lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Kelantan Sambut Baik Kolaborasi Sukan Berbasikal Dengan Terengganu
Pasukan Berbasikal Kayuhan Muhibbah dari Bachok Kelantan, sampai ke destinasi mereka di Pantai Peranginan Batu Burok petang ini.KUALA TERENGGANU,  12 April - Kerajaan Kelantan sambut baik cadangan kolaborasi sukan berbasikal antara Terengganu dan negeri itu sekali gus kerajaan itu akan memberi kerjasama sepenuhnya sekiranya ia direalisasikan di masa akan datang.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama (Bachok,  Kelantan), Mohd Huzaimy Che Husin berkata,  cadangan tersebut amat baik untuk mengeratkan hubungan antara warga sukan berbasikal Kelantan dan Terengganu di masa akan datang.Di samping itu katanya,  kedua-dua belah pihak secara tidak langsung boleh memperkenalkan tempat-tempat menarik  bagi mengembangkan industri pelancongan di kedua-dua negeri tersebut.Mohd Huzaimy (tengah) diwawancara berkait cadangan kolaborasi sukan berbasikal. "Ini merupakan cadangan yang baik dan kerajaan Kelantan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya untuk merealisasikan cadangan tersebut," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pentas Budaya Pantai Batu Buruk di sini.Kira-kira 70 peserta terlibat dengan program Kayuhan Muhibbah anjuran River Village Cycling Club (RVCC) dari Pantai Irama dengan kerjasama Pepsi Blue Club dari Terengganu.Peserta tersebut berlepas dari Pantai Irama bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 6.30 petang di Pantai Peranginan Batu Burok.Ustaz Mohd Soud (tengah) bersama Pepsi Blue Club. Mereka diraikan di majlis ringkas di dewan pentas berkenaan sejurus sampai di situ.ADUN Pantai Irama menyampaikan ucapan di majlis tersebut sambil mengucapkan tahniah atas kejayaan program berkenaan.Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Ustaz Mohd Soud Said.Mereka juga turut diraikan oleh ADUN Bandar, Ahmad Shah Muhamed di Majlis Makam Malam sempena program tersebut di Kediaman Seri Iman di sini.
12 Apr 19
379
Empty Image
Kos ECRL Kurang RM21.5 Bilion : MB Terengganu Tunggu Pengumuman Rasmi PM
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 12 April - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menunggu kenyataan rasmi daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tentang perkembangan terkini Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Projek kontroversi itu diumumkan akan diteruskan dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion."Berhubung dengan perkembangan terkini ECRL, saya hanya akan beri ulasan setelah mendapat maklumat lebih jelas selepas 'pc' (sidang media) oleh PM (Perdana Menteri) pada Isnin ini," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam status yang dimuat naik di laman Twitter rasminya hari ini, mengulas tentang perkembangan tersebut.Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri berkata, kos pembinaan fasa 1 dan 2 ECRL itu berjaya dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion berbanding kos asalnya pada RM65.5 bilion.Pengurangan kos itu dicapai selepas Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memeterai Perjanjian Tambahan (SA) dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).SA itu merangkumi perjanjian bagi aspek Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC) ECRL.“Kerajaan mengalu-alukan perjanjian itu yang membuka semula ruang kepada projek ECRL untuk terus dijalankan selepas rundingan selama beberapa bulan antara Malaysia dan China.“Pengurangan kos itu pastinya akan memberi manfaat kepada rakyat dan mengurangkan bebanan dalam kedudukan kewangan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.Kenyataan itu turut berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan sidang media pada Isnin mengenai perkara itu.
