lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
RM200 Ribu Peruntukan Baiki Rumah DUN Ladang
Dato' Tengku Hassan (kiri) meninjau sebuah rumah penduduk miskin di DUN Ladang.KUALA TERENGGANU, 18 Jun - Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM200 ribu untuk program 'Rumah Peduli Rakyat' bagi membaiki 20 buah rumah rakyat berpendapatan rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, dari jumlah itu sebanyak enam buah rumah keluarga berpendapatan rendah itu berjaya dibaiki sebelum menjelang 1 Syawal Aidilfitri baru-baru ini.Rumah yang siap dibina itu termasuk tiga buah dari Kampung Masjid Haji Kadir, Gong Kapas (dua) dan  Sri Tanjung (sebuah).Katanya, baki sebanyak 14 buah rumah lagi akan dibaiki tidak lama lagi.Ketika dihubungi berkata, setiap rumah diperuntukkan sebanyak RM10 ribu dan kerja baikpulih kerosakan rumah berkenaan dikendalikan oleh enam orang kontraktor.Kos itu katanya dikeluarkan dari peruntukan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)."Baiki rumah itu percuma sahaja khusus untuk mereka yang miskin dan tidak mampu untuk baik pulih rumah yang telah rosak.  Penghuni dari enam buah rumah tersebut sempat berhari raya aidilfitri dalam keadaan rumah mereka lebih selesa selepas dibaiki."Saya akan usahakan agar 14 buah rumah lagi segera dibaiki dalam masa terdekat," jelasnya.Beliau turut melawat rumah-rumah berkenaan selepas dibaiki baru-baru ini.
18 Jun 19
284
Empty Image
Terengganu Bakal Lahirkan 70 Usahawan Perintis Pertama U-GATES Dan U-BES
Mohd Nurkhuzaini (dua dari kiri) memperkatakan sesuatu kepada beberapa orang usahawan di Majlis Ramah Mesra Raya YPU.KUALA TERENGGANU, 17 Jun - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) bakal melahirkan kira-kira 70 orang usahawan perintis pertama Program Usahawan Graduan Sejahtera (U-GATES) dan Usahawan Belia Sejahtera (U-BES) tidak lama lagi.Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dari jumlah itu, 40 orang usahawan menyertai program U-GATES manakala selebihnya (30 orang) untuk program U-BES.Katanya, mereka sedang menjalani kursus keusahawanan anjuran YPU dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) selama setahun bermula April lalu yang diadakan di Kuala Lumpur."Kerajaan negeri menggunakan peruntukan kira-kira RM500 ribu untuk membiayai program U-GATES manakala peruntukan tidak kurang dari RM100 ribu lagi untuk program U-Bes tahun ini," jelasnya. Katanya, setiap peserta U-GATES diberi elauan sebanyak RM1,000 sebulan sebagai bantuan sara hidup selama mereka menyertai kursus tersebut.Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.Tambahnya, mereka juga akan diberi geran sebanyak RM5,000 seorang untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan sedia ada.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Majlis Ramah Mesra Raya U-GATES dan U-BES bersama Exco Kerajaan Negeri itu di Dewan Serba Guna YPU, di sini hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Haji Anuar Awang dan Pengurus Pembangunan Usahawan YPU, Tengku Ahmad Shabirin Awalludin.Mohd Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata, peserta U-GATES terdiri daripada graduan universiti manakala peserta U-BES terdiri daripada belia berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan."Ada di kalangan mereka sudah pun mengorak langkah dalam pelbagai bidang usahawan termasuk perniagaan secara dalam talian, bidang penternakan, kulinari dan lain-lain," ujarnya.Menurutnya, mereka adalah yang terpilih dari kalangan kira-kira 1,000 orang pemohon untuk menyertai program berkenaan."Mereka adalah insan yang bertuah kerana terpilih menyertai program tersebut dan diharapkan mereka berjaya menjadi usahawan perintis program itu sebaik sahaja tamat kursus itu nanti," jelasnya.Dalam ucapan Belanjawan 2019 di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar  menjelaskan bahawa kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta untuk latihan keusahawanan, modal perniagaan dan pemantauan prestasi peserta untuk program U-GATES manakala RM2 juta lagi untuk dana U-BES.
