Artikel "Utama" Terkini
Saintis Wanita Ketuai Misi Pelayaran Penyelidikan Marin
Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 13 Mac - Saintis wanita, Dr Roswati Md Amin akan mengetuai misi Pelayaran Penyelidikan Saintifik yang mengelilingi Semenanjung Malaysia menerusi Laut China selatan dan Selat Melaka bermula hari ini.Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, pemilihan seorang wanita selaku ketua pelayaran adalah sebagai bukti kaum ibu juga berkebolehan dalam bidang kelautan.Jelasnya, penglibatan Dr Roswati dalam misi itu bertitik tolak daripada tema ‘Wanita dan Kelautan’ bagi sambutan Hari Kelautan Sedunia yang diperkenalkan oleh United Nations (UN) baru-baru ini.“UN telah mengeluarkan satu kenyataan tentang penglibatan wanita dalam bidang kelautan yang memberi impak besar tetapi kurang didedahkan kepada umum.“Bersempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19), UMT menganjurkan Pelayaran Penyelidikan Saintifik menggunakan kapal RV Discovery dengan menampilkan wanita sebagai ketua,” ujarnya. Sultan Mizan mencemar duli melancarkan misi itu.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Pelancaran Pelayaran Penyelidikan Saintifik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Jeti Duyung Marina & Resort, semalam.Majlis disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Berangkat mengiringi baginda Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.Turut hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Penasihat Undang-Undang Terengganu, Dato' Azhar Abdul Hamid, Pegawai Kewangan Terengganu, Mohd Zahari Md. Azahar, Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly MudaNor Aieni turut berkata, pelayaran yang melibatkan 56 lokasi persampelan akan berhenti di Gelang Patah, Johor sebelum bergerak ke Langkawi. Sultan Mizan berkenan melawat kapal SV Discovery.Pelayaran bertujuan untuk mengumpul maklumat oseanografi fizikal, biologi dan kimia serta pencemaran sekali gus mengetahui status terkini di persekitaran marin Semenanjung Malaysia.“Kajian yang dijalankan bakal menghasilkan senarai semak kehadiran spesis, sebaran dan biodiversiti yang terdapat di perairan Semenanjung Malaysia.“Status pencemaran di persekitaran marin meliputi mikroplastik, logam berat dan spesis asing dan invasif juga akan dapat diketahui,” katanya.
12 Mar 19
33
Kapal 'RV Discovery' Pertama Di Malaysia Belayar Esok
Sultan Mizan diiringi Dr Samsuri melawat kapal RV Discovery.KUALA TERENGGANU, 12 Mac - Pelayaran Penyelidikan Saintifik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) : Menelusuri LIMA’19 bersempena Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2019 (LIMA’19), akan bermula esok di Jeti Duyung Marina.Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, misi pelayaran tersebut akan menggunakan kapal penyelidikan milik UMT iaitu Research Vessel (RV) Discovery.Jelasnya, UMT merupakan institusi yang bergiat aktif di pelbagai peringkat dalam bidang sains marin dan juga merupakan satu-satunya universiti yang mempunyai kapal penyelidikan.“RV Discovery mengelilingi Semenanjung Malaysia menerusi dua laluan maritim, Laut China Selatan dan Selat Melaka selama 20 hari bersama 25 saintis.“UMT sebagai antara universiti yang mempelopori bidang sains marin di negara ini dan satu-satunya yang mempunyai kapal penyelidikan,” katanya. Naib Canselor UMT, Prof. Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pelancaran Pelayaran Penyelidikan Saintifik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Jeti Duyung Marina & Resort, di sini, hari ini.Majlis berkenaan disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato’ A. Rahman Yahya, Penasihat Undang-Undang Terengganu, Dato' Azhar Abdul Hamid, Pegawai Kewangan Terengganu, Mohd Zahari Md. Azahar, Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda.Hadir sama, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Naib Canselor UMT. Prof. Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar, Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Tan Sri Dato' Seri Dr Halim Mohamad serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah UMT.Nor Aieni berkata, majlis pelancaran itu merupakan langkah permulaan sebelum UMT dan Terengganu melangkah lebih jauh dalam bidang penyelidikan saintifik dan maritim.Ujarnya, kajian yang dicapai oleh pihaknya akan dihebahkan kepada umum agar ia dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh semua.“Majlis pelancaran pada hari ini akan menjadi pembuka tirai bagi pelayaran penyelidikan Saintifik UMT.“Hasil daripada ekspedisi ini akan diterbitkan dalam bentuk penulisan saintifik serta artikel di media utama supaya maklumat yang dijana akan dapat diguna pakai,” tambah beliau.
