lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
GPB Catat Keuntungan RM1.82 Juta Bagi Tahun 2018
KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Golden Pharos Berhad (GPB), sebuah anak syarikat kerajaan negeri, mencatatkan keuntungan sebanyak RM1.82 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 (FY18) berbanding  RM0.5 juta tahun lalu.Hasil pendapatan syarikat pula meningkat sebanyak 13 peratus lebih tinggi kepada RM74.12 juta berbanding RM65.64 juta yang mana kebanyakannya disumbang oleh segmen pembalakan dan pengilangan.GPB berkata, bagi suku keempat berakhir 31 Dis 2018 (Q4 2018), keuntungan syarikat mencatatkan penurunan sebanyak RM0.17 juta berbanding RM5.4 juta dalam tempoh yang sama manakala hasil pendapatan menurun sebanyak 11 peratus kepada RM21.59 juta berbanding RM24.34 juta bagi tempoh yang sama.Dalam satu pengumumannya kepada Bursa Malaysia, keuntungan syarikat adalah disebabkan oleh pengeluaran kayu balak bergergaji yang tinggi di mana ia mencatatkan jumlah peningkatan jualan kayu balak bergergaji sebanyak 40 peratus iaitu RM42.22 juta bagi FY18 berbanding RM30.11 juta sebelum itu.“Aktiviti pembalakan berlesen yang aktif sepanjang tahun 2018 turut memberi kesan kepada keuntungan syarikat berbanding tahun yang sebelumnya di samping aktiviti perniagaan kayu serpai yang turut menyumbang kepada keuntungan hasil pendapatan syarikat.“Pada masa hadapan, aktiviti penebangan, mengilang papan dan pengeringan tanur  dijangka akan membantu hasil pendapatan syarikat dalam suku pertama 2019 walaupun musim hujan melanda di kawasan penebangan yang  beroperasi,” kata GPB dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.Manakala dalam segmen pembuatan pula, kumpulan itu yakin dengan pengoperasian semula veneer mampu menjana pendapatan positif kepada syarikat dalam suku yang akan datang.Walaubagaimanapun, GPB berkata, segmen pembuatan akan terus bersaing sengit berikutan dengan permintaan pembeli yang ingin mengurangkan harga dan syarat kredit yang lebih panjang.
05 Mar 19
120
Empty Image
Kerajaan Bina Semula Lebih 15 Rumah Terbakar
KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Lebih 15 rumah terbakar di seluruh Terengganu dibina semula oleh kerajaan negeri sejak mengambil alih pemerintahan sembilan bulan yang lalu.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kerajaan baharu mengambil langkah lebih proaktif berbanding pentadbiran negeri yang lalu apabila mengambil masa lebih lama untuk menggantikan rumah mangsa.Katanya, adakalanya pentadbiran lalu memerlukan tempoh masa sehingga setahun untuk menyiapkan rumah baharu.“Kami laksanakan (pembaharuan) kalau sebelum ini apabila berlaku kebakaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  dengan kerjasama Tabung Darul Iman mengambil masa antara lapan hingga 12 bulan untuk mendirikan semula rumah terbakar.“Tapi selepas kerajaan bertukar tangan  saya diamanahkan untuk memegang jawatankuasa kebajikan saya telah memastikan dan mengadakan satu garis panduan, di mana saya mahu dalam masa tiga hingga empat bulan rumah tersebut  didirikan segera dan boleh diserahkan kepada mangsa tersebut,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata demikian ketika merasmikan penutup Seminar Hala Tuju Wanita Negeri Terengganu di Permai Hotel, di sini, semalam.Dalam pada itu, Hanafiah mengucapkan  tahniah kepada peserta seminar yang  berjaya menghasilkan beberapa resolusi termasuk penubuhan urusetia wanita di peringkat negeri.“Saya juga sudah bersetuju antara resolusi  yang  dibentangkan sebentar tadi ialah penubuhan urusetia wanita. InsyaAllah saya rasa bulan depan kertas (kerja) tersebut saya akan buka kepada exco  untuk mendapat kelulusan,” tegasnya.Beliau berharap, dengan penubuhan tersebut, beberapa orang wanita akan dilantik dan menganggotai urusetia tersebut untuk membincangkan secara serius mengenai program berkaitan.Justeru, beliau menaruh harapan seminar terbabit memberikan impak positif terutama dalam memperkemaskan perancangan dan pelaksaaan pembangunan wanita serta institusi kekeluargaan di Negeri Terengganu.“Mudah-mudahan, peluang yang diberikan ini mampu melahirkan wanita yang berminda kreatif dan inovatif, berjiwa kental dan teguh, bersikap proaktif dan gigih.“Pada masa yang sama, berkeperibadian seunggul ummahatul mukminin bagi membangunkan ummah dan memberikan sumbangan kepada negeri,” kata beliau.
