lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Gabung Dua Kolej Ke Arah Kembalikan Kegemilangan Kusza
KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Kerajaan negeri kini sedang menggerakkan usaha  mewujudkan sebuah institusi pe­ngajian tinggi agama di negeri ini bagi menggantikan kegemilangan Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (Kusza) sebagai memenuhi manifesto yang dijanjikan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, penubuhan ini sebagai satu pemangkin bagi menghidupkan kembali zaman kegemilangan Kusza sebagai hab pendidikan Islam antarabangsa di negeri ini.Menurut beliau, pihaknya kini dalam proses menggabungkan dua kolej yang memfokuskan kepada pengajian Islam iaitu Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) dan Kolej Yayasan Islam Terengganu (KYIT)."Kita mengambil keputusan akan gabungkan kedua kolej ini dan akan tentukan hala tujunya yang lebih tinggi iaitu menubuhkan kolej yang mencakupi semua bidang seperti Kusza untuk mengembalikan kegemilangannya seperti dahulu."Untuk nama kolej, pihak kami akan bincangkan balik dan kini kita telahpun berjalan segala proses termasuk pelantikan pengarah dan ahli lembaganya untuk perkembangan seterusnya,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman di Program Iftar Jamaei Bersama Exco Pendidikan di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk, di sini, hari ini.Program tautan kasih dan Iftar kali ini berjaya menghimpunkan sahabat yang pernah mendapat pendidikan di Kusza dan Universiti Al Azhar, Mesir yang tinggal dalam dan luar Terengganu.Jelas Satiful lagi, KQT akan berpindah buat sementara ke bangunan baharu di bangunan Yayasan Terengganu di Ketengah sementara kolej baharu masih dalam proses pembangunan.Untuk rekod, Kusza merupakan sebuah institusi pe­ngajian tinggi Islam milik kerajaan negeri yang berprestij dibubarkan pada 2006 bagi memberi laluan ke arah kewujudan Universiti Darul Iman yang kemudiannya dinamakan sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin kini.
29 May 19
227
Empty Image
Mualaf Bukan Selama-lamanya Mualaf
Seorang Mualaf menerima sumbangan hamper dari Ustaz Mohd Nor (kanan).MARANG, 29 Mei - Golongan Mualaf diperingatkan supaya tidak merasakan diri mereka berkedudukan sebagai mualaf (baru memeluk Islam) sepanjang masa, sebaliknya mereka perlu merasakan  diri mereka sudah lama menganut Islam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, golongan mualaf perlu merasai diri mereka sebagai penganut lama Islam dan percaya mereka juga mempunyai dosa seperti orang Islam lain.Katanya, mereka diumpamakan seperti kopiah putih bila lama dipakai, akan timbul bintik-bintik hitam dan kotor sekali gus kopiah itu perlu dibasuh."Begitu juga golongan muallaf, mereka perlu meminta ampun kepada Allah atas segala dosa yang mereka lakukan sebagaimana umat Islam lain, jangan sentiasa merasakan diri mereka mualaf," jelasnya.Ustaz Mohd Nor HamzahJusteru katanya, mereka perlu menuntut ilmu agama dalam semua aspek dengan menghadiri majlis ilmu sama ada di masjid atau surau di samping menyertai majlis ilmu yang diwujudkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) sendiri.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Iftar Jamaie PERKIM Bahagian Negeri Terengganu di Perkarangan Bangunan Majlis Daerah Marang (MDM) di Tanjung Mengkudu Bukit Payung di sini hari ini.Turut hadir Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Terengganu, Prof Dr Ramli Abdullah dan Naib Pengerusinya, Dato' Ismail Ali.Seramai 70 warga mualaf termasuk 10 golongan asnaf sekitar daerah Kuala Terengganu dan Marang menerima hamper berupa kuih muih hari raya dari Ustaz Mohd Nor di majlis berkenaan.Hamper tersebut adalah hasil sumbangan dari Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd.Seterusnya Ustaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung berkata, adalah menjadi satu harapan kerajaan apabila ada di kalangan mualaf berjaya dilantik sebagai mubaligh.Golongan Mualaf diraikan dalam Majlis Iftar Jamaie di MDM Tanjung Mengkudu Bukit Payung.Ini kerana katanya, kewujudan mubaligh dari kalangan mereka sendiri mempermudahkan lagi misi dakwah Islamiyah di kalangan mualaf."Apa lagi yang menyampaikan dakwah itu sebangsa dan satu bahasa dengan golongan mualaf," ujarnya.
