ditemui selepas tamat perlawanan tidak dapat menyembunyikan kegembiraan apabila pasukan yang hanya dibentuk secara lengkap seminggu sebelum kempen 2019 bermula berjaya untuk muncul selaku juara keseluruhan bagi musim 2019.Vikneswaran turut menambah faktor pemain yang beraksi di pentas akhir buat kali pertama juga menjadi penyebab mereka memulakan perlawanan dengan agak perlahan kerana tekanan yang dirasai oleh rata-rata pemain yang tidak mempunyai pengalaman itu menyebabkan mereka takut untuk melakukan kesilapan ketika di dalam perlawanan.“Permulaan permainan pasukan kami agak kurang memuaskan kerana mungkin kerana faktor pertama kali beraksi di pentas berbanding pasukan UniKL yang merupakan juara bertahan dan dibarisi rata-rata pemain cukup berpengalaman.“Tekanan di perlawanan akhir cukup berbeza selain tekanan itu juga menyebabkan pemain-pemain yang tidak pernah bermain di final takut untuk melakukan kesilapan tetapi ianya dapat diatasi pada suku kedua dan ketiga namun sayangnya kami melepaskan satu gol.“Kemenangan hari ini juga cukup penting buat kami kerana tahun ini THT berada di bawah pengurusan yang baru dan pasukan ini dibentuk secara lengkap seminggu sebelum saingan 2019 bermula tambahan kondisi pasukan juga agak kurang daripada pasukan lain kerana kami dibarisi oleh pelbagai pemain yang tidak mengetahui budaya Terengganu.“Tetapi apa yang penting selepas melalui pelbagai situasi serta kesusahan kami berjaya untuk menanganinya dan hari ini kami beraksi di pentas final serta berjaya untuk menewaskan UniKL 2-1 di pentas akhir,” jelasnya.THT membuka tirai jaringan pada minit ke-25 menerusi Jang Jonghyun yang menjaringkan gol ke-22 peribadinya sepanjang musim ini hasil pukulan sudut penalti dan gol kedua THT hadir pada minit ke-40 menerusi satu lagi jaringan pukulan sudut penalti kali ini disempurnakan oleh seorang lagi pemain import Korea Selatan, Jung Manjae.Bagaimanapun UniKL berjaya untuk merapatkan jurang jaringan pada minit ke-44 apabila kelebihan pukulan sudut penalti yang turut dimiliki mereka berjaya disempurnakan Muhammad Razie Abd Rahim dan kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus mengangkat THT selaku juara keseluruhan musim 2019.Terdahulu berlangsung pertembungan di antara Tenaga nasional Berhad (TNB) dan Maybank bagi penentuan tempat ketiga dan keempat yang menyaksikan TNB muncul pemenang tempat ketiga selepas membelasah lawan mereka 7-2.SUMBER: MALAYSIAN HOCKEY CONFEDERATION
02 Mar 19
86
Empty Image
MB Puji Kematangan Rakyat Terengganu
Dr. Samsuri menyampaikan sumbangan kepada penerima, Zakaria Muda, 55, yang hadir dengan berkerusi roda.MARANG, 2 Mac - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memuji rakyat Terengganu yang berdepan bencana Monsun Timur Laut (MTL) baru-baru ini, kerana mempamerkan sikap dan kerjasama yang baik sepanjang pengurusan bantuan dilaksanakan pihak berwajib."Terima kasih kepada rakyat terlibat yang dapat bertindak dengan tenang dan proaktif ketika bencana berlaku."Tindakan ini menggambarkan kematangan anggota masyarakat negeri ini dan saya berharap ia dapat diteruskan jika berlaku lagi pada masa akan datang," katanya ketika ditemui pemberita.Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Wang Ehsan Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABEN) Daerah Marang di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah, di sini, hari ini.MB Terengganu bangga di atas sikap rakyat negeri itu dalam menghadapi bencana.Dalam majlis tersebut, seramai 113 penerima daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dan Pengkalan Berangan menerima sumbangan berupa wang tunai RM500 bagi meringankan beban mereka.Hadir sama, isteri beliau, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong dan Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Dalam pada itu, kenyataan Dr. Samsuri turut diakui Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Left. Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman yang turut hadir dalam majlis berkenaan."Sejak tiga tahun kebelakangan ini, penduduk di kawasan terlibat bencana mula membuka minda dalam aspek kesiapsiagaan di mana setiap ketua isi rumah telah faham prosedur dan lokasi penempatan lebih awal."Boleh saya katakan, minda mereka telah berubah lebih positif dalam menghadapi bencana hasil kerjasama pelbagai pihak dan agensi dalam Mesyuarat Pengurusan Bencana (MPB) yang dilaksanakan dua hingga tiga kali setahun," katanya.Untuk rekod, KWABEN yang disalurkan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) itu merupakan sumbangan Kerajaan Persekutuan bagi 1,051 keluarga yang terlibat berjumlah RM525,500.Ia disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kepada kerajaan negeri dalam kunjungannya ke Terengganu pada akhir Februari lalu.Tuan Faizah menyerahkan sumbangan kepada penerima wanita.
01 Mar 19
58
Empty Image
Mat Dan Ikon Pelancongan Terengganu - MB
KUALA TERENGGANU,  2 Mac - Kerajaan negeri melantik selebriti terkenal, Mat Dan sebagai ikon pelancongan Terengganu bagi mempromosi produk negeri ke persada antarabangsa.  Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mesyuarat ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini telah memutuskan Mat Dan sebagai ikon atau duta pelancongan Terengganu supaya beliau mempromosikan Terengganu ke Eropah dan United Kingdom dengan kos yang minimum.  Serentak itu, kerajaan negeri berterima kasih kepada Mat Dan kerana menerima tawaran itu dengan senang hati.  "Mat Dan terima tawaran itu dengan senang hati,  walaupun kos promosi minimum," katanya ketika merasmikan Majlis Makan Malam Amal Ummah di Paya Bunga Hotel, di sini semalam.  Sebelum itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,  Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman turut mengumumkan demikian ketika merasmikan Matta Fair Terengganu 2019 petang semalam.Katanya, kerajaan mengharapkan Mat Dan dapat membantu mempromosi Terengganu di persada dunia.  Ketika dijemput berucap di majlis yang sama,  Mat Dan berkata, beliau telah tinggal di Terengganu selama 10 tahun dan  boleh bercakap dalam dialek negeri itu dengan baik.  "Saya amat suka kepada masyarakat Terengganu kerana hospitalitinya (mudah mesra)," katanya.
01 Mar 19
346
Empty Image
TDM Berhad Umum Laporan Suku Keempat 2018
KUALA TERENGGANU, 2 Mac - TDM Berhad mengumumkan keputusan semalam untuk suku keempat berakhir 31 Disember 2018.Kumpulan mencatatkan hasil pendapatan suku keempat 2018 sebanyak RM104.2 juta, lebih rendah 14% tahun ke tahun daripada RM121.0 juta pada suku keempat 2017.Ini berlaku disebabkan oleh hasil yang lebih rendah disumbangkan bagi pengeluaran tanaman bagi menghasilkan harga jual sawit di kumpulan bahagian Perladangan, dan ini sebahagiannya diimbangi dengan pendapatan bahagian Penjagaan Kesihatan yang lebih tinggi sebanyak 21% daripada bilangan pesakit dalam dan pesakit luar yang lebih tinggi.Pada suku keempat 2018, terdapat banyak perkara berkaitan ladang Kalimantan yang telah menyumbang kepada kerugian sebelum cukai sebanyak RM56.7 juta pada suku tersebut.Dengan menghapuskan banyak perkara dan berdasarkan