lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Pendapatan TDM Terengganu Suku Pertama RM104.8 Juta
KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Kumpulan TDM Berhad (TDM) merekodkan pendapatan sebanyak RM104.8 juta bagi suku tahun pertama yang berakhir 31 Mac lalu.Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (Ebitda) yang diselaraskan adalah RM17.3 juta, berbanding RM28.3 juta dalam tempoh yang sama sebelumnya.Pengerusi TDM, YM Raja Dato' Idris Raja Kamarudin berkata, pendapatan TDM bagi tiga bulan pertama berakhir 31 Mac 2019 menurun sebanyak 10 peratus berbanding suku tahun yang sama tahun sebelumnya disebabkan oleh pengeluaran tanaman yang lebih rendah dan hasil jualan kelapa sawit di bahagian perladangan. “Walau bagaimanapun, ini sebahagiannya diimbangi dengan hasil penjagaan kesihatan yang lebih tinggi dengan peningkatan sebanyak 14 peratus.“Kami menjangkakan pemulihan akan dibantu dengan pertumbuhan keluaran tanaman yang perlahan antara 2019 hingga 2020 daripada penanaman semula di Malaysia dan kawasan matang yang lebih rendah di Indonesia. “Sepanjang beberapa bulan yang lalu, kami telah menjalankan kajian serta memeriksa operasi dan mengenal pasti pelan untuk memfokuskan semula operasi melalui Rancangan Penciptaan Nilai (VCP) memaksimumkan pengeluaran tandan buah segar (FFB) dan minyak sawit mentah (MSM),” ujarnya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) TDM Berhad Kali Ke-54 di Primula Beach Hotel, semalam.Katanya, Kumpulan optimis terhadap asas-asas jangka panjang industri dan akan memberi fokus dalam meningkatkan produktiviti dan mengoptimumkan kos pengeluaran.Sementara itu, Idris berkata, Bahagian Penjagaan Kesihatan terus menunjukkan prestasi yang kukuh pada suku pertama tahun 2019 dengan pendapatan meningkat sebanyak 14 peratus kepada RM58.1 juta berbanding RM51.1 juta pada tempoh yang sama tahun lepas yang didorong oleh bilangan pesakit dan pesakit luar yang lebih tinggi, masing-masing sebanyak 11 peratus dan 5 peratus.“Pelarasan Ebitda di penjagaan kesihatan berkembang sebanyak 12 peratus berbanding suku sebelumnya,” ujarnya.Menurut beliau, pihaknya yakin pertumbuhan Bahagian Penjagaan Kesihatan akan disokong oleh VCP dalam meningkatkan 'margin' dan pengenalan modaliti perkhidmatan baharu yang merangkumi pelaksanaan sistem EMR di seluruh kemudahan perubatan bersama dengan pengenalan aplikasi mudah alih untuk kemudahan yang lebih mudah, akses kepada data dan jangkauan pelanggan.Katanya, di bahagian penjagaan kesihatan, Pusat Kecemerlangan (COE) akan diwujudkan di setiap hospital selain menyediakan penjagaan kesihatan yang komprehensif dengan memperkenalkan pelbagai perkhidmatan baru seperti penjagaan mata (di KTS), perkhidmatan endovascular (di TDMC) dan perkhidmatan angioplasty (di KMC).
