Artikel "Utama" Terkini
SPM 2018: Kerajaan Negeri Tawar Tajaan Biasiswa Kepada Empat Pelajar Cemerlang
Ahmad Samsuri beramah mesra bersama pelajar cemerlang SPM 2018KUALA TERENGGANU, 14 Mac- Kerajaan negeri menawarkan penajaan biasiswa kepada empat pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat semua A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang diumumkan serentak seluruh negara, hari ini.Pelajar cemerlang tersebut, Muhammad Hilman Nor Azmi dari Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Terengganu dan Nurin Batrisya Mohd Azmi dari Sekolah Menengah Imtiaz Besut yang mendapat 11A+.Sementara itu, Amirah Husna Abdul Kahar dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus dan Nur Atiqah Syuhadah Hamdan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Tengku Lela Segara, Marang mendapat 9A+.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, menerusi Bajet 2019 kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM5 juta pembiayaan biasiswa sepenuhnya kepada pelajar cemerlang sehingga mereka menamatkan pengajian. “Hari ini, Terengganu telah mencatat peningkatan dimana empat orang pelajar berjaya mendapat semua A+ dalam SPM berbanding tiga orang tahun lepas.“Secara automatik, kita akan tawarkan biasiswa penuh kepada empat pelajar ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media pengumuman SPM di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik, hari ini.Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM10 juta sepanjang tahun ini bagi pinjaman pendidikan untuk tujuan pembayaran yuran.Terengganu terus mengungguli dalam bidang pendidikan apabila keputusan SPM 2018 merekodkan peningkatan dengan Gred Purata Keseluruhan (GPK) negeri 4.90 mengatasi GPK kebangsaan 4.95.
13 Mar 19
648
SPM 2018: Buta Sebelah Mata Bukan Halangan Raih 5A
Ciuman istimewa seorang ibu buat anaknya yang dinobatkan salah seorang pelajar cemerlang CBK bagi SPM 2018KUALA TERENGGANU, 14 Mac - Hanya belajar menggunakan mata kiri namun tidak mematahkan semangat Ahmad Shahir Safwan Ahmad Sabri untuk memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan hari ini.Dia yang berasal dari Balai Besar Dungun merupakan Calon Berkeperluan Khas (CBK) terbaik bagi negeri Terengganu, Ahmad Shahir tidak meletakkan kekurangan diri sebagai penghalang untuk berjaya seperti pelajar-pelajar normal lain.Anak ketiga dari empat beradik itu mengidap Glaukoma sejak tingkatan tiga, kehilangan penglihatan sepenuhnya pada mata kanan manakala mata kirinya hanya boleh melihat hanya 20 peratus sahaja berjaya memperoleh 5A termasuk satu A+ dalam subjek Pendidikan Syariah IslamiahKata Ahmad Shahir, dengan sokongan dan dorongan dari keluarga, guru-guru dan rakan sebaya telah memberinya satu kekuatan untuk berjuang seperti pelajar normal."Saya hilang penglihatan mata kanan dan cuma boleh melihat dengan mata kiri.Keadaan ini memberi cabaran besar kepada saya untuk belajar terutama pada waktu malam."Rasa rendah diri sebab orang lain lebih hebat selepas itu rasa tercabar untuk jadi jauh lebih hebat dan sebab itu saya cuba yang terbaik untuk SPM,"katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pengumuman SPM, di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik, di sini hari ini.Dalam majlis yang sama, Ahmad Shahir turut menerima sijil penghargaan atas kecemerlangannya dalam SPM 2018 tersebut daripada Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Satipul Bahri Mamat.Pelajar-pelajar cemerlang SPM 2018Tambahnya, solat sunat Dhuha juga menjadi amalan di waktu rehat apabila dia dan rakan-rakan ke surau bagi menunaikannya setiap hari.
