Artikel "Utama" Terkini
Sultan Terengganu Perkenan Orang Ramai Mengadap Di Aidilfitri
KUALA TERENGGANU, 26 Mei - Adalah dimaklumkan bagi pengetahuan umum bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu telah mengampuni perkenan menerima orang ramai mengadap pada Hari Raya Aidilfitri Tahun 1440H/2019M di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.Mengulas mengenai aturcara Majlis Penghadapan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya memaklumkan, adalah ditetapkan bahawa Kerabat-kerabat Raja, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu, Orang-orang Besar Raja, Dato'-dato', Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli-ahli Dewan Negara, Ahli-ahli Dewan Rakyat, Pegawai-pegawai Kerajaan/ Badan-badan Berkanun/ Agensi Kerajaan dan orang ramai diterima mengadap pada pukul 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan berpakaian sopan.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan rasmi kerajaan negeri, di sini baru-baru ini (13 Mei).
25 May 19
415
MB Terengganu, Abdul Hadi Temui Khaled Mashaal
Dr Samsuri (kiri) menyaksikan kemesraan antara Abdul Hadi dan Khaled ketika menyertai rombongan menemui bekas Ketua Biro HAMAS itu di satu tempat dirahsiakan. KUALA LUMPUR, 26 Mei - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyertai rombongan menemui bekas Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Mashaal di satu tempat dirahsiakan kelmarin.Dr Samsuri di status facebooknya menyatakan bahawa beliau mengiringi Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan rombongan menyambut kunjungan hormat Khaled.Serentak itu, beliau menyeru umat Islam supaya menunjukkan sokongan berterusan sebagai tanda kebersamaan terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin."Gandakan doa dan terus perjuangkan nasib saudara kita di Palestin. Bumi anbiya' ini pasti akan bebas dari kekejaman zionis satu hari nanti insya-Allah," ujarnya.Sementara itu, Dato' Seri Abdul Hadi turut memuat naik gambar berhubung dengan pertemuan tersebut di status Facebook beliau pada hari yang sama.Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang memberitahun, kunjungan hormat bertemu Khaled bertujuan menunjukkan kebersamaan PAS dan Malaysia terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin."Kami turut berbincang untuk menguatkan lagi kesatuan ummah di peringkat antarabangsa dan langkah untuk membantu nasib saudara kita di Palestin," jelasnya.Pertemuan itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.
25 May 19
102
Al-Quran Penyelesaian Segala Masalah
Oleh: Muhammad Najib IsmailHulu Terengganu, 23 Mei - Allah SWT memerintahkan kita supaya merujuk kepada al-Quran sekiranya mengalami masalah, kata Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Husain Awang.Menurutnya, Allah memberi jaminan bahawa jalan yang terbaik dan paling selamat dalam menyelesaikan segala permasalahan dan krisis adalah kembali kepada Islam, iaitu merujuk kepada al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas.Beliau berkata demikian dalam Majlis Ceramah Nuzul Al-Quran & Badar Kubra peringkat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, baru-baru ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh, Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid dan Penyelaras Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera, Mohd Harun Esa.Husain yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu menjelaskan bahawa al-Quran menjadi rujukan yang dapat menyatukan seluruh manusia."Ini kerana al-Quran bukanlah ciptaan manusia tetapi ciptaan Allah yang menciptakan segala isi alam semesta ini.“Sudah tentu apa yang diselesaikan oleh Allah adalah memberikan kepentingan dan keselesaan kepada semua makhluk dan menepati dengan fitrah manusia,"katanya.Tegas beliau lagi, al-Quran adalah suatu kenyataan yang tegas, bukan gurauan dan tiada keraguan dalam kalam Allah.Malah kata beliau lagi, percakapan kita hendaklah berlandaskan al-Quran kerana tiada sumber yang lain yang lebih tepat dan betul melainkan al-Quran.
