Artikel "Utama" Terkini
MB Terkejut Sambutan Karnival Kewangan Terengganu
Dr Ahmad Samsuri (kanan) menandatangani plak Pelancaran Minggu Amal Untuk Alam sebuah bank di sebuah hotel di Kuala Nerus semalam. Turut menyaksikan gimik pelancaran itu, Syukor Khamis (tengah), ikon Kampong Boy Terengganu yang popular dengan kerbaunya.KUALA NERUS, 5 April - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terkejut dengan sambutan rakyat Terengganu dari semua lapisan masyarakat terhadap Karnival Kewangan Terengganu di sebuah hotel di sini semalam.Ini kerana katanya, urusan kewangan merupakan aspek yang serius bersangkut dengan sistem perbankan dan perkembangan ekonomi serta perniagaan."Saya datang terkejut tengok, dengan semua lapisan masyarakat Terengganu datang melawat karnival ini termasuk pelajar sekolah rendah."Mereka mahu mengetahui bagaimana sistem urusan kewangan dan ekonomi berfungsi di negara ini. Mereka adalah pelanggan yang akan diberi pendedahan bagaimana mereka boleh melibatkan diri dalam sistem tersebut," ujarnya.Dr Ahmad Samsuri (dua dari kiri) begitu serius mendengar taklimat kewangan dari seorang kakitangan sebuah bank di Karnival Kewangan Terengganu Kali Kelima di Kuala Nerus semalam.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan satu portal pelaburan kewangan dan melawat booth-booth agensi perbankan dari seluruh negara di karnival berkenaan.Turut hadir dalam sidang media itu, Penolong Gabenor Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahaya.Karnival itu berlangsung selama tiga hari mulai semalam hingga 6 April ini.Ketika mengulas tentang karnival berkenaan, Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, karnival kewangan itu adalah satu karnival yang sangat penting kepada rakyat negeri Terengganu.Ini kerana katanya, fahaman masyarakat perlu diperbetulkan bahawa urusan bank bukan hanya untuk golongan peniaga dan orang kaya semata-mata tetapi sebaliknya ia adalah untuk semua rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini."Sebelum ini, orang yang ada duit sahaja pergi ke bank atau dapat khidmat bank tetapi sebenarnya bank adalah merupakan satu institusi yang dekat dengan seluruh rakyat dalam negara kita."Tambah lagi dalam keadaan sekarang, punca kuasa bank itu ada dalam poket masing-masing. Jadi tentulah peranan sistem kewangan yang ada di dalam negara kita ini adalah penting dan dekat dengan kehidupan kita sehari-hari," jelasnya.Dalam masa yang sama katanya, negara berdepan dengan cabaran Revolusi Industri 4.0 di mana semua aktiviti kehidupan dan pengurusan kewangan perlu dijuruskan ke arah menyahut cabaran tersebut."Tentulah cabaran yang kita hadapi di masa hadapan adalah satu cabaran yang lebih besar."Bank perlu bertemu dengan pelanggannya iaitu rakyat dalam sesebuah negeri itu termasuk yang datang pada hari ini untuk mendapat maklumat tersebut," jelasnya lagi.
