lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
52 Hafiz MTQT Terima Anugerah Graduasi
 Nik Karimah Nik Abdul Ghafar (dua dari kanan) menerima Anugerah Khas MTQT dari Ahmad Shah (dua dari kiri).Oleh: Syed Abdul RahmanKUALA TERENGGANU, 16 April - Meraih keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaan Syahadah Tahfiz dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) adalah sangat penting bagi meneruskan cita-cita menuntut ilmu di peringkat universiti.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, hal itu kerana keputusan peperiksaan tersebut adalah sebagai tiket bagi melayakkan seseorang pelajar untuk memasuki institut pengajian tinggi."Hanya pelajar mempunyai keputusan yang cemerlang sahaja akan ditawarkan melanjutkan pelajaran ke universiti dan kolej dalam serta luar negara daripada ribuan yang memohon," katanya.Anak Ahli Parlimen Setiu, Haji Shaharizukirnain Abd Kadir (tengah) turut bergraduasi di TER Kuala Ibai semalam.Beliau berkata demikian dalam catatan Kata-kata Aluan Buku Cenderahati Majlis Istiadat Graduasi dan Khatam al-Quran Kali Ke-28 Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu (MTQT) di Dewan Kenanga Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, di sini, semalam.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Haji Ahmad Shah Muhamed mewakili beliau merasmikan majlis tersebut.Ahmad Shah dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri sentiasa komited untuk terus menyokong usaha ke arah melahirkan generasi yang menghafal al-Quran di samping cemerlang dalam bidang akademik.Antara pelajar MTQT yang bergraduasi di TER Kuala Ibai semalam.Beliau mengharapkan agar pelajar tahfiz MTQT mengekalkan kegemilangan ilmu sehingga berjaya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan keputusan yang cemerlang sepertimana sejarah kecemerlangan dalam majlis graduasi tersebut.Di majlis itu,  seramai 52 orang pelajar lepasan STAM menerima anugerah graduasi dan 19 orang dari mereka memperolehi keputusan Mumtaz, manakala 24 orang Jayyid Jiddan dan selebihnya mendapat pangkat Jayyid.Tiga pelajar masing-masing menerima Anugerah Khas MTQT, Anugerah Imam 'Asim Al-Kufi dan Anugerah Imam Nafi' Al-Madani.Pelajar berkenaan ialah Nik Karimah Nik Abdul Ghafar, Nur Izzah Hanim Mahadi dan Muhammad Nurhakim Mohd Razali.Perarakan masuk Majlis Istiadat Graduasi dan Khatam Al-Quran Kali-28 MTQT di Dewan Kenanga Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai semalam.Ahmad Shah menyampaikan sijil anugerah dan Syahadah Tahfiz kepada semua pelajar tersebut.Sementara itu 19 orang pelajar lelaki dari maahad tersebut akan mengikuti Kuliah Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar Mesir dan akan berlepas ke negara itu pada 19 April ini.Sementara empat pelajar lelaki berlepas ke Mesir minggu lepas untuk mengikuti pengajian yang sama di universiti tersebut.Manakala seorang pelajar perempuan ke Universiti Basaksehir, Turki lebih awal dan sedang mengikuti pengajian bahasa Arab di universiti berkenaan.Sementara selebihnya akan belajar di universiti-universiti tempatan dalam pelbagai bidang pengajian.
