lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Ini Bukan Along, Kerajaan Terengganu Memang Nak Tolong
Dr Alias Razak beramah mesra dengan peserta Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 Peringkat Negeri Sarawak.KUCHING, 14 April - Kerajaan Terengganu terus komited dalam usaha memenuhi keperluan rakyat dengan menanggung sejumlah besar subsidi untuk membina rumah-rumah rakyat di bawah skim Rumah Mampu Milik (RMM) khususnya, selain pinjaman-pinjaman yang disediakan adalah tanpa faedah.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, RMM dijual hanya pada harga RM68,000 iaitu kadar harga di bawah pasaran bagi membantu golongan tersebut."Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM50 juta dalam Bajet 2019 untuk membina rumah-rumah rakyat."RMM dijual hanya pada harga RM68,000 iaitu kadar harga di bawah pasaran bagi membantu golongan tersebut."Kos sebenar adalah kira-kira RM120,000 bagi sebuah rumah. Kos selebihnya ditanggung oleh kerajaan bagi kemudahan rakyat," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 Peringkat Negeri Sarawak di Penview Hotel, Kuching, hari ini.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.Turut serta, Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Hishamudin Hashim, Timbalan Pegawai Eksekutif II Terengganu Strategic & Intergrity Institute (TSIS), Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin dan Pengerusi Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) Sarawak, Faizal Che Mat.Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 merupakan inisiatif kerajaan negeri melalui YT dalam usaha memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada anak-anak Terengganu yang berada di perantauan.Majlis anjuran YT dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan negeri itu meraikan 150 anak negeri yang tinggal di Sarawak terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) dan PERANTAU.Siri jelajah tersebut merupakan yang terakhir selepas diadakan di Pulau Pinang (zon utara), Sabah dan Johor (zon selatan) dan Kuala Lumpur sebelum ini.
14 Apr 19
77
Empty Image
Fuad Rampas Kembali Kejuaraan Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu
SETIU, 14 April - Atlet kuda lasak negara, Mohammad Fuad Hashim, 29, berjaya merampas kembali gelaran juara Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di-Pertuan Muda Terengganu 2019 yang berlangsung mulai petang semalam di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong, di sini.Penunggang dari pasukan State Terengganu Endurance Team (STET) itu menamatkan perlumbaan sejauh 120 kilometer dengan catatan masa 7 jam 24 minit dan 21 saat membawa pulang wang tunai RM10,000, piala pusingan, plak iringan, pingat dan jaket. Beliau yang pernah muncul sebagai juara pada edisi 2016 dan 2017 meraih kemenangan berganda apabila kudanya, Mora Makaka dinobatkan kuda terbaik dan sekali gus membolot hadiah wang tunai RM5,000, plak dan hadiah iringan buah-buahan.Tempat kedua dimenangi Mohd Yunus Abdullah dari pasukan Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) yang ketinggalan lebih sejam di belakang dengan hadiah wang tunai RM7,500, plak, medal dan jaket. Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong, hari ini. Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin.Turut mengiringi, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama isteri, Tuan Faezah Tuan Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta barisan Exco kerajaan negeri.Mohammad Fuad ketika ditemui pemberita bersyukur dapat mengulangi kejayaan untuk kali ketiga selepas tahun lalu gelaran juara berpihak kepada Azizatul Asma Abdullah walaupun hakikatnya, Mora Makaka mengalami masalah di samping cabaran dari segi cuaca yang perlu dilalui.“Cuaca panas kali ini agak mencabar berbanding kejohanan lalu dan saya terpaksa beberapa kali memperlahankan pergerakan kerana lebih mengutamakan keadaan Mora Makaka bagi mengelak sebarang kecederaan."Saya kini dalam proses persiapan untuk menyertai Sultan Mizan Cup pada bulan Oktober nanti dan sekarang ini sedang menjalani latihan berkala selang sehari," ujarnya.Sementara itu, bagi kategori berpasukan pula dimenangi Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) yang diwakili Che Mat Din, Mohd Yunus Abdullah, Jasryn Jaffly, Mohd Bulkhari Rozali dan Dr Ahmaf Naqib dengan catatan masa 25 jam 20 minit dan 32 saat,  sekali gus membawa pulang wang tunai RM7,500, plak iringan dan medal. Naib juara kategori berpasukan disandang oleh STET dengan catatan masa 29 jam, 36 minit dan 35 saat dengan membawa pulang wang tunai RM5,000, plak iringan dan medal. STET diwakili Mohammad Fuad,  Azizatul Asma,  Mohd Suhairi, Saikh Ahmad Safwan dan Mohd Firdaus. 