04 Apr 19
111
Pasukan MB Juara Kejohanan Menembak ADUN Terengganu
Barisan pemenang kategori individu, Amairudin (berbaju hijau) juara dengan mengutip 82 mata.SETIU, 4 April - Pasukan yang diwakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dinobatkan juara bagi kategori jatuhan piring dalam Kejohanan Menembak Antara Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu, hari ini.Pasukan yang turut diwakili Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali, Ketua Polis negeri, Dato' Aidi Ismail, Timbalan Mufti negeri, A. Hadi Othman serta Ketua Polis Daerah Setiu, Zulkifli Mat Deris itu melakukan jatuhan piring dalam masa 22.65 saat sekali gus menewaskan 10 pasukan lain.Kejohanan anjuran DUN dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) negeri dan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) itu diadakan di Lapang Sasar Lembah Bidong, di sini, sempena Penggal Kedua Persidangan DUN Terengganu Keempat Belas yang berakhir hari ini.Hadir sama menyertai kejohanan ialah ADUN-ADUN, pegawai-pegawai kanan PDRM, MSNT dan Persatuan Menembak Negeri Terengganu.Turut mencuri tumpuan, mantan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang bersaing dalam acara tersebut, namun pasukannya hanya menduduki tempat ketiga setelah tewas tipis kepada pasukan Dr. Samsuri.Dr. Samsuri antara pembidik dengan jatuhan piring tertinggi dalam pasukannya.Dr. Samsuri dalam ucapannya merakamkan penghargaan atas penganjuran kejohanan tersebut dan menyifatkan ia mencapai objektif sebenar ia diadakan. “Tujuan utama kita ialah untuk merapatkan silaturrahim antara pemimpin-pemimpin dalam negeri dan objektif ini berjaya dengan aktiviti santai ini.“Terima kasih juga kepada kaum wanita yang turut menyertai kejohanan hari ini,” katanya.Dalam pada itu, Yahaya sebagai penganjur kejohanan turut memaklumkan, kejohanan tersebut bakal diadakan setiap kali sidang DUN bagi tahun ini.“Bukan soal juara yang kita utamakan. Program ini diadakan bagi meningkatkan hubungan ukhuwah sesama kita selepas bersidang. “Selain kejohanan boling yang diadakan tahun lalu, acara menembak ini menjadi salah satu aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak DUN,” katanya. Exco Sukan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah turut ambil peluang sertai kejohanan.Kejohanan tersebut disertai oleh 59 peserta lelaki dan 28 peserta perempuan dalam dua kategori iaitu acara berpasukan jatuhan piring dan individu Central Fire (target).Bagi kategori lelaki, individu Central Fire dimenangi oleh ahli Persatuan Menembak negeri, Amairuddin Alias.Manakala, kategori perempuan dimenangi oleh isteri kepada Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, To’ Puan Aida Tengah.
04 Apr 19
901
Sidang DUN : Terengganu Rakam Penghargaan Pada Brunei Atas Pelaksanaan Hukum Syariah
Muhammad Khalil Abdul Hadi.KUALA TERENGGANU, 4 April - Terengganu merakam ucapan tahniah kepada kerajaan Brunei atas ketegasan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah yang bermula beberapa hari lepas.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan, Brunei adalah contoh kepada negara islam yang lain kerana tegas dan berani dalam mendepani dan menjuarai isu berkaitan dengan hukum islam.Jelasnya, kesungguhan Brunei dalam mendaulatkan hukum itu dapat dilihat apabila tetap mempertahankan tindakan itu meskipun menghadapi banyak ugutan dan ancaman di peringkat antarabangsa termasuk kecaman daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).“Yang mana (Brunei) telah mengisytiharkan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah sepenuhnya, bermula beberapa hari lepas.“Walaupun sebuah negara kecil tapi sanggup untuk melaksanakan perkara yang sangat besar ini walaupun berdepan dengan ancaman-ancaman kuasa besar dunia,” tegasnya.Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini semalam.Terdahulu, Muhammad Khalil dalam satu kenyataan mengatakan bahawa musuh yang menentang pelaksanaan undang-undang syariah itu hanya bermain wayang kerana bimbang akan kebangkitan islamUjarnya, sikap ‘double standard’ golongan itu dapat dilihat dengan slogan-slogan retorik yang mereka laungkan seperti kebebasan bersuara dan agama padahal mereka sendiri yang melanggar tuntutan tersebut.“Mereka lupa Brunei Darussalam adalah sebuah negara berdaulat dan merdeka serta mempunyai hak dan kebebasan untuk melaksanakan hukuman dan memerintah mengikut undang-undang pilihan mereka sendiri.“Golongan penentang ini mahu orang lain menghormati hak kebebasan mereka namun mereka pula tidak menghormati hak dan kebebasan orang lain,”.
