lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Struktur Semula Anak Syarikat, Mampu Jimat RM150 Juta - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 9 Mei - Penstrukturan semula 50 anak syarikat kerajaan negeri (GLC) yang sebelum ini dikenal pasti tidak aktif dalam aktiviti perniagaan dijangka mampu menjimatkan sumber kewangan sehingga RM150 juta.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penjimatan itu diperoleh hasil penstrukturan semula anak syarikat kerajaan melalui penutupan dan penggabungan, namun syarikat yang masih berpotensi masih terus beroperasi.“Sejak beberapa tahun lalu sebelum kita ambil alih pentadbiran, kerajaan terpaksa suntik RM150 juta setahun kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri. Bayangkan, jika kita boleh kurangkan sehingga angka 'zero', kita boleh jimat sehingga RM150 juta.“Wang itu pula kita boleh salurkan untuk kegunaan lain seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan dan apa jua yang boleh diberikan kepada rakyat,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Iman, di sini semalam.Menyifatkan ia sebagai antara cabaran yang perlu ditempuh selepas memerintah Terengganu, katanya, sekiranya anak-anak syarikat yang tidak aktif ini tidak ditutup, ia tidak dapat membantu menyelamatkan wang kerajaan.“Apabila kita ambil alih kerajaan, kita mengenal pasti kelemahan-kelemahan dan baiki struktur dan cara pengurusan kerajaan. Kita kenal pasti projek-projek yang sebelum ini memberi kesan yang besar walaupun mungkin sesetengah orang tak nampak.“Dengan mengenal pasti kelemahan ini, kita dapat bekerja secara lebih efisien tanpa terpaksa keluarkan duit yang banyak untuk menyelamatkan atau untuk tutup kelemahan-kelemahan yang berlaku sebelum ini,” katanya.Terdahulu, Ahmad Samsuri memaklumkan lebih 50 anak syarikat milik Kerajaan Terengganu yang tidak lagi aktif dalam sebarang aktiviti perniagaan akan ditutup dalam usaha menjimatkan perbelanjaan.“Kebanyakan syarikat berkenaan adalah anak syarikat di bawah Terengganu Inc dan menjalankan perniagaan yang hampir serupa antara satu sama lain menyebabkan berlaku persaingan yang tidak sihat,” katanya.
08 May 19
94
Empty Image
Kakitangan WDI Tidak Jadi Berpindah Ke Bangunan Baharu
KUALA TERENGGANU, 8 Mei- Keputusan kerajaan negeri untuk tidak memindahkan kakitangan keBangunan Wisma Darul Iman (WDI) yang baharu di Kampung Tanjung, dekat sini, mampu menjimatkan kos antara RM30 juta hingga RM40 juta.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata bangunan WDI setinggi 30 tingkat yang hampir 90 peratus siap itu pada awal cadangan pembinaan adalah Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) membabitkan kos pembinaan RM180 juta.Katanya, disebabkan pertukaran Menara MBKT kepada Bangunan WDI, kos sedia ada terpaksa ditambah sehingga nilaian mencecah kos RM210 juta.“Memandangkan nilaian itu terlalu tinggi, kerajaan negeri dengan persetujuan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengekalkan cadangan asal iaitu kekal kepada Menara MBKT yang dijangka siap pertengahan tahun depan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan  MMKN, di WDI, hari ini.Dalam laporan teganukita pada 26 Disember tahun lalu, pembinaan projek bangunan Wisma Darul Iman (WDI) yang baharu di Kampung Tanjung, dekat sini, berketinggian 30 tingkat membabitkan kos RM210 juta kini lebih 80 peratus siap.Projek di kawasan seluas 2.2 hektar dan dimulakan pada pertengahan 2017 itu, pada awalnya dijangka siap pada Mei tahun depan, bagaimanapun terpaksa dilanjutkan tempoh  sehingga Jun 2020 berikutan berdepan masalah kewangan dan beberapa teknikal.Pada masa sama, kelewatan itu turut berpunca daripada pertukaran projek Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kepada bangunan WDI dengan persetujuan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)  pada 24 Mei tahun lalu.