14 Apr 19
534
Empty Image
Pelajar Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Abdul Hadi
Dato' Seri Abdul Hadi Awang (tengah hadapan) meraikan guru dan pelajar SMAASZA yang mahu bergambar. Foto oleh - Aziz HambaliKUALA TERENGGANU, 14 April - Seorang penuntut sebuah pusat tahfiz negeri Terengganu memohon maaf secara terbuka kepada Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dalam sebuah majlis Bicara Tokoh Alumni SMA(A)SZA (Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin), di sini pagi tadi kerana mengkritik beliau di media sosial sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.Seorang pelajar tahfiz yang enggan namanya disebut secara terbuka meminta maaf kepada ahli parlimen itu di hadapan pelajar-pelajar, tenaga pengajar serta kakitangan sekolah berkenaan."Sebenarnya saya berdiri di sini ialah untuk meminta maaf kepada Tuan Guru kerana sejak dari sebelum PRU14 lagi saya sebagai manusia yang serba kekurangan termakan dengan fitnah dan tohmahan orang terhadap Tuan Guru," katanya.Beliau sekarang mengambil sikap mendiamkan diri, tidak bertindak menyebarkan tohmahan dan fitnah terhadap ahli parlimen itu lagi seperti kebiasaannya.Selepas PRU14 tohaman terhadap Presiden PAS itu disifatkannya sebagai tuduhan jahat terhadap pejuang Islam." Al-Hamdulillah selepas PRU ini kita dapat tahu dengan jelas, betapa itu semua adalah sekadar kata-kata orang yang jahat terhadap Islam."Jadi saya sekali lagi ingin meminta maaf dari Ayah Chik atas segala sangka buruk yang saya lakukan terhadap diri Ayoh Chik selama ini," tambahnya lagi.Kira-kira 300 pelajar sekolah tersebut memberi tepukan gemuruh sejurus mendengar permohonan maaf dari pelajar berkenaan.Sementara itu Tuan Guru Abdul Hadi yang juga dipanggil Ayah Chik secara terbuka juga memaafkan pelajar berkenaan sambil menyifatkan sikap memberi kemaafan kepada seseorang akan mendapat ganjaran dan kelebihan dari sisi Allah."Jika Tuhan Yang Maha Besar boleh mengampun dosa hamba-Nya, saya ini apalah sangat. Kita kena memaafkan kepada sesiapa yang beriman dan memaafkan orang sebagai satu kelebihan," jelasnya.Abdul Hadi menyifatkan ucapan dan kritikan yang pedas dan pahit yang pernah dihamburkan kepada beliau berupaya mengundang pahala percuma jika bersabar menghadapinya."Bila orang kata kepada saya kata macam-macam, yang pedas pun ada yang pahit pun ada, saya anggap ia memberi pahala percuma kepada saya."Jadi kita sembahyang tahajud bukan banyak sangat, puasa sunat bukan banyak sangat, sedekah pun harta tak banyak tetapi boleh pahala banyak kerana orang menfitnah kita. Bagaimana pun untuk menahan dari kata-kata itu kita hendaklah bersabar," ujarnya.Beliau tidak akan membaca tulisan yang membuat tohmahan buruk terhadap beliau kerana membaca tulisan yang bermanfaat lebih baik dari membaca tulisan tohaman jahat itu."Sekiranya ia berkait dengan tulisan, saya tidak baca. Bila orang cerita saya tidak baca. Tidak ada faedah kita baca tulisan itu, baik baca benda lain yang berfaedah."Di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, bila orang serang saya, saya ambil kertas saya baca sehingga orang itu marah kepada saya sebab tidak hirau kepada apa yang diucapkan," jelasnya.