12 Apr 19
72
Empty Image
Terengganu Anjur Himpunan Pendidik Islam Malaysia (HPIM) 6.0
KUALA TERENGGANU, 11 April - Terengganu bakal melakar sejarah dengan kehadiran semua warga pendidik dari seluruh pelusuk tanah air apabila menganjurkan Himpunan Pendidik Islam Malaysia (HPIM) 6.0 peringkat kebangsaan pada Sabtu ini.Presiden Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (PENDIDIK), Normala Sudirman berkata, himpunan itu menghimpunkan semua pendidik daripada pelbagai institusi pendidikan seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR), tahfiz, madrasah, pondok, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) serta sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).Jelasnya, perbincangan mengenai pembentukan generasi pelapis negara yang berkualiti akan menjadi topik utama dalam himpunan tersebut dengan menggunakan tema ‘Guru Pembina Generasi Rabbani’.“Jutaan terima kasih atas kesudian pihak kerajaan negeri menjadi penganjur bersama. “Kita berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi membentuk modal insan yang cemerlang dan gemilang bersesuaian dengan tema himpunan pendidik pada kali ini,” katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi sempena HPIM 6.0, baru-baru ini.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar akan memeriahkan himpunan itu apabila dijangka hadir bagi merasmikan majlis penutup.Program yang bakal berlangsung di Stadium Negeri Terengganu itu turut menampilkan Ahli Parlimen Marang yang juga Tokoh Murobbi Ummah 2015, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dalam slot Bicara Murobbi.Himpunan berkenaan juga sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap tenaga pengajar, aktivis serta Non-Government Organization (NGO) pendidikan atas usaha memartabatkan pendidikan di persada negara.Program tersebut merupakan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS).
10 Apr 19
331
Empty Image
Surau Awam Long Beach Mosque Di Pulau Perhentian
Oleh: Saifullah JusohBESUT, 11 April- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pulau Perhentian, di sini mengambil inisiatif membina surau untuk kemudahan pelancong beragama Islam, penduduk setempat dan  pekerja chalet di pusat peranginan tersohor itu.Pengerusi MPKK kampung itu, Mohd Zakwan Mat Nasir, berkata surau yang dibina secara bergotong-rotong itu sudah lama dinanti penduduk setempat berikutan kesukaran menunaikan solat apabila ke Pulau Perhentian Kecil sebelum ini.Katanya, kemudahan yang mampu memuatkan 20 jemaah pada satu-satu masa itu dibina membabitkan peruntukan RM10,000 hasil sumbangan orang ramai serta sumber kewangan daripada tabung MPKK itu m“Pihak MPKK bersetuju menamakan surau yang mula dibina awal bulan lalu itu dengan nama Surau Awam Long Beach Mosque.“Lengkap dengan kemudahan  tandas, kipas dan bekalan air, pastinya memberi keselesaan kepada jemaah surau untuk menunaikan ibadah solat,”katanya ketika dihubungi media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Mohd Zakwan berkata, kemudahan itu dijangka dapat digunakan orang ramai dalam tempoh terdekat selepas selesai majlis kesyukuran dan solat hajat.“Pihak MPKK mengucapkan terima kasih mana-mana pihak dan individu yang setia menghulurkan khidmat tenaga dan sumber kewangan bagi merealisasikan hasrat penduduk setempat memiliki surau,”katanya
10 Apr 19
1363
Empty Image
Isu Penggunaan Vaksin, Perlu Rujuk Pada Yang Pakar