25 May 19
170
Terengganu FC Mara Dengan Gol Tunggal
Kipre (dua dari kiri) sentiasa dikawal ketat pemain pertahanan Selangor. TFC menang 1-0 mengalahkan Selangor di Stadium Sultan Nasiruddin Shah malam semalam.KUALA TERENGGANU, 25 Mei - Terengganu FC (TFC) memperoleh gol tunggal melalui gol sendiri oleh Kapten Pasukan Selangor, Sarkunan Krishnansamy pada minit ke 90 sebelum tambahan masa tiga minit.TFC mempunyai banyak peluang menarik untuk menjaringkan gol ketika pertahanan Selangor agak rapuh dan mudah dibolosi pemain lawan.Antara percubaan menarik adalah tendangan ayam tambatan TFC, Brice Hermann Tchétché Kipré dalam kotak penalti gol Selangor namun terkena palang pada minit ke 85.Pemain Sang Penyu meraikan kemenangan 1-0 ke atas Selangor di minit ke-90.Cubaan kedua Kipre pada minit ke 87 di luar kotak penalti, melepasi palang gol.Sehingga tambahan masa satu minit separuh masa pertama, kedua-dua pasukan masih gagal mencipta gol, walaupun beberapa percubaan menarik dibuat ke pintu gol lawan masing-masing.Bagaimanapun pada minit ke 90 separuh masa kedua, TFC dapat mencipta gol apabila bola terkena tubuh Sarkunan, terus menembusi pintu gol Selangor.Dalam aksi itu, kerapuhan benteng pertahanan skuad The Red Giants menerima padah apabila dibolosi pada minit terakhir permainan menerusi jaringan sendiri Sarkunan yang jelas membangkitkan kemarahan pengendali pasukan Selangor, B. Satianathan.Pengendali pasukan Selangor meluahkan kekecewaannya terhadap benteng pertahanan pasukannya yang jelas gagal berkomunikasi dengan baik dan menyebabkan mereka gagal meraih sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan itu.Beliau memuji permainan TFC kerana pemain Sang Penyu itu sentiasa berlari mendapatkan bola sehingga menyebabkan pemain Selangor sentiasa kehilangan bola.Dia memberitahu, pasukannya bukan sahaja gagal bertahan dengan baik malahan gagal mencipta serta menyudahkan peluang yang ada.“Kami memang tidak layak untuk menang dalam perlawanan ini kerana banyak pemain tidak bermain dengan baik, kawalan bola tidak cukup kemas dan banyak menunggu bola berbanding berlari.“Memang saya tidak berpuas hati dengan sejumlah besar pemain dalam perlawanan ini dan selepas ini kami akan terus beri fokus kepada latihan,” katanya selepas tamat permainan.
24 May 19
66
Kerajaan Negeri Hargai Peranan PTD Anak Terengganu
Dr. Samsuri beramah mesra bersama anak-anak Terengganu yang berkhidmat di luar negeri.PUTRAJAYA, 24 Mei - Kerajaan negeri menzahirkan penghargaan kepada anak-anak Terengganu yang berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik dan bidang profesional lain atas usaha bersama-sama membangunkan negeri Terengganu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, walaupun berada dalam jabatan dan kementerian yang berbeza, setiap orang memainkan peranan dalam pembangunan negeri."Dalam setiap pertemuan dan mesyuarat yang saya sertai di peringkat kebangsaan, saya sentiasa menerima reaksi positif anak-anak Terengganu.Menteri Besar menerima cenderamata daripada PANTERA."Kebanggaan kita sebagai anak Terengganu haruslah diterjemahkan dalam gerak kerja kita kerana kita sama-sama berperanan dalam membangunkan negeri ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Iftar Ramadan Kepimpinan Negeri Terengganu Bersama Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Dan Pegawai Tadbir Diplomatik Anak Terengganu (PTD) di Putrajaya International Convention Centre (PICC), di sini semalam.Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia merangkap Pengerusi Kelab PTD Anak Terengganu (PANTERA), Datuk Seri Mohd Zuki Ali.Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kanan negeri dan seluruh ahli jawatankuasa PANTERA.Majlis tersebut diadakan bertujuan merapatkan hubungan PTD anak negeri dan kepimpinan dalam usaha merealisasikan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS).
24 May 19
863
SMK Panji Alam Harumkan Nama Terengganu Di Mata Dunia
Muhammad Khalil Abdul Hadi (lima dari kiri) bersama pelajar-pelajar SMK Panji Alam yang telah memenangi empat anugerah utama.Oleh: Fidee AzizKUALA NERUS, 22 Mei - Pasukan Inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam telah mengharumkan nama Terengganu di mata dunia setelah merangkul anugerah utama dalam 11th European Exhibition of Creativity and Innovation (Euroinvent 2019) yang diadakan pada 16 hingga 18 Mei di Palace of Culture in Lasi, Romania.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi melahirkan rasa bangga dan syukur atas kejayaan pasukan tersebut kerana telah berjaya membuktikan kemampuan anak Terengganu di persada antarabangsa.Jelasnya, kemenangan dalam beberapa anugerah utama itu secara tidak langsung turut mengangkat reputasi warga pendidik Malaysia.“Mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan inovasi SMK Panji Alam yang memenangi empat anugerah dalam pertandingan antarabangsa yang diadakan di Romania.“Ia satu kejayaan yang sangat besar dan membanggakan bukan sahaja bagi SMK Panji Alam bahkan kepada kerajaan negeri secara khususnya,” ujarnya.Muhammad Khalil Abdul Hadi.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyambut kepulangan pasukan SMK Panji Alam terbabit di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini, hari ini.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Shafruddin Ali Hussin, Pengetua SMK Panji Alam, Che Engku Noor Aien Che Engku Mahmood serta guru-guru pengiring.Muhammad Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri turut berkata, kejayaan ini menjadi pemangkin kepada sekolah-sekolah lain untuk terus berdaya saing antara satu sama lain.“Daripada segi sains dan teknologi, sebenarnya Islam menggalakkan umatnya untuk meneroka segala bentuk ciptaan Allah S.W.T untuk kegunaan manusia itu sendiri sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.“Sejarah tamadun Islam telah banyak ditemui oleh ahli sains dan ulama Islam iaitu tamadun Sepanyol, Baghdad, Syria dan lain-lain,” katanya lagi.Kejayaan yang turut mengharumkan nama Malaysia.