05 Mar 19
32
Empty Image
'Tiba-tiba Mata Saya Berkaca' - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU,  5 Mac - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar tiba-tiba bergenang air mata selepas menerima dua keping gambar kenangan beliau dengan bekas Menteri Besar Kelantan Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haji Hashim Jasin.  "Mata tiba-tiba berkaca menerima kiriman foto kenangan bersama Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hashim Jasin yang hadir untuk program Winter Gathering 1998 yang diadakan di Birmingham,  United Kingdom.  "Ketika itu, saya dan Dr Fadzli (sekarang YB Dato Dr Mohammad Fadzli Hassan, Exco Kerajaan Negeri Kelantan) merupakan pimpinan pelajar di United Kingdom & EIRE sedang menyiapkan pengajian PhD di UK," jelas Dr. Samsuri di status Facebook beliau hari ini.  Serentak itu,  beliau mengucapkan terima kasih kepada pengirimnya yang beliau tidak menyebut namanya sambil menyifatkan kedua-dua foto itu cukup bermakna kepada beliau.  "Terima kasih kepada pengirim foto yang cukup bermakna ini, " katanya.
05 Mar 19
230
Empty Image
Kerajaan Negeri Sedia Tangguh Pemindahan Peniaga Pasar Payang
KUALA TERENGGANU, 5 Mac - Kerajaan negeri hari ini mengesahkan kesediaan menangguhkan tarikh pemindahan peniaga di Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) ke pasar sementara iaitu Pasar Payang 2 yang pada asalnya dijadualkan April ini.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, penangguhan itu buat ekoran rayuan para peniaga meminta pertimbangan kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menunda tarikh pemindahan ke Pasar payang 2 selepas Aidilfitri tahun ini.Difahamkan, sebelum ini MBKT sudah mengeluarkan arahan supaya semua peniaga berpindah bermula 15 April ini ke Pasar Payang 2 yang dibina sebagai pasar sementara kira-kira 100 meter dari PBKP.“Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dengan kebajikan rakyat, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menangguhkan pemindahan peniaga dari April ke Jun ini yang mana tempoh pemindahan turut memakan masa selama sebulan.“Peniaga boleh mula berpindah dari PBKP ke Pasar Payang 2 selepas Hari Raya Aidilfitri dan dijangka tempoh itu mencukupi untuk memindahkan barang peniagaan dan sebagainya.“Selepas semua peniaga berpindah ke pasar sementara, kerja-kerja menaik taraf PBKP akan bermula di mana pelaksanaan projek berkenaan bakal mewujudkan persekitaran yang lebih selesa dan menarik bagi peniaga serta pengunjung,” ujarnya kepada pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di pejabatnya, hari ini.Katanya, ‘pemindahan sementara’ peniaga yang menjalankan perniagaan di 762 lot peniagaan di PBKP adalah untuk memberi laluan kepada pembangunan semula PBKP dan memberi nafas baharu kepada destinasi ikonik itu.Dalam perkembangan sama, sebelum ini Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut memberi jaminan bahawa kebajikan peniaga sedia ada di PBKP akan terjaga sebaiknya dengan kesemuanya mendapat lot perniagaan masing-masing di premis sementara, Pasar Payang 2.“Apabila projek pembangunan semula PBKP siap, mereka inilah juga akan berpindah balik dan tidak timbul nama tiada dalam senarai dan sebagainya, hanya berpindah sementara untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan di tapak sedia ada,” ujarnya.
04 Mar 19
32
Empty Image
`I Love U Mom!' - MB Terengganu
KUALA LUMPUR, 5 Mac - Keakraban dan nilai kasih sayang antara anak dengan ibu terserlah menerusi gambar ini.Pemimpin utama negeri, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan mengunjungi dan meluangkan masa dengan ibunya yang tercinta, Safiah Abd Latif, 78 apabila ke Kuala Lumpur sebagai menghargai jasa wanita yang membesar, mendidik dan menjaga beliau selama ini. "Alhamdulillah anakanda dapat menziarahi Ummiku tercinta di Kuala Lumpur (KL) pagi ini (semalam), moga sihat selalu dan dalam rahmat Allah jua."Setiap kali di KL, anakanda akan terus menyantuni Ummi, terima kasih tak terhingga kerana mendidik dan menjagaku sepanjang hidup ini. Usia 78 tahun masih nampak muda, I LOVE U MOM!" luah Dr Ahmad Samsuri dalam status yang dimuat naik dalam Facebook beliau semalam.Dr Samsuri semalam berada di Putrajaya untuk menghadiri mesyuarat  Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kali pertama yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.Waktu senggang sementara menghadiri urusan rasmi itu, beliau sempat menunaikan tanggungjawab sebagai anak bagi mengeratkan lagi hubungan antara mereka walaupun sudah bergelar menteri besar.Malah, hubungan seorang anak dengan ibunya tidak akan renggang buat selama-lamanya walau apa kedudukan dan pangkat yang dimiliki masing-masing.