13 Mar 19
477
Kerajaan Penyatuan Ummah : Belum Dimuktamad
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA NERUS, 13 Mac - Kerajaan Penyatuan Ummah antara dua parti terbesar di Malaysia, UMNO dan PAS masih belum dimuktamadkan lagi.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hasrat yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Mohamad Hasan baru-baru ini belum dibincangkan lagi di peringkat kepimpinan kedua-dua parti itu.Jelasnya, PAS juga terlebih dahulu akan mendengar cadangan dan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk ahli-ahlinya.“Buat masa ini tiada sebarang keputusan dan perbincangan yang mendalam lagi di peringkat kepimpinan PAS pusat.“Kita masih menunggu sebarang maklum balas daripada pelbagai ‘stakeholders’ sama ada ahli-ahli parti dan juga kepimpinan UMNO,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program ‘MB Mari Kampung Kite’ sempena Siri Jelajah Penerangan Bajet 2019 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, hari ini.Program bual bicara 'MB Mari Kampung Kite' turut mendapat perhatian kaum ibu.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md Azhar, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.Ahmad Samsuri yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat turut berkata, usaha bagi membina sebuah pentadbiran yang kukuh adalah satu cadangan yang baik.Tambah beliau, kerajaan yang kuat akan memberikan banyak manfaat untuk dinikmati bagi seluruh rakyat. “Kita melihat bahawa apa jua inisiatif, usaha ke arah membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan inklusif adalah satu perkara yang memberi kepentingan kepada rakyat.“Kita masih menunggu sebarang maklumat (penuh daripada kepimpinan kedua parti) sebelum membuat sebarang keputusan ,” katanya.
13 Mar 19
101
SPM 2018: Terengganu Terus Unggul
Dr.Ahmad Samsuri bersama-sama pelajar cemerlang SPM 2018KUALA TERENGGANU, 14 Mac - Terengganu terus mengungguli dalam bidang pendidikan apabila Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 merekodkan peningkatan dengan Gred Purata Keseluruhan (GPK) negeri 4.90 mengatasi GPK kebangsaan 4.95.Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, ini merupakan kejayaan yang membanggakan bagi 2018 dan tertinggi yang pernah dicapai Terengganu dalam SPM."Seramai 19,627 calon telah menduduki peperiksaan SPM 2018 pada tahun lalu di 168 pusat peperiksaan seluruh negeri."Daripada jumlah itu, 276 calon memperoleh keputusan cemerlang A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan SPM di Terengganu," katanya pada sidang akhbar pengumuman SPM di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik, di sini hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satipul Bahri Mamat.Beliau juga berkata, pihaknya juga telah mengenalpasti beberapa subjek atau mata pelajaran yang telah menyebabkan pelajar tidak mendapat semua A+.“Antara subjek yang kita kenal pasti ialah subjek teras seperti bahasa Melayu, matematik termasuk bahasa Inggeris. Kita akan fokus kepada subjek-subjek ini dengan melakukan post mortem selepas ini."Namun bagi subjek Sejarah dan Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan yang amat baik berbanding tahun lepas.Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat," katanya lagi.Dua pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat semua A+ ialah Muhammad Hilman Nor Azmi dari Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Terengganu dan Nurin Batrisya Mohd Azmi dari Sekolah Menengah Imtiaz Besut yang mendapat 11A+.Sementara itu, Amirah Husna Abdul Kahar dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus dan Nur Atiqah Syuhadah Hamdan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Tengku Lela Segara, Marang mendapat 9A+.Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Terengganu dan SBP Integrasi Batu Rakit, Kuala Nerus pula merupakan sekolah paling cemerlang manakala calon berkeperluan khas (CBK), Ahmad Shahir Safwan Ahmad Sabri dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Abang Dungun yang mengalami masalah penglihatan pula adalah calon CBK cemerlang negeri, dengan mendapat 1A+, 4A, 3B+, 1B, 1C+ dan 1C.