prestasi operasi, Kumpulan mencatatkan pelarasan EBITDA sebanyak RM17.8 juta untuk suku tersebut.Sementara itu, perniagaan bahagian Penjagaan Kesihatan terus menunjukkan prestasi yang kukuh dengan PBT sebanyak RM3.3 juta pada suku ini, berbanding kerugian sebanyak RM9.2 juta pada suku yang sama sebelumnya, sekali gus disumbangkan oleh jumlah pesakit dan pesakit luar yang lebih tinggi sebanyak 16% dan 9%.Keseluruhan tahun 2018, Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM404.9 juta, lebih rendah 10% dari tahun sebelumnya terutamanya disebabkan oleh harga minyak sawit mentah yang lemah dan pengeluaran tanaman yang lebih rendah di bahagian Perladangan.Walau bagaimanapun, di bahagian perniagaan Penjagaan Kesihatan telah mencatatkan peningkatan pendapatan yang baik sebanyak 14% daripada jumlah pesakit dalam dan pesakit luar yang tinggi sebanyak 9% dan 4% masing-masing.Susulan dari itu, Kumpulan mencatatkan Pelarasan EBITDA sebanyak RM66.5 jutauntuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, berbanding RM96.9 juta pada tahun sebelumnya.Mengulas mengenai keputusan kewangan, Pengerusi TDM Berhad, YM Raja Dato' HajiIdris Raja Kamarudin berkata, beliau gembira dengan prestasi perniagaan di bahagian Penjagaan Kesihatan."Dengan pembukaan Hospital Pakar Kuala Terengganu yang baru pada suku pertama 2018, bersama-sama dengan peningkatan keseluruhan dalam aktiviti hospital secara langsung telah membantu pertumbuhan yang memberansangkan."Kami optimis bahawa pertumbuhan perniagaan Penjagaan Kesihatan kami akan terus disokong oleh pelan pengembangan kapasiti kami dan pengenalan modaliti perkhidmatan baru," ujarnya.Sementara itu, katanya, berhubung dengan perniagaan Perladangan, mereka menjangkakan pemulihan harga minyak sawit mentah akan dibantu daripada permintaan yang lebih baik dari India selepas penurunan harga duti import dan permintaan biodiesel yang lebih tinggi untuk program B20 Indonesia."Kami optimis terhadap asas jangka panjang industri dan akan terus fokus dalam meningkatkan produktiviti dan mengoptimumkan kos pengeluaran."Kami akan meneruskan program penanaman semula di Terengganu dan kami juga akan mengenal pasti pelan untuk memfokuskan semula operasi kami di Malaysia dan Indonesia melalui Rancangan Penciptaan Nilai dan Rancangan Pembangunan Perniagaan."Tidak kira dalam keadaan apa sekali pun, Kumpulan positif untuk mencapai prestasi operasi yang memuaskan dalam tahun kewangan 2019," jelasnya.Untuk rekod, TDM Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1965 dan tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dengan perniagaan teras dalam perladangan kelapa sawit dan penjagaan kesihatan.Bahagian perladangan, TDM menguruskan 16 ladang kelapa sawit dan tiga (3) buah kilang di Terengganu dan Indonesia.TDM Plantation Sdn Bhd telah memperolehi sijil RSPO dan MSPO. RSPO menyediakan kerangka yang paling sesuai yang mengambil kira ciri-ciri ekonomi, sosial dan alam sekitar dalam pembangunan dan pengurusan ladang dan kilang.Ia menyokong sasaran pertumbuhan ekonomi, promosi kehidupan luar bandar yang baik dan amalan penjagaan alam sekitar dan lestari.Di bawah Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMDI), TDM mempunyai empat hospital pakar dengan menawarkan penjagaan sekunder dalam semua bidang utama kesihatan.Hospital-hospital tersebut adalah Kelana Jaya Medical Centre (KJMC), Petaling Jaya, Selangor, Kuantan Medical Centre (KMC), Kuantan, Pahang, Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS), Kuala Terengganu dan TDMC Hospital, Kuala Lumpur.
