lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Penuhi Kehendak Rakyat Ikut Kepentingan-Dr. Ahmad Samsuri
KUALA LUMPUR, 7 April - Kerajaan negeri sentiasa berusaha mendengar dan memenuhi segala kehendak rakyat mengikut kepentingan dalam segenap aspek kehidupan seharian.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya akan melihat kepentingan keperluan dan kehendak rakyat terutama yang menjadi janji manifesto PAS dalam Pilihanraya Umum Ke 14 (PRU14) yang lepas.Katanya, aspirasi rakyat menjadi keutamaan dan harus dihormati agar pembangunan yang dilaksanakan benar- benar memberi manfaat."Kita lihat secara keseluruhan dan tengok yang mana perlu didahulukan."Kemudian bila dilaksanakan akan berdepan dengan masalah baharu, kita akan jumpa kelemahan dan kekurangan yang perlu dari maklumat yang disampaikan oleh rakyat supaya ia boleh diperbaiki untuk cara penyampaian agenda rakyat seterusnya,"katanya.Beliau berkata demikian di Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 Zon Tengah di Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa, di sini hari ini.Turut hadir ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Exco-exco kerajaan negeri.Hadir sama, Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu, Dr. Hashim Azmi Che Noh serta Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.Tambah Dr. Ahmad Samsuri, ia merupakan tanggungjawab bersama semua rakyat Terengganu untuk membina, membangun dan mensejahterakan negeri yang dicintai.Untuk rekod, Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 merupakan inisiatif kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu dalam memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada anak-anak Terengganu yang berada di perantauan.Majlis anjuran Yayasan Terengganu dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan negeri itu meraikan 250 anak negeri terdiri daripada ahli-ahli PERMATA dan Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU)
07 Apr 19
131
Empty Image
Sikap Keterbukaan MB Terengganu Pikat Hati Perantau
Dr. Nuri Al AminKUALA LUMPUR, 7 April - Pendekatan yang diamalkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sejak mula mengambil alih tampuk pemerintahan selepas Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14) menjadi kebanggaan kepada anak-anak negeri yang berada di perantauan.Naib Presiden 1 Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU), Prof. Madya Dr. Nuri Al Amin Endut berkata, sikap keterbukaan  dan sikap profesional  tanpa mengira latar belakang  memberi peluang dan ruang kepada anak-anak Terengganu yang berada di luar perantauan.Katanya, ini termasuklah kesediaan kerajaan negeri berkongsi dengan rakyat yang berada di luar tentang apakah peluang-peluang yang boleh diperolehi walaupun tidak menetap di Terengganu."Contohnya, peruntukan yang diperkenalkan oleh Exco Keusahawanan seperti Tabung Keusahawanan(TUGAS) dan kemudahan pinjaman serta pinjaman untuk menyambung pelajaran yang mana ia disampaikan dalam siri jelajah ini yang sudah memasuki siri empat."Semua ini menunjukkan kerajaan negeri tetap ambil berat dan cakna tentang kebajikan mereka yang berada jauh dari Terengganu dan masih menawarkan peluang-peluang yang baik,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 Zon Tengah di Dewan Sri Iskandar, Setiawangsa, di sini hari ini.Hampir 1,000 anak perantauan yang tinggal di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur hadir di majlis yang dirasmikan oleh Dr. Ahmad Samsuri.Tambah Dr. Nuri Al Amin lagi, pihaknya juga akan sentiasa bersama rakyat Terengganu yang berada di luar sebagai perantara dengan kerajaan negeri dalam menyampaikan hasrat mereka."Ini termasuklah memberi komen-komen dan pandangan yang membina dalam mewujudkan hubungan dua hala serta sama-sama bertanggungjawab sebagai rakyat yang cakna kepada negeri kelahiran."Kami juga sudah tahu di mana nak menyumbang, saluran sudah ada untuk kita optimakan kepakaran-kepakaran yang kami ada untuk pembangunan negeri ke arah Maju, Berkat dan Sejahtera,"katanya.Jelasnya, Terengganu juga mendapat tempat dan perhatian daripada rakyat negeri-negeri lain dengan sikap keterbukaan seorang Menteri Besar yang cukup profesional berbanding negeri-negeri lain yang masih tidak stabil.
