lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Terengganu FC Menang Bergaya Ke Atas Melaka 3-0
Syamim ketika meraikan gol ketiga di minit ke-74 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.KUALA TERENGGANU,  9 Mac - Melaka pulang dengan berputih mata apabila Terengganu Football Club (TFC) menyumbat tiga gol tanpa balas sekali gus memungut tiga mata penuh di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam ini. TFC menemui sentuhan gol pertama pada minit ke-23 melalui tandukan Nasrullah Haniff Johan selepas sepakan sudut dibuat oleh Lee Andrew Tuck.Sehubungan itu, hasrat untuk meraih kemenangan pertama di halaman sendiri musim ini akhirnya tercapai apabila skuad TFC mencatat kemenangan yang bergaya ke atas Melaka United, dengan jumlah gol tersebut lalu melonjakkan kedudukan mereka dalam kelompok enam teratas Liga Super.Dalam perlawanan ini, penjaga gol utama Suffian Rahman mengambil alih tugas selaku kapten pasukan daripada Kipre Tchetche untuk mengurangkan tekanan kepada penyerang import tersebut.Kipre Tchetche (tengah) sebagai pemain tunggak utama TFC, sentiasa dikawal rapi pemain pertahanan Melaka.Seperti biasa, pengendali Skuad Penyu, Irfan Bakti menggunakan formasi 4-1-4-1 dengan Kipre Tchetche menjadi ‘target man’ sambil dibantu oleh Sanjar Shaakmedov dan Lee Tuck. Manakala dua bekas pemain Pahang, Ashari Samsuddin dan Malik Arif mengisi posisi sayap kiri dan kanan. TFC memulakan perlawanan dengan lebih kerap mengasak ke kubu Melaka dalam usaha mencari gol di awal babak pertama. Peluang pertama mereka hadir melalui sepakan percuma di sebelah sayap kanan setelah Malik dijatuhkan namun percubaan Adib Zainuddin melambung tinggi pada minit ke-14.Melaka United dilihat mengalami kesukaran untuk mengekang kemaraan jentera serangan TFC dan masih mencari rentak untuk mendapatkan gol pertama mereka. 10 minit kemudian, usaha TFC mengasak ke kubu lawan akhirnya membuahkan hasil apabila pemain pertahanan, Nasrullah Hanif memanfaatkan peluang dengan menanduk bola sepakan penjuru Lee Tuck. Tersentak dengan jaringan itu, Melaka United terus mengaturkan serangan dan kerap menguji penjaga gol TFC. Peluang terbaik hadir melalui percubaan Safiq Rahim di minit ke-39 namun Suffian berjaya mendakap bola dengan kemas tanpa sebarang masalah.Lee Tuck (tiga dari kiri) beraksi cemerlang menentang Melaka. TFC jelas sekali tidak mahu keputusan seri berakhir sekali lagi pada malam ini apabila Lee Tuck membuat hantaran kepada Sanjar Shaakhmedov lalu disudahkan dengan kawalan dan rembatan cantik yang meletakkan Sang Penyu dua gol di hadapan sehingga tamat separuh masa pertama. Memasuki babak kedua, Irfan Bakti membuat sedikit perubahan taktikal dan melakukan pertukaran pertama pemain dengan memasukkan Syamim Yahya menggantikan Malik Arif di posisi sayap kanan. Percaturan itu ternyata memberikan pulangan yang lumayan apabila Syamim kerap memberi masalah kepada benteng pertahanan Melaka dan berjaya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-74 setelah menerima umpanan cantik daripada Ashari Samsuddin. Situasi itu menyebabkan Zainal Abidin tidak senang duduk lalu mengeluarkan penyerang import, Aselmo Arudda Da Silva dengan memasukkan Shukor Adan untuk mengawal benteng pertahanan. Namun ia ternyata sudah terlambat untuk mempamerkan kebangkitan dan terpaksa mengakui kehebatan jentera tengah TFC. Kemenangan TFC malam ini merupakan hasil kebijaksanaan jentera tengah ditambah pula dengan percaturan yang menjadi daripada Irfan Bakti. Segala-galanya tidak menjadi buat Melaka United malam ini apabila gagal mempamerkan corak permainan sebenar dan ketiadaan tonggak tengah, Liridon Krasniqi yang mengalami kecederaan ternyata memberi kesan yang besar kepada skuad itu.