22 May 19
769
UMT Catat Malaysia Book Of Records Mengaji Tanpa Henti
Yahaya (tiga dari kiri) menyaksikan anugerah MBR disampaikan kepada Noraieni.KUALA NERUS, 22 Mei - Bagi mencetuskan pembudayaan al-Quran dalam kehidupan seharian, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah berjaya menganjurkan Program Mengaji Tanpa Henti selama 123 jam sehingga mencatakan rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR).Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali berkata, program itu secara tidak langsung akan meningkatkan amal kebajikan serta memperbaiki sahsiah dan rohani warga UMT.Katanya, beliau berbangga dengan inisiatif yang diambil oleh UMT kerana ia merupakan satu simbolik untuk menggalakkan umat Islam sentiasa mendampingi al-Quran.“Sudah menjadi kewajipan kepada orang Islam supaya menjadikan kitab suci itu sebagai teman dan membacanya setiap masa.“Kita juga perlu berusaha untuk memahaminya dan berdiskusi dengan kalam-kalam Allah lalu beramal dengannya,” ujarnya.Majlis khatam al-Quran.Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Perasmian Penutup UMT Mengaji Tanpa Henti dan Majlis Khatam Al-Quran sempena Hari Nuzul Al-Quran, di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT, di sini hari ini.Turut hadir, Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr Noraieni Mokhtar, Timbalan Naib Canselor UMT, Profesor Ir Dr Noor Azuan Abu Osman serta Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Pantai Timur Etiqa Takaful, Tengku Saiffudin Tengku Zainal Abidin.Yahaya turut berharap agar usaha-usaha untuk mendekatkan diri dan masyarakat dengan al-Quran tidak terhenti setakat itu sahaja.Tambah beliau, sebaliknya inisiatif seumpama itu haruslah dipertingkatkan lagi demi membina masyarakat yang lebih bertamadun.“Saya yakin dengan menjadikan al-Quran sebagai tonggak utama kehidupan, benteng keimanan akan semakin kukuh, menghindar kita daripada kemungkaran dan azab akhirat,” katanya lagi.Untuk rekod, program yang bermula sejak tahun 2009 itu dijayakan oleh 500 peserta dan sukarelawan UMT, mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti kanak-kanak berusia 6 hingga 8 tahun, warga emas, Orang kelainan Upaya (OKU) penglihatan, muallaf dan pelajar antarabangsa.Mereka bertadarus dan menghuraikan al-Quran selama 123 jam tanpa henti sekali gus berjaya mengkhatamnya sebanyak lima kali.
22 May 19
183
Nuzul Quran : Budayakan Ajaran Dalam Kehidupan
Yahaya seru rakyat jadikan pembacaan dan penghayatan al-Quran amalan.SETIU, 22 Mei - Kerajaan Terengganu menyeru rakyat negeri itu mengamalkan ajaran al-Quran dalam kehidupan seharian. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali berkata, kerajaan negeri berusaha ke arah itu dengan mengadakan pelbagai program pengisian serta penghayatan al-Quran."Dalam Bajet 2019 juga, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta untuk melaksanakan Skim Mus'ab Umair dalam usaha merealisasikan negeri Terengganu sebagai negeri 'ahlul' Quran."Kerajaan negeri juga menyediakan RM3 juta bagi mewujudkan Pusat Al-Quran Braille sebagai inisiatif membantu golongan cacat penglihatan membaca al-Quran," katanya.Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Majlis Memperingati Nuzul Al-Quran & Badar Kubra Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Bandar Permaisuri, di sini hari ini.Solat Dhuha berjemaah turut diadakan.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri merangkap pengerusi jawatankuasa induk program, Mohd Nor Hamzah, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' A. Rahman Yahya dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Turut hadir ialah Pesuruhjaya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Mat Azmi Arshad dan Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang menyampaikan ceramah dalam program tersebut.Yahaya turut memaklumkan, program berkenaan merupakan usaha serius kerajaan negeri ke arah memartabatkan syiar Islam."Penganjuran ini meningkatkan kesedaran kepada umat Islam untuk mengambil pengajaran melalui peristiwa penurunan al-Quran."Umat Islam juga perlu mengambil semangat Badar Kubra sebagai pemangkin untuk mempertahankan agama daripada ancaman musuh selain untuk membangunkan negeri ini," katanya.