06 Apr 19
316
Empty Image
Sultan Mizan Berangkat Ke Majlis Santapan Malam Pegawai Tadbir Negeri Terengganu
Ketibaan Tuanku disambut meriah.KUALA TERENGGANU, 6 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke majlis santapan malam bersama Persatuan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini, malam tadi.Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. Baginda berdua diiringi Ahli Dewan Pangkuan Diraja, Dato’ Haji Isa @ Ghazali Endut bersama isteri, To’ Puan Aishah Hitam.Keberangkatan baginda disambut oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' A. Rahman Yahya dan isteri, To' Puan Kamsiah Dollah.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali dan isteri, Zarani Othman, Timbalan SUK (Pengurusan) merangkap Yang Dipertua Persatuan Pegawai Tadbir negeri, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil serta 182 pegawai tadbir negeri.Persembahan alunan muzik tradisional dan moden turut disajikan. Dalam majlis berkenaan, baginda turut dipersembahkan dengan usaha dan pencapaian pegawai tadbir negeri dalam pelbagai lapangan.Sebelum berangkat balik, Sultan Mizan turut berkenan bersalaman dengan pegawai yang hadir.
06 Apr 19
1577
Empty Image
Sang Penyu Kalah Tipis Malam Ini
KUALA TERENGGANU,  6 April - Terengganu Football Club (Terengganu FC)  tidak memperolehi sebarang mata apabila kalah tipis dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak Football Club (PKNP FC) 1-2 di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah di sini malam ini. Skuad PKNP FC mengejutkan pasukan tuan rumah apabila berjaya mengatasi 2-1 di stadium tersebut.Sepak separuh masa pertama bermula menyaksikan pasukan PKNP FC terlebih dahulu memberi tekanan kepada skuad Sang Penyu dengan rembatan dari luar kotak penalti dilakukan oleh G. Mugenthiran pada minit ke-13. Namun, sepakan itu berjaya ditepis oleh penjaga gol Terengganu FC.Pasukan tuan rumah berjaya mengasak gawang pasukan pelawat PKNP FC dengan beberapa asakan berbahaya tetapi kegagalan untuk melakukan penyudah yang baik membantutkan usaha Terengganu FC memperoleh gol di babak pertama.Pada lewat aksi babak pertama, PKNP FC berjaya mencuri gol menerusi sepakan penalti Giancarlo Lopes. Jaringan tersebut menyaksikan Giancarlo berjaya mencetak lima gol dalam Liga Super musim ini.Masuk separuh masa kedua, Giancarlo lagi sekali berjaya menjaring gol kedua dalam minit ke-46. Kehampaan pertahanan Terengganu FC, Adib Aizuddin membuatkan Mugenthiran berjaya merampas bola tersebut dan melakukan hantaran ke Giancarlo.Tersentak dengan jaringan itu, anak buah Irfan Bakti mula perkemaskan permainan dengan melancarkan serangan ke kubu lawan. Terengganu FC berjaya mengurangkan defisit menentang PKNP FC selepas pemain jersi nombor 11, Syamim Yahya menyudahkan jaringan pada minit ke-73.Percubaan demi percubaan dilakukan oleh skuad Sang Penyu selepas jaringan tersebut namun gagal mencari gol penyamaan menyaksikan Terengganu FC terus menimpa kekalahan ketiga dalam Liga Super musim ini.Skuad PKNP FC berjaya melakar kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Kuala Lumpur 4-0 pada dua minggu lalu dan Terengganu FC pula penyumbang kemenangan tersebut.