28 May 19
399
Empty Image
`Terima Kasih Terengganu Inc. Ceriakan Raya Anak-Anak Kami'- Anis Suzana
KUALA TERENGGANU, 28 Mei - Keseronokan berbelanja kelengkapan Aidilfitri terpancar di  wajah pada sebuah keluarga miskin dari Gong Rusila apabila anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated (Terengganu Inc.) Sdn Bhd membawa mereka membeli-belah di pasaraya Hock Kee Seng, di sini,hari ini. Selain pakaian baharu, Terengganu Inc turut menyumbang set perabot bernilai RM2,000 kepada keluarga itu sempena lebaran ini.  Ibu kepada 10 anak, Anis Suzana Wahab, 42 berkata, dia dan suami, Shamsuddin Wahab, 53, kini mampu menarik nafas lega kerana dapat menyambut hari raya tidak lama lagi dengan ceria hasil bantuan pihak yang prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga mereka.Dia sebelum ini terpaksa hidup dalam keadaan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' bersama anak-anaknya berikutan suaminya tidak dapat menampung kehidupan mereka sekeluarga akibat serangan angin ahmar sejak empat tahun lalu.“Saya merasa terharu melihat kesemua anak yang ceria memilih kelengkapan pakaian menjelang hari raya. Persiapan kami tahun lalu hanya ala kadar sahaja dan syukur kami dipilih menerima sumbangan ini memandangkan pendapatan kami yang tidak seberapa kerana tiga anak saya cuma kerja kampung sekadar cukup untuk meneruskan kehidupan sahaja.“Alhamdulillah, dengan sumbangan RM200 seorang, secara tidak langsung anak dapat membeli kelengkapan Aidilfitri seperti baju raya, kasut dan lain-lain keperluan. Terima kasih kepada pihak Terengganu Inc. dan raya kali ini amat bermakna kepada anak yang sudah lama inginkan pakaian baru,” katanya.Anis SuzanaAnis Suzana berkata demikian kepada pemberita selepas membeli kelengkapan raya di Pasaraya Hock Kee Seng bersama Terengganu Inc., di sini, hari ini.Turut diraikan, tujuh beradik yatim piatu dari Kuala Nerus yang turut mendapat sumbangan pakaian raya bernilai RM200 seorang.Penerima berkenaan, Syahwani Azwin Sahidi, 16, berkata, dia bersyukur di atas keprihatinan dan bantuan yang disalurkan kepada mereka sekeluarga.“Terima kasih kepada semua mereka yang prihatin dengan nasib kami adik-beradik dengan pelbagai sumbangan barangan keperluan dan wang tunai. “Syukur dan kami amat hargai sumbangan diberikan. Saya pun dapat sediakan semua baju raya untuk mereka,” kata anak kedua daripada tujuh beradik itu.Khairul Nizam Khalid MirzaSementara itu, Timbalan Presiden Audit Dalaman, Khairul Nizam Khalid Mirza berkata, kegiatan itu satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat korporat dan warga kerjanya sempena bulan yang penuh keberkatan ini.Menurutnya, kehadiran rombongan Terengganu Inc. membolehkan dua keluarga yang terpilih merayakan Aidilfitri dalam keadaan yang lebih selesa berbanding tahun sebelumnya.“Kami amat bersyukur kerana program ini sudah memasuki tahun kedua penganjuran yang menyebabkan kami mengambil keputusan untuk melebarkan kapasiti program kepada mereka yang memerlukan pada tahun ini.“Sejak tahun pertama dianjurkan iaitu tahun lalu, program CSR ini dilakukan dengan pemilihan rumah anak-anak yatim yang berlainan untuk menyertai program ini setiap tahun dan kali ini pemilihan agak berbeza dengan memberikan tumpuan kepada keluarga yang terpilih dan saya berharap dengan sumbangan diberikan ini sedikit sebanyak dapat mengukir senyuman di wajah setiap penerima,” katanya.
27 May 19
539
Empty Image
Fenomena Istiwa' 'Adzam Sahkan Arah Kiblat
KUALA TERENGGANU, 28 Mei - Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Terengganu mengumumkan fenomena Istiwa’ ‘Adzam akan berlaku pada hari ini (28 Mei) bersamaan 23 Ramadan 1440.Istiwa’ ‘Adzam merupakan fenomena di mana kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Fenomena itu dijangka berlaku hari ini pada jam 5.16 petang serta 16 Julai 2019 pada 5.28 petang.Pihak pejabat agama memaklumkan, orang ramai boleh mengesahkan arah kiblat ketika fenomena berkenaan berlaku melalui cara:Pertama, pastikan jam yang digunakan selaras waktu standard Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan disemak melalui (http://mst.sirim.my).Kemudian, pacakkan objek lurus di kawasan lapang yang rata dan tidak terlindung daripada cahaya Matahari.Seterusnya, pastikan bayang-bayang yang dihasilkan objek itu dapat dilihat dengan jelas.Ketika tepat jam 5.16 petang hari ini serta 16 Julai pada 5.28 petang, tanda atau gariskan bayang-bayang yang terhasil daripada objek lurus tersebut.Arah kiblat ialah arah bayang-bayang yang menghala kepada objek lurus berkenaan.-     
27 May 19
1746
Empty Image
Cadangan 'Interfaith Understanding’ Menyalahi Perlembagaan Malaysia
