lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Sidang DUN : SUTERA Platform Lahirkan Atlet Terkemuka
KUALA TERENGGANU, 3 April - Sukan Terengganu  (SUTERA) bakal menjadi acara berprestij dalam melahirkan atlet-atlet sukan berwibawa di negeri ini .Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, SUTERA akan menjadi acara dwi tahunan sebelum Sukan Malaysia (SUKMA) berlangsung."Untuk tahun ini, ia akan berlangsung pada 5 hingga 9 September dan merupakan pertandingan sukan dwi tahunan yang kita buat untuk Terengganu. Ini bermakna pada 2019 kita akan jayakan untuk SUTERA dan tahun 2020 bagi SUKMA. Begitulah seterusnya, ia akan bergilir."SUTERA 2019 juga akan menjadi sukan patuh syariah pertama yang diadakan dan kita akan berusaha untuk menjayakannya sebaik mungkin," ujarnya.Beliau berkata demikian  ketika berucap menggulung perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14, di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Tambah Wan Sukairi, dalam mesyuarat kali pertama, pihaknya juga bercadang untuk menjemput negeri jiran iaitu Pahang dan Kelantan untuk turut sama menyertainya.Dalam masa terdekat, kertas panduan berkenaan dan sebagainya akan dibentangkan oleh Mufti Negeri Terengganu, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Zulkifly Muda, pada mesyuarat berikutnya.Katanya lagi, pemilihan atlet untuk SUTERA akan diserahkan kepada Majlis Sukan Daerah masing-masing yang dipengerusikan Pegawai Daerah untuk membuat keputusan.
03 Apr 19
37
Empty Image
Sidang DUN : Bantuan Pinjaman Segera Peniaga Bazar Ramadan
KUALA TERENGGANU, 3 April - Kerajaan negeri menyediakan bantuan segera berjumlah RM350,000 dalam bentuk pinjaman jangka pendek kepada peniaga bazar Ramadan tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pinjaman segera sehingga RM3,000 seorang diputuskan bagi meringankan beban peniaga yang memerlukan modal bagi memulakan perniagaan sempena Ramadan tidak lama lagi.Jelasnya, sehingga hari ini, seramai 406 peniaga membuat permohonan dan bantuan tersebut dijangka diagihkan seminggu sebelum umat Islam mula berpuasa."Pinjaman yang julung kali diperkenalkan itu hanya akan diberikan kepada peniaga yang memerlukan dan berdaftar di bawah Persatuan Penjaja Kecil Negeri Terengganu."Kita beri kepada mereka dan kemudian mereka perlu bayar balik pinjaman itu dalam tempoh sebulan, sebaik sahaja habis Ramadan hingga akhir Syawal. Kita percaya peminjam telus dan akan membuat bayaran," ujarnya.Beliau berkata demikian  ketika berucap menggulung perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke 14, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Tambah Mohd. Nurkhuzaini lagi, pemohon yang berminat mestilah mendapat tapak bazar Ramadan yang dikendalikan pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah masing-masing.
03 Apr 19
65
Empty Image
Sidang DUN : Polisi Baharu Rancakkan Projek Perumahan Kategori B
Hilmi Harun.KUALA TERENGGANU, 3 April - Polisi baharu projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan negeri diharap akan merancakkan pembangunan perumahan dalam kategori B.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun berkata, rakyat Terengganu yang mempunyai pendapatan isi rumah dalam lingkungan RM3,600 hingga RM4,500 sukar untuk memiliki rumah sendiri.Jelasnya, kekangan ekonomi dan kekurangan rumah yang dibina dalam kategori B menyebabkan kebanyakan golongan itu tidak mampu membeli rumah yang dibina.“Ia kerana kita kekurangan rumah yang dibina di bawah kategori B iaitu kategori RM68,001 sehingga RM 185,000 yang berkeluasan 900 kaki persegi.“Tetapi mereka sebenarnya dalam paksa, mampu dalam paksa dengan kadar bayaran RM400 hinga RM500 sebulan.“Andai kata perumahan kategori B dirancakkan, umpamanya insya-Allah kita dapat melihat dan mengurangkan malu seorang menantu yang terpaksa menumpang di rumah mentua masing-masing,” katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini. Alias Razak.Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak memaklumkan, kerajaan akan memperbaharui polisi perumahan yang ada agar memberi lebih keuntungan kepada rakyat dan pemaju.Kata Alias, polisi baharu itu akan dilaksanakan secepat mungkin dengan mengambil kira semua aspek yang terlibat.“Kita sekarang dalam masa 6 bulan sedang mengkaji semula dasar ini dan insya-Allah dalam masa yang terdekat, kerajaan negeri akan keluarkan satu dasar baharu.“Yang kita harap akan memberi lebih mesra pemaju dan tidak mengabaikan tanggungjawab untuk membina RMM untuk rakyat di negeri Terengganu ini, ” katanya.
