lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
KPKT Lulus RM2 Juta Bagi Tiga Projek Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 17 Mac – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM2 juta bagi melaksanakan tiga projek utama di Terengganu dalam tempoh terdekat.Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, daripada peruntukan itu, sebanyak RM500,000 perbelanjaan tambahan lot di Pasar Payang, manakala pembinaan pagar di Taman Warisan, Kuala Terengganu melibatkan kos RM500,000 dan kelulusan RM1 juta untuk membina Terminal Bas di Bandar Jertih, Besut.Katanya, tiga perkara (projek) itu termasuk tambahan 212 lot di Pasar Payang 2 yang akan disiapkan segera supaya boleh beroperasi menjelang Ramadan nanti.“Bagi mengatasi kejadian kes lemas seperti di Taman Warisan berlaku lagi..kerana saya difahamkan tiada pagar untuk keselamatan, jadi kelulusan segera RM500,000 untuk membina pagar atau tembok, (selain) membina kemudahan tandas dan surau.“Sebanyak RM1 juta juga  diluluskan untuk keperluan Bandar Jertih  sebagai pintu masuk ke Terengganu yang memerlukan  satu terminal bas yang lebih selesa dan menarik  kerana saya di fahamkan pasar yang ada sudah cantik  jadi harus dihubungkan dengan terminal bas yang cantik juga… walaupun dikatakan bajet dipohon (kerajaan negeri) sebelum ini  RM13 juta  tetapi saya meluluskan RM1 juta untuk kerja awal,” katanya kepada media Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).Beliau berkata demikian selepas majlis Perjumpaannya bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar serta Datuk Bandar dan Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Turut hadir, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak .Zuraida berkata, sebanyak RM9 juta telahpun diluluskan kepada semua PBT melalui kerajaan negeri untuk keperluan mereka melaksanakan program di kawasan masing-masing.Mengulas mengenai kawasan perumahan di bawah Dasar Perumahan Mampu Milik Negara, beliau menjelaskan, pihaknya kini sedang menyemak status empat tanah yang diswastakan kepada Kerajaan Pusat untuk membina Rumah Harapan dan akan memberi keutamaan kepada projek berkenaan.Sementara itu, Dr. Alias Razak berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada KPKT telah meluluskan peruntukan bagi tiga projek yang dikira penting bagi kerajaan negeri.“Projek ini ada yang tengah kritikal dan berkait dengan keselamatan serta tempat rakyat negeri ini mencari rezeki.“Saya juga berharap permohonan Rumah Harapan juga akan dipertimbangkan untuk kelulusan segera bagi kemudahan dan kebajikan rakyat Terengganu,”ujarnya.
16 Mar 19
54
Empty Image
Rakyat Wajib Cakna Perkembangan ICERD
Rakyat perlu sentiasa perhati sebaarang tindakan kerajaan dalam menentukan untung nasib mereka- Zubir. MARANG, 17 Mac - Rakyat dinasihatkan sentiasa cakna, peka serta ambil tahu mengenai perkembangan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan konvensyen-konvensyen lain yang berkaitan sekalipun isu berkenaan telah reda. Pengamal Undang-Undang, Mohd Zubir Embong berkata, rakyat perlu terus dimaklumkan secara terperinci berkaitan isi kandungan perjanjian-perjanjian tersebut yang dilihat dapat mengganggu-gugat agama Islam sebagai agama Persekutuan serta kedaulatan negara.“Paling tidak, rakyat perlu ada satu idea bahawa semua konvensyen atau perjanjian ini sebenarnya tidak lain tidak bukan adalah satu penjajahan baharu ke atas negara-negara yang bebas.“Ini kerana selepas Piagam Atlantik pada tahun 1941, negara-negara kuasa besar tidak dibenarkan lagi untuk menjajah. Maka, konvensyen sebegini dijadikan medium penjajahan secara undang-undang,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas sesi Dialog ICERD Ancaman Kepada Islam: Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW di perkarangan Pasar Pengkalan Berangan, di sini, baru-baru ini.Dialog anjuran PAS Marang itu turut menampilkan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong sebagai panel.Rakyat membangkitkan pelbagai persoalan berkaitan dasar dan tindakan kerajaan dalam majlis dialog yang diadakan. Zubir turut memaklumkan ICERD hanyalah salah satu daripada beberapa konvensyen yang ingin ditandatangani Kerajaan Persekutuan.