29 May 19
105
Empty Image
Perayaan Disambut Serentak, Bawah satu Bumbung - Dato' SUK
Pejabat SUK menerima The Malaysian Book Of  Record Sempena Penganjuran Terengganu Go Clean 2019 di Pantai Teluk Ketapang Kuala Nerus baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Kerajaan negeri mengumumkan bahawa tidak ada lagi perayaan di peringkat semua jabatan  di Wisma Darul Iman (WDI) dan daerah seluruh Negeri Terengganu.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya berkata, kerajaan negeri akan mengadakan hanya satu sahaja majlis hari raya peringkat negeri dan daerah bagi menjimatkan masa dan tenaga.Katanya, arahan ini juga berkuatkuasa kepada semua kelab kakitangan Kerajaan Negeri Terengganu.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kerja WDI Bagi Bulan Mei 2019 di Dewan Besar WDI, di sini, hari ini.Turut hadir Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md Azahar, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Haji Zainal Abidin Hussin, Pengarah Pembangunan Negeri, Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Haji Zainal Abidin Mohd dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil.Dato' A Rahman Yahya.Di majlis yang sama, turut diadakan Penyampaian Sijil Anugerah Kecemerlangan Bulanan Kakitangan WDI, Sijil Pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam, Sijil Penarafan Bintang SSR Pihak Berkuasa Tempatan Tahun 2018, Sijil Kecemerlangan KPI HRMIS Tahun 2018 dan Sijil The Malaysian Book Of Record Bagi Program Terengganu Go Clean 2019.Seterusnya A.Rahman meminta semua kakitangan kerajaan negeri menilai semula semua sasaran kerja tahunan yang dibuat mulai awal tahun ini agar ia mencapai sasaran dikehendaki sempena setahun pentadbiran kerajaan baru."Jadi, saya meminta kerjasama semua kakitangan kerajaan supaya dapat melihat balik apa yang ditulis dan kaji balik supaya sesuai dengan apa yang telah kita lakukan."Saya tekankan supaya kerja kita berada di landasan yang betul (on the track), tidak meraba tetapi menepati sasaran yang telah ditetapkan," ujarnya.Ini kerana katanya, kerja menepati sasaran itu penting supaya integriti dan amanah kerja dapat dilakukan dengan baik.Beliau juga meminta supaya kakitangan kerajaan negeri mengemaskini sistem 'My Portfolio' kerana terdapat carta aliran kerja di dalamnya."Dalam 'My Portfolio' ada tercatat aliran kerja kita di mana yang kita perlu tambah baik kita perlulah tambah baik," ujarnya.
