Artikel "Utama" Terkini
TNB Terengganu Siap Sedia Tampung Peningkatan Penggunaan Elektrik Sepanjang Aidilfitri
KUALA TERENGGANU, 15 Mei - Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu kini keadaan bersedia untuk menampung penggunaan bekalan elektrik yang bakal meningkat berikutan kepulangan anak perantau ke Terengganu sepanjang Aidilfitri.Ketua (Perkhidmatan Pelanggan) TNB Terengganu, Mohd Nazri Puteh, berkata sehingga hari ini kapasiti bekalan elektrik di Terengganu yang melebihi daripada kadar penggunaan dijangka akan meningkat sehingga 30 peratus pada musim perayaan nanti.“Kini pihak TNB sedang giat menjalankan kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan di semua stesen bekalan elektrik miliknya, sebagai persediaan menampung peningkatan kadar penggunaan elektrik ekoran kepulangan anak perantau ke Terengganu sepanjang Aidilfitri."TNB Terengganu juga memastikan semua anggota kerja dan keperluan genset berada dalam keadaan bersedia untuk meminimakan gangguan bekalan elektrik seperti mana yang pernah berlaku sebelum ini," katanya.Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa TNB bersama warga media Terengganu di Hotel Grand Puteri, di sini, malam tadi.Dalam perkembangan yang sama, Mohd Nazri berkata, pihaknya juga menyusun jadual tugas dengan menetapkan 10 peratus daripada keseluruhan 900 kakitangan TNB di seluruh negeri untuk bertugas secara bergilir-gilir mengikut syif pada hari raya nanti terutama di lapan stesen bekalan yang terdapat di seluruh Terengganu.Dalam pada itu, beliau memberitahu, TNB turut merancang meningkatkan kapasiti bekalannya untuk memenuhi keperluan pertambahan pengguna termasuk pelabur daripada luar negara terutama di beberapa kawasan perindustrian di Terengganu."TNB Terengganu sentiasa mengadakan perbincangan dan penyelarasan bersama kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan keupayaan infrastruktur sedia ada untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan projek pembangunan baharu kerana ia antara faktor yang boleh menarik pelabur ke Terengganu," katanya.
14 May 19
226
Beramallah Umpama Ramadan Ini Ramadan Terakhir - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) menyampaikan tazkirah ringkas sempena Ramadan di Masjid Kampung Pengkalan Berangan (Lama) semalam. Foto oleh - Media MBMARANG, 15 Mei - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru seluruh umat Islam khususnya rakyat Terengganu untuk memanfaatkan bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan dan kian menghampiri fasa pertengahan."Beramallah umpama Ramadan ini Ramadan yang terakhir buat kita. Belum tentu kita akan menemuinya lagi pada tahun hadapan."Sudah semestinya kita nak puasa yang lebih baik dari tahun lepas maka penghayatan dan amalan perlu seiring. Pada akhirnya kita akan bertemu dan dihisab di hadapan Allah SWT di hari akhirat kelak," pesannya ringkas.Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di Masjid Kampung Pengkalan Berangan (Lama), di sini semalam.Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar atas kesempatan beliau menghadirkan diri dan meraikan rakyat DUN Pengkalan Berangan.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman.
14 May 19
295
'Saya Tuan Rumah, Anda Tetamu' - MB Terengganu
Oleh: Aslam WiraMARANG, 14 Mei - "Saya tuan rumah dan tuan puan adalah tetamu saya hari ini," demikian kata Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika meraikan kira-kira 600 penduduk di Majlis Iftar Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Masjid As-Salam Kijing, di sini semalam.Ketika berucap di majlis itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang amat berbesar hati meraikan mereka kerana peluang berbuka bersama rakyat itu sebagai tanda menghargai sokongan mereka terhadap kepimpinannya dalam meneraju negeri Terengganu.Beliau membayangkan bahawa jawatan, kekuatan tenaga dan usia tidak mempunyai apa-apa kelebihan di sisi Allah kerana semuanya akan dipersoalkan di akhirat nanti."Betapa besar pun kita di sisi manusia dari sudut jawatan, kekuatan tenaga, usia tua atau muda, kita adalah sama di sisi Allah. Kita akan ditanya kerja buat kita di atas dunia bila sampai waktunya.” jelas beliau.Beliau berkata, semua kurniaan itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin supaya ianya bernilai di sisi Allah.Turut hadir, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Pengarah Majlis Tindakan DUN, Hassan Awang dan kakitangan agensi kerajaan yang lain.Program itu adalah anjuran Pejabat DUN Rhu Rendang dan Jawatankuasa Masjid As-Salam dengan persiapan dibuat secara gotong-royong melibatkan kakitangan Pejabat DUN, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Rhu Rendang, jawatankuasa masjid dan penduduk setempat.