12 Mar 19
378
Sultan Mizan Berkenan Lancar Pelayaran Penyelidikan Saintifik
Sultan Mizan Zainal Abidin.KUALA TERENGGANU, 12 Mac - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian Pelancaran Pelayaran Penyelidikan Saintifik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) : Menelusuri LIMA'19, di Jeti Duyung Marina & Resort, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu yang juga selaku Canselor UMT, Sultanah Nur Zahirah.Hadir sama, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Penasihat Undang-Undang Terengganu, Dato' Azhar Abdul Hamid, Pegawai Kewangan Terengganu, Mohd Zahari Md. Azahar, Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda.Turut hadir, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar, Pengerusi Lembaga Pengarah UMT, Tan Sri Dato' Seri Dr. Halim Mohamad serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah UMT.Sultan Mizan melawat kapal RV Discovery.Ketibaan baginda disambut dengan kawalan kehormatan yang mempersembahkan `Hormat DiRaja’ dan kemudiannya diikuti lagu Selamat Sultan. Baginda kemudiannya berkenan mendengar taklimat ringkas berkaitan objektif dan info penting pelayaran penyelidikan yang disampaikan oleh Nor Aieni.Sultan Mizan seterusnya berkenan menyaksikan gimik pelancaran sebagai simbolik kepada penyempurnaan acara itu sebelum mencemar duli melawat kapal Research Vessel (RV) Discovery.Pelayaran itu diadakan sempena berlangsungnya program Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2019 (LIMA'19) di Langkawi.Kapal penyelidikan akan mengelilingi merentasi dua laut berbeza.RV Discovery akan mengelilingi Semenanjung Malaysia menerusi Laut China Selatan dan Selat Melaka selama 25 hari bermula esok.Kapal itu dijangka tiba di Pulau Langkawi pada 23 Mac dan seterusnya menyertai pameran LIMA 2019 yang akan bermula 26 Mac.
11 Mar 19
169
YPU Terengganu Sedia Tawaran Hebat Baharu
Nurkhuzaini umum tawaran hebat buat anak-anak Terengganu di perantauan.KUALA LUMPUR, 11 Mac- Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu memperluaskan skim pinjaman tanpa Riba' melalui Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) yang tular baru-baru ini kepada anak-anak negeri itu di perantauan bagi membantu kehidupan mereka.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman, langkah itu merupakan inisiatif satu-satunya negeri dalam Malaysia yang dilaksanakan untuk membantu anak-anak rantau."Ini adalah usaha kerajaan untuk menghargai anak-anak rantau Terengganu yang telah menyumbang kepada negeri termasuk dalam memilih kepimpinan baharu pada Pilihan Raya Umum (PRU) di negeri itu, tahun lalu.Usahawan Terengganu di perantauan sambut baik usaha YPU."YPU memperluaskan TUGAS untuk membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak membezakan antara rakyat yang menetap dalam negeri dan bermastautin di luar."Sebagai kerajaan, kita mahu membantu rakyat dengan cara pinjaman tanpa Riba' dan tidak mahu mengambil kesempatan membuat keuntungan daripada mereka," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran TUGAS Untuk Perantau di Dewan T' Cakna, Wisma Yayasan Terengganu, di sini, hari ini.Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Anuar Awang; Presiden Persatuan Komuniti Industri Kecil Sederhana Terengganu di Perantauan (KOSMET), Arzaman Ariffin dan Naib Presiden Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU), Mohd Suhaimi Embong.Nurkhuzaini yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah YPU turut memaklumkan untuk permulaan, dua skim ditawarkan kepada perantau iaitu Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T) dan Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT).TUGAS akan dipantau PERANTAU dan KOSMET untuk peroleh hasil lebih baik.TUGAS untuk anak rantau akan dipantau oleh KOSMET dan PERANTAU bagi memastikan para peminjam memperoleh manfaat sepenuhnya daripada pinjaman berkenaan."Buat masa ini, kita tidak mengehadkan jumlah permohonan dan kuantiti yang diperuntukkan."Kita berharap bantuan sebegini menjadi semangat kepada anak rantau untuk bergiat aktif menjadikan bidang keusahawanan sebagai bidang yang perlu diceburi," katanya.Sekitar 100 anak-anak negeri terdiri daripada usahawan yang aktif di kota metropolitan itu hadir mendengar penjelasan dan tawaran yang disampaikan dalam majlis tersebut.