09 Mar 19
197
Empty Image
Kesatuan Islam Senjata Paling Ampuh
Foto - Solahuddin Al-IdrusMARANG, 8 Mac - Kesatuan umat Islam adalah senjata paling ampuh bagi menggagalkan segala usaha untuk menundukkan orang Islam.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, usaha penyatuan ummah itu sangat ditakuti oleh kerana segala perancangan sulit mereka untuk menguasai orang Islam akan musnah. Jelasnya, perbezaan fahaman politik dan sosial tidak seharusnya menjadi penghalang buat seluruh umat Islam di Malaysia bersatu."Kekuatannya terletak pada orang Islam, yang bersatu bersama  dengan (syarat) Islam."Menunjukkan bahawa kita di akhir zaman ini, kalau nak balik menang semula mestilah menyatukan orang-orang Islam, kita menyatukan orang-orang Islam yang bermacam-macam ini, macam-macam fahaman," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Munajat dan  Solat Hajat Perdana Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan berikutan fitnah yang ditohmah terhadap parti itu, di sini, semalam.Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Dato’ Husain Awang, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Satiful Bahri Mamat, ADUN Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak, ADUN Batu Burok, Khalil Abdul Hadi, serta kepimpinan PAS peringkat DUN dan parlimen.Tambah beliau, perpecahan  dan persengketaan yang berlaku membuka peluang kepada musuh untuk menguasai Islam.Apabila suasana begitu wujud, maka umat Islam akan hilang kuasa dan kedudukan secara beransur-ansur.“Pilihan raya yang lalu menyaksikan bagaimana terbentuknya satu kerajaan yang dikuasai oleh orang bukan Islam.“Orang bukan Islam 66 kerusi, orang Islam 58 kerusi yang memerintah negara kita pada hari ini, padahal orang Islam 65 peratus, orang bukan Islam 35 peratus sahaja, tetapi mereka boleh menguasai kerajaan Islam.“Sekarang kita sedang mengusahakan untuk menyatukan umat Islam di negara kita ini untuk membina kekuatan semula,” tambah beliau.
07 Mar 19
136
Empty Image
Proaktif Sebagai ‘Barisan Hadapan’ Kerajaan Terengganu
Penyampaian yang cepat dan tepat serlah wibawa kerajaan negeri- Yahaya Ali.KUALA TERENGGANU, 7 Mac- Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) yang berperanan sebagai ‘barisan hadapan’ dalam menyebarkan agenda Kerajaan Terengganu akan lebih proaktif bagi memastikan segala maklumat sampai kepada rakyat.Pengarah UPDI, Mohd Soud Said berkata, perancangan dan gerak kerja yang dilaksanakan di bawah kerajaan baharu  selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 perlu sentiasa diperbaharui dan menepati kepantasan dunia komunikasi dan maklumat pada masa kini.Katanya, UPDI sebagai pemain utama penerangan kerajaan negeri akan sentiasa bergerak lebih pantas  dan memenuhi keperluan pelanggan.“Kita berada di zaman langit terbuka dan sesiapa yang menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) akan berada di hadapan.“Melalui pengurusan strategik yang dilaksanakan, apa sahaja agenda kebaikan kerajaan perlu sampai kepada rakyat dengan cara yang cepat dan tepat,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Haji Yahaya Ali ke Pejabat UPDI, di sini, hari ini.Hadir sama dalam kunjungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong; ADUN Wanita negeri, Zuraida Md Noor; ADUN Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili serta kakitangan Pejabat DUN.Sementara itu, Yahaya ketika berucap berkata, UPDI berdepan cabaran yang paling getir untuk menyampaikan maklumat dalam arus berita dan teknologi yang semakin pantas."UPDI perlu sentiasa di depan berbanding media lain dan bertindak proaktif dalam penyampaian maklumat."Ini diperlukan untuk memastikan kerajaan negeri menjadi kerajaan yang terbaik kepada rakyat,” pesannya.