13 Mar 19
279
Pesawah Jelapang Dapat Hak Milik Tanah
Dr. Azman berusaha menyelesaikan masalah pemilikan tanah sawah Kampung Jelapang dalam penggal ini.Dzakaria Mohd SallehFoto : Hidayah Azlin & Ariss AliasSETIU, 13 Mac- Masalah pemilikan tanah sawah yang dihadapi petani Kampung Jelapang, Langkap sejak sekian lama akan diselesaikan secara berperingkat oleh kerajaan Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, para petani yang meneroka tanah tersebut sejak tahun 70-an sememangnya layak diberikan hak milik tanah.“Tanah padi di Jelapang akan dibahagi kepada dua bahagian. Pertama, tanah yang diteroka oleh peneroka sejak dari tahun 70-an dan yang kedua terdiri daripada kawasan tanaman yang baru dibuka oleh kerjaan.“Bagi tanah asal yang telah diteroka, kita boleh terus memberikan hak milik kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Dialog Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa bersama para petani sekitar kawasan Langkap di Pejabat Tapak Skim Pengairan Jelapang, semalam. Majlis Dialog bina kesefahaman antara rakyat dan kerajaan negeri.Seramai 150 orang petani daripada Kampung Jelapang, Kampung Bukit Layat dan Kampung Bukit Putera hadir dalam pertemuan dua hala tersebut.Hadir sama, pegawai dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri, Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Beras Nasional (BERNAS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Setiu.Menurut Dr. Azman, pihaknya akan menyelesaikan masalah itu secara berperingkat berikutan terdapat beberapa isu teknikal yang perlu diperhalusi terutama keperluan untuk mengenal pasti pemilik asal tanah itu. Namun, kata beliau, dengan kerjasama dari semua pihak, beliau yakin isu-isu rumit itu boleh diselesaikan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu turut memaklumkan, tanah-tanah yang dibuka oleh kerajaan pula akan diberikan kepada peserta dalam bentuk sewaan, dengan setiap lot berkeluasan kira-kira 10 ekar.Sebelum itu menurutnya, satu semakan untuk tujuan proses pemutihan akan dilakukan, bagi memastikan, mereka yang layak dapat memilikinya. "Kita mahu kawasan yang berada di bawah Skim Pengairan Jelapang dengan keluasan 735 hektar ini benar-benar membangun sebagai kawasan pengeluaran padi utama yang akhirnya akan menjadi sumber jaminan makanan (Food Security) bagi kerajaan negeri Terengganu," katanya.Untuk rekod, pada tahun 2009 kerajaan Pesekutuan telah mewartakan kawasan berkenaan sebagai Jelapang Padi Nasional dan mengumumkan usaha untuk memajukan kawasan baharu seluas 400 hektar tanah dengan kos sebanyak kira-kira RM46.5 juta bagi menjayakan projek terbabit.Namun, masalah pemilikan tanah, sistem pengairan yang tidak sempurna, potongan hasil padi serta subsidi skim harga padi menyebabkan industri berkenaan mengalami kerugian.Sehubungan itu, beliau memberi jaminan akan tuurut menyelesaikan masalah-masalah berkaitan pengeluaran padi di kawasan itu."Kita akan letakkan satu sasaran dalam tempoh sepenggal ini untuk kita usahakannya.“Saya rasa ia satu sasaran yang munasabah dalam ruang lingkup kita sebagai pemegang amanah rakyat," katanya lagi.
13 Mar 19
89
MB Umum Dana RM200 Ribu Bina Taman Rekreasi Teluk Pasu
Dr Samsuri bergambar bersama belia Teluk Pasu.KUALA NERUS, 13 Mac - Taman Rekreasi yang menjadi tempat riadah dan penyatuan masyarakat bakal dibina di Teluk Pasu dalam masa terdekat.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri telah melihat tapak cadangan untuk membangunkan taman itu yang berkeluasan hampir 1.6 ekar.Beliau berkata, taman itu akan dibina secara berperingkat dan pihaknya bersetuju untuk memberikan peruntukan bagi memenuhi hasrat dan cita-cita masyarakat di situ.“Kerajaan negeri meluluskan peruntukan awal sebanyak RM200,000 untuk urusetia tempat ini, supaya dijadikan asas dulu peringkat pertama.“Kalau berjalan dengan baik, ada respon yang baik dan menjadi tempat tumpuan kepada rakyat, insyaAllah kita akan pertimbang untuk tambah peruntukan bagi mencapai apa yang dihasratkan,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke lokasi tapak cadangan Taman Rekreasi Kampung Teluk Pasu itu, di sini, hari ini.Melihat peta lokasi tapak cadangan Taman Rekreasi Teluk Pasu.Turut hadir Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato’ A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Anuar Nik Mohamad Noor serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim.Ahmad Samsuri turut berkata, pemandangan indah yang terdapat di sekitar tapak itu juga sangat menarik dan unik.Katanya, taman yang bakal dibina itu pastinya akan menjadi ikon baharu di Teluk Pasu dan secara tidak langsung turut menjadi destinasi pilihan pengunjung, sama ada dari dalam ataupun luar daerah.“Suasana yang sangat menarik, saya tengok dengan ada sungai, tempat berteduh dan sangat santai.“Saya percaya kawasan ini boleh menjadi tempat rekreasi bagi menyatukan sillaturahim dalam masyarakat di Teluk Pasu ini secara khususnya,” tambah beliau.