04 Mar 19
67
Empty Image
Mesyuarat Pertama ECERDC Lakar Perubahan Positif
Mesyuarat ECERDC Bil 1/2019 dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir di Putrajaya semalam.PUTRAJAYA, 5 Mac - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama dua menteri besar negeri Pantai Timur lain semalam, menyertai Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) buat kali pertama di sini, dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.Dr Samsuri menerusi status yang dimuat naik dalam facebooknya, menyifatkan mesyuarat tersebut sebagai melakar perubahan positif demi rakyat Pantai Timur.Turut hadir, Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Azmin Ali, Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Kanan, Dato' Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, pegawai-pegawai tinggi Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri yang berkenaan.Dari kiri Dr Ahmad Samsuri, Dato' Ahmad, Datuk Seri Azmin, Dato' Sri Wan Rosdy dan Lim Guan Eng hadir dalam mesyuarat pertama ECERDC di Putrajaya semalam.Sementara itu, Dato' Ahmad dalam status facebooknya pula mengharapkan dengan adanya mesyuarat tersebut kerjasama atas semangat federalisme segala urusan pembangunan negeri di Pantai Timur dapat diteruskan."Semoga dipermudahkan segala urusan dan merapatkan lagi kerjasama yang berpaksikan semangat federalisme ini khususnya dalam soal pembangunan negeri-negeri di Pantai Timur. InsyaAllah," ujarnya.Dalam pada itu Dato' Sri Wan Rosdy dalam status facebooknya juga berharap supaya mesyuarat itu mampu memberi manfaat kepada pembangunan dan ekonomi di Pahang."Semoga perkara-perkara yang telah dibincangkan pada mesyuarat hari ini (semalam) dapat memberi manfaat kepada pembangunan dan ekonomi di negeri Pahang, InsyaAllah," katanya.
04 Mar 19
108
Empty Image
PINTAR Tingkatkan Akses Internet Di Terengganu
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 3 Mac - Kerajaan negeri memperuntukkan bajet sebanyak RM3.1 juta untuk membaiki dan menaik taraf Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) yang sebelumnya dikenali sebagai Bestari.comm (BESCOMM).Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, sistem pengurusan dan insfrastruktur yang ada pada pusat berkenaan akan ditingkatkan lagi agar bersesuaian dengan zaman teknologi maklumat kini.Jelasnya, PINTAR yang dilancarkan secara berperingkat akan memberi kemudahan kepada rakyat Terengganu untuk mengakses internet dan menyelesaikan urusan kerja dengan mudah.“Dalam bajet baru ini (2019) telah diperuntukkan RM3.1 juta termasuklah untuk urusan gaji (pembayaran) untuk kakitangan di sana.“Kami akan baik pulih (kemudahan dan sistem) termasuk menukar namanya kepada PINTAR daripada BESCOMM,”katanya.Segmen 'Kabbo Royak".Beliau berkata demikian pada wawancara khas segmen 'Kabbo Royak' siri ketujuh di Studio TV Darul Iman hari ini.Menurut beliau lagi, pusat internet itu akan dirasmikan oleh Menteri Besar pada April nanti.Kerajaan negeri meletakkan sasaran untuk melancarkan empat buah PINTAR dalam tahun ini termasuk yang pertama di Kepong.“Insya-Allah bulan 4 (April) nanti Menteri Besar akan melancarkannya di Kepong, untuk yang pertama.“Kemudian kita akan buat dalam tahun ini, target empat untuk dilancarkan dan insya-Allah kita buat perubahan besar kepada semua bestari.comm yang ada,” tambah beliau.