11 Mar 19
747
Malaysia Perlu Batalkan Penyertaan Dalam Statut Rome ICC
Haji Ahmad Amzad (dua dari kanan) ketika berada di Dewan Rakyat hari ini. KUALA LUMPUR, 11 Mac - Kerajaan Persekutuan perlu lebih berhati-hati kerana dikhuatiri terdapat terma-terma yang tidak selari di antara Statut Mahkamah Jenayah Antarbangsa Rom (Statut Rome ICC) dengan Perlembagaan Negara dan Undang-Undang yang sedia ada. Apatah lagi ia bercanggah dengan Hak Asasi Melayu dan Bumiputera, Hak Raja-Raja Melayu, bidang kuasa Mahkamah Syariah serta Kedaulatan Negara. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim mencadangkan agar Malaysia menarik balik penyertaan dalam statut itu kerana terdapat beberapa negara sudah berbuat demikian. Ini termasuk Burundi dan Filipina selepas menyertainya 10 tahun yang lalu. Beliau meneliti perkara tersebut termasuk kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan Wisma Putra. "Saya telah meneliti beberapa laporan media berkenaan perkar itu termasuk kenyataan rasmi dari SUHAKAM. Yang terbaru adalah kenyataan rasmi dari Wisma Putra berkenaan isu yang sama. "Jika diamati objektif kerajaan secara langsung untuk menyertai Statut Rome ICC iaitu untuk membanteras jenayah antarabangsa yang sangat serius termasuk genosid, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan, objektif-objektif berkenaan adalah selari dengan prinsip-prinsip keadilan Islam yang PAS dokongi dan pertahankan, " katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Menurut Amzad, jika diamati dengan lebih terperinci dalam beberapa objektif yang digariskan Wisma Putra terutama berkenaan jenayah terhadap kemanusiaan, beliau berpandangan bahawa Kerajaan Persekutuan perlu lebih berhati-hati kerana dikhuatiri terdapat terma-terma yang tidak selari di antara Statut Rome ICC dengan Perlembagaan Negara dan Undang-Undang yang sedia ada. "Lebih-lebih lagi jika ia bercanggah dengan Hak Asasi Melayu dan Bumiputera, Hak Raja-Raja Melayu, bidang kuasa Mahkamah Syariah serta Kedaulatan Negara," jelasnya. Katanya, antara beberapa perkara yang ingin dibangkitkan termasuk Kedudukan Artikel 7 di dalam Statut Rome ICC yang berkait rapat dengan 'Torture' di mana Sebatan Syariah cuba diklasifikasikan pihak tertentu sebagai 'Torture' di dalam Konvensyen CAT (Convention Against Torture atau Konvensyen Terhadap Penyeksaan). "Adakah dengan keputusan Kerajaan Pusat berupaya memastikan tidak berlaku campur tangan pihak luar terhadap bidang kuasa Mahkamah Syariah khususnya terhadap hukuman sebatan, " soalnya. Beliau percaya keputusan kerajaan yang tidak mahu sertai Statut Rome ICC sebelum ini atas sebab-sebab tertentu, berkait rapat dengan cabaran untuk meminda perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada malah wujudnya undang-undang yang sedia ada sudah memadai untuk memenuhi objektif Statut Rome ICC. "Kenapa tiba-tiba pada 4 Mac baru-baru ini, pihak Kerajaan mahu pula sertai Statut Rome ICC ini. "Sila Rujuk Laporan Kebangsaan yang dihantar wakil Kerajaan (Bahagian Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan Kementerian Luar Negeri) untuk tempoh Mac 2013 sehingga Mac 2018 kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Persidangan Universal Periodic Review (UPR) atau Kajian Berkala Universal yang dianjurkanpada 8 Novemer tahun lepas," jelasnya. Kata beliau, beberapa negara Islam yang tidak menyertai statut itu termasuk Brunei, Republik Indonesia, Turki, Sudan Selatan, Kazakhstan, Pakistan, Arab Saudi, Iraq, Libya, Qatar dan lain-lain. Amzad menjelaskan, jiran kepada Malaysia iaitu Thailand dan Singapura juga tidak sertai Statut Rome ICC. Kenapa tiba-tiba Malaysia di bawah Kerajaan Pakatan Harapan mahu sertai Statut Rome ICC ini, " soalnya. Menurut beliau, ia dipercayai memberi kesan pada kuasa Raja-Raja Melayu khususnya terhadap Mahkamah