03 Apr 19
32
Empty Image
Sidang DUN : Perpaduan Ummah Demi Kesucian Islam
KUALA TERENGGANU, 3 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyifatkan jalinan kerjasama PAS dan UMNO adalah untuk perpaduan ummah demi memastikan Islam tidak dicemari.Katanya, ancaman yang dilakukan oleh pihak tertentu dilihat mengugat keamanan dan kestabilan negara dengan menyentuh kesucian Islam, memperlekehkan institusi diraja dan banyak lagi perkara yang berpontensi mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku.Beliau berkata, sebagai sebuah negeri yang memperjuangkan Islam, Terengganu di bawah pemerintahan Kerajaan PAS akan terus menjadikan Islam sebagai agenda yang paling penting.“Yang penting adalah kebersamaan dalam tindakan. Alhamdulillah dengan kerjasama di atas asas perpaduan ummah ini, kita boleh bersama-sama khususnya dalam perkara yang telah dipersetujui, antaranya isu Islam dan ancaman terhadapnya, Melayu, Bumiputera dan kepentingan rakyat secara umumnya," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Walau bagaimapun katanya, kerjasama ini diberi respon negatif daripada pihak yang tidak mahu melihat umat Islam Melayu bersatu.“Saya ingin tegaskan walaupun kita umat Islam bersama, kita sama sekali tidak menzalimi dan menindas orang-orang bukan Islam.“Inilah yang dapat kita lihat dalam negara kita khususnya di negeri Terengganu ini. Walaupun jumlah umat Islam melebihi 95 peratus, tetapi masyarakat bukan Islam hidup dalam aman damai," ujarnya.Katanya, perkara tersebut boleh dilihat semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dahulu mahupun semasa pemerintahan PAS pada penggal ini dan sebelum-sebelum daripada ini.“Kita tidak menafikan hak mereka. Apa yang berlaku kita melihat umat Islam yang tinggal di negara yang majoriti rakyatnya bukan Islam dizalimi dan ditindas,” ujarnya.
03 Apr 19
45
Empty Image
Sidang DUN : Beri Joran dan Umpan Kepada Golongan B40
Dr. Azman kemuka pelbagai bantuan yang telah dilaksanakan kerajaan negeri kepada golongan B40.KUALA TERENGGANU, 3 April - Kerajaan Terenggganu telah melaksanakan pelbagai langkah bagi membantu golongan B40 di negeri itu sepanjang hampir setahun mengambil alih pentadbiran.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, bantuan kerajaan itu disediakan dalam kaedah ‘joran dan umpan’ yang bertujuan supaya mereka mampu mengembangkan ekonomi sendiri dan bertahan untuk jangka masa panjang. “Saya boleh simpulkan, bantuan untuk golongan ini bukan dalam bentuk bagi ‘ikan’. Sebaliknya kita bagi joran dan umpan, supaya mereka boleh mengail sendiri,” katanya.Beliau turut memaklumkan, perancangan membantu golongan berkenaan difokuskan kepada sektor pertanian, perladangan, perikanan dan penternakan.“Kita akan jumpa majoriti mereka berada dalam sektor-sektor ini. Mereka biasanya segan dan malu untuk memohon bantuan, maka kita sebagai pemimpin perlu turun mengenal pasti permasalahan mereka dan mengatur langkah yang betul bagi membantu golongan ini. “Hasil dari program turun padang yang dilaksanakan, saya kemukakan kepada dewan beberapa contoh langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri bagi membantu golongan B40 seterusnya membantu mereka dalam kegiatan ekonomi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Abd Rahman dalam Mesyuarat Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Menurut Dr. Azman, antara usaha yang dilaksanakan kerajaan adalah menyelenggara tali air dan pengairan semula dan hasilnya, sawah padi yang telah terbiar selama enam tahun di Kampung Pengkalan Nangka kembali menghijau.“Manakala bagi masalah kekurangan hasil tangkapan nelayan pantai, kita mengadakan program labuh unjam dan tukun untuk memperkayakan semula sumber perikanan.“Selain itu, menjelang tahun 2020, kawasan Zon A untuk tangkapan nelayan pantai akan diperluaskan daripada lima batu nautika kepada 12 batu nautika supaya zon nelayan pantai mencari rezeki menjadi lebih luas,” katanya.Kerajaan negeri juga memberikan sepenuh sokongan kepada Syarikat Tenox untuk mewujudkan pusat pemprosesan susu pertama di Terengganu yang berpusat di Pusat Pengembangan Veterinar Jenang, Marang dan bakal beroperasi sepenuhnya dalam masa terdekat bagi memudahkan penternak memproses hasil tenusu.Dr. Azman sempat menyatakan, masalah yang dihadapi oleh pesawah di Skim Pengairan Jelapang Langkap juga sedang diambil tindakan oleh kerajaan negeri agar kawasan sawah padi seluas lebih 700 hektar tersebut boleh dimanfaatkan oleh golongan B40 dari Kampung Jelapang, Bukit Putera dan Bukit Layat.