04 Apr 19
164
Sidang DUN : Caj Percuma Wad Kelas Tiga Bermula Jun Ini
KUALA TERENGGNU, 4 April - Kerajaan negeri akan melaksanakan caj percuma wad kelas tiga di hospital kerajaan negeri bermula Jun ini.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata walaupun berlaku kelewatan dalam pelaksanaannya, pihak kerajaan tetap komited untuk meneruskan perkara yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).Katanya, pada masa ini rundingan kerajaan negeri dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih lagi berjalan untuk mencari kaedah yang terbaik bagi pengurusan caj tersebut selepas permohonan peringkat awal ditolak oleh KKM."Pihak kami telah beberapa kali membuat rayuan tetapi ditolak dan akhirnya menerima satu surat yang menyatakan sebab-sebab penolakan."Namun kita tetap berusaha sebaik mungkin dengan meneruskan rundingan dengan KKM dan jika ia ditolak maka pihak kerajaan akan meneruskan perlaksanaan dengan mengguna pakai pelan B," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun dalam Mesyuarat Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini.Menurut Alias lagi, pelan B akan digunakan dengan melantik sendiri pegawai atau kakitangan yang akan menguruskan proses pembayaran bil pesakit antara hospital dengan kerajaan negeri."Kita akan lantik pegawai dengan cara-cara tertentu dan pihak negeri akan menanggung kos perjawatan tersebut. "Mereka ini akan bertanggungjawab menerima bil-bil pesakit wad kelas tiga di hospital dan menghantar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan kita akan buat pembayaran kepada pihak kementerian setiap dua minggu sekali sebagaimana yang dipersetujui sebelum ini,"ujarnya.Katanya, dengan memberikan perkhidmatan percuma itu, kerajaan negeri dijangka akan membayar kepada kementerian kira-kira RM4 juta setahun berdasarkan dengan jumlah katil yang ada sebanyak 1,400 unit.Dalam Bajet 2019, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM17 juta termasuk untuk menyediakan perkhidmatan wad kelas ketiga percuma di hospital kerajaan.Caj rawatan percuma pesakit kelas tiga adalah satu daripada 20 perkara yang dijanjikan oleh PAS dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
03 Apr 19
32
Sidang DUN : Terengganu Tubuh Jawatankuasa Khas Bincang Isu Penjaja Jalanan
KUALA TERENGGANU, 4 April - Kerajaan negeri akan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas bagi membincangkan isu-isu berkaitan penjaja jalanan agar tiada lagi peniaga yang menjadi ‘penjaja haram’ di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh agensi berkaitan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan serta pihak trafik.“Sekarang ini, hampir keseluruhan simpang jalan di Terengganu ini ada penjaja jalanan.“Kita akan wujudkan satu jawatankuasa khas untuk bincang perkara ini termasuk membuat satu dasar apa yang boleh dan tidak boleh penjaja ini lakukan dan akan melihatnya dari sudut positif di mana kalau ada permasalahan akan cuba diatasi sebaik mungkin,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Terengganu Ke-14, di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, kerajaan negeri amat mengambil berat terhadap aspek keselamatan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan penjaja jalanan yang tumbuh bagaikan cendawan dan menjadi suatu fenomena baharu di negeri ini.“Kita melihat perkara ini (penjaja jalanan) satu kreativiti oleh anak muda dan menerusi jawatakuasa khas yang bakal ditubuhkan, aspek keselamatan mereka ini akan menjadi keutamaan dalam fokus perbincangan,” ujarnya.Terdahulu, ketika menjawab soalan lisan Nawi Mohamad, wakil (BN- Hulu Besut) Mohd Nurkhuzaini berkata, sebanyak RM2 juta disediakan bagi Dana Usahawan Belia Sejahtera (Dana U-BES) oleh kerajaan negeri menerusi Bajet 2019 untuk menggalakkan anak muda menceburi bidang keusahawanan.“Menerusi Dana U-BES, kerajaan negeri mensasarkan untuk melahirkan usahawan belia seramai 150 orang setahun.“Pengambilan sesi pertama seramai 40 orang yang akan bermula pada April ini di mana fokus utama program ini adalah kepada latihan keusahawanan dan bantuan untuk belia yang akan menjalankan aktiviti perniagaan atas talian,” ujarnya.