“Ketahuilah ICERD adalah satu daripada beribu cara untuk menolak Islam sebagai agama Persekutuan. Sekalipun ia tidak diratifikasi, tetapi sekiranya isi konvensyen dilaksanakan melalui polisi kerajaan, ia tetap akan menggugat agama Islam dan kaum Bumiputera.“Walaupun kerajaan tidak menandatangani ICERD, tetapi ada lagi konvensyen dan perjanjian yang bakal ditandatangani tanpa kita sedar termasuklah yang terbaru dan telah dimeterai, iaitu Statut Rom,” katanya.Menurutnya, walaupun Statut Rom tidak berkait dengan rakyat secara langsung, tetapi ia dilihat seakan ugutan kepada Raja-raja Melayu sedangkan negara ini memiliki undang-undang tersendiri dalam membicarakan sebarang kesalahan ketua agama Islam itu, iaitu Mahkamah Khas Raja-Raja.Sulaiman nasihat umat Islam contohi pendekatan Rasulullah SAW.Dalam pada itu, Sulaiman turut bersetuju dengan pandangan berkenaan namun mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dalam menghadapi tekanan terhadap emosi dan pendirian mereka.“Hari ini kita berdepan cabaran daripada mereka yang iri hati dengan perkembangan Islam, maka kita sebagai pendokong gerakan Islam hendaklah menunjukkan contoh terbaik sebagaimana yang telah ditunjukkan Rasulullah SAW ketika menghadapi golongan ini,” katanya. Manakala, Wan Sukairi menegaskan dasar PAS sentiasa konsisten demi mencapai keuntungan kepada Islam dan umat Islam.“Melihat kepada suasana politik semasa yang tidak memberi keberuntungan kepada umat Islam, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang memberi keuntungan kepada Islam dan umat Islam serta rela memutuskan hubungan dengan parti yang memberikan kesan buruk kepada umat Islam.“Ini yang kita umumkan dan kita pegang secara terang-terangan sejak dahulu lagi,” katanya dalam sesi dialog yang dihadiri lebih 100 penduduk tempatan itu.  Wan Sukairi perjelas tindakan kerjasama PAS dan matlamat mereka.
16 Mar 19
48
Empty Image
Dewan Serbaguna Untuk Warga Paka
Oleh : Amiirullah MansorDUNGUN, 15 Mac - Warga Paka bakal menerima kemudahan untuk beriadah dan melakukan pelbagai kegiatan bermanfaat apabila dewan serbaguna akan dibangunkan di kawasan itu tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, disebabkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka tidak mempunyai lokasi strategik untuk masyarakat beriadah, maka kerajaan negeri merancang membina pusat aktiviti masyarakat berkenaan sekali gus akan memastikan perancangan itu direalisasikan segera. "Kita telah bersetuju untuk membina sebuah dewan serbaguna untuk kegunaan masyarakat mengadakan program-program," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada program `Chit Chat Bersama YB Ustaz Satiful Bahri' di Pasti an-Nasihah Taman Murni Perdana, Paka, di sini, kelmarin.Satipul berkata, pihaknya juga akan membangunkan sebuah mini stadium untuk kegunaan penduduk setempat dengan persetujuan bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah. "Kita juga telah berbincang dengan Exco Belia dan Sukan (Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri) untuk membina mini stadium di DUN Paka ini."Kawasan (tapak) sudah siap semua, hanya tinggal untuk buat sahaja," kata beliau lagi. Tambahnya, penduduk di sekitar Dungun juga akan menikmati manfaat daripada pembangunan Bandar Baru Lestari Dungun di kawasan seluas 760 hektar yang terletak di persimpangan susur keluar lebuh raya Dungun.Katanya, prasarana itu mencakupi semua keperluan rakyat termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, pasar, perkedaian dan perumahan yang berpusat di satu lokasi strategik.Menurut beliau, hanya dua daerah, termasuk Besut yang mempunyai Bandar Baru Lestari di Terengganu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu memberitahu, seperti dijanjikan sebelum ini, pusat rekreasi di hadapan Sekolah Kebangsaan Paka dan kolam di Taman Huda juga dalam proses pembinaan."Orang kita ni tidak ada tempat untuk berjoging, tempat mainan kanak-kanak, wakaf dan tempat aktiviti bersama berkeluarga, jadi kita wujudkan pusat rekreasi ini," katanya lagi.