KUALA TERENGGANU, 9 April - Ibu bapa yang keliru berhubung hukum pengambilan vaksin dan imunisasi perlu merujuk kepada pihak yang pakar (berkaitan hukum hakam agama) atau pihak berkaitan sebelum membuat keputusan tanpa berdasarkan maklumat sahih.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Muhamed berkata, antara pihak yang boleh dirujuk ialah Jabatan Kesihatan serta Jabatan Mufti di setiap negeri bagi mendapatkan pandangan dari sudut agama dan kesihatan.“Dunia kita sekarang ini terbuka luas, Malaysia sahaja menerima kunjungan orang yang pelbagai bangsa dan berlainan latar belakang. Sebahagian daripada mereka tidak melalui proses sebagaimana kita rakyat Malaysia melalui program pencengahan penyakit sejak usia bayi.“Di kalangan mereka ada yang datang untuk bekerja, melancong dan bersama-sama mereka mungkin ada penyakit yang boleh membawa masalah yang besar kepada masyakat kita.“Sebab itulah pendedahan terhadap kepentingan penggunaan vaksin perlu kerana kita dapati kebelakangan ini ada sesetengah golongan ibu bapa bertindak untuk menolak penggunaan vaksin bersandarkan kepada fakta yang tidak tepat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Forum Penyakit Cegahan Vaksin anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) yang diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, hari ini.Ahmad Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar berkata, langkah merujuk kepada pihak berwajib tentang isu penggunaan vaksin adalah pendekatan terbaik dalam mengelakkan ibu bapa terpedaya dengan maklumat palsu yang boleh membahayakan kesihatan anak-anak.“Berkaitan kesihatan anak-anak, ibu bapa sepatutnya perlu rujuk kepada mereka yang pakar sama ada ke klinik kesihatan, hospital dan sebagainya kerana mereka ini lebih arif tentang bidang perubatan.“Kita harap, ibu bapa memainkan peranan untuk mendapatkan maklumat yang lengkap berkaitan penggunaan vaksin kerana kesihatan anak-anak adalah tanggungjawab mereka,” ujarnya.
08 Apr 19
96
Empty Image
Terengganu FC Perintis Projek Naik Taraf Padang
Hishamuddin Abdul Karim (kanan) ketika meninjau kerja-kerja memotong rumput padang bola sepak baru-baru ini. Foto ihsan - Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT)KUALA TERENGGANU, 9 April - Terengganu FC (TFC) dengan kerjasama Malaysian Football League (MFL) semalam menyerahkan projek penukaran padang kepada RS Greenmaster di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.Program itu menyaksikan TFC menjadi perintis dalam usaha MFL meningkatkan kualiti padang venue semua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, beliau mendedahkan program itu terbuka kepada semua pasukan di mana mereka perlu mengemukakan permohonan kepada MFL sebelum sepak mula Liga Malaysia.Kata Kevin, TFC telah menunjukkan minat dan memohon untuk menjadi perintis projek penukaran padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan program tersebut dijangka selesai dalam tempoh empat bulan.Jelasnya, komitmen tinggi dan usaha yang ditunjukkan TFC, kerajaan negeri Terengganu dan Kompleks Sukan Negeri Terengganu di bawah Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu bakal meletakkan pasukan gergasi Pantai Timur itu berada dalam landasan terbaik untuk menjadi contoh sebuah lagi pasukan yang berjaya menstrukturkan diri mereka semula untuk berjaya secara teknikal dan komersial selepas fenomena Johor Darul Ta’zim (JDT) yang telah bermula pada 2013.“TFC sentiasa memberikan sokongan yang baik kepada inisiatif-inisiatif yang cuba dilakukan oleh MFL dan apa yang kita dapat lihat bahawa mereka melakukan satu usaha yang amat besar untuk struktur TFC bagi menjadi salah satu gergasi bola sepak Malaysia dalam jangka masa panjang.“MFL berbangga dapat menyokong TFC sebagai perintis pada program MFL untuk memastikan kualiti padang bola sepak berada di tahap tertinggi untuk menggalakkan persembahan teknikal atas padang yang lebih baik dan menjadikan persembahan perlawanan Liga Malaysia yang boleh dibanggakan khusus untuk tontonan penyokong.“Dengan kejayaan program ini, MFL dapat melihat proses-proses yang perlu dilaksanakan MFL dengan mengambil kira pemilikan stadium, kerajaan negeri dan lain-lain.