13 Apr 19
107
Empty Image
Terengganu Negeri Yang Subur Dengan Ilmu
Satiful Bahari Mamat.KUALA TERENGGANU, 14 April - Terengganu adalah sebuah negeri yang subur dengan ilmu dan institusi pendidikan  sehingga berjaya melahirkan ramai golongan teknokrat dan ilmuan Islam.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, sejarah ketinggian ilmu sememangnya tidak asing di bumi Terengganu yang menyaksikan tokoh-tokoh hebat sentiasa mendapat perhatian dunia.Jelasnya, justeru itu pihaknya sentiasa membuka ruang buat semua warga pendidik sama ada daripada dalam atau luar Terengganu untuk bekerjasama membina generasi rabbani.“Dan insya-Allah, kita mengalu-alukan, Terengganu kita mengharapkan sebagai negeri yang subur dan sentiasa terbuka kepada dunia pendidikan khususnya yang berteraskan Islam.“Untuk bersama-sama bekerjasama bagi mencapai matlamat, kita juga membuka peluang bukan hanya kepada anak Terengganu tetapi juga kepada mereka yang di luar Terengganu, untuk kita membina generasi pelapis,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Himpunan Pendidik Islam Malaysia (HPIM) 6.0 Peringkat Kebangsaan di Stadium Negeri, di sini semalam.Tokoh murabbi ummah.Turut hadir, Mursyidul Am PAS, Dato' Hashim Jasin, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Terdahulu, Satiful menyampaikan anugerah kepada beberapa tokoh pendidik yang banyak berjasa dalam institusi keilmuan di negara ini.Anak jati Terengganu dari Kampung Baru Seberang Takir, Ustaz Mohd Fauzi Mansor dinobatkan sebagai Tokoh Pendidik Kelainan Upaya atas sumbangan beliau dalam dunia pendidikan terutamanya kepada masyarakat kurang penglihatan.Selain itu, turut menerima anugerah pendidikan dalam himpunan kali ini ialah Dato’ Hashim Jasin yang dianugerahkan Tokoh Murabbi Ummah manakala Dato’ Dr Johari Mat sebagai Tokoh Pendidik, dan Ustaz Azhar Idrus menerima anugerah Tokoh Pendidik Masyarakat Nusantara.Tidak ketinggalan, Tokoh Pendidik Muslimat dianugerahkan kepada Dr Halimah Ali yang banyak berjasa dalam pendidikan perubatan dan agama.                                                                                                                       Mohd Fauzi Mansor tokoh pendidik kelainan upaya.HPIM 6.0 menghimpunkan semua pendidik daripada pelbagai institusi pendidikan seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR), tahfiz, madrasah, pondok,Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) serta sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
13 Apr 19
352
Empty Image
Sistem Pendidikan Barat Jadikan Sempadan
Dr Ahmad Samsuri (tengah) menyerahkan replika check sumbangan orang ramai kepada Dato' Husain Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Madrasah Moden Terengganu Besut (MMTB) di Dewan Kota Putera malam ini.BESUT,  13 April -Sistem pendidikan Barat perlu dijadikan sempadan kerana ia melahirkan modal insan yang rosak termasuk menjadi punca perkahwinan sejenis golongan LGBT sekaligus melanggar fitrah manusia. Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dengan sistem pendidikan Islam pelajar berjaya menghadapi cabaran semasa dengan jayanya termasuk tidak melibatkan  diri dengan golongan amalan seks songsang itu dan begitu sebaliknya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam Amal Madrasah Moden Terengganu Besut di Dewan Kota Putera Square, Kampung Raja, di sini.Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Senator Dato' Husain Awang dan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Terengganu.Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, memberi contoh kegagalan sistem pendidikan Barat telah melahirkan golongan LGBT seperti satu peristiwa seorang lelaki Melayu berkahwin sesama jenis dengan lelaki Inggeris di Dublin, Ireland yang pernah heboh disiarkan di media perdana satu ketika dahulu.Dr Ahmad SamsuriIkuti cerita beliau berkenaan peristiwa tersebut seperti berikut:-Satu ketika dalam akhbar perdana beberapa tahun lalu disiarkan kisah seorang lelaki Melayu berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris.Lelaki Melayu itu berpakaian lengkap bersampin dan berbaju Melayu. Kebetulan beberapa lama selepas itu saya pergi ke Dublin, ada program yang perlu saya ikuti dan saya bertemu dengan rakan-rakan yang lain di sana dan berhasrat mengesahkan berita tersebut sama ada betul atau tidak berlaku di Dublin.Mereka mengakui memang betul peristiwa tersebut berlaku di ibu kota berkenaan. Apa yang berlaku ialah dua insan sejenis itu berkahwin, lelaki sesama lelaki. Orang Melayu menjadi isteri manakala orang Inggeris itu menjadi suami.Ibu bapa si Melayu yang berasal dari sebuah kampung di Malaysia yang hidup miskin, mereka kutip duit cari tiket kapal terbang pergi ke Dublin untuk berjumpa dengan anak mereka, untuk memujuknya supaya kembali ke pangkal jalan.Dipendekkan cerita sepasang suami isteri itu, pergi ke rumah anaknya di Dublin. Sampai depan rumah anaknya itu mereka ketuk pintu keluar seorang lelaki iaitu si suami kepada anak mereka.Lelaki itu bertanya, "kamu berdua nak apa?" Mereka berkata, "kami mahu bertemu dengan anak kami."Si suami kepada anak lelaki mereka menjawab, "ini rumah saya, sila keluar daripada sini."Suami anak mereka itu memanggil polis lalu polis pun datang dan menghalau mereka berdua kerana dilaporkan bahawa mereka mengganggu tuan rumah tersebut.Kedua ibu bapa lelaki Melayu tersebut menangis lalu pergi dari situ tanpa dapat berbuat apa-apa sekaligus hasrat memujuk anak mereka kembali ke pangkal jalan, gagal.Kita mungkin memandang mudah tentang peristiwa yang berlaku di sekitar kita kerana tidak berlaku dalam keluarga dan masyarakat kita di daerah Besut atau di negeri Terengganu.Inilah hasil pendidikan Barat yang akhirnya membawa natijah buruk kepada pelajar sebagaimana berlaku kepada lelaki Melayu berkenaan.Mereka tidak disediakan kelengkapan pendidikan secara Islam, maka cabaran yang ada di hadapan mereka mungkin mereka boleh hadapinya dengan baik ataupun sebaliknya mungkin mereka akan tewas dengan cabaran tersebut.Sebab itulah kita bersungguh-sungguh, memastikan bahawa agenda yang boleh merosakkan pemikiran umat Islam ini harus dilawan habis-habisan.Penubuhan Madrasah Moden dan segala institusi pendidikan agama berteraskan agama ini akan menjadi asas bagi membina ketahanan diri anak-anak kita hari ini dan di masa akan datang.