29 May 19
847
Empty Image
Selamat Hari Raya Aidilfitri - Dato' SUK
Dato' A Rahman Yahya.KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' A. Rahman Yahya mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua kakitangan kerajaan negeri."Saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin, semoga hari raya ini akan disambut dengan penuh meriah bersama keluarga yang dicintai."Kita akan berjumpa di perjumpaan hari raya peringkat negeri (tarikh dan masa akan diumumkan kemudian), masing-masing akan balik ke kampung masing-masing sama ada dalam negeri Terengganu atau di luar Terengganu."Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat balik ke kampung masing-masing, pandulah kenderaan dengan cermat, sentiasa berhati-hati dan ikutlah panduan yang telah ditetapkan," jelasnya.Ucapan itu disampaikan beliau di Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman (WDI) Bagi Bulan Mei 2019 di Dewan Besar WDI, di sini, hari ini.Turut hadir di majlis tersebut, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md Azahar, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Haji Zainal Abidin Hussin, Pengarah Pembangunan Negeri, Dato' Indera Nik Nasarudin Mohd Zawawi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Haji Zainal Abidin Mohd dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil. A. Rahman berkata, bagi mereka yang akan pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing dimaklumkan bahawa had laju kenderaan bagi semua jalan di musim perayaan ialah 50 kilometer (km) sejam sahaja."Had laju bagi musim perayaan telah dikurang dari pada 60km kepada 50km sejam. Jadi berhati-hati di jalan raya kerana denda dikenakan sebanyak RM300 setiap kesalahan yang dilakukan tanpa sebarang rayuan lagi," kata beliau lagi. Tambahnya, lebih baik wang itu dibelanjakan untuk persediaan hari raya dan berbuka puasa dari terpaksa digunakan untuk membayar denda kerana kesalahan tersebut kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
29 May 19
879
Empty Image
Matinya Dr Khoo, Kehilangan Besar Negara - MB Terengganu
Dr Khoo Kay KimKUALA TERENGGANU, 29 Mei - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Sejarawan Malaysia, Mendiang Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sambil menyifatkan pemergiannya sebagai satu kehilangan besar kepada negara."Mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim yang telah meninggal dunia pagi tadi (semalam)."Kehilangan tokoh sejarawan dan ahli akademik negara ini amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Beliau antara yang terlibat dalam penggubalan Rukun Negara. Jasa dan pengorbanan beliau terhadap negara akan sentiasa dihargai," tulisnya di status facebooknya semalam.Dr Khoo Kay Kim, yang dianggap sebagai sejarah negara Malaysia, meninggal dunia akibat kegagalan paru-paru pada pagi Selasa (28 Mei) di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada usia 82 tahun.Khoo yang dilahirkan di Kampar, Perak meninggalkan isteri Puan Sri Rathi Khoo, 75, serta tiga anak, Eddin, Rubin dan Mavin.Beliau juga merupakan salah seorang penulis yang merangka Rukun Negara selepas rusuhan kaum pada Mei 1969.
29 May 19
147
Empty Image
‘Awasi Haiwan Ternakan Masing-Masing’ – MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 29 Mei – Pemilik haiwan ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing dinasihatkan agar menjaga dan mengawasi ternakan masing-masing bagi mengelakkan berlakunya kemalangan jalan raya terutamanya menjelang Aidilfitri nanti.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, haiwan yang tidak dipantau dengan rapi boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya dan mengakibatkan kemalangan serius dan maut sepertimana dicatatkan sebelum ini.Jelasnya, keadaan itu menyebabkan suasana hari raya yang sepatutnya disambut dengan gembira bertukar menjadi sebaliknya sekiranya perkara itu terus dibiarkan.“Kepada penduduk-penduduk tempatan sepanjang laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan (semua jalan raya) ini supaya menjaga haiwan peliharaan masing-masing.“Supaya haiwan ini tidak berkeliaran sehingga menjadi mangsa kemalangan dan tentulah pemilik juga sedih dengan kehilangan haiwan ternakan dan apa jua yang terjadi, apa yang pasti sudah tentu ia juga membahayakan pengguna jalanraya,” ujar beliau.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas melakukan tinjauan persiapan ‘drawbridge’ menjelang pembukaannya pada Ahad depan, di sini semalam.Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pemilik haiwan yang membiarkan ternakan mereka berkeliaran tanpa pengawasan di jalan raya atau tempat awam berdepan kompaun sebanyak RM250.Katanya, ternakan yang tidak dituntut juga akan dilelong secara terbuka sekiranya melepasi tempoh antara tujuh hingga 14 hari selepas ditangkap.“Pemilik yang mengabaikan ternakan mereka bukan sahaja dikompaun malah turut dikenakan kos tebus serta caj tambahan sebanyak RM10 (seekor haiwan) setiap hari.“Masalah haiwan ternakan dibiarkan berkeliaran bukanlah perkara baharu namun ia berlaku secara berterusan berikutan sikap sesetengah individu yang tidak mematuhi peraturan,” jelasnya.