“Kita ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu Kompleks Sukan Negeri Terengganu dan Jabatan Kerja Raya yang telah memberikan kerjasama baik bagi menjayakan program ini terutama TFC yang sedia menjadi perintis percubaan untuk program ini,” katanya.Buat masa ini, TFC yang bertanding dalam Liga Super menggunakan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebagai gelanggang rasmi mereka dan skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim itu dijangka akan menggunakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berkapasiti 50,000 penonton bagi kempen Piala Malaysia selepas projek menaiktaraf padang itu siap.Kevin berharap projek bersama TFC itu dapat membuka mata lebih ramai pihak dalam usaha meningkatkan kualiti padang venue di Liga Malaysia.“Saya berharap bila program ini berjaya, kita boleh perluaskan kejayaan ini kepada banyak lagi padang-padang bola sepak di masa akan datang,” ujarnya.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim turun bersama Pegawai Eksekutif dan kakitangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT) bagi meninjau kerja memotong rumput padang bola sepak baru-baru ini (4 April)."Kerja memotong rumput adalah persediaan sebelum ruang padang stadium ini menerima kehadiran kontraktor pada 8 April nanti untuk kerja-kerja baik pulih padang."Kerja-kerja ini sebagai inisiatif KSNT agar rumput padang sedia ada boleh digunakan di mana-mana padang seperti padang latihan TFC di sekitar kompleks ataupun termasuk pemanfaatan di SSINS."Tenaga kerja yang bertungkus lumus semuanya secara dalaman. Inisiatif ini atas sifat untuk mengelakkan kerugian dan memanfaatkan lagi apa yang boleh digunakan," katanya.Dalam perkembangan sama, menurutnya, beliau diberi peluang mengendalikan mesin."Insya-Allah, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin akan memiliki padang baru yang lebih sesuai untuk digunakan September 2019. Permulaan kerja akan menumpukan semakan terhadap sistem 'drainage' sedia ada sama ada berfungsi atau tidak."Dan selanjutnya barulah dimulakan kerja-kerja meratakan tanah dan penanaman rumput. Kalau tidak silap, maklumat yang saya terima tempoh hari, jenis rumput yang bakal digunakan adalah rumput Bermuda."Pada asalnya, rumput Paspalum tapi ia agak cerewet untuk diuruskan. Malah memerlukan air masin untuk proses siraman. Insya-Allah padang bola sepak ini akan mendapat kelayakan penggunaannya selepas selesai baik pulih."Baik pulih komponen yang lain, kita serahkan kepada pihak kerajaan negeri untuk memperhalusi cadangan yang dikemukakan pelbagai pihak. Ia tidak mudah, tapi usaha ke arah memanfaatkan balik stadium ini akan sentiasa dilakukan dengan mengambil kira pebagai aspek."Kita rakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MFL atas peruntukan baik pulih padang ini."Untuk kerja pemantauan, MFL telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantau yang dianggotai MFL, JKR, KSNT dan PBSNT. Jawatankuasa ini diketuai oleh Haji Marzuki Sulong," jelasnya.
08 Apr 19
1451
Empty Image
Anak Terengganu Juara Kejohanan WOBLeague Jerman
Oleh: Wan Luqman HakimKuala Terengganu, 8 April-  Anak Kuala Terengganu, Engku Mohamad Ikhwan Engku Shamsu memahat rekod tersendiri apabila muncul juara pertandingan sukan lasak, Kejohanan WOBLeague 2019 di Cologne, Jerman anjuran World of Barheroes.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Abdullah, turut berkongsi kegembiraan itu dan mengucapkan tahniah kepada Ikhwan kerana membawa pulang kejayaan di peringkat antarabangsa sekali gus membanggakan seluruh rakyat Terengganu, khasnya."Bagi pihak kerajaan negeri, saya mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya. Semoga sukan ekstrem seperti ini akan dapat dimajukan di Terengganu dan lebih banyak lagi bakat baru akan dapat dilahirkan untuk sukan seumpama ini."Semoga Ikhwan dapat mencipta lebih banyak kejayaan dalam kejohanan yang diadakan di seluruh dunia," tambanya lagi. Menurut Sukairi, kejayaan berkenaan juga membuktikan segala penat lelah dan pengorbanan yang diberikan Ikhwan sebagai ikon anak muda menerusi Sukan Streetworkout dan Calisthenics itu berhasil selepas dinobatkan johan Kejohanan WOBLeague 2019.