13 May 19
51
ATC Mercu Tanda Baharu Hulu Terengganu
KUALA TERENGGANU, 14 Mei - Pusat Dagangan Ajil (ATC) kini menjadi mercu tanda baharu Hulu Terengganu apabila kompleks rumah kedai yang bernilai RM 18.25 juta itu mula beroperasi.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim berkata, bangunan tersebut disewa oleh beberapa syarikat perniagaan.“Bangunan ATC yang kita rasmi ini antaranya menempatkan Pasaraya Sabasun.“ATC sekarang ini sedang dipenuhi oleh peniaga. Kalau di bawah, semua memang dah ada penyewa termasuk Sabasun. Cuma kita sekarang ini sedang tarik bank untuk buka cawangan di sini,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Karnival Pendidikan Sifar Keciciran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), di sini, baru-baru ini.Menurutnya, beliau sedang merancang dan merangka pembangunan yang memfokuskan pembangunan institusi pendidikan untuk masyarakat Ajil.“Sasaran saya adalah untuk membangunkan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) setempat dan setaraf sekolah bersepadu menggunakan fasiliti, padang dan kemudahan yang sama cuma diuruskan oleh dua pengurusan yang berbeza.“Sebab saya nampak kalau di Hulu Terengganu, Kuala Berang dan Telemong sudah ada mercu institusi pendidikan. Di Ajil yang merupakan laluan masuk dari Kuala Lumpur, Kuantan, Kota Bharu ke Kuala Terengganu melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), tiada lagi pembangunan,” ujarnya.Maliaman berkata, pembangunan yang sedang berjalan sekarang adalah Masjid Ajil yang bernilai RM12 juta.Bangunan ATC tersebut mula diwartakan pada 2006 dan siap sepenuhnya sebelum diserahkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu.Selepas 10 tahun berlalu, premis perkedaian itu dirasmikan pada 27 April lalu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat.
13 May 19
1702
RM16 Juta Dana Raya Terengganu Tahun Ini
Hanafiah Mat.KEMAMAN, 14 Mei - Kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM16 juta untuk Dana Raya menjelang Aidilfitri, Jun depan.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat berkata, peruntukan itu dikira berdasarkan jumlah keseluruhan 32 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu .Katanya, setiap DUN diperuntukkan sebanyak RM500,000 dengan jumlah penerima maksima adalah seramai 2,500 orang.Katanya, setiap pemohon pula diberi RM200 seorang, bergantung kepada arahan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan dana berkenaan dijangka akan dimasukkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 28 dan 29 Mei ini.Justeru beliau meminta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) di setiap DUN segera mengumpulkan maklumat penerima dana berkenaan untuk proses permohonan mulai hari ini.Ketika dihubungi hari ini, Haji Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata, syarat penerima dana tersebut ialah pemohon mesti berpendapatan RM1,100 atau ke bawah manakala orang kelainan upaya (OKU) turut berhak memohon dana tersebut tanpa syarat pendapatan."Kerajaan negeri akan membekalkan senarai iDana tahun lalu untuk rujukan dan memilih mereka yang berkelayakan sahaja untuk diproses bagi mendapatkan dana tersebut," katanya.Katanya, maklumat yang diperlukan ialah nama, nombor kad pengenalan, alamat tempat tinggal dan nombor akaun BSN."Setelah diperoleh dengan lengkap, nama-nama berkenaan akan dimasukkan ke dalam pengkalan data portal iDana Kerajaan Terengganu oleh MPKK dan i-MiTS," jelasnya.Beliau berkata, pihak SUK yang menguruskan portal itu akan memproses untuk membayar dana tersebut kepada pemohon yang layak sebanyak RM200 seorang melalui akaun bank masing-masing.