17 Jun 19
466
Empty Image
Kerajaan Negeri Tambah Baik Laluan ‘Pantai Miami’ - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 17 Jun - Kerajaan negeri akan menambah baik laluan di sepanjang Jalan Ketapang Pantai Baru bagi memberi keselesaan kepada para pengunjung.Laluan yang menghala ke Jambatan Angkat atau ‘Drawbridge’ itu merupakan pusat rekreasi baharu mirip Pantai Miami di Florida yang mendapat perhatian pengunjung termasuk dari luar sebagai tarikan pelancongan baharu di negeri ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sejak laluan terbabit dibuka serentak dengan Jambatan Angkat untuk tempoh percubaan, pihaknya mendapati banyak perkara yang perlu diperbaiki.“Saya sudah maklumkan kepada agensi berkenaan, dalam tempoh penutupan ini kita akan duduk dan bincang balik apa yang boleh kita tambah baik.“Sebab kita tahu, laluan yang cantik itu orang akan berhenti untuk mengambil gambar, kita akan melihat balik perkara ini dan mungkin ada penambahbaikan seperti tempat khusus untuk berhenti dan juga lampu isyarat di kawasan berkenaan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri di Dataran Shah Bandar, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A.Rahman Yahya serta barisan Exco Kerajaan Negeri.Sebelum ini, timbul rungutan daripada beberapa pihak  apabila keindahan pantai peranginan itu dicemari dengan sikap mementingkan diri pengunjung yang boleh dilihat dengan ketara ketika meletakkan kenderaan di kawasan itu.Laluan khas disediakan kepada penunggang basikal dan pejalan kaki digunakan untuk meletakkan kenderaan sekali gus mampu mengundang bahaya kepada pengguna lain.Bagaimanapun, Ahmad Samsuri berkata, sukar baginya untuk mengubah sikap pengunjung yang berhenti di tempat yang tidak dibenarkan.“Apabila Jambatan Angkat itu dibuka secara rasmi nanti, kita akan melakukan penguatkuasaan lebih baik di sepanjang laluan itu,” katanya.
17 Jun 19
853
Empty Image
Pasar Payang 2 Sudah Sedia Beroperasi - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 17 Jun - Pasar Payang 2 yang menjadi lokasi sementara bagi peniaga Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) sudah sedia untuk digunakan bagi tujuan urus niaga.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tarikh operasi sebenar akan diputuskan selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri membuat keputusan.“Semuanya sudah sedia, cuma tunggu tarikh untuk kita maklumkan.“Walau bagaimanapun, kita sedar bahawa mana-mana bangunan yang dibina ada tempoh kecacatan, kalau ada apa-apa kecacatan kita akan tambah baik dalam tempoh berkenaan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas mengenai isu Pasar Payang 2 pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri di Dataran Shah Bandar, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A.Rahman Yahya serta barisan Exco Kerajaan Negeri.Sebelum ini, kerajaan negeri menangguhkan tarikh pemindahan peniaga di Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) ke pasar sementara iaitu Pasar Payang 2 yang pada asalnya dijadualkan April lalu kepada selepas Hari Raya Aidilfitri.Penangguhan itu dibuat ekoran rayuan para peniaga meminta pertimbangan kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menunda tarikh pemindahan untuk menjalankan urus niaga di tapak asal.Difahamkan, ‘pemindahan sementara’ peniaga yang menjalankan perniagaan di 762 lot peniagaan di PBKP adalah untuk memberi laluan kepada pembangunan semula PBKP dan memberi nafas baharu kepada destinasi ikonik itu.