16 Apr 19
1159
Empty Image
Jangan Salah Faham, Daerah Terengganu Sifar Kemiskinan
Dr Azman Ibrahim. Foto oleh - Wan Luqmanul HakimKUALA TERENGGANU, 16 April - Orang ramai diharapkan agar tidak memahami secara salah maksud semua daerah di Terengganu sifar daripada kemiskinan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ungkapan tersebut bukan bermaksud tidak ada orang yang miskin di seluruh Terengganu.Jelasnya, sebaliknya kenyataan itu adalah untuk mengiktiraf bahawa semua kawasan di negeri berkenaan tidak termasuk dalam kategori termiskin di seluruh negara.“Salah faham oleh netizen, daerah sifar kemiskinan ini bukan bermaksud tidak ada orang miskin tapi tidak tergolong daripada 28 daerah seluruh negara yang dikategorikan sebagai daerah termiskin dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM4,000.“Dan daripada 28 itu, tidak ada daerah di Terengganu yang termasuk, yang adanya ialah Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak.“Itu sahaja kenyataan tersebut, bukan makna tidak ada orang miskin di Terengganu, orang miskin dengan daerah termiskin lain makna dia, cuma orang silap faham,” katanya.Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Perasmian Bengkel Pemurnian Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) Negeri Terengganu di Dewan Besar, Akademi Perikanan Malaysia, Chendering, di sini hari ini.Perasmian bengkel pemurnian kaedah-kaedah perikanan.Turut hadir, Pengarah Perikanan Negeri, Zawawi Ali, Pengarah Akademi Perikanan Malaysia, Ruzaidi Mamat, ketua-ketua jabatan serta agensi perikanan.Semalam laporan yang bertajuk ‘Semua Daerah Di Terengganu Sifar Kemiskinan’ di pautan https://www.teganukita.net/2019/04/semua-daerah-di-terengganu-sifar.html mendapat perhatian netizen.Mengulas lanjut tentang perkara itu, Dr Azman berkata, pihak kerajaan negeri akan memantau semua rakyat di Terengganu bagi memastikan tiada yang ketinggalan dalam arus pembangunan.Kata beliau lagi, perkara itu penting bagi memastikan semua daerah di Terengganu tidak dikategorikan kembali sebagai 28 daerah termiskin.“Bagaimanapun kerajaan negeri sentiasa bersikap terbuka dan mengambil cakna perihal penduduk di tiga kawasan terbabit dengan menumpukan empat bidang utama yang dianggap mampu menambah pendapatan penduduk dan seterusnya mampu keluar daripada kelompok kemiskinan.“Sektor pertanian, perladangan, perikanan dan penternakan antara bidang yang boleh membantu golongan B40 untuk meningkatkan pendapatan,” jelasnya.  
15 Apr 19
399
Empty Image
ECRL Diteruskan : Terima Kasih - Menteri Besar Terengganu
Kerajaan negeri mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk meneruskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Berita gembira itu disambut baik oleh seluruh warga Pantai Timur khususnya rakyat Terengganu kerana projek berkenaan mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memberi impak positif kepada sosial penduduk setempat. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dengan perkembangan ini juga, bandar-bandar utama dan sekitarnya akan tumbuh pesat seterusnya dapat meyakinkan pelabur dengan penyediaan pembangunan infrastruktur yang serba lengkap. "Saya percaya jika komitmen begini diteruskan, rakyat akan mendapat pelbagai manfaat daripada projek pembangunan yang dirancang," katanya dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebook beliau, semalam.Terdahulu, Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, dalam kenyataan kepada media berkata, keputusan kerajaan meneruskan projek berkenaan akan memberi manfaat ekonomi bukan sahaja kepada usahawan tempatan, tetapi juga kepada kontraktor tempatan.Katanya, beliau mendapat maklum balas sangat baik daripada warga Pantai Timur, selepas mengumumkan keputusan kerajaan meneruskan projek kontroversi itu.Tambah beliau, satu daripada konsesi paling penting yang memihak kepada Malaysia ialah penyertaan kontraktor tempatan dalam pembinaan ECRL akan meningkat kepada 40 peratus daripada keseluruhan kerja awam 30 peratus.Selain itu, katanya, industri sampingan seperti inap desa, kedai makan dan runcit dan lain-lain pasti akan berkembang dengan projek ECRL ini dan kita harap usahawan besar dan kecil dapat mencari inisiatif merebut lebih banyak peluang.