03 Apr 19
99
Empty Image
Sidang DUN : Manfaatkan Potensi Pelancongan Pesisir Sungai
KUALA TERENGGANU, 3 April - Pesisir pantai dan sungai perlu diberi perhatian oleh kerajaan negeri kerana ia bukan sahaja dikunjungi pelancong bahkan boleh menjana pendapatan kepada penduduk dan negeri.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, tempat seperti ini sudah pasti memerlukan penginapan, tempat makan minum dan hasil kraftangan yang boleh disatukan."Ada beberapa tempat yang memang sudah cantik dan kalau kita tambah baik, maka ia akan jadi tempat yang boleh  menggamit  para pengunjung sama ada dari dalam atau luar negara."Saya mengharapkan pihak kerajaan memandang serius tempat seperti ini dan di antaranya mungkin yang boleh kita tambah nilai seperti mana Taman Tamadun Islam. Kalau di sini dibina taman permainan dan kolam, lagi meriah tempat itu," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja Mesyuarat Penggal Kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke -14, di sini semalam.Menurutnya, kerajaan hendaklah mengambil perhatian agar rakyat boleh berniaga dan negeri mendapat pendapatan serta industri warisan tidak akan pupus."Negeri kita perlu dijenamakan sebagai destinasi ekopelancongan kerana Terengganu memang terkenal dengan tempat  yang cantik."Adalah malang jika kita tidak dapat memaksimakan atau menggunakan kelebihan yang ada di negeri kita ini," ujarnya.
03 Apr 19
38
Empty Image
Sidang DUN : Kerajaan Persekutuan Hutang Terengganu RM1.43 Bilion Untuk LPT2
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Foto oleh - Media MBKUALA TERENGGANU, 3 April -  Kerajaan Persekutuan telah berhutang dengan kerajaan negeri membabitkan kos pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sebanyak RM1.85 bilion.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  jumlah yang telah diselesaikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk lebuhraya itu adalah sebanyak RM418.5 juta."Manakala baki yang belum diterima bagi pembinaan LPT2 ialah sebanyak RM1.43 bilion," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun dalam Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-14, di sini hari ini. Hilmi ingin tahu jumlah sebenar hutang untuk kos pembinaan LPT2 dan jumlah yang telah dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri setakat Mac lalu. Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, sehingga Mac lalu, Kerajaan Persekutuan telah membayar hutang tersebut berjumlah RM418.5 juta melalui tiga pembayaran. Ini termasuk pembayaran projek Naik Taraf Jalan Marang ke Awana Kijal berjumlah RM118.5 juta, bayaran pendahuluan yang tidak dibayar balik (RM200 juta) dan pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) (RM100 juta).
02 Apr 19
62
Empty Image
Sidang DUN : Kerajaan Pusat Perlu Kurang Kadar Pemotongan Royalti
KUALA TERENGGANU, 4 April - Kerajaan Terengganu memohon Kerajaan Persekutuan memberi pertimbangan agar mengurangkan kadar pemotongan hutang royalti gas dan minyak sebanyak 25 peratus kepada harga yang lebih rendah atau munasabah.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kadar pemotongan hutang menerusi wang tunai petroleum (WTP) yang ditetapkan Kementerian Kewangan itu terlalu tinggi dan boleh memberi tekanan kepada Terengganu.“Kerajaan negeri sudah menghantar surat rayuan berkaitan perkara itu selain menyatakan alasan tidak mahu menjejaskan perancangan dan perjalanan perbelanjaan dirangka dalam Belanjawan Terengganu 2019 yang sudah dibentangkan pada akhir November tahun lalu.“Bagaimanapun sehingga ke hari ini, Kerajaan Terengganu masih belum  menerima maklum balas daripada Kerajaan Persekutuan sama ada setuju atau sebaliknya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Bazlan Abd Rahman (BN-Batu Rakit) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Ahmad Samsuri turut memberitahu, Terengganu telah memperoleh wang royalti atau Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) sebanyak  RM1.054 bilion secara berperingkat-peringkat pada tahun lalu.Katanya,  bayaran pertama yang diterima adalah pada 10 April iaitu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 sebanyak RM604 juta, selebihnya RM100 juta  pada 21 Ogos, RM200 juta (8 Oktober) dan bayaran terakhir bagi tahun lalu adalah pada 12 Disember sebanyak RM150 juta.“Ingin saya jelaskan juga pada tahun 2019, kerajaan negeri telah menerima bayaran royalti sebanyak RM193.18 juta yang mana jumlah ini adalah wang tunai petroleum yang sepatutnya diterima pada tahun 2018. “Tetapi diruncit-runcit sampai yang terakhir dibayar pada Januari tahun ini.. Dan jumlah tersebut iaitu RM193.18 juta, adalah jumlah bersih setelah ditolak siap-siap sebanyak 25 peratus oleh kerajaan pusat,” katanya.
