lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Kerajaan Negeri Majukan Sekolah DAR
Foto - Hishamuddin AbdullahKEMAMAN, 15 Jun - Kerajaan negeri akan mencari jalan bagi membantu Sekolah Rendah Islam (DAR) di Terengganu supaya teras dan visi yang dipegang guru-guru DAR akan terus kukuh dan berkembang.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri bersedia membantu guru-guru dari pelbagai segi termasuk meningkatkan latihan, pembelajaran dan sebagainya."Walaupun bukan di bawah kerajaan negeri, kita berpandangan bahawa kita boleh berperanan membantu untuk meningkatkan cara pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik."Ini kerana sekolah-sekolah DAR merupakan institusi yang berada di dalam negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Sekolah-sekolah DAR Kali Ke-3 di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, Ahli Dewan Negara, Senator Dato' Husain Awang dan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid.Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua Perbandaran Kemaman, Wan Mohd Zaki Wan Abdullah dan Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ismail Osman.Dr. Samsuri turut memaklumkan, walaupun kini PAS menjadi kerajaan yang memerintah negeri Terengganu, kerajaan negeri tidak akan mengambil alih sekolah DAR sebaliknya menghormati teras dan matlamat penubuhan institusi tersebut."Setiap sekolah ini ada sejarah mereka tersendiri. Ada yang dibina hasil usaha individu dan sebagainya, jadi tidak adil untuk kita ambil alih begitu sahaja."Kebebasan dari segi pendidikan masih dijamin dalam perlembagaan negara, maka ibu bapa ada hak masing-masing untuk mengusahakan sistem pendidikan anak-anak," katanya.Sekolah DAR merupakan institusi pendidikan agama rakyat yang diwujudkan di bawah Jabatan Tarbiah dan Lajnah Persekolahan Dewan Ulama PAS.Di Terengganu, terdapat 11 buah DAR dengan jumlah guru sebanyak 315 orang serta 4,426 murid keseluruhannya.Bagi peringkat menengah, Jabatan Tarbiah dan Lajnah Persekolahan Dewan Ulama PAS turut mewujudkan Maahad Darul Quran di Rusila serta Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah di Kubang Lembek bagi peringkat pengajian tinggi.
15 Jun 19
364
Empty Image
1,200 Solat Jumaat Bersama Sultan Mizan Di Masjid Gong Tok Nasek
Sultan Mizan menunaikan solat Jumaat di Masjid Gong Tok Nasek hari ini. Foto - Pok AbbasOleh: Wan Luqmanul HakimKUALA TERENGGANU, 14 Jun - Hampir 1,200 jemaah menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Masjid Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu, di sini hari ini.Sultan Mizan, yang tiba jam 1.00 tengah hari, turut diiringi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali.Foto - Wan Luqmanul HakimHadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Amzad Hashim dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata selepas selesai menunaikan solat Jumaat.Foto - Ammar Pok Lan
14 Jun 19
657
Empty Image
'Bandingkan Terengganu Dengan Kebersihan Di Jepun' - ADUN Tepoh
Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.MARANG, 14 Jun - Negeri Terengganu seharusnya mencontohi amalan kebersihan di negara Jepun yang menjadi sebutan masyarakat dunia.Ini kerana masyarakat bukan Islam Jepun menjuarai dan dicontohi dunia dalam amalan budaya tersebut berbanding amalan umat Islam hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, sepatutnya amalan  kebersihan dipelopori oleh orang Islam kerana Nabi SAW sendiri menggalakkan amalan itu melalui sabdanya.Nabi SAW bersabda yang bermaksud setinggi-tinggi iman ialah kalimah 'La Ilaha Illallah' sementara serendah-rendah iman ialah membuang duri di jalanan.Katanya, Nabi juga bersabda yang bermaksud kebersihan itu sebahagian daripada iman.Bagaimanapun katanya, amalan menjaga kebersihan itu menjadi kebiasaan rakyat negara Jepun bukan  orang Islam di negara mereka.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila di sini hari ini.Katanya, dunia kagum dengan kebersihan yang menjadi amalan masyarakat Jepun walaupun bukan entiti Islam.Beliau berkata, kebersihan di Jepun tersebar luas melalui media sosial dan dikenali di seluruh dunia.Sepatutnya kata Hishamuddin, amalan berkenaan dipelopori oleh umat Islam bukan sebaliknya."Heboh di media sosial bahawa di negara Jepun ikan boleh di pelihara dalam longkang. "Ertinya, nak tengok tempat bersih pergi ke negara Jepun bukan pergi ke negara umat Islam," jelasnya.Justeru tambahnya amat jauh bezanya amalan menjaga kebersihan  antara orang Jepun jika dibandingkan dengan umat Islam sendiri.