01 Mar 19
509
Empty Image
Star Cruise Bakal Berlabuh Di Muara Sungai Terengganu
KUALA TERENGGANU,  2 Mac - Kerajaan negeri meminta tempoh setahun untuk membolehkan  kapal pelancongan bertaraf antarabangsa (star cruise) berlabuh di muara Sungai Terengganu, selepas jambatan angkat (draw bridge) dijangka siap Jun ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, jambatan angkat setelah siap akan menjadi mercu tanda dan antara tarikan pelancong utama bagi negeri Terengganu."Semasa belum siap, draw bridge sudah menjadi tumpuan pelancong untuk melihatnya, apa lagi jika ia siap sepenuhnya nanti."Sekarang jambatan angkat itu sudah siap sebanyak 70 peratus, dalam jangkaan bulan Jun ini jambatan angkat itu akan siap sepenuhnya," jelas beliau.Ustaz Ariffin berkata demikian ketika merasmikan Matta Fair Terengganu 2019 yang julung-julung kali diadakan di Terengganu di ruang legar Paya Bunga Square, di sini semalam.Menurut beliau, sekarang pun ketika jambatan itu belum siap, videonya tular di media sosial dan ramai yang tertarik dengan kecantikan strukturnya.Katanya, sekiranya ia siap nanti jambatan itu lebih cantik dan akan menjadi destinasi pelancong utama negeri Terengganu. Turut hadir memeriahkan Matta Fair Terengganu, personaliti tv terkenal, Mat Dan.
01 Mar 19
282
Empty Image
THT Dan UniKL Buru Kejuaraan Piala Hoki TNB 2019
Foto ihsan - FB Malaysian Hockey ConfederationKUALA LUMPUR, 1 Mac - Pasukan Hoki Terengganu (THT) dan juara bertahan Piala TNB, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kini dalam misi untuk menambah koleksi kejuaraan bagi tahun 2019 dengan kejuaraan Piala TNB 2019 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur esok menjadi sasaran kedua-dua pasukan.Misi UniKL pastinya mahu menggapai kejuaraan berganda selepas ditabalkan sebagai Juara TNB Liga Hoki Malaysia saingan Liga Perdana sementara THT pula tentunya mahu menjadikan Piala TNB sebagai satu lagi koleksi piala mereka bagi musim ini selepas membawa membawa pulang Piala Sumbangsih pada awal Januari lalu.Bercakap ketika sidang media yang berlangsung di Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) pagi ini, pengendali UniKL, Arul Selvaraj mengakui memenangi kejohanan lebih mudah daripada mempertahankannya tambahan UniKL kemungkinan besar akan kehilangan empat tonggak import ekoran peraturan yang ditetapkan oleh Persekutuan Hoki Eropah (EHF).“Satu kekurangan buat kami di perlawanan akhir adalah kami mungkin kehilangan khidmat empat pemain import tetapi saya masih berharap ada keajaiban yang akan berlaku dan mereka akan turun beraksi esok kerana kami telah mengemukakan rayuan untuk terus mendapatkan kidmat mereka dan masih menunggu keputusan yang akan diketahui selewat-lewatnya awal pagi esok,” ujarnya.Namun bagi kapten UniKL, Muhammad Marhan Mohd Jalil, dia dan rakan sepasukan yang telah mengetahui perkara tersebut lebih awal telah bersedia sepenuhnya untuk memberikan persembahan terbaik selain menyifatkan sekiranya kejuaraan berganda mampu diraih merka ia merupakan tanda bahawa UniKL kini dalam landasan terbaik untuk terus mencipta kejayaan demi kejayaan.“Kami telah mengetahui perkara ini lebih awal jadi setiap pemain telah bersedia sepenuhnya dan untuk aksi final apa yang perlu kami lakukan adalah beraksi dengan tahap paling terbaik selain kami mahu memburu kejuaraan serta keluar selaku juara.“Jika kami dapat menjulang kejuaraan Piala TNB esok, ia merupakan satu bonus buat kami kerana sebagai pemain apa yang kami sasarkan pastinya untuk mendapatkan kejuaraan berganda.