08 May 19
1990
Empty Image
Terengganu Tidak Bercadang Laksana Penutupan Sementara Premis Kedai Makan Untuk Terawih - MB
KUALA TERENGGANU, 7 Mei - Kerajaan negeri tidak bercadang untuk melaksanakan arahan penutupan sementara premis kedai makan dan restoran bermula jam 8.30 hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan tahun ini sebagaimana Kerajaan Kelantan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, buat masa ini, Terengganu tidak mempunyai  keperluan untuk melaksanakannya  dan  tidak bercadang untuk melakukannya atas sebab-sebab tersendiri.“Mengenai perkara ini, saya cuma mengetahuinya dari media sosial dan akan dapatkan penjelasan daripada rakan-rakan di sana tetapi buat masa ini kita tiada keperluan untuk melaksanakannya  dan kita tidak bercadang untuk melakukannya di sini.“Kita kena tengok suasana setempat dan setiap negeri ada keunikan tersendiri. Ada yang perlu dipertimbangkan dan kalau berlaku di pantai barat tentulah ada fleksibiliti tertentu yang perlu difikirkan. Saya rasa Kelantan buat demikian, mereka ada sebab tersendiri dan wajar tanya mereka apa sebabnya,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu Tahun 2019 ( kali ke 40 ) dan hadiah kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) & Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 di dewan besar Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat; Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin; Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim.Tambahnya lagi, keperluan itu timbul jika ada sebarang masalah dan Terengganu tidak mempunyai masalah dan jika ada timbul perkara ini pada masa  akan datang , ia akan cuba diselesaikan dengan cara yang sesuai, dengan cara nasihat atau peraturan.Ahmad Samsuri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengusaha kedai makan dan restoran di seluruh Kelantan diarahkan menghentikan sementara perniagaan, bermula jam 8.30 hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan tahun ini.Arahan tersebut dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri melalui satu notis 6 Mei 2019 dan berkuat kuasa serta-merta sebagai menggalakkan umat Islam menunaikan sembahyang terawih berjemaah di masjid atau surau, yang lazimnya diadakan sepanjang waktu itu.Terdahulu dalam satu kenyataan di laman ‘Facebook’, Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz turut membantah arahan tutup kedai makan di negeri ini selama satu jam setengah pada waktu malam sepanjang Ramadan. “Ia mengganggu kebenaran dan keberkatan bulan Ramadhan yang penuh berkat. Rezeki yang halal dan baik di bulan Ramadan wajar digalakkan, bukan dihalang.“Pada bulan penuh kelebihan ini, umat Islam digalak menguruskan masa masing-masing dengan bijak dan berhikmah untuk melakukan ibadah khusus berpandukan sunnah al Rasul,” katanya.
06 May 19
62
Empty Image
Kerajaan Arab Saudi Tawar Biasiswa Penuh Untuk Anak Terengganu - MB
KUALA TERENGGANU, 7 Mei - Kerajaan Arab Saudi menawarkan  biasiswa penuh  kepada anak Terengganu bagi melanjutkan pengajian dalam bidang Oil & Gas di lapan universiti awam negara itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tawaran itu diberikan dari hasil pertemuan Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat dengan pihak kedutaan Arab Saudi dalam bidang kejuruteraan terutamanya  Oil & Gas.“Walaupun masing-masing dah ada buat pemilihan, dah pergi pun ada, tetapi masih ada ruang  dan peluang kerana industri Oil & Gas sangat besar di Arab Saudi dan mereka ada peluang untuk belajar di sana. Jika ada ruang memang elok sangat pelajar kita ke sana untuk menyambung pengajian dalam industri besar ini.“Tawaran ini diberikan kepada 100 orang anak Terengganu dan kini cuma ada 40 pemohon, itu pun dalam bidang agama, jadi masih ada 60 lagi kekosongan dan peluang untuk memohon,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu Tahun 2019 (Kali Ke-40) dan hadiah kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) & Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 di dewan besar Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat, Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin dannPengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim.Seramai 493 penerima anugerah  menerima insentif sebanyak RM248,700 sebagai penghargaan kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu dalam menghargai dan mengiktiraf setiap usaha pelajar bagi meraih kecemerlangan dalam bidang akademik.Sementara itu, dalam majlis yang sama, dua pelajar telah dipilih untuk menerima Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu.Amirah Husna dan Muhammad Hilman.Amirah Husna Abdul Kahar dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) dan Muhammad Hilman Nor Azmi dari Sekolah Menengah Imtiaz YT Kuala Terengganu menerima wang tunai RM4,000, sehelai blazer, satu unit komputer tablet dan sijil penghargaan.Anugerah Khas Yayasan Terengganu pula menjadi milik Ahmad Shahir Safwan Ahmad Sabri dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Abang, Dungun bagi SPM dan Nur Hazwani Hussain dari SMK Nasiruddin Shah, Besut dalam kategori STPM.Masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000, sehelai blazer, satu unit komputer tablet dan sijil penghargaan.Bagi Anugerah Pelajar Terbaik STPM 2018 diberikan kepada Nur Syahidah Hassan dari Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) dan Muhammad Shahidan Wahab (SMK Bukit Sawa) manakala Pelajar Terbaik STAM 2018 ialah Muhammad Faidhu Rahman Kamalruazmi dan Nik Karimah Nik Abdul Ghafar.