Khas, kedudukan Ketua Negara, imuniti dan kekebalan. Ia turut dipercayai memberi kesan kepada Umat Islam secara keseluruhannya kerana Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam. Tambah beliau lagi, statut itu juga dipercayai memberi kesan kepada campur tangan negara atau pihak asing terhadap kes-kes 'jenayah kemanusiaan' dalam negara yang mungkin bukan ‘jenayah kemanusiaan’ mengikut tafsiran sebatan syariah yang dianggap sesetengah pihak sebagai jenayah tersebut. Katanya, masalah tiada reservasi untuk Statut Rome ICC seperti Konvensyen atau Triti Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang lain. Menurut Amzad lagi, ia juga memberi kesan pada undang-undang tempatan yang sedia ada jika berlaku percanggahan atau tidak selari dengan Statut Rome ICC. "Jika objektif Statut Rome ICC ini penting untuk membanteras jenayah antarabangsa yang sangat serius iaitu genosid, kenapa Israel, Amerika Syarikat, Myanmar serta Syria tidak menyertai statut tersebut." ujarnya. "Saya juga ingin mencadangkan agar keputusan kerajaan pusat untuk menyertai Statut Rome ditarik balik berdasarkan Artikel 127 Statut Rome sendiri yang membenarkan mana-mana Negara untuk menarik balik penyertaan terhadap ICC sehingga Konsultansi Awam dengan semua pihak yang berkepentingan dapat dilaksanakan terlebih dahulu khususnya dengan Majlis Raja-Raja, Majlis Agama Negeri-Negeri dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). "Malah Burundi, dan Filipina yang pernah menyertai Statut Rome ICC lebih 10 tahun yang lalu akhirnya telah menarik balik penyertaan mereka pada tahun 2017 dan 2019," ujarnya lagi.
11 Mar 19
94
STPM 2018: Terengganu Cipta Sejarah Pencapaian
KUALA TERENGGANU, 11 Mac- Terengganu berjaya mengekalkan sebagai negeri terbaik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 yang diumumkan hari ini, selain turut melakar sejarah tersendiri apabila mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.99.Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, pencapaian terbaik itu sekali gus mengatasi PNGK Kebangsaan 2.80.Katanya, seramai 47 calon mendapat semua A penuh (Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0) berbanding 23 calon pada tahun sebelumnya di samping peningkatan mendadak jumlah calon yang memperoleh kesemua A (kombinasi A dan A-) iaitu melonjak daripada 77 calon kepada 118 calon bagi 2018."Turut membanggakan apabila PNGK calon luar bandar meningkat kepada 3.01 berbanding tahun sebelumnya 2.92, manakala calon bandar pula 2.97 berbanding 2.89 (2017)."Seramai dua pelajar di negeri ini mencatatkan keputusan cemerlang dengan memperolehi 5A iaitu Mohamad Aizudin Mah Hassan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut dan Nur Syahidah Hassan dari Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA)," katanya ketika pengumuman keputusan STPM 2018 peringkat negeri di sini hari ini.Menurut Shafruddin, seorang calon berkeperluan khas (CBK) pendengaran, Nor Hazwani Hussain dari SMK Nasiruddin Shah, Besut pula terpilih sebagai Pelajar Terbaik STPM Peringkat Kebangsaan apabila memperoleh PNGK 3.59.Beliau memberitahu, daripada keseluruhan 2,327 pelajar yang menduduki STPM, seramai 1,268 calon iaitu 54.50 peratus memperoleh PNGK 3.0 ke atas berbanding 1,153 orang atau 47.92 peratus pada tahun sebelumnya.Katanya, 41 daripada 45 sekolah di negeri ini memperoleh keputusan 100 peratus lulus penuh termasuk 39 daripadanya mengatasi purata PNGK Kebangsaan.Shafruddin berkata, SMA Maarif di Besut mencatatkan pencapaian terbaik bagi keputusan STPM negeri ini dengan PNGK 3.38 diikuti SMAASZA (3.33), SMK Chalok (3.24), SMK Badrul Alam. Shah (3.24), SMK Tun Telanai (3.23), SMK Renek (3.16) dan SMK Nasiruddin Shah (3.15).Turut berada dalam senarai itu termasuklah SMK Kuala Telemong (3.15), SMK Manir (3.12) dan SMK Bukit Sawa (3.11).