“Jika kami berjaya melakukannya ia akan menunjukkan bahawa UniKL sememangnya fokus untuk mencipta lebih banyak kejayaan daripada tahun sebelum ini dan juga untuk masa akan datang,” jelas Marhan.Dalam pada itu, pengendali THT, I Vikneswaran tidak mengambil kira sama ada lawan mereka akan beraksi dengan khidmat empat pemain import mereka atau tidak sebaliknya mahu memikirkan perkara yang berada di dalam kawalan mereka menjelang pertemuan esok.“Kami lebih suka untuk memikirkan perkara yang berada di dalam kawalan kami jadi sama ada pemain import mereka boleh beraksi atau tidak ia bukan dalam kawalan kami dan kami tidak mahu memikirkan perkara tersebut,” jelasnya.Nada yang sama dilontarkan oleh kapten THT, Mohd Fitri Saari yang mahu rakan-rakan seperjuangan sentiasa memberikan persembahan terbaik walau apa jua kondisi pasukan lawan dan melihat pukulan sudut penalti akan menjadi salah satu senjata penting pada aksi final yang akan membantu pasukannya sama ada keluar selaku juara atau sebaliknya.“Kami tidak kisah sama ada empat pemain import mereka akan beraksi atau tidak tetapi apa yang penting untuk kami adalah beraksi pada tahap yang paling terbaik dan sebagai ketua pasukan saya selalu meningatkan rakan sepejuangan yang lain untuk sentiasa memberikan persembahan yang terbaik.“Pukulan sudut penalti merupakan satu medium yang penting untuk mendapatkan jaringan dalam sesuatu perlawanan kerana perlawanan separuh akhir kami menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi pukulan sudut penalti dan mereka juga memiliki kelebihan yang sama tetapi mereka tidak berjaya menukarnya kepada jaringan.“Bukan sahaja perlawanan tempatan tetapi untuk perlawanan bertaraf antarabangsa juga sama kerana ada ketika jaringan menerusi gol padang agak sukar untuk dilakukan, jadi pukulan sudut penalti selalunya akan membantu sesebuah pasukan sama ada mereka boleh memenangi perlawanan tersebut atau menjadi punca kekalahan,” jelas Fitri.Aksi final akan berlangsung esok di Stadium Hoki Tun Razak, Kuala Lumpur, bermula dengan penentuan kedudukan ketiga dan keempat akan menemukan Maybank dan TNB pada jam 3.00 petang dan diikuti pertembungan antara UniKL dan THT bagi merebut gelaran juara pada jam 5.00 petang.SUMBER: MALAYSIAN HOCKEY CONFEDERATION
01 Mar 19
298
Empty Image
Hukuman Lebih Berat Perlu Kepada Penghina Nabi
MARANG,  1 Mac - Ahli Parlimen Kubang Kerian, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mahukan hukuman terhadap penghina Nabi Muhammad SAW lebih keras bukan setaraf denda peminum arak.  Menurut beliau, hukuman itu tidak terbatal dengan sebab pelaku itu telah bertaubat.  "Ini menunjukkan betapa jahatnya penghina Nabi SAW dan kami orang Islam menjadi nyawa,  diri dan harta benda kami sebagai galang ganti untuk berdepan dengan mereka, " katanya ketika berucap di Majlis Himpunan Aman bagi Membantah Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW di perkarangan Masjid Rhu Muda di sini hari ini.Turut hadir memberi ucapan,  Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) , Haji Yahaya Ali,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan,  Ustaz Sulaiman Sulong dan  Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang,  Ustaz Yusof Abdul Hadi.  Himpunan tersebut berjalan serentak di masjid-masjid seluruh Terengganu dan Malaysia amnya untuk menyatakan kesatuan dalam membela agama Islam.
01 Mar 19
50