28 May 19
109
Empty Image
Anak Terengganu Dinobatkan Ikon Muda Koperasi Kebangsaan 2019
KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Terengganu 2018, Muhammad Hilman Nor Azmi, sekali lagi mengharumkan nama Terengganu apabila dinobatkan Ikon Muda Koperasi oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).Beliau yang juga calon saintis Islam Terengganu menjadi satu-satunya pelajar dari negeri Terengganu yang dipilih sebagai ikon belia kebangsaan atas kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah.Muhammad Hilman, 17, merupakan antara dua pelajar di negeri ini yang berjaya memperoleh semua A dalam 11 mata pelajaran didudukinya pada SPM tahun lalu.Anak kepada pasangan doktor yang bertugas di hospital kerajaan di Pahang itu bukan sahaja cemerlang dalam SPM 2018, tetapi juga menghafaz 30 juzuk al-Quran, aktif dalam aktiviti lain di sekolah termasuk sebagai ahli lembaga koperasi sekolah.Pemilihan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu itu berdasarkan kecemerlangan dalam akademik dan kegiatan kokurikulum termasuk sebagai ahli lembaga koperasi sekolah dan berupaya menjadi contoh kepada pelajar lain.
28 May 19
687
Empty Image
Drawbridge Sudah Sedia Untuk Beroperasi - MB Terengganu
Ahmad Samsuri (dua dari kanan) diberi taklimat operasi 'drawbridge'.KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Jambatan angkat yang dijadualkan beroperasi pada 2 Jun nanti sudah berada pada tahap terbaik untuk digunakan.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, hasil tinjauan itu, beliau yakin segala persiapan kini sudah memasuki fasa terakhir dan akan beroperasi mengikut jadual yang telah ditetapkan.Jelasnya, jambatan dan kawasan persekitaran itu pasti akan menjadi ikon pelancongan baharu kepada negeri Terengganu."Melihat kepada keseluruhannya dan daripada segenap aspek, saya merasa amat berpuas hati dengan persiapan jambatan ini sebelum dibuka nanti."Kita berharap ia akan menjana dan membuka banyak peluang serta manfaat kepada seluruh rakyat Terengganu," ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan terakhir di jambatan itu, di sini semalam.Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Zainal Abidin Mohamed.Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri memaklumkan, maklumat penuh perjalanan serta waktu 'drawbridge' mula dibuka akan diumumkan dalam masa terdekat.Beliau juga memberi peringatan kepada semua pengguna agar tidak melanggar garis panduan penggunaan jambatan itu apabila dilaksanakan Ahad depan."Kita akan maklum balik sebelum jambatan ini beroperasi nanti, daripada segi perjalanan dan larangan semasa melalui jambatan ini."Sekarang ini kita masih lagi dalam tempoh percubaan, untuk menyelidik beberapa kelemahan termasuk aspek keselamatan yang akan kita baiki, jadi mohon jasa baik pengguna supaya mematuhi segala arahan," tambah beliau.Sebelum ini, Ahmad Samsuri memberitahu, jambatan angkat yang terpanjang di Asia itu akan beroperasi pada Aidilfitri ini sehingga 17 Jun.Tempoh percubaan selama 16 hari itu secara tidak langsung akan mengurangkan kesesakan lalu lintas pada Aidilfitri nanti.