15 Apr 19
38
Empty Image
Semua Daerah Di Terengganu Sifar Kemiskinan
KUALA TERENGGANU, 15 April- Semua daerah di negeri ini termasuk Hulu Terengganu, Setiu dan Besut berjaya keluar daripada senarai 28 daerah yang dikategorikan sebagai daerah termiskin di negara ini.Perkara itu diakui Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tuan Sivarasa K Rasiah yang memberitahu semua daerah di Terengganu sifar kemiskinan.Menurutnya, rekod terbaharu itu memberi petanda baik kepada ekonomi Terengganu hasil pelbagai inisiatif kerajaan negeri mewujudkan program dan pembangunan untuk menaik taraf pendapatan rakyat.“Pada masa yang sama, walaupun berlainan fahaman politik dengan Kerajaan Pusat, pihak kami tetap membantu Terengganu merapatkan jurang pendapatan masyarakat luar bandar supaya berjaya keluar daripada garis kemiskinan,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Terengganu 2019, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, di sini, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.Dr Azman berkata, beliau terharu mendengar penjelasan pihak kementerian  yang menyataka  semua daerah di Terengganu berjaya keluar daripada garis kemiskinan.Katanya, kerajaan negeri sedaya upaya memberi tumpuan  kepada semua golongan di negeri ini termasuk menumpukan tiga daerah iaitu Hulu Terengganu, Setiu dan Besut  supaya seimbang pembangunan dan kemajuan seperti daerah lain.“Antaranya  memberi fokus untuk merapatkan jurang antara masyarakat luar bandar dan bandar melalui pelbagai program yang sedang dan bakal dirancang.“Masyarakat yang tinggal di kawasan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu tidak boleh bercita-cita untuk memiliki daerah seperti Kemaman yang maju dengan penglibatan pelbagai industri petroleum dan gas serta Kuala Terengganu yang mempunyai pusat pentadbiran kerajaan,”katanya.Menurutnya, ini kerana tiga daerah itu memiliki kedudukan, bentuk geografi dan kepadatan penduduk yang berbeza untuk membina pelbagai kemudahan seperti lapangan terbang dan pusat pengajian tinggi.“Bagaimanapun  kerajaan negeri sentiasa bersikap terbuka dan mengambil cakna perihal penduduk di tiga kawasan terbabit dengan menumpukan empat bidang utama yang dianggap mampu menambah pendapatan penduduk dan seterusnya mampu keluar daripada kelompok kemiskinan.“Sektor pertanian, perladangan, perikanan dan penternakan antara bidang yang boleh membantu golongan B40 untuk meningkatkan pendapatan,” katanya.
15 Apr 19
200
Empty Image
Tiada Lagi Dendam, Layan Rakyat Dengan Adil
Dr Azman IbrahimOleh : Hidayah AzlinFoto : Ariss AliasSETIU, 15 April - Kerajaan Terengganu terus mengorak langkah dengan melaksanakan keadilan tanpa dendam kepada semua rakyat dalam usaha membina sebuah negeri yang maju, berkat dan sejahtera.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlulah sentiasa berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat terutama di peringkat kampung.Jelasnya, setiap anggota masyarakat berhak untuk mendapat layanan dan hak yang sama meskipun berbeza agama, fahaman politik dan juga bangsa.“Sekiranya ada anak buah di kampung datang dengan sesuatu hajat, meminta pertolongan dan kita bertanya mengundi apa pilihan raya umum lalu, ini adalah ciri pengerusi MPKK yang gagal.“Bukan mudah untuk kita ubah cara orang kampung berfikir, tapi saya sangat optimis bahawa pemikiran positif ini sedikit demi sedikit akan diterapkan dalam masyarakat orang kampung,” ujar beliau.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Karnival Setiu Sejahtera di Dataran Budaya Rhu 10, di sini, kelmarin.  Beliau berkata, keadilan adalah  kepada semua rakyatTurut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Shafizi Ismail.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, amanah kepimpinan ini bukanlah satu ‘tassyrif’ ataupun kebolehan tetapi ia merupakan ‘taklif’ iaitu tanggungjawab yang akan dijawab di hadapan Allah.Katanya, untuk membina masyarakat yang memandang ke hadapan dan melaksanakan keadilan, kisah lama itu perlu ditutup kerana jika diungkit kembali ia tidak memberi sebarang makna.“Kita yang berada dalam satu pasukan perlu meletakkan satu nokhtah dalam perkara yang memualkan dalam masyarakat ini.“Mulai hari ini, tidak ada dendam, tidak ada balas dendam cuma yang kita nak bagi adalah keadilan kepada semua rakyat,” tambah beliau.