Foto oleh - Nizam at-TakiriKUALA TERENGGANU, 28 Mei - Cadangan Majlis Belia Malaysia (MBM) supaya subjek mengenal agama lain atau ‘interfaith understanding’ diajarkan di sekolah boleh ditafsirkan bersalahan dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan mengenai kawalan dan sekatan pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganut agama Islam.Ia turut dibimbangi mempromosikan fahaman pluralisme agama dalam kalangan masyarakat Muslim serta menggugat kedudukan istimewa agama Islam dalam Perlembagaan.Menurut Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan itu dengan sendirinya telah mendidik dan membentuk sikap penganut agama Islam di negara ini sejak sekian lama supaya menghormati ajaran dan penganut agama lain sekalipun tidak mengetahui atau memahami sepenuhnya agama masyarakat bukan Islam itu.“Terima kasih dan tahniah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM) yang telah menolak cadangan tersebut. “Fokus seharusnya diberikan bagi memperkasakan kefahaman dan penghayatan beragama di kalangan pelajar beragama Islam termasuk dengan menyemak semula dan menambah baik silibus sedia ada serta menjadikannya sebagai subjek teras,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.Beliau turut berpandangan, adalah lebih tepat memastikan murid bukan Islam belajar subjek mengenal agama Islam di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) supaya mereka lebih memahami ajaran berkenaan dan amalan masyarakat Muslim di negara ini.“Saya percaya, subjek ini lebih berkesan untuk mengukuhkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini yang telah meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. “Ini kerana Islam adalah agama yang mempromosikan kedamaian untuk manusia sejagat. Sejarah juga memperlihatkan manusia sekalipun berlainan agama, bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing dalam negara Islam,” katanya.
27 May 19
38
Empty Image
EPIC Terengganu Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim
Foto - Pok AbbasOleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 28  Mei - Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC)  terus menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan meraikan 135 anak yatim di Majlis Berbuka Puasa di Paya Bunga Hotel, di sini kelmarin.Majlis itu sebagai lanjutan sumbangan baju raya kepada pelajar berkenaan di sebuah pasaraya pakaian di Kuala Nerus dekat sini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi hadir menyampaikan sumbangan hari raya EPIC kepada pelajar-pelajar berkenaan.Majlis disambut meriah dengan kehadiran hampir 240 orang tetamu jemputan.Terdahulu dari itu Pengurus Besar (Perancangan Korporat, Komunikasi, Pembangunan dan Projek Khas) Abdul Adzim Abdul Hamid  dalam satu majlis di Kuala Nerus berkata, EPIC memperuntukkan sejumlah RM500,000 untuk aktiviti CSR tahun ini.Katanya, wang setengah juta itu dibelanjakan untuk meraikan dan membantu golongan miskin, anak yatim dan pihak yang memerlukan bantuan untuk pendidikan, kemiskinan, sukan dan rekreasi. Tambahnya, peruntukan  lebih besar dibelanjakan tahun lepas berdasarkan prestasi kewangan anak syarikat kerajaan negeri itu.Bagaimanapun angka sebenar jumlah perbelanjaan itu tidak dimaklumkan.
27 May 19
412
Empty Image
Noor Arfa Sedia RM100 Ribu Untuk CSR
Haji Ahmad Amzad (tengah) melayani golongan asnaf di Majlis Iftar Ramadan anjuran Noor Arfa di Chendering hari ini.KUALA TERENGGANU, 27 Mei - Sebuah syarikat batik terkenal Terengganu, Noor Arfa Holdings Sdn Bhd (Noor Arfa) menyediakan peruntukan sebanyak RM100,000 setahun untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).Ini termasuk peruntukan sebanyak RM30,000 bagi meraikan seramai 80 orang golongan asnaf dan anak yatim dari kawasan Parlimen Kuala Terengganu dan Marang sempena  Majlis Iftar Ramadan Bersama Golongan Asnaf di Kompleks Kraf Noor Arfa di Permint Jaya Chendering di sini hari ini.Pengerusi dan pemilik syarikat itu, Wan Mohd Ariffin Wan Long, 63 berkata, peruntukan itu disediakan hasil kerjasama pihak pengurusan syarikat dan  kakitangannya bagi menyantuni golongan tersebut.Haji Amzad (kanan) menerima sumbangan beras dan kain batik sarung dari Wan Mohd Ariffin mewakili golongan asnaf Parlimen Kuala Terengganu.Menurut beliau setiap warga asnaf itu menerima sumbangan berbentuk barangan  dapur dan sedikit wang dari pihak Noor Arfa.Noor Arfa katanya, menerima senarai nama asnaf setiap kawasan seramai 10 orang.Ini termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, DUN Ladang, DUN Wakaf Mempelam dan DUN Bandar bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu.Manakala kawasan Parlimen Marang pula ialah DUN Rhu Rendang, DUN Pengkalan Berangan, DUN Bukit Payung dan DUN Alur Limbat.Menurut Wan Mohd Ariffin, Noor Arfa turut menyumbang sebanyak 330 kampit beras seberat 1,650 kilogram  (kg) dan lapan kudi (160 helai) kain batik sarung untuk diagihkan kepada golongan asnaf di kedua-dua kawasan parlimen tersebut.Wan Mohd AriffinSetiap kawasan itu katanya, mendapat 165 kampit beras seberat 5 kg setiap satu kampit dan 80 helai kain berkenaan.Katanya, sudah enam tahun  aktiviti CSR itu dilaksana oleh Noor Arfa bagi menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya kepada masyarakat umat Islam di negeri Terengganu.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus selesai majlis berbuka puasa bersama warga asnaf tersebut.Turut hadir dalam majlis itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, ADUN Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong dan Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah, masing-masing menyampaikan sumbangan Noor Arfa itu kepada golongan tersebut.