16 Mar 19
453
Empty Image
Jaga Sensitiviti Agama Dan Kaum - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama masyarakat Besut.BESUT, 16 Mac - Semua pihak dinasihatkan supaya lebih bertanggungjawab dan saling menjaga sensitiviti agama dan kaum lain di Malaysia.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keamanan yang dinikmati hari ini perlu dijaga dan dipertahankan daripada sebarang anasir jahat yang mula menyerang negara.Jelasnya, kenyataan provokatif dan bermotif politik pihak tertentu untuk menggugat keharmonian seharusnya diurus dengan sebaiknya.“Dalam suasana Malaysia ini berbilang bangsa, berbilang agama, sebab itulah semua pihak harus menjaga sensitiviti.“Tidak ada mana-mana pihak yang boleh menekan pihak yang lain sehingga sampai ke dinding, kerana kita tahu naluri manusia, bila ditekan dia akan bertindak balas,” katanya.Menyaksikan persembahan silat.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Jadual 5A Kepada 170 Peserta dari Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Mukim Keluang dan Durian Ubi di Taman Awam Pantai Air Tawar, di sini semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Pegawai Daerah Besut, Rozali Salleh dan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Besut, Ahmad Rizal Mamat.Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad, Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor serta Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh.Ahmad Samsuri turut berkata, sebagai rakyat yang cintakan perpaduan, setiap rakyat wajar membuat sebarang pertimbangan yang adil sebelum mengeluarkan kenyataan.“Sebab itulah saya minta kepada pihak yang membuat kenyataan berunsur rasis supaya berfikir banyak kali dalam memberi apa jua pandangan,” katanya.
15 Mar 19
82
Empty Image
171 Rakyat Besut Terengganu Terima Tanah - MB
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyerahkan jadual 5A kepada pemohon yang berjaya.BESUT, 16 Mac - Seramai 171 penduduk dari Bukit Keluang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, dan Durian Ubi, DUN Kuala Besut menerima tanah sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan negeri pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU 14) lalu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tanah lot yang diberikan adalah kepada mereka-mereka yang telah dinafikan hak oleh kepimpinan kerajaan terdahulu.Ujarnya, berdasarkan pertimbangan itu, kerajaan merasa bertanggungjawab untuk memulangkan kembali tanah yang menjadi kerunsingan mereka bagi membina tempat berteduh.“Keperluan rakyat yang merangkumi perkara-perkara asas ada pelbagai, di antara perkara yang penting kepada kita adalah mempunyai tempat berteduh.“Atas hakikat inilah kerajaan dalam proses untuk menunaikan apa yang telah dijanjikan, setiap rakyat negeri terengganu berhak untuk memiliki tanah mengikut syarat-syarat yang kita tetapkan,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Jadual 5A Kepada 171 Peserta dari Rancangan Tanah Berkelompok Mukim Kluang dan kawasan Durian Ubi di Taman Awam Pantai Air Tawar, di sini semalam. Penerima-penerima lot tanah pertanian.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Pegawai Daerah Besut, Rozali Salleh dan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Besut, Ahmad Rizal Mamat.Hadir sama, Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad, Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor serta Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh.Ahmad Samsuri turut mengingatkan penerima-penerima agar memanfaatkan sebaik mungkin tanah yang telah diterima.“Mana-mana yang dapat tanah untuk pertanian ini, gunakanlah sebaik mungkin.“Kita tidak mahu lot-lot yang diberikan ini bertukar tangan kerana sebab-sebab tertentu, buatlah apa jua dengan tanah-tanah yang diberikan dengan kita berbakti pada tanah,” tambah beliau.Beramah mesra dengan penduduk Besut.Pemberian balik lot tanah itu dibahagikan kepada dua kategori iaitu untuk pertanian dan pembinaan rumah.