06 Apr 19
155
Empty Image
Sasaran Lulus 25 Ribu Pemohon Lesen Motosikal Percuma Hampir Tercapai
Foto oleh: Wan Luqmanul HakimKUALA NERUS,  6 April - Sasaran meluluskan seramai 25 ribu orang pemohon lesen motosikal percuma tahun ini hampir tercapai sejak ia dibuka secara dalam talian dan manual baru-baru ini.Kerajaan negeri hanya memerlukan seramai kira-kira lebih 700 orang pemohon lagi untuk mempercukupkan bilangan tersebut sebelum urusan selanjutnya dilaksanakan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan,  Belia dan Badan Bukan Kerajaan negeri,  Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, mengikut angka yang disenarai pendek,    kerajaan negeri kekurangan lebih 700 orang lagi pemohon program tersebut."Kita (kerajaan) akan berusaha untuk mencukupkan jumlah 25 ribu orang itu secepat mungkin."Kita sedang usaha untuk jejaki mereka ataupun pilih mana yang layak (dalam senarai sedia ada) untuk mengisi tempat yang masih lagi kosong, " katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Pelancaran Hari Kereta Wira Edisi Ketiga 2019 di Terengganu International Drag Strip Gong Badak di sini hari ini. Turut hadir Da'i Sejuta Ummah,  Ustaz Azhar Idrus.Seterusnya Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam menasihatkan kepada peserta yang berjaya agar segera mengambil baucer dan mengikuti ujian dan latihan yang disediakan oleh pihak Institut Memandu (IM)."Hubungi mereka,  daftar,  ikuti kelas dan sebagainya serta bersiap sedia daripada sekarang supaya tidak berlaku gagal dalam ujian komputer ataupun gagal dalam latihan motosikal itu."Ini bertujuan supaya peserta tidak perlu membuat bayaran tambahan sebab dalam program ini kita tidak membantu mereka yang gagal, " jelasnya.Ertinya kata beliau, peserta yang gagal  perlu membayar sendiri bayaran ujian kali kedua selepas gagal ujian kali pertama sebanyak RM10 sahaja.Sementara itu katanya, bermula 4 April lalu, pemohon yang mengisi borang secara dalam talian atau manual,  boleh semak status masing-masing sama ada berjaya atau sebaliknya.Menurut beliau mulai 15 April ini,  kelas atau ujian memandu akan bermula."Selepas peserta mendapat maklumat bahawa mereka telah berjaya dalam permohonan  itu,  mereka boleh mendapatkan baucer daripada pejabat daerah masing-masing."Kemudian baucer itu dibawa ke institut IM yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri."Sehinggalah mereka lulus ujian berkomputer terlebih dahulu dan selepas mereka mendapat lesen 'L',  mereka boleh pula pergi ke pejabat daerah untuk menuntut baucer yang kedua," jelasnya.Seterusnya kata Ustaz Wan Sukairi, mereka perlu menjalani  ujian dan latihan sehingga mereka dapat lesen penuh.Setakat ini katanya,  ada 12 buah IM di seluruh Terengganu yang terlibat dalam program tersebut."Jumlah pemohon program tersebut sehingga 1 Mac baru-baru ini seramai ialah 49,193 orang."Dan daripada jumlah itu, kerajaan negeri memilih hanya 25 ribu orang sahaja pemohon kerana itulah jumlah bajet 2019 yang ditetapkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini," jelasnya lagi.
