lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Dr. Samsuri Jelaskan Pertemuan Dengan PM
KUALA TERENGGANU, 12 Mei - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan pertemuannya dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada 10 Mei lalu bertujuan berbincang pelbagai perkara berkaitan kepentingan negeri Terengganu.Menurut Ahmad Samsuri, pertemuan empat mata selama sejam itu mendapat respon positif daripada Tun Dr. Mahathir walaupun tiada apa-apa keputusan dicapai pada pertemuan tersebut.Ahmad Samsuri berkata, secara umumnya ia adalah perbincangan yang sangat menarik dan positif terhadap apa jua yang diutarakan termasuklah pandangan dari Perdana Menteri sendiri yang mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam proses memperkasa ekonomi masyarakat.“Antara perkara yang disentuh termasuklah tentang bagaimana kita seharusnya mengambil langkah untuk memperkukuhkan ekonomi masyarakat terutamanya masyarakat desa yang memerlukan satu lonjakan dalam tindakan daripada pihak kerajaan sama ada pihak kerajaan negeri ataupun pusat.“Dengan mengambil kira bahawa kedudukan negeri Terengganu yang menerima wang tunai petroleum atau royalti sejak tahun 70-an lagi, tetapi tidak banyak berubah dari segi pergerakan terhadap struktur masyarakat seperti data kemiskinan dan sebagainya itu yang tidak begitu pantas berbanding dengan apa sepatutnya setelah negeri ini menerima wang petroleum sejak sekian lama,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Publisiti & Penyertaan Awam Laporan Pemeriksaan Draf Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2050 (Kajian Semula) di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Ketua Pengarah PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa), Dato’ TPr. Rokibah Abdul Latif, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd. Zahari Md. Azahar dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr. Alias Razak.Katanya, setiap pandangan yang diberikan oleh Perdana Menteri akan diperhalusi oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan taraf kehidupan masyarakat negeri ini.Sementara itu, dalam status yang dimuat naik di akaun facebook dan instagram miliknya dua hari lalu, beliau turut menjelaskan perkara lain yang dibincangkan antaranya hala tuju pelaburan luar dengan Terengganu selain projek di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) di bawah Teras V.Begitu juga berkaitan isu wang tunai petroleum, baki pinjaman oleh pihak Kerajaan Persekutuan untuk projek Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), projek Khazanah di Terengganu dan pemerkasaan ekonomi penduduk tempatan."Terima kasih atas panduan dan pandangan dari YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri."Semoga rayuan kami rakyat Terengganu diberi pertimbangan yang adil dan sewajarnya," tulisnya lagi.
11 May 19
172
Empty Image
PITAS 2030 Dalam Rancangan Struktur Terengganu 2050 - MB
KUALA TERENGGANU, 12 Mei - Kerajaan negeri akan mengambil kira dasar Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS) 2030 dalam pelaksanaan Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2050 yang sedang dirangka ketika ini.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, model polisi dan pentadbiran jangka panjang bagi menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera menjelang 2030 itu akan diperincikan bagi membolehkan peranannya diharmonikan dengan Rancangan Struktur tersebut.Katanya, selain pandangan rakyat, maklum balas dan perancangan pihak berkepentingan termasuk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menerusi Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) turut diberi perhatian oleh kerajaan negeri. “Pandangan itu akan diperincikan, diperhalusi dan diambil kira dalam menyediakan Rancangan Struktur sebenar.