27 May 19
178
Empty Image
Kunjungan MB Cetus Semangat Ahli Kariah Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin
Dr. Samsuri bersama sebahagian ahli kariah surau.DUNGUN, 27 Mei – Kunjungan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ke Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin, di sini, memberi semangat baharu kepada ahli kariah untuk menghidupkan pelbagai program ilmu dan ibadat.Pengerusi surau berkenaan, Sheikh Hanafi Abdul Aziz, 41, berkata, surau itu merupakan pusat gerakan Islam pertama di Terengganu.“Disebabkan itu, sejak dahulu hingga kini, kita cuba mengaktifkan pelbagai program dan penambahbaikan daripada binaan kayu suatu ketika dahulu sehinggalah kepada binaan yang ada hari ini.Dr. Samsuri menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim.“Tahun ini kita dapat adakan program berbuka puasa tahunan yang dikenali sebagai ‘Namat’ dan lebih istimewa kali ini ia dihadiri Menteri Besar sendiri memberi semangat kepada ahli kariah untuk lebih aktif melaksanakan kebajikan,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas Majlis Berbuka Puasa di surau tersebut, semalam.Dalam majlis berkenaan, Dr. Samsuri ditemani isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman turut menyampaikan sumbangan daripada pihak surau berupa bantuan wang tunai kepada tujuh anak yatim di kariah itu.Selain itu, pihak Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin juga menyediakan bantuan barangan asas bulanan kepada sekitar 30 fakir miskin di kariah itu.Bersama pengerusi surau, Sheikh Hanafi.Sheikh Hanafi yang juga merupakan Pegawai Penyelidik di Pejabat Menteri Besar itu turut memaklumkan, pihaknya sedang dalam proses permohonan untuk mengangkat surau tersebut kepada taraf masjid.“Kami berharap pihak kerajaan negeri memberikan laluan mudah untuk melaksanakan hasrat yang murni ini,” katanya.
27 May 19
806
Empty Image
Kompaun Jika Buang Sampah Di Tempat Awam
LARANGAN MEMBUANG SAMPAH DI TEMPAT AWAM1) Sila ambil perhatian bahawa anda dikehendaki membuang sampah di tempat/tong sampah yang telah disediakan. Perbuatan membuang sampah merata-rata adalah bersalahan dengan peruntukan -(i) Perenggan 47(1)(a) Akta Jalan,Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133); atau(ii)Undang-Undang Kecil 13, Undang-Undang Kecil (Kebersihan Awam) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,19812)Tawaran kompaun berjumlah RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh)secara serta merta akan dikeluarkan oleh anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu kepada mana-mana orang yang melakukan kesalahan di perenggan (1) di atas.3)Sekiranya, pesalah laku enggan menjelaskan tawaran kompaun di perenggan (2) di atas, mereka boleh di denda sehingga -(i)RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus) bagi kesalahan di bawah Akta  Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133); atau(ii)RM250.00 (Ringgit Malaysia : Dua ratus lima puluh) bagi kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (Kebersihan Awam) Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, 1981Kompaun ini akan bermula hari ini 27 Mei 2019.