21 May 19
33
Akrab Ceriakan 45 Pelajar Asnaf Dan Miskin Menjelang Aidilfitri
KUALA NERUS, 21 Mei - Seramai 45 pelajar dari tiga buah sekolah sekitar Kuala Nerus yang terdiri daripada golongan asnaf dan miskin menerima sumbangan pakaian hari raya daripada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (Akrab).Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, ia merupakan program tanggungjawab sosial tahunan kali kedua diadakan persatuan itu.“Alhamdulillah hari ini kita telah selesai menjayakan satu program Corporate Social Responsibility (CSR) di antara program pegawai kita daripada kumpulan Akrab.. Mereka ini adalah rakan kongsi sebagai kaunselor kepada pegawai psikologi yang ada di Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).“Program CSR membeli baju raya kepada murid kumpulan asnaf dan miskin di Daerah Kuala Nerus yang dipilih daripada tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas, Sekolah Kebangsaan Bukit Cempaka dan Sekolah Kebangsaan Tok Jembal,” jelasnya.Beliau yang juga penaung Rakan Akrab berkata demikian dalam sidang media selepas program Projek Baju Raya AKRAB 2019 Pasaraya Mydin Gong Badak, hari ini.Tengku Farok berkata, walaupun perbelanjaan minima adalah berjumlah RM100 setiap orang tetapi jumlah pembelian pakaian hari raya tersebut adalah melebihi kadar itu.“Jadi program ini (juga) memberi peluang kepada ahli Akrab untuk mengaplikasikan cara membimbing, cara memberi motivasi dan juga memberi impak (kepada pelajar) walaupun susah dan senang kehidupan bukanlah satu benda yang (menyebabkan) kita tidak boleh maju.“Itulah benda yang boleh kita buat lagi selain bersedekah..kita suruh pegawai kita mengaplikasikan ilmu yang dia ada dalam bentuk kaunseling,” ujarnya.
21 May 19
104
Terengganu Bina Jati Diri Wanita Hadapi Ujian Rumahtangga
Zuraida (dua dari kiri) menyerahkan replika check kepada seorang ibu tunggal di sebuah hotel di Kuala Ibai hari ini.KUALA TERENGGANU, 21 Mei - Kerajaan Terengganu berhasrat membina jati diri wanita negeri itu Dengan ilmu agar survival hidup dapat diteruskan khususnya ketika menghadapi ujian rumahtangga dan pengabaian nafkah dari suami.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Hajah Zuraida Md Nor berkata dengan ilmu, wanita negeri itu mampu berdikari sekaligus mengurangkan bebanan tanggungan nafkah pihak suami.Katanya, dengan ilmu wanita Terengganu dapat memanfaatkannya untuk berusaha membantu suami mengurangkan beban tanggungan dan tabah menghadapi segala kesusahan hidup berumahtangga.Zuraida"Apa lagi jika berlaku perceraian sudah tentu wanita tidak perlu terbeban dengan masalah hasil dari perceraian itu."Mereka perlu berusaha menyelesaikan masalah dengan memanfaat ilmu yang diperolehi," jelasnya.Katanya, mereka perlu hadir di majlis ilmu yang diatur oleh kerajaan untuk tujuan tersebut.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu Siri 1 2019 di sebuah hotel di Kuala Ibai di sini hari ini.Turut hadir Ketua Hakim Syarie, Haji Wan Mohd Zakri Wan Mohd dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), M Rozi Bidin.Seterusnya Zuraida berkata, menurut statistik kerajaan negeri mendapati kes perceraian negeri Terengganu mulai dari tahun lalu hingga awal tahun ini berjumlah 22,927 kes.Katanya angka perceraian itu sangat tinggi dan membimbangkan.Menurutnya sebanyak 1,300 kes tahun ini dirujuk kepada BSK bagi menyelesaikan nafkah anak yang terabai akibat perceraian."Kerajaan tidak akan berkompromi dengan suami yang mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak selepas bercerai kerana tindakan itu menyusahkan anak-anak mereka sendiri," jelasnya.Seramai 35 orang ibu tunggal menerima bantuan pendahuluan nafkah anak di majlis yang sama bertujuan meringankan bebanan mereka menanggung anak selepas perceraian.Pendahuluan nafkah tersebut adalah hasil sumbangan dari MAIDAM.
21 May 19
63