06 Apr 19
42
Empty Image
Selepas 10 Tahun, Yahaya Serah Tugas Kepada MB Terengganu
Foto oleh : Aziz HambaliMARANG, 7 April -  Selepas 10 tahun diamanahkan sebagai Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Marang, Yahaya Ali menyerahkan tugas itu kepada Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini.Yahaya Ali yang juga YDP Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berkata, tokoh yang menggantikan beliau adalah seorang yang sangat berkelayakan kerana mempunyai reputasi yang tinggi dalam masyarakat.Jelasnya, ketokohan tersebut pastinya akan terus memacu parti itu khususnya di kawasan Marang  ke arah yang lebih cemerlang."Saya boleh gambarkan bahawa untuk jawatan Yang Dipertua Kawasan insya-Allah tidak akan berlaku pertandingan."Saya yakin orang yang dipertanggungjawab untuk menerajui PAS Marang akan melakukan banyak lagi perubahan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Marang, di Dewan Majlis Daerah Marang, hari ini.Yahaya Ali tidak mempertahankan jawatan.Turut hadir, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan  Marang, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman serta Persatuan isteri wakil rakyat dan isteri bekas wakil rakyat Terengganu (Khairunnisa'), Zarani Othman.Yahaya yang memegang jawatan bermula tahun 2009 turut berkata, ketekunan ahli di semua peringkat telah berjaya mengangkat dan membangunkan parti itu ke tahap yang lebih tinggi.Ujarnya, perkara itu terbukti apabila PAS berjaya memenangi kesemua DUN dalam daerah Marang."Saya rasa bersyukur kerana saya menyerahkan PAS kawasan dalam keadaan yang stabil."Saya serah balik kita telah berkuasa kembali sebagai kerajaan di mana Marang menyumbang 4 kerusi DUN termasuk dengan kemenangan DUN Pengkalan Berangan."Kita juga mempunyai bangunan PAS kawasan sendiri, Dewan Tuan Guru, sebuah sekolah rendah Islam Madrasah Darul Iman, sebuah van untuk Pusat Khidmat PAS Marang," tambah beliau.Mesyuarat agung tahunan yang sedang berlangsung itu turut mengekalkan Mohd Nor Hamzah dan Ariffin Deraman selaku timbalan serta naib yang dipertua untuk sesi 2019/2021.Mesyuarat itu menyaksikan hanya jawatan Ahli Jawatankuasa sahaja dipertandingkan.
05 Apr 19
42
Empty Image
800 Jemaah Solat Jumaat Bersama Sultan Mizan Di Masjid Ibadurrahman
Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata. Foto oleh - Wan Luqmanul HakimKUALA TERENGGANU, 5 April - Hampir 800 jemaah menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Masjid Ibadurrahman, Kampung Kuala Bekah, di sini hari ini.Sultan Mizan, yang tiba jam 1.00 tengah hari, turut diiringi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
05 Apr 19
314
Empty Image
Saman RM30 Juta : Kerajaan Negeri Ada Hujah Tersendiri
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.MARANG, 5 April - Kerajaan negeri mempunyai hujah dan kaedah tersendiri bagi menyelesaikan kes saman RM30 juta yang difailkan waris rumah pusaka di Kampung Tanjung baru-baru ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kaedah yang terbaik akan dilaksanakan mengikut prosedur bersesuaian dengan kes itu.Jelasnya, isu tersebut juga telah memasuki peringkat perundangan yang memerlukan butiran dan ketepatan fakta kes."Oleh kerana perkara ini telah pergi ke mahkamah, kita menyerahkan urusan ini kepada mahkamah."Kerajaan negeri ada hujah-hujah tersendiri yang tak wajar untuk saya jelaskan di sini, cuma kita nak maklum bahawa kita (kerajaan negeri) telah melakukan apa yang terdaya mengikut peraturan yang ada," jelasnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, di sini semalam.Difahamkan, sebagaimana rekod yang terdapat di Pejabat Tanah Kuala Terengganu pada 6 November 2016, didapati bahawa tanah berketerangan Lot 2795 ini adalah merupakan tanah kerajaan dan tidak pernah didaftarkan di atas mana-mana nama pemilik individu melalui laporan di pautan https://www.teganukita.net/2018/11/isu-roboh-rumah-di-kampung-tanjung-apa.html?m=1.Hadir sama dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs), Mohamad Embong serta Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof.Pada 19 Mac yang lalu, waris rumah pusaka di Kampung Tanjung telah mengemukakan saman sivil terhadap Pentadbir Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu serta kerajaan negeri.Saman di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu itu difailkan atas tindakan meroboh kediaman itu pada 21 November 2018.Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 24 April ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