“Yang penting adalah kita mendapat pandangan daripada rakyat dan dalam masa sama maklum balas serta perancangan daripada pihak lain seperti ECER dan MRL termasuk dasar serta falsafah kerajaan negeri melalui PITAS 2030 yang akan turut diambil kira dalam memastikan rancangan ini bertepatan dengan apa yang diperlukan kerajaan negeri,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Publisiti & Penyertaan Awam dan Laporan Pemeriksaan Draf Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2050 (Kajian Semula) di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Ketua Pengarah PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa), Dato’ TPr. Rokibah Abdul Latif, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Penasihat Undang-Undang negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd. Zahari Md. Azahar dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr. Alias Razak.Menurut Ahmad Samsuri, semua pihak yang berkepentingan diberi peluang untuk meneliti, menyemak dan mengemukakan maklum balas terhadap Draf Rancangan Struktur itu dalam tempoh empat minggu bermula awal bulan ini hingga 2 Jun depan.Katanya, semakan boleh dibuat di 10 lokasi iaitu di Pejabat PLANMalaysia (Tingkat 4, Wisma Negeri), lobi utama semua tujuh pihak berkuasa tempatan (PBT), lobi Wisma Darul Iman dan lobi utama Pusat Transformasi Bandar (UTC).Sementara itu, Rokibah berkata, Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2050  dijangka dapat disiapkan pada Oktober depan dan akan sekali lagi dibawa bagi dibentangkan kepada orang awam untuk pandangan dan bantahan.“Draf ini antara lain mencadangkan konsep dan strategi pembangunan untuk mengukuhkan wilayah di Terengganu. Kita mengetengahkan Kuala Terengganu sebagai zon promosi pembangunan dan akan turut membangunkan bersama wilayah Utara membabitkan Setiu dan Besut di samping Barat (Hulu Terengganu) dan Selatan (Kemaman dan Dungun).“Kita juga mengenal pasti kawasan yang sesuai atau tidak sesuai untuk dibangunkan dan apakah strategi untuk mengatasi isu termasuk banjir dan lain-lain di samping mengambil kira manfaat projek ECRL yang akan diteruskan bagi membolehkan kita menjana pembangunan di Terengganu,” katanya.
11 May 19
828
Empty Image
Peranan Ibu Penting Dalam Menjayakan Moto Terengganu - MB
KUALA TERENGGANU, 12 Mei - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengiktiraf peranan kaum ibu dalam institusi keluarga termasuk merealisasikan moto negeri 'Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'.Katanya, sebagai ketua kerajaan, beliau mengiktiraf peranan ibu dalam institusi keluarga sambil menyifatkannya sebagai amat besar dan cukup penting dalam merealisasikan moto kerajaan negeri itu."Juga terima kasih buat ummi saya, Puan Hajjah Safiah Abd Latif atas jasa, kesabaran dan pengorbanan yang tidak tertulis nilainya. Ibu, anda adalah segalanya."Selamat Hari Ibu kepada semua insan yang bergelar ibu," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika meraikan Hari Ibu dalam status Instagram dan Facebooknya hari ini.
11 May 19
269
Empty Image
ADUN Bandar Santuni Petugas Malam Agih Juadah Sahur
Ustaz Ahmad Shah (dua dari kanan) menemui anggota polis di Balai Polis Chabang Tiga sempena Program Singgah Sahur.Oleh : Syed Abdul Rahman dan Ariss Alias KUALA TERENGGANU, 12 Mei - Sebagai menghargai tugas penjawat awam yang berkhidmat pada waktu malam, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed turun padang bagi menemui golongan sasar itu  menerusi program singgah sahur yang bermula jam 1 hingga 3 pagi, semalam.  Dalam program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) itu, beliau singgah di beberapa balai polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta sekolah kebangsaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar itu bagi menemui anggota polis, bomba, Ikatakan Relawan Rakyat (Rela) dan pengawal keselamatan bagi mengagihkan makanan untuk bersahur.Program itu turut disertai Penyelaras i-MiTS, Syed Hassan Mohamad dan Belia i-MiTS Bandar, Muhammad Suhaimi Ghazali.Ustaz Ahmad Shah (dua dari kanan) menyampaikan bungkusan makanan sahur kepada anggota Rela yang mengawal di JPJ Kuala Terengganu.Sebanyak 60 bungkus makanan sahur diedarkan kepada petugas berkenaan. Kesemua penjawat awam berkenaan teruja dan menyambut baik usaha murni tersebut.Sementara itu di Setiu, Pegawai Hal Ehwal Belia i-MiTS DUN Langkap, Baihaqiey Ahmad pula mengetuai Program Kembara Pertubuhan Sahabat Komuniti Sejahtera DUN Langkap (Pemula), Berkat Sahur 1.0, turut menemui anggota polis, pengawal keselamatan sekolah dan pekerja stesen minyak di Mukim Chalok 1 untuk menyampaikan sumbangan makanan sahur.Baihaqiey berkata, sebanyak 40 bungkus makanan sahur  diagihkan kepada mereka berkenaan dengan bantuan tujuh nggota  Pemula Sejahtera.