28 May 19
251
Empty Image
'Tiada Kes Buang Sampah Berjaya Dikesan' - MBKT
Haji Shahidan.KUALA TERENGGANU, 29 Mei - Setakat ini tiada mana-mana individu yang dikenakan tindakan kerana kesalahan membuang sampah di tempat awam di negeri Terengganu.Datuk Bandaraya Kuala Terengganu, Haji Shahidan Embok berkata, tiada sebarang kes pembuangan sampah berjaya dikesan selepas tempoh penguatkuasaan bermula kelmarin.Katanya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah menugaskan seramai 106 orang kakitangan penguatkuasa dan tiga orang pegawai di unit pendakwaan bagi memastikan orang ramai mematuhi undang-undang larangan membuang sampah di tempat awam.Ketika dihubungi, beliau berkata, pihak MBKT tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang berkenaan."MBKT telah dilengkapkan dengan anggota penguatkuasa yang telah diberi penurunan kuasa secara khusus bagi penerimaan tawaran kompaun sampah secara serta merta dan unit pendakwaan sentiasa bersiap sedia melaksanakan tindakan pendakwaan ke atas kesalahan membuang sampah di tempat awam."Kelmarin, notis larangan membuang sampah di tempat tidak sepatutnya telah ditampal di tempat awam termasuk di Taman Awam Batu Buruk dan Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu," ujarnya.Notis itu meminta orang ramai membuang sampah di tempat atau tong sampah yang telah disediakan.Perbuatan membuang sampah merata-rata adalah bersalahan dengan peruntukan Perenggan 47(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133); atau Undang-Undang Kecil 13, Undang-Undang Kecil (Kebersihan Awam) MBKT, 1981.Tawaran kompaun berjumlah RM50 secara serta merta akan dikeluarkan oleh anggota penguatkuasa MBKT kepada mana-mana orang yang melakukan kesalahan tersebut.Sekiranya, pesalah laku enggan menjelaskan tawaran kompaun itu, mereka boleh didenda sehingga RM500 bagi kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133) atauRM250 bagi kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (Kebersihan Awam) MBKT, 1981.Ketika ditanya, Shahidan berkata, mereka berkenaan boleh ditangkap di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133) tanpa memerlukan waran tangkap."Tangkapan tanpa waran adalah tangkapan yang dibuat tanpa perlu mendapatkan atau memiliki waran tangkap terlebih dahulu. "Dengan kata lain, mana-mana anggota penguatkuasa berpuas hati bahawa berlaku kesalahan membuang sampah di tempat awam, beliau boleh terus membuat tangkapan terhadap pesalah laku tanpa memerlukan waran tangkapan," tegasnya. Bagaimanapun katanya, bagi pelaksanaan awal tindakan ini, pesalah laku hanya akan ditawarkan penyelesaian kompaun terlebih dahulu."Dan dalam keadaan yang memerlukan contohnya, pesalah laku enggan bekerjasama atau melarikan diri dan sebagainya, maka tindakan tangkapan akan dibuat dalam menguatkuasakan tindakan ini," tegas beliau lagi.
28 May 19
179
Empty Image
Berita Gembira, Masjid Baru Bukit Tanah Jabi Bakal Dibina
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 29 Mei - Berita gembira untuk penduduk Kampung Bukit Tanah, di sini kerana mereka bakal mendapat masjid baharu memandangkan masjid sedia ada agak uzur dan kecil serta tidak mampu menampung kehadiran ramai jemaah khususnya di waktu solat hari raya.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, dengan kelulusan dari kerajaan negeri, masjid itu akan dibina segera untuk memberi keselesaan kepada jemaah kampung tersebut untuk menjalankan sebarang aktiviti bermanfaat.Katanya, Bukit Tanah merupakan kampung paling besar berbanding 37 kampung lain di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi yang mempunyai 330 buah rumah, sudah tentu memerlukan masjid yang agak selesa untuk tujuan itu.“Kita sedang berusaha agar kerja pembinaan masjid baharu boleh disegerakan. Kerajaan negeri telah memberi kelulusan untuk pembinaan masjid di kampung kita. Sekarang berada di peringkat teknikal,” katanya menerusi status Facebook rasmi beliau, semalam.Dr. Azman berkata, masjid kampung berkenaan dipercayai dibina pada zaman Menteri Besar, Tan Sri Ibrahim Fikri antara November 1961 dan September 1970.“Saya pun tidak ingat bila dibina secara tepat. Alhamdulillah, akhirnya kita berada dalam perjalanan untuk menikmati kemudahan sebuah masjid baharu,” katanya.Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi memohon maaf kepada perantau dari Kampung Bukit Tanah yang balik beraya tidak lama lagi kerana solat sunat Aidilfitri tahun ini masih lagi dilaksanakan di masjid berkenaan sebelum dinaik taraf tidak lama lagi.
28 May 19
485