08 Apr 19
39
Empty Image
‘Makcik Viral’ Niaga Seorang Diri Akan Terus Dibantu
Oleh: Aslam WiraMARANG, 8 April - Kerajaan negeri dan agensi berkaitan sudah mengambil tindakan sewajarnya seperti menyalurkan bantuan kewangan kepada seorang warga emas, Lijah Embong,77, sejak tahun lalu.Keperitan hidup Lijah yang menetap di Kampung Kuala Tengah bersama seorang anaknya itu tular di media sosial baru-baru ini apabila kisahnya yang menjaja buah-buahan seorang diri di bahu jalan berdekatan Penjara Marang mendapat pelbagai reaksi warganet.Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman berkata, wanita itu merupakan antara penerima bantuan dalam senarai e-Kasih dan turut mendapat pelbagai sumbangan daripada pihak lain.“Kita tidak mahu rakyat hanya menilai melalui kenyataan yang diuar-uarkan semata-mata kerana mungkin ada yang akan memandang serong kepada kerajaan seolah-olah tiada tindakan diambil.“Hakikatnya, Makcik Lijah telah mendapat bantuan antaranya daripada kerajaan negeri, Pejabat Menteri Besar Terengganu dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang sebagai penama dalam senarai `Focus Group, Mobile Team' sejak tahun lalu lagi sebelum kisahnya menjadi tular,” ujarnya ketika dihubungi media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Tengah, Abdan Awang berkata, warga emas itu memang suka berniaga sendirian walaupun ada anaknya yang turut berniaga di lokasi berhampiran.“Dia merupakan penerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sebanyak RM300 sebulan dan melakukan pekerjaan tersebut kerana begitu minat berniaga walaupun usianya sudah meningkat.“Kesusahan hidup keluarga ini memang mendapat perhatian pelbagai pihak di mana sebelum tular kisah berkenaan, Maidam dan Giat Mara juga telah menghulurkan bantuan membaiki rumah di samping sekumpulan sukarelawan Politeknik Kuala Terengganu turut melaksanakan pemasangan pendawaian elektrik di rumah anaknya,Samsani Mohamad, 45 sebelum ini,” jelasnya. Abdan berkata, pihaknya juga akan terus membantu warga emas itu menjalankan peniagaan termasuk menyediakan payung supaya dia dapat meniaga dengan lebih selesa.Menurut Samsani, ibunya seorang yang berdikari lebih berminat untuk berniaga seorang diri."Sebelum ini, ibu telah berniaga di tapak itu namun setelah cucunya terlibat dengan kemalangan dan payung di gerai buahnya rosak akibat ribut, rutinnya terpaksa dihentikan seketika. “Namun, dek kerana sikap ibu yang tidak suka menyusahkan keluarga membuatkannya kembali membuka gerai buah-buahan yang juga tidak jauh daripada lokasi gerai anak serta cucu,” ujarnya.Dalam perkembangan sama, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang menzahirkan ucapan terima kasih terhadap kecaknaan warganet.“Terima kasih atas keprihatinan tuan dan puan. Untuk makluman, MPKK Kuala Tengah, telah cakna akan kesusahan nenek ini sejak dari awal. Beliau merupakan penerima bantuan dan rumahnya telah dibaiki.“Isteri saya, Kak Zah juga ada melawat dan telah memberikan bantuan kewangan dan keperluan harian dalam beberapa siri ziarah sebelum ini,” katanya yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook rasmi beliau.