11 Mar 19
661
STPM 2018: Nur Syahidah Tebus Kegagalan SPM
KUALA TERENGGANU, 11 Mac - Kegagalan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menghalang Nur Syahidah Hassan, 20, muncul pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018.Pelajar Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) itu memperoleh 5A dalam peperiksaan STPM yang diumumkan hari ini.Nur Syahidah berkata, dia sedaya mungkin melakukan yang terbaik dalam peperiksaan STPM selepas kecewa dalam keputusan SPM dan Penilaian Menengah Rendah sebelum ini.Katanya, alhamdulillah dengan pertolongan Allah S.W.T, berkat doa ibu ayah, guru dan hasil hubungan baik dengan semua orang, dia mampu memperoleh keputusan yang membanggakan hari ini.“Apa yang diperoleh itu berkemungkinan hikmah daripada kegagalan meraih keputusan cemerlang dalam tiga peperiksaan utama sebelum ini.“Dalam SPM, saya hanya memperoleh 5A 5B 1C, sedangkan saya antara pelajar harapan guru yang menjangkakan mampu memperoleh 11A,“ katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Meraikan Pelajar STPM di SMAASZA, di sini, hari ini.Nur Syahidah antara 36 calon STPM di sekolah itu di mana SMAAZA turut diumumkan sebagai sekolah kedua terbaik mencapai keputusan semua principal (5P/4P) tertinggi.Katanya, atas nasihat ibu (Norhidayah Mustafa, 50) dan saranan guru supaya mengambil STPM, dia memilih SMAAZA bagi menebus kegagalan dan alhamdullilah, apa yang diimpikan kini menjadi kenyataan.“Tiada rahsia istimewa cuma amalkan bangun seawal pagi untuk menunaikan solat tahajud, membaca surah Yasin dan beberapa surah tertentu agar Allah permudahkan niat dan hajat,” katanya.
11 Mar 19
526
Kerajaan Negeri Laksana Pemutihan Semula TKPM
KUALA TERENGGANU, 10 Mac -Kerajaan negeri kini sedang melaksanakan pemutihan semula senarai peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang tidak mematuhi perjanjian sebagaimana tujuan dan objektif ia diwartakan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, ini merupakan antara kerja pemulihan dan penambahbaikan yang sedang dibuat oleh pihak kerajaan terhadap peserta TKPM yang tidak mengusahakan tanah yang disewa, membiarkan tanah ditumbuhi semak samun, memberi sewa tanah kepada pihak lain dan tidak menjelaskan bayaran sewa."Pemutihan ini perlu bagi memastikan maksud tanah TKPM ini menepati objektif ia diwartakan."Kita perlu masukkan peserta baru yang benar-benar berhajat kepada tanah untuk diusahakan agar tanah yang diwartakan sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan benar-benar mampu menghasilkan sumber makanan kepada rakyat negeri kita,"ujarnya dalam satu kenyataan kepada media Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.Menurut Dr. Azman, TKPM ialah tanah kerajaan yang diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara sebagai kawasan pengeluaran makanan dengan Pengarah Pertanian Negeri bertindak sebagai Pegawai Pengawal manakala empunya hak milik tanah adalah Pihak Berkuasa Negeri."Di seluruh Terengganu terdapat sekitar 1,022 hektar tanah yang telah diwartakan sebagai TKPM."Tanah ini disewakan kepada pengusaha untuk ditanam dengan tanaman kontang yang menghasilkan makanan sahaja seperti sayuran serta buah-buahan dan tanaman kekal tak dibenarkan,"ujarnya lagi.Tambahnya, permohonan untuk menyewa tanah TKPM boleh diajukan melalui Jabatan Pertanian Daerah masing-masing."Seterusnya satu Jawatankuasa TKPM yang dipengerusikan oleh Exco Pertanian akan menimbang setiap permohonan yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian."Akhirnya kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan membuat keputusan berdasarkan syor dari jawatankuasa TKPM,"kata Dr. Azman.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, berkata, sewa TKPM di Terengganu adalah yang terendah di Malaysia." Hanya RM150/hektar setahun. Bagi saya, biarlah kadar sewa kita kekal rendah asalkan rakyat dapat manfaat dan memperolehi hasil dari usaha mereka,"ujarnya.