06 May 19
678
Empty Image
Terengganu Sasar Dana Raya Bagi Penerima Yang Layak - MB
Dr. Samsuri mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk yang hadir.KUALA TERENGGANU, 7 Mei - Kerajaan Terengganu sedang melaksanakan pertimbangan baharu dana raya dengan menyasarkan kepada rakyat yang benar-benar layak menerimanya.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, kerajaan negeri masih dalam proses menentukan bentuk dan cara penyampaian sumbangan tersebut.“Dana raya akan diberikan, cuma kita masih menilai kumpulan sasar yang benar-benar layak dan ia akan dimaklumkan semula nanti,” katanya ketika ditemui pemberita.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan pengagihan bubur lambuk di Masjid Abidin, di sini semalam.Dana Raya akan diberikan kepada yang benar-benar layak - Dr. Samsuri.Sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk diagihkan oleh Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc) selama tiga hari kepada masyarakat sekitar.Kerajaan negeri turut menaja sebanyak 2,000 bekas bubur setiap hari sepanjang bulan Ramadan untuk masjid negeri itu.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr. Wan Ahmad Rudirman bin Wan Razak serta pegawai-pegawai eksekutif anak-anak syarikatnya.Dr. Samsuri yang hadir bersama isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman turut menzahirkan rasa terima kasih kepada rakyat Terengganu yang sentiasa memberikan pandangan positif dan menyokong usaha kerajaan negeri.“Terima kasih kepada rakyat yang sentiasa memberikan pandangan positif mahupun kritikan yang sangat membantu kerajaan.“Saya turut berharap rakyat bersabar dengan usaha-usaha dan penambahbaikan yang dilaksanakan kerajaan,” katanya.Tuan Faizah memberikan bubur lambuk kepada pengunjung cilik.