13 May 19
103
OKU Bakal Dapat Dana Raya
Dato' Tengku Hassan (tujuh dari kiri) menyantuni pelajar miskin di Stadium Negeri.KUALA TERENGGANU, 13 Mei - Kerajaan negeri menyediakan dana raya untuk dua golongan yang berkelayakan termasuk golongan miskin dan orang kelainan upaya (OKU).Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, dana tersebut akan diagih kepada mereka yang berkelayakan sebelum menjelangnya Aidilfitri nanti.Justeru katanya, mereka yang dikategorikan termasuk dalam golongan tersebut boleh memaklumkan nama, alamat tempat tinggal dan nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) mereka ke pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing untuk tindakan lanjut.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sentuhan Kasih Ramadan PETRONAS 2019, di Stadium Negeri, di sini, hari ini.Dato' Tengku Hassan (kiri) menyerahkan sumbangan dari Yayasan PETRONAS kepada pelajar kurang berkemampuan di Stadium Negeri.Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Hajah Zuraida Md Noor, Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Timur, Datuk Wan Hasnan Wan Abdullah dan Timbalan Pengarah Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Terengganu Nasrul Hakim Md Noh.Dato' Tengku Hassan berkata, kerajaan Terengganu telah bersetuju untuk mengeluarkan dana raya kepada anggota keluarga yang berpendapatan RM1,100 ke bawah dan OKU tanpa mengira pendapatannya, sebelum Aidilfitri ini.Beliau yang juga ADUN Ladang berkata, kerajaan bercadang untuk menyerahkan dana raya itu kepada kira-kira 2,500 orang penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang sahaja.Dijangka tidak kurang 2,000 penerima di setiap 31 kawasan DUN lain, bakal menerima bantuan tersebut tidak lama lagi."Kita sedang mengumpul nama-nama melalui MPKK yang bekerja keras untuk mempastikan mereka berkenaan mendapat bantuan itu sebelum hari raya puasa," jelasnya.Dato' Tengku Hassan (empat dari kanan) melayani pelajar kurang berkemampuan sebelum waktu berbuka puasa di Majlis Sentuhan Kasih PETRONAS 2019 di Stadium Negeri.Menurutnya, urusan untuk mendapatkan dana itu amat mudah bergantung situasi sebenar seseorang pemohon."MPKK akan melihat kelayakan pemohon dengan syarat memberi maklumat nama, nombor kad pengenalan, alamat tempat tinggal dan nombor akaun BSN."Kerajaan negeri akan hantar wang berkenaan melalui akaun bank tersebut, tidak perlu melalui agensi lain," jelasnya.Katanya, kerajaan juga mengagihkan sebanyak 2,000 kampit beras dan kurma kepada penduduk miskin di kawasan tersebut sempena ketibaan Ramadan.Kerajaan juga memperuntukkan program membaiki rumah penduduk berpendapatan rendah, sebanyak RM11,000 sebuah manakala rumah yang perlu dibina semula dengan peruntukan RM58,000 sebuah.Antara pelajar kurang berkemampuan berbuka puasa di Majlis Sentuhan Kasih PETRONAS 2019 di Stadium Negeri."Oleh kerana banyak lagi rumah yang terpaksa dibaiki untuk tujuan menyambut hari raya maka peruntukan dikeluarkan dari ADUN Ladang sendiri."Kita telah bersetuju untuk membaiki lebih kurang 20 buah rumah serta-merta di DUN Ladang dengan nilai sebanyak RM10,000 sebuah dan kita mahu pastikan rumah berkenaan dapat digunakan untuk berhari raya," ujarnya.