03 Apr 19
42
MB Terengganu Lancar Misi MAKSAK Daki Gunung Kinabalu
Dr Ahmad Samsuri (dua dari kiri) menyerahkan bendera negeri Terengganu kepada Che Adam (tengah) untuk Misi Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah, 10 hingga 13 April ini.KUALA TERENGGANU, 4 April - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melancarkan Misi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Terengganu Untuk Pendakian Solo, Gunung Kinabalu, Sabah, di Tingkat U2 Wisma Darul Iman, di sini, semalam.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman. Misi MAKSAK TRG dè Kinabalu Peak 2019 yang julung-julung kali diadakan itu bakal dilaksanakan oleh Che Adam pada 12 April ini. Beliau akan menbawa Panji Terengganu Maju Berkat Sejahtera, sebagai simbolik bakal menyambut setahun pentadbiran Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar Terengganu serta akan membawa Panji APM, bersempena Ulangtahun Pertahanan Awam Malaysia yang ke 67.Beliau akan turut mengibarkan panji MAKSAK Terengganu di Puncak Gunung Kinabalu yang merupakan puncak tertinggi Malaysia dengan ketinggian 4,052 meter, pada pagi hari tersebut. Dato' A Rahman (kiri) ketika diwawancara media sempena Misi Mendaki Gunung Kinabalu, Sabah 10 hingga 13 April ini.Projek akan bermula 10 hingga 13 April ini diilhamkan oleh A. Rahman yang berhasrat mahu melihat satu dimensi cabaran baharu kepada seorang pegawai kanan Kerajaan Terengganu berupaya mendaki puncak tertinggi negara itu. Katanya, sebelum ini belum pernah ada pegawai kanan jabatan atau agensi kerajaan yang melakukan misi MAKSAK seumpama itu, sama ada dari MAKSAK negeri mahupun dari MAKSAK Malaysia.Menurut beliau, perancangan serta latihan bermula sejak awal Januari tahun ini, dengan latihan kecergasan fizikal, pendakian bukit, gunung dan denai serta latihan gym telah dilalui dengan konsisten oleh Che Adam. Kos projek sebahagian besar ditaja oleh pihak MAKSAK Terengganu dengan peruntukan sebanyak RM4,500, meliputi kos tempahan pakej pendakian, makan minum, kos latihan, pengurusan dan sebagianya, manakala sebahagiannya ditanggung oleh peserta projek itu sendiri.Dalam misi itu nanti, Che Adam akan diiringi oleh seorang rakan media yang bertindak sebagai rekod dokmentasi serta hebahan kepada umum.
03 Apr 19
190
Sidang DUN : SM Imtiaz Dungun Perlu Bangunan Yang Lebih Selesa
KUALA TERENGGANU, 4 April - Kerajaan negeri disarankan meningkatkan kemudahan asas kepada Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Dungun bagi memberi keselesaan kepada para pelajarnya.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik berkata, anak-anak yang belajar di sekolah itu tidak mempunyai bangunan asrama yang baik.“Mereka terpaksa tinggal di penempatan yang ditinggalkan oleh syarikat perlombongan bijih besi sejak tahun 60 atau 70-an dahulu. Begitu juga satu lagi Imtiaz yang ditinggalkan oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM),” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14, di sini semalam.Justeru itu, Wan Hapandi berharap agar pihak kerajaan, Yayasan Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dapat menyediakan infrastruktur dan binaan baru terhadap sekolah tersebut seperti sekolah Imtiaz di daerah lain.“Maka saya mengharapkan SM Imtiaz Dungun tidak ditinggalkan kerana kesemua anak-anak kita ini merupakan pelajar cemerlang yang perlu sentiasa diberi perhatian,” ujarnya.Dalam tumpuan lain, katanya, beliau berharap kerajaan negeri dapat meluaskan konsep 'souq' (pasar) ke daerah lain di seluruh negeri."Alhamdulillah saya melihat daerah Kemaman ada Binjai Souq, di Besut Jerteh Souq untuk peniaga dan usahawan kita."Konsep itu kita boleh lebar luaskan ke daerah lain khususnya saya sebut untuk daerah Dungun yang mana peniaga dan usahawan kita tiada lagi tempat untuk berniaga. Saya pernah sebut sebelum ini dalam dewan supaya pihak kerajaan dapat menyediakan satu tempat untuk peniaga bumiputera kita berniaga dan menyediakan prasarana yang lebih baik kepada mereka," tambahnya.
03 Apr 19
625
Sidang DUN : 'Dalam Berselam Dangkal Berjingkat’ Langkah Terengganu Tampung Potongan Royalti - MB
Peribahasa Melayu jadi sandaran langkah kontingensi Terengganu.KUALA TERENGGANU, 4 April - Kerajaan Terengganu merangka langkah kontingensi bagi menampung pemotongan 25% wang royalti minyak dan gas oleh Kerajaan Persekutuan supaya tidak menjejaskan pelaksanaan Bajet 2019 negeri itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, empat langkah tersebut dirangka berkisar peribahasa Melayu yang berbunyi ‘Dalam berselam, dangkal berjingkat’ yang bermaksud, penghasilan dan pendapatan yang sedikit itu dipada-padakan (cukup-cukupkan).“Pertama, kerajaan negeri akan melaksanakan perbelanjaan berhemah dengan kadar pemotongan kos yang sesuai terhadap program-program yang telah dijanjikan kepada rakyat tanpa berkompromi dengan objektif yang ingin dicapai dalam setiap program berkenaan.“Manakala yang kedua, kerajaan negeri akan menuntut hutang-hutang daripada Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM1.65 bilion,” katanya ketika membuat penggulungan Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman, semalam.Beliau memaklumkan, kerajaan negeri juga akan terus meneroka sumber dan bidang baharu serta meningkatkan kecekapan kutipan hasil supaya lebih efisien dan mendapatkan perolehan kepada negeri.“Selain itu, kerajaan akan mengkaji penggunaan air oleh syarikat utiliti dan penjualan air kepada negeri-negeri lain tanpa mengorbankan kepentingan air kepada rakyat Terengganu,” katanya.Dr. Samsuri turut bersetuju dengan cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim untuk mewujudkan pasukan petugas (task force) untuk memulihkan projek-projek sakit di negeri itu.“Tetapi, dengan kewangan yang terhad projek-projek sakit ini akan disusun mengikut keperluan dan keutamaan,” katanya.