06 May 19
67
Empty Image
Madinah Ramadan Batu Buruk Meriah Pengisian - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri (empat dari kanan) bersalaman dengan pelajar sekolah di Madinah Ramadan Batu Buruk. KUALA TERENGGANU,  6 Mei - Kerajaan negeri mahu menjadikan program Madinah Ramadan lebih terancang tahun ini supaya rakyat dapat beribadah dengan lebih selesa berbanding tahun lalu. Ia juga lebih santai dan mesra pelancong memandangkan ia diadakan di Padang Taman Awam dan berhampiran dengan Pantai Batu Buruk .Serentak itu kerajaan negeri mengajak rakyat Terengganu termasuk para pelancong yang berkunjung ke pantai tersebut mengambil kesempatan untuk menghadiri Madinah Ramadan bagi menghidupkan malamnya dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri berkata, pelbagai aktiviti diatur di Madinah Ramadan termasuk Tazkirah, Bicara Ilmu Feqh Wanita, Ceramah Badar Kubra, Nuzul Quran yang direncanakan sebagai satu usaha secara bersama kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu."Aktiviti tersebut diwujudkan untuk menjadi satu contoh bahawa kerajan negeri harus meletakkan perancangan supaya rakyat keseluruhannya dapat mengimarahkan bulan Ramadan dengan lebih baik dari tahun lalu.Menteri Besar (empat dari kanan) diiring ke Khemah Madinah Ramadan di Padang Taman Awam Batu Buruk."Dalam masa yang sama kerajaan negeri mengalu-ngalukan sebarang sokongan dan kerjasama dari semua pihak hatta orang perseorangan sekalipun agar memberi sumbangan tenaga, masa dan kewangan bagi menghidupkan Suasana Madinah Ramadan terutama menyumbang juadah berbuka puasa," jelasnya. Ini kerana katanya, amalan menyediakan juadah berbuka puasa adalah amalan yang dijanjikan pahala oleh Allah sebagaimana Rasulullah SAW menyebut bahawa sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia memperolehi pahala seperti orang yang berpuasa tanpa pengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Madinah Ramadan di Padang Taman Awam Batu Buruk di sini.Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya, Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Azhar Abdul Hamid dan Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md Azahar.Tuan Faizah Tuan Ab Rahman (tengah), isteri Menteri Besar dan Hajah Zarani Othman (kanan), isteri Haji Yahya turut hadir di Madinah Ramadan.Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Madinah Ramadan itu.Sementara itu Ustaz Mohd Nor ketika berucap di majlis yang sama berkata, tahun lepas kerajaan negeri mengadakan Madinah Ramadan di Dataran Shah Bandar, tidak jauh dari situ tetapi ada pendapat yang mengatakan suasana di tempat berkenaan tidak sesuai kerana kesesakan lalu lintas dan sebagainya."Kali ini kita pindah ke Pantai Batu Buruk dengan suasana yang sangat lega, moga-moga orang Islam di Terengganu boleh datang sambil beribadat kepada Allah di samping boleh bersantai di Pantai berhampiran," jelas beliau.Katanya, pengisian sepanjang Ramadan sangat ilmiah bertujuan mendekati semua lapisan masyarakat dengan menyusun program sesuai dengan semua lapisan masyarakat di negeri Terengganu.Menurut beliau para pelancong di kawasan Rekreasi Batu Buruk boleh berbuka secara percuma dan mereka juga boleh beribadat di Madinah Ramadan.Menteri Besar dan kepimpinan negeri ketika menunggu sampainya waktu berbuka puasa di Madinah Ramadan.Ustaz Mohd Nor yang juga ADUN Bukit Payung berkata, kerajaan negeri juga membuka peluang kepada pelancong bukan Islam untuk melihat bagaimana suasana menyambut Ramadan di negeri Terengganu."Kerajaan negeri bagi ruang untuk mereka menjamu selera bersama dengan orang Islam di waktu berbuka puasa di Madinah Ramadan."Program itu diharap dapat mendedahkan Terengganu kepada para pelancong agar mereka tertarik dengan konsep pentadbiran negeri berteraskan Maju, Berkat dan Sejahtera," ujarnya.
06 May 19
393
Empty Image
Dr Samsuri Imamkan Solat Zuhur
KUALA TERENGGANU, 6 Mei - Kepimpinan kerajaan negeri bersama warga kerja Wisma Darul Iman menunaikan solat zuhur berjemaah pada hari pertama sambutan Ramadan di Tingkat 18, wisma berkenaan, hari ini.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengimamkan solat zuhur berkenaan.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A.Rahman Yahya, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.Jemaah turut berkesempatan mendengar tazkirah daripada Mohd Nor seusai solat berjemaah itu.