13 Mar 19
545
MPKK Sebagai Mata Dan Telinga Kerajaan Negeri - MB
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA NERUS, 13 Mac - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) disaran supaya menjadi badan pemantau dan penyelesai bagi pihak kerajaan negeri di kampung-masing-masing.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, permasalahan yang dihadapi oleh rakyat akan dapat diselesaikan dengan mudah apabila badan itu bertindak mengikut kaedah yang betul.Jelasnya, masyarakat juga perlu mengetahui dan memahami saluran aduan yang betul agar ia menemui jalan penyelesaian terbaik dalam masa yang singkat.“Kita ada cara dan kaedah kita bekerja, MPKK ada masalah mesti berhubung dengan wakil rakyat masing-masing supaya mereka boleh ‘follow up’ masalah rakyat sehingga peringkat seterusnya.“Ini adalah cara kita nak selesai masalah, sebab itulah MPKK yang ada pada hari ini menjadi mata dan telinga, tak selesai dengan satu-satu cara, buat cara lain,” katanya. Masyarakat tempatan tidak melepaskan peluang untuk bersoal jawab.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta dalam program ‘MB Mari Kampung Kite’ sempena Siri Jelajah Penerangan Bajet 2019 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Dato’ A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md Azhar, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan, serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu.Program tersebut adalah siri yang ketiga diadakan selepas diadakan di daerah Besut dan Setiu serta Marang.Sesi bual bicara itu berjaya mengumpulkan hampir 1,000 masyarakat daripada pelbagai bidang yang menetap di daearah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.Program tersebut menjadi medium pemimpin negeri untuk menerima kritikan dan menerangkan pelaksanaan pembangunan oleh kerajaan kepada rakyat.
13 Mar 19
87
RM60 Juta Kemudahan Sukan; Terima Kasih Kerajaan Pusat
KUALA TERENGGANU, 13 Mac - Kerajaan negeri Terengganu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana menyalurkan dana sebanyak RM60 juta bagi tujuan membina kemudahan sukan di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, peruntukan tersebut adalah melibatkan pembinaan empat projek yang tertangguh termasuk pembangunan velodrom di Dungun.“Yang pertama saya ucap terima kasih dan yang kedua insya Allah peruntukan ini melibatkan banyak projek dalam senarai yang telah pun diberikan oleh menteri kepada saya,“Melibatkan empat projek semua sekali (iaitu pembinaan velodrom berbasikal Dungun, pembinaan Kompleks sukan Hulu Terengganu, Pembinaan Kompleks Sukan Mini Jabi dan pembinaan Pusat Rekreasi Air Pulau Duyong),” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) wakaf Mempelam berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Gotong- royong perdana Pasar Borong Gong Pauh pada hari ini.Menurutnya, satu projek tambahan iaitu Kompleks Sukan di daerah Marang telah diluluskan sewaktu Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman datang ke negeri Terengganu pada bulan lalu.“Yang tu (projek tambahan) insya Allah kita akan susulkan untuk menjadi satu realiti. Dan saya berharap agar peruntukan sebanyak RM60 juta diagihkan secepat mungkin,” ujarnya.
12 Mar 19
41
Program Jelajah Anak Terengganu Seluruh Malaysia Bermula
PULAU PINANG, 10 Mac - Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 bermula hari ini bertempat di Tabung Haji (TH) Hotel, Pulau Pinang.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Makluman negeri, Ustaz Afiffin Deraman, berkata, ia bermula peringkat Zon Utara.Katanya, Program anjuran Sekretariat Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) yang bernaung di bawah Yayasan Terengganu telah berjaya menghimpunkan lebih 350 anak-anak Terengganu yang menuntut di beberapa institiusi pengajian tinggi di Pulau Pinang, Kedah dan Perak.Beliau berkata, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu turut berkolaborasi mempamerkan elemen pelancongan di sepanjang program berlangsung di samping mengagihkan risalah pelancongan bukan sahaja kepada anak-anak Terengganu, malah kepada orang ramai yang hadir.“ Saya rasa peranan anak-anak Terengganu di perantauan amat memberi impak mendalam membantu promosi dan galakan pelancongan dan saya bercadang untuk melantik anak-anak Terengganu sebagai Duta Pelancongan yang membolehkan masyarakat luar lebih mengetahui produk dan destinasi pelancongan yang terdapat di Negeri Terengganu.“Jika perlantikan selebriti Mat Dan sebagai Ikon pelancongan bakal membantu misi galakan dan promosi di luar negara, perlantikan Duta Pelancongan anak-anak Terengganu di dalam Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 ini bakal menerobos pasaran pelancongan domestik yang masih lagi merupakan penyumbang terbesar kepada jumlah kedatangan dan perbelanjaan pengunjung ke Negeri Terengganu,”ujarnya melalui satu hebahan kepada media.Tambah beliau, Program Jelajah Anak Terengganu Peringkat negeri Sabah akan diadakan pada 17hb Mac 2019 ini, sementara Peringkat Zon Selatan akan diadakan di Batu Pahat Johor pada 23hb Mac 2019.Katanya, ia diikuti dengan Jelajah Anak Terengganu Zon Tengah pada 7 hb April bertempat di Setiawangsa, Kuala Lumpur dan disudahi dengan jelajah Anak Terengganu peringkat Negeri Sarawak pada 14hb April 2019.Menurutnya lagi, program sebegini memperlihatkan kelainan strategi berserampang dua mata yang menonjolkan keperihatinan Kerajaan negeri menjaga kebajikan anak-anak Terengganu dan mampu menonjolkan elemen tarikan pelancongan yang terdapat di negeri Terengganu dan ianya amat bertepatan dalam memacu pembangunan negeri kearah Maju, Berkat dan Sejahtera.