03 Mar 19
170
Empty Image
Mac Diiktiraf Bulan Sukan, Rekreasi DUN Bukit Besi
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 3 Mac- Mac akan dijadikan sebagai bulan sukan dan rekreasi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi sebagai usaha membudayakan masyarakat ke arah kehidupan yang sihat.Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, setiap bulan sewajarnya diangkat dengan tema tertentu, bagi memastikan penduduk mampu memberi tumpuan dan komitmen demi kejayaan yang jitu dalam setiap bidang dan aspek kehidupan."Untuk mencapai tujuan itu, kita menjadikan Mac ini sebagai bulan yang khusus untuk sukan dan rekreasi."Sudah tentu kita komited dan bersungguh-sungguh ingin mewujudkan satu suasana yang baik, aman dan harmoni dalam kehidupan masyarakat. Dan menjadi bukti kecaknaan kepada kita dalam meraikan masyarakat yang sukakan kehidupan yang sihat dalam melakukan pelbagai jenis sukan serta turut memberi galakan kepada mereka yang suka berekreasi," ujarnya.Beliau berkata kepada media Urusetia Penerangan Darul Iman sempena pelancaran Kelab Belia Sejahtera, di Kampung Bukit Besi, di sini, semalam.Menurut Ghazali, setiap pihak sama ada Institut Modal Insan Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Besi dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setiap cawangan dalam DUN itu juga perlu bekerjasama dan saling berperanan dalam menjayakan bulan tersebut."Kita akan sasarkan pelbagai program sukan dan rekreasi untuk kita lakukan dalam bulan ini."Kita menggambarkan satu suasana positif akan dapat dijelmakan dan akan mewujudkan hubungan yang baik melibatkan seluruh masyarakat,"katanya.Tambahnya, suasana yang aman, damai dan harmoni akan dapat mewujudkan Bukit Besi Sejahtera (BBS) sekali gus menjayakan Terengganu Maju Berkat Sejahtera.
03 Mar 19
104
Empty Image
Iktiraf Pilihan Yang Dibuat Rakyat PRK Semenyih - MB Terengganu
SETIU, 3 Mac - Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berpendapat, perkara yang penting dalam sistem demokrasi adalah dengan mengiktiraf pilihan yang dibuat oleh rakyat.Menurut beliau yang juga Menteri Besar Terengganu, kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih semalam menunjukkan keyakinan pengundi Semenyih terhadap calon pembangkang yang dipilih.Ahmad Samsuri  berkata, pengundi sebenarnya mempunyai sebab-sebab tersendiri menolak calon Pakatan Harapan (PH) sebagaimana dalam PRK Parlimen Cameron Highlands lalu termasuk faktor-faktor semasa.Katanya, keputusan itu diharap tidak akan mewujudkan tindak balas tidak sihat dalam proses demokrasi di negara ini.“Parti mana pun yang memerintah di peringkat pusat mahupun negeri, parti berkenaan tidak harus menzalimi dan menghukum rakyat yang membuat keputusan.“Kita ingin menuju ke arah negara demokrasi yang sihat dan salah satu perkara yang penting dalam sistem demokrasi adalah mengiktiraf pilihan yang dibuat oleh rakyat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar (MB) Terengganu, di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada calon BN yang memenangi PRK Semenyih.
03 Mar 19
65
Empty Image
Proses Penutupan 50 Syarikat ‘Sakit’ Lebih Kepada Langkah Pemutihan
SETIU, 3 Mac - Proses penutupan kira-kira 50 anak syarikat milik kerajaan negeri yang ‘sakit’ atau dikenal pasti tidak lagi beroperasi dan tiada sebarang aktiviti perniagaan lebih kepada langkah pemutihan.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi memastikan penstrukturan semula dapat dilakukan untuk mengukuhkan anak syarikat supaya lebih berdaya maju selain menjimatkan perbelanjaan kerajaan.“Kerajaan negeri kini dalam proses melaksanakan perkara (penutupan) tersebut kerana terdapat syarikat yang sudah tidak beroperasi dan tidak mempunyai pekerja tetapi pendaftaran syarikat itu masih ada.“Antara proses yang sedang berlaku sekarang ini adalah kita mahu keluarkan dari pendaftaran syarikat supaya tidak ada komitmen, proses audit dan sebagainya yang akan memakan belanja kerajaan negeri,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai proses penutupan kira-kira 50 anak syarikat oleh kerajaan negeri selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar (MB) Terengganu, di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Katanya, kerajaan negeri juga akan membuat penyusunan semula bagi menggabungkan anak-anak syarikat milik kerajaan negeri dalam teras yang sama iaitu ke arah mengukuhkan prestasi di samping dapat berkongsi kepakaran dan pengalaman.“Perkara ini akan memakan masa dan dijangka dalam tempoh setahun atau setahun setengah ianya akan selesai,” ujarnya.
02 Mar 19
34