05 May 19
130
Empty Image
Projek KT-Bypass : Kerajaan Negeri Pertimbang Tuntutan Penduduk - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri (tengah) serius mendengar aduan penduduk mengenai masalah Projek Bypass Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 5 Mei - Tuntutan sekumpulan penduduk yang terbabit dengan Projek Bypass Kuala Terengganu (KT-Bypass) sekali lagi akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk dipertimbangkan.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendengar semua persoalan yang ditimbulkan penduduk berkenaan dalam satu pertemuan di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk dan ianya akan dibawa kepada pertimbangan majlis mesyuarat itu tidak lama lagi.Katanya, kerajaan negeri tidak menetapkan sama ada semua tuntutan penduduk itu dapat ditunaikan tetapi kerajaan ingin mendengar pandangan ahli mesyuarat tersebut terlebih dahulu bagi melihat sama ada permohonan penduduk tersebut boleh dipertimbangkan atau sebaliknya."Bagaimanapun setakat perbincangan yang dibuat hari ini, kerajaan negeri melihat tiada jalan mudah untuk selesaikan masalah penduduk berkenaan memandangkan projek itu di bawah kendalian Kerajaan Persekutuan.MB (dua dari  kiri) bersama penduduk Durian Burung sebelum memulakan perbincangan mengenai Projek Bypass Kuala Terengganu."Kita tengoklah bagaimana tuntutan itu boleh dipertimbangkan dalam MMKN, sama ada sebahagian tuntutan boleh ditunaikan atau sebaliknya kekal dengan keputusan sebelum ini," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada penduduk tersebut selepas perbincangan kira-kira sejam di kediaman itu hari ini.Penduduk tersebut menuntut supaya kerajaan negeri membayar sejumlah RM5.6 juta kepada sekumpulan pemilik tanah yang bermasalah dan terlibat dengan pengambilan tanah untuk projek berkenaan.Penduduk terbabit telah menerima seratus peratus bayaran pampasan 'ex-gratia' berjumlah kira-kira RM100 juta dari peruntukan RM168 juta untuk pembinaan projek berkenaan. Seorang penduduk  mengemukakan masalah tuntutan pampasan tanah Projek Bypass Kuala Terengganu.Bagaimanapun penduduk berkenaan masih tidak berpuas hati kerana bayaran itu tidak menepati nilai sepatutnya dibayar berdasarkan kepada nilaian harga tanah semasa.Kes tuntutan itu telah dibawa ke mahkamah tetapi hakim menolak semua tuntutan mereka.Projek KT-Bypass bermula di persimpangan Kampung Tok Molor Jalan Tok Adis ke Kampung Durian Burung di Jalan Persekutuan yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Terengganu.Kos keseluruhan projek itu adalah sebanyak RM321.9 juta iaitu meliputi kos pembinaan RM168 juta dan pengambilan tanah RM154 juta. Ia dijangka siap selewat-lewatnya Julai tahun depan, kira-kira enam bulan lebih lewat dari jadual asal iaitu Januari 2019.Bagaimanapun projek itu masih belum siap kerana beberapa sebab termasuk masalah tuntutan pampasan tanah penduduk.Projek KT-Bypass itu terpaksa dipendekkan jarak hingga ke simpang lampu isyarat Kampung Cabang Tiga sahaja kerana sebahagian wang untuk pembinaan projek itu digunakan untuk membayar pampasan ex-gratia penduduk.
05 May 19
282
Empty Image
Bersatu Tangani Cacian Pada Islam - Abdul Hadi
Abdul Hadi Awang.MARANG, 6 Mei - Seluruh rakyat Terengganu digesa melupakan segala perbezaan dan bersatu menangani cacian terhadap Islam demi kesejahteraan masyarakat.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, sikap sesetengah umat Islam yang tidak peduli dan bertelagah sesama sendiri menyebabkan kuasa politik umat Islam semakin terhakis.Jelasnya, keadaan itu menyebabkan kesucian agama Islam sering terhakis dan dipijak oleh musuh yang memperlihatkan rakyat hidup dalam suasana yang tidak harmoni."Tidak sedar betapa kita berada dalam keadaan yang sangat bahaya dalam bahtera Malaysia ini, kita tengok sendiri beraninya orang bukan Islam bercakap menentang dan menghina Islam."Ini berlaku kerana kuasa politik (pemerintahan) orang Islam lemah disebabkan ramai orang menganggap politik tidak penting (sama sahaja siapa yang memerintah)."Kita juga mesti berhenti bergaduh, kalau kita bergaduh lagi, ia akan menghancurkan kita semua seperti di negara Islam lain," ujar beliau.Mohd Nor Hamzah.