07 Mar 19
151
Empty Image
Gabungan Dua Parti Melayu Yang Ditunggu-tunggu
KUALA TERENGGANU, 7 Mac - Penyatuan UMNO-PAS secara rasmi adalah gabungan dua parti yang ditunggu-tunggu demi kelangsungan ummah dalam realiti suasana politik semasa pada hari ini.Ketua Penerangan PAS negeri, Ustaz Mohd. Nor Hamzah berkata, beliau mengalu-alukan penyatuan itu dan seterusnya melupakan perbalahan dalam politik sehingga ia menimbulkan cemburu di kalangan musuh Islam."Usaha UMNO-PAS untuk berpegangan tangan bagi menyebar kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat itu tentunya telah menyebabkan musuh Islam cemburu."Musuh Islam cuba untuk memastikan usaha itu gagal dengan melemparkan pelbagai tohmahan kononnya kami bergabung dengan perompaklah atau penipu."Dia (musuh Islam) boleh melabel berbagai-bagai tuduhan kerana tujuannya hanya untuk memecahkan kita (UMNO-PAS)."Kerana dia sedar bahawa kerjasama dan penyatuan ini boleh menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ada seterusnya menyekat penguasaan rakus yang sedang dilakukan oleh pihak DAP, " katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan menyampaikan Sijil Tauliah Penyembelih di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di sini, hari ini.Terdahulu, UMNO dan PAS mengumumkan jalinan kerjasama secara rasmi demi penyatuan ummah.Berikutan itu satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memperincikan kerjasama tersebut.Pengumuman kerjasama itu sekali gus dapat menepis dakwaan bahawa PAS tidak akan menyokong UMNO seperti diperkatakan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
07 Mar 19
43
Empty Image
Jalinan Kerjasama PAS, UMNO Demi Penyatuan Umat Islam
KUALA TERENGGANU, 7 Mac - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjelaskan bahawa gagasan penyatuan ummah adalah jalinan kerjasama antara PAS dengan UMNO bagi menyatukan umat Islam terutama orang Melayu.Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama yang dijalinkan adalah melibatkan parti-parti politik Melayu termasuk Bersatu.“Memang kita bekerjasama dengan parti-parti khususnya parti Melayu. Dalam parti Melayu kita dapati orang Melayu berpecah, orang Cina tidak berpecah."Orang Cina pakat undi DAP, MCA pun undi DAP, Gerakan pun undi DAP. Kita Melayu ni banyak sangat parti.“Sebab itu PAS berpendapat perlu menyatukan parti-parti orang Melayu. Parti orang Melayu yang tinggal ialah PAS, UMNO dan Bersatu, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) bukan parti Melayu. Sebab itu kita bekerjasama dengan parti Melayu termasuk Bersatu dalam kerajaan," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan tazkirah sempena Program Tazkirah Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Abdul Hadi berkata, kerjasama kali ini bukanlah yang pertama, malah PAS pernah menjalinkan kerjasama dalam pelbagai isu global."Ini bukan kali pertama kita kerjasama dah banyak kali. Kita pernah bekerjasama dalam isu Palestin, Bosnia dan Myanmar," katanya.Abdul Hadi berkata, hubungan rasmi antara dua parti itu tidak meminggirkan golongan bukan Islam."Tidak timbul isu rasis dalam kerjasama ini kerana dalam PAS kita ada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). "Kita juga telah bertemu dengan pemimpin MIC dan mereka memberikan kerjsama yang sangat baik," katanya.Katanya, kerjasama itu juga mendapat sambutan yang baik di peringkat akar umbi ahli parti.