26 May 19
2182
Empty Image
PERANTAU Duta Pelancongan Terengganu
Wakil media menerima cenderahati dari Ariffin (dua dari kiri).KUALA TERENGGANU, 26 Mei - Kerajaan negeri melantik Persatuan Anak-anak Terengganu Di Perantauan (PERANTAU) sebagai duta pelancongan untuk mempromosi negeri itu ke seluruh negara.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, mereka bertanggungjawab menyebarkan maklumat mengenai Negeri Terengganu sekali gus menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri tersebut."Ini bererti semua perantau anak Terengganu yang berada di luar negeri Terengganu dilantik sebagai duta pelancongan yang membawa imej Terengganu yang dikenali sebagai negeri cantik, budaya menarik," jelasnya.Ustaz AriffinBeliau berkata demikian ketika meraikan wartawan dan kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri di Majlis Berbuka Puasa Jabatan Pelancongan Negeri Bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, di TD1303 di sini hari ini.Turut hadir Pengarah Pelancongan Negeri Ab Rasid Jusoh, Penolong Setiausaha Kerajaan (Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat) Wan Mohd Firdaus Wan Sembak, kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri dan pengamal media.Sementara itu Ariffin berkata jabatan pelancongan negeri Terengganu akan menganjurkan Pertandingan Pelita Raya di Kampung Gelugur mulai 30 Mei ini.Kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri dan Pengamal Media hadir di Majlis Berbuka Puasa Anjuran jabatan tersebut di TD1303 hari ini."Saya telah menubuhkan jawatankuasa di peringkat negeri dan pertandingan itu akan diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat melibatkan 38 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam DUN ini."Untuk menjayakan program tersebut saya sendiri telah membeli kira-kira 2 ribu biji pelita raya dari beberapa buah pasaraya di Kuala Lumpur bimbang peserta tidak dapat membeli pelita berkenaan untuk pertandingan tersebut," jelasnya.Katanya, pelita berkenaan akan diberi percuma kepada peserta yang masih belum ada pelita untuk menyertai pertandingan tersebut."Saya mendoakan semoga program itu dilaksanakan dalam keadaan cukup meriah dan berjaya diadakan nanti," tambahnya.
26 May 19
401
Empty Image
EPIC Belanja RM500 Ribu Tahun Ini
Tuan Faizah (tengah) meraikan anak-anak yatim di sebuah pasaraya pakaian di Kuala Nerus hari ini.KUALA NERUS, 26 Mei - Sebuah anak syarikat kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) telah membelanjakan kira-kira RM500,000 untuk aktiviti tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) tahun ini.Daripada jumlah itu sebanyak lebih RM400,000 dibelanjakan untuk pelbagai tujuan di Kemaman manakala lebih RM40,000 pula dibelanjakan untuk 135 pelajar sebuah sekolah tahfiz anak yatim bagi membeli baju raya di sebuah pasar raya pakaian terkenal, di sini, hari ini.Pengurus Besar (Perancangan Korporat, Komunikasi, Pembangunan dan Projek Khas) Abdul Adzim Abdul Hamid berkata, setiap tahun EPIC akan mengambil sebuah madrasah tahfiz dari daerah Kuala Terengganu untuk diberi sumbangan pakaian hari raya Aidilfitri kepada pelajarnya.Abdul AdzimMenurut beliau minggu lepas EPIC memberi sumbangan berkenaan kepada anak-anak yatim di daerah Kemaman.Katanya, kedua-dua daerah ini adalah pusat EPIC beroperasi dan melaksanakan aktiviti  CSR sempana ketibaan bulan Ramadan.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita di Program Jalinan Kasih Bersempena Ramadan Bersama EPIC di sini hari ini.Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Abd Rahman hadir menyampaikan sumbangan berupa pakaian hari raya kepada pelajar berkenaan.Tuan Faizah (tengah) bertanya sesuatu kepada pelajar tahfiz selepas menerima pakaian hari raya Aidilfitri di Kuala Nerus hari ini. Abdul Adzim seterusnya berkata, di Kemaman, EPIC telah berbelanja kira-kira RM60,000 untuk tujuan tersebut dengan melibatkan lebih 300 pelajar tahfiz sementara di Kuala Terengganu melibatkan 135 pelajar dengan peruntukan berjumlah lebih RM40,000.Katanya, EPIC telah mengadakan program seumpama itu  sejak enam tahun lalu bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan.EPIC katanya, menyediakan beberapa peruntukan untuk pendidikan, kemiskinan, sukan dan rekreasi bagi menunaikan tanggungjawab korporatnya setiap tahun."Peruntukan yang disediakan itu bergantung kepada prestasi kewangan semasa syarikat dan tidak menumpukan kepada sesuatu perkara sahaja untuk aktiviti CSR," jelasnya.
26 May 19
318