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Karnival Bukit Payong Sejahtera di Tapak Pasar Kedai Buluh, di sini baru-baru ini (2 Mei).Hadir sama, mantan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah yang turut hadir berkata, hubungan sesama rakyat yang berbeza latar belakang dan ideologi politik mestilah dieratkan kembali.Jelasnya, masyarakat yang sejahtera sememangnya menjadi fokus utama kerajaan dengan memperbaiki segala kerosakan yang mungkin berlaku sebelum ini."Saya sebut kepada semua orang PAS, orang UMNO dan orang atas pagar, supaya kita perbaiki hubungan sesama kita walau apa jua sentimen politik."Untuk kita kembali di atas iman dan islah dalam negeri kita ini, kita baiki masyarakat kita dengan Islam, ini tanggungjawab kita bersama," tambah beliau
04 May 19
32
Empty Image
Terengganu FC Pulang Dengan Satu Mata
Foto ihsan - Media PKNP FcMANJUNG, 5 Mei - Terengganu Football Club (TFC) hanya berupaya membawa pulang satu mata apabila seri 2-2 menentang Kelab Bola Sepak Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) pada aksi ke-12 Liga Super Malaysia 2019 di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam semalam. Terengganu FC yang turun tanpa perancang kreatif, Lee Andrew Tuck mencipta peluang sulung perlawanan pada minit ke-12 menerusi sepakan percuma Thierry Chanta Bin.Sepakan pemain skuad kebangsaan Kemboja itu bagaimanapun tepat ke dakapan penjaga gol PKNP FC, Ahmad Asyraaf Omar.Tuan rumah yang lebih menekan Terengganu FC menggembirakan kem PKNP FC di minit ke-21 selepas pertahanan import, Amani Manuel Santos Aquinaldo menanduk masuk bola hasil sepakan percuma diambil Mohamad Hafiz Ramdan.Tchetche Kipre menyamakan kedudukan pada minit ke-30 apabila sepakan percuma cantik yang dilepaskannya gagal dijangkau Asyraaf Omar walaupun penjaga gol berusia 24 tahun itu sudah dapat membaca percubaan tersebut.PKNP FC hanya memerlukan lima minit sahaja untuk kembali di depan selepas Thomas Abbey tidak melepaskan peluang menyambar dengan baik bola berpunca daripada hantaran lintang di sebelah kiri pintu gol Terengganu FC oleh Yashir Pinto sekaligus menewaskan Suffian Rahman.Jaringan pada minit ke-35 itu jelas meningkatkan tempo permainan terutamanya PKNP FC yang lebih cenderung untuk melancarkan gerakan ke kubu lawan.Dua minit kemudian, ledakan kaki kiri Hafiz Ramdan hampir melebarkan kedudukan tetapi kali ini Suffian lebih bersedia untuk menafikan percubaan tersebut.Hafiz sekali lagi kecewa apabila sepakan percuma yang diambil pada masa kecederaan membias terkena benteng dan kemudiannya sekadar singgah di pintu gol.Memasuki babak kedua, Suffian terus menjadi penghalang buat ketua pasukan PKNP FC itu untuk mencetak nama selaku penjaring setelah gerakan solo ke depan pintu gol hasil tandukan Giancarlo, disusuli rembatan padu dinafikan penjaga gol veteran itu.Dalam keghairahan skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim mencipta gerakan, Sanjar Shaakhmedov meledakkan satu rembatan menarik dari luar kawasan penalti pada minit ke-68 untuk kembali mengikat kedudukan.Berselang 10 minit kemudian, sepakan percuma Ahmad Syamim Yahya nyaris menghadiahkan jaringan kemenangan buat Terengganu FC tetapi rembatannya terkena tiang gol pada minit ke-78.Keputusan tersebut kekal hingga wisel penamat ditiupkan Zulkarnain Zakaria untuk memberikan satu mata buat kedua-dua pasukan.Satu mata dikongsi itu meletakkan Terengganu FC kekal menghuni tangga ke-7 dengan mengutip 16 mata manakala PKNP FC turun satu anak tangga selepas PJ City FC berjaya menewaskan Pahang 2-0 untuk berada di tangga ke-10 dengan 11 mata.
04 May 19
71