06 Mar 19
39
Empty Image
JHEAT Keluarkan 18 Sijil Tauliah Penyembelih
KUALA TERENGGANU, 7 Mac – Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengeluarkan Sijil Tauliah Penyembelih (STP) kepada 18 pemohon bagi tempoh dua tahun, yang menjadikan keseluruhan 137 pemegang sijil itu seluruh Terengganu sehingga kini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, semua penerima yang memenuhi syarat yang termaktub di dalam Prosedur Tauliah Penyembelih menerima STP selepas hadir kursus dijalankan oleh JHEAT termasuk lulus ujian bertulis, lisan dan amali dengan jayanya.“Sijil Tauliah Penyembelih merupakan satu usaha yang diteruskan bagi menjalankan proses penyembelihan mengikut prosedur yang telah ditetapkan mengikut syariat Islam dari segi syarak dan teknikal.“Sehingga hari ini, terdapat 137 pemegang STP yang layak dan memenuhi syarat-syarat seperti beragama Islam, warganegara Malaysia atau anak tempatan dan lulus ujian yang diberikan,”ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas merasmikan  Program Tazkirah Bulanan 2019 dan Penyampaian Sijil Tauliah Penyembelih anjuran JHEAT di Dewan Terbuka, Kompleks Seri Iman, di sini hari ini.Turut hadir, Pesuruhjaya JHEAT, Azmi Mat Arsyad dan ketua-ketua jabatan berkaitan.Sementara itu, Mohd Nor turut mengulas mengenai isu sembelihan ayam yang tidak menepati syarak dengan pertanyaan dan kemusykilan dari orang ramai berkaitan status halal ayam sembelihan yang berada dalam pasaran negeri ini.“Sehingga hari ini, pihak JHEAT tidak menerima apa-apa aduan tentang perkara ini kecuali ada satu atau dua aduan namun ia cuma salah faham sahaja."Ini kerana proses untuk mendapatkan sijil halal dan STP bagi pusat penyembelihan perlu melalui syarat-syarat ketat, termasuk dari aspek kebersihan," katanya.Dalam pada itu, katanya, JHEAT sentiasa memantau isu status halal ayam sembelihan yang sering menjadi viral di media sosial hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna khususnya yang beragama Islam.“Pemantauan dan siasatan sentiasa dibuat oleh JHEAT, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal serta agensi penguatkuasa lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).“Justeru orang ramai dinasihatkan tidak terburu-buru dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan dan salah faham dalam masyarakat. Saya percaya produk di negeri ini masih lagi terkawal dari segi halal haramnya,”ujar Mohd Nor lagi.Untuk rekod, STP adalah satu langkah awal ke arah melahirkan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) bagi Skim Rumah Sembelih di Terengganu.Terdapat lima rumah sembelih di Terengganu yang mempunyai SPHM iaitu, HAD Poultry, Musalmah Farm, Abatoir Gong Badak, Abattoir Dungun Dan Ayam Besut Trading.
06 Mar 19
452
Empty Image
PAS, Abdul Hadi Nafi Bayar Clare
KUALA TERENGGANU, 7 Mac - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) hari ini menafikan dakwaan pihaknya membayar RM1.4 juta kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown sebagai sebahagian daripada persetujuan penyelesaian saman Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang di luar mahkamah.Dalam laporan media sebelum ini, Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai maklumat yang cukup untuk membuktikan bahawa PAS ada membayar editor Sarawak Report itu sebagai penyelesaian luar mahkamah kes saman membabitkan kedua-dua pihak.Katanya, dakwaan Presiden PKR itu tidak benar kerana tiada bayaran yang dibuat sama ada oleh PAS mahupun dirinya sendiri.“Saya tidak bayar dan PAS juga tidak bayar, dakwaan itu tidak betul,” ujarnya kepada pemberita selepas menyampaikan tazkirah sempena Program Tazkirah Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman, hari ini.Abdul Hadi berkata, PAS juga tidak melihat sebarang keperluan untuk pihaknya mengemukakan saman terhadap fitnah tersebut.“Tindakan kita menjelaskan pada masyarakat apa yang sebenar dan perlu disedari PAS banyak penyumbang bukan sahaja di kalangan orang Melayu tetapi orang bukan Islam.“Kita juga tidak mahu habiskan masa dan duit dengan saman ini, cuma kita tangkis serangan fitnah melalui solat hajat,” ujarnya.