02 Apr 19
31
Empty Image
Sidang DUN : Terengganu Tuntut Baki Hutang Projek Perumahan
KUALA TERENGGANU, 3 April - Kerajaan negeri berharap akan menerima baki bayaran hutang projek perumahan berjumlah RM440 juta daripada Kerajaan Pusat dalam tempoh terdekat.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jumlah itu adalah baki daripada hutang RM2.2 billion yang perlu dibayar di mana sebelum ini iaitu ketika di zaman pimpinan Kerajaan Barisan Nasional, Terengganu telah menerima bayaran sebanyak RM1.760 billion.Katanya, kaedah pembayaran tunggakan itu telah dipersetujui secara ansuran dengan menetapkan bayaran berjumlah RM220 juta pada Januari setiap tahun.“Berdasarkan rekod bayaran telah dibuat sebanyak lapan kali dan penerima bayaran terakhir adalah Januari  tahun lalu.“Manakala baki bayaran RM440 juta yang sepatutnya dibayar RM220 juta pada Januari tahun ini dan RM220 juta lagi pada tahun depan masih belum diterima,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, pagi ini.Menurut Dr. Samsuri, pihaknya ada menerima surat penangguhan bayaran balik daripada Kementerian Kewangan, tetapi tidak dinyatakan tempoh penangguhan dan tarikh bayaran hutang berkenaan akan dilangsaikan.“Oleh itu Kerajaan Terengganu  akan menghantar surat rayuan supaya mempercepatkan proses pembayaran agar segala projek perumahan yang dirancang berjalan lancar.“Pada masa sama, kerajaan negeri akan turut merayu pembayaran balik baki hutang projek Lebuh Raya Pantai Timur II yang dilaksanakan kerajaan terdahulu  berjumlah RM1.43 billion.“Jumlah tersebut merupakan pendahuluan yang diberi oleh kerajaan negeri dan sepatutnya dibayar semula mengikut kaedah tertentu,”katanya.
02 Apr 19
56
Empty Image
Sidang DUN : Wujudkan Jawatan Khas Pemandu Wanita
KUALA TERENGGANU, 3 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor mencadangkan kerajaan negeri agar membuka peluang pekerjaan kepada wanita, termasuk jawatan sebagai pemandu.Katanya, ia bagi menjamin keselesaan  agar lebih memelihara keadaan dan meraikan fitrah wanita, sebagai pekerja, ibu dan juga muslimah.“Kadangkala pegawai wanita terpaksa melakukan perjalanan jauh demi  tugasan seperti mesyuarat, program rasmi dan sebagainya. Ini agak kurang selesa jika pemandu adalah daripada kaum lelaki,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja Mesyuarat Penggal Kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini semalam.Malah menurut beliau lagi, kewujudan posisi ADUN Wanita menunjukkan kerajaan di bawah Menteri Besar Terengganu sedar tentang kepentingan dan peranan kaum hawa dalam kepimpinan sehingga mengangkat martabat wanita untuk sama-sama menyumbang idea ke arahTerengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.“Kehadiran ADUN wanita  di sini bukan sahaja membangkitkan isu-isu berkait wanita semata-mata tetapi akan turut mengetengahkan apa jua isu yang relevan. Wanita hari ini bergerak maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kemahiran, pekerjaan, kepimpinan dan sebagainya,” ujarnya.Kata Zuraida, beliau mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya menyegerakan kerja menaik taraf dewan dan pusat rekreasi khas mesra wanita yang telah dibentangkan dalam Bajet 2019 berikutan ia mendapat reaksi yang sangat positif daripada masyarakat.Tambahnya, beliau juga mencadangkan supaya wanita diberi kuota khas dalam pelbagai program kerajaan negeri memandangkan golongan itu wajar dibela dan harus mendapat tempat sewajarnya, termasuk kalangan beliawanis, orang kurang upaya, gadis remaja dan juga kanak-kanak. “Harapan kami juga agar bajet ini tidaklah sekadar cantik ditekap di atas kertas dan manis hanya di bibir tanpa prasarana yang cekap di peringkat jabatan dan agensi kerajaan.“Dan yang paling penting rakyat seluruhnya  perlu bersama-sama berganding bahu dalam menterjemahkan hasrat ini dengan penuh iltizam,” katanya.
02 Apr 19
146