17 Jun 19
132
Empty Image
Tempoh Percubaan Drawbridge Berakhir
KUALA TERENGGANU, 17 Jun - Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ di Kuala Terengganu yang dibuka untuk percubaan pada 2 Jun lalu, telah ditutup tengah malam semalam.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya berkata, laluan jambatan itu akan ditutup dengan kon dan semua kenderaan tidak lagi dibenarkan melaluinya.“Apabila ditutup nanti kita akan tengok balik apa yang boleh dinaik taraf untuk keselesaan pengguna,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.Beliau berkata, setakat ini tarikh pembukaan jambatan tersebut secara rasmi belum ditetapkan lagi.Jambatan angkat pertama di Asia Tenggara sepanjang 638 meter itu mempunyai dua menara berkembar setinggi 16 tingkat.Jambatan bernilai RM248 juta itu adalah yang keempat menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berbanding tiga ketika ini melibatkan Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau Sekati.Jambatan itu dibuka kepada orang ramai pada 2 Jun untuk pentauliahan dan pengujian prestasi jalan dari sudut koordinasi sistem ‘signalling’ jalan di jambatan dengan sistem trafik di kawasan sekitarnya serta koordinasi sistem penyuraian trafik.Setelah tamat pengujian sistem, jambatan angkat akan ditutup semula mulai tengah malam ini bagi tujuan pentauliahan komponen lain projek itu.Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, nama rasmi jambatan itu baharu itu akan diumumkan ketika ia dibuka secara rasmi kelak.SUMBER: BERNAMA
16 Jun 19
726
Empty Image
Kemeriahan Aidilftri Di Bawah Satu Bumbung - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 17 Jun - Penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri yang diadakan di bawah satu bumbung di Dataran Shah bandar, di sini meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selain menjimatkan masa dan tenaga, secara tidak langsung ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim khususnya di kalangan kakitangan agensi dan anak syarikat kerajaan negeri. “Sebelum ini setiap agensi kerajaan negeri mengadakan sambutan hari raya masing-masing tetapi untuk tahun-tahun akan datang ianya akan diadakan secara serentak sebegini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri di Dataran Shah Bandar, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A.Rahman Yahya serta barisan Exco Kerajaan Negeri.Katanya, sebanyak 23 agensi dipertanggungjawabkan untuk menyediakan hidangan kepada para pengunjung.Pada majlis yang bermula 10 pagi itu, tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai makanan termasuk kambing guling, ayam bakar, sate, nasi dagang, laksa, laksam, nasi gulai kawah, nasik minyak, apam balik, ketupat, lemang dan pelbagai masakan lain.
16 Jun 19
64
Empty Image
'Jasa Ayah Tidak Mampu Dibalas' - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 16 Jun - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan Selamat Hari Bapa 2019 kepada semua bapa di Malaysia khususnya di Terengganu.Sempena sambutannya hari ini Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang mengimbau kembali ingatan kepada arwah ayahandanya sambil menyifatkan jasa bapa tidak terhitung dan tidak mampu dibalas."Keluarga merupakan asas pembinaan sesebuah masyarakat. Peranan bapa amat penting dalam institusi keluarga sekaligus dalam memanifestasikan 'Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'."Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan seorang ayah tidak terhitung dan tidak mampu dibalas. Ayah, hero terbaik buat semua. Al-fatihah buat ayahandaku," ujarnya.Beliau menyatakan demikian dalam status facebooknya hari ini.
16 Jun 19
288
Empty Image
Terengganu Biaya Penerbangan Ziarah Pusara Fahmi
KUALA TERENGGANU, 16 Jun - Kerajaan negeri membiayai kos penerbangan dan penginapan kedua ibu bapa Allahyarham Mohammad Fahmi Faizzudin ke Mesir.Ibu bapa Allahyarham iaitu Mhd Shukri Husin dan Norhayati Jusoh berangkat ke Mesir semalam untuk menziarahi pusara anak mereka di sana dan menyelesaikan beberapa urusan berkaitan.Pemergian Mhd Shukri dan Norhayati turut diiringi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim dan wakil Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Ibrahim Deraman.Khamis lalu, pelajar tahun tiga jurusan Syariah Islamiah, Universiti Al Azhar itu yang sedang kritikal di Hospital Safarat, Mesir akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.00 petang (8.00 malam waktu Malaysia).Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf dikejarkan ke hospital tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan di kepala disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.Terdahulu, kisah Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf yang berasal Kampung Bukit Perah, Ajil mula tular di media sosial kerana rayuan derma kilat apabila keluarganya memerlukan lebih RM40,000 untuk membiayai kos pembedahan Mohd Fahmi setelah dia tidak sedarkan diri dan terpaksa menjalani pembedahan berikutan mengalami pendarahan di kepala.