06 Mar 19
51
Empty Image
Santuari Kelah Terengganu Tumpuan Utama Pengunjung
Santuari Kelah Tasik Kenyir-Foto ihsan Catatan Kembara Dunia.KUALA TERENGGANU, 6 Mac - Santuari kelah menjadi `port utama' di Terengganu yang menarik pelancong untuk mengunjungi Tasik Kenyir.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, santuari itu mencatatkan kehadiran pengunjung tertinggi berbanding tempat lain sejak ia dibuka pada Oktober 2008.Jelasnya, peningkatan mendadak orang ramai dari dalam dan luar negara menyebabkan pihaknya terpaksa mengehadkan bilangan pengunjung yang boleh memasuki kawasan itu pada satu-satu masa.“‘Ranking nombor satu pusat tarikan pengunjung (yang menjadi tumpuan) adalah santuari kelah.“Setiap tahun kehadiran pengunjung meningkat sehingga kita terpaksa menghadkan (100-200) pengunjung sahaja sehari untuk ke santuari kelah,” katanya. Ariffin Deraman dalam wawancara khas segmen 'Kabbo Royak'.Beliau berkata demikian pada wawancara khas segmen 'Kabbo Royak' siri ketujuh di Studio TV Darul Iman baru-baru ini.Tambah beliau, selain santuari kelah, ‘houseboat’ turut mendapat sambutan yang hebat terutamanya daripada pelancong asing.Kemudahan yang ada di dalam ‘houseboat’ seperti bilik tidur, televisyen, astro, internet, bilik air dan kemudahan untuk memasak ternyata menarik minat pengunjung untuk mencuba.“Kita ada juga ‘houseboat’, dari setahun ke setahun jumlah ‘houseboat’ (yang beroperasi) meningkat.“Sekarang ini kita ada 98 buah, itu pun kita tidak cukup tangan dah (untuk memenuhi permintaan pelancong),” tambahnya.'Houseboat' Kenyir- Foto ihsan blog pakej.myTasik Kenyir adalah destinasi pelancongan utama di Malaysia yang menjanjikan keseronokan dan kepuasan yang tersendiri. Selain santuari kelah dan 'houseboat' yang menarik di Tasik Kenyir, Taman Herba dan Pusat Konservasi Gajah juga mempunyai tarikan yang mampu memukau pengunjung.