13 May 19
149
Rungutan Peniaga Bazar Ramadan Dibawa Ke Meja Rundingan
Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman.KUALA TERENGGANU, 13 Mei - Rungutan peniaga tentang harga sewa tapak Ramadan akan dibawa ke meja rundingan sebelum kerajaan negeri melaksanakan formula baharu.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman menegaskan, masalah yang berpunca daripada sistem pengurusan akan diselesaikan agar tidak berulang pada masa hadapan.Jelasnya, pihak kerajaan akan berbincang bersama wakil peniaga bagi mencari formula terbaik untuk mengatasi masalah itu seterusnya menjayakan hasrat kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat.“Tahun ini kita baru terlibat dengan pengurusan, jadi saya melihat kita perlukan lagi penambahbaikan kerana ia melibatkan banyak pihak. “Masalah berlaku apabila ‘open tender’ orang hanya memikirkan keuntungan, bukan kebajikan kepada peniaga yang menyewa tapak berkenaan.“Insya-Allah dengan input daripada persatuan penjaja, saya dan pihak keusahawanan akan bawa (isu ini) ke tengah, kita akan duduk semeja sama ada dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan keusahawanan,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pengagihan Apron kepada peniaga bazar ramadan di Taman Shah Bandar, di sini semalam.Nurkhuzaini yang hadir mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh peniaga-peniaga di bazar berkenaan.Beliau turut memberi keyakinan formula baharu yang digunakan nanti akan menyelesaikan isu tersebut dan tidak hanya menguntungkan satu pihak.“Untuk tahun ini saya rasa kita dah terlambat, jadi saya mewakili kerajaan negeri memohon maaf kepada semua peniaga kerana ada sedikit salah faham dalam masalah ini.“Insya-Allah tahun depan kita akan laksanakan dengan sistem baru yang akan diterima pakai oleh semua pihak,” tambah beliau.Dalam program itu, Nurkhuzaini sempat menyantuni peniaga dan pengunjung di bazar berkenaan dan mengagihkan lebih 70 kurma kepada peniaga di situ.
13 May 19
629
`Rugi Kalau Dok Cuba,' Akok Pandan Cicit Pok Chang
Muhammad Zhafran (kiri) bersama adiknya Muaz menunjukkan akok pandan asli yang menjadi tarikan pengunjung di Bazar Ramadan Batu BurokKUALA TERENGGANU, 13 Mei - Ramadan adalah bulan rezeki kepada peniaga yang bijak dan rajin berusaha untuk meraih pendapatan berlipat kali ganda.Buktinya, dua anak muda yang merupakan adik beradik mengusahakan perniagaan kuih akok pandan asli sejak dua tahun lalu mampu memperoleh pendapatan RM400 hingga RM450 sehari hasil jualan lebih 500 biji dalam masa dua hingga tiga jam di Bazar Ramadan Batu Burok.Muhammad Zhafran Zainuddin, 24, yang dibantu adiknya Muaz Zainuddin, 18, berkata, keistimewaan kuih tradisional yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan itu apabila ia dibakar terus di lokasi dan dijual dalam keadaan masih panas mengeluarkan aroma yang memikat rasa pelanggan.Katanya lagi, ramuan asal untuk menghasilkan kuih Akok Pandan Cicit Pok Chang (sempena nama moyang mereka) itu dikongsi kenalannya dari Kelantan dengan hanya menggunakan bahan-bahan seperti tepung, telur, gula pasir dan santan tetapi diolah semula oleh ibunya, Adibah Abd Rashid, 50, yang sememangnya meminati pembuatan kuih-muih tradisional."Alhamdulillah, walaupun berdepan kesulitan pada awalnya, namun berkat kesabaran dan usaha tanpa henti, hampir sebulan juga untuk betul-betul mahir membuat kuih akok berkenaan terutama dari segi rasa dengan sentiasa meminta komen dan bertanya pelanggan mengenai rasa sebelum mak berjaya menghasilkan kuih akok pandan yang setanding dengan penjual di Kelantan.“Setiap hari kami mampu menjual 500 kuih akok pandan bermula 3 hingga 5.30 petang .Kebiasaannya orang ramai datang selepas waktu bekerja dan mereka sanggup beratur panjang asalkan dapat merasai kuih ini sebagai juadah berbuka puasa," katanya ketika ditemui, di tapak jualan itu, hari ini.Menurut Zhafran, kelebihan akok yang kurang manis menjadi satu tarikan tambahan kepada peminat kuih tradisional turun-temurun yang popular di negeri Pantai Timur.“Ia berbeza dengan akok tradisional Terengganu yang lebih manis dan dan bagi mereka yang tidak suka rasa telur akan memilih akok pandan kerana rasanya yang lemak manis dan lebih wangi walaupun masih menggunakan bahan yang sama.“Harganya pula tidak terlalu mahal dan boleh dinikmati semua pelanggan, ia dijual dengan harga RM2 untuk tiga biji dan RM5 untuk lapan biji,”ujarnya lagiKini Muhammad Zhafran dan adiknya, Muaz boleh tersenyum puas apabila perniagaan kuih akok pandan asli semakin mendapat tempat di kalangan penggemarnya sekali gus mengubah kehidupan mereka sekeluarga.