11 May 19
40
Empty Image
Teroka Sumber Pertanian Baharu, Tampung Krisis Harga Sawit Dan Getah
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 12 Mei - Terengganu akan menerokai tanaman pertanian baharu bagi menampung krisis kejatuhan harga sawit dan getah yang memberi tekanan terhadap peladang.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ketidakstabilan harga getah dan sawit yang berpanjangan dalam pasaran menyebabkan terdapat perubahan terhadap tumpuan utama sektor itu.Jelasnya, penjenamaan tanaman kontan dan kekal adalah inisiatif  baharu yang perlu diceburi bagi mengatasi masalah tersebut."Dengan itu, kita perlu melihat fokus serta tumpuan lain apabila merancang untuk pembukaan tanah pertanian baru."Dalam Pelan Strategik Hala Tuju Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023 memberi tumpuan terhadap tanaman yang menyumbang kepada pengeluaran makanan negeri."Samada tanaman kontan atau kekal, itu akan dilihat dan diusahakan bagi membantu para peladang menjana pendapatan mereka," ujar beliau.Beliau berkata demikian melalui laman rasmi Facebook beliau, semalam.Azman berkata, tanaman kontan dapat memberi pulangan harian dan ia membolehkan peladang terus memperoleh pendapatan, sekali gus tidak terjejas teruk dengan kejatuhan harga sawit dan getah.Katanya, anak muda adalah golongan yang digalakkan untuk menceburi tanaman tersebut di ladang masing-masing."Generasi muda lebih digalakkan untuk menceburi bidang tanaman kontan kerana ia membuahkan hasil yang cepat serta memberi pulangan ekonomi dalam tempoh yang singkat."Saya berharap anak muda yang menceburi bidang ini terus cekal untuk membuktikan bahawa bidang ini bukan kerjaya orang gagal," katanya lagi.
11 May 19
34
Empty Image
Bomba Tumpu Pemeriksaan Pasar Raya Seluruh Terengganu
KUALA TERENGGANU, 12 Mei – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Terengganu memeriksa sebanyak 50 peratus pasar raya  dalam Program Keselamatan Kebakaran Bangunan di seluruh negeri ini bagi memastikan aspek keselamatan kebakaran dalam keadaan baik.Timbalan Pengarah JBPM negeri, Sharikan Bustaman berkata, aspek keselamatan perlu dipertingkatkan bagi memastikan tahap keselamatan premis sentiasa dalam keadaan baik berikutan menjadi lokasi tumpuan ramai pada musim perayaan."Lazimnya pada bulan Ramadan premis pasar raya menjadi tumpuan orang ramai tetapi, di Terengganu ini jumlahnya tidak banyak dan Alhamdulillah kira-kira 50 peratus telah diperiksa setakat seminggu umat Islam berpuasa dan kerja-kerja pemeriksaan sempena Hari Raya Aidilfitri itu dijangka dapat diselesaikan pada minggu depan."Kebanyakan pasar raya yang diperiksa patuh kepada jadual penyelenggaraan yang ditetapkan untuk membolehkan mereka memperbaharui sijil kelayakan menduduki bangunan dan boleh dikatakan kesemuanya layak untuk mendapatkan sijil perakuan bomba," katanya.SharikanBeliau berkata  kepada pemberita selepas program Jom Jengoh Sahur anjuran Pertubuhan Karyawan Kreatif Terengganu Darul Iman (Karyawan) dengan kerjasama Hotel Permai dan Hotel Primula di sini Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, di sini baru-baru ini.Dalam program tradisi tahunan itu, sebanyak 200 pek makanan diagihkan kepada anggota JBPM Terengganu di samping pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, kakitangan Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan pengawal keselamatan.Turut hadir, Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abdul Rahman dan Pengurus Besar Hotel Primula Beach Hotel, Suaibah Harun.Sharikan memberitahu, dalam usaha JPBM mencapai sasaran sifar kebakaran pada musim perayaan kali ini, pihaknya turut mengadakan pelbagai program kesedaran awam di pasar malam dan bazar Ramadan bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya kebakaran.“Di samping itu juga, bomba turut memperkasakan kempen keselamatan di air di samping akan meningkatkan pengawasan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini di kawasan tumpuan pelancong terutama di pantai,”ujarnya.