15 Mar 19
76
Empty Image
Pihak Berkuasa New Zealand Perlu Bertindak Tegas - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.BESUT, 15 Mac - Pihak berkuasa New Zealand digesa bertindak tegas terhadap pengganas bagi menangani insiden serangan bersenjata di dua buah masjid di Christchurch.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kejadian yang turut melibatkan rakyat Malaysia itu perlu disiasat dengan teliti.Jelasnya, tindakan yang tepat dan berkesan mesti diambil segera bagi mengelakkan perkara sama berulang dengan lebih teruk."Kita minta supaya pihak berkuasa New Zealand mengambil langkah yang tegas."Ianya bagi menghalang perkara ini menjadi suatu wabak yang lebih berat keadaannya di New Zealand dan Australia yang berhampiran," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Jadual 5A Kepada 170 Peserta dari Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Mukim Keluang dan Durian Ubi di Taman Awam Pantai Air Tawar, di sini, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, Pegawai Daerah Besut, Rozali Salleh dan Ketua Penolong Pentadbir Tanah Besut, Ahmad Rizal Mamat.Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad, Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr Riduan Mohd Nor serta Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh.Menyerahkan jadual 5A kepada peserta RTB.Ahmad Samsuri turut melahirkan rasa simpati terhadap keluarga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pengganas di sana.Beliau berharap agar semua pihak mendengar dan mengikuti segala arahan pihak atasan New Zealand."Kita bersimpati dengan mereka dan kita harap seluruh anggota keluarga bersabar, kita berharap bukan rakyat Terengganu."Kita harap rakyat Malaysia di sana mendengar arahan pihak berkuasa tempatan di New Zealand," tambah beliau.Sehingga pukul 3.00 petang tadi waktu Malaysia terdapat dua rakyat Malaysia cedera dalam insiden itu dan kini sedang dirawat di hospital.
15 Mar 19
100
Empty Image
PAS Kecam Serangan Tembakan Rambang Di New Zealand
Abdul Hadi Awang. Foto ihsan - Media Presiden PASKUALA TERENGGANU, 15 Mac - PAS mengecam tragedi kemanusiaan melibatkan serangan pelampau di dua masjid di Christchurch, New Zealand hari ini, yang turut mengorbankan nyawa saudara Islam yang tidak berdosa.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS berkongsi rasa simpati dan merakamkan ucapan takziah kepada mangsa dan mengharapkan penjenayah yang terlibat dihadapkan ke muka pengadilan dengan segera."PAS menyifatkan insiden ini sebagai suatu tindakan terkutuk yang melampaui batas kemanusiaan dan tidak boleh diterima oleh masyarakat dunia keseluruhannya."PAS menegaskan bahawa budaya toleransi antara agama adalah sangat penting bagi mewujudkan keamanan sejagat, manakala budaya prasangka dan prejudis seperti fahaman ‘Islamofobia’ perlu ditangani semua pihak," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini, mengulas tentang insiden gelap bagi umat Islam tersebut."Semoga Allah merahmati roh saudara-saudara kita di Christchurch, New Zealand," ujarnya.
15 Mar 19
25
Empty Image
LGBT Merupakan Jenayah- Dr Ahmad Samsuri
KUALA TERENGGANU, 14 Mac- Hukum dan peraturan dalam agama Islam tidak boleh ditunduk dan dibelakangkan hanya kerana ingin mengangkat makna kebebasan bersifat songsang yang berselindung di sebalik payung hak asasi manusia.Bercakap mengenai gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), ia tidak seharusnya megah dilaungkan sebagai hak setiap warganegara semata-mata, sebaliknya perlu juga diteliti mengenai hak dalam kelompok masyarakat.Mengulas perkara itu, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar  menegaskan bahawa kesemua perlakuan seks di luar tabii jelas merupakan satu bentuk jenayah.Katanya, oleh itu, sebagai masyarakat, terutama ibu bapa perlu mememainkan peranan besar dengan memantau anak berkaitan penggunaan berasaskan teknologi maklumat, terutama melalui telefon bimbit dan komputer.“Lagi canggih penggunaan alatan teknologi, lagi bijak seseorang manusia itu meneroka perkara yang salah atau songsang.“’Kita sama sekali tidak menyalahkan kecanggihan teknologi masa kini lebih-lebih lagi dalam negara menuju industri evolusi ke empat. Kita perlu berdepan kecanggihan teknologi tetapi jangan menyalahgunakan kecanggihan teknologi yang ada,”katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman I, di sini petang ini.