14 Jun 19
199
Empty Image
Kerajaan Negeri Bantu Urusan Bawa Pulang Jenazah Arwah Siti Patimah
Oleh: Saifullah JusohBESUT,  14 Jun-- Kerajaan negeri  menyumbang RM10,000 bagi membantu pengurusan membawa pulang jenazah arwah Siti Patimah Mohd Nor, 65, yang meninggal dunia di Australia baru-baru ini.Sumbangan ini disampaikan oleh Exco Kerajaan negeri, Nurkhuzaini Ab Rahman, yang mewakili Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada keluarga arwah.Menurut Nurkhuzaini, sumbangan ini bagi meringankan beban ahli keluarga yang memerlukan kos yang tinggi  membawa pulang jenazah untuk disemadikan di Malaysia."Saya berharap agar urusan membawa pulang jenazah ke tanah air berjalan dengan lancar supaya arwah dapat dikebumikan dengan selamat," ujar beliau.Nurkhuzaini turut melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada kelurga arwah ketika menziarahi mereka di kediaman arwah di Kampung Lay Out Tok Saboh, semalam.Turut sama menziarahi ialah Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh dan ADUN Kuala Besut, YB Tengku Zaihan dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kg Lay Out Tok Saboh, Hafiz Yusof.Siti Fatimah meninggal dunia di rumah anaknya kira-kira jam 2.59 petang waktu Australia (5.50 petang waktu tempatan) di Melbourne pada 11 Jun lepas.Sejak malam semalam, viral di laman sosial Facebook keluarga Zarina Abdul Ghani, 35, memohon bantuan dana daripada rakyat Malaysia untuk membawa pulang jenazah ibu mereka,Anak keempat daripada tujuh beradik  berkata, keluarganya terpaksa memohon bantuan orang ramai di Facebook untuk mengumpul wang bagi membawa pulang jenazah Siti Patimah, berikutan tidak mampu menampung kos yang mencecah AUD10,000 (RM31,000).Jelas Zarina, sehingga kini jasad ibunya disimpan sementara di The Coroners Court of Victoria, Melbourne sebelum dipindahkan ke Sydney dan dijangka dihantar pulang ke Malaysia pada Rabu depan.Menurutnya lagi, jenazah ibunya dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang pada pagi Rabu  sebelum dibawa pulang ke rumah arwah di Kampung Lay Out Kuala Besut di sini.
14 Jun 19
50
Empty Image
Terengganu Antara Terendah Kes Kanak-Kanak Hilang
Dato' Allaudeen Abdul Majid.KUALA TERENGGANU, 14 Jun - Bilangan kanak-kanak hilang berumur 18 tahun ke bawah yang dilaporkan sejak tahun 2010 hingga Mei lalu di seluruh negeri ini adalah 11 orang.Timbalan Ketua Polis Terengganu, Dato’ Allaudeen Abdul Majid berkata, berdasarkan semakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu berkaitan laporan kanak-kanak hilang bagi tempoh 2015 sehingga Mei 2019, mendapati hanya dua orang sahaja kanak-kanak (perempuan) yang masih dilaporkan hilang.“Manakala baki sembilan orang yang dilaporkan hilang telah kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.“Hasil siasatan pihak polis, kesemua kanak-kanak yang dilaporkan hilang bagi tempoh tersebut  yang telah kembali ke pangkuan keluarga tidak melibatkan sebarang unsur atau elemen jenayah,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.Katanya, bagi tempoh 2010 hingga 2014, tiada kes kehilangan kanak-kanak  dilaporkan di Terengganu.“Terengganu merupakan antara negeri terendah bagi kes kanak-kanak hilang, bagaimanapun masyarakat negeri ini khususnya ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memberi perhatian dan mengawasi anak-anak mereka agar tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku,” ujarnya.  