06 Mar 19
650
Empty Image
Tazkirah Bulanan Serentak Seluruh Jabatan Bermula Hari Ini
KUALA TERENGGANU, 7 Mac – Kerajaan negeri melancarkan tazkirah bulanan di seluruh jabatan kerajaan negeri bermula hari ini, selaras saranan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam pembentangan Bajet 2019, baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, tujuan utama tazkirah bulanan berkenaan adalah bagi memastikan pemimpin masyarakat dan pegawai serta kakitangan kerajaan supaya mendekatkan diri kepada Allah SWT dan sentiasa berdoa kepadaNya.“Dan pada waktu Dhuha yang baik ini…pada masa yang sama kita baca al-Quran sebagai kunci kekuatan, sekurang-kurangnya kita baca dan dengar al-Quran untuk dapat keberkatan dalam hidup kita, sama ada untuk peribadi, keluarga dan masyarakat.“InsyaAllah, kita akan pastikan pelaksanaannya melalui pemantauan dan telah mempertanggungjawabkan beberapa agensi untuk melihat perjalanannya iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sendiri termasuk beberapa agensi kerajaan yang lain yang berada di bawahnya (JHEAT) untuk memastikan program ini berjalan dan dipantau,”ujarnya.Beliau berkata demikian di Program Tazkirah Bulanan 2019 dan Penyampaian Sijil Tauliah Penyembelih anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di Dewan Terbuka, Kompleks Seri Iman, di sini hari ini.Turut hadir, Pesuruhjaya JHEAT, Azmi Mat Arsyad dan ketua-ketua jabatan berkaitan.Mohd Nor berkata, selain JHEAT, Yayasan Islam Terengganun dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) turut bertanggungjawab  bagi mengatur dan melaksanakan tazkirah di beberapa jabatan yang sudah ditetapkan melalui agensi masing-masing.Sementara itu, dalam tazkirah berkenaan, Mohd Nor  menyeru kepada semua yang hadir untuk mengamalkan surah al-Fatihah dalam kehidupan seharian.Katanya, terlalu banyak kelebihan dalam surah al-Fatihah dan setiap kali membacanya tanpa mengira tempat dan masa akan mendekatkan diri kepada Allah Taala."Surah al-Fatihah adalah salah satu surah dalam al-Quran yang disebut sebagai ‘ummul kitab’ yang memiliki banyak fadhilah dan keutamaan luar biasa  termasuk tujuh kunci rezeki jika diamalkan dalam kehidupan seharian,"ujarnya.
06 Mar 19
167
Empty Image
Dua Taska Baharu Dibuka Tahun Ini
KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Kerajaan negeri merealisasikan janji manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 untuk menyediakan lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak di jabatan kerajaan apabila dua taska baharu bakal dibuka tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, taska baharu itu masing-masing akan dibuka di Wisma Darul Iman dan di Majlis Perbandaran Dungun.“Setakat ini dua buah taska akan dibuka yang pertama, di Wisma Darul Iman di (ruangan) kafetaria akan d iambil dan dibaik pulih untuk dibuat taska dan yang kedua di Majlis Perbandaran Dungun.“Saya harap sekitar  tiga atau empat bulan kedua-duanya  dapat beroperasi,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata demikian ketika ditemui pihak media di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Hanafiah berkata, beliau turut mengarahkan kepada pegawai di setiap jabatan untuk mengenal pasti premis yang sesuai untuk dijadikan pusat jagaan kanak-kanak.“Kita dah beri arahan kepada jabatan kerajaan untuk mereka mencari premis  di jabatan masing-masing bagi memastikan kita dapat membuka taska di tempat mereka. “Setakat ini belum ada maklum balas lagilah daripada jabatan lain,”ujarnya.Sehubungan itu, kata beliau walaupun terdapat halangan dan kekangan, namun lima buah jabatan memberikan khidmat taska kepada kakitangan mereka.“(Taska) yang telah beroperasi (di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK)) ialah di (pejabat) Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan  Majlis Daerah Besut.“Halangan  utama (penyelenggaraan taska ialah) mengenai kewangan, jadi kita mengharapkan sekiranya wang (royalti) petroleum dibayar dengan baik oleh Kerajaan Pusat maka kita akan dapat bergerak dengan lebih baik lagilah,”tambahnya.Namun jika sebaliknya, ia akan memberi kesan kepada pengurusan taska sedia ada dan pembukaan taska yang baru.Justeru beliau berharap semua jabatan kerajaan dapat mengambil tindakan segera agar kemudahan taska yang membawa manfaat kepada penjawat awam itu dapat menjadi kenyataan.“Harapan saya ialah semua jabatan kerajaan di semua peringkat dapat membuka taska dengan seberapa segera  bagi memastikan  kakitangan kerajaan  mendapat tempat yang lebih baik untuk meletakkan anak mereka sekurang-kurangnya tidak jauh daripada tempat mereka bekerja "Dalam masa yang sama  mereka boleh  berulang  alik ke taska jika perlu kerana  jaraknya yang tidak begitu jauh,” katanya.
06 Mar 19
35