11 May 19
67
Empty Image
MB Terengganu Berbuka Puasa Bersama Rakyat Kampung Pulau Panjang
MB (tengah) bersalaman dengan orang ramai di perkaranganperkarangan Masjid An-Nur, Kampung Pulau Panjang, Jerteh Besut.BESUT, 10 Mei - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Abd Rahman bergegas dari Kuala Lumpur ke Masjid An-Nur Pulau Panjang,  Jerteh di sini untuk berbuka puasa bersama penduduk kampung kelahiran beliau itu.Katanya, beliau menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus ke Kota Bharu,  Kelantan untuk mempercepatkan perjalanan supaya sempat berbuka puasa di situ."Jika mengikut jadual asal saya terus sahaja ke sini tetapi semalam saya terpaksa terbang ke Kuala Lumpur untuk pertemuan dengan Perdana Menteri hari ini," katanya.MB (kanan) menyampaikan sumbangan kepada seorang anak  yatim  di Masjid  An-Nur Pulau Panjang,  Jerteh Besut.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Bantuan Anak Yatim dan Fakir Miskin Kampung Pulau Panjang, di masjid berkenaan hari ini. Dr Ahmad Samsuri sempat menyampaikan bantuan kepada empat orang anak yatim dari 18 orang penerima sebelum waktu berbuka di masjid itu. Di samping itu, beliau turut mengisytiharkan peruntukan penambaikan masjid itu dengan jumlah besar yang dirahsiakan. Dr Ahmad Samsuri ketika mengimbau kembali zaman kanak-kanak menyatakan bahawa beliau pernah belajar mengaji al-Quran di sebuah bangsal khas di tepi masjid itu.Penduduk Kampung Pulau Panjang, Jerteh berbuka puasa di perkarangan Masjid An-Nur. Bagaimanapun bangsal berkenaan sudah tiada dan begitu juga rumah tempat kelahiran beliau.Kira-kira 300 orang penduduk kampung berkenaan hadir berbuka puasa di perkarangan masjid berkenaan.
10 May 19
426
Empty Image
300 Umat Islam Bantah Kebiadapan Israel
Nasir Abdul Razak (tiga dari kiri) berucap memberi amaran kepada Israel.KUALA TERENGGANU, 10 Mei - Lebih 300 umat Islam berkumpul di Masjid Pengadang Baru petang tadi bagi membantah dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang menyerang dan membunuh penduduk Palestin di Gaza pada awal Ramadan.Pengarah Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Nasir Abdul Razak menegaskan, himpunan itu adalah sebagai tanda kebersamaan dan solidariti umat Islam bersama rakyat Gaza yang ditindas saban waktu.Beliau turut memberi peringatan, tindakan tentera Israel merupakan perbuatan keji yang akan ditentang habis-habisan oleh seluruh umat Islam di serata dunia.“Himpunan kita pada petang ini sebagai rintihan dan bantahan kita terhadap keganasaan yang dilakukan terhadap penduduk dan juga sahabat kita di Palestin khususnya di Gaza.“Palestin adalah jantung kita, sekali mereka disakiti dan dizalimi maka kita pun akan terjejas sama, dan kita akan bertindak balas dengan tindakan itu, mereka (Israel) sebenarnya menggali kubur mereka sendiri,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam himpunan aman selepas solat Jumaat yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Terengganu di perkarangan masjid berkenaan.Nasir yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu menyeru kepada seluruh umat Islam yang ada di Terengganu untuk terus bangkit bersama warga Gaza.