15 Apr 19
31
Empty Image
Terengganu Jadikan Rakyat Rakan Kongsi
Oleh: Aslam WiraMARANG, 15 April - Kerajaan negeri menjadikan rakyat sebagai rakan kongsi dengan mendengar pandangan mereka dalam banyak pertemuan ke arah merealisasikan Terengganu negeri maju, berkat dan sejahtera. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali berkata, rakyat adalah penilai terbaik bagi tiga kerajaan yang berbeza termasuk kerajaan di bawah Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) khususnya di Pahang, Perlis, Terengganu dan Kelantan."Di negeri-negeri berkenaan rakyat boleh menilai bagaimana parti-parti tersebut memerintah dan parti manakah yang lebih baik mentadbir negeri supaya di masa akan datang mereka lebih berhati-hati untuk memilih parti pemerintah," ujarnya.Beliau berkata demikian di majlis dialog bersama rombongan dari Pusat Pengajian Al-Quran Al-Hasani, Negeri Sembilan dan Peserta Bakti Siswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak di Dewan Banat Maahad Darul Quran Rusila, di sini, baru-baru ini.Turut hadir, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Mohamad Embong, Setiausaha Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang, Wan Nelang Abd Rahman dan Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng.Menurut Yahaya, sebelum pembentangan bajet 2019 baru-baru ini, kerajaan negeri telah mengadakan sesi dialog ke seluruh negeri dan negara  untuk mendapat pandangan dari rakyat Terengganu mengenai perbelanjaan yang diperlukan rakyat."Sewaktu perangkaan bajet dahulu, sesi jelajah ke setiap daerah, zon dan negeri-negeri telah diadakan bagi melihat apa yang rakyat mahukan atau pun pandangan mereka sebagai maklumat bermanfaat untuk bajet yang sedang dirancang mahupun yang telah diluluskan. "Jadi inilah apa yang kita maksudkan sebagai rakan kongsi," jelasnya.Katanya, ini semua adalah usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan kepada rakyat dan menjadikan rakyat sebagai rakan kongsi, bukan satu entiti yang terpisah dari kerajaan.
14 Apr 19
44
Empty Image
Pusatkan Pentadbiran Industri Petroleum Di Terengganu - Haji Amzad
 Haji Ahmad AmzadKUALA TERENGGANU, 15 April - Kerajaan Persekutuan perlu membangunkan segera industri maritim di Terengganu kerana rizab petroleum dan gas lebih banyak ditemui di tengah laut perairan negeri ini pada masa hadapan.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, perkembangan itu akan memerlukan prasarana maritim yang lengkap dan dapat memenuhi saiz pasarannya kelak."Industri sebegini tidak mampu dibangunkan hanya secara inisiatif pihak swasta bersendirian. Ia perlu cetusan modal yang besar dari kerajaan melalui projek-projek perintis seperti dilakukan di Lumut, Perak dan Johor," katanya.Beliau menyuarakan pandangan bernas itu dalam Program Bicara Darul Iman yang bertajuk 'Ekonomi Bumiputera Agenda Nasional' di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, di sini,semalam.Turut hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Tun Daim Zainuddin, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, pegawai kanan kerajaan negeri dan orang awam.Amzad berkata, beliau memfokuskan kepada keperluan membangunkan segera industri maritim itu berikutan  potensi rizab minyak dan gas yang semakin banyak di tengah laut Terengganu. Katanya, Terengganu sudah terlalu lama menjadi pemerhati dalam industri petroleum dan tidak aktif dalam perbekalan dan perkhidmatan dalam industri itu. Oleh yang demikian, Kerajaan Pusat sepatutnya memberi peluang kepada negeri ini untuk menjadi pemangkin kepada industri berkenaan."Dalam respon Tun Daim, beliau bersetuju dengan saya, kenyataan ekonomi yang boleh melonjak ekonomi Terengganu adalah perbekalan dan perkhidmatan dalam industri Petroleum."Malah beliau secara berseloroh menyebut, cara paling mudah adalah Perdana Menteri lantik dari Terengganu," katanya.Haji