13 Jun 19
1201
Empty Image
Akhirnya Fahmi Pergi Tinggalkan Kami Buat Selamanya
HULU TERENGGANU, 14 Jun - Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf Mohd Shukri yang sedang kritikal di Hospital Safarat, Mesir akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.00 petang  (8.00 malam waktu Malaysia) semalam.Pelajar Tahun Tiga Jurusan Syariah Islamiah di universiti itu dikejarkan ke hospital tersebut  dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan di kepala disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.Menurut ibunya, Norhayati Jusoh@Sidek, 51,  dia dan suaminya, Mhd Shukri Husin, 54, sepatutnya terbang ke Mesir pada Sabtu ini untuk menziarah anak mereka, namun Mohammad Fahmi terlebih dahulu pergi meninggalkan mereka buat selamanya."Saya dapat perkhabaran itu dari sahabat arwah dan ketika mendengarnya terasa gelap dunia ini, rasa seolah-olah hilang segalanya."Rasa sedih yang amat sangat sebab tak sempat jumpa arwah buat kali terakhir namun kami sekeluarga redha dengan ketentuan Tuhan yang lebih menyayanginya," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Bukit Perah, Ajil semalam.Arwah yang disifatkan seorang anak yang baik, banyak membaca al Quran, dan menghormati ibu bapanya dikebumikan di Mesir bagi menghormati keadaan dan tuntutan agama."Impian terakhir nak bawa balik jenazah ke sini tetapi atas sebab tuntutan agama lebih afdal kebumikan di sana, jadi kami redha."Rasa puas hati sebab cita-cita arwah dah tercapai nak belajar al Quran di Mesir dan lega sebab hasrat arwah dah tercapai,"katanya lagi.Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim berkata ibu bapa Allahyarham akan tetap diterbangkan ke sana dengan ditemani  beliau.Katanya lagi, kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan segera RM20,000 untuk menampung kos penerbangan dan perbelanjaan mereka di sana nanti."Walaupun hasrat mereka menziarah Allahyarham di hospital tidak kesampaian namun kita tetap terbangkan mereka ke sana untuk menziarahi pusara arwah nanti," ujar Maliaman.
13 Jun 19
322
Empty Image
Kerajaan Negeri Biayai Ibu Bapa Pelajar Kritikal Ke Mesir
KUALA TERENGGANU, 13 Jun - Kerajaan negeri meluluskan peruntukan kecemasan RM10,000 bagi kos penerbangan dan penginapan kedua ibu bapa Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf Mohd Shukri yang sedang kritikal di Hospital Safarat, Mesir.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata kedua ibu bapa kepada pelajar Universiti Al Azhar akan melawat anak mereka dengan pembiayaan daripada kerajaan Terengganu. Katanya lagi, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan & Pengajian Tinggi negeri,  Maliaman Kassim akan menemani ibu bapa pelajar tersebut ke Mesir bagi melancarkan lagi urusan berkaitan."Bantuan susulan akan diberi mengikut keperluan semasa keluarga pelajar tersebut."Kita berharap beliau akan segera sembuh seperti biasa," katanya.Terdahulu kisah Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf yang berasal Kampung Bukit Perah, Ajil mula tular di media sosial kerana rayuan derma kilat apabila keluarganya memerlukan lebih RM40,000 untuk membiayai kos pembedahan Mohd Fahmi setelah dia tidak sedarkan diri dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan di kepala.Sementara itu, ibu Mohd Fahmi, Norhayati Jusoh, 51, berkata anak sulung dari empat beradik itu ada mengadu sakit kepala melalui perbualan di aplikasi Whatsapp. "Saya tidak sangka kesihatannya semakin teruk sebegini dan dimaklumkan Mohd Fahmi masih tidak sedarkan diri selepas pembedahan. "Saya mengharapkan doa dari semua pihak agar anak saya diberi kesembuhan secepat mungkin," katanya yang kini sedang membuat persiapan untuk ke Mesir.Pelajar Tahun Tiga Jurusan Syariah Islamiah di universiti itu dikejarkan ke hospital tersebut pada pukul 2.07 pagi semalam (8.07 pagi waktu Malaysia).Dengan persetujuan dari pihak bapa Fahmi, pihak AZHAR CARE telah menawarkan penggunaan Acc dibawah seliaan NGO Azhar Care. Untuk makluman Azhar Care adalah dibawah pengurusan bekas student Mesir iaitu Ustaz Alif Mahari dan team.Jadi buat masa sekarang, sebarang sumbangan dana untuk membiayai perubatan Mohammad Fahmi di minta untuk disalurkan ke akaun di bawah seliaan Azhar Care.Maklumatnya sperti berikut :MAYBANKPenama : AL AZHAR CAREJenis akaun : SemasaNo Akaun : 563028620997Ref : Perubatan Fahmi
13 Jun 19
413
Empty Image
Caj Percuma Wad Kelas Ketiga : Kerajaan Negeri Masih Berunding Dengan KKM
Dr Alias RazakKUALA TERENGGANU, 13 Jun - Kerajaan negeri sedang berusaha untuk memastikan rakyat Terengganu  yang berpendapatan rendah mendapatkan rawatan percuma wad kelas ketiga di enam buah hospital di seluruh negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, kerajaan negeri telah beberapa kali mengadakan rundingan dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya permohonan untuk melaksanakan program rawatan percuma itu dapat dilaksanakan secepat mungkin."Kami beberapa kali telah mengadakan rundingan dengan pihak Menteri Kesihatan Malaysia dan pihak KKM sendiri,  memohon agar memberi laluan kepada kerajaan negeri melaksanakan program tersebut."Namun ia masih tertangguh kerana sebab-sebab tertentu. Bagaimanapun kerajaan negeri tidak berputus asa dalam usaha melaksanakan janji manifesto tersebut dan sedang berusaha gigih sehingga program tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya," jelasnya.Bagaimanapun katanya tarikh baru untuk melaksanakan program tersebut masih belum ditetapkan sehingga kelulusan diperoleh dari pihak kementerian berkenaan.Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini bagi mengenal pasti kelewatan pelaksanaan caj percuma wad kelas ketiga di enam buah hospital di seluruh negeri Terengganu.Hospital berkenaan ialah Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu serta hospital di Dungun, Setiu, Besut, Kemaman dan Hulu Terengganu.Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal mengharapkan agar pihak kementerian berkenaan membuka jalan dan memberi peluang seluas-luasnya kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan program itu demi meringankan beban rakyat negeri Terengganu yang berpendapatan rendah.Kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan khas untuk program tersebut sebanyak RM17 juta termasuk program Kad Sejahtera bernilai RM500 setahun kepada keluarga daripada golongan miskin.Peruntukan tersebut dinyatakan dalam ucapan Bajet 2019 oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini baru-baru ini.