05 Apr 19
62
Empty Image
Cabaran Bola Sepak Piala YAB ADUN Ru Rendang 2019 Bermula - MB Terengganu
Foto oleh - Media MBMARANG, 5 April - Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang 2019 secara rasminya bermula semalam.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang hadir merasmikan pertandingan itu berkata, aktiviti sukan di daerah Marang akan terus dipergiatkan bagi membolehkan anak muda menunjukkan bakat masing-masing.Beliau yang juga ADUN Ru Rendang berkata, bagi melengkapkan misi tersebut, pembangunan insfrastruktur dan perkembangan sukan dalam daerah itu terus dipertingkatkan."Komitmen kita adalah kita akan merancakkan aktiviti bola dan sukan-sukan lain, supaya daerah Marang ini tidak ketinggalan dan terus maju dari segi sukan."Untuk tahun 2019 ini, insya-Allah kita akan memulakan proses untuk memperoleh kompleks sukan di daerah Marang ini," tambah beliau.Memberi komitmen untuk merancakkan industri sukan Marang.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, semalam.Hadir sama dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs), Mohamad Embong serta Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof.Dalam perlawananan pembukaan yang berlangsung semalam, Rusila FC berjaya membenam cabaran pasukan Kelulut FC dengan jaringan 2-1.Jaringan mata daripada Muhammad Hafizan Talib seawal minit ke-5 menerusi sepakan penalti memberi kelegaan buat pasukan Rusila FC.Namun, kegembiraan itu tidak lama apabila Mohamad Khairul Nizam Abdul Wahab berjaya menyamakan kedudukan bagi merancakkan lagi perlawanan.Kedudukan 1-1 itu kekal hingga minit ke-30 sebelum Mohd Ismail Mamat menjaringkan gol kemenangan buat Rusila FC untuk mengenepikan saingan pasukan Kelulut FC.Kejohanan itu menyaksikan sebanyak 23 buah pasukan dari seluruh DUN Ru Rendang mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini.
05 Apr 19
186
Empty Image
Sidang DUN : Salur RM55.7 Juta Kepada JKM Untuk Kebajikan Rakyat Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isterinya.KUALA TERENGGANU,  5 April - Kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM55.7 juta kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tujuan bantuan kepada rakyat Terengganu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  daripada jumlah besar itu,  sejumlah RM51.56 juta telah diperuntukkan untuk bantuan am dan telah pun diagih-agihkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah-daerah (PKMD).Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun dalam Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Yang Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-14, di sini semalam.Alias Harun ingin tahu jumlah bantuan dan usaha kerajaan negeri dalam menangani keluarga B40 yang hilang punca pendapatan akibat Ketua Isi Rumah (KIR) meninggal dunia. Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata,  kerajaan negeri juga menyalurkan bantuan kepada penerima-penerima yang layak termasuk bantuan membaiki rumah kepada mereka yang rumahnya dhaif,  bantuan bencana alam (pemulihan keluarga)  dan bantuan cermin mata. "Usaha-usaha kerajaan negeri melalui JKM tidak terhad kepada penyaluran bantuan kewangan sahaja," jelasnya.Malah katanya,  perkhidmatan sokongan emosi kepada keluarga yang menghadapi musibah dan kesusahan  juga diberi dengan memberi perkhidmatan kaunseling dan bimbingan bagi memastikan hak atau keperluan anak-anak diberi penjagaan dan perlindungan kepada orang yang layak dan sesuai. "Contohnya penempatan anak-anak yatim di Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi dan Asrama PERKAYA atau penempatan di tempat selamat seperti di Rumah Kanak-kanak, " jelasnya. Di samping itu katanya,  bantuan-bantuan lain yang sesuai di bawah Kerajaan Pusat turut disalurkan kepada penerima-penerima yang layak seperti Tabung Bantuan Segera (TBS) iaitu bantuan segera sebanyak RM300 sekali gus,  Bantuan Kanak-kanak (RM100 seorang kanak-kanak dengan maksima sebanyak RM450 sekeluarga), Bantuan Anak Pelihara (RM250 seorang kanak-kanak dengan maksima sebanyak RM500 sekeluarga). "Syarat kelayakan penerima bantuan negeri di bawah JKM Terengganu termasuk warganegara Malaysia dan bermastautin di Terengganu,  pendapatan di bawah RM960 sebulan dan keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan, " ujarnya.
05 Apr 19
50