14 Mar 19
210
Empty Image
Terengganu Peruntuk RM500,000 Perkasa Lembah Jagung Marang
Peruntukan khas bantu meningkatkan hasil petani. MARANG, 14 Mac - Kerajaan Terengganu memperuntukkan sejumlah RM500,000  bagi pembangunan Lembah Jagung di Projek Pertanian Khas Alor Ketitir (PKAK), Marang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, peruntukan tersebut yang menumpukan keperluan infrastruktur dan pengairan kawasan dijangka dapat membantu projek tersebut meningkatkan hasil pengeluaran."Peruntukan ini disediakan supaya petani-petani yang bermasalah dalam beberapa aspek dapat dibantu."Kerajaan negeri tiada halangan untuk kita tambahkan keluasan kawasan penanaman berdasarkan keperluan," katanya ketika ditemui pemberita dalam sesi Lawatan Kerja ke Lembah Jagung Daerah Marang, di sini, hari ini.Dr. Azman dan ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman melihat variasi jagung yang ditanam di PKAK. Hadir sama dalam lawatan berkenaan ialah Timbalan Pengarah Pertanian negeri, Zulkefli Amin Mat Jusoh@Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.Dr. Azman berkata, kawasan seluas 80 hektar itu diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara sebagai Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)."Cuma kita masih dalam proses untuk mewartakan kawasan ini sebagai Lembah Jagung sahaja supaya ia benar-benar menjadi satu kawasan fokus untuk pengeluaran jagung Negeri Terengganu," katanya yang turut menjangkakan peningkatan hasil pengeluaran dengan pertambahan peserta.Setakat ini, seramai 60 daripada 80 peserta PKAK mengusahakan tanaman jagung berkeluasan keseluruhan 80 hektar.Selain penanaman jagung, PKAK turut mengeluarkan hasil tembikai, labu serta sayuran singkat seperti lada dan timun.PKAK hasilkan jagung antara baka terbaik di Malaysia- Dr. Azman.Sementara itu, Zulkefli memaklumkan, pihaknya sedang menilai pengurusan industri untuk meningkatkan hasil daripada pengeluaran jagung."Sebenarnya, bagi pengeluaran sehektar tanaman jagung, ada sekitar 30 peratus sisa hasil yang tidak digunakan."Jadi kita sedang menilai penghasilan daripada sisa ini kerana terdapat 50 produk hiliran bernilai tinggi yang boleh dihasilkan daripada pengeluaran jagung," katanya.Pada tahun 2018, pengeluaran jagung daripada PKAK yang merupakan antara baka terbaik di Malaysia adalah sebanyak 1,200 metrik tan dengan nilai berjumlah RM1.2 juta.
14 Mar 19
770
Empty Image
Kerajaan Negeri Ambil Berat Isu Pencemaran
KUALA TERENGGANU, 14 Mac- Kerajaan negeri memandang serius kejadian pencemaran toksik yang berlaku di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang sejak Khamis lalu hingga menyebabkan 506 mangsa dirawat dan 43 sekolah di kawasan sekitar ditutup.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya amat menyesali apa yang berlaku terutamanya tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang sewenang-wenangnya membuang sisa toksik ke dalam sungai.“Ini adalah perkara yang amat dikesali bukan sekadar yang berlaku di Johor tetapi seluruh negara kerana aspek alam sekitar ini kesannya adalah berpanjangan dan boleh mendatangkan kecederaan dan kecelakaan kepada penduduk.“Kita minta semua agensi terlibat di Terengganu khususnya tidak memandang mudah perkara ini dan sentiasa memantau perkembangan semasa terutama di kawasan industri untuk mengelak daripada perkara sebegini berlaku di negeri ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu pencemaran toksik di Johor pada sidang media pengumuman SPM di bilik mesyuarat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik, hari ini.Katanya, jika dilihat di negara-negara maju, penggunaan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai sangat ketat dalam pengendalian bahan-bahan kimia dan Terengganu turut menekankan perkara yang sama kerana negeri ini mempunyai industri berat, minyak dan gas yang besar.“Saya sudah memaklumkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri dan lain-lain untuk mengambil tindakan proaktif bagi menghalang perkara sebegini berlaku di negeri ini.“ Alhamdulillah, sungai di Terengganu berada dalam keadaan baik berbanding dengan tempat-tempat lain kerana SOP bersama agensi yang terlibat seperti Jabatan Alam Sekitar sentiasa dilaksanakan termasuk melakukan pemeriksaan dan pemantauan secara berkala,” ujarnya.
13 Mar 19
41