10 Mar 19
170
Pulau Peranginan Di Terengganu Kini Dibuka
Keindahan semulajadi pulau di Terengganu.KUALA TERENGGANU, 10 Mac - Pulau peranginan di Terengganu kembali meriah dengan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara apabila kesemua pusat itu mula beroperasi pada awal bulan ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pusat peranginan itu ditutup kepada semua pengunjung bermula pada November hingga Februari lalu berikutan musim tengkujuh yang melanda Terengganu. Katanya, resort yang kembali dibuka itu menyebabkan pakej percutian yang ada di Terengganu menjadi pilihan dan hampir keseluruhannya sudah terjual."Jualan pakej-pakej percutian di dalam dan luar negeri semasa berlangsungnya Karnival Pelancongan Persatuan Agensi-Agensi Pelancongan Malaysia (MATTA) Fair Terengganu menunjukkan jumlah yang memberangsangkan selain Terengganu turut jadi pilihan.“Menyebabkan kebanyakan agensi kembara dan pelancongan telah mengambil risiko membeli bilik penginapan di pulau-pulau peranginan dan akan promosikan pada pelanggan sendiri,”katanya menerusi satu kenyataan kepada media, Rabu lalu.Pulau Redang. Foto ihsan - Amazing TerengganuBeliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat turut berkata, pertumbuhan industri pelancongan berkembang pesat akan menguntungkan rakyat bukan sahaja di Terengganu tetapi turut memberi kesan pada Malaysia.Jelasnya, kerajaan negeri juga akan terus mempromosikan industri pelancongan yang ada di Terengganu untuk meningkatkan lagi taraf sosio ekonomi.Beliau juga berharap supaya kolaborasi sebegini melalui badan-badan NGO pelancongan seperti MATTA, Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Hotel Bajet (MyBha) dan lain-lain dapat dimanfaatkan sepenuhnya.“Penyediaan prasarana dan perancangan, selain galakan dan promosi oleh kerajaan negeri bersama strategi perniagaan pengusaha-pengusaha pelancongan bakal membuahkan kejayaan dalam meningkatkan jumlah pelancong.“Seterusnya meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat negeri bertepatan menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera,” tambah beliau.
10 Mar 19
588
300 Perantau Sertai Siri Jelajah Kerajaan Terengganu
Anak-anak Perantau merakamkan kenangan bersama pimpinan negeri.BAYAN LEPAS, 10 Mac- Lebih 300 anak negeri Terengganu yang bermastautin di utara semenanjung Malaysia diraikan dalam Program Jelajah Anak Terengganu: Pasca Pembentangan Bajet 2019 Zon Utara, hari ini.Program yang berlangsung di Tabung Haji (TH) Hotel, Pulau Pinang itu bertujuan menyebar luaskan perancangan Bajet negeri bagi tahun 2019 kepada anak-anak negeri selain membina jaringan ukhuwah antara mereka dan kerajaan negeri.Sebahagian besar mereka yang hadir merupakan ahli Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) terdiri daripada penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Manakala, sekitar 50 peserta pula terdiri daripada ahli Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) yang bermastautin di negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.Satiful Bahri kemukakan agenda kerajaan kepada mahasiswa PERMATA zon utara.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat merakamkan terima kasih kepada sambutan yang menggalakkan dan kesudian rakyat memberi kepercayaan kepada kepimpinan baharu memerintah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.Menurutnya, kerajaan negeri masih meneruskan skim-skim yang baik kerajaan terdahulu untuk kepentingan rakyat."Sebahagian besar manifesto yang dijanjikan dahulu juga telah dilaksanakan dan sedang berjalan secara berperingkat."Begitu juga dengan Bajet 2019. Buat masa ini, kerajaan negeri fokus menunaikan janji kepada rakyat selain memberi banyak keutamaan buat belia dan mahasiswa," katanya ketika berucap dalam sesi dialog sempena program tersebut.Sulaiman turut dilantik sebagai bapa angkat UUM.Antara panel dialog berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor Hamzah serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Sukairi Wan Abdullah.Hadir sama dalam majlis tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong; ADUN Bandar, Ahmad Shah Mohamed; ADUN Rantau Abang, Alias Harun serta Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Ishamudin Hashim; Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Strategic & Intergrity Institute (TSIS), Dr. Wan Mat Sulaiman; Ketua Penolong Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)Bahagian Pembangunan Keluarga, Abdul Ghaffar Mamat serta Pengurus Kanan Pengurusan Aset dan Pembiayaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Zulkifli Yunus.Siri jelajah itu dianjurkan YT dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan negeri bagi membuka ruang memperkenalkan agenda kerajaan kepada anak-anak negeri di perantauan.Bagi tahun ini, program berkenaan sedang dilaksanakan ke setiap daerah Terengganu dan seluruh negara secara berperingkat.Mahasiswa yang hadir turut melontarkan idea dan persoalan berkenaan Bajet 2019 yang dibentangkan baru-baru ini.
10 Mar 19
60