13 Jun 19
95
Empty Image
PMINT Tambah Baik Sistem Keselamatan Lif Pangsapuri Tok Pelam - Dr Alias Razak
Dr Alias (dua dari kanan) menyatakan sesuatu kepada beberapa orang pegawai PMINT dan pihak pengurusan Pangsapuri Ladang Tok Pelam ketika tinjauan dibuat semalam.KUALA TERENGGANU, 13 Jun - Kerajaan negeri akan menambah baik sistem lif di Pangsapuri Ladang Tok Pelam di sini dalam masa terdekat bagi kemudahan dan keselamatan penghuni pangsapuri berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, untuk itu kerajaan negeri mencadangkan supaya pengurus pangsapuri berkenaan iaitu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) memasang televisyen litar tertutup (cctv) dalam lif dan sebuah loceng penggera diletakkan dalam bilik pengawal keselamatan pangsapuri tersebut.Di samping itu katanya, PMINT dicadangkan supaya memasang sistem pemantauan 'online' yang dihubungkan kepada pegawai berkenaan serta pihak pengurusan pangsapuri bagi memastikan sistem lif sentiasa dipantau dengan berkesan.Beliau berkata demikian selepas tinjuan dibuat di pangsapuri berkenaan semalam. Turut serta beberapa orang pegawai PMINT dan pihak pengurusan pangsapuri.Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, hasil dari tinjauan tersebut kerajaan negeri mendapati tiada maklumat berkaitan dengan kerosakan lif berkenaan dimaklumkan kepada pihak pengurusan pangsapuri melainkan diketahui melalui status facebook seorang netizen kelmarin.Katanya, dalam tinjauan tersebut didapati keadaan lif adalah baik dan sistem alarm berfungsi seperti biasa, sementara penyelenggaraan dibuat secara berjadual.Kelmarin seorang netizen memuat naik dalam status facebooknya satu dakwaan bahawa seorang penghuni terperangkap dalam lif di pangsapuri itu selama 15 minit.Netizen itu mendakwa penghuni berkenaan telah menekan butang alarm berkali-kali tetapi tiada bantuan sampai dengan segera.Bagaimanapun netizen itu tidak memaklumkan bagaimana penghuni berkenaan berjaya dikeluarkan dari lif tersebut.Status terbaru, netizen tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Alias dan pegawai PMINT serta pihak pengurusan pangsapuri itu kerana menguji sendiri tahap keupayaan dan keselamatan lif di pangsapuri tersebut semalam."Dapat makluman daripada rakan PMINT tadi, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu, YB Dr Alias Razak serta pihak pengurusan PMINT telah turun padang melihat sendiri keadaan lif-lif yang berisiko di Apartmen Ladang Tok Pelam."Beliau menguji sendiri tahap daya tahan lif yang ada dan mendengar taklimat daripada pihak PMINT berkaitan isu-isu yang berlaku di sana. Terima kasih YB Dr Alias. Terima kasih banyak-banyak," ujarnnya.
13 Jun 19
755
Empty Image
RM1.183 Juta Pinjaman Tanpa Faedah SBMT Siri Pertama Diluluskan
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 12 Jun - Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.183 juta di bawah siri pertama Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) kepada 44 pemohon.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, permohonan pinjaman tanpa faedah itu melibatkan pemohon kategori individu yang menceburi sektor pertanian, penternakan, akuakultur dan perikanan dengan nilai kelulusan antara RM10,000 sehingga maksimun RM50,000 seorang."Sektor utama yang mendapat tumpuan pemohon ialah pertanian secara fertigasi, penternakan ayam, itik, lembu dan kambing, pembelian bot serta peralatan menangkap ikan dan pengusaha pembenihan kerapu hybrid.“Bagi setiap permohonan yang dikemukakan, pegawai-pegawai dari jabatan berkenaan telah turun padang untuk membuat lawatan tapak serta penilaian potensi projek sebelum dikemukakan laporan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Skim Bantuan Modal Tani bagi dibuat pertimbangan sebaiknya," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam status Facebook beliau hari ini.Menurut beliau, prosesnya agak teliti kerana kerajaan negeri meletakkan objektif untuk skim bantuan ini dimanfaatkan sebaiknya oleh warga tani di negeri Terengganu agar masalah kekurangan modal yang dihadapi dapat disantuni sebaiknya."Tiada permohonan yang ditolak namun terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan oleh pemohon seperti lesen bot nelayan yang belum diluluskan."Perlu cari tapak baharu yang lebih sesuai untuk diusahakan serta saiz projek yang perlu diteliti semula disebabkan ada isu jumlah dana yang dipohon tidak sepadan dengan saiz projek yang nak dibuat," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, jabatan berkenaan akan mengambil tindakan susulan bagi menangani isu-isu yang timbul."Hasrat kerajaan adalah agar semua rakyat yang bersungguh-sungguh hendak berusaha dapat dibantu.“Senarai permohonan untuk siri kedua dalam proses untuk diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk Skim Bantuan Modal Tani seberapa segera," ujarnya.Katanya, bagi tahun ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah RM5 juta untuk SBMT.
12 Jun 19
74