Ahmad Amzad bersetuju cadangan tersebut kerana berhasrat mencadangkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar pemusatan semua aktiviti pentadbiran industri petroleum tidak lagi di Kuala Lumpur."Saya nak cadangkan kepada Perdana Menteri supaya pemusatan semua aktiviti pentadbiran industri Petroleum jangan lagi di Kuala Lumpur. "Pusatkan di negeri pengeluar , Terengganu. Urusan tender, mesyuarat utama, 'exhibition oil and gas' yang utama dan besar-besar, khidmat nasihat dan perbekalan, semua berkampung di Terenggganu. Ini kerana ia boleh mengalih bebanan yang besar kesesakan di Lembah Klang," jelasnya.Katanya, syarikat petroleum yang berkaitan sepatutnya  didaftar di Terengganu dan membayar cukai koperat melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Terengganu."Selama ini mesyuarat, pentadbiran di Kuala Lumpur tetapi kutip hasil dari bahan petroleum mentah hingga kerja-kerja 'upstream' yang bernilai puluhan billion setahun di perairan Terengganu begitu juga 'downstream', tetapi 'corporate account, semua di Kuala Lumpur. "Kemudian masing-masing bersungut “oh, Terengganu sumbang cukai sikit jer kepada Persekutuan!" ujar beliau lagi.
14 Apr 19
120
Empty Image
Lesen Motosikal Percuma Akan Diteruskan
KUALA TERENGGANU, 15 April- Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera  (LMTS) bakal diteruskan pada tahun depan mengikut keperluan rakyat Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata LMTS yang menjadi janji manifesto PAS memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat yang kurang berkemampuan, malah setiap peserta akan dilindungi insurans sepanjang mengikuti kursus LMTS.“Untuk tahun hadapan, berapa orang bakal mendapat manfaat dari LMTS, kita belum dapat pastikan sebab belum tahu jumlah termasuk cadangan bajet yang bakal dibentangkan pada tahun 2020.“Namun pihak kerajaan negeri bersedia memberi keutamaan kepada pemohon-pemohon yang gagal baru-baru ini dengan mengisi semula borang sama ada mengemas kini maklumat yang diperlukan nanti,”katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera  (LMTS) Tahun 2019 di Batu Buruk Driving Academy (BBDA), Batu Buruk, di sini hari ini.Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi dan wakil Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).Tambah beliau, selepas peserta mendapat maklumat berjaya dalam permohonan itu, mereka boleh mendapatkan baucer daripada pejabat daerah masing-masing."Kemudian baucer itu dibawa ke institut memandu yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri, melibatkan 12 buah di seluruh Terengganu.“Sehinggalah mereka lulus ujian berkomputer terlebih dahulu dan selepas mereka mendapat lesen 'L',  mereka boleh pula pergi ke pejabat daerah untuk menuntut baucer yang kedua dan seterusnya perlu menjalani ujian dan latihan sehingga mereka dapat lesen penuh,”katanya lagi.Ketika diminta mengulas keperluan untuk menambah institut memandu di negeri ini memgikut keperluan, Wan Sukairi berkata pusat latihan memandu sedia ada sudah mencukupi dan hanya akan dinilai semula sekiranya diperlukan pada masa akan datang.Untuk rekod, LMTS merupakan satu daripada 20 manifesto kerajaan PAS yang dijanjikan untuk  rakyat negeri Terengganu.Sebanyak 12 janji manifesto tersebut telah dilaksanakan dan sedang berjalan secara berperingkat hanya dalam tempoh hampir setahun pemerintahan PAS di Terengganu.Jumlah pemohon program tersebut sehingga 1 Mac baru-baru ini seramai ialah 49,193 orang dan daripada jumlah itu, kerajaan negeri memilih hanya 25 ribu orang sahaja pemohon berdasarkan jumlah bajet 2019 yang ditetapkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu terdahulu.Daripada jumlah tersebut, Kemaman mencatat permohonan tertinggi iaitu 8,484 permohonan, manakala Hulu Terengganu  merekodkan permohonan paling rendah iaitu sebanyak 4,189 orang.