12 Mar 19
43
Permai Hotel Tawar Pakej Pelancongan Dan Umrah Percuma
Oleh : Zukifli Bin MatKUALA TERENGGANU, 12 Mac – Permai Hotel memperkenalkan inisiatif sokongan buat tetamu yang menginap untuk menyertai cabutan bertuah sebagai salah satu bentuk penghargaan buat tetamu hotel sebagai usaha merancakkan pembangunan industri pelancongan di Negeri Terengganu.Pengerusinya, Hishamuddin Abdul Karim berkata, ia adalah hasil kolaborasi bersama beberapa buah syarikat pelancongan yang bergiat aktif di negeri Terengganu.Kerjasama ini dibuat sebagai salah satu bentuk pengukuhan bisnes antara usahawan, khususnya pemain industri pelancongan.“Permai Hotel akan memainkan peranan mempromosikan syarikat penaja dengan pelbagai medium yang dimiliki dan syarikat penaja pula membantu dalam memeriahkan sambutan yang dilaksanakan.“Apatah lagi dalam suasana semasa hari ini menyaksikan persaingan yang rancak dalam industri perhotelan di Terengganu,”katanya sempena Majlis Pengumuman Cabutan Bertuah, petang tadi.Majlis Pengumuman Cabutan Bertuah diadakan bagi mengumumkan pemenang pakej percutian tiga hari dua malam ke destinasi pilihan antara Jakarta, Bandung atau Ho Chi Minh yang merangkumi tiket penerbangan pergi balik dan penginapan sepanjang berada di destinasi untuk dua orang. Kempen ini telah berlangsung semenjak Disember 2018 dan berakhir pada 28 Februari 2019 yang lalu. Kerjasama strategik ini dijayakan bersama dengan syarikat pelancongan Smart IQ Travel Agency Sdn Bhd.Tambahnya lagi, sebagai satu kesinambungan, Permai Hotel terus menjalinkan kerjasama strategik pula dengan pihak In Saff Travel & Tours Sdn Bhd. Kini, bermula Mac 2019 sehingga 31 Ogos 2019 promosi penginapan di Permai Hotel akan melayakkan penyertaan cabutan bertuah untuk mendapatkan pakej umrah percuma yang akan ditaja sepenuhnya oleh In Saff Travel & Tours Sdn Bhd. “Penginapan satu malam sudah melayakkan penyertaan mana-mana tetamu persendirian yang bermalam di Permai Hotel untuk sertai tawaran ini. “Inisiatif-inisiatif lain dalam meningkatkan keupayaan pemasaran Permai Hotel akan diperkenalkan secara konsisten dan berterusan dengan pelbagai pendekatan dari masa ke semasa,”ujarnya lagi.Sementara itu Pengurus Besar Permai Hotel, Noralizan Abd Rahman berkata, pihak kami mempelawa orang ramai dari segenap pelusuk Malaysia yang berkunjung ke Terengganu memilih penginapan di Permai Hotel. “Kami mengalu-alukan tetamu kami dan bersedia memastikan tetamu hotel mendapat layanan sebaik mungkin.“Kami menjangkakan sambutan yang lebih baik akan diperolehi Permai Hotel setelah inisiatif seperti ini mula diperkenalkan,” katanya.
12 Mar 19
103