12 May 19
1138
Benteng Penahan Runtuh Akan Dibaiki Segera – Sulaiman Sulong
Sulaiman (berbaju putih) meninjau keadaan benteng penahan tanah yang runtuh bersama penduduk kampung. Oleh : Khairan Mat JusohMARANG, 12 Mei – Kerja-kerja membaiki benteng penahan tanah yang runtuh di Kampung Jenang, Jumaat lalu akan diselesaikan kurang daripada tiga minggu berikutan terdapat beberapa masalah yang perlu diatasi.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong menyatakan komitmen untuk menangani musibah berkenaan dengan segera. "Kerja baik pulih semula benteng berukuran kira-kira 12 meter panjang dan enam kaki tinggi ini akan cuba disiapkan secepat mungkin dengan anggaran kos antara RM 7,000 hingga 8,000.Bagaimanapun, ia mungkin akan memakan masa memandangkan sekarang ini bulan Ramadan yang mana kita berdepan situasi tenaga kerja dan masa yang terhad,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di lokasi kejadian, semalam.Kerja-kerja mengukur ketinggian dan lebar benteng dijalankan.Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Pengkalan Berangan turut mengarahkan langkah sementara bagi mengatasi masalah berlarutan dengan memasang kanvas bagi menutup tanah daripada ditimpa hujan. Sulaiman berkata, kejadian benteng penahan runtuh tersebut berlaku kira-kira jam 11.00 malam dan beliau dimaklumkan pada awal pagi semalam.Runtuhan berkenaan menjejaskan sebuah keluarga yang tinggal berdekatan, namun tiada sebarang kerosakan atau kecederaan berlaku melainkan amaran berjaga-jaga dengan perkembangan insiden itu.Zalina Deraman.Mangsa, Zalina Deraman, 33, berada di rumahnya ketika kejadian menceritakan suasana ketika itu.“Saya terkejut apabila terdengar dentuman kuat ketika ingin melelapkan mata di bilik tidur lantas keluar dan mendapati benteng penahan tanah di luar rumah telah runtuh."Apabila saya melihat kejadia itu, saya terus hubungi suami yang kebetulan tiada di rumah dan hanya membuat laporan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung, pagi tadi kerana kejadian berlaku di lewat malam,” katanya.Kanvas digunakan untuk sementara bagi mengelakkan runtuhan lebih parah.
12 May 19
447
Pusat Khidmat Kuala Nerus Agih 3,000 Pek Makanan Sepanjang Ramadan
PKAPKN mengagihkan pek makanan kepada penduduk yang memerlukan.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 12 Mei - Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PKAPKN) mengagihkan 3,000 pek juadah berbuka puasa tajaan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali sepanjang bulan Ramadan. Beliau yang dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini berkata, pek makanan berbuka puasa itu diagihkan kepada rakyat miskin di seluruh kawasan Kuala Nerus.“Program ini akan terus berlangsung sepanjang bulan Ramadan tanpa mengira perbezaan parti politik dan latar belakang”, katanya.Sebanyak 100 pek makanan telah disampaikan kepada penduduk sekitar Kampung Seberang Takir, Isnin lalu dalam program agihan yang diketuai oleh Pegawai PKAPKN, Zulkefli Ngah bersama Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung berkenaan dan turut dihadiri, Pengerusi MPKK Seberang Takir, Abdul Halim Che Ibrahim.
12 May 19
31