14 Apr 19
155
Empty Image
Tun Daim Beri Bayangan Jajaran ECRL Di Terengganu Kekal
Tun Daim Zainuddin.KUALA TERENGGANU, 14 April - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan melalui negeri Terengganu dijangka akan dikekalkan.Pengerusi Majlis Penasihat Negara, Tun Daim Zainuddin memberi bayangan terhadap perkara itu dengan mengatakan bahawa segalanya akan mengikut seperti perancangan awal.Jelasnya, stesen ECRL yang berfungsi untuk kargo dan penumpang itu akan dimuktamadkan sepenuhnya pada sidang media oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad esok.“Saya tahu banyak di pantai timur, termasuk Terengganu, berminat supaya projek ini diteruskan dan laporan bahawa ECRL akan diteruskan disambut baik dengan kegembiraan di pantai timur.“Saya juga baca laporan yang mengatakan saya tinggalkan Terengganu dalam projek ini, ECRL bermaksud East Cost Rail Link, kalau Terengganu tak dimasuk bukan east cost,” jelasnya. Ahmad Samsuri turut berucap dalam program itu.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bicara Darul Iman yang bertajuk Ekonomi Bumiputera Agenda Nasional di Dewan Konvensyen, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir dalam majlis itu ialah Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya dan Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md Azhar.Hadir sama ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Parlimen Terengganu, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai jabatan negeri.Tun Daim turut berkata, projek ECRL adalah projek untuk meningkatkan dan mengembangkan taraf ekonomi bumiputera terutamanya di pantai timur.Jelasnya, peluang usahawan bumiputera di pantai timur untuk membuktikan keupayaan dan bersaing dalam industri tersebut akan meningkat.“Industri sampingan seperti 'homestay', makanan, pengangkutan dan runcit pasti akan berkembang dengan adanya ECRL, di mana usahawan, baik besar ataupun kecil akan terdedah kepada lebih banyak peluang,” katanya. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad turut mengambil bahagian dalam sesi soal jawab.Menjawab persoalan mengenai kos tambang ECRL, Tun Daim berkata, tanggungjawab itu pastinya perlu dipikul oleh kerajaan dalam mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh rakyat.“Dulu kita buat kajian, kos satu perjalanan menelan belanja sebanyak RM500 (ke Kuala Lumpur), tapi projek untuk rakyat, selalunya projek pengangkutan untuk rakyat akan diberi subsidi,” tambah beliau.Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri pada Jumaat lalu mengumumkan Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan China Communications Construction Company Ltd memeterai perjanjian tambahan yang membuka jalan bagi menyambung semula projek ECRL.
14 Apr 19
474
Empty Image
Facebook, Instagram Dan WhatsApp Bermasalah Untuk Diakses
Hari ini (Ahad) merupakan hari yang kurang baik bagi pengguna media sosial berikutan pelbagai perkhidmatan tergendala dan mengalami masalah untuk diakses oleh pengguna di seluruh dunia, termasuk Malaysia.Selain Facebook antara perkhidmatan yang terjejas seperti Instagram dan juga WhatsApp.Bagaimanapun, Facebook sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang komen lagi berkaitan masalah itu.Sebelum ini, kira-kira sebulan lalu ketiga-tiga perkhidmatan ini turut menghadapi masalah untuk diakses sebelum pulih sepenuhnya beberapa jam kemudian.Bagi anda yang menggunakan ketiga-tiga perkhidmatan ini, adakah komunikasi anda terjejas hari ini? Atau anda menggunakan perkhidmatan alternatif untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan anda?
14 Apr 19
78