13 Apr 19
298
Empty Image
'Saya Sedia Disiasat' - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri.SETIU,  13 April - "Saya sedia disiasat, " kata Menteri Besar,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau berkata,  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh menyiasat beberapa akaun bank miliknya untuk mengetahui sendiri kedudukan kewangan dalam akaun tersebut bagi menafikan dakwaan kononnya beliau turut memiliki wang berjuta ringgit termasuk dalam RM3.5 juta dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disumbangkan kepada PAS. “Hebatlah saya kalau macam itu. Saya ada beberapa akaun bank dan SPRM boleh siasat. Jangan kata RM3.5 juta, setengah juta pun saya tak ada,” katanya.Serentak itu Dr Ahmad Samsuri yang juga Pengarah Pilihanraya PAS Pusat menafikan PAS  negeri Terengganu menerima wang sebanyak itu. Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk disiasat SPRM jika benar wujud salah laku dan perlanggaran undang-undang.“Jika ada kes, SPRM boleh ambil tindakan pada mana-mana pihak yang langgar undang-undang, tak kiralah mana-mana parti sekali pun. Kita sedia disiasat pada bila-bila masa,” katanya selepas pelepasan Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu 2019 di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, di sini, petang ini.Ditanya dakwaan sesetengah pihak mengaitkan beliau menerima dana RM3.5 juta itu, Dr Ahmad Samsuri hanya ketawa dan menafikannya.Beliau mengulas laporan terbaru memetik sumber SPRM mengenai pemberian RM3.5 juta kepada PAS Terengganu iaitu sebahagian daripada RM90 juta yang didakwa diterima PAS.
13 Apr 19
92
Empty Image
MB Lepas 102 Peserta Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu
Dr Ahmad Samsuri (pegang bendera) melepaskan (flagoff) peserta Kejohanan Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu di Lembah Bidong Setiu hari ini. SETIU,  13 April - Menteri Besar,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melepaskan (flagoff) seramai 102 peserta Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu di Terengganu International Endurance Park Lembah Bidong di sini hari ini.Ini termasuk 15 peserta kategori CEI Dua Bintang 120 kilometer (km), 16 peserta kategori CEI Satu Bintang 80 km, 24 peserta CEN 80 km dan 47 peserta CEN 40 km.Tiga kategori berkenaan adalah kategori utama kejohanan tersebut.Sementara acara sampingan ialah Kids Fun Ride 10 km,  Mini Endurance 20 km,  VIP atau Veteran Ride 20 km,  Horseback dan Fast Shooting,  Barrel Race,  Musical Chairs, Show Jumping dan Lompatan Derby.Ini termasuk juga Futsal Padang 3 On 3 Kategori Terbuka bawah 15 tahun dan Pertandingan Mewarna Kanak-kanak 5 dan 6 Tahun.
13 Apr 19
60
Empty Image
Abdul Hadi Terima Anugerah Mursyid Ummah
Abdul Hadi Awang menerima anugerah Mursyid Ummah.KUALA TERENGGANU, 13 April - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang diumumkan sebagai Mursyid Ummah sempena Himpunan Pendidik Islam Malaysia (HPIM) 6.0.Pengarah HPIM 6.0, Normala Sudirman berkata, Abdul Hadi dipilih atas jasa bakti serta penglibatan untuk memartabat dan menerajui ummah, khususnya dalam tarbiyah Islamiyah dan pembangunan kerohanian berteraskan maqasid syariah."Anugerah itu sekali gus untuk menghargai jasa-jasa dan sumbangan beliau yang tidak pernah jemu berjuang untuk mengangkat islam."Usaha beliau juga berjaya melahirkan ramai pendidik yang berkualiti dalam segenap bidang," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Program HPIM 6.0 Peringkat Kebangsaan di Stadium Negeri, di sini hari ini.Normala Sudirman.Anugerah itu disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat.Turut hadir, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Nik Mohd Amar Nik Abdullah, Mursyidul Am PAS,  Dato' Hashim Jasin dan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.Terdahulu, Abdul Hadi turut  berucap memberi nasihat dan motivasi dalam slot kalam murabbi pada program tersebut.Abdul Hadi yang juga bekas Naib Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) dilahirkan pada 20 Oktober 1947 di Marang, Terengganu.Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat ijazah (M.A) di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Siasah Syar'iyyah dan berjaya menamatkannya dalam tempoh dua tahun.Himpunan Pendidik Islam Malaysia.Presiden PAS itu juga bergiat aktif dalam kegiatan politik antarabangsa apabila pernah menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Muassasah Al-Quds yang dipengerusikan Sheikh Yusuf al-Qaradawi.Beliau juga antara tokoh yang disegani di peringkat global apabila menjadi ketua perunding bagi mendamaikan krisis perang di Yaman pada tahun 2010.Selain itu, beliau juga merupakan tokoh penting dalam pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Butros Ghali dan Ahli Senat Amerika Syarikat bagi menyelesaikan kecelaruan politik antarabangsa.HPIM 6.0 menghimpunkan semua pendidik daripada pelbagai institusi pendidikan seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR), tahfiz, madrasah, pondok, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) serta sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
13 Apr 19
417
Empty Image
Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu Lahirkan Pelapis Sukan Berkuda
Atlet cilik yang bakal meneruskan kecemerlangan sukan berkuda Terengganu.SETIU, 13 April - Acara Sampingan Kids Fun Ride sempena kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu adalah platform untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan berkuda.Kids Fun Ride merupakan acara berkuda yang disertai oleh kanak-kanak berusia bawah 12 tahun sambil diiringi seorang penunggang senior.Acara sampingan lain yang turut berlangsung serentak ialah pertandingan Endurance kategori pony (30KM) dan beginner riders (20KM) serta Barrel Race.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang acara sampingan pada Majlis Makan Malam Sempena Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong, Setiu, semalam.Ahmad Samsuri (tengah) hadir menyampaikan hadiah.Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan negeri, Mohd Zahari Md Azahar dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato' Azhar Abdul Hamid.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah serta Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar.Sementara itu, acara Endurance 20KM turut mencuri tumpuan apabila personaliti terkenal, Syed Mohd Nor Hisyam muncul sebagai 5 peserta terbaik dalam acara itu. Acara penuh Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Dipertuan Muda Terengganu berlangsung hari ini dan dijangka majlis pelepasan 'FlagOff' pertandingan itu yang melibatkan kategori CEI 80KM, CEN 80KM dan CEN 40KM akan dihadiri oleh Ahmad Samsuri.Ustaz Syed Mohd Nor Hisyam memenangi tempat kelima.
12 Apr 19
269
Empty Image
Terengganu FC Terus Gagal Kutip Mata
Foto ihsan - Media Terengganu FCKUALA TERENGGANU, 13 April - Terengganu Football Club (TFC) kecundang lagi, kali ini kepada pasukan Kedah dengan keputusan 3-0.TFC yang berkunjung ke Stadium Darul Aman di Alor Setar mengalami kekalahan keempat musim ini dan jatuh ke kedudukan kelapan dengan hanya sembilan mata selepas aksi kesembilan Liga Super 2019, semalam.Beraksi tanpa kelibat dua awang import, Lee Andrew Tuck yang cedera dan Theirry Chantha Bin yang digantung perlawanan, Sang Penyu berhempas pulas untuk mengimbangi permainan agresif tuan rumah seawal babak pertama.Kedah mula mengungguli perlawanan pada minit ke 24' selepas Farhan Roslan dijatuhkan oleh Nasrullah Hanif Johan dalam kotak penalti.Foto ihsan - Media Terengganu FCJonathan Bauman tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk meletakkan skuad Lang Merah di depan.Sepuluh minit kemudian, Penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abd Razak menambah kelebihan jaringan apabila tenang menewaskan penjaga gol, Mohd Suffian Abdul Rahman dalam situasi satu lawan satu.Pada babak kedua, TFC meningkatkan corak permainan dan beberapa kali mengancam kubu Kedah namun tidak berjaya merapatkan jurang gol.Kipre Tchetche yang ketandusan gol musim ini terus kecewa apabila rembatannya pada peluang terbaik di minit 66 sekadar melencong ke sebelah kiri gawang Kedah.Sebaliknya, tuan rumah melengkapkan kekecewaan pasukan pelawat apabila Fernando Rodriguez merembat kencang menembusi gawang TFC pada minit ke 72' sekaligus mengesahkan tiga mata buat Kedah.TFC akan berdepan Kelantan United di Kota Bharu dalam saingan Piala FA, Selasa ini sebelum melayan kunjungan Felda United di Kuala Terengganu hujung minggu hadapan.Foto: Media Terengganu FC.
12 Apr 19
45