03 Apr 19
76
Sidang DUN : Segera Naik Taraf Dewan Dan Pusat Rekreasi Mesra Wanita
KUALA TERENGGANU, 3 April - Kerajaan negeri bersedia menyegerakan kerja menaik taraf dewan dan pusat rekreasi khas mesra wanita yang telah dibentangkan dalam Bajet 2019.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerja ini disegerakan bagi menjamin keselesaan kaum wanita di negeri ini.Katanya, beliau sedar bahawa kepentingan untuk membina kemudahan ini kerana wanita negeri ini memerlukan tempat riadah yang membolehkan mereka berasa bebas dan tidak terkongkong dengan pelbagai kekangan."Untuk peringkat awal, pihak kerajaan akan menguruskannya melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan menguruskan tempat-tempat yang ada di daerah masing-masing seperti dewan, kompleks sukan atau dewan sivik."Pada peringkat pertama ini, ada PBT yang menguruskan isu penggunaan tempat dengan pembahagian waktu, bermakna ada masa tertentu untuk lelaki dan masa khusus untuk wanita," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap menggulung perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke 14, di Wisma Darul Iman, di sini semalam.Wan Sukairi berkata, ini merupakan antara pendekatan awal yang dapat dilakukan sementara melaksanakan kemudahan sukan untuk lelaki dan wanita dengan lebih sempurna menggunakan kos yang tinggi.Menurutnya lagi, ada juga PBT yang menyediakan beberapa kemudahan asas untuk wanita yang membolehkan mereka beriadah bersama-sama dengan golongan lelaki pada masa yang sama tetapi di tempat yang telah diasingkan.Sementara itu, PBT Kuala Nerus menjadi daerah pertama yang akan melaksanakan pengasingan kemudahan untuk kaum wanita iaitu Dewan Sivik Padang Nenas dan Seberang Takir.
03 Apr 19
38
Sidang DUN: Selesai Masalah Bekalan Air Pulau Redang
Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau kaji langkah terbaik menyelesaikan masalah air Pulau Redang.KUALA TERENGGANU, 4 April - Kerajaan Terengganu masih berusaha menyelesaikan masalah gangguan bekalan air ke Pulau Redang dengan melaksanakan kajian terhadap beberapa pilihan yang ada.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, masalah tersebut berlaku kerana keadaan paip yang telah berusia."Paip yang menyalurkan air dari tanah besar ke pulau berkenaan telah berusia lebih 20 tahun dan sejak beberapa tahun lalu, sering mengalami kebocoran."Tahun ini sahaja, sudah lima kali paip tersebut pecah dan telah memakan kos lebih RM250,000 untuk dibaiki," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman, semalam.Dr. Mamad juga menyatakan cadangan pilihan iaitu meproses air laut sebagai air bersih memerlukan kos dan kepakaran yang tinggi."Bagi projek penggantian paip, kita menganggarkan lebih kurang RM100 juta diperlukan berdasarkan tawaran yang dikemukakan beberapa syarikat yang menjalankan kajian."Kita juga melihat cara ini adalah yang terbaik untuk jangka masa panjang," katanya yang turut mengemukakan masalah tersebut kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar yang berkunjung ke Terengganu, kelmarin.Dalam kunjungan itu, Dr. Xavier turut meluluskan projek Sewage Treatment Plant (STP) bagi Pulau Redang dan Pulau Perhentian yang bernilai antara RM55 dan RM56 juta setiap satu.
03 Apr 19
344