08 Apr 19
188
Empty Image
YPASM Bakal Taja Pelajar Ke Antartika
KUALA TERENGGANU, 8 April- Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dijangka akan menghantar dua pelajar dan seorang guru dari Terengganu ke Antartika buat julung kalinya bagi menyertai ekspedisi pendidikan di bawah Program ‘Student On Ice’.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nasaruddin Abd Rahman berkata, sekiranya ia menjadi kenyataan, program itu dijangka akan dilaksanakan pada musim panas di Antartika antara Disember hingga Mac.Menurutnya, sejak ekspedisi pendidikan itu dimulakan pada 2015 itu, empat kumpulan sebelum ini membabitkan lapan pelajar dan empat guru dihantar ke program penerokaan dan penyelidikan di Artik.Add caption“Sejak empat tahun kebelakangan ini, kita telah menghantar dua pelajar dan seorang guru setiap tahun dari Terengganu dengan bantuan kewangan daripada Kerajaan Terengganu ke Artik untuk mendedahkan mereka tentang isu perubahan iklim.“Semasa pelayaran, mereka didedahkan dengan perubahan iklim dan ada saintis di atas kapal yang akan menunjukkan kegiatan dan aktiviti penyelidikan yang mereka lakukan. Mereka akan berkumpul bersama-sama dengan lebih 100 pelajar daripada seluruh dunia,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Terengganu 2019 bertempat di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu di sini, semalam.Perasmian itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed dan turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Noor Afifah Abdul Razak.Jelas Mohd Nasaruddin, pemilihan dijangka akan bermula Jun ini dan pelajar yang layak akan dipilih menerusi Kem Polar Sains serta perlu melalui beberapa ujian termasuk ketahanan fizikal dan mental, ujian sains serta kemampuan komunikasi dan penulisan.“Pihak yayasan memperuntukkan sejumlah RM50,000 seorang untuk menghantar pelajar dan guru ke program berkenaan.“Ia adalah antara usaha kami dalam menarik minat pelajar terhadap program sains dan penyelidikan, di samping meningkatkan kebolehan dan kemahiran interaksi pelajar apabila bergaul bersama pelajar lain daripada seluruh dunia dalam program itu,” katanya.
07 Apr 19
101
Empty Image
MB Terengganu Kongsi Kegembiraan Kejayaan Harrif Di LTdL
Harrif mengangkat tangan sebaik mendahului di garisan penamat untuk  mucul juara di pusingan kedua, semalam. Kredit foto : Sprint cycling magazineKejayaan pelumba Terengganu Cycling (TSG), Mohd Harrif Salleh menjuarai peringkat kedua dalam saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 petang semalam, memberi kegembiraan dan membanggakan seluruh rakyat Malaysia serta Terengganu khasnya.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar turut menzahirkan keterujaan dengan kejayaan anak Terengganu itu, apatah lagi ia mengulangi episod kejayaan Anuar Manan, juga anak jati Terengganu, di Port Dickson pada LTdL 2010.“Tahniah Harrif Salleh dari Terengganu Inc TSG Team menjadi juara peringkat kedua Le Tour De Langkawi 2019 petang tadi (semalam).  “Saya difahamkan kali terakhir pelumba berbasikal dari Malaysia menjadi juara peringkat LTDL adalah pada 2010 iaitu Anuar Manan yang juga dari Terengganu. Sejarah tercipta, `kemah keming boh!’,” tulis beliau dalam Instagram yang dimuat naik malam tadi.Semalam, Harrif melakar sejarah muncul sebagai pelumba Malaysia kedua menjuarai salah satu peringkat dalam saingan LTdL 2019 selepas kemarau selama sembilan tahun.Kali terakhir pelumba tempatan muncul juara salah satu peringkat dalam saingan ini menerusi Anuar Manan pada 2010 yang memenangi peringkat kelima dari Muar ke Port Dickson.Harrif yang dibantu rakan sepasukan ketika melakukan asakan di kilometer terakhir, dinobatkan juara peringkat kedua LTdL membabitkan laluan dari Senawang ke Melaka yang meliputi jarak 200.6 km, semalam.Lebih manis beliau berjaya menumbangkan MR LTdL  Andrea Guardini, pada saat-saat akhir.
07 Apr 19
52