16 Jun 19
82
Empty Image
16 Pemohon Terima Rumah PPTS Bukit Besi Di Majlis Hari Raya DUN
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 16 Jun - Hari Raya tahun ini membawa makna yang tersendiri kepada 16 pemohon Program Perumahan Terengganuku Sejahtera (PPTS) apabila hajat mereka memiliki kediaman sendiri menjadi kenyataan pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi.Pegawai Penyelaras DUN Berkenaan, Haji Ghazali Sulaiman berkata, penerima jangan merasa rendah diri, sebaliknya menjadikan pemberian dan anugerah dari kerajaan itu sebagai pemangkin semangat untuk mengubah kehidupan diri dan keluarga."Tepis segala persepsi dan tanggapan negatif masyarakat terhadap mereka yang mendiami rumah PPTS sekali gus berusahalah sehabis daya agar kehidupan di masa akan datang lebih baik," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, selepas penyerahan replika kunci rumah PPTS di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, di Dataran Berbumbung Piramid, Lay Bay, Bukit Besi, kelmarin.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Haji Yahaya Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat, ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Rantau Abang, Alias Harun dan Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.Ghazali berkata, penduduk yang berusia 45 tahun ke atas termasuk ibu tunggal dipilih untuk menjadi penghuni rumah berkenaan."Di antara ciri lain yang diutamakan ialah ibu tunggal yang tidak mempunyai pekerjaan dan mempunyai tanggungan yang ramai dan benar-benar dari golongan termiskin di dalam DUN Bukit Besi," tambahnya.Menurut beliau, dengan kejayaan mereka menjadi penghuni PPTS, penerima rumah berkenaan tidak lagi layak memohon tanah bagi tapak rumah kediaman tetapi masih berpeluang untuk memiliki lot tanah pertanian.
15 Jun 19
531
Empty Image
Hatrik Sanjar Serlah kebangkitan Terengganu FC
Sanjar pamer aksi menakjubkan dalam perlawanan semalam.KUALA TERENGGANU, 16 Jun – Tiga gol penyerang Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov membantu Terengganu Football Club (TFC) bangkit untuk keputusan seri 3-3 ketika berhadapan Melaka United dalam aksi Liga Super Malaysia (MSL), malam tadi.Bertandang ke Stadium Hang Jebat selepas rehat panjang sempena Aidilfitri, Terengganu FC yang hadir tanpa kelibat pertahanan import bergelut menahan asakan tuan rumah seawal minit pertama perlawanan.Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan terlebih dahulu mendahului hasil jaringan penyerang baharu mereka, Davy Claude Angan dari Ivory Coast pada minit ke 17 yang menerima umpanan jauh Dominik Balic di belakang pertahanan lawan.Dechi Marcel bina rangkaian sempurna dalam jentera tengah TFC.Kubu Sang Penyu terus dihukum apabila Luka Milonovic pula berjaya melepasi perangkap offside lalu mudah menewaskan penjaga gol, Muhamad Ilham Amirullah pada minit ke 31. Bagaimanapun, anak buah Nafuzi Zain tidak menyerah.Jentera tengah pelawat yang dibarisi Sanjar, Sharin Sapien dan Dechi Marcel, yang membuat penampilan sulung setelah dinaikkan daripada Terengganu FC II pada awalnya longgar mula kompak merencana serangan-serangan kepada tuan rumah.Hasilnya, pada minit ke-41, Sanjar berjaya melakukan rembatan dari luar kotak penalti untuk merapatkan jurang gol.Kedudukan kekal 2-1 sehingga tamat separuh masa pertama.Bersambung babak kedua, Melaka United cuba mematikan kebangkitan pelawat dengan Angan sekali lagi memenangi situasi satu lawan satu berhadapan Ilham pada minit ke-48, menjarakkan skor kepada 3-1.Terengganu FC mendapat peluang merapatkan kedudukan setelah Lee Andrew Tuck dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-59. Namun, kecekapan Khairul Fahmi menafikannya.Ketika keputusan dijangka kekal sehingga tamat perlawanan, pemain Terengganu FC berjaya mencipta ‘10 minit terbaik’ pasukan mereka.Bermula pada minit ke-72, Sanjar sekali lagi melakukan rembatan menarik dari luar kotak penalti tepat ke bucu kanan gol melepasi Khairul Fahmi.Jaringan tersebut menaikkan semangat pasukan dan berselang sepuluh minit kemudian, bola tampanan Khairul Fahmi dirembat mudah Sanjar meleburkan hasrat Melaka United meraih tiga mata berharga.Terengganu FC kini berada di tangga ke-7 dengan 21 mata, dua mata di belakang Melaka United yang berada di kedudukan ke-5 liga.   Persembahan taktikal Nafuzi mula dapat perhatian penyokong TFC.
15 Jun 19
147