“Kita berdoa di bulan Ramadan yang penuh berkat ini supaya kebangkitan islam berlaku, kita yakin itu akan berlaku, kebangkitan itu akan lebih utuh sekiranya kita bersatu, bersatu akan melahirkan kekuatan untuk kebangkitan yang hebat,” tambah beliau.Penunjuk perasaan bantahan melaungkan takbir dan mengibar bendera Palestin, sepanduk, kain rentang dan poster sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin.Sehingga kelmarin, sekurang-kurangnya 27 terkorban manakala 256 yang lain cedera dalam serangan rejim pengganas Israel di Semenanjung Gaza, selepas mayat sepasang suami isteri ditemukan di bawah runtuhan bangunan, kata Kementerian Kesihatan Palestin.Menjelang awal Ramadan lalu, pesawat perang Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa kawasan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), kononnya sebagai tindak balas terhadap penggunaan belon berisi bahan bakar dari wilayah dikepung itu.Susulan serangan itu, dua roket dilepaskan dari Gaza ke selatan wilayah Israel, sebelum jet pejuang Zionis membalas semula serangan berkenaan pada Jumaat lalu sehingga membunuh dua anggota tentera Hamas.Keadaan terus tegang, apabila 90 roket ditembak dari Gaza ke wilayah Israel pada Sabtu, dan pertempuran sengit bermula apabila Zionis melancarkan serangan kali ketiga ke atas Gaza beberapa jam kemudian.
10 May 19
37
Empty Image
Pertemuan MB - PM Supaya Pertimbang Hasrat Rakyat Terengganu
PUTRAJAYA, 10 Mei - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bertemu mata dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perjumpaan santai selama satu jam bagi mendapatkan panduan dan rayuan berhubung beberapa perkara, di Pejabat Perdana Menteri, hari ini.Menurut beliau, pertemuan itu berkait beberapa isu termasuk hala tuju pelaburan pihak luar negara ke Terengganu.Malah, Dr. Samsuri juga memberitahu, mereka turut membincangkan projek di bawah 'Rolling Plan RMK11' di bawah Teras V, isu wang tunai petroleum, baki pinjaman Kerajaan Persekutuan untuk projek Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), projek Khazanah di Terengganu dan pemerkasaan ekonomi penduduk tempatan."Terima kasih atas panduan dan pandangan dari YAB Perdana Menteri."Semoga rayuan kami rakyat Terengganu diberi pertimbangan yang adil dan sewajarnya," kata beliau lagi.
10 May 19
86
Empty Image
Muhasabah Setahun Pentadbiran Kerajaan PAS Terengganu - MB
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan kepimpinan kerajaan negeri idam "Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera". Foto - Media MBPerutusan Setahun Pentadbiran Kerajaan TerengganuAlhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT, di atas limpah kurniaan-Nya kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran yang baharu telah mencapai usia setahun pemerintahannya.Sudah pasti tahun yang pertama ini pelbagai pengalaman pahit dan manis telah kita kecapi dalam menguruskan negeri. Setidak-tidaknya kita sudah dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta ancaman dan peluang yang ada untuk diambil tindakan sewajarnya pada masa akan datang.Saya juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak bermula daripada pegawai, kakitangan, pimpinan masyarakat, korporat dan seluruh rakyat yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang setahun pentadbiran ini.Tahun ini, kita meraikan setahun pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu dalam bulan Ramadan. Sangat bertepatan untuk kita melakukan muhasabah terhadap prestasi diri dan juga prestasi Kerajaan Negeri.Dalam tempoh ini, prestasi semua agensi mesti dinilai dan dilakukan penambahbaikan untuk memastikan negeri Terengganu terus bergerak menuju matlamatnya “Maju, Berkat dan Sejahtera”.Marilah kita mengambil semangat daripada saranan Nabi Muhammad SAW untuk menghidupkan bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesungguhan, dan seterusnya kita terjemahkan dalam membangunkan negeri Terengganu ini.Akhirnya, saya mengajak semua pihak untuk sama-sama kita berdoa dan bermunajat dalam bulan yang mulia ini agar kepimpinan negeri dan rakyat diberikan petunjuk oleh Allah SWT untuk menunaikan amanah kepimpinan ini.“Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”Dr Ahmad Samsuri